laporan akhir projek e commerce

77
TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA Muka surat 1/71 GAMBARAN ASAS PROSES E-COMMERCE & SHOPPING CART

Upload: rudiirawan

Post on 13-Jun-2015

3.669 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

klu mw download silahkan ........

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 1/71

GAMBARAN ASAS PROSESE-COMMERCE & SHOPPING CART

Page 2: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 2/71

TAJUK PROJEK

KOD PROJEK

NAMA PELAJAR( NO MATRIK )

NAMA PELAJAR( NO MATRIK )

NAMA PELAJAR( NO MATRIK )

DIPLOMA/SARJANA MUDASESSI TAHUN/TAHUN

ALAMAT UNIVERSITI

Page 3: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 3/71

KANDUNGAN

Halaman

Penghargaan iAbstrak iiAbstract iiiSenarai Jadual ivSenarai Rajah vSenarai Lampiran vi

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Latar Belakang 11.1 Penyataan Masalah 21.2 Objektif 3

1.2.1 Pemasaran 31.2.2 Cepat dan mudah 41.2.3 Sistematik 41.2.4 Mamajukan perniagaan 4

1.3 Skop1.3.1 Pelanggan 51.3.2 Syarikat 51.3.3 Pembangunan web

ENTERTAINMENT5

1.4 Metodologi1.4.1 Soalselidik 61.4.2 Wawancara 6

BAB 2 PEMBANGUNAN

2.0 Pengenalan 72.1 SDLC 72.2 Fasa Pembangunan SDLC 8

2.2.1 Perancangan Projek 82.2.1.4.1

Perisian 9

2.2.1.4.2

Sistem Operasi 9

2.2.1.4.3

Laporan keseluruhan dandokumentasi

10

2.2.1.4.4

Carta Analisis 10

Page 4: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 4/71

2.2.1.4.5

Pembinaan Laman web 10

2.2.1.4.6

Bahasa Pengaturcaraan 10

2.2.1.4.7

Pengkalan Data 11

2.2.1.4.8

Perkakasan 11

2.2.2 Fasa Analisa2.2.2.1 Mengenalpasti keperluan projek 11

2.2.2.1.1 Pemilihan Kategori Projek 112.2.2.1.2 Pemilihan Tajuk Projek 122.2.2.1.3 Pemilihan PemasaranProduk

12

2.2.2.1.4 Sumber Perbincangan 132.2.2.1.5 Keperluan Pengguna 132.2.2.1.6 Keperluan Analisis 142.2.2.1.7 Kaedah Penyelidikan 14

2.2.3 Fasa Rekabentuk 152.2.3.4.1 Rekabentuk skrin 162.2.3.4.2 Rekabentuk laporan dandokumen

20

2.2.4 Fasa Pembinaan 202.2.4.5.1 Rekabentuk Terperinci 212.2.4.5.2 Rekabentuk TeknikalLaman Web

21

2.2.4.5.3 Pengkalan data lengkap 212.2.4.5.4 Pengaturcaraan 222.2.4.5.5 Menyediakan pengujiandata

22

2.2.5 Fasa Pengujian 232.3 Pengulungan 23

BAB 3 PENGUJIAN DAN ANALISIS

3.0 Teknik Kajian 253.1 Borang kaji selidik 25

3.1.1 Bahagian A3.1.1.1 Soalan 1 253.1.1.2 Soalan 2 263.1.1.3 Soalan 3 273.1.1.4 Soalan 4 273.1.1.5 Soalan 5 283.1.1.6 Keputusan kajiselidik Bahagian

A29

3.1.2 Bahagian B3.1.2.1 Soalan 1 303.1.2.2 Soalan 2 303.1.2.3 Soalan 3 313.1.2.4 Soalan 4 32

Page 5: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 5/71

3.1.2.5 Soalan 5 323.1.2.6 Keputusan kajiselidik Bahagian

B33

3.2 Kesimpulan borang kajian soal selidik 34

BAB 4 KESIMPULAN DAN CADANGAN

4.1 Kesimpulan 354.2 Cadangan 36

PENGHARGAAN

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kami

berjaya menyiapkan cadangan projek ini walaupun banyak rintangan dan

masalah yang kami hadapi. Setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih

terutamanya kepada penasihat kami iaitu pensyarah yang banyak

membantu dalam memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna kepada

kami dari permulaan sehinggalah selesai cadangan projek ini. Tidak lupa

juga kepada koordinator kursus kami iaitu yang banyak memberi pandangan

dan juga dorongan.

Berbanyak-banyak terima kasih kepada keluarga kami yang banyak

memberi semangat dan sokongan serta membantu dari segi kewangan

dengan doa dan restu mereka menjadi kekuatan kepada diri untuk berjaya.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan

kerana banyak membantu dan memberi semangat serta dorongan untuk

meneruskan projek ini dan juga sanggup melayan kerenah kami sepanjang

menyiapkan kertas kerja ini. Hanya Allah dapat membalas budi baik anda

semua.

Page 6: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 6/71

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang turut terlibat dan membantu

mencari bahan rujukan dalam menyiapkan projek ini sama ada secara

langsung atau tidak langsung. Terima kasih semua.

i

ABSTRAK

Bagi menggantikan sistem pemasaran secara manual, penyelidik telah

membangunkan laman web e-dagang KR Entertaiment untuk Puan Salina

Aziz pemilik syarikat ENTERTAINMENT ini sendiri. Tujuan web ini dicipta

adalah meningkatkan promosi dan jualan bagi masalah yang sedia ada.

Penyelidik telah menjalankan pemerhatian, temuramah dan soal selidik

untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci dan tepat dari orang awam

dan pelanggan. Sistem untuk ENTERTAINMENT ini merupakan satu kaedah

baru dimana ia memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat

tempahan dan pertanyaan. Konsep mesra pengguna bagi antaramuka

disediakan dan mudah dikendalikan.

Untuk membangunkan sistem ini, Microsoft Access digunakan untuk

menyimpan maklumat di pengkalan data dimana ASP dan HTML juga

digunakan untuk membuat pengatucaraan bagi antaramuka. Selain daripada

Page 7: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 7/71

itu, pembangun juga menggunakan pelbagai perisian seperti Micromedia

Dreamweaver MX dan Adobe Photoshop.

Wujudnya sistem ini, pengguna dapat menjimatkan kos dari segi masa dan

wang ringgit. Secara tidak lansung, ENTERTAINMENT juga dapat

meluaskan perkhidmatan dan memperolehi pelanggan yang lebih ramai.

Dengan ini, Puan …dapat meningkatkan keuntungan syarikat melalui web.

ii

ABSTRACT

For replacing the “traditional” system of marketing and promotion, researcher

have develop an e-commerce platform “ENTERTAINMENT” for Puan Salina

Aziz the owner of the ENTERTAINMENT company. This online selling and

buying have been created to solve the company problems by increasing the

sales and promotions.

Researcher has done observations, interviews and questionnaire to get

accurate and precise information regarding the company problem. The

ENTERTAINMENT is a new approach of marketing where costumer can

browse, select product, ask questions and place order online where it is also

a user friendly.

In developing the “ENTERTAINMENT”, Microsoft Access has been used for

database purpose whereas ASP and HTML are used to build the coding for

the interface and design. Other software such as Macromedia Dream

Page 8: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 8/71

weaver, Adobe Photoshop, and Adobe Illustrator also contributed to the

development website.

With ENTERTAINMENT, shoppers can purchase products conveniently thus

saving substantial time and cost. The ENTERTAINMENT can move towards

to a bigger market place where can reach a greater number of buyers. This

has become the new frontier for Puan quest for the profit over the web.

iii

SENARAI JADUAL

Bil. Jadual Halaman

1. Jadual 1.0 1-2

2. Jadual 3.0 29

3 Jadual 3.1 33

Page 9: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 9/71

iv

SENARAI RAJAH

Bil. Rajah Halaman

1. Rajah 2.1 17

2. Rajah 2.2 18

3 Rajah 2.3 19

4. Rajah 3.0 26

5. Rajah 3.1 26

6. Rajah 3.2 27

7. Rajah 3.3 28

Page 10: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 10/71

8. Rajah 3.4 28

9. Rajah 3.5 29

10. Rajah 3.6 30

11. Rajah 3.7 31

12. Rajah 3.8 31

13 Rajah 3.9 32

14 Rajah 3.10 33

15 Rajah 3.11 34

v

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A

Surat pengesahanTemuramahGambarSoal selidikBorang akuan penerimaanBorang kemajuan projekProject 2 evaluation (report)

Lampiran B

Context DiagramDiagram 0Diagram 1

Page 11: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 11/71

Lampiran C

Data Store Description FormData Flow Description FormElement Description Form

Lampiran D

Entity Relationship DiagramCarta Aliran PelangganCarta Aliran Pengurusan

Lampiran E

Antaramuka Manual PenggunaAntaramuka Manual Pengurusan

vi

BAB 1: PENGENALAN

1.0 Latar Belakang

Syarikat ENTERTAINMENT memberi perkhidmatan penyediaan sistem

audio untuk majlis perkhawinan, perasmian, harijadi, hari keluarga dan

sebagainya. Ditubuhkan pada tahun 2002 dan dimiliki oleh Puan Salina

Aziz (Pengurus) dibantu oleh Encik Roslan Mustafa (Eksekutif Teknikal)

dan seorang pekerja bebas yang mempunyai pengalaman dalam bidang

sistem audio. Segala pengurusan dan simpanan peralatan di jalankan

dari rumah sahaja.

Setiap pelanggan boleh memilih pakej mengikut kemampuan serta

kehendak sesuatu majlis, dibawah ini dinyatakan pakej-pakej yang

disediakan

Page 12: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 12/71

Majlis Pakej 1 Pakej 2

Perkahwinan Sistem audio

Kumpulan Muzik

Penyanyi

Pengacara

Jurukamera

Kompang

Sistem audio

Pengacara

Jurukamera

Hari Keluarga Sistem audio

Pengacara

Jurukamera (Video)

Sistem audio

Pengacara

Perasmian Sistem audio

Pengacara

Juru gambar

Jurukamera

Penari moden/asli

”Backdrop”

Sistem audio

Pengacara

Jurukamera

Karaoke Sistem audio

4 TV (Flat Screen)

8 Mic (Wireless)

400 senarai lagu

lama & baru dan

bahasa inggeris &

melayu

Sistem audio

2 TV

4 Mic

200 senarai lagu

lama & baru dan

bahasa inggeris &

melayu

Jadual 1.0

Agar tidak lari dari konsep majlis yang dipilih oleh pelanggan, syarikat

akan terlebih dahulu mengadakan pertemuan dan persetujuan, menilai

audien majlis, konsep majlis, pemilihan lagu dan menguji sistem audio

sebelum sesuatu majlis bermula.

Page 13: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 13/71

Pengiklanan perkhidmatan audio sistem syarikat adalah menggunakan

kaedah lama iaitu penghebahan dari pelanggan yang pernah mendapat

perkhidmatan dan penyebaran risalah dari rumah ke rumah.

1.1 Penyataan Masalah

Bagi memastikan kejayaan pembangunan web berkonsep e-dagang ini

dapat diterima oleh semua pihak. Ahli kumpulan telah mengadakan sesi

perjumpaan dan temuramah dengan ……………… Menerusi temuramah

itu kami mendapati beberapa permasalahan utama yang dikenal pasti

sebagai sokongan dalam cadangan untuk membangunkan projek web

‘ENTERTAINMENT’ antaranya:-

1.1.1 Syarikat sukar mempromosikan dan memperkenalkan

perkhidmatan kepada pelanggan kerana memerlukan modal

yang besar untuk membuat pengiklanan poster, akhbar utama

atau televisyen.

2 Pelanggan kurang atau tidak tahu dimana mendapatkan

maklumat perkhidmatan dan kaedah untuk pelanggan

berurusan, sukar untuk memberi pandangan dan cadangan

kepada syarikat sekiranya timbul satu-satu masalah.

3 Menyukarkan pelanggan mengetahui harga bagi jenis-jenis

perkhidmatan yang ditawarkan kerana sebelum ini tiada

penetapan harga perkhidmatan dan berbeza-beza sama ada

majlis yang sama atau yang lain.

4 Pemantauan dan kaedah merekod pelanggan yang

berkehendakan perkhidmatan didalam buku pesanan tidak

Page 14: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 14/71

begitu konsisten dan kadangkala terlepas pandang

menyebabkan kehilangan pelanggan serta kepercayaan.

1 Objektif

Berapa objektif ingin dicapai untuk membangunkan laman web

ENTERTAINMENT ini dan antaranya ialah:

1 Pemasaran

Untuk memperkenalkan dan memasarkan perkhidmatan sistem

audio syarikat ENTERTAINMENT dengan kaedah promosi

melalui Internet.

2 Cepat dan mudah

Laman web ini dapat membantu pelanggan untuk

mendapatkan maklumat dan perkhidmatan dengan cepat dan

mudah kerana tidak perlu memikirkan soal minyak, kesesakan,

tol dan tempat letak kenderaan.

3 Sistematik

Memudahkan syarikat memantau pelanggan yang bersetuju

untuk mendapatkan perkhidmatan berdasarkan tarikh majlis

dan bayaran ini bermakna segala data direkodkan dengan

lebih tersusun.

4 Memajukan perniagaan

Page 15: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 15/71

Pelanggan boleh memberi atau membuat sebarang komen

berkaitan perkhidmatan sistem audio. Syarikat dapat mengenal

pasti kelemahan sebelum ataupun selepas sesuatu

perkhidmatan diberi dan memperbaikinya.

2 Skop

Projek membangunkan web ‘ENTERTAINMENT’ mempunyai tiga

perkara utama antaranya:

.1 Pelanggan

Pelanggan dikehendaki mendaftar bagi memastikan segala

proses tempahan hingga peringkat bayaran dapat dipantau

serta diuruskan dengan baik. Disediakan juga galeri bagi pihak

pelanggan melihat segala aktiviti syarikat terdahulu.

.2 Syarikat

Memudahkan pihak syarikat mendapatkan maklumat

pelanggan yang memerlukan perkhidmatan sistem audio dan

dapat membuat persiapan awal dari segi keperluan peralatan

sistem audio dan pakej yang di pilih

.3 Pembangunan web ENTERTAINMENT

Pembangunan web ini adalah untuk semua kategori pelanggan

yang memerlukan perkhidmatan sistem audio dan pihak

syarikat boleh memantau semua operasi pada setiap masa

Page 16: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 16/71

supaya perkhidmatan berjalan mengikut jadual. Cadangan

untuk membangunkan web ENTERTAINMENT mengambil kira

aspek pembangunan antaramuka dan proses-proses dalam

menjayakan sebahagian E-dagang. Menggunakan bahasa

pengaturcaraan Internet HTML dan skrip sebelah pelayan ASP

yang boleh diubah suai menggunakan aplikasi Macromedia

Dreamweaver atau Frontpage. Microsoft Access akan

digunakan untuk mengolah pangkalan data.

1.4 Metodologi

Bagi menjayakan projek pembangunan web ini dua kaedah yang akan

dilaksanakan dan diguna pakai iaitu:-

.1 Soalselidik

Melalui soalselidik, kumpulan kami dapat maklumbalas dari

orang perseorangan tentang kewujudan syarikat yang memberi

perkhidmatan sistem audio dan penataan cahaya. Tahap

pengetahuan dan pengunaan teknologi internet dan e-dagang

di dalam masyarakat. Peringkat sosial kehidupan individu juga

memainkan peranan bagi menentukan kejayaan syarikat

sistem audio. Segala maklumat ini digunakan bagi

memperkenalkan perkhidmatan dengan lebih efisyen dan

konsisten.

.2 Wawancara

Pihak syarikat ENTERTAINMENT telah meluangkan masa

untuk diwawancara kerana ini merupakan peluang untuk

menjelaskan dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan

syarikat. Dengan kaedah ini, membolehkan kumpulan

Page 17: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 17/71

mengetahui bagaimana untuk menyelesaikan masalah

pemasaran perkhidmatan syarikat dan membina web yang

boleh dilayari oleh setiap pengguna sekitar Selangor dan

Wilayah Persekutuan serta pengiklanan untuk rakyat Malaysia.

1.5 PENGURUSAN PROJEK

Satu usaha untuk mencapai matlamat projek satu agar aktiviti-aktiviti tidak

berulang dan memenuhi tempoh dua bulan mulai daripada bulan februari

2006 hingga 31 Mac 2006. Sokongan dari pihak penyelaras dan penyelia

membantu kumpulan merancang projek secara tersusun.

1.5.1 Perancangan Projek

Mewujudkan kumpulan, memilih penyelia dan tajuk projek berkonsep

E-Commerce. Bagi memudahkan ahli jawatankuasa memahami, merancang

dan melaksanakan projek secara berkesan, kumpulan membangunkan

jadual seperti berikut:

Mengadakan mesyuarat dan perbincangan

Senarai kehadiran Mesyuarat

Mesyuarat : Projek 1

Tarikh :

Masa :

Tempat :

Page 18: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 18/71

Bil.Nama Handphone

Tandatangan

1.

2.

3.

Minit Mesyuarat Projek 1

Mesyuarat :

Tarikh :

Masa :

Tempat :

Pengerusi :

Setiausaha :

Bil Perkara/Agenda Siapa Peranan/Nota1.2.3.4.

Di Sediakan Di Semak Di Sahkan

Work Breakdown Structure

Page 19: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 19/71

Gantt chart (Proses menunjukkan setiap tugas dan tarikh)

Resources requirement matrix (Menganggarkan sumber yang akan

digunakan)

Page 20: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 20/71

Responsibility assignment matrix (Membahagikan projek kepada

tugas yang boleh diuruskan)

1.5.2 Melaksanakan Projek

Mengenal pasti masalah dengan menyenaraikan semua perkara dengan

kaedah menemuramah dan melalui soalselidik.

Kajian Literasi

Menerangkan proses, prinsip dan panduan bagi pembangunan projek

dengan mencari maklumat dari buku serta internet.

Analisa Keperluan

Menganalisa kaedah yang telah dibuat bagi memastikan

pembangunan web yang akan dilaksanakan nanti berjaya.

Page 21: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 21/71

BAB 2: KAJIAN LITERASI E-COMMERCE

2.0. Pengenalan

Dilema utama dalam aktiviti perdagangan sejak dahulu ialah jarak yang jauh.

Untuk mengembangkan perniagaan, pembekal perkhidmatan perlu

meluaskan pasarannya yang akan melibatkan kos yang banyak seperti

pengangkutan, penyelenggaraan dan sebagainya.

Perniagaan elektronik merupakan satu alat atau mekanisma yang akan

membantu pembekal perkhidmatan menyelesaikan masalah ini. Perniagaan

elektronik merupakan satu kaedah transaksi elektronik maya tanpa

sempadan jarak atau waktu. Dalam suasana maya, organisasi dapat

menubuhkan pejabat maya yang dapat dikunjungi oleh pelanggan pada

bila-bila masa sahaja. Contohnya seorang penjual buku, dapat mendirikan

gedungnya menerusi laman web selaku pejabat maya contoh Amazon.com

Ini merupakan satu kaedah perdagangan yang sangat ideal dan mempunyai

potensi besar untuk dikembangkan.

2.1. PERNIAGAAN ELEKTRONIK

Perniagaan elektronik merupakan satu metodoloji perniagaan yang

menggunakan perantaraan elektronik untuk melakukan keseluruhan

transaksi perniagaan. Pembekal dan Pelanggan bertemu dalam suasana

virtual untuk melakukan urusniaga dengan menggunakan teknologi Internet,

digital dan lain-lain. Perniagaan elektronik melupuskan sempadan dan

masa. Pelanggan dapat membeli-belah pada bila-bila masa sahaja dan di

mana jua menerusi akses kepada Internet. Kaedah ini amat selesa bagi

Page 22: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 22/71

mereka yang tidak mempunyai masa untuk pergi membeli-belah atau tidak

mahu terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas atau berbaris di kaunter.

Pembekal akan mendirikan gedung maya dan mempromosikan melalui

laman web. Produk/Perkhidmatan yang ditawarkan kepada

pelanggan/pengguna disenaraikan. Antara cara pengiklanan adalah

dengan meletakkan sepanduk elektronik secara berbayar atau pintar seperti

penukaran sepanduk dengan mana-mana laman web lain.

Organisasi-organisasi lembah silikon biasanya akan menawarkan laman web

percuma kepada pengguna Internet dimana mereka boleh memaparkan

iklan sepanduk kepada pengunjung laman web tersebut.

Pembeli/Pelanggan hanya perlu mengunjungi mana-mana tapak web

perniagaan elektronik dan membuat pemilihan produk/perkhidmatan yang

dikehendaki. Produk yang dipilih pasti akan sampai dalam tempoh yang

ditetapkan.

2.2. Kaedah Pembayaran

Transaksi perniagaan elektronik biasanya melibatkan pihak ketiga seperti

bank, syarikat kewangan, pengeluar kad kredit dan badan-badan persijilan

tertentu. Apabila pembeli membuat sesuatu pembelian, mereka akan

diminta memberikan nombor kad kredit mereka untuk dienkripsikan oleh

komputer penjual. Kaedah enkripsi ini akan membenarkan komputer penjual

memintas nombor kad kredit pembeli untuk menyelesaikan proses

pembayaran. Dengan ini nombor kad kredit pembeli tidak akan dibaca oleh

penjual. Di antara teknologi yang menyokong pembayaran melalui kaedah

ini ialah Secure Electronic Transaction (SET) yang dibangunkan oleh Master

Card dan Visa serta Secure Socket Layer (SEL).

Selain itu, terdapat beberapa mod pembayaran yang telah diperkenalkan

organisasi yang membangunkan perniagaan elektronik seperti tunai digital

(digital cash), cek digital dan teknologi sokongan seperti sistem Kriptografi

Page 23: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 23/71

PKI (Public Key Infrastructure) dan sijil digital. Kaedah tunai digital

membolehkan pembeli menghantar wang di dalam talian tanpa

menggunakan nombor kad kredit. Kaedah pembayaran ini dipelopori oleh

DigiCash, Net.Trader dan Cyber Cash di Amerika Syarikat. Di Malaysia

kaedah ini mula dibangunkan oleh MIMOS Berhad dan Hitechniaga Sdn.

Bhd. melalui laman web Jaring's Mall. Apa yang perlu dilakukan oleh

pengguna ialah mengisi borang permohonan dan memilih nilai wang digital

yang mereka kehendaki. Setelah proses pembayaran kepada Jaring's Mall

dilakukan anda akan diberikan nombor rahsia yang membolehkan anda

melakukan pembelian.

Salah satu isu yang amat penting di dalam perniagaan elektronik ialah

kebimbangan pengguna terhadap keselamatannya. Ramai pengguna masih

ragu-ragu terhadap keselamatan transaksasi melalui talian di mana terdapat

kemungkinan maklumat peribadi mereka serta nombor kad kredit akan

dipintas oleh penggodam sistem komputer. Namun dengan kemunculan

teknologi seperti SET, SSL serta peningkatan firewall, pengguna tidak perlu

bimbang lagi tentang keselamatan semasa melakukan pembayaran.

Teknologi SET contohnya memerlukan pembeli, penjual dan pihak bank

berdaftar dengan badan persijilan tertentu bagi mengesahkan identiti mereka

semasa melakukan urusniaga. Pengesahan ini akan dilakukan secara luar

talian seperti melalui telefon, faks dan sebagainya.

2.3. Klasifikasi Perniagaan Elektronik

Perniagaan Elektronik dapat diklasifikasikan kepada beberapa kategori disini

tumpuan iaitu diantara perniagaan dan perniagaan, dan diantara perniagaan

dengan pengguna. Perniagaan elektronik diantara perniagaan dan

perniagaan melibatkan transaksi diantara dua atau lebih syarikat. Biasanya

ia melibatkan diantara pembekal dan organisasi penjual/pemasar.

Contohnya sebuah kilang pengeluar/pencetak buku akan berurusan dengan

sebuah gedung buku. Jenis perniagaan elektronik yang kedua pula

melibatkan penjual dengan pengguna akhir sesuatu produk. Contohnya

Page 24: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 24/71

gedung buku menjual produknya kepada pengguna melalui perniagaan

elektronik.

2.4. Statistik Perniagaan Elektronik

E-Dagang merupakan satu bentuk perniagaan yang semakin berkembang di

seluruh dunia. Ini adalah disebabkan peningkatan yang ketara dalam

Teknologi Maklumat (IT) di mana ia bertindak sebagai penyokong utama

perniagaan elektronik. Intelligent Quest's World Wide/ Online Tracking

Service, sebuah badan penyelidikan antarabangsa melaporkan bahawa 12%

daripada pengguna Internet terlibat dalam E-Dagang. Sementara itu menurut

Computer Intelligence pula sebanyak 2% daripada 4.8 juta perniagaan

berkomputer diseluruh dunia menggunakan perniagaan elektronik untuk

menjalankan semua atau sebahagian daripada transaksi perniagaan. Ini

menunjukkan peningakatan yang amat ketara dalam masa beberapa tahun

sahaja.

Perangkaan terkini menyatakan bahawa pengguna Internet telah meningkat

kepada 200 juta melalui sambungan dail terus dan 17 juta pengguna melalui

sambungan tetap. Di Asia Pasifik termasuk Jepun penggunaan Internet telah

meningkat kepada anggaran 25 juta pada tahun 2005. Kecenderungan

menunjukkan penggunaan ini berkait secara langsung dengan perniagaan

elektronik.

Di Malaysia, perniagaan elektronik ternyata menunjukkan pertumbuhan yang

memberangsangkan. Pada tahun 1998 jumlah transaksi perniagaan melalui

E-Dagang ialah sebanyak US$15 juta iaitu hampir 50% daripada perolehan

Page 25: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 25/71

di Amerika Syarikat pada tahun yang sama. Ia meningkat kepada US$46

juta pada 1999 dan pada tahun 2003 pendapatan E-Dagang dijangka

mencecah US$1560 juta.

2.5. Perniagaan Elektronik Pemangkin Kejayaan Syarikat

Kemunculan perniagaan elektronik merupakan satu prospek yang pintar dan

menguntungkan para usahawan. Ini kerana berdasarkan saiz pertumbuhan

perniagaan elektronik akan menjadi satu bentuk perniagaan yang utama

pada masa hadapan. Perkembangan semasa menunjukkan masyarakat

semakin peka terhadap arus globalisasi. Kesan ini mungkin tidak begitu

dirasakan di Malaysia tetapi di negara-negara maju, ianya telah menjadi

amalan masyarakat di sana untuk melakukan pembelian online. Terdapat

beberapa faktor yang mana ia boleh membantu syarikat mengembangkan

perniagaan mereka menerusi talian.

2.5.1.Pasaran Yang Luas.

Perniagaan elektronik menggunakan teknologi Internet sebagai pelantar

utama perkembangannya. Oleh itu pasarannya seharusnya dilihat dari segi

bilangan mereka yang menggunakan Internet. Di Malaysia sahaja bilangan

ahli yang berdaftar dengan JARING ialah seramai 100,000 orang dengan

300,000 orang dijangka menggunakan Internet pada tahun 1997. Jumlah ini

tidak menunjukkan pasaran yang luas tetapi jika dilihat kepada

peningkatannya kepada 200,000 orang pada tahun 1998 dengan 600,000

pengguna ternyata E-Dagang mempunyai pontensi besar untuk

dikembangkan. Pada masa sekarang terdapat lebih daripada satu juta

pengguna yang berdaftar dengan JARING dan TMnet.

Page 26: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 26/71

2.5.2. Kos Perniagaan yang berpatutan

Jika halangan utama bagi seseorang usahawan menjalankan perniagaan di

bandar (untuk peluang pasaran yang lebih luas) ialah kadar sewa bangunan

yang tinggi, maka dengan perniagaan elektronik masalah itu tidak wujud lagi.

Dengan menempatkan perniagaan di sebuah pelayan web utama, syarikat

telah menempatkan diri secara global. Ini kerana teknologi web

membolehkan ia diakses dari mana-mana tempat sekalipun. Apa yang

menarik lagi ialah kosnya secara relatif adalah amat kecil. Contohnya untuk

menempatkan perniagaan produk/perkhidmatan di pelayan web Yahoo

Geocities atau Fortunecity, dua buah pelayan web yang mempunyai komuniti

berjuta-juta pengguna Internet anda hanya perlu membayar lebih kurang

RM100-150 sebulan. Potensi pasaran usahawan ialah kesemua komuniti

Yahoo Geocities/Fortunecity khususnya dan pengguna Internet amnya.

Selain itu usahawan turut ditawarkan khidmat penyelenggaraan perniagaan

maya mereka.

2.5.3. Kerajaan dan perniagaan elektronik

Usaha kerajaan menerusi cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia

dalam menggalakkan penyertaan industri tempatan dalam E-dagang

memang tidak dapat dapat disangkal lagi. Ini dapat dilihat daripada Pelan

Utama Perniagaan Elektronik Negara dan Rangka Kerja Perniagaan

Elektronik Negara yang diketengahkan semasa mesyuarat Panel Penasihat

Antarabangsa (IAP) MSC di Cyberjaya yang melibatkan Microsoft, Lotus,

Apple dll. Rangka kerja tersebut meliputi tiga prinsip panduan dan empat

pendekatan yang strategik. Prinsipnya meliputi kerjasama pihak kerajaan,

perniagaan dan komuniti, pengiktarafan ciri Perniagaan Elektronik tanpa

semapadan dan penciptaan peluang untuk negara memperolehi manfaat

daripada inisiatif tersebut. Pendekatan strategik pula meliputi amanah dan

keyakinan terhadap perniagaan elektronik, memperbaiki rangka kerja

undang-undang dan peraturan, memperkukuhkan infrastruktur dan

Page 27: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 27/71

sokongan logistik untuk e-dagang, disamping mengoptimakan ekonomi dan

faedah sosial.

Projek MSC memberikan kesan yang kuat dalam pembangunan perniagaan

elektronik. Melalui salah satu aplikasi utamanya iaitu pemasaran tanpa

sempadan yang relevan. Pembukaan Bandar raya pintar iaitu Cyberjaya juga

turut mempengaruhi perkembangan perniagaan elektronik.. Masyarakat di

bandar ini akan menggunakan sepenuhnya kemudahan dunia IT dan

perniagaan elektronik.disamping aplikasi-aplikasi utama serta

pecahan/perinciannya yang lain.

2.6. Pembangunan Dan Sistem E-Commerce

Dalam membangunkan perniagaan elektronik beberapa perkara perlu dititik

beratkan seperti:

Perkakasan dan Perisian serta perlu adanya sambung internet.

Website perlu ada konsep dan antaramuka laman web.

Perlu penyelangaraan peralatan bagi mengekalkan laman web.

Talian secara on-line seperti talian telefon, talian ISDN dan talian

internet seperti STREAMYX atau Jaring.

Pekerja untuk memerhatikan pembelian secara on-line.

Pasaran didalam laman web.

Pemprosesan menerusi kad kredit.

Kesimpulan

Boleh dikatakan perubahan dalam industri IT adalah yang paling pantas

sejak bermulanya revolusi perindustrian pada abad ke-19 dahulu. Industri IT

adalah dinamik sekali apabila ia mengambil masa kurang daripada 20 tahun

untuk berkembang. Bersama-sama industri IT ini adalah perdagangan

elektronik atau e-dagang yang memberi impak cukup besar dalam bidang

Page 28: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 28/71

perniagaan. Organisasi gergasi antarabangsa terutamanya yang berada di

lembah silikon telah mencatat pulangan berbilion dollar melalui perniagaan

elektronik.

Kebanyakan raja perniagaan e-dagang ini bermula secara sederhana.

Yahoo! Inc. contohnya sewaktu memulakan operasinya hanya mempunyai

12 orang pekerja dengan ruang pejabat yang sempit dan tidak berhawa

dingin. Tetapi dalam masa dua tahun selepas penubuhanya ia mempunyai

kakitangan diseluruh dunia dengan pendapatan bernilai berbillion dollar

sehingga dapat menguasai kepentingan dalam Geocities, sebuah pelayan

web yang terkenal di kalangan komunitinya. Faktor penting yang mendorong

kejayaan mereka ialah kemampuan kualitatif dan kuantitatif mereka

memahami kehendak pelanggan/pengguna. Dengan melakukan inovasi

terhadap kaedah konvensional, mereka mampu menarik minat pengguna

untuk berurusan dengan mereka.

Oleh itu kajian literasi dapat membantu dalam membangunkan laman web

yang bertajuk ‘ENTERTAINMENT’ dan penggunaan perisian yang tidak

kompleks boleh didapati dari internet, buku serta pensyarah.

Page 29: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 29/71

BAB 3: ANALISA

3.0 PENDAHULUAN

3.1. TEMURAMAH

Kajian temuramah telah dijalankan di....... Merupakan satu syarikat yang

memberi perkhidmatan kepada pelanggan untuk majlis-majlis besar seperti

majlis perkhawinan, karaoke, hari jadi, perasmian dan perkhidmatan

tambahan mengikut kehendak pelanggan seperti kumpulan tarian moden

atau asli, penyanyi dan band, pengacara majlis, jurugambar atau

jurukamera. Sessi temuramah ini telah dijalankan tarikh. Sessi temuramah

ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang sebenar serta

lebih maklumat bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada

pelanggan.Sesi temuramah ini turut dihadiri oleh “Encik.....” selaku Pengurus

ENTERTAINMENT dan “Encik.....” selaku Eksekutif Teknikal di

ENTERTAINMENT.

Berikut adalah soalan serta jawapan dari hasil temuramah yang dilakukan :

Page 30: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 30/71

3.1.1 Apakah perniagaan yang dijalankan oleh ENTERTAINMENT?

Memberi perkhidmatan audio sistem dan penataan cahaya bagi majlis

perkahwinan, karaoke, harijadi, perasmian, dan pelbagai program samada

kecil atau besar dan perkhidmatan tambahan mengikut kehendak pelanggan

3.1.2 Apakah sistem yang ada di ENTERTAINMENT ?

Sistem yang ada di ENTERTAINMENT ialah sistem audio dan sistem

penataan cahaya.

3.1.3 Kebiasaannya, siapakah pelanggan yang memerlukan

perkhidmatan di ENTERTAINMENT?

Kebiasaanya,perkhidmatan ini diperlukan oleh pelanggan-pelanggan yang

ingin mengadakan majlis keramaian seperti karaoke,majlis perkhawinan,

perasmaian dan hari jadi.

3.1.4 Kategori manakah yang selalu menggunakan perkhidmatan ini

contohnya golongan korporat, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta

dan golongan berkerja sendiri ?

Kategorinya tidak tentu.Tapi selalunya kakitangan swasta yang memerlukan

perkhidmatan kami kerana memandangkan saya sendiri berkerja di sektor

swasta, jadi mereka lebih mudah berurusan dengan saya di pejabat atau di

syarikat kami. Tetapi,kami tidak memilih pelanggan, yang mana dahulu

didahulukan itupun setelah membuat bayaran. Kebanyakan pelanggan kami

dari kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Sedikit luar kawasan maklumlah

kami kena mengambil kira kos pengangkutan peralatan, tol, minyak petrol,

makan minum. Kami akan memberitahu segala bayaran yang akan

dikenakan dan dipersetujui oleh pelanggan

3.1.5 Bagaimanakah cara perkidmatan di ENTERTAINMENT barikan

kepada pelanggan supaya pelanggan anda berpuas hati dengan

perkhidmatan ENTERTAINMENT ?

Bagi memastikan pelanggan berpuas hati, kami akan ketempat program

Page 31: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 31/71

untuk menilai audien, apakah lagu yang akan dimainkan dan menguji sistem

audio.Selain itu,kami akan penuhi setiap perkhidmatan tambahan yang

pelanggan kami pelrlukan.

3.1.6 Apakah jenis perkhidmatan dari ENTERTAINMENT yang paling

digemari oleh pelanggan ?

Kebanyakkannya memilih untuk mendapatkan pengacara majlis bagi majlis

perkhawinan dan penataan cahaya bagi karaoke dam perasmian.

3.1.7 Setujukah anda sekiranya kami ingin membuat satu laman web

bagi produk ini secara E-Commerce?

Cadangan yang bagus tetapi perIu mengambil kira dari segi konsep dan

kegunaan laman web tersebut dan skop pengguna yang dapat

menggunakan laman tersebut.

3.1.8 Bagaimana cara anda membuat promosi ?

Promosi kami tidak begitu konsisten, maksud disini bila ada program baru

lah pihak pelanggan mencadangkan kepada tetamu atau rakan mereka.

Disamping itu kami juga mengedar risalah perkhidmatan syarikat itu pun

direka oleh anak saya menggunakan Powerpoint….nak kurangkan kos

percetakan,buat salinan dan edar sendiri dari rumah ke rumah

3.1.9 Dimanakah ENTERTAINMENT ini beroperasi ?

Secara jujur, ENTERTAINMENT tidak mempunyai satu banggunan yang

tetap untuk dimiliki tetapi ENTERTAINMENT mula beroperasi dari rumah

kami sendiri.

Setelah temuramah dijalankan di syarikat ENTERTAINMENT,tang

menawarkan perkhidmatan audio dan penataan cahaya, maka

masalah-masalah di ENTERTAINMENT telah dikenal pasti. Masalah yang

dapat dikenal pasti aialah memerlukan modal yang besar untuk

mengiklankan perkhidmatan syarikat dan pelanggan kurang pasti atau tidak

tahu untuk mendapatkan maklumat perkhidmatan dan cara berurusan

Page 32: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 32/71

dengan pihak ENTERTAINMENT.Oleh itu, cadangan bagi membangunkan

satu web berbentuk e-dagang amat dialu-alukan oleh pikah syarikat kerana

salah satu cara untuk menjadikan ENTERTAINMENT terkenal adalah

dengan wujudnya satu laman web ENTERTAINMENT. Dari segi promosi

pula, tidak semua pengguna mengetahui ENTERTAINMENT kerana

kurangnya promosi dari iklan melalui media elektronik dan media cetak.

Pelanggan juga susah untuk menggunakan dan menyewa perkhidmatan di

ENTERTAINMENT kerana segala urusan dilakukan di rumah sahaja.

