laporan projek hpa

36
1 LAPORAN PROJEK SISWANIAGA VUC011/2010 PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) HPA INDUSTRI SDN. BHD  NAMA PENSYARAH : USTAZ AZHAR BIN JAAFAR 

Upload: kamalezwan

Post on 15-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 1/36

1

LAPORAN PROJEK 

SISWANIAGAVUC011/2010

PERKONGSIAN BIJAK 

CEMERLANG (PBC)HPA INDUSTRI

SDN. BHD

 NAMA PENSYARAH :

USTAZ AZHAR BIN JAAFAR 

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 2/36

2

 ISI KANDUNGAN 

BIL TENTATIF MUKA

SURAT

1 Pengenalan Dan Objektif Siswaniaga 3

2 Pengenalan Hpa 4

3 Visi, Misi Dan Objektif Hpa 5

4 Perkongsian Bijak Cemerlang 6

5 Tentatif Program 116 Ucapan Aluan Dan Perasmian

Program

13

7 Slot Halal Haram 15

8 Pelan Pemasaran Lima Angka 16

9 Gerak kerja 6 M 18

10 Malam Bintang-Bintang 2111 Qiamullail 22

12 Saraf Tapak Tangan Dan Pengenalan

Kepada Produk 

24

13 Latihan Dalam Kumpulan 27

14 Sentuhan Kasih 31

15 Kesan menyertai program PBC 32

16 Lampiran 33

17 Kesimpulan 35

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 3/36

3

PENGENALAN

SUBJEK SISWANIAGA 

Program Perniagaan Pelajar UUM yang menjalankan 

aktiviti perniagaan yang dibenarkan oleh Universiti.

Diwujudkan pada bulan Dis. 1986 

17 April 1988 ± dinamakan Program Siswaniaga (di bawah pengurusan Jab. HEP)

Mac 1993 ± (di bawah pengurusan IPK) 

Awal tahun 2002 ± Jawatankuasa Program Siswaniaga ditubuhkan

dan aktiviti utamanya dikendalikan oleh IPK dan Jab. HEP.

OBJEKTIF

Memberi latihan amali dan pengalaman kepada para pelajar dalam bidang perniagaan.

Memupuk bakat keusahawanan kepada para pelajar. 

Melatih para pelajar berdikari dan cekal dalam 

melaksanakan sesuatu usaha.

Memantau dan melaksanakan aktiviti-aktiviti ³Selepas Jualan´ untuk memastikan keberkesanan

Program Siswaniaga.

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 4/36

4

HPA INDUSTRI SDN. BHD³Produk Halal Tanggungjawab Bersama´ 

 Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf µGMP¶ semenjak 

dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan

mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

Pengenalan 

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. MataAyer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan

nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan

 peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida. 

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini.HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan

utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herbatradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan

yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 5/36

5

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam  bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku

 pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

VISI HPA 

y  HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan

y  HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa

MISI HPA 

y  HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan

 juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang

 berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami

y  HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan

masyarakat

OBJEKTIF HPA 

y  Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia

y  Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan

 berwawasan

y  Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan

³  Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan

 Dengan Ketulan Emas´- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad 

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 6/36

6

³  Produk Halal Menjadi Nadi Perjuangan Dan Rezeki Yang Diberkati ALLAH,

 Menjadi Garis Panduan Perniagaan Kami. Amin.´ ± Tn Hj Ismail b Hj Ahmad 

PERK ONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) :

KURSUS USAHAWAN HPA 

FAKTA 

1.  KURSUS PBC 2 HARI 1 MALAM

2.  BAYARAN ANTARA RM100 ± RM150.00( MENGIKUT KEADAAN TEMPAT KURSUS)

PBC DAN KEISTIMEWAANNYA 

1.  Membina keyakinan diri untuk menjadi usahawan herbalis mlm yang cemerlang.2.  Dapat menguasai segala ilmu dan kemahiran dalam bidang keusahawanan mlm. Agar 

dapat merancang, mengurus dan bertindak mengikut plan yang disediakan bagi menjurus

kepada bonus 5 angka sebulan.3.  Memupuk dan menerapkan kekuatan rohani bagi membentuk jati diri sebagai usahawan

yang bertaqwa.

4.  Melahirkan usahawan yang tahan lasak, tabah, berdisiplin dan mampu menjadi pemimpin jaringan yang hebat.

APAKAH PR OGRAM PERK ONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC)? 

Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) merupakan keistimewaan pelan pemasaran HPA. Iadiperkenalkan oleh HPA Industries Sdn. Bhd. melalui cetusan idea/kajian daripada pengedar- pengedar yang telah berjaya memperolehi pendapatan lumayan melalui syarikat HPA.

Pelan pemasaran ini diperkenalkan bertujuan supaya pengedar-pengedar HPA memperolehi pendapatan lumayan dalam masa yang singkat. Menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan

dengan produk-produk halal & suci HPA. Ketahui pelan pemasaran Perkongsian Bijak Cemerlang HPA dengan µproduct killer¶ kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix serta beratus-ratus

  produk lain yang merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasaskan herba, kosmetik,makanan kesihatan, makanan & minuman dll.

Berbeza dengan plan pemasaran syarikat lain, Program Perkongsian Bijak Cemerlang inimenyediakan seberapa banyak maklumat dan bimbingan yang secukupnya kepada pengedar-  pengedar melalui program-program yang dianjurkan dengan percuma!Anda pasti terpegun

dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlahuntuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaALLAH.

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 7/36

7

MENGAPA PERLU SERTAI PBC? 

1.  Modul program yang menarik dan berkesan.

2.  Mempelajari ilmu-ilmu herba HPA, kaedah perawatan perubatan JAWI dan ilahiah,

kaedah asas diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan, maklumat halal haram dalam pemakanan dan sebagainya.

3.  Menjadi ahli HPA yang berkualiti dan berilmu.4.  Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah

 berjaya.5.  Khusus untuk mereka yang mencari-cari suatu perniagaan yang mudah, selamat,

 berasaskan Syariah dan menguntungkan.6.  Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan dan Herbalis HPA yang berjaya.

7. 

Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.8.  Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan

melalui plan pemasaran era baru HPA.9.  Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan

 professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.10. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20%

kekal) tanpa melakukan penajaan.11. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan

untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).12. PBC sebagai satu kaedah mendapat pangkat yang tertinggi di dalam pelan pemasaran

HPA tertakluk kepada syarat-syaratnya.

MODUL-MODUL PBC 

1.  Kenali Syarikat.

2.  Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA.3.  Bagaimana Nak Berjaya ± Gerak Kerja 6M.

4.  Eagle Eyes Sponsoring.5.  Malam Bintang-Bintang.

6.  Pelan Tindakan melalui LDK.7.  Teknik Demo.

8.  Pengetahuan Produk Pilihan.9.  Halal Haram Dan Syubhah Dalam Makanan.

10. Diagnosis Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan.11. Asas Perubatan JAWI.

12. Qiammullail.13. Kuliah Subuh.

14. Senaman Pernafasan.15. Bacaan Al Maathurat.

16. Motivasi Niaga.

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 8/36

8

PENGISIAN PBC 

Pengisian PBC ini disampaikan oleh Pengarah Jati Setia (PJS) dan mereka yang terpilih. Modul-

modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM Syariah HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5

  bulan. Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turutmendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi

Pra-campuran Radix.

Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat µDemo¶ atau µHomeparty¶ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh

PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul. Apa yang

membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapannilai-nilai dan prinsip-prinsip Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di managanjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat. InsyaALLAH.

Menjadi ahli HPA dengan membayar yuran penyertaan RM30 seumur hidup belum tentu

memberi jaminan untuk kita berjaya sebagai usahawan HPA. Ramai yang menjadi pengguna dan pengamal produk sahaja. Mereka mungkin terlupa bahawa Pelan Pemasaran yang dikemukakan

oleh HPA mampu membina diri kita sebagai jutawan HPA jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Menjadi usahawan memerlukan ilmu perniagaan. Setakat tahu sahaja belum cukup sekiranya

tidak disertakan dengan skil untuk berdagang, terutama dalam syarikat yang berniaga secaraMulti Level Marketing (MLM). Selama 2 hari 1 malam dengan bayaran minimum sahaja,  pengedar akan didedahkan dengan ilmu dan skil perniagaan yang mampu menjadikannya

usahawan yang cukup berjaya jika dipraktikkan dengan betul.

BAGAIMANA HENDAK MENYERTAI PBC 

1.  Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan dapatkan Kit

 Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen;

2.  Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja (bergantung kepada tempat

PBC diadakan) untuk 2 hari 1 malam;3.  Hadiri program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) anjuran HPA. Anda akan

didedahkan dengan profil syarikat, didedahkan dengan ilmu herba, halal haram,dibimbing dan dilatih mengenai gerak kerja perniagaan MLM Syariah HPA dan

sebagainya.4.  Selepas PBC, membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program

PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM

sebelum ke program PBC.

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 9/36

9

SEJARAH PBC 

Program PBC atau PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG ini adalah kesinambungan daripada

 program PERKONGSIAN BIJAK ( PB ) yang mula diperkenalkan oleh HPA Industries Sdn Bhd pada 2 Disember, 2005.

Program PB yang pada asalnya 3 hari 2 malam ini diadakan adalah hasil dari cetusan ideaPengarah Urusan HPA itu sendiri yang ingin melihat pengedar-pengedar di bawah anak 

syarikatnya, Al Wahida Marketing Sdn Bhd mendapat bonus atau pendapatan yang lumayanseperti pengedar syarikat MLM yang lain.

Hasil daripada perbincangan dengan pemimpin-pemimpin HPA yang masih setia dan yang

  berpengalaman luas dalam MLM, maka Program Perkongsian Bijak atau ringkasnya PB telahdiwujudkan dengan pihak HPA sendiri menjanjikan untuk menganugerahkan pangkat

PENGURUS MELATI (PLX) dengan bonus 20% kepada setiap peserta program yangmemenuhi syarat-syarat minima yang ditetapkan.

Sekitar tahun 2002, jualan bulanan HPA hanya sekitar RM200 ribu sebulan sahaja. Tidak 

sepertimana yang berlaku pada hari ini, alhamdulillah jualan bulanan domestik telah menjangkauRM15 sebulan. Cawangan Sungai Petani sahaja mampu mencatat jualan melebihi setengah juta

Ringgit Malaysia sebulan. Pejuang dan usahawan HPA yang lahir selepas 2005 mungkin tidak mengalami pahit maung yang telah dilalui oleh pemimpin-pemimpin awal yang bersama HPA

dalam era 90-an.

Apakah punca sebenar yang menyebabkan berlakunya lonjakan ini? Banyak faktor sebenarnya.

Semua berperanan ke arah peningkatan jualan yang cukup membanggakan ini.

Salah satu faktor yang menjadi penyumbang kepada peningkatan jualan ini ialah ProgramPerkongsian Bijak Cemerlang (PBC). PBC adalah medan baru bagi pemimpin-pemimpin HPA

yang dimulakan sejak Disember 2005. Ia mampu menggerakkan pengedar untuk mengubah cara bekerja dan bertindak lalu lahir sebagai usahawan HPA. Dulu pun ramai juga usahawan yang

lahir, tetapi tidak sehebat usahawan selepas adanya PBC. Ia adalah momentum baru yangmenjulang kejayaan syarikat dan juga kecemerlangan pemimpin dan pengedar.

Fenomena ini berlaku kerana dalam program yang diadakan, peserta telah diberikan kesedaran,suntikan semangat dan pengalaman berharga dari pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk 

membimbing mereka dengan modul-modul khas yang sangat menarik semua golongan.

Masakini, melalui program PBC ini ramai pengedar telah berjaya mencapai bonus 5 angka

(>RM10,000 sebulan) dalam masa yang singkat sahaja.

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 10/36

10

SYARAT-SYARAT MENJADI PESERTA PBC 

PENGURUSAN:

1.  Semua peserta diminta mengikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dengansepenuh hati dan kesungguhan.

2.  Para peserta diwajibkan mengikuti setiap modul yang telah ditetapkan dari awal hinggatamat dengan sempurna.

3.  Para peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa anak-anak kecil ataupun bukan peserta ke dalam dewan kursus.

4.  Para peserta diwajibkan memakai tanda nama µPeserta PBC¶ yang disediakan sepanjangkursus termasuk ketika berada di bilik jamuan.

5.  Hanya peserta yang berdaftar dibenarkan untuk menikmati jamuan. Sesiapa yang bukan  peserta yang ingin makan bersama akan dikenakan bayaran mengikut kos setempat

 penganjuran kursus.6.  Peserta yang meninggalkan mana-mana modul sepanjang program yang diadakan tanpa

kebenaran rasmi tidak akan dikira sebagai peserta kursus PBC sekaligus tidak akandiberikan borang penyertaan PBC di penghujung kursus (tiada kenaikan pangkat PLX).

7.  Mana-mana peserta yang terpaksa meninggalkan kursus PBC atas sebab-sebabkecemasan perlulah melaporkannya kepada Pengarah Kursus PBC atau urusetia yang

 bertugas sebelum meninggalkan kursus.8.  Peserta tidak dibenarkan memilih rakan sebilik sebaliknya akan ditetapkan oleh urusetia

kursus PBC.

9. 

Semua peserta diminta untuk mematikan nada dering telefon bimbit sepanjang kursusdiadakan dan dinasihatkan agar tidak menggunakannya ketika mengikuti modul.

PAKAIAN: 

1.  Para peserta diminta untuk memakai pakaian yang menutup aurat, kemas (lelaki

dianjurkan untuk memakai kemeja, seluar slack & berkasut) dan beradab (menunjukkanakhlak Islam).

2.  Tidak digalakkan untuk memakai T-Shirt dan berselipar.3.  Tidak dibenarkan memakai seluar µjeans¶.

PARA PESERTA PERLULAH MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN, ETIKA

DAN ARAHAN YANG DIKELUARKAN URUSETIA KURSUS PBC SEPANJANGMENGIKUTI KURSUS INI.

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 11/36

11

TENTATIF PROGRAM PBC

07 HB OGOS 2010

27 SYAABAN 1431

07.45 ± 08.30 Pendaftaran

08.30 ± 09.00 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis & Zikir Al-Mathurat

Pj Wan Harman Wan Ali & Pj Ustaz Azhar Jaafar 

09.00 ± 09.30 Perasmian Program PBCPj Rosli Zakaria

09.30 -10.00 Taarof Peserta

10.00 ± 10.15 Minum Pagi

10.15 ± 11.15 Pengenalan Syarikat (Taarof)Pj Wan Harman Wan Ali

11.15 ± 1.15 Slot Halal & Haram

Pj Ustaz Azhar Bin Jaafar 

1.15 ± 2.15 Rehat / Solat Zohor Berjemaah / Makan Tengah Hari

2.15 ± 4.00 Pelan Pemasaran (5 Angka)Pjm Jaafar Abd Ghani

4.04-5.00 Gerak Kerja 6 M

Pjm Jaafar Abd Ghani

5.00 ± 7.00 Solat Asar Berjemaah / Rehat / Riadah

7.15 ± 8.00 Solat Maghrib Berjemaah / Makan Malam

8.00 ± 8.30 Zikir Munajat

8.30 ± 9.00 Malam Bintang-Bintang (2 Pemimpin)

9.00 ± 11.30 Slot-Slot Tayangan

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 12/36

12

Solat Isyak Berjemaah.

TENTATIF PROGRAM PBC

08 HB OGOS 201028 SYAABAN 1431

04.30 ± 07.00 QiamullailSolat Subuh & Riadah

Pj Ustaz Azhar Bin Jaafar 

07.15 ± 08.00 Sarapan Pagi ( Berpakaian Kuliah )

08.00 ± 08.30 Zikir Mathurat & Tazkirah

08.30 ± 10.30 Saraf Tapak TanganPji Noorhani Konting

10.30 ± 11.30 Amali Perawatan

Pj Herbalis Wan Harman Wan Ali

11.30 ± 1.00 Latihan Dalam Kumpulan

1.00 ± 2.00 Rehat / Solat Zohor Berjemaah / Makan

2.00 ± 2.30 Penyampaian Hadiah Dan Komen Peserta

2.30 ± 3.30 Rumusan Dan & Ucapan PenutupPj Rosli Zakaria

3.30 ± 4.30 Sentuhan Kasih

4.35 ± 5.35 Doa & Penutup

Pj Ustaz Azhar Jaafar Solat Asar Berjemaah / Minum Petang / Bersurai

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 13/36

13

UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS & ZIKIR AL-MATHURAT 

 PJ WAN HARMAN WAN ALI & PJ USTAZ AZHAR JAAFAR

Permulaan program PBC di mulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis iaitu pj harman wan

ali dan bacaan doa serta alunan zikir al-mathurat oleh pimpinan pj ustaz azhar bin jaafar .

PJ WAN HAR MAN WAN ALI 

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 14/36

14

PJ USTAZ AZHAR JAAFAR 

 PERASMIAN PROGRAM PBC OLEH 

 PJ ROSLI ZAKARIA

PJ R OSLI ZAKARIA

Program pbc yang berlangsung selama dua hari satu malam ini dirasmikan oleh Pj Rosli Zakaria.

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 15/36

15

 SLOT HALAL & HARAM OLEH 

 PJ USTAZ AZHAR JAAFAR

y  Mencari yang halal itu adalah fardhu bagi umat islam. Hati yang suci di tempa olehmakanan yang halal lagi baik.

DALAM SARDIN ADA KATAK, BERBAGAI PRDUK DI PASARAN

DALAM MILO ADA CACING KINI MENGGUNAKAN SUMBER BABI.

BERWASPADALAH!!!!!........

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 16/36

16

 PELAN PEMASARAN 5 ANGKA 

PJM JAFFAR ABD.GHANI

PB: Pengedar Bertauliah (belum berpangkat), PLX: Pengurus Melati (pangkat pertama)

Apabila timbunan NM anda dan rangkaian anda telah melebihi 1501 NM, anda akan mencapaikenaikan pangkat yang pertama iaitu Pengurus Melati (PLX). Pangkat dan peratus bonus yang

diterima adalah KEKAL dan tidak akan hilang walaupun anda tidak aktif membeli produk HPA

 pada bulan-bulan berikutnya.

lakukan belian bersyarat (300 NM) pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan

hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300 NM sebelum ke program PBC melalui

mana-mana agen stok. Untuk mencapai kenaikan pangkat kedua dan seterusnya, anda perlu

mengembangkan jaringan berdasarkan rajah dibawah. Contohnya, anda akan naik ke pangkat

kedua, PRX apabila anda berjaya melahirkan 3 orang yang berpangkat pertama dibawah anda.

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 17/36

17

GAMBARAJAH PANGKAT DAN JARINGAN

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 18/36

18

GERAK KERJA 6M DALAM PERNIAGAAN MLM 

1.  MENGAMALKAN PRODUK 

2.  MENGHADIRI KELAS DAN MEETING

3.  MENJUAL PRODUK 

4.  MENAJA/MEMBINA KUMPULAN

5.  MEMBIMBING DAN MEMBERI SERVIS

6.  MENDIAGNOS DAN MERAWAT

1.Mengamalkan produk 

  Wajib bagi setiap pengedar 

  Mengapa perlu amalkan produk 

i.  Untuk mendatangkan keyakinan terhadap kelebihan produk 

ii.  Mengenal produk luar dan dalam agar dapat meyakinkan pelanggan anda

iii.  Untuk memenuhi syarat maintain peribadi bagi bonus bulanan

Apakah produk yang sesuai diamalkan?

i.  Produk herba untuk amalan diri

ii.  Produk kegunaan harian

Contoh set amalan diri

i.  Set lengkap

ii.  Set sederhana

iii.  Set ekonomi

iv.  Set wanita anggun

v.  Set lelaki hebat

vi.  Set cerdas minda

vii.  Set warga emas

viii.  Set kurus badan

ix.  Set rawatan penyakit

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 19/36

19

Contoh set kegunaan harian

i.  Syampoo

ii. 

Sabun pembersih dan mandianiii.  Kosmetik 

iv.  Minuman kesihatan (kordial)

v.  Ubat gigi herba

vi.  Bedak 

vii.  Minyak dan krim rambut

viii.  Pencuci pinggan mangkuk 

2.Menghadiri kelas,meeting mingguan dan program syarikat

  Mengapa perlu hadir?

i.  Tanda kebersamaan-tempat pertemuan dan penyatuan pengedar baru dan lama

ii.  Perkongsian ilmu dan kemahiran

iii.  Meningkatkan motivasi diri

iv.  Mengembangkan jaringan

v.  Tanda kesinambungan perniagaan

vi.  Penyaluran maklumat terkini

3.Menjual

  Jual beli asas dalam semua perniagaan

  Menjual konsep bukan menjual produk semata-mata  Penjualan adalah proses menggerakkan produk dari syarikat kepada pengguna dengan

matlamat keuntungan

  Menjual dalam MLM tidak sama dengan menjual secara SLM

  Dalam MLM mulut anda adalah kedai

  Betulkan konsep µNo Money No Talk¶ kepada µNo Talk No Money¶

  Perlu dalami teknik penjualan yang berkesan

  Dalam jual beli biasanya minat datang kemudian

4.Menaja

  Menaja ialah proses menawarkan peluang perniagaan kepada seseorang dengan tujuan

mendapatkan rakan kongsi

  Penajaan yang berjaya adalah penajaan yang dilakukan dengan penuh professional serta

dapat menarik minat seseorang untuk bersama dengan kita

  Oleh yang demikian penajaan memerlukan persediaan yang sewajarnya baik dari segi

mental mahupun fizikal

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 20/36

20

  Hanya melalui penajaan jaringan anda akan berkembang dan pertambahan bonus akan

 berlaku seiring dengan bertambahnya jaringan dalam kumpulan

5.Membimbing dan memberikan servis

 Membimbing adalah tugasan pemimpin/upline kepada jaringan atau tajaannya

  Setiap tajaan baru sudah tentu mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan diri yang

 perlu dibantu dan digilap agar mampu menjadi pengedar yang aktif dan Berjaya

  Penyakit 3T seringkali menjadi punca kegagalan seorang usahawan MLM iaitu ³Taja-

Taja Tinggal´

  Memberikan servis termasuklah memberikan perkhidmatan yang sewajarnya kepada

 pelanggan anda baik dari segi khidmat nasihat,penerangan produk,penghantaran dan

follow up

  Khidmat servis hendaklah diberikan secara ikhlas dan mampu memuaskan kehendak 

 pelanggan

  Ada ungkapan yang menyebut ³untuk dapat seorang pelanggan mungkin memerlukanmasa yang panjang,tetapi kehilangan seorang pelanggan cukup dalam masa beberapa saat

sahaja´

  Kegagalan peniaga Melayu dalam perniagaan banyak disebabkan oleh kualiti servis yang

lemah dan tidak memuaskan

6.Mendiagnos dan merawat

  Konsep perubatan jawi HPA banyak berkait dengan kaunseling dan rawatan

  Dengan mempelajari teknik diagnos penyakit dan rawatan akan dapat membuka peluang

yang lebih baik serta menambahkan keyakinan pengguna  Penjualan akan berlaku dengan lebih mudah apabila seseorang mempunyai kemahiran

tertentu seperti teknik diagnos penyakit melalui tapak tangan dan iridology

  Kaedah diagnos dan rawatan boleh dilakukan secara simple tetapi berkesan.Semua orang

mampu menguasainya

  Kelebihan dan kemahiran inilah yang menjadi keunikan kepada perniagaan MLM HPA

 berbanding dengan perniagaan MLM lain yang lebih kepada kaedah merayu,memujuk 

dan memaksa

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 21/36

21

 MALAM BINTANG-BINTANG BERSAMA 2 PEMIMPIN 

PJM JAFFAR ABD.GHANI & PJI NOORHANI K ONTINGMENCERITAKAN

PENGALAMAN DAN SUSAH SENANG MEREKA BERDUA BERSAMA DALAM 

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 22/36

22

MENERUSKAN PERJUANGAN DALAM PERNIAGAANMLM SETERUSNYA MLM 

SYARIAH INI IAITU HPA.

 SOLAT BERJEMAAH DAN QIAMULLAIL

Pengisian program ini juga mewajibkan para peserta kursus menunaikan solat fardhu secara

 berjemaah dan program qiamullail seterusnya alunan zikir, bacaan al-mathurat serta tazkirah. 

QIYAMULLAIL

PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) HPA

  Hendaklah tidur dalam keadaan berwudhu,kerana kebersihan akan mengundang para

Malaikat bersama-sama kita.Ibnu Umar pernah meriwayatkan dalam satu hadits bahawa

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

³Barangsiapa yang tidur dalam keadaan bersih,maka para Malaikat akan turut tidur dalam

selimutnya.Setiap kali ia terjaga,Malaikat tersebut akan mendoakannya: Ya Allah!

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 23/36

23

Ampunkan dosa-dosa hambaMu ini (si-fulan),sesungguhnya ia tidur dalam keadaan

 berwudhu´ (Riwayat Ibnu Habban)

 Berniat sebelum tidur untuk bangun Qiyamullail. Jika nanti terbangun akan mendapatrahmat Allah SWT. Jika tidak terbangun mendirikannya, tetap ditulis baginya pahala

seolah-olah mengerjakannya. Abu Darda¶ meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW

 bersabda yang bermaksud:

³Barangsiapa yang merebahkan diri di tempat tidurnya dengan niat untuk bangun malam

mendirikan solat, kemudian ia nyenyak sampai ke Subuh, maka dituliskan baginya pahala

apa yang diniatkannya. Sesungguhnya tidur itu adalah sedeqah dari Tuhan kepadanya´.

  Bangun dari tidur dengan mengucapkan syukur kepada Allah SWT,membersihkan diri(mandi) dan memakai pakaian yang selesa beserta wangi-wangian.

  Mengucapkan istighfar kepada Allah SWT sebanyak 3 kali.

  Dimulakan Qiyamullail dengan mendirikan Solat Sunat Taubat sebanyak 2 rakaat, doa

dan Zikir Munajat.

  Kemudiannya diikuti dengan mendirikan Solat Sunat Tahajjud sebanyak 2 rakaat,doa danZikir Munajat.

  Seterusnya,diikuti pula dengan mendirikan Solat Sunat Hajat sebanyak 2 rakaat,doa danZikir Munajat.

  Ditutup Qiyamullail dengan mendirikan Solat Sunat Witir sebanyak 3 rakaat dengan 2salam dan doa al-Asma al-Husna.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra¶ ayat 79:

Yang bermaksud: ³Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah

³Tahajjud´ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu

membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.´

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 24/36

24

 SLOT SARAF TAPAK TANGAN, PERAWATAN &

 PENGENALAN KEPADA PRODUK HPA

 Dalam slot ini, peserta di ajar bagaimana mendiagnos penyakit dengan bertanyakansoalan dan melihat tanda-tanda pada tapak tangan. 

 Bagaimana mengetahui kelemahan organ dalam badan seperti bahagian perut, usus, buah

 pinggang, jantung dan paru-paru.  Penyakit ini boleh dicegah melalui produk-produk khas seperti set toksid dan set kolestrol.

Bagaimana mengetahui kelemahan organ?   Diagnos  Tanya soalan supaya pesakit menceritakan masalah

Soalan untuk 5 organ utama

  Perut

  Usus

  Buah pinggang

  Jantung

  Paru-paru

PERUT  Adakah anda terlalu banyak sendawa selepas makan? 

  Merasa pedih di bahagian perut terutama bila lambat makan? 

  Merasa pedih di ulu ati? 

  Perut kembung dan banyak angin? 

  Terdapat garisan hijau di bahagian tengah tapak tangan antara jari telunjuk dan ibu jari 

PR ODUK UNTUK PERUT  Kopi Radix

  Herba Tuju Angin  Madu Asli

  Spirumadu  Teh Herba

USUS  Adakah anda buang air besar setiap hari? 

  Kerap cirit birit? 

  Ada buasir? 

  Buang air besar tak puas? 

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 25/36

25

  Selalu sakit kepala? 

  Gatal badan 

  Jari telunjuk bengkok dan tidak normal ruas jari kehitaman 

PR ODUK UNTUK USUS

  D¶karm   D¶det   Pelawas 

  Tuju Angin 

  Kopi Radix 

  Teh Asiatica Plus 

BUAH PINGGANG  Adakah anda selalu sakit di bahagian pinggang? 

  Kencing kerap atau tak puas? 

  Bangun kencing di malam hari? 

 Ada kencing manis?   Sakit sendi? 

  Bahagian pangkal jari kelihatan membengkak  

PR ODUK UNTUK BUAH PINGGANG  D¶deu

  Malac  Teh Herba

  Kopi Radix

JANTUNG  Adakah anda merasa menyucuk,pedih atau berdebar disebelah kiri dada?

  Penat berlebihan apabila bekerja?  Selalu merasa keletihan?

  Jari tengah dan jari kelingking kelihatan bengkok dan tidak normal

PR ODUK UNTUK JANTUNG  Lohard 

  Omega 3 SG 

  Mega-3 

PARU-PARU

  Adakah anda selalu kena selesema?  Gatal dibahagian hidung?

  Bersin pagi?  Banyak kahak?

  Penat?  Masalah pernafasan?

  Bahagian bawah tapak tangan berdekatan ibu jari berwarna kehijauan

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 26/36

26

PR ODUK UNTUK PARU-PARU

  Madu Asli  Morinda  Coscinium Plus

  Kopi Radix  Teh Herba

PR ODUK KHUSUS UNTUK PENYAKIT

  DARAH TINGGI-Teh Herba + Vitex 

  DIABETES-Plantisol 

  RESDUNG-Coscinium Plus 

  PEREDARAN DARAH-Omega-3SG

 KESIHATAN WANITA-Paramaria Plus   KESIHATAN LELAKI-Radix,Kopi Radix 

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 27/36

27

 ANTARA PRODUK KELUARAN HPA

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 28/36

28

 LATIHAN DALAM KUMPULAN :

 KUMPULAN KISMIS MINDA

y  Latihan dalam kumpulan ini bertujuan untuk menguji tahap kefahaman peserta tentang

 pengisian progrram dan penggunaan produk-produk hpa.

y  Selain itu juga, latihan dalam kumpulan ini dapat memupuk kerjasama antara ahli dan

membentuk satu pasukan kerja yang kuat.

y  Akhirnya pasukan kismis minda yang berslogankan ´aktif, cergas, halal dan baik ´ 

mendapat tempat kedua. Alhamdulillah.

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 29/36

29

SESI PERBENTANGAN AKTIVITI BERKUMPULAN\

 Kumpulan Usahawan Radik Gemilang telah berjaya mendapat tempat pertama

Kumpulan Kismis Minda mendapat tempat kedua dalam aktiviti berkumpulan 

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 30/36

30

 ANUGERAH PESERTA TERBAIK 

 Peserta terbaik lelaki jatuh kepada Kamal Ezwan Abu Talib. Dia

adalah pelajar kolej Ikip 5.

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 31/36

31

 SEGMEN PENUTUP SLOT SENTUHAN KASIH 

Setelah bersama mengharungi program selama dua hari satu malam pelbagai pengalaman

menarik dapat ditimba oleh para peserta. Program ini juga telah mengeratkan hubungan

silatulrahim antara pserta kursus.

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 32/36

32

Kesan menyertai program PBC

1.  Para peserta dapat mengenal dengan lebih rapat berkaitan syarikat HPA dan sekaligus

sebagai salah satu pendedahan kepada para peserta untuk menceburi bidang perniagaan

yang berasaskan MLM syariah yang lebih terjamin.

2.  Para peserta dapat menimba pengetahuan baru dari aspek perniagaan dan produk yang

digunakan sehari-harian yang selama ini sebenarnya membantu negara-negara bukan

islam menentang islam. Timbul kesedaran dalam diri para peserta.3.  Para peserta didedahkan dengan pelbagai produk konvensional yang sebenarnya

mempunyai ciri-ciri syubhah atau sememangnya tidak halal bagi pengguna islam.

4.  Memberikan satu jenama atau barang alternatif kepada pengguna islam khususnya bagi

 peserta PBC utamanya dalam penggunaan produk yang diasaskan oleh HPA.

5.  Para peserta diberikan pendedahan secara menyeluruh berkaitan bagaimana sesuatu

 produk itu dihasilkan dan dipasarkan. Hal ini sedikit sebanyak mengajar para peserta

dalam membina dan memasarkan sesuatu produk secara tidak langsung.

6.  Program PBC ini juga diterapkan dengan unbsur-unsur penyucian jiwa yang

sememangnya menjadi asas kepada syarikat HPA. Antara program yang dijalankan ialah

seperti majlis pembukaan dengan Al-mathurat,zikir dan qiamullail bagi memantapkan

lagi rohani para peserta supaya mudah dalam menerima apa yang akan disampaikan dan

memahami perjuangan sebenar HPA iaitu ingin menjadi syarikat islam yang

menghasilkan produk yang halal lagi baik.

7.  Para peserta juga diberikan peluang untuk melakukan demostrasi sebagai amali bagi teori

yang telah diajarkan ketika kursus. Hal ini secara tidak langsung akanmemebentuk satu

keyakina diri dalam peserta untuk menghadapi situasi sebenar nanti ketka berhadapan

dengan pelanggan.

8.  Para peserta juga diajarkan berkenaan dengan penyakit dan bagaimana ingin

mengesannya dengan lebih awal melalui teknik saraf tapak tangan.9.  Perkongsian pengalaman melalui slot malam bintang-bintang telah memberikan banyak 

 pengajaran yang boleh dijadikan panduan kepada para peserta untuk menjalankan usaha

memasarkan produk HPA.

10. Program PBC telah membuka satu pinu baru kepada mereka yang terlibat dalam bidang

 produk berasaskan herba yang dijaga kesucian dan halalnya supaya lebih terjamin

kebaikannya.

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 33/36

33

 LAMPIRAN 

PJS ZANARIAH OSMAN PJ ZULKIFLIMAT JUSOH:

BIR O TUGAS2 KHAS & BIR O PENGURUSAN &

KETUA FASILITATOR KJPP FASILITATOR KJPP

 A PAHANG BERMINAT?? SILA HUBUNGI PENGARA 

ANTARA FASILITATOR YANG TERLIBAT DALAM 

PR OGRAM PERK ONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC)

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 34/36

34

AKADEMI LATIHAN FELDA BILIK SEMINAR UNTUK PBC

BUKIT GOH KUANTAN

FASILITI BILIK DAN DEWAN MAKAN YANG BEGITU SELESA

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 35/36

35

 KESIMPULAN 

Program siswaniaga ini secara tidak langsung dapat Memberi latihan amali dan pengalaman

kepada para pelajar dalam bidang perniagaan. Seterusnya dapat Memupuk bakatkeusahawanan dalam diri para pelajar. Ia juga Melatih para pelajar berdikari dan cekal dalam melaksanakan sesuatu usaha. Melalui program perkongsian bijak cemerlang hpa ini pelajar juga

didedahkan serba sedikit tentang perniagaan di samping ilmu yang bermanfaan yang pastinyatidak akan dapat di peoleh melalui program lain. Saranan saya, para pelajar perlu menyertai

 program perkongsian bijak cemerlang ini kerana ia amat bermanfaat dan pastinya tidak dapat di peoleh melalui program-program lain. Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan laporan

 projek siswaniaga ini dengan jayanya. Terima kasih kepada pensyarah siswaniaga ustaz azhar  bin jaafar yang banyak membantu dalam menjayakan projek siswaniaga ini. Dan terima kasih

 juga pada semua yang terlibat. Sekian, terima kasih.

8/7/2019 Laporan projek hpa

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-projek-hpa 36/36