laporan projek idea’21

11
LAPORAN PROJEK IDEA’21 SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) TAJUK: PAM ANGIN DARIPADA PEMAMPAT PETI SEJUK TERPAKAI (BIDANG MEKANIKAL) PESERTA NAMA NO K/P KETUA/PENYELIA NASRUL HAKIM BIN ZAKARIA XXXXXX XX XXXX AHLI 1 MOHAMAD DANIAL IRFAN BIN ISMAIL XXXXXX XX XXXX AHLI 2 MUHAMMAD FIRDAUS BIN KHALID XXXXXX XX XXXX NAMA INSTITUT: SMK BERA BANDAR 32, 28300 TRIANG PAHANG.

Upload: others

Post on 30-Oct-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PROJEK IDEA’21

LAPORAN PROJEK IDEA’21

SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)

TAJUK:

PAM ANGIN DARIPADA PEMAMPAT PETI SEJUK TERPAKAI (BIDANG MEKANIKAL)

PESERTA NAMA NO K/P

KETUA/PENYELIA

NASRUL HAKIM BIN ZAKARIA XXXXXX – XX – XXXX

AHLI 1 MOHAMAD DANIAL IRFAN BIN ISMAIL

XXXXXX – XX – XXXX

AHLI 2 MUHAMMAD FIRDAUS BIN KHALID

XXXXXX – XX – XXXX

NAMA INSTITUT:

SMK BERA BANDAR 32, 28300 TRIANG PAHANG.

Page 2: LAPORAN PROJEK IDEA’21

1

ISI KANDUNGAN

LAPORAN PROJEK REKA CIPTA/ INOVASI

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 SINOPSIS / RINGKASAN PROJEK 2

2 PENGENALAN / LATAR BELAKANG 3

3 OBJEKTIF REKA CIPTA/INOVASI 4

4 KUMPULAN SASARAN DAN SKOP LIPUTAN 4

5

METADOLOGI DAN PROSES PELAKSANAAN i) Peralatan / Mesin yang digunapakai ii) Senarai Komponen / Bahan yang Terlibat iii) Reka Bentuk / Lakaran / Simulasi / CAD iv) Pemasangan /Penghasilan v) Perbandingan Proses Sebelum dan Selepas

4 – 7

6

APLIKASI KREATIVITI & INOVASI i) Produk / Projek; atau ii) Proses; atau iii) Penggunaan Teknologi IR4.0

8

7 IMPAK REKA CIPTA / INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASARAN 9

8 PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA (JIKA ADA) 9

9 SUMBER DAN IMPLIKASI KEWANGAN (JIKA ADA) 9

10 RUMUSAN DAN PENUTUP 9

11

LAMPIRAN (APPENDIX) i) Lukisan Teknikal ii) Graf iii) Testimonial iv) Gambar dan Sebagainya

10

Page 3: LAPORAN PROJEK IDEA’21

2

SINOPSIS/ RINGKASAN PROJEK

Projek ini bertajuk Pam Angin Daripada Pemampat Peti Sejuk Terpakai adalah

satu idea menjadikan pemampat peti sejuk yang tidak digunakan lagi kepada produk

lain yang bermanfaat. Situasi pada hari ini di mana banyak peti sejuk yang telah

rosak terus dibuang begitu sahaja atau di jual ke kedai – kedai besi buruk.

Walaubagaimanapun terdapat komponen peti sejuk yang boleh digunapakai

menjadi produk lain yang lebih berfaedah.

Dalam projek ini kami telah mengambil komponen pemampat peti sejuk untuk

dijadikan pam angin menggunakan kuasa elektrik. Pam angin ini boleh digunakan

untuk mengepam tayar basikal, kereta dan motosikal. Malah boleh juga digunakan

untuk mengepam bola, pelampung atau kolam kanak – kanak.

Kami menggunakan hampir 90 % barang kitar semula dalam projek ini. Ia boleh

digunakan di mana sahaja asalkan ada bekalan elektrik. Fokus utama kami adalah

untuk kegunaan warga sekolah yang mengalami masalah tayar kenderaan pancit

atau kurang angin. Penghasilan projek ini mengambil masa 3 hari untuk di siapkan.

Page 4: LAPORAN PROJEK IDEA’21

3

PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Nama kumpulan kami ialah Vor-Tex yang ditubuhkan pada 20.1.2021. Ahli kumpulan

kami terdiri daripada Mohamad Danial Irfan Bin Ismail sebagai ketua kumpulan dan

Muhammad Firdaus Bin Khalid sebagai ahli. Kami diselia oleh guru pembimbing iaitu

En Nasrul Hakim Bin Zakaria. Kami merupakan pelajar Tingkatan 5 SMK Bera

Bandar 32 yang mengambil jurusan Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA)

dalam bidang Penyejukan & Penyamanan Udara.

Visi kumpulan kami ialah Peneraju Kreativiti & Inovasi Melalui Kemahiran dengan

misi melahirkan produk kreatif, inovatif dan mesra alam untuk faedah warga sekolah

dan masyarakat.

Maklumat Kumpulan

Nama Kumpulan Vor - Tex

Logo

Penyelia/Guru Pembimbing

(En Nasrul Hakim Bin Zakaria)

Ketua Kumpulan

(Mohamad Danial Irfan Bin Ismail)

Ahli Kumpulan

(Muhammad Firdaus Bin Khalid)

Page 5: LAPORAN PROJEK IDEA’21

4

OBJEKTIF REKA CIPTA / INOVASI

Objektif projek ini ialah :

a) Membantu warga sekolah yang mengalami masalah tayar kenderaan pancit

atau kurang angin.

b) Menggalakkan penggunaan barang kitar semula bagi mengekalkan

kelestarian alam sekitar.

c) Mencungkil bakat dan kreativiti pelajar melalui kemahiran.

KUMPULAN SASARAN DAN SKOP LIPUTAN

Kumpulan sasaran utama projek ini adalah kepada semua pengguna kenderaan

jalan raya. Sebagai permulaan dan ujian lapangan ia digunakan untuk kegunaan

guru, pelajar dan kakitangan sekolah yang mengalami masalah tayar pancit atau

kurang angin.

Selain itu, projek ini juga disasarkan untuk digunakan semasa aktiviti kokurikulum,

aktiviti luar bilik darjah dan Hari Sukan Tahunan sekolah.

METADOLOGI DAN PROSES PELAKSANAAN

i) Peralatan / Mesin yang digunapakai

a. Mapp Gass

b. Playar

Page 6: LAPORAN PROJEK IDEA’21

5

ii) Senarai Komponen / Bahan yang Terlibat

a. Rod silfos

b. Injap servis 1/4inci

c. Bolt & Nat M8 (L = 5cm)

d. Bolt & Nat M10 (L = 25cm)

e. Paip PVC

f. Plywood 12mm

g. Hos angin

h. Pam Adapter

i. Plug 13A

j. Wayar 3-core

iii) Reka Bentuk / Lakaran / Simulasi / CAD

Lakaran projek pam angin dari pemampat peti sejuk.

Page 7: LAPORAN PROJEK IDEA’21

6

iv) Pemasangan / Penghasilan

Projek ini melibatkan beberapa langkah kerja seperti berikut:

Bil Aktiviti Langkah Kerja

1

Menanggalkan pemampat dari peti sejuk

terpakai.

a) Tanggalkan penakung air.

b) Cabut semua pendawaian pada

pemampat.

c) Panaskan saluran nyahcas dan

saluran sedutan untuk

menanggalkan pemampat dari peti

sejuk.

d) Buka bolt dan nat pada tapak

pemampat peti sejuk.

2

Memasang injap servis pada saluran

sedutan dan saluran nyahcas.

a) Pasang injap servis pada kedua –

dua saluran .

Page 8: LAPORAN PROJEK IDEA’21

7

3

Memotong plywood untuk tapak.

a) Potong plywood menggunakan

gergaji kayu atau jigsaw dengan

ukuran 24cm x 21cm.

b) Membuat lubang untuk bolt dan

nat sebanyak 4.

4

Memasang bolt dan pemegang.

a) Pasang bolt dan nat M8 untuk

tapak dan M10 untuk pemegang.

b) Potong paip pvc sepanjang 23cm

dan buat lubang saiz M10.

5

Membuat pendawaian.

a) Sambung pendawaian ke terminal

pemampat seperti berikut:

Terminal E (Hijau) – Body

Terminal N (Biru) – Starter

Terminal L (Coklat) – Overload

v) Perbandingan Proses Sebelum dan Selepas (JIKA ADA)

-TIADA-

Page 9: LAPORAN PROJEK IDEA’21

8

APLIKASI KREATIVITI & INOVASI

i) Produk / Projek; atau

ii) Proses; atau

iii) Penggunaan Teknologi IR4.0

Aplikasi projek ini sebagai pam angin ditunjukkan dalam rajah di bawah. Oleh kerana

ia mudah alih maka ia boleh dibawa ke mana –mana . Pam ini menggunakan kuasa

elekrik 240V. Bagi kegunaan pelampung atau bola, pin hendaklah digunakan

bersama – sama dengan pam adapter.

Aplikasi pam angin pada

kereta, motosikal dan basikal.

Aplikasi pam angin pada

kolam kanak – kanak, bola

dan pelampung.

Page 10: LAPORAN PROJEK IDEA’21

9

IMPAK REKA CIPTA / INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASARAN

Projek ini dapat membantu kumpulan sasaran iaitu warga sekolah yang mengalami

masalah tayar pancit atau kurang angin untuk mengepam tayar. Dalam kes

kecemasan di mana bengkel atau stesen minyak jauh dari sekolah, projek ini dapat

membantu kumpulan sasaran dalam kecemasan sebelum ke bengkel untuk

baikpulih.

PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA (JIKA ADA)

-TIADA-

SUMBER DAN IMPLIKASI KEWANGAN (JIKA ADA)

Dalam projek ini bahan yang dibeli adalah seperti di bawah manakala peralatan atau

bahan lain diperolehi dari produk terpakai atau yang sediada di bengkel.

Bil Bahan Kos/Unit Kuantiti Jumlah (RM)

1 Bolt & nat M10 3.80 2 7.60

2 Bolt & nat M8 2.80 2 5.60

3 Injap servis 1/4"in 3.60 2 7.20

JUMLAH BESAR 20.40

RUMUSAN DAN PENUTUP

Sebagai kesimpulannya projek ini adalah permulaan bagi Kumpulan Vor – Tex

dalam menceburi bidang reka cipta dan inovasi. Projek ini dapat mengetengahkan

idea kami untuk menghasilkan satu produk lain yang berfaedah daripada peti sejuk

terpakai yang tidak digunakan lagi . Diharap dengan projek ini, dapat memudahkan

warga sekolah yang memerlukan pam angin untuk kegunaan sebagai pam tayar

atau aktiviti luar bilik darjah yang lain.

Page 11: LAPORAN PROJEK IDEA’21

10

LAMPIRAN (APPENDIX)

Rajah 1:

Peti sejuk TOSHIBA 1 pintu Model

GR-S180N dengan kuasa pemampat

86Watt.

Rajah 2:

Model akhir pam angin dari

pemampat peti sejuk terpakai.