Dengan adanya laman web ENTERTAINMENT, pelanggan yang sukar

mendapatkan perkhidmatan tersebut akan dapat menggunakan dan

menyewa perkhidmatan yang diingini tanpa memikirkan masalah mencari

lokasi ENTERTAINMENT.

3.2 SOAL SELIDIK

Kajian soal selidik dijalank:an untuk mendapatkan maklum balas daripada

pengguna. Kajian ini dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Daripada kajian ini, terdapat pelbagai kategori pengguna iaitu yang terdiri

dari peniaga, pesara , pekerja kerajaan dan swasta.

3.2.1 Objektif

i. Mendapatkan maklumbalas dalam penggunaan internet dan

pengetahuan masyarakat mengenai E-dagang.

ii. Mendapatkan maklumat dan pandangan masyarakat terhadap

perkhhidmatan

iii. Mendapatkan maklumat dan pengetahuan umum terhadap laman

web ENTERTAINMENT yang akan dibangunkan.

Page 33: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 33/71

Page 34: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 34/71

Page 35: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 35/71

Rumusan keseluruhan anaIisa soalan kaji selidik bahagian A

Kajian Demografi (Data):

Seramai 45 orang responden telah memberikan maklumbalas adalah terdiri

dari 20 orang perempuan dan 25 orang lelaki . Merujuk kepada jadual dan

carta bar di atas bermula dari 3.2.2(a) sehingga 3.2.2(d) adalah bahagian

pertama yang merujuk kepada Kajian Demografi. Ini bermula dengan jadual

dan carta bar 3.2.2(a) yang merujuk kepada peratusan jantina. Mengikut

peratusan jantina, lelaki melebihi daripada perempuan iaitu lelaki sebanyak

25% dan perempuan sebanyak 20%. Jarak peratusan yang tidak jauh. Ini

menunjukkan responden masa kini sarnada lelaki atau perempuan tiada

mempunyai masalah dalam mendapatkan maklumbalas dari mereka . Pada

carta pai 3.2.2(b), berkaitan dengan peratusan umur, membuktikan bahawa

kebanyakkan responden adalah dari golongan pertengahan dan golongan

warga emas. Umur responden sekitar 20- 25 tahun (13%), 26 - 31 tahun

(22%), diikuti 32 - 42 tahun (31%) dan akhir sekali berumur 43 tahun ke atas

(34%). Kebanyakkan responden yang diterima adalah golongan yang

bekerja dengan syarikat swasta dimana peratusannya adalah yang tertinggi

iaitu 52%, dikuti dengan golongan yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan

(33%), yang berkerja sendiri (11%) dan yang lainnya adalah pesara(4%), ini

boleh dilihat pada carta pai 3.2.2(c). Kajian yang terakhir bagi kajian

demografi pula ialah peratusan pendapatan sebulan yang boleh dirujuk pada

carta pai 3.2.2(d). Kebanyakkan responden dalam kajian soalselidik adalah

golongan berpendapatan sederhana yang tertinggi peratusannya iaitu

mempunyai pendapatan sebanyak RM1201- RM 2000 (41%), diikuti dengan

RM 2001 - RM 2500 (24%), RM 800 - RM 1200 (22%), RM2501 – RM3000

Page 36: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 36/71

(7%), 3001 – RM4000 (4%) dan akhir sekali RM>4001 (2%)

Kajian Demografi (Data)

Analisa keseluruhan soalan kaji selidik bahagian B (Internet

& E-Commerce):

Merujuk kepadajadual dan carta bar di bawah yang bermula dari 3.2.3(a)

Page 37: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 37/71

sehingga 3.2.3(f) adalah kajian yang dilakukan kepada responden

berkenaan pandangan serta pengetahuan mengenai internet. Jadual dan

carta bar 3.2.3(a) menunjukkan kekerapan responden melayari internet

dalam sebulan. Peratusan yang dapat dari hasil kajian, dalam masa sebulan

kekerapan melayari internet sepanjang hari ialah 15orang melayari internet

seminggu dua kali 17orang, sebulan dua kali seramai 7 orang dan jumlah

yang terendah sekali adalah 6 orang iaitu melayari internet setahun 2 kali.

Responden kini lebih gemar melayari internet tidak kira masa dan tempat.

Pada jadual dan carta bar 3.2.3(b), merujuk kepada pengetahuan mengenai

e -dagang. Hanya 23 responden yang tahu dan faham mengenai e-dagang,

tahu serba sedikit 17 orang, pernah dengar 3 orang dan tidak tahu langsung

seramai 2 orang. Ini menunjukkan sebahagian dari responden mengetahui

e-dagang hanya segelintir responden kurang mengetahui mengenai

e-dagang, ini disebabkan e-dagang jarang diketahui oleh orang rarnai. Pada

jadual dan graf yang seterusnya, responden yang mengetahui tentang

penggunaan e-dagang, dan menunjukkan responden 'yang tahu tentang

pembelian melalui e-dagang 35 orang, berbanding dari yang tidak tahu 10

orang. 35 orang setuju dengan menggunakan cara pembelian melalui

e-dagang kerana pada responden cara lebih mudah dan tidak perlu keluar

mencari perkhidmatan tersebut. Manakala 10 orang tidak bersetuju,

kemungkinan pada responden, mereka ingin melihat dengan nyata produk

yang mereka ingin beli. Diikuti dengan keyakinan pada E-Commerce 22

orang, responden yakin pada e commerce adalah kerana ada bukti,

keselamatan dan jaminan dalam pembelian produk. Tidak yakin pula

seramai 23 orang kerana merasakan untuk menerima pesanan dengan

masa yang lama atau di tipu oleh pihak syarikat. Responden yang pemah

membuat pembelian melalui e-dagang hanya 35 orang, tidak pernah pula 10

orang. Ini disebabkan kurang keyakinan mereka terhadap pembelian melalui

e dagang kerana terdapat pelbagai tanggapan yang negatif

Page 38: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 38/71

Internet & E-Commerce

Analisa soalan kaji selidik bahagian C ( Perkhidmatan &

Syarikat):

Merujuk kepada jadual dan graf di bawah bermula dari 3.2.4(a) sehingga

3.2.4 (d) mengenai perkhidmatan dan syarikat yang pernah digunakan. Ini

dapat dilihat pada jadual dan carta bar 3.2.4 (a) yang menunjukkan bilangan

Page 39: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 39/71

responden yang sering menggunakan perkhidmatan syarikat hiburan. 15

orang lebih meminati mengunakan perkhimatan karaoke, 12 orang

sambutan hari jadi, 11 orang majlis perkhawinan dan majlis perasmian

sebanyak 7 orang. Ini membuktikan perkhidmatan seperti ini semakin

diminati pada masa kini. Mengenai pandangan responden tentang harga

perkhidmatan seperti ini pula adalah, 23 orang mengatakan harga

perkhidmatan ini dalam lingkungan sederhana manakala 15 orang

mengatakan mahal dan selebihnya 7 orang mengatakan murah. Walaupun

perkhidmatan seperti ini dianggap mahal namun pada masa kini ia dianggap

sederhana harganya kerana taraf hidup yang telah meningkat dan mampu

untuk menggunakan dan menyewa. Kebiasaannya, responden yang

meminati perkhidmatan seperti ini, akan mencari tidak kira perkhidmatan ini

berada walaupun jauh dari penempatan responden, ini boleh di rujuk pada

jadual clan carta pai 3.2.4 (c), yang meminati produk porselin ini

kebiasaannya mendapatkan maklumat dari saudara mara dan rakan-rakan

sebanyak 10 orang. 35 orang responden yang lain pula tidak mengetahui

lansung tentang perkhidmatan ini.

Perkhidmatan & Syarikat

Page 40: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 40/71

BAB 4: PEMBANGUNAN

4.0 Pengenalan

Fasa implementasi projek yang dijalankan ini merupakan fasa kerja yang

menerangkan proses pembangunan projek. Ia dibangunkan berdasarkan

kertas cadangan projek dan menggunakan kaedah rekabentuk kajian

penyelidikan dan analisis. Di dalam projek ini rangka kerja yang kukuh

telah di gunakan di mana rangka kerja ini menerangkan proses, prinsip

dan panduan bagi sesebuah pembangunan projek. Rangka kerja ini

dikenali sebagai kitaran hidup. Dalam pembangunan dan implementasi

projek ini, rangka kerja yang digunakan untuk pembangunan perisian

Page 41: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 41/71

ialah SDLC (Software Development Life Cycle). SDLC menerangkan

proses yang berulang untuk membangunkan sistem informasi yang

menggabungkan panduan, metodologi dan piawaian sesebuah projek.

1 SDLC (Software Development Life Cycle)

SDLC menerangkan aktivti-aktivti yang terlibat dalam aplikasi

pembangunan sesebuah perisian dan kaitan kepada pelbagai kaedah

metodologi. Matlamat proses SDLC adalah untuk:

1 Mengurangkan kos dan masa semasa meningkatkan kualiti produk

yang digunakan.

2 Menerangkan aktiviti projek dengan lebih terperinci dan membantu

ahli kumpulan projek untuk mengikut perancangan, pembangunan

dan mengatur system informasi yang baru.

3 Mengurangkan kos projek dengan mengurangkan beban kerja

semula dan kos penyelenggaraan.

4 Membantu ahli kumpulan projek yang dijalankan menguruskan

dan menjalankan pemantauan ke atas projek dengan lebih

berkesan dan efektif.

5 Meningkatkan kualiti aplikasi perisian dengan menyediakan

penyelesaian masalah yang memenuhi kehendak pelanggan.

4.2 Fasa Pembangunan SDLC

2.2.1 Perancangan Projek

2.2.2 Analisis

2.2.3 Rekabentuk

2.2.4 Pembinaan

2.2.5 Ujian

2.2.6 Pengulungan

Page 42: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 42/71

.1 Perancangan Projek

Fasa perancangan projek ini adalah fasa pertama yang

dilakukan dalam pembangunan SDLC. Ia melibatkan proses

mengenalpasti skop, paiwai, kesesuaian hasil dan

perancangan pembangunan sesebuah projek yang telah

dibuat. Dengan adanya perancangan projek, pendekatan

pembangunan, faedah dan juga anggaran kos dalam sesebuah

projek dapat dikenalpasti. Berikut adalah objektif bagi fasa

perancangan projek:

.1 Untuk mengenalpasti keperluan pengguna, keperluan

sistem infrastruktur teknologi yang berkaitan dengan

sesebuah sistem yang akan di bina.

.2 Projek yang dibuat ini dapat menilai beberapa faktor

seperti skop, penjadualan kerja, sumber dan juga latihan

yang perlu dilaksanakan didalam sistem.

.3 Pemerhatian terhadap keperluan maklumat, di mana

segala maklumat dan keperluan yang diperlukan oleh

pengguna telah dikenalpasti melalui keputusan yang

diberikan oleh pengguna dari segi fungsi, keperluan

teknikal dan juga pemprosesan maklumat.

.4 Mengenalpasti persekitaran, perkakasan dan perisian.

Aktiviti ini dibuat untuk mengetahui perkakasan dan

perisian yang sesuai yang digunakan didalam

pembangunan projek. Ia juga akan melibatkan

pendekatan pembangunan yang telah digunakan untuk

membangunkan projek. Diantara perisian dan

perkakasan yang digunakan ialah:

Page 43: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 43/71

.1 Perisian

Beberapa perisian telah digunakan dalam

fasa implementasi ini. Berikut adalah

senarai perisian yang digunakan dalam

implementasi ini:

.2 Sistem Operasi

Microsoft Windows XP adalah salah satu

operasi sistem yang telah digunakan

dalam pembinaan projek.

.3 Laporan keseluruhan dan dokumentasi

Untuk membuat laporan yang lengkap dan

juga dokumentasi bagi projek ini,

menggunakan Microsoft Office Word.

.4 Carta Analisis

Apabila membuat sesuatu analisis projek

ini bagi menerangkan status kajian.

Microsoft Office Excel telah digunakan

untuk manipulasi data dan graf.

.5 Pembinaan Laman Web

Page 44: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 44/71

Bagi pembinaan laman web

“ENTERTAINMENT” ini, perisian yang

digunakan adalah Macromedia

Dreamweaver MX kerana ianya

mempunyai ciri-ciri asas yang diperlukan

serta mudah untuk dibentuk.

.6 Bahasa Pengaturcaraan

Antara bahasa pengaturcaraan yang

mudah dan biasa digunakan untuk

melengkapkan kod-kod pembinaan ini

adalah seperti ASP (Active Server Page)

dan HTML (Hypertext Markup Language).

.7 Pangkalan Data

Pangkalan data yang digunakan untuk

membangunkan projek ini adalah Microsoft

Office Acces.

.8 Perkakasan

Perkakasan yang digunakan:-

Notebooke: Joybook BENQ

Printer: HP laserjet 1010 & HP Inkjet

External Hardisk 40 Gb

.2 Fasa Analisis

Page 45: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 45/71

Fasa analisis bertujuan untuk merumuskan produk dengan

memperkukuhkan peranan produk, mengikut keperluan dan

harapan pengguna. Setiap keperluan projek telah dipaparkan

dalam bentuk data dan model. Ini membolehkan pembangunan

dan pengguna mempunyai harapan yang sama terhadap

keperluan dan skop produk. Selain itu juga, objektif fasa ini

adalah untuk membina produk yang mesra pengguna di

samping memastikan skop projek dilaksanakan dengan baik.

.1 Mengenalpasti Keperluan Projek

.1 Pemilihan Kategori Projek

Seiring dengan kemajuan teknologi sekarang

kategori projek yang dipilih untuk dibangunkan

adalah e-commerce/e-dagang. Ini kerana

sesiapa sahaja boleh melayarinya secara

online. Ia juga memberi kelebihan kepada

pelajar serta orang ramai supaya dapat

meluaskan ilmu dalam teknologi yang serba

canggih ini dalam urusan jual-beli nanti.

.2 Pemilihan Tajuk Projek

Sebelum memilih tajuk “ENTERTAINMENT” ini

untuk dibangunkan kami telah membuat kajian

dan pemerhatian tentang perkhidmatan sistem

audio dan kesan terhadap pengguna. Berbagai

majlis sering diadakan terutama semasa musim

cuti sekolah atau penghujung tahun disamping

Page 46: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 46/71

kualiti sesuatu majlis menjadi keutamaan

pelanggan. Hasil daripada kajian dan

pemerhatian didapati ramai yang mahukan

perkhidmatan sistem audio berserta pakej dan

murah. ENTERTAINMENT ini akan dimuatkan

empat jenis majlis utama berserta pakej. Selain

itu, terdapat juga maklumat mengenai gambar

majlis-majlis untuk tatapan pelanggan. Akhirnya

persetujuan dibuat untuk membangunkan

ENTERTAINMENT agar pengguna dan juga

pelanggan dapat menempah, membayar dan

dapat menjimatkan masa untuk mengetahui

perkhidmatan sistem audio secara online.

.3 Pemilihan Pemasaran Produk

E-dagang sememangnya suatu strategi untuk

penjualan dan pemasaran produk yang telah

disediakan. Melalui urusan jual-beli secara

‘on-line’, terdapat satu kaedah transaksi yang

lebih baik serta menjimatkan masa untuk para

pengguna dan juga pelanggan. Oleh itu, cara ini

akan lebih efektif penggunaannya dengan

melayari laman e-dagang ini pada bila-bila

masa dan dimana jua dengan adanya internet.

.4 Sumber perbincangan

Bagi menjayakan projek dua ini semua kategori

boleh mendapatkan perkhidmatan.

Pemerhatian telah dilakukan berhubung kait

untuk membangunkan ENTERTAINMENT.

Antara pemerhatian yang dilakukan

Page 47: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 47/71

termasuklah mengenal pasti masalah, objektif

dan keperluan. Yang seterusnya adalah

mengenal pasti keperluan maklumat dan juga

analisa keperluan produk.

.5 Keperluan Pengguna

Antara keperluan pengguna ialah pengesahan

organisasi dan aliran kerja. Ia menyediakan atau

mengesahkan dokumentasi tentang organisasi

seperti proses struktur dan perancangan

maklumat. Dokumentasi yang mengandungi

pelan dan operasi sebagai bantuan kepada ahli

kumpulan projek untuk memahami isi kandungan

perkhidmatan sistem audio.

Yang seterusnya adalah kenalpasti keperluan

pengguna. Untuk mengenalpasti keperluan

pengguna, ianya mestilah berkaitan dengan

menemuramah pengguna untuk memahami

setiap keperluan yang diperlukan di samping

mengkaji semula keperluan-keperluan tersebut

sama ada diperlukan ataupun tidak.

.6 Keperluan Analisis

Prototaip atau model direka untuk memastikan

pengguna dan ahli kumpulan projek

memahami keperluan pengguna. Prototaip

memastikan keperluan pengguna boleh

Page 48: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 48/71

dilaksanakan, boleh diuji dan sesuatu yang

boleh dilihat dan berinteraksi.

.7 Kaedah Penyelidikan

Terdapat beberapa kaedah digunakan dalam

fasa ini untuk mengenalpasti objektif,

keperluan pengguna dan keperluan projek

iaitu:

Carian internet

Carian internet adalah sumber rujukan yang

penting digunakan untuk mencari

maklumat-maklumat seperti skrip pengkodan

(coding scripting) ASP (Active Server Page) dan

laman web yang sedia ada sebagai rujukan.

Kebanyakan laman web yang dilayari dapat

membantu dalam pembangunan projek.

Buku rujukan

Merupakan sumber rujukan kedua untuk

membangunkan ENTERTAINMENT. Ia

termasuk buku-buku rujukan seperti pengkalan

data, multimedia, pengaturcaraan dan lain-lain.

Penggunaan e-buku (e-books) juga membantu

dalam pemilihan kod pengaturcaraan yang akan

digunakan untuk pembangunan

ENTERTAINMENT.

Kaji selidik pengguna

Page 49: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 49/71

Tujuan borang kaji selidik diedarkan adalah

untuk mendapatkan pandangan orang ramai

mengenai pembangunan laman web

ENTERTAINMENT Berdasarkan hasil kaji

selidik, 87% respondan bersetuju dengan

pembangunan laman web ini. Selain itu, ia juga

dapat mengenalpasti masalah, keperluan dan

memperbaiki kelemahan serta cadangan untuk

memastikan ENTERTAINMENT dapat

dibangunkan.

Perbincangan

Sesi perbincangan telah diadakan oleh ahli

kumpulan dengan pensyarah-pensyarah di

Kolej Multimedia untuk mendapatkan

penerangan dan bantuan dari segi

pengaturcaraan projek ini.

.3 Fasa Rekabentuk

Di dalam fasa rekabentuk ini, terdapat perancangan yang akan

mengikut keperluan-keperluan yang telah dikenal pasti pada

fasa analisis. Di antara objektif fasa rekabentuk adalah

seperti:-

.1 Rerekabentuk antaramuka pengguna, mengetahui

aliran proses, laporan serta dokumen projek.

.2 Memastikan hasil rekabentuk mematuhi kehendak

pengguna

Page 50: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 50/71

.3 Memastikan rekabentuk memenuhi kehendak kualiti

terutamanya boleh berfungsi dengan baik.

.4 Terdapat beberapa aktiviti di dalam fasa rekabentuk

yang melibatkan pengguna:

.1 Rekabentuk skrin

Rekabentuk skrin dan komunikasi antara

pengguna dengan produk hedaklah selari

dan tepat. Setiap aktiviti yang dijalankan

oleh pengguna adalah berdasarkan

kepada rekabentuk skrin. Struktur navigasi

bagi skrin hendaklah mengikut keperluan

yang praktikal.

Page 51: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 51/71

Rajah 2.1

Rajah 2.1 di atas adalah antaramuka pertama pelanggan. Menggunakan

perisian flash dan Photoshop dalam membangunkannya. Pelanggan boleh

‘Enter’ dan terus ke laman web seterusnya iaitu pendaftaran ahli baru.

Page 52: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 52/71

Rajah 2.2

Rajah 2.2 di atas adalah antaramuka di bahagian ini pelanggan baru

dikehendaki mendaftar sebagai ahli, sebelum boleh terus melayari dan

membuat tempahan sekiranya berminat dengan perkhidmatan yang diberi.

Page 53: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 53/71

Rajah 2.3

Rajah 2.3 di atas adalah antaramuka di bahagian yang memberi

perkhidmatan majlis perkahwinan, karaoke, hari keluarga dan perasmian.

Pelanggan boleh klik pada ‘maklumat lanjut’ akan dipaparkan penerangan

majlis, galeri dan pakej-pakej yang boleh dipilih satu atau kedua-duanya

sekali. Klik ‘keluar’ bermaksud pelanggan memilih keluar terus. Setelah

berpuas hati dengan pilihan pakej pelanggan klik ‘Papar Tempahan Anda’

disini akan dipaparkan segala pilihan yang telah dibuat, seterusnya proses

membuat bayaran pelanggan boleh memilih dua kaedah bayaran iaitu online

atau offline.

Page 54: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 54/71

.2 Rekabentuk laporan dan dokumen.

Laporan dan dokumen dibuat mengikut

rancangan yang dihasilkan daripada

aplikasi, diselaraskan sekiranya perlu dan

susun atur daripada aplikasi lain boleh

digunakan semula.

.4 Fasa Pembinaan

Fasa pembinaan ini merupakan proses untuk melengkapkan

implementasi projek. Tujuan fasa pembinaan ini adalah untuk

melengkapkan keseluruhan perancangan dan rekabentuk

yang dicadangkan sama ada dari segi pembangunan,

perlaksanaan dan operasi. Ia juga digunakan untuk

membangunkan aplikasi yang sesuai dengan persekitaran

pembangunan dan perkakasan. Objektif fasa pembinaan

adalah :

.1 Menyediakan dan melengkapkan rekabentuk secara

terperinci untuk keseluruhan bahagian projek.

.2 Mereka modul yang boleh dilaksanakan. (Modul setiap

halaman web yang dan senarai kerja merekabentuk)

.3 Menguji modul secara individu.

.4 Mempersembahkan model pengujian

.5 Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam fasa

pembinaan adalah:

.1 Rekabentuk Terperinci

Menggunakan rekabentuk teknikal sebagai

contoh, setiap unit kerja iaitu proses setiap

modul telah siap akan didokumenkan. Setiap

Page 55: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 55/71

unit kerja merujuk kepada logik satu jumlah

projek yang akan direkabentuk dan

dibangunkan, selepas itu ia akan disatukan

mengikut keperluan yang telah

didokumentasikan. Selepas melakukan

proses dokumentasi untuk unit kerja, struktur

data logikal dan fizikal perlu didokumentasi

di dalam setiap unit pengaturcaraan. Akhir

sekali, data pengujian disediakan untuk unit

pengujian.

.2 Rekabentuk Teknikal Laman Web

Di dalam aktiviti ini, perisian tambahan yang

hendak digunakan dianggarkan harganya.

Aktiviti ini juga melibatkan proses

melengkapkan kerja-kerja utama di dalam

fasa rekabentuk.

.3 Pengkalan Data Lengkap

Aktiviti ini melibatkan kesemua data-data

yang perlu didokumentasikan seperti data

logikal, pengkalan data dan juga struktur

data yang digunakan di dalam unit

pengaturcaraan. Dokumentasi ini penting

untuk pengaturcara bagi membangunkan

struktur data.

Page 56: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 56/71

.4 Pengaturcaraan

Pengatucaraan adalah penghasilan kod

pengaturcaraan. Aktiviti ini melibatkan

proses menulis kod pengaturcaraan kepada

rekabentuk logikal kepada aplikasi fizikal

yang akan di jadualkan oleh computer. Oleh

itu, di antara kod pengaturcaraan yang

digunakan adalah HTML, javascript dan VB

script. Pada tahap ini, kesalahan sintaks

akan dikenalpasti dan dibuang untuk

memastikan aturcara tersebut berjalan

dengan baik.

.5 Menyediakan pengujian data

Aktiviti ini melibatkan penyediaan terhadap

pengujian data yang telah disetkan di dalam

kod pengaturcaraan.

.5 Fasa Pengujian

Fasa pengujian adalah untuk mengenalpasti keperluan

pengujian dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan

memastikan produk tersebut berfungsi mengikut peraturan

yang ditetapkan. Objektif bagi fasa ini ialah :-

a) Membina rancangan komprehensif untuk aktiviti-aktiviti

ujian.

b) Membina model ujian yang akan mengesahkan proses

berfungsi dengan betul.

c) Memastikan masa dan sumber yang diperlukan untuk

pengujian ada.

Page 57: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 57/71

Modul produk yang telah siap akan diedarkan kepada

pengguna untuk menguji keberkesanan dan kebolehupayaan

aliran transaksi. Sekiranya modul produk tidak dapat berfungsi

dengan baik atau pengguna tidak menerima modul produk,

fasa ini dianggap tidak berjaya.

Walau bagaimanapun, modul produk boleh diperbaiki semula

berdasarkan analisis yang dibuat pada fasa pengujian ini

beserta komen dan pandangan dari pengguna.

.3 Penggulungan

Tujuan penggulungan ialah untuk memasang produk baru kepada

persekitaran produksi, menyiapkan penukaran proses dan

melancarkan produk untuk digunakan oleh pengguna. Selain itu juga

ia adalah untuk menyediakan persekitaran yang memastikan produk

berjaya berterusan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam

fasa ini ialah :-

2 Melaksanakan semakan penyediaan

3 Jaminan pengguna memastikan ia menepati kehendak

pengguna mengikut fungsi produk yang telah dibangunkan. Ini

akan membantu pengguna untuk menggunakan produk

tersebut dengan lebih terlatih.

4 Produksi kawalan

5 Ahli kumpulan projek menilai produk untuk mengenalpasti

bahagian yang berpotensi untuk ditingkatkan.

Page 58: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 58/71

BAB 5 : PENGUJIAN DAN ANALISIS

5.0 Teknik Kajian

Bagi pembangunan laman web ini beberapa teknik telah dikenal pasti.

Diantara teknik-teknik yang berkesan sepanjang penyelenggaraan

ENTERTAINMENT ialah menggunakan borang kaji selidik.

5.1 Borang Kaji Selidik

Kajiselidik yang dijalankan bertujuan mengenal pasti sejauh mana

ENTERTAINMENT memenuhi kehendak pelanggan. Sebanyak 35

salinan, pada bahagian A terdapat lima soalan yang berkaitan dengan

rekabentuk. Manakala bahagian B juga terdapat lima soalan berkaitan

dengan proses tempahan. Bahagian C kajiselidik bertujuan

mengumpulkan cadangan-cadangan daripada pengguna.

Page 59: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 59/71

SOAL SELIDIK: ENTERTAINMENT

Soal selidik ini bertujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalammembangunkan ‘Web’ syarikat ENTERTAINMENT yang beroperasi memberiperkhidmatan audio sistem bagi sebarang majlis. Kerjasama dari pihak tuan/puanamat diperlukan untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan mengikut skala1(sangat tidak setuju) hingga 4 (sangat setuju).

1 Sangat tidak setuju 2 Tidak Setuju3 Setuju 4 Sangat Setuju

Bahagian A – Rekabentuk

1. Rekabentuk web menarik 1 2 3 4

2. Web mudah di layari 1 2 3 4

3. Link berfungsi sepenuhnya 1 2 3 4

4. Antaramuka tidak terlalu padat 1 2 3 4

5. Maklumat di dalam web mencukupi 1 2 3 4

Bahagian B – Proses Tempahan

1. Perkhidmatan yang diberikan adalahantara yang terbaik

1 2 3 4

2. Terlalu banyak maklumat yangdiminta sebelum membuat tempahan

1 2 3 4

3. Harga perkhidmatan standing denganharga pembekal perkhidmatan yanglain.

1 2 3 4

4. Bayaran mudah untuk dibuat 1 2 3 45. Jangkamasa mengendalikan

perkhidmatan sebelum majlismenepati kehendak pelanggan

1 2 3 4

Bahagian C – Cadangan

Page 60: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 60/71

3.1.1 Bahagian A

3.1.1.1 Soalan 1: Rekabentuk web menarik

Kehendak pelanggan yang mahukan sesuatu web yang

mudah serta tidak begitu kosmetik ini dibuktikan dari skala 3

dan 4 berjumlah 69%. Manakala skala 2 iaitu 31%

beranggapan sebaliknya mungkin responden sudah biasa

dengan web sepenuhnya menggunakan teknologi flash.

Secara keseluruhannya pelanggan bersetuju web

ENTERTAINMENT menarik.

Rajah 3.0

2 Soalan 2: Web mudah di layari

Web ENTERTAINMENT telah mendapat maklumbalas yang

positif dari kebanyakan responden. Mengikut perangkaan skala

Page 61: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 61/71

yang telah dibuat menunjukkan sebanyak 49% setuju

manakala 51% sangat setuju. Ini dapat dibuktikan pada

‘localhost’ komputer kumpulan.

Rajah 3.1

3 Soalan 3: Link berfungsi sepenuhnya

Semasa responden melayari web yang masih dalam peringkat

pembangunan wujud kemungkinan web ini dapat disiapkan

dalam masa terdekat ini dibuktikan 63% responden setuju.

Mungkin halangan utama adalah diperingkat pemindahan

maklumat kedalam storan data.

Page 62: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 62/71

Rajah 3.2

3.1.1.4 Soalan 4: Antaramuka tidak terlalu padat

Bagi keputusan soalan yang berkaitan, nampaknya

kebanyakan responden telah memilih perangkaan skala 3 dan

4. Ini adalah hasil maklumbalas yang amat

memberangsangkan dari responden iaitu sebanyak 80%.

Dengan itu dapat dirumuskan bahawa tiada masalah dari segi

rekabentuk dan antara muka laman web ini.

Page 63: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 63/71

Rajah 3.3

3.1.1.5 Soalan 5: Maklumat di dalam web mencukupi

Majoriti Responden lebih suka memilih skala 4 sangat setuju

dan skala 2 tidak setuju. Jumlah Peratusan kedua-dua skala itu

adalah sebanyak 83% ini menunjukkan pandangan responden

ada kelebihan dan kekurangan di dalam laman web

ENTERTAINMENT.

Page 64: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 64/71

Rajah 3.4

3.1.1.6 Keputusan Kajiselidik Bahagian A –

Rekabentuk Laman Web

Selepas 35 salinan tersebut diambil semula oleh para

penyelidik, pendapat orang ramai adalah seperti

berikut:-

Jadual Menunjukkan Skala Tentang Nilai Undian

Responden (A)

Soalan ( Bhg. A ) Skala Jumlah

1 2 3 4

Soalselidi

k

1. Rekabentuk Web Menarik 0 11 20 4 35

2. Web mudah dilayari 0 0 17 18 35

3. Link berfungsi sepenuhnya 2 5 22 6 35

4. Antaramuka tidak terlalu

padat 0 7 18 10 35

5. Maklumat didalam Web 0 9 20 6 35

Page 65: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 65/71

mencukupi?

Jadual 3.0

Keputusan keseluruhan bahagian (A)

Rajah 3.5

3.1.2 Bahagian B

1 Soalan 1: Perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik

Page 66: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 66/71

Konsep tempahan secara online adalah lebih cepat dan

menjimatkan. Untuk itu, laman web ENTERTAINMENT

sentiasa dikemaskini supaya pelanggan dapat mengetahui

perkembangan terkini mengenai perkhidmatan audio sistem

untuk majlis. Setelah dianalisa, responden-responden telah

menyatakan pilihan “Setuju” dan “Sangat Setuju” yang mana

peratus pada kadar 43% setiap satu.

Rajah 3.6

2 Soalan 2: Terlalu banyak maklumat yang diminta sebelum

membuat tempahan.

Majoriti responden telah memberikan jawapan pada skala 3

dan 4 iaitu berjumlah 100%. Ini dibuat kerana ingin

memastikan segala maklumat mengenai pelanggan dapat

dikenalpasti pada peringkat tempahan, setelah itu diadakan

perbincangan secara bersemuka dan bayaran bagi menjamin

Page 67: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 67/71

keselamatan persekitaran web serta mengekalkan

kepercayaan kedua-dua pihak..

Rajah 3.7

3 Soalan 3: Harga perkhidmatan berpatutan dengan harga

pembekal perkhidmatan yang lain.

Secara keseluruhan responden setuju bahawa harga

perkhidmatan di dalam laman web ENTERTAINMENT ini

adalah lebih kurang sama dengan harga pasaran.

Page 68: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 68/71

Rajah 3.8

3.1.2.4 Soalan 4: Bayaran mudah dibuat

Menurut kajian ini didapati bahawa pelanggan tidak mahu

terikat pada satu kaedah bayaran, adakan bayaran secara

online dan offline. Pada peringkat pembangunan web ini

kaedah offline digunakan. Setelah ada keyakinan dan

kemampuan dalam semua aspek keselamatan internet barulah

diwujudkan online.

Page 69: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 69/71

Rajah 3.9

5 Soalan 5: Perkhidmatan menepati kehendak pelanggan

Apabila pelanggan telah membuat tempahan perkhidmatan

melalui borang tempahan, pihak pengurusan akan

menghubungi pelanggan. Secara tidak langsung ia boleh

menjimatkan masa dan tenaga pelanggan.

Page 70: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 70/71

Rajah 3.10

3.1.2.6. Bahagian B – Tempahan Perkhidmatan

Jadual Menunjukkan Skala Tentang Nilai Undian Responden

(B)

Soalan ( Bhg. B ) Skala Jumlah

1 2 3 4 Soalselidik

1. Perkhidmatan yang

diberikan adalah antara yang

terbaik. 0 5 15 15 35

2. Terlalu banyak maklumat

yang diminta sebelum

membuat tempahan 0 0 21 14 35

3. Harga perkhidmatan

setanding dengan harga 5 7 11 12 35

Page 71: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 71/71

pembekal perkhidmatan yang

lain

4. Bayaran mudah untuk

dibuat 0 0 30 5 35

5. Jangkamasa perkhidmatan

sebelum majlis menepati

kehendak pelanggan. 0 0 10 25 35

Jadual 3.1

Keputusan keseluruhan bahagian (B)

Rajah 3.11

3.2 KESIMPULAN BORANG KAJIAN SOAL SELIDIK

Page 72: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 72/71

Berdasarkan kajiselidik yang telah dijalankan, laman web

ENTERTAINMENT ini menepati kehendak asas pelanggan. Kajiselidik

merangkumi aspek proses tempahan. Secara keseluruhannya, proses

tempahan di ENTERTAINMENT menepati citarasa pelanggan. 81%

daripada sampel bersetuju bahawa laman web ini harus menyediakan

pakej-pakej menarik dan mengikut kemampuan, harga yang kompetitif,

cara pembayaran yang mudah mengikut kehendak pelanggan.

Walau bagaimanapun, maklumat yang lebih terperinci patut dimuatkan

di dalam laman web ini, di samping cadangan-cadangan daripada

pelanggan yang mahukan pelbagai perkhidmatan disediakan di laman

web ini. Seperti memberi diskaun kepada pengguna yang sama.

BAB 6 : KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.0 KESIMPULAN

Kumpulan penyelidik juga telah menjalankan ujian peneriman pengguna

(user acceptance test) pada peringkat fasa penilaian bagi mengkaji tahap

keboleh gunaan produk serta mengetahui tahap penerimaan pengguna

apabila produk tersebut dilaksanakan kelak. Secara keseluruhannya, web

ENTERTAINMENT yang dihasilkan kumpulan penyelidik ini berjaya

mencapai objektif dan matlamat utamanya, iaitu untuk memberi kemudahan

kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan dengan mudah dimana

pengguna akan mudah menempah perkhidmatan seperti audio untuk majlis

perkahwinan, hari keluarga, majlis perasmian dan karaoke.

Page 73: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 73/71

Web ENTERTAINMENT ini juga mampu beroperasi dari segi keberkesanan

dan kecekapannya ketika dilaksanakan pada ujian penerimaan pengguna

yang lalu. Segala kekurangan akan sentiasa diperbaiki dan diatasi bagi

memastikan web ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kesimpulannya,

dengan terhasil dan terlaksananya web ENTERTAINMENT ini, ianya

membolehkan pengguna mendapatkan maklumat dengan mudah dan

pantas tanpa perlu pergi ke tempat penyewaan perkhidmatan ini.

6.1 CADANGAN

Dalam menentukan objektif mewujudkan laman web

ENTERTAINMENT ini agar tercapai, cadangan-cadangan dari

soalselidik, pandangan pengguna, penyelia, penyelaras dan panel

pembentangan harus diambil kira antaranya:

Antarmuka harus dipertingkatkan lagi supaya pelanggan terus

mencapai web sebagai contoh menggunakan perisian flash

Konsep E-Commerce harus digunakan sepenuhnya bagi

menjayakan perniagaan seperti ‘Shoping cart’ dan pembayaran

disamping itu pengurusan juga harus menyusun dan mengemaskini

maklumat supaya sentiasa segar.

Page 74: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 74/71

Rujukan

Buku

1. Timmers, Paul. 1998 “Business Models for Electronic Markets”

Electronics markets vol. 8 & no. 2

2. Kenneth C.Laudon, Carol Guercio Traver, 2002 E-Commerce Business,

Technology, Society, Addison Wesley.

3. Rebhols, Gary, “Siri Visual Federal: Bagaimana Mengguna HTML &X

HTML”.

Page 75: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 75/71

4. William M. Fuori, Louis V.Gioia 1993, “Computers And Information

Processing” Chapter 10 & 14.

5. Iskandar Ab Rashid & Zaitun Ismail, “Membina Laman Web Pertama” :

Venton Publishing.

6. Zulkiply Harun, “Panduan Membina Laman Web” : Penerbitan Bintang

Pelajar Sdn Bhd.

LAMPIRAN A

SURAT PENGESAHAN

TEMURAMAH

GAMBAR

SOAL SELIDIK

BORANG AKUAN PENERIMAAN

BORANG KEMAJUAN PROJEK

Page 76: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 76/71

PROJECT 2 EVALUATION (REPORT)

LAMPIRAN B

CONTEXT DIAGRAM

DIAGRAM 0

DIAGRAM 1

Rujuk Slide Power Point untuk gambarajah

Page 77: Laporan Akhir Projek E Commerce

TESIS E-COMMERCE HAMDY, SURAYA & SHIDA

Muka surat 77/71

Salam Hormat,

E-mail: [email protected]: 013-3620874 (sms)

http://www.mhamdy.com