laporan projek baja organik

9
PROJEK BAJA ORGANIK SMK SEGAMBUT LAPORAN PROJEK BAJA ORGANIK (PROGRAM LESTARI SMK SEGAMBUT) TARIKH : 18 JULAI 2012 (RABU) GURU BERTUGAS : 1. EN. MOHAMAD YUSSOF BIN AMINURAHMAN (PPKI) 2. EN. ABDUL RAHMAN BIN USMAN (PPKI) 3. EN . NUR ZIKRI IZNI BIN ADNAN (PPKI) 4. EN. MUHAMMAD AMIRUL BIN LATIF (PEMBANTU AM SEKOLAH) PENGLIBATAN: 1. PELAJAR PPKI 2. PELAJAR ALIRAN PERDANA HASIL PROJEK: Pada 18 Julai 2012 Jawatankuasa Program Lestari SMK Segambut telah memulakan Projek Baja Organik di sekolah. Projek ini telah melihatkan satu kolaborasi di antara guru pendidikan khas (PPKI) dengan staf sekolah dan yang paling menarik sekali projek ini di sertai oleh pelajar PPKI dan pelajar aliran perdana. Keadaan ini jika di pandang dari sudut positif dan jangka panjang, ia mampu menjadi asas hubungan pelajar PPKI dengan pelajar aliran perdana dan pihak staf sekolah yang positif. Baja organik ini secara keseluruhannya menggunakan sayur dan buah yang di kutip dan di ambil di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Borong Selayang. Kerana pada asasnya baja ini menggunakan sisa makanan sebagai bahan utama, namun pihak jawatankuasa membuat keputusan untuk hanya menggunakan sayur dan buah sahaja. Kos projek adalah sangat ekonomi kerana pihak jawatankuasa hanya menggunakan set pembuatan baja organic yang disumbangkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan bahan mentah hanya di ambil di tempat pengumpulan sampah serta hanya memerlukan sebuah motosikal sahaja. Secara keseluruhannya kos ini hanya mengeluarkan kos tidak sampai RM 10.00. Pihak jawatankuasa menggambarkan perkara ini merupakan perkara yang sangat positif serta memberikan satu pendidikan kepada 1

Upload: maestro-abdul-rahman

Post on 07-Aug-2015

144 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Projek Baja Organik

PROJEK BAJA ORGANIK SMK SEGAMBUT

LAPORAN PROJEK BAJA ORGANIK (PROGRAM LESTARI SMK SEGAMBUT)

TARIKH : 18 JULAI 2012 (RABU)

GURU BERTUGAS :

1. EN. MOHAMAD YUSSOF BIN AMINURAHMAN (PPKI)2. EN. ABDUL RAHMAN BIN USMAN (PPKI)3. EN . NUR ZIKRI IZNI BIN ADNAN (PPKI)4. EN. MUHAMMAD AMIRUL BIN LATIF (PEMBANTU AM SEKOLAH)

PENGLIBATAN:

1. PELAJAR PPKI2. PELAJAR ALIRAN PERDANA

HASIL PROJEK:

Pada 18 Julai 2012 Jawatankuasa Program Lestari SMK Segambut telah memulakan Projek Baja Organik di sekolah. Projek ini telah melihatkan satu kolaborasi di antara guru pendidikan khas (PPKI) dengan staf sekolah dan yang paling menarik sekali projek ini di sertai oleh pelajar PPKI dan pelajar aliran perdana. Keadaan ini jika di pandang dari sudut positif dan jangka panjang, ia mampu menjadi asas hubungan pelajar PPKI dengan pelajar aliran perdana dan pihak staf sekolah yang positif.

Baja organik ini secara keseluruhannya menggunakan sayur dan buah yang di kutip dan di ambil di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Borong Selayang. Kerana pada asasnya baja ini menggunakan sisa makanan sebagai bahan utama, namun pihak jawatankuasa membuat keputusan untuk hanya menggunakan sayur dan buah sahaja.

Kos projek adalah sangat ekonomi kerana pihak jawatankuasa hanya menggunakan set pembuatan baja organic yang disumbangkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan bahan mentah hanya di ambil di tempat pengumpulan sampah serta hanya memerlukan sebuah motosikal sahaja. Secara keseluruhannya kos ini hanya mengeluarkan kos tidak sampai RM 10.00. Pihak jawatankuasa menggambarkan perkara ini merupakan perkara yang sangat positif serta memberikan satu pendidikan kepada pihak sekolah bahawa untuk melaksanakan satu projek ini, ia tidak memerlukan kos kewangan yang tinggi tetapi yang utama ialah kolaborasi dan kesepakatan semua pihak dalam melaksanakan sesuatu projek itu.

Kesimpulannya, projek ini masih lagi berlangsung dan hanya menunggu jus baja organic yang bakal dihasilkan dalam beberapa minggu dan seterusnya boleh digunakan sebagai baja tumbuhan, agen pembersih longkