laporan projek diploma kejuruteraan mekanikal djj …

91
i LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ 6143 MEREKABENTUK DAN MEMBINA “PIPE PULLER TROLLEYUNTUK KEGUNAAN WOKSYOP KIMPALAN JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH, SEMAMBU KUANTAN, PAHANG

Upload: others

Post on 05-Dec-2021

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

i

LAPORAN PROJEK

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

DJJ 6143

MEREKABENTUK DAN MEMBINA “PIPE PULLER TROLLEY”

UNTUK KEGUNAAN WOKSYOP KIMPALAN

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH,

SEMAMBU KUANTAN, PAHANG

Page 2: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

ii

PENGESAHAN LAPORAN PROJEK

Laporan projek bertajuk “PIPE PULLER TROLLEY”

Disemak oleh;

Tandatangan Penyelia: _____________

Nama Penyelia: HJ.DAUD BIN SHARIFF

Tarikh:

Disahkan oleh;

Tandatangan Penyelaras: _____________

Nama Penyelaras:

Tarikh:

Page 3: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

iii

“Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan yang setiap

satunya telah kami jelaskan sumbernya”

NAMA: MOHAMAD SAIFUL HAFIZIE BIN MOHD KAMARUZAMAN

NO MATRIKS: 02DKM15F2022

TANDATANGAN: _____________

TARIKH:

NAMA: RHAFIDA BINTI ABDUL MANAN

NO MATRIKS: 02DKM15F2040

TANDATANGAN: _____________

TARIKH:

NAMA: NOORHATIKA BINTI ISMAIL

NO MATRIKS: 02DKM15F2007

TANDATANGAN: _____________

TARIKH:

Page 4: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

iv

PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T Tuhan segala pemilik sekalian alam.

Sesungguhnya dengan limpah dan kurnia serta keberkatanNya, maka keseluruhan

projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang telah direncanakan

sebelum ini dan memenuhi kehendak Kursus DJJ6143. Sesungguhnya tanpa

keberkatan dan kekuatan yang diberikan olehNya, nescaya segala apa yang telah

dirancangkan tidak mungkin dapat dilakukan dengan sempurna. Kami ingin

mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga khasnya kepada Penyelia

Projek kami, Tuan Haji Daud bin Shariff, pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah yang telah memberikan kerjasama dan

bimbingan dalam menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini

ditujukan buat semua rakan-rakan di dalam kumpulan kami yang mana memberi idea

dan cadangan-cadangan serta pandangan mereka untuk meneruskan projek ini

sehingga siap sepenuhnya.

Alhamdulillah dengan berkat doa dari semua pihak yang terlibat dan dengan

sesungguhnya segala kerjasama serta sumbangan dari pelbagai pihak amatlah kami

hargai sepenuhnya. Tanpa semua ini, saya tidak berupaya menyelesaikan masalah

atau sebarang kemungkinan yang telah dihadapi sepanjang kami melaksanakan dan

menyiapkan projek akhir ini.

Sekali lagi kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima

kasih yang tidak terhingga diatas kerjasama dari semua pihak yang terlibat sepanjang

proses menyiapkan projek akhir ini dengan penuh jayanya.

Page 5: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

v

ABSTRAK

Projek ini bertujuan untuk merekabentuk dan membina Pipe Puller Trolley untuk

woksyop kimpalan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Proses penghasilan Pipe Puller

Trolley ini bermula dengan rekabentuk yang dijelmakan melalui lukisan ortografik

dan lukisan isometrik dengan menggunakan perisian AutoCad. Bahan mentah yang

berkaitan telah dikenalpasti dan disediakan. Seterusnya, proses fabrikasi dilakukan

untuk membina sebuah Pipe Puller Trolley. Kebolehgunaan Pipe Puller Trolley pula

dinilai melalui Ujian Data Teknikal. Keberkesanan Pipe Puller Trolley dari segi masa

untuk membantu Pipe Puller akan dinilai melalui Ujian Data Teknikal. Hasil projek

menunjukkan bahawa Pipe Puller Trolley tersebut telah berjaya direkabentuk dan

dibina. Dari segi kebolehgunaan pula, analisa teknikal menunjukkan bahawa projek

ini dapat digunakan dan dapat berfungsi selaras dengan objektif penghasilannya.

Dalam pada itu, pengujian keberkesanan menujukkan bahawa penggunaan Pipe

Puller Trolley yang dibina bersama dengan Pipe Puller telah dapat menjimatkan

masa, lebih selamat dan stabil kedudukannya secara signifikan. Hasil projek ini telah

berjaya menyelesaikan masalah pembaziran masa dan tenaga semasa proses menarik

paip dan membawa paip keluar dari rak bahan mentah woksyop kimpalan Jabatan

Kejuruteraan Mekanikal.

Page 6: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

vi

ABSTRACT

The aims of this project is to design and fabricate, a Pipe Puller Trolley for the

Mechanical Engineering Department welding workshop .The development of Pipe

Puller Trolley started with a design which was then translated into orthographic,

isometric drawing. Raw materials were later identified and prepared. The fabrication

process will then be carried out to fabricate the Pipe Puller Trolley. The effectiveness

of the pipe puller were assessed using the Technical Data Analysis. The Pipe Puller

Trolley and lifter in terms of time and safety was then evaluated through observation

on students‟ practical work. The results indicated that the Pipe Puller Trolley were

successfully designed and built. In terms of usability, the analysis base on Technical

Data shows that the pipe puller trolley is safe and functioning according to its initial

objectives as mentioned earlier. Moreover, the effectiveness assessment also showed

that the use of Pipe Puller Trolley significantly saves time and safe. In conclusion, the

Pipe Puller Trolley has been successfully designed and built, works perfectly and has

definitely solve problems related to time and safety during pipes preparation process

in the Mechanical Engineering Department welding technology workshop.

Page 7: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

TAJUK PROJEK i

PENGESAHAN LAPORAN PROJEK ii

PENGHARGAAN Iv

ABSTRAK V

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH Xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

DAFTAR SINGKATAN xvii

DAFTAR SIMBOL xviii

RUJUKAN xix

Page 8: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

viii

I PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN 1

1.2 LATAR BELAKANG PROJEK 2

1.3 PENYATAAN MASALAH 2

1.4 OBJEKTIF PROJEK 5

1.5 PERSOALAN DAN SKOP PROJEK 6

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN 6

1.7 TAKRIFAN ISTILAH/OPERASI 6

1.8 RUMUSAN 7

II KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN 8

2.2 KONSEP/TEORI

2.2.1 PEMILIHAN KONSEP

2.3 PEMILIHAN REKABENTUK

2.3.1 KAEDAH REKABENTUK

2.3.2 KONSEP REKABENTUK

2.3.3 PEMILIHAN REKABENTUK

2.3.3.1 PENGGUNAAN

2.3.3.2 PRESTASI

2.3.3.3 KOS

2.3.3.4 ERGONOMIK

2.1.1 KAJIAN TERDAHULU

8

9

9

10

10

11

11

11

11

12

13

2.1.2 SUMBER INTERNET 13

2.1.3 KAJIAN PERALATAN 13

Page 9: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

ix

2.1.4 KELEBIHAN PIPE PULLER TROLLEY 14

2.1.5 KELEMAHAN TROLI SEDIA ADA DI

PASARAN

14

III METODOLOGI DAN PERANCANGAN

PELAKSANAAN PROJEK

3.1 PENGENALAN 16

3.1.2 PERANCANGAN PERLAKSANAAN

PROJEK

16

3.1.3 CARTA GANTT 17

3.1.4 STRUKTUR PECAHAN KERJA

(WORK BREAKDOWN STRUCTURE

WBS )

20

3.1.5 JADUAL PERANCANGAN UMUM

DAN AKTIVITI KERJA

21

3.1.6 CARTA ALIR 22

3.2 REKABENTUK PROJEK 25

3.2.1 KONSEP REKABENTUK 25

3.2.2 PEMILIHAN REKABENTUK 25

3.2.2.1 LUKISAN ISOMETRIK 26

3.2.2.2 LUKISAN ORTOGRAFIK DAN

ISOMETRIK

27

3.2.2.3 LUKISAN PEPASANGAN 28

3.2.2.4 LUKISAN BAHAGIAN-

Page 10: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

x

BAHAGIAN PIPE PULLER

TROLLEY

29

3.2.3 PEMILIHAN BAHAN 30

3.2.3.1 SENARAI BAHAN (BOM,S – BILL OF

MATERIALS) 30

3.2.3.2 ANGGARAN KOS PROJEK

32

3.2.3.3 PROSES PENGIRAAN

33

3.3 SENARAI PERALATAN YANG DIGUNAKAN 34

3.4 SENARAI MESIN YANG DIGUNAKAN 37

3.5 KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN

MESIN DAN PERALATAN

40

3.6 CARTA ALIR OPERASI KENDALIAN TROLLEY 41

3.7 KESELAMATAN 42

3.8 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

SEMASA MENGGUNAKAN TROLLEY

43

3.8 PROSES KERJA

43

3.8.1 PENGHASILAN LUKISAN

KEJURUTERAAN AUTODESK 44

3.8.2 PROSES MENGUKUR,MENANDA

DAN MEMOTONG

44

3.8.3 PROSES MENGGERUDI 45

3.8.4 PROSES KIMPAL PAKU KERANGKA

TROLI

46

3.8.5 PROSES MENGIKIR DAN MENCANAI 46

3.8.6 PROSES KIMPALAN PENUH TROLI 47

3.8.7 PROSES PEMASANGAN BAHAGIAN 48

3.8.8 PROSES PENGUJIAN 49

Page 11: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

xi

3.9 MASALAH PENYELESAIAN PROJEK 54

3.10 RUMUSAN 54

IV PENEMUAN DAN ANALISIS HASIL PROJEK

4.1 PENGENALAN 55

4.2 LAPORAN UJIAN VISUAL 55

4.2.1 JENIS-JENIS KAEDAH UJIAN TANPA

MUSNAH

55

4.2.2 UJIAN PEMERIKSAAN VISUAL

56

4.3 KOD DAN STANDARD YANG DIGUNAKAN

57

4.5.1 AMERICAN WELDINH SOCIETY

(AWS)

57

4.5.2 KAITAN KOD AWS DENGAN V-

TROLLEY

58

4.4 LAPORAN UJIAN PEMERIKSAAN

58

4.5 ANALISIS DATA TEKNIKAL 60

4.5.1 DATA MASA MEREKOD

MENSEJAJARKAN PAIP PADA

RAK BAHAN MENTAH.

4.5.2 ANALISA DATA TEKNIKAL

REKABENTUK

4.6 STANDARD OPERATION PROSEDURE (SOP)

4.7 SPESIFIKASI PIPE PULLER TROLLEY

4.8 RUMUSAN

61

62

63

65

66

Page 12: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

xii

V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

67

5.1 PENGENALAN 67

5.2 DAPATAN KAJIAN 67

5.3 CADANGAN PROJEK SETERUSNYA 67

5.4 KESIMPULAN KAJIAN 68

5.5 RUMUSAN KAJIAN 68

RUJUKAN 69

Page 13: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

xiii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Perbandingan diantara Pipe Puller Trolley dengan

troli standard

15

3.1 Jadual Carta Gantt Pipe Puller Trolley

19

3.4 Jadual bahan untuk kerangka utama 31

3.5 Jadual bahan pengangkat

31

3.6 Jadual bahan lain-lain

31

3.7 Jadual kos bahan mentah

32

3.8 Jadual kos bahan luak

32

3.9 Jadual untuk lain-lain kos

33

3.10 Jadual analisa keseluruhan kos

33

3.11 Jadual peralatan yang digunakan

34

3.12 Jadual mesin yang digunakan 37

4.1 Welding Inspection Reward 58

4.2 Jadual data masa menaikkan ”scissor‖

61

4.3 Penilaian rekabentuk 62

Page 14: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK HALAMANN

1.1 Cara konvensional dan tidak selamat utuk

mengangkat dan memindahkan paip menggunakan

ramai tenaga pelajar

4

3.1 Lukisan isometrik Pipe Puller Trolley

26

3.2 Lukisan isometric dan ortografik Pipe Puller Trolley.

27

3.3 Lukisan pepasangan Pipe Puller Trolley

28

3.4 Lukisan bahagian-bahagian Pipe Puller Trolley

29

3.5 Rajah 3 peringkat kendalian Pipe Puller Trolley

41

3.6 Rajah menunjukkan kerja-kerja mengukur, menanda,

dan memotong.

45

3.7 Rajah menunjukkan kerja menggerudi

45

3.8 Proses kimpal paku kerangka troli 46

3.9 Rajah menunjukkan kerja mencanai dan mengikir

sedang dijalankan.

47

3.10 Kerja-kerja mengimpal menggunakan proses

kimpalan GMAW

.

48

3.11 Kerja-kerja memasang roda dan scissor

48

3.12 Ujilari mengangkat dan melarasakan paip 53

4.1 Peralatan untuk ujian visual

56

4.2 Pengiraan beban 60

Page 15: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

xv

4.3 Pipe Puller Trolley 65

Page 16: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A FILLET WELDED T JOINT ACCEPTANCE

CRITERIA

69

B AWS D.1.1 70

Page 17: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

xvii

DAFTAR SINGKATAN

ASME -

American Society of Mechanical Engineers

AWS -

American Welding Society

B.O.M -

Bill Of Material

BS -

British Standard

DPT -

Dye Penetrant Test

GMAW -

Gas Metal Arc Welding

M.S -

Mild Steel

NPS -

Nominal Pipe Size

S.O.P -

Standard Operation Procedure

Sch. -

Schedule

SMAW -

Shielded Metal Arc Welding

VT -

Visual Test

Page 18: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

xviii

DAFTAR SIMBOL

‖ -

Inci

Cyl -

Cylinder

d -

Depth

h -

Height

I -

Current (Ampere)

ID -

Inside Diameter

kg -

Kilogram

M -

Meter

Max. -

Maximum

Min. -

Minimum

mm -

Millimeter

nos -

Numbers

O

- Darjah

Ø -

Garis Pusat (Diameter)

O C

- Darjah Celcius

OD -

Outside Diameter

pcs -

Pieces

t -

Thickness

Page 19: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

xix

SENARAI RUJUKAN

RUJUKAN 87-88

Page 20: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Projek akhir semester ini merupakan salah satu perkara utama yang perlu

dilaksanakan oleh pelajar semester 5 bagi memenuhi kehendak kursus DJJ 6143

sebagaimana syarat untuk memperolehi Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Bagi

melaksanakan Projek Akhir ini, setiap individu di dalam kumpulan perlu melalui

beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia.

Pada peringkat permulaan, setiap individu di dalam kumpulan diberi kebebasan untuk

menentukan projek yang akan dihasilkan. Dalam masa yang sama juga, projek yang

dipilih mestilah mengandungi segala elemen - elemen yang terkandung dalam Buku

Panduan Projek Pelajar Program Diploma. Ahli kumpulan hendaklah mendapatkan

khidmat nasihat daripada Penyelia Projek yang dilantik oleh Jabtan bagi menyediakan

proposal mengikut tajuk projek yang akan dibentangkan. Proposal yang akan

dihasilkan mestilah mengikut segala maklumat tentang projek yang telah dipilih oleh

ahli kumpulan.

Pembentangan akhir projek akan dilakukan dihadapan panel penilai semasa

pembentangan projek sebelum peperiksaan akhir semester bermula bersama panel juri

dalaman dan panel juri luar. Di dalam pembentangan yang diadakan itu nanti, panel juri

luar bebas untuk menyuarakan pendapat mereka dari semua segi yang difikirkan sesuai

dan perlu. Perjalanan projek akan direkodkan dalam Carta Gantt dengan berpandukan

perancangan asal maka setiap proses kerja akan dapat dijalankan dengan teratur dan

terperinci. Laporan Projek Akhir perlu dilakukan dalam masa yang sama dan mesti

tamat sebelum pembentangan Projek Akhir yang akan dinilai oleh panel berdasarkan

pemarkahan yang telah ditetapkan.

Page 21: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

2

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Peralatan ini di namakan Pipe Puller Trolley yang digabungkan dengan Pipe

GRIPPER dan digunakan sebagai peralatan bantuan untuk menarik paip keluar dari rak

bahan mentah. Ia juga berupaya untuk mengangkat dan membawa paip dari satu tempat

ke tempat yang lain. Pipe Puller Trolley ini juga berupaya melaras ketinggian paip

mengikut ketinggian yang diperlukan. Ia juga mampu menampung beban paip

berdiameter 8 inci x 6 meter. Pipe Puller Trolley ini merupakan satu hasil produk baru

yang dibangunkan berdasarkan beberapa hasil kajian yang telah dijalankan.

Pada ketika ini masih tiada lagi peralatan yang berkonsepkan Pipe Puller Trolley

untuk tujuan kegunaan di woksyop kimpalan yang mana boleh menjalankan kerja-kerja

membantu menarik serta mengangkat dan seterusnya membawa paip masuk ke dalam

woksyop untuk digunakan sebagai kerja amali pelajar. Ia boleh disifatkan sebagai

sebuah troli yang mempunyai fungsi 3 dalam 1.

Tujuan utama Pipe Puller Trolley ini dibangunkan adalah untuk menggantikan

tenaga pelajar untuk melakukan kerja-kerja tugas berat, mengurangkan kos, masa kerja

dan kecekapan kendalian paip. Disamping itu ciri-ciri keselamatan amat dititikberatkan

dengan mengamalkan OHSAS 18001:2007 dan MS 1722:2011.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Pipe Puller Trolley yang akan dibina merupakan sebuah peralatan untuk

membantu menarik paip keluar dari rak bahan mentah dan juga bertindak

sebagai pengangkutan pemudahcara untuk membawa pelbagai jenis dan saiz

paip dari satu tempat kesatu tempat yang lain. Terdapat pelbagai bentuk dan

jenis troli dipasaran untuk kegunaan tertentu seperti troli pallet ( Pallet Trolley ),

troli bulat ( round trolley ) dan dikendalikan secara manual. Setiap jenis troli

mempunyai perbezaan dari aspek kegunaannya dan tugas-tugas yang boleh

dilakukan oleh troli tersebut. Ia terhad untuk melakukan kerja-kerja yang di

khaskan sahaja. Troli-troli untuk tujuan menarik serta memindahkan paip dari

stor dipasaran mempunyai kelemahan dan masalah seperti berikut::

Page 22: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

3

Masalah yang sering dihadapi untuk menarik paip supaya boleh dibawa

masuk kedalam woksyop mudah terjatuh kerana ia dibawa masuk menggunakan

tenaga pelajar.

Pembaziran masa dan keselamatan pelajar semasa sesi pembelajaran dan

pengajaran di dalam woksyop teknologi kimpalan perlu diberi perhatian kerana

ianya memberi impak yang besar dari segi produktiviti dan kos pengoperasian

dan pembaziran masa secara keseluruhannya. Impak terhadap produktiviti, masa

dan kos adalah signifikan jika dinilai dalam jangka masa yang panjang.

Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di bengkel kimpalan Jabatan

Kejuruteraan Mekanikal,Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, maka

satu penyelesaian perlu dicari untuk memudahkan pelajar menarik bahan

Pengajaran dan Pembelajaran seperti paip ke dalam bengkel. Paip panjang yang

berdiameter 4 inci, 6 inci dan 8 inci pada ketika ini hanya menggunakan tenaga

pelajar yang ramai.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, satu inovasi Pipe Puller Trolley

bentuk baru akan dibangunkan yang mempunyai fungsi utama untuk membantu

Pipe Gripper menarik paip dan pada masa yang sama mampu untuk

mengangkat dan membawa paip masuk ke dalam woksyop. Disamping itu,

aspek keselamatan boleh dipertingkatkan lagi yang mana ciri-ciri ini tidak

terdapat pada troli-troli lain yang ada dipasaran.Idea inovasi ini terhasil apabila

ramai pelajar diperlukan untuk menarik dan membawa masuk paip dari stor

utama ke dalam woksyop.

Page 23: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

4

Gambar 1.1: Menunjukkan cara konvensional dan tidak selamat untuk menarik

mengangkat dan memindahkan paip menggunakan ramai tenaga

pelajar.

Selepas semua masalah telah dikenalpasti dan dikumpulkan, satu lakaran akan

dihasilkan berdasarkan semua rumusan yang telah diperolehi untuk merekabentuk

sebuah Pipe Puller Trolley yang boleh digabungkan dengan Pipe Gripper yang akan

dibina berasingan untuk dipasang pada troli dicadangkan..

Walaupun begitu, sebelum projek ini dilaksanakan, beberapa perbincangan

dengan ahli kumpulan dan penyelia telah diadakan bagi menerangkan masalah yang

berkaitan dengan pengendalian paip dari stor utama ke dalam woksyop. Perbincangan

Page 24: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

5

ini juga telah membawa kepada beberapa perkara penting bagi mencari jalan

penyelesaian kepada masalah yang telah disenaraikan.

Oleh itu bagi merealisasikan segala perbincangan yang telah lakukan maka

keputusan telah diambil untuk membina sebuah Trolley yang boleh digabungkan dengan

sebuah Pipe Puller yang mempunyai dua komponen berasingan iaitu Pipe Gripper dan

Ratchet. Apabila siap sepenuhnya ia akan dinamakan sebagai Pipe Puller Trolley yang

mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi, kukuh dan mesra pengguna (user friendly).

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Seperti mana yang diketahui Projek Akhir Semeater bukan sahaja dilaksanakan

di POLISAS tetapi juga politeknik-politeknik lain di Malaysia yang berasaskan TVET

juga perlu melaksanakan Projek Akhir untuk memenuhi syarat dan penganugerahan

Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Ia dilaksanakan dengan tujuan dan objektif yang

berguna seperti berikut.

Objektif utama Projek Akhir dilaksanakan adalah seperti berikut : -

i. Merekabentuk sebuah Pipe Puller Trolley untuk kegunaan pelajar

Diploma Kejuruteraan Mekanikal bagi kursus ‘Workshop Practice‘

dan kursus khas bidang kimpalan.

ii. Membina sebuah Pipe Puller Trolley untuk membantu Pipe Gripper

sedia ada menarik paip dari rak bahan dan seterusnya membawa paip

ke dalam woksyop untuk kegunaan pelajar yang menepati semua ciri-

ciri keselamatan. Prosedur Mengangkat dan Mengangkut.

Page 25: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

6

1.5 PERSOALAN/SKOP KAJIAN

Projek yang dihasilkan mempunya skop tertentu supaya fungsinya lebih

berfokus dan mampu dihasilkan dalam masa yang ditetapkan. Untuk projek ini skop

kajian hanyalah tertumpu kepada:

i. Pipe Puller Trolley ini direkabentuk hanya untuk membantu menarik paip

keluli berkarbon berdiameter 6 inci dan 8 inci x 6m sahaja daripada rak

bahan.

ii. Pipe Puller Trolley ini hanya untuk kegunaan woksyop Teknologi Kimpalan

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.

iii. Pipe Puller Trolley ini hanya untuk kegunaan pelajar semasa melakukan

kerja amali kimpalan sahaja.

iv. Penilaian keberkesanan Pipe Puller Trolley ini adalah berdasarkan maklumat

yang akan diambil melalui Data Teknikal semasa ujilari dilakukan.oleh

pelajar dan pensyarah teknologi kimpalan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

semasa kerja amali dijalankan.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Pada akhir projek ini pelajar akan menghasilkan Pipe Puller Trolley yang akan

dapat membantu memberi manfaat pelajar dan pensyarah Kursus Workshop Practice

Semester 3,4 dan 5 untuk melaksanakan kerja amali mengimpal paip 6 inci hingga 8 inci

pada kedudukkan 3G dan 6G di bengkel teknologi kimpalan. Pipe Gripper yang

digabungkan bersama dengannya juga dapat memudahkan paip dipindahkan dari stor

bahan ketempat pemotongan.

1.7 TAKRIFAN ISTILAH/ OPERASI

Dalam kajian ini, keberkesanan Pipe Puller Trolley merujuk kepada hasil yang

diperoleh daripada Data Teknikal Kejuruteraan semasa ujilari dilakukan.oleh pelajar.

Hasil diperoleh dengan melihat kepada tahap kecekapan troli dan penerimaan pelajar ke

atas penggunaannya serta menepati standard keselamatan yang harus di amalkan.

Page 26: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

7

1.8 RUMUSAN BAB

Bab ini telah menghuraikan dan menjelaskan perkara-perkara yang menjadi asas

dan hala tuju bagi projek ini. Di dalam bab 1 ini latar belakang projek/kajian, penyataan

masalah, objektif projek/kajian, kepentingan projek/kajian dan takrifan istilah/operasi

telah dihuraikan. Objektif projek turut ditentukan berdasarkan masalah yang telah

dibincangkan. Projek ini turut diberi limitasi agar projek ini munasabah untuk dilakukan

dan tidak terpesong dari matlamat dan objektif asal. Akhir sekali, diharapkan projek ini

dapat memberi manfaat kepada banyak pihak terutamanya pelajar dan pensyarah

teknologi kimpalan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal semasa kerja amali dijalankan.

Page 27: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

8

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAB

Skop kajian menumpukan untuk bagaimana projek yang akan dibangunkan itu harus

melalui sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan. Antara kaedah untuk

mendapatkan maklumat adalah seperti berikut:

2.2 KONSEP / TEORI

Sesuatu idea yang baru dan kreatif biasanya terhasil daripada pemerhatian

holistik atau kritis untuk mendapatkan sesuatu produk baru untuk menghasilkan sesuatu

yang baru dengan tujuan untuk memudahkan kerja dan cara, penjimatan masa, tenaga

dan yang paling penting menggelakkan pembaziran tenaga,masa dan kos. Pada masa

yang sama kualiti produk harus berada pada tahap yang lebih tinggi dan selamat dari

produk sediada. Perbincangan dengan rakan-rakan juga dapat memberikan kesan untuk

mencetuskan idea yang baru. Kaedah kaji selidik juga digunakan untuk mencari idea

atau rekabentuk yang sesuai untuk dijadikan projek akhir. Faktor-faktor yang dipilih

adalah seperti mudah untuk dikendalikan, menjimatkan kos, jimat tenaga kerja,

berupaya untuk digabungkan penggunaannya dengan beberapa peralatan lain,

pengendalian yang sistematik serta rekabentuk yang mudah tetapi menarik dan efektif

serta dapat memenuhi spesifikasi serta standard keselamatan yang telah ditetapkan

dalam OHSAS 18001-2007 dan MS 1722:2011.

Tiada satu pun peralatan dipasaran yang menggunakan kaedah menampung serta

boleh melaraskan ketinggian paip pada troli setelah sesuatu paip itu ditarik dari rak

bahan. Oleh itu, hasil dari pengamatan dan perbincangan yang telah dilakukan , maka

Page 28: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

9

satu pembaharuan rekabentuk telah ditetapkan dengan membina sebuah Pipe Puller

Trolley yang boleh melakukan tugas-tugas yang telah dinyatakan.

2.2.1 PEMILIHAN KONSEP

Kriteria pemilihan rekabentuk ini di tentukan berdasarkan spesifikasi ― Scissor

Jack‖ dan troli konvensional yang sedia ada dengan mempunyai ciri-ciri awal yang

telah ditentukan iaitu:-

1. Kos pembuatan

2. Kos penyelenggaraan

3. Ciri-ciri keselamatan

4. Proses fabrikasi dan pemasangan

5. Keupayaan dan keberkesanan.

6. Prinsip dan konsep kerja.

Setelah semua kriteria dikenal pasti, idea yang sesuai dengan rekabentuk Pipe Puller

Trolley telah dipilih. Penilaian dilakukan berdasarkan spesifikasi yang bersesuaian dan

akan memenuhi kehendak pengguna.

2.3 PEMILIHAN REKABENTUK

Rekabentuk yang telah dipilih harus berketepatan dengan pengetahuan

penggunaan bahan serta kaedah untuk membinanya secara terancang bagi menghasilkan

sesuatu produk yang boleh memberi impak kepada pengguna.

Rekabentuk yang dihasilkan hendaklah berdaya saing dengan produk-produk

sedia ada dalam pasaran serta tidak mencemarkan alam sekitar atau dapat memberi

manafaat kepada pengguna di industri atau swasta.

A.K Hosking MP Harris (1981) memberi satu penjelasan mengenai rekabentuk

ialah satu proses di mana ia menggunakan elemen kejuruteraan, metamatik, grafik dan

prinsip saintifik dalam usaha untuk menghasilkan percanaan yang mungkin membawa

penyelesaian serta menyumbangkan kepada keperluan teknikal.

Page 29: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

10

Charles Eames pula menjelaskan bahawa rekabentuk adalah perancangan untuk

menyusun unsur-unsur di dalam keadaan yang mana akan melancarkan sesuatu tujuan.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, nyatalah rekabentuk bukan hanya terdiri

daripada perancangan sahaja tetapi merupakan gabungan daripada setiap ilmu

pengetahuan yang perlu ada pada setiap perekabentuk.

2.3.1 KAEDAH REKABENTUK

Menurut G.Ullman (1992) proses merekabentuk terbahagi kepada empat (4)

bahagian seperti berikut:

i. Mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan

ii. Memahami masalah tersebut

iii. Mengemukakan cadangan-cadangan yang bersesuaian untuk meyelesaikan masalah

berkenaan

iv. Memilih cadangan yang baik Manakala RD. Culum (1991) menyatakan bahawa

terdapat tujuh (7) langkah yang perlu diberi penekanan pada setiap rekabentuk

sebelum sesuatu ciptaan:-

i. Mengenalpasti masalah yang wujud

ii. Membentuk kajian terhadap masalah yang wujud dan terjemahan dalam bentuk yang

mudah difahami

iii. Sesuai dengan masalah yang sedia ada

iv. Menganalisis rekabentuk agar dapat memenuhi keperluan untuk melaksanakannya

v. Pemilihan dan penilaian

vi. Melaksanakan penyelesaian yang dipilih

2.3.2 KONSEP REKABENTUK

Rekabentuk Pipe Puller Trolley ini dihasilkan menggunakan bahan dari keluli

berkarbon kerana ia bersesuaian dengan rekebentuk itu dari segi penggunaannya,

keselamatan, kos, kemudahan peralatan, mesin bagi membantu dalam membina

rekabentuk tersebut dan juga permintaan pengguna.

Page 30: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

11

Sesuatu rekabentuk perlu melalui proses analisis, kajian dan imaginasi tentang

cara bagaimana untuk merealisasikan projek yang akan dibina. Selain itu kajian literatur

dan lapangan dilakukan untuk mendapat maklumbalas yang bernas dari rakan-rakan

serta keadaan kerja persekitaran tentang perkara yang berkaitan dengan rekabentuk yang

sesuai sebelum proses pembinaan dilakukan.

2.3.3 PEMILIHAN REKABENTUK

2.3.3.1 Penggunaan

Penggunaan di sini adalah berkaitan dengan pengguna yang akan menggunakan

Pipe Puller Trolley ini setelah ia berada di pasaran kelak. Sebelum itu kajian amatlah

perlu kepada citarasa dan trend masakini dalam segmen pasaran yang begitu luas ini.

Panduan dari hasil kajian dan penyelidikan terhadap pengguna dan produk lain juga

adalah penting.

2.3.3.2 Prestasi

Prestasi sesuatu rekabentuk haruslah diketahui atau ditentukan seperti kelajuan,

kekerapan penggunaan, jenis bebanan, kapasiti kuasa, sumber kuasa dan sebagainya.

Walaubagaimanapun nilai-nilai ini yang merupakan sasaran dan spesifikasi akhir

mungkin berubah mengikut keadaan. Keadaan ini juga adakalanya berkaitan dengan

penambahan kos sekiranya berlaku perubahan pada rekaan asal.

2.3.3.3 Kos

Kos sesuatu produk bergantung pada pelbagai aspek iaitu dari bahan guna habis,

dan tenaga manusia. Kos akan berubah jika ada nilai tambahan yang akan dimasukkan

dalam produk tersebut seperti jenis motor atau jenis bahan yang lebih berkualiti seperti

keluli kalis karat atau terdapat bahagian-bahagian yang sesuai dan perlu disadur dengan

chorium atau galvani.

Page 31: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

12

2.3.3.4 Ergonomik

Ergonomik yang berasal dari perkataan Greek 'ergo' dan 'nomos' yang membawa

makna peraturan bekerja (the law of work). Mengikut definasi „Ergonomics Society UK‘

(1984) , Ergonomik membawa makna dan bertujuan untuk memastikan sesuatu

peralatan ,kemudahan ,proses dan sistem yang digunakan oleh manusia didalam

melakukan sesuatu aktiviti atau / dan beriteraksi sesuai dan serasi dengan mereka. Ini

bertujuan bagi memastikan setiap kerja (task) boleh dilakukan dengan selesa, selamat,

dan berkesan. Kebanyakan orang memahami dan mengaitkan ergonomi. Hakikatnya,

ergonomik memastikan kemampuan pengunaan dan kualiti kerja terhadap sesuatu kerja

(task) dan peralatan yang terlibat didalam "task' itu boleh dioptimakan 'output'nya.

Aspek fisiologi, psikologi, biomekanik, antropometrik dan elemen asas dalam

kejuruteraan merupakan skop pengajian ergonomik.

Setiap produk mempunyai perkaitan atau interaksi diantara mesin, jig dan manusia.

Objektif ergonomik adalah untuk menjamin:-

I. Keselamatan Pengguna

II. Kesihatan Pengguna

III. Prestasi Dan Alat Dan Pengguna (Kelajuan, Kapasiti, Kualiti Dan Sebagainya)

IV. Keselesaan Pengguna

V. Kepuasan Pengguna

Selain itu bidang antrapometrik mengkaji ukuran bahagian fizikal manusia seperti

ukuran pergerakan tangan, pandangan, posisi duduk dan sebagainya. Tujuan utama

bidang ergonomik dan antrapometrik adalah untuk memberikan manusia kemudahan,

keselesaan dan kepuasan dalam berinterksi dengan mesin atau alat. Maklumat mengenai

antrapometrik boleh didapati melalui Applied ergonomik handbook dan juga maklumat

terbitan BSI seperti:

I. BSI pp 7310: 1984 Anthropometrics – an introduction schools and colleges

II. BSI pp 7317: 1987 Ergonomics – standard and guidelines for designers

Pipe Puller Trolley ini direkabentuk dengan menitik beratkan aspek ergonomik

iaitu mengikut kesesuaian pengendali. Dalam aspek beban dan berat Pipe Puller

Page 32: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

13

Trolley, ketinggian troli yang akan dibina adalah diantara 100 – 120 cm adalah

bersesuaian dengan ketinggian orang dewasa. Jika ketinggian terlalu rendah, pengguna

terpaksa membongkokkan badan dan jika terlalu tinggi akan membahayakan pengguna

semasa mengendalikannya.

Penghasilan produk ini juga tidak terlalu besar kerana ini akan memudahkan

pengguna untuk membawanya kemana sahaja. Selain itu, saiz Pipe Puller Trolley ini

yang tidak terlalu besar, membolehkan ianya mudah disimpan serta tidak memerlukan

ruang penyimpanan yang besar.

2.1.1 KAJIAN TERDAHULU

Bertujuan untuk melihat sejauh mana produk ini sesuai dalam industri kimpalan

dan pembuatan. Penarik paip ini juga direka dan dibina untuk melihat keberkesanan

tentang tahap keselamatan semasa digunakan serta berupaya untuk membantu

memudahkan lagi pergerakkan paip. Bentuknya yang ringkas, teguh dan menarik dapat

menjimatkan lagi ruang semasa pengendaliannya.

2.1.2 SUMBER INTERNET

Melalui sumber internet, rujukan dibuat melalui laman sesawang dan You Tube

syarikat-syarikat yang menjual produk-produk Pipe Puller berserta troli. Semua jenis

troli yang terdapat dipasaran tidak dibekalkan dengan alat penarik paip samada secara

manual atau separa automatic untuk menarik serta mengangkat paip.Oleh itu satu

penarik paip berserta troli khusus perlu direka dan dibina untuk mencapai tujuan yang

dimaksudkan. Dalam masa yang sama, penilaian perlu dilakukan ke atas komponen-

komponen yang sesuai untuk membina Pipe Puller Trolley ini.

2.1.3 KAJIAN PERALATAN

Kajian juga dijalankan dengan mengambil beberapa contoh peralatan sebenar

yang mempunyai ciri-ciri keupayaan menapung bebanan tinggi dan juga keupayaan

membuat pelarasan ketinggian.

Page 33: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

14

2.1.4 KELEBIHAN PIPE PULLER TROLLEY

1. Tidak terlalu besar dan tidak memerlukan ruang yang luas untuk disimpan

2. Mudah alih kerana boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah.

3. Tidak mudah rosak dan mudah disenggara.

4. Kos senggaraan rendah

5. Tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengendalikannya.

6. Alat ganti mudah didapati.

7. Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

8. Tidak memerlukan ramai tenaga kerja.

2.1.5 KELEMAHAN PIPE PULLER TROLLEY SEDIA ADA DIPASARAN.

1. Tidak dapat mengenal pasti kelemahan kerana tiada dipasaran

Page 34: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

15

Berikut adalah kajian perbezaan mengenai kendalian menarik dan membawa paip keluli berkarbon API/ ASTM Schedule 40 NPS 6” (150mm

secara manual paip menggunakan troli yang dicadangkan.

Jadual 2.1 – Perbandingan diantara Pipe Puller Trolley yang dicadangkan dengan penarik standard.

Troli jenis standard

Troli yang dibina

Menarik paip

menggunakan tenaga

pelajar

Ratchet Puller yang

digunakan untuk

menarik paip

Pipe Puller Gripper

yang digabungkan

dengan Pipe Puller

Trolley

Rajah

Masalah &

Halangan

Binaan troli yang besar

serta tidak mempunyai

penarik paip.

Bentuk troli yang

lebih kecil serta

dibina dengan lebih

stabil dan

memudahkan

kendalian di kawasan

sempit dalam

woksyop serta

mempunyai ciri-ciri

keselamatan tinggi

Menggunakan tenaga

pelajar untuk menarik

paip dari rak bahan dan

tidak selamat

Ratchet Puller yang

digunakan boleh

didapati terus dari

kedai.

Jack kereta yang

telah diubahsuai

untuk dijadikaan

sebagai gripper

Page 35: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

16

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN BAB

Di dalam bab ini, kaedah-kaedah perlaksananaan projek akan diterangkan

bermula dari perancangan sehinggalah Pipe Puller Trolley ini disiapkan. Bagi

menerangkan kaedah perlaksanaan projek ini dengan lebih jelas, rajah, jadual, carta dan

lukisan akan ditunjukkan. Bab ini juga menunjukkan proses awal analisis yang

dilaksanakan termasuk kos, bahan serta kos-kos lain yang berkait secara langsung dalam

pelaksanaan projek. Dalam bab ini aspek-aspek berkaitan dengan kaedah pelaksanaan

projek yang dibincangkan adalah:

3.1.2 PERANCANGAN PERLAKSANAAN PROJEK

Perlaksanaan kerja di dalam projek adalah mengikut turutan kerja yang telah

dirancang sebelum perlaksanaan projek bermula. Aspek perancangan merupakan aspek

yang penting bagi memastikan proses perlaksanaan projek berjalan dengan lancar,

teratur serta mencapai objektif projek. Dengan adanya perancangan kerja yang teratur

serta sistematik, projek yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri produk berkualiti, kemas

dan berfungsi dengan optimum. Bagi menerangkan kaedah perlaksanaan projek ini

dengan lebih jelas, gambar, jadual, carta dan lukisan akan ditunjukkan. Bab ini juga

akan menerangkan kos bahan serta kos-kos lain yang berkait secara langsung dalam

pembinaan projek. Penelitian perancangan kerja yang diberikan penumpuan adalah:

Page 36: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

17

i. Carta Gantt

ii. Carta Aliran Kerja ( Work Flow Chart )

Cara ini dapat menganalisa proses dan jangka masa kerja yang dijalankan untuk

menyelesaikan kerja dalam tempoh masa yang dirancang dan seterusnya menghasilkan

produk yang berkualiti.

Bab ini juga akan menerangkan aspek-aspek berkaitan dengan kaedah

pelaksanaan projek,

i. Menunjukkan cara kerja yang teratur dan perancangan yang sistematik.

ii. Memberi penerangan tentang cara dan perlaksanaan setiap kerja

mengikut bahagian – bahagian projek.

iii. Rekabentuk Kajian

iv. Kaedah Pengumpulan Data

v. Instrumen Kajian

vi. Kaedah Analisis Data

vii. Proses penyediaan bahan dan fabrikasi

3.1.3 CARTA GANTT

Carta Gantt adalah sejenis Carta Bar, dimana ia menunjukkan atau

menggambarkan jadual sesuatu projek yang hendak dilaksanakan ( The Evolution of The

Gantt Chart And its Reklevance Today; Peter B.Peterson: Journal of Management

Issues. Vol.3,Vol 2 (summer 1991),PP.131-155).

Penggunaan Carta Gantt membolehkan seseorang melihat dengan serta merta

apa yang telah dicapai dan bagaimana tindakan pembetulan boleh dibuat jika projek

yang dibuat telah tersasar dari jadualnya asalnya kembali pada jadual perancangan yang

sebenar.

Di dalam Carta Gantt juga, setiap tugasan dan kerja diagihkan mengikut turutan

masa yang sesuai sebagaimana yang telah dirancangkan. Di dalam Carta Gantt terdapat

dua carta yang digunakan sebagai rujukan iaitu Carta Perancangan dan Carta

Perlaksanaan Sebenar. Carta Gantt perancangan disediakan sebelum projek

Page 37: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

18

dilaksanakan. Ia dijadikan sebagai panduan untuk menyiapkan sesuatu projek pada

masa yang telah ditetapkan. Carta perlaksanaan sebenar pula adalah merujuk pada tarikh

sebenar kerja itu dijalankan. Walaupun tarikh perlaksanaan satu-satu projek itu tidak

semestinya sama dengan tarikh sebenar namun perbandingan diantara tarikh-tarikh ini

boleh dijadikan satu platform untuk menilai kelancaran projek yang dijalankan.

Sekiranya tarikh-tarikh pada Carta Gantt perlaksanaan sebenar telah melepasi

jauh dari masa Carta Gantt perancangan, projek yang dirancang agak sukar untuk

disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan seterusnya akan meningkatkan kos dari

aspek upah atau gaji pekerja.

Pada dasarnya,menggunakan Carta Gantt ini boleh meningkatkan lagi

produktiviti dan seterusnya mengalakkan pekerja menyiapkan projek pada masa dan

waktu yang telah dirancang dengan lebih efektif.

Page 38: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

19

Page 39: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

20

3.1.4 STRUKTUR PECAHAN KERJA ( WORK BREAKDOWN STRUCTURE –

(WBS)

Struktur Pecahan Kerja atau pun “Work Breakdown Structure” (WBS)

merupakan satu jadual yang memaparkan turutan kerja yang akan diikuti untuk

melaksanakan projek yang telah dirancang. Turutan ini dibahagikan mengikut seksyen-

seksyen yang terdiri dari kelompok kerja yang sama. Struktur turutan kerja untuk

menghasilkan projek ini adalah seperti jadual berikut:

Jadual 3.2 -Struktur pecahan kerja (Work breakdown structure)

Seksyen Aktiviti

Seksyen 1

Perbincangan projek yang akan dilaksanakan

Memilih projek

Membentangkan proposal

Pengesahan proposal

Seksyen 2

Mencari maklumat rekabentuk

Mendapatkan cadangan daripada rakan kumpulan

Membuat kajian Rekabentuk

Merujuk Internet

Menetapkan rekabentuk

Seksyen 3

Perlaksanaan lukisan kejuruteraan

Membuat Lukisan Kejuruteraan

Mendapatkan pengesahan,akhir

Seksyen 4

Pemilihan bahan mentah

Membuat Analisa Bahan-bahan

Menyenaraikan bahan digunakan

Membuat pembelian bahan

Seksyen 5

Pelaksanaan proses fabrikasi

Mengukur,menanda dan memotong bahan

Perlaksanaan proses fabrikasi dan kimpalan

Seksyen 6

Pengujian dan permasalahan

Menguji hasil kerja

Mengenalpasti dan perbincangan mengenai masalah

Melakukan kerja kemasan projek.

Penilaian dan ujian keberkesanan projek

Seksyen 7 Pembentangan projek.

Page 40: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

21

3.1.5 JADUAL PERANCANGAN UMUM DAN AKTIVITI KERJA

Matlamat utama fasa perancangan dan aktiviti kerja adalah untuk menentukan

objektif projek, ia juga boleh memfokuskan skop kerja termasuk peralatan yang terlibat,

kos dan jadual perancangan kerja. Fasa perancangan melibatkan beberapa anggaran

yang perlu dibuat seperti anggaran kos dan tempoh masa untuk menyiapkan sesuatu

projek.

Perancangan merupakan satu kerja yang rumit dan memerlukan kepakaran serta

pengalaman kerja. Perancangan yang baik ialah perancangan yang dapat menghasilkan

spekulasi kos dan jadual kerja yang rapi serta tepat sebagaimana yang dijangkakan.

Oleh sebab itu, Jadual Perancangan Umum dan Aktivti Kerja perlu dibina untuk

menentukan jangkamasa yang diperlukan untuk menyiapkan satu satu tugasan atau

seksyen.

Jadual 3.3 - Jadual Perancangan Umum

Seksyen Tarikh/Bulan Aktiviti Tempoh

Seksyen 1

Perbincangan projek yang dilaksanakan

Memilih projek

Membentangkan proposal

Pengesahan proposal

Seksyen 2

Mencari maklumat rekabentuk

Mendapatkan cadangan daripada rakan

kumpulan

Membuat kajian Rekabentuk

Merujuk Internet

Menetapkan Rekebentuk

Seksyen 3

Perlaksanaan lukisan kejuruteraan

Membuat Lukisan Kejuruteraan

Mendapatkan pengesahan akhir

Seksyen 4

Pemilihan bahan mentah

Membuat analisa bahan-bahan

Menyenaraikan bahan digunakan

Membuat Pembelian Bahan

Page 41: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

22

Seksyen 5

Perlaksanaan proses fabrikasi

Mengukur,menanda dan memotong bahan

Perlaksanaan proses fabrikasi dan kimpalan

Seksyen 6

Pengujian dan permasalahan

Menguji hasil kerja

Mengenalpasti dan perbincangan masalah

Kemasan projek

Penilaian dan Ujian keberkesanan projek

Seksyen 7 Pembentangan projek

Jumlah Keseluruhan Hari

3.1.6 CARTA ALIR

“Carta Alir adalah sejenis rajah yang mewakili algoritma aliran kerja atau proses

menunjukkan langkah seperti kotak pelbagai jenis dan arahan dengan menghubungkan

mereka dengan anak panah. Carta Alir juga digunakan dalam menganalisa, mereka

bentuk, dokumentasi atau menguruskan proses atau program dalam pelbagai bidang” (

Clark.W.The Gantt Chart: a working tool of management. London,Pitman,1952),

(Peterson,P.Training and development the view of Henry L.Gantt (1861 – 1919). Sam

advanced Management Journal,52 (1) Winter 1987,pp 20 – 23.

Nama-nama lain untuk Carta Alir adalah:

1. Proses Carta.

2. Peta Proses

3. Carta Proses

4. Rajah Alir Proses

5. Rajah Alir Kerja

Fungsi Carta Alir dalam proses pembuatan adalah:

i) Menunjukkan cara kerja yang teratur dan perancangan yang sistematik

ii) Memudahkan proses penyelesaian masalah dilakukan ( trouble shooting)

iii) Memberi penerangan tentang cara dan perlaksanaan setiap kerja mengikut

bahagian-bahagian projek

i) Memperolehi perlaksanaan kerja yang betul dan tempoh masa yang ditetapkan

Page 42: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

23

CARTA ALIR KERJA

PEMBENTANGAN PROPOSAL

LULUS

MULA

PERBINCANGAN PROSPEK

PROJEK

MENETAPKAN DAN MEMILIH

PROJEK

MENGANGGAR KOS

MENCARI MAKLUMAT REKABENTUK

PROJEK

GAGAL

MENYIAPKAN LUKISAN KEJURUTERAAN

MENYENARAIKAN UNTUK PEMBELIAN

MENGUKUR DAN MEMOTONG BAHAN

PROSES FABRIKASI DAN PEMASANGAN A Bersambung

Page 43: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

24

TIDAK BERFUNGSI

BERFUNGSI

GAGAL

LULUS

PEMERIKSAAN KIMPAL:

CODE AWS D1.1 ( VISUAL

INSPECTION REPORT)

UJI LARI

PENYAMBUNGAN KERANGKA

UTAMA

PENYAMBUNGAN KERANGKA

PROSES PEMBUATAN

MENGECAT

A

TAMAT

PENGAKHIRAN (FINISHING)

Page 44: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

25

3.2 Reka bentuk Kajian Projek.

Setelah semua maklumat mengenai rekabentuk dibincang dan ditentukan lakaran

kasar bentuk telah dibincang bersama beberapa rakan bagi mendapatkan rekabentuk

yang sesuai dari aspek kekuatan dan ciri-ciri keselamatan yang dicadangkan. Selain itu,

penilaian berkaitan dengan semua perkiraan yang di lakukan berserta faktor-faktor

pengukuran saiz yang bersesuaian perlu diambil kira juga. Rekabentuk dan penilaian

bahan-bahan haruslah diberi perhatian. Proses-proses kimpalan juga mesti di periksa

untuk menentukan perkara-perkara yang sesuai dan berkaitan sahaja digunakan.

3.2.1 Konsep Rekabentuk

Memberi satu penjelasan mengenai rekabentuk yang di hasilkan dimana ianya satu

proses menggunakan elemen-elemen di dalam kejuruteraan, matematik, grafik, prinsip

saintifik dan menganalisa alatan sebenar dalam satu usaha menghasilkan dan

merencanakan yang mana kemudiannya membawa kepada penyelesaian, seterusnya

menyumbangkan kepada keperluan teknikal. Berdasarkan teori tersebut, sesuatu

rekabentuk bukan hanya terdiri daripada ilmu yang di pelajari sahaja tetapi ia

merupakan gabungan dari kemahiran yang lahir dari diri seseorang pereka tersebut.

Pertimbangan dan kejayaan, melalui penghasilan produk yang akan dijalankan adalah

berdasarkan carta aliran yang di buat. Dengan berpandukan setiap mengikut turutan

yang betul dapat di lakukan dengan sempurna.

3.2.2 Pemilihan Rekabentuk

Pemilihan rekabentuk adalah penting, kerana ia adalah melibatkan kejayaan

sesuatu projek itu. Proses rekabentuk adalah untuk mengenalpasti bentuk projek,

masalah yang perlu di selesaikan, memahami masalah, memilih cadangan yang baik,

dan mengemukakan cadangan yang bersesuaian. Langkah-langkah yang perlu sebelum

sesuatu projek di laksanakan ialah dengan memilih dan membuat penilaian,

menggunakan hasil analisis untuk membuat sesuatu pemilihan, mengenal pasti masalah

yang wujud dan menganalisis rekabentuk agar dapat memenuhi keperluan untuk

melaksanakannya.

Page 45: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

26

3.2.2.1 Pandangan Isometrik

Rajah 3.1: Pandangan Isometrik PIPE PULLER TROLLEY

Page 46: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

27

3.2.2.2 Lukisan Unjuran Ortografik dan Isometrik

Rajah 3.2: Pandangan Isometrik dan Ortografik PIPE PULLER TROLLEY

Page 47: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

28

3.2.2.3 Lukisan Pepasangan

Rajah 3.3 : Lukisan pepasangan PIPE PULLER TROLLEY

Page 48: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

29

3.2.2.4 Lukisan bahagian-bahagian PIPE PULLER TROLLEY

Rajah 3.4 : Lukisan bahagian-bahagian PIPE PULLER TROLLEY

Page 49: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

30

3.2.3 PEMILIHAN BAHAN

Pemilihan bahan untuk projek ini adalah dari bahan yang sesuai di mana bahan

berkenaan mestilah mempunyai sifat-sifat mekanikal seperti kekuatan untuk

menampung bebanan, sesuai dengan dimensi atau rekabentuk projek dan tahan karat.

Selain itu pemilihan juga haruslah dibuat berdasarkan jenis kegunaan dan kekerapan.

Bagi membina projek ini, bahan yang dipilih adalah dari jenis keluli berkarbon

rendah atau keluli lembut (mild steel) dengan ketebalan 1.0mm hingga 6.0mm. Bahan

ini sesuai digunakan kerana sifatnya dan juga kesesuaianya untuk projek ini dan

penggunaan yang lebih fleksibel dan lembut serta mudah untuk dibentuk dan dikimpal..

Berikut adalah pemilihan bahan untuk projek ini:-

Tiub segiempat

Paip keluli lembut

Plat Keluli lembut berketebalan 1.0mm hingga 6.0mm

Pemilihan bahan-bahan ini kerana ia :

Mudah dikimpal

Boleh dikikir, dipotong, dilipat dan dibentuk dengan mudah

Murah

Kegunaan bahan ini adalah untuk mengukuhkan rangka jig dari dalam dan luar.

3.2.3.1 SENARAI BAHAN (BOMS - BILL OF MATERIALS)

Di dalam satu-satu proses pembuatan, kos merupakan satu faktor yang tidak

boleh diambil mudah terutamanya untuk perdagangan. Kegagalan menganalisis dan

mengira kos akan menyebabkan syarikat mengalami kerugian. Kos penghasilan perlu

diambil kira dengan betul dan tepat. Pada bahagian ini, semua kos yang terlibat akan

disenaraikan. Kos-kos yang terlibat adalah bahan-bahan untuk membina Pipe Puller

Trolley adalah kos bahan guna habis.

Page 50: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

31

Jadual 3.4 : Bahan untuk rangka utama

BIL BAHAN DIMENSI UNIT

1 Hollow Square section 75mm x 50mm x 2.5M 2

2 Hollow Square section 50mm x 25mm x 1M 2

3 Mild Steel Pipe 4M x dia.75mm x 1

Jadual 3.5 : Bahan untuk pengangkat

BIL BAHAN DIMENSI UNIT

1 U channel 50mm x 50mm x 2M 2

2. Mild steel round bar 50mm dia. X 2M 1

3. Mild steel round bar 30mm dia x 2M 1

4. Hollow Square section 50mm x 25mm x 2M 1

5. Mild steel flat bar 50mm x 6mm x 2M 1

Jadual 3.6 : Bahan lain

BIL BAHAN DIMENSI UNIT

3 Rubberised castor wheel Ø 3 inci 4

5 Skru & Nat Ø 10mm x 30mm 20

6 Skru & Nat Ø 10mm x 72mm 10

7 Skru & Nat Ø 8mm x 50mm 12

8 Long Bolt Ø 50mm x 2M 1

Page 51: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

32

3.2.3.2 ANGGARAN KOS PROJEK.

Pengiraan kos merangkumi keseluruhan perbelanjaan dalam menyiapkan Pipe

Puller Trolley ini. Anggaran awal ini penting untuk mengetahui harga sebenar Troli

standard di pasaran. Pengiraan merangkumi semua kos bahan mentah, komponen) dan

kos sampingan lain tidak diduga.

Jadual 3.7 Kos Bahan Mentah

xN

O BARANG

KUANTITI

(Anggaran)

HARGA

SEUNIT

RM

JUMLAH

RM

1 M.S. Hollow section 2.4.mm x

75mm x 50mm x 2M 1 85.00 85.00

2 M.S. Hollow section 1.2.mm x

75mm x 100mm x 2M 1 55.00 55.00

3 M.S. Flat Bar 6mm x 75mm x 2M 1 25.00 25.00

4 Mild Steel Pipe Ø 60mm O.D x

3mm 2M 1 45.00 45.00

6 Mild steel round bar 50mm dia. x

2M 1 65.00 65.00

Mild steel round bar 30mm dia. x

2M 1 45.00 45.00

JUMLAH 320.00

Jadual 3.8 Kos Bahan Luak

BAHAN SPESIFIKASI QTY RM (SEUNIT ) HARGA (RM )

Filler wire ER70-SG 1KG

Ø0.8mm 1 roll 80.00 80.00

Disc cutter 400X 50 X 3mm 2 kpg 15.00 30.00

Grinding disc 100 X 23 X 6mm 5 pcs 2.00 10.00

Cutting disc 100 X 23 X 3mm 10 pcs 4.00 40.00

Cup brush Ø100mm 1 no 8.00 8.00

Cat Hitam 2 lit 18.00 36.00

Thinner 1 gal/

tin 18.00 18.00

JUMLAH 220.00

Page 52: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

33

Jadual 3.9 Lain-Lain Kos

NO BAHAN QTY RM (SEUNIT) HARGA (RM)

1 Rubberised castor wheel 4 nos 30.00 120.00

2 Skru & Nat 16 no 2.00 32.00

3 Skru & Nat 16 nos 1.00 16.00

4 Skru & Nat 16 nos 00.50 8.00

5 Long Bolt 1 no 55.00 55.00

JUMLAH 231.00

3.2.3.2 Proses Pengiraan

Di dalam proses pengiraan ini, setiap bahagian yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung akan diambil kira bagi memastikan tiada sebarang kekeliruan yang

berlaku. Proses pengiraan ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian bagi

memudahkan kerja-kerja pengiraan dilakukan dan seterusnya menentukan jumlah

keseluruhan yang terlibat untuk menghasilkan produk ini. Setiap bahagian yang terlibat

kemudiannya akan dicampurkan dengan jumlah keseluruhan untuk memperolehi jumlah

keseluruhan dan seterusnya dapat membuat perbandingan dengan perancangan awal

untuk menghasilkan projek ini. Hasil dari pengiraan yang dilakukan ianya dapat melihat

perbezaan yang terhasil diantara sebelum dan selepas. Butiran-butiran adalah seperti

berikut:-

Jadual 3.10 Analisa keseluruhan kos

Bil Jenis-Jenis Kos Jumlah

1 Kos Bahan Mentah RM 320.00

2 Kos Bahan Luak RM 220.00

3 Lain-Lain Kos RM 231.00

Jumlah RM771.00

Page 53: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

34

3.3 SENARAI PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Jadual 3.11 Peralatan yang digunakan

Bil Peralatan Spesifikasi / penerangan Gambar

1. Kapur keras

(Hard chalk)

Digunakan untuk menanda

ukuran

2. Sarung tangan Kulit

(Leather Glove)

Digunakan untuk

melindungi tangan

daripada benda tajam dan

panas.

3. Gogal (Goggle)

Digunakan untuk

melindungi mata dari

terkena percikan bungaapi

dan reja semasa mencanai

dan mengerudi.

Page 54: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

35

4.

Pelindung Mata

Jenis kepala

(Head Shield)

Digunakan untuk

melindungi mata dan

muka semasa mengimpal.

5. Penebuk pusat

(Center Punch)

Digunakan untuk menanda

sebelum menebuk/

menggerudi lubang.

6. Pembaris Keluli

(Steel rule)

Digunakan untuk

mengukur dan membuat

garisan selari

7. Tukul Bongol Bulat

(Ball Pein Hammer)

Digunakan untuk

membantu dalam proses

membentuk Jig

JKM

Page 55: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

36

8. Pemutar skru

(Screw Driver)

Digunakan untuk

memasang dan membuka

skru.

9.

Kikir Rata

( Flat File )

Digunakan untuk mengikir

benda kerja.

10. Pita Pengukur

( Measuring Tape )

Digunakan untuk

kerja-kerja mengukur.

11. Pengapit G

(G Clamp)

Digunakan untuk

memegang benda kerja.

Page 56: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

37

3.4 SENARAI MESIN YANG DIGUNAKAN

Jadual 3.12 Senarai Mesin yang digunakan

Bil Mesin Spesifikasi/

Penerangan

Gambar

1

Hydraulic Guillotine

Shearing Machine

JENIS MODEL :

Viking-HMS20.08,

Sweden

Digunakan untuk

memotong kepingan

logam yang nipis

sehingga 2.0mm

2

Gas Metal Arc

Welding Machine

JENIS MODEL :

Cigweld Weldskill

250

Digunakan untuk

mengimpal semua

bahagian-bahagian jig

Page 57: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

38

3

Drill Press Bench

JENIS MODEL :

Hitachi B13, JAPAN

Digunakan untuk

mengerudi lubang-

lubang pada bahagian

jig

4

High Speed Cut-Off

Cutting Machine

JENIS MODEL :

Hitachi CC16SB,

JAPAN

Digunakan untuk

memotong bahan-bahan

nipis seperti tiub

segiempat

5

Manual Bending

Plate Machine

JENIS MODEL :

Hitachi, JAPAN

Digunakan untuk

melipat kepingan logam

nipis

6

Industrial Pedestal

Grinder

Digunakan untuk

mencanai bahan-bahan

tebal

Page 58: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

39

7

Mesin Gerudi

(Drilling machine)

Digunakan untuk

mengerudi lubang

8

Mesin Pencanai

Mudahalih

(Portable Hand

Grinder)

Digunakan untuk

memotong dan

mecanai.

9

Kelengkapan

pemotongan

oksiasetilina

( Portable oxy-

acetelene cutting

unit)

Digunakan untuk

memotong plat tebal

Page 59: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

40

3.4 KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN MESIN DAN

PERALATAN

Apabila bekerja dengan menggunakan mesin atau alat-alat tertentu maka berapa

perkara penting haruslah diikuti seperti:-

1) Mengetahui cara pengendalian peralatan dan mesin ketika menggunakannya.

Pilih alat yang betul mengikut kesesuaian dengan kerja yang akan dilakukan.

Jika tidak tahu menggunakan mesin, jangan hidupkan mesin tersebut.

Rujuk kepada buku panduan manual yang telah disediakan.

Berbincang dengan pensyarah tentang peralatan dan cara-cara penggunaanya.

Menggunakan peralatan yang betul mengikut kerja yang akan dilakukan.

2) Mengendalikan peralatan mengikut langkah keselamatan yang

telah disediakan.

Sentiasa mengikut S.O.P mesin dan peralatan ketika mengoperasikan mesin.

Mematuhi peraturan keselamatan di bengkel.

Sentiasa rujuk buku panduan manual yang telah disediakan.

Berbincang dengan pensyarah lain tentang keselamatan dan cara-cara

penggunaannya.

3) Mesin-mesin dan peralatan dalam keadaan yang baik.

Pastikan mesin-mesin dan peralatan dalam keadaan yang baik.

Pastikan mesin-mesin dan peralatan berfungsi dengan baik.

Jika berlaku kerosakan pada mesin atau peralatan, perlu diselenggara atau

dibaiki dahulu sebelum menggunakannya.

Page 60: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

41

3.5 CARTA ALIR OPERASI KENDALIAN PIPE PULLER TROLLEY

PIPE PULLER TROLLEY ini akan melalui 3 peringkat kendalian sebelum proses

mengalihkan paip untuk dipotong dapat dilaksanakan:-

Paip digelongsor secara

manual dengan imbangan

sepenuhnya di atas troli.

Paip disokong oleh V-Trolley

menambah peranan

membawa paip ke dalam

woksyop.

Troli dilaraskan dan melalui

integrasi bersama PIPE

GRIPPER, bahagian depan paip

menyentuh roller pertama troli

dan roller seterusnya sambil

ditarik.

Rajah 3.5: 3 peringkat kendalian Pipe Puller

Trrolley

Page 61: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

42

3.6 KESELAMATAN

Keselamatan merupakan aspek penting dalam menjamin keselamatan pengguna

dan masa depan sesuatu produk. Rekacipta yang akan dihasilkan haruslah mematuhi

prosedur-prosedur keselamatan sebelum mencipta sesuatu alat atau mesin dengan

meneliti garis panduan oleh badan standard seperti British Standard (BS), International

Standard Organization (ISO), Malaysian Standard (OSHA dan MS) dan juga badan

pengesahan tempatan (SIRIM).

Di dalam apa saja kerja yang dilakukan langkah keselamatan adalah paling

penting diamalkan oleh setiap individu sebelum, semasa dan selepas melakukan kerja.

Ini kerana punca kemalangan boleh berlaku dari pelbagai faktor dan keadaan. Antaranya

ialah dari:-

i. Individu

Seseorang pengimpal mestilah memakai PPE (Personal Protective Equipment)

yang sesuai dengan kerja yang dilakukan seperti , sarong tangan, pelindung mata, kasut

keselamatan, pelindung muka untuk melindungi diri dari sebarang kecederaan dan

kemalangan.

ii. Keadaan mesin

Keadaandan prestasi mesin yang akan digunakan perlu diambil perhatian.

Mesin-mesin tersebut juga perlu disenggara mengikut jadual senggaraan yang telah

dirancang bagi mengelakkan kemalangan berlaku seperti renjatan letrik, fisikal dan

sebagainya.

Oleh itu, sebelum melakukan sesuatu kerja, pastikan mesin berada pada tahap

terbaik

iii. Persekitaran

Pesekitaran juga boleh menjadi faktor kepada penyumbang kemalangan.

Antaranya seperti permukaan lantai yang licin dan kawasan kerja yang tidak terurus.

Disamping itu kawasan kerja harus mempunyai pengalihudaraan yang baik.

Page 62: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

43

3.7 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN

PIPE PULLER TROLLEY

Semasa mengendalikan penarik paip ini,beberapa perkara penting perlu diikuti

seperti:-

i. Mengetahui cara pengendalian troli tersebut.

ii. Mengenalpasti jenis dan sais paip yang akan ditarik.

iii. Memastikan laluan troli ke dalam woksyop tidak terhalang dan terlalu sempit.

iv. Meminta tunjukajar cara mengendalikan troli dari mereka yang pernah

menggunakannya.

v. Jangan gunakan troli tanpa kebenaran dan pengetahuan pensyarah.

vi. Rujuk SOP ( Standard Operation Procedure ) yang telah disediakan.

vii. Pastikan troli berada dalam keadaan baik.

viii. Jika berlaku kerosakan pada troli, maklumkan pada pensyarah dan lakukan

senggaraan dahulu sebelumn digunakan semula.

3.8 PROSES KERJA

Didalam proses membina Pipe Puller Trolley ini pelbagai komponen atau

bahagian perlu direka dengan teliti sebelum ianya dapat dijalankan agar dapat disiapkan

dalam masa yang dirancang. Bahagian-bahagian ini akan dihasilkan berpandukan

lukisan rekabentuk yang telah dimuktamadkan. Setiap bahagian akan mengikut ukuran

yang telah ditetapkan bagi mengelakkan masalah yang tidak dijangkakan daripada

berlaku. Berikut adalah langkah-langkah dari mula penghasilan lukisan hinggalah

kepada proses pengujian.

Page 63: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

44

3.8.1 Langkah 1 : Penghasilan lukisan kejuruteraan.

Proses lakaran dan lukisan sesuatu projek dijadikan sebagai panduan dan

rujukan dalam membuat projek tersbut seperti yang terdapat di dalam lukisan yang telah

disediakan.Ia juga bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja pembuatan. Lukisan

biasanya dibuat secara manual pada peringkat lakaran konsep atau berkomputer iaitu

dengan menggunakan alatan lukisan atau menggunakan perisian komputer. Lukisan

yang dihasilkan adalah dalam bentuk 2D dan 3D agar ilustrasi projek dapat dilihat

dengan jelas dari pelbagai sudut dan pandangan. Segala ukuran dan pemilihan bahan

mengikut apa yang telah dirancangkan dan ditunjukkan di dalam lukisan.

3.8.2 Proses mengukur, menanda dan memotong

Proses mengukur dan menanda merupakan satu proses sebelum kerja-kerja

pemotongan dilakukan, ia dilakukan untuk mendapatkan ukuran yang tepat bagi

memudahkan proses pemotongan. Alat yang digunakan sebagai penanda ialah kapur

penanda dan penggarit manakala alat-alat yang digunakan untuk mengukur adalah

Pembaris keluli, Sesiku L, Pita Pengukur, Framing Square dan sebagainya. Kerja-kerja

menanda dan mengukur haruslah dibuat dengan tepat dan teliti kerana sedikit

ketidaksamaan boleh mempengaruhi ukuran sesuatu produk yang akan dihasilkan.

Selepas proses mengukur dan menanda dilakukan, proses pemotongan akan dilakukan.

Kerja-kerja pemotongan biasanya dilakukan menggunakan peralatan tangan atau

menggunakan mesin berkuasa. Peralatan tangan dilakukan secara manual seperti gergaji

tangan manakala pemotongan menggunakan mesin seperti Mesin pemotong cakra.

Semua proses pemotongan dilakukan dengan betul bagi mengelakkan ukuran yang salah

dan tidak tepat.

Page 64: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

45

Rajah 3.6: Kerja-kerja mengukur menanda dan memotong.

3.8.3 Langkah 3 : Proses menggerudi

Rajah 3.7 : Kerja-kerja menggerudi sedang di jalankan

Page 65: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

46

Proses menggerudi dilakukan bagi menebuk lubang yang dikehendaki. Kerja-

kerja menebuk lubang dilakukan menggunakan mesin gerudi meja. Sebelum proses

menggerudi dilakukan bahan kerja perlulah ditanda menggunakan Center Punch pada

bahagian yang perlu ditebuk. Terdapat bahagian – bahagian hollow square section yang

perlu di gerudi untuk membuat lubang. Diantara bahagian yang memerlukan proses

pengerudian adalah pada bahagian tapak roda.

Rajah 3.8 : Proses kimpal paku kerangka troli

3.8.4 Langkah 4 Proses Kimpal Paku Kerangka Troli.

Proses kimpal paku dilakukan semasa proses pembuatan rangka. Sebelum proses

membuat paku kimpal di bahagian yang hendak dikimpal bahan perlulah ditandakan

kedudukannya dengan tepat. Tujuan kimpal paku adalah untuk memegang bendakerja

supaya ia tidak bergerak atau tertanggal semasa proses mengimpal dilakukan dan paku

kimpal yang dibuat seharusnya teguh supaya tidak mudah putus semasa mengimpal.

Proses kimpal paku ini menggunakan mesin kimpalan GMAW kerana ia mudah

dikendalikan dan mempercepatkan proses kerja mengimpal.

3.8.5 Langkah 5 : Proses mengikir dan mencanai

Kerja-kerja mencanai dan mengikir dilakukan dengan menggunakan mesin pencanai

tangan dan kikir tangan. Ia dilakukan untuk membuang dan meratakan lebihan kumai

serta percikan kimpal selepas proses mengimpal Selain itu, kerja-kerja mencanai dan

mengikir bertujuan untuk kemasan hasil kerja. Proses mencanai dilakukan selepas

Page 66: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

47

kesemua bahagian pada sambungan telah dikimpal. Sambungan kimpalan haruslah

dicanai rata supaya kemas dan projek yang dihasilkan lebih berkualiti.

Rajah 3.9 : kerja-kerja mengikir dan mencanai

3.8.6 Proses kimpalan penuh Troli

Sebelum mengimpal, keselamatan diri dan kawasan di sekeliling perlu dititik beratkan

bagi mengelakkan daripada berlaku kemalangan. Ia juga dapat memastikan kelancaran

proses kimpalan yang akan dilakukan. Proses kerja kimpalan penuh adalah satu proses

yang paling penting dan perlu dititikberatkan dalam membuat Troli ini terutamanya

pada setiap sambungan kimpalan. Sambungan haruslah diuji kekuatannya bagi

mengelakkan daripada berlakunya kerosakan dan kelemahan pada keseluruhan troli

selain menjamin kualiti produk. Proses kimpalan penuh yang digunakan dalam

rekabentuk Troli ini ialah proses kimpalan GMAW.

Page 67: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

48

Rajah 3.10 : kerja-kerja mengimpal menggunakan proses kimpalan GMAW.

3.8.7 Langkah 8 : Proses Pemasangan bahagian

Dalam proses ini, Segala bahagian yang telah siap dihasilkan berasingan,

dicantumkan sehingga selesai dipasang semuanya. Antara bahagian yang perlu di

pasang adalah roda. . Apabila troli ini siap di pasang troli ini sudah bolah digunakan

untuk mengangkat dan mengubah serta melaras ketinggian paip sehingga bersaiz

diameter 8 inci x 6 meter.

Rajah 3.11 menunjukkan kerja-kerja memasang roda dan scissor.

Page 68: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

49

3.8.8 Langkah 9 : Proses pengujian

Selepas semua proses pemasangan telah siap, proses ujilari mengangkat dan

melaras ini dilakukan bagi mengenalpasti kelancarannya dan kelemahannya jika ada.

Jika terdapat sebarang masalah semasa melakukan ujilari ini punca masalah yang timbul

dari pengujian tersebut perlu diatasi agar troli yang dihasilkan selamat untuk digunakan.

Hasil dari beberapa ujilari dilakukan maka diadapati troli ini selamat digunakan serta

tiada sebarang masalah yang dihadapi. Proses memindahkan paip ke atas V Trolley juga

tiada masalah yang dihadapi.

a)

Page 69: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

50

b)

c)

Integrasi bersama kumpulan 1 yang mereka bentuk dan membina satu Pipe

Gripper dilaksanakan.

Page 70: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

51

d)

e)

Page 71: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

52

f)

Page 72: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

53

g)

Rajah 3.12 :menunjukkan ujilari mengangkat dan melaraskan paip

Page 73: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

54

3.9 MASALAH DAN PENYELESAIAN PROJEK.

Tiada masalah besar didalam menghasilkan Pipe Puller Trolley ini.

Semua kerja-kerja fabrikasi dapat dilaksanakan dengan baik menggunakan

peralatan tangan dan mesin kimpalan yang lazim digunakan oleh pengimpal.

Penekanan diberikan pada :

• Ketepatan ukuran bahan yang dipotong

• Ketepatan sudut

• Kesejajaran projek

• Kimpalan berterusan pada bahagian-bahagian yang menampung beban yang

berat

• Membuat uji lari menarik paip beberapa kali dan membawa paip masuk ke

dalam woksyop.

• Kekemasan projek

3.10 RUMUSAN

Di dalam bab III ini berbagai perkara yang berkaitan dengan metodologi

dan perancangan pelaksanaan projek telah jelaskan dengan terperinci. Antara

perkara yang dibincangkan adalah berkaitan pelaksanaan projek yang

merangkumi Carta Gantt dan carta alir pelaksanaan projek. Carta Gantt ini

menunjukkan perancangan yang akan di laksanakan dan situasi sebenar yang

dijalankan. Reka bentuk juga telah dibincangkan dalam bab ini yang meliputi

beberapa jenis lukisan iaitu lukisan isometrik, lukisan pepasangan, lukisan

berdimensi, lukisan perincian pecahan bahagian-bahagian penarik paip,troli dan

lukisan simbol kimpalan. Semua lukisan ini di tunjukkan pada bahagian masing-

masing. Turut dibincangkan juga adalah Bil Of Material (B.O.M) di mana telah

disenaraikan peralatan-peralatan dan bahan-bahan yang diperlu untuk membina

Pipe Puller Trolley ini.

Page 74: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

55

BAB IV

PENEMUAN DAN ANALISIS HASIL PROJEK

4.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, analisis akan dilakukan pada bahagian paling kritikal pada troli

iaitu sambungan pada bahagian pengangkat dan platform ratchet

4.2 LAPORAN UJIAN VISUAL

Berikut adalah keputusan Laporan Ujian Visual yang dilakukan pada sambungan

diantara kambi T plat ratchet dengan kerangka utama troli dengan merujuk Kod AWS

D1.1. Table 6 dan Fig. 5.4 Acceptable and Unacceptable Weld Profile (Lampiran 2) dan

- Fillet welded T joint Acceptance Criteria (Lampiran 1).

4.2.1 JENIS – JENIS KAEDAH UJIAN TANPA MUSNAH

Ujian visual

Ujian penusukan cecair (Dye Penetrant Test)

Ujian zarah magnet (Magnetic Particle Inspection)

Ujian Eddy Current

Ujian Ultrasonic

Ujian Radiografi

Page 75: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

56

4.2.2 UJIAN PEMERIKSAAN VISUAL ( VISUAL INSPECTION )

Visual inspection ialah ujian secara penglihatan yang dilakukan dengan melihat

dan menilai hasil kimpalan dengan mencatat kecacatan yang terdapat pada permukaan

hasil kimpalan. Ujian visual inspection juga tergolong dalam ujian tanpa musnah.

Peralatan yang digunakan untuk melakukan ujian visual inspection:-

Pembaris keluli

Tolok Kimpalan

Kanta Pembesar

Lampu Suloh Kecil

Rajah 4.1 – Peralatan untuk Ujian Visual

Page 76: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

57

4.5 KOD DAN STANDARD YANG DIGUNAKAN

4.5.1 American Welding Society ( AWS )

American Welding Society atau AWS banyak mengeluarkan kod piawaian

kimpalan yang dikenali sebagai contoh AWS D 1.1 Structural Welding Code. Ia

digunakan secara meluas dalam kimpalan untuk membina bangunan, jambatan dan

binaan lain. Piawaian ini digunakan secara meluas di negara Amerika dan diikuti di

negara-negara yang terlibat dalam pembinaan struktur.

4.5.2 Kaitan kod AWS dengan “Pipe Puller Trolley”

Projek “Pipe Puller Trolley” merupakan projek yang melibatkan struktur

sambungan kimpalan. Dalam membuat penyambungan hanya terdapat beberapa

sambungan yang merujuk kepada AWS. Rujukan AWS hanya tertumpu pada

sambungan kimpalan yang kritikal seperti kawasan yang mempunyai bebanan

tinggi. Dalam “Pipe Puller Trolley”ini, sambungan bebanan yang tinggi ialah pada

bahagian bawah kepingan plat bentuk V yang bersambung dan bahagian bawah atau

tapak Jack, dimana beban kritikal akan tertumpu pada kawasan tersebut. Satu lagi

sambungan yang berkaitan dengan kod adalah pada bahagian sambungan paip

pemegang yang disambung pada kerangka badan.

Page 77: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

58

4.6 VISUAL INSPECTION REPORT

PROJEK AKHIR/ PPT/JPK/2017/ 01/VISUAL .INSPECTION

Name : RHAFIDA Test Piece Identification : 01/18

Code / Specification Used : AWS D1.1 Welding Process : GMAW

Joint Type : T FILLET ( PLATE TO PIPE ) Welding Position : 2F?3F

Length & Thick: 314mm x 5mm

Signature :………………. Date : 16hb. Feb. 2018

WELD INSPECTION REPORT/ SENTENCE SHEET

CODES : AWS D1.1 (STATIC)

SURFACE DEFECT

Jadual 4.2 - Welding Inspection Record AWS D1.1

FULL NAME : RHAFIDA ABDUL MANAN

SPECIMEN TYPE

: T FILLET JOINT

SPECIMEN NUMBER

: PROJEK AKHIR/ DJJ/6134/2018/ 01

NO

EXTERNAL

DEFECTS

DEFECT

NOTED

CODE OR SPECIFICATION REFERENCE

SECTION 6 (TABLE 6.1)

DEFECTS TYPE ACCUMULAT

IVE TOTAL MAX ALLOWANCE

SECTION/

TABLE

NO.

ACCEPT/

REJECT

1 Cracks NONE

Not permitted 1 ACCEPT

2 Crater cracks NONE

Not permitted 1 ACCEPT

3

Porosity and gas

pore

Ø2.0mm

Not exceed one in 4 in.

[100 mm] of length

and the maximum diameter shall not

exceed 3/32 in. [2.5

mm].

8 ACCEPT

4 Clustered porosity NA

- - ACCEPT

5 Piping porosity

NA

Sum of linear ( 1 mm) porosity < 10 mm

Sum of linear ( 1 mm)

porosity < 19 mm per 300 mm length

8 ACCEPT

6 Solid/Slag Inclusion NA

- - ACCEPT

7 Lack of Fusion NONE

Not permitted 2 ACCEPT

8 Lack of Penetration NONE

Not permitted 2 ACCEPT

Page 78: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

59

This * pipe/ plate has been examined to requirement of code/ specification

AWS D1.1 and is accepted/ rejected accordingly.

Signature __________________ Date : 14 Feb 2018

Name : RHAFIDA

* Delete which is not applicable

This completes the T Joint Inspection Assessment

9 Undercut 1.0mm

1.0mm (Deep) 7 ACCEPT

10 Excess weld

reinforcement

NONE

Max 3.0mm 4 ACCEPT

11 Excessive convexity NONE

Not permitted 4 ACCEPT

12 Excessive

Penetration

NONE

Max 3.0mm 4 ACCEPT

13 Linear

Misalignment

NA - - ACCEPT

14 Incomplete Weld

Groove/ Underfill

NONE

Not permitted 4 ACCEPT

15 Root Concavity NONE

Not permitted 4 ACCEPT

16 Overlap NONE

Not permitted 4 ACCEPT

17 Arc Strike NA Seek advice

Check with DPI -

ACCEPT

18 Spatter NA

Seek advice - ACCEPT

Page 79: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

60

Berdasarkan kepada Ujian Visual yang telah dilakukan, tiada kecacatan yang

berada dalam nilai had terima mengikut Kod AWS D1.1 pada sambungan tersebut. Ini

menunjukkan sambungan tersebut adalah kukuh dan di terima (Accept)

4.7 Analisis Data Teknikal

Rajah 4.10 Pengiraan Beban

Pengiraan berat paip

Berat = 18.97 Lb ( kaki persegi ) 1Lb = 0.4536kg

= 18.97 x 20

= 379.4 Lb (kaki persegi )

= 379.4 x 0.4536

= 173 kg

Page 80: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

61

4.7.1 Data masa merekod mensejajarkan paip pada rak bahan mentah.

Jadual 4.4 Data masa yang direkod semasa menaikkan scissor sepenuhnya.

Page 81: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

62

4.7.2 Analisa Data Teknikal Rekabentuk

Jadual 4.3 Penilaian Rekabentuk

1-2 3-5 6-7 8-10

Memuaskan Sederhana Baik Sangat BaikPRESTASI SKOR

Page 82: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

63

4.8 STANDARD OPERATION PROSEDURE (S.O.P).

PROSEDUR PENGGUNAAN MESIN (STANDARD OPERATION PROCEDURE - S.O.P)

NAMA PIPE PULLER TROLLEY

JENIS MUDAH ALIH

NO SIRI POLISAS/JKM/KIM/01

BEKALAN KUASA TIADA

OPERASI PIPE PULLER

SEBELUM BEROPERASI:

1) Pakai PPE yang sesuai.

2) Periksa roda dan matikan pergerakannya.

3) Pastikan tempat untuk melaku operasi dalam keadaan baik dan

selamat.

4) Pastikan semua bahagian PIPE PULLER berfungsi dengan baik.

UNTUK OPERASI / SEMASA OPERASI:

1) Masukkan Pipe Puller ke dalam paip.

2) Putarkan bol pada jack untuk menaikkan jack.

3) Pastikan pelapik atas dan bawah betul-betul ketat.

4) Tarik paip menggunakan alatan penarik pada hujung troli.

5) Tarik paip sehingga kedudukan paip stabil di atas troli.

6) Paip sedia untuk di bawa masuk ke dalam woksyop.

Semambu, 25350 Kuantan Pahang Daru l Makmur

Tel . : 09 -5655300 Fax : 09 -5663104 h t tp : / /www.po l isas .edu.my/ E-mai l : [email protected] .my

Page 83: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

64

SELEPAS OPERASI:

1. Alih paip ke tempat yang diperlukan.

2. Bersih dan simpan peralatan

DISEDIAKAN OLEH:

……………………………

(DAUD BIN SHARIFF)

DISEMAK OLEH :

………………………………..

(EN RAZALI B MALIK)

PENYELIA WOKSYOP

KIMPALAN

DISAHKAN

OLEH :

………………

……………

KETUA

JABATAN

MEKANIKAL

Page 84: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

65

4.9 SPESIFIKASI TROLI

Rajah 4.3 : Pipe Puller Trolley

Spesifikasi

Berat : 85kg (Keseluruhan)

Saiz : Panjang 900mm X Lebar 330mm X Tinggi 510mm

Fungsi : Mengangkat, Membawa Paip dan Melaras ketinggian paip

di atas platform Band Saw untuk di potong.

Warna : Hitam

Harga : RM 2144.00

Page 85: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

66

4.10 RUMUSAN

Dalam bab ini telah diterangkan tentang penemuan dan analisis hasil projek. Bab

ini juga dapat memperlihatkan permasalahan yang timbul dan keputusan-keputusan

ujian untuk PIPE PULLER TROLLEY ini di samping kelebihan dan kelemahannya.

Langkah-langkah penggunaan PIPE PULLER TROLLEY ini telah diterangkan bagi

memudahkan pengguna menggunakannya. Di bahagian analisis telah turut diterangkan

jenis ujian kimpalan iaitu pemeriksaan penglihatan atau visual inspection. Ujian ini

telah menentukan bahawa tiada kecacatan kumai pada sambungan kimpalan yang

berlaku semasa proses kerja mengimpal dijalankan. Ketiga-tiga ujian ini disertakan

bersama laporan hasil keputusan ujian-ujian tersebut. Ujian ini telah di jalankan di

kawasan kimpal yang kritikal yang mempunyai beban.

Seterusnya cara pengiraan beban di tempat yang kritikal itu untuk mengetahui

kekuatan yang mampu di tampungnya. Akhir sekali saya turut menerangkan kod dan

standard yang digunakan dalam kerja-kerja kimpalan iaitu American Welding Society

atau AWS. AWS banyak mengeluarkan kod piawaian kimpalan yang dikenali sebagai D

1.1 Structural Welding Code. Ia digunakan secara meluas dalam kimpalan untuk

membina bangunan, jambatan dan binaan lain. Piawaian ini digunakan secara meluas di

negara Amerika dan diikuti di negara-negara yang terlibat dalam pembinaan struktur.

Dalam bab penemuan dan analisis hasil projek ini mendapati semua keputusan dianggap

boleh diterima dan memenuhi standard yang ditetapkan.

Page 86: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

67

BAB V

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan tentang kelebihan dan standard yang digunakan,

cadangan projek seterusnya dan kesimpulan tentang Pipe Puller Trolley. Bab ini juga

akan membincangkan dengan lebih teliti berkaitan dengan hasil projek yang telah

dilakukan. Hasil daripada dapatan Data Masa Menaik dan Menurunkan paip yang

diperolehi mendapati bahawa projek telah berjaya dihasilkan dan dapat digunakan oleh

pengguna dengan mendapat beberapa kelebihan berbanding dengan cara konvensional

iaitu mengangkat dengan tenaga pelajar yang ramai.

5.2 DAPATAN KAJIAN

Hasil temubual dan soalan spontan atau ‗insitu‘ dengan pensyarah dan beberapa

pelajar yang pernah menggunakan Pipe Puller Trolley ini menyatakan bahawa peralatan

ini amat mudah untuk dikendalikan serta menjimatkan tenaga kerja. Pada

keseluruhannya selepas troli Pipe Puller Trolley ini siap dibina dan digunakan

mendapati semua objektif kajian yang dinyatakan dalam Bab I telah dapat di penuhi.

5.3 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian seterusnya adalah mencari kaedah untuk mengangkat ke atas troli dengan

mudah dari arah depan. Antara cadangan yang dapat di berikan adalah menarik paip

menggunakan punca kuasa 1 Fasa atau sel basah 12 volt ( bateri kereta ).

Page 87: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

68

5.4 KESIMPULAN KAJIAN

Kesimpulan kajian menunjukkan iaitu untuk merekabentuk dan membina sebuah

Pipe Puller Trolley untuk kegunaan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal untuk

kursus ‟Workshop Practice‟ bidang kimpalan yang menepati semua ciri-ciri

keselamatan Prosedur Menarik,Mengangkat dan Mengangkut telah dapat dipenuhi.

Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah keputusan ambilan data teknikal semasa

uijilari dijalankan rujuk Bab III (muka surat 72-74). Oleh itu, objektif yang dinyatakan

dalam Bab 1 telah tercapai

Segala perancangan dan langkah-langkah kerja dibuat dengan terperinci untuk

direkodkan dan dijadikan sebagai rujukan.

5.5 RUMUSAN KAJIAN

Sesuatu pembinaan peralatan haruslah di teliti dan di kaji terlebih dahulu bagi

mengetahui sesuatu produk itu sesuai digunakan dan akan menjadi sesuatu itu lebih

mudah dan cepat serta selamat. Inilah yang di kenali sebagai inovasi. Inovasi yang

dijelmakan daripada peralatan sedia ada dan dijadikan sebagai pemudah cara untuk

kerja-kerja harian di woksyop. Pembinaan Pipe Puller Trolley ini juga hasil inovasi

yang dapat memudahkan para pengguna mengangkat dan mengubah paip dengan cepat,

mudah dan selamat.

Kesimpulannya, Pipe Puller Trolley telah berjaya dihasilkan melalui integrasi

bersama kumpulan 1 yang mereka bentuk dan membina Pipe Gripper telah menjayakan

lagi serta mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran di woksyop kimpalan.

Kebolehgunaan dan keberkesanannya telah diuji oleh pelajar dan pensyarah yang

mengajar kursus Workshop Practice.

Page 88: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

69

RUJUKAN

LAMPIRAN A

FILLET WELDED T JOINT ACCEPTANCE CRITERIA

1. Firstly, the plate reference number must be recorded in the top left hand corner of the

report sheet, then thickness of the plate is measured and then entered in the top right hand corner of the report sheet in the boxes provided.

2. Secondly, both fillet weld leg lengths must be measured to find both maximum and minimum leg lengths in both Vertical and Horizontal legs. These values are entered in the boxes provided on the report sheet. Use the gauge as shown below

3. Thirdly, the maximum and minimum throat thickness is measured and entered in the boxes provided on the report sheet. These values are measured as shown below

4. Having made all the above measurements they can be assessed to set of acceptance values that may be simply calculated from the known plate thickness

a) The minimum leg length size is the plate thickness b) The maximum leg length is the plate thickness + 3mm c) The minimum throat thickness is the plate thickness x 0.7 d) The maximum throat thickness is the plate thickness +0.5mm

For example if plate thickness is 6mm then the following will apply:

a) The minimum leg length size is 6mm (Plate thickness) b) The maximum leg length size is 9mm (Plate thickness + 3mm) c) The minimum throat thickness is the 4.2mm (Plate thickness x 0.7) d) The maximum throat thickness is 6.5mm (Plate thickness + 0.5mm)

All measurements taken must fall within the 2 tolerances calculated i.e. leg lengths

between 6mm-9mm and throat thickness between 4.2 and 6.5mm. If any of the values

are within these tolerances they are acceptable. If any of the values fall outside of the

calculated tolerances then it becomes unacceptable. It should be remembered that any

change in thickness changes these acceptance values.

Page 89: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

70

LAMPIRAN B - AWS D.1.1

Page 90: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

71

Page 91: LAPORAN PROJEK DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DJJ …

72

RUJUKAN

American Welding Society (AWS), (2008). Welding Inspection Technology. Miami:

American Welding Society Education Department.

EN ISO 17635. (2011), Non-destructive examination of welds — Visual testing of

fusion-welded joints.

EN ISO 5817. (2014), Welding - Fusion-welded joints in steel, nickel, titanium and their

alloys (beam welding excluded) - Quality levels for imperfections.

AISC. (2016), Specification for Structural Steel Buildings. Chicago: American Institute

Of Steel Construction.

Duggal, S. K., (2008), Design of Steel Structures. New Delhi: Tata McGraw-Hill

Education

Eder, W. E., & Hosnedl, S. (2007). Design Engineering: A Manual for Enhanced

Creativity. New York: Taylor & Francis.

Giesecke, Mitchell, Spencer, Hill, Dygdon (1986), ―Technical Drawing‖ Eighth

Edition, Macmillan Publishing Co, Inc, United states Of America.

Hosking, A. K., & Harris, M. R. (1981). Applied Mechanical Design. New York: Forest

Hills.

Kartz, J. (2012). Designing Information: Human Factors and Common Sense in

Information Design. New Jersey: John Willey & Son.

Norton, R. L. (2003). Design of Machinery: An Introduction to the Synthesis and

Analysis of Mechanisms and Machines. New York: Mcgraw-Hill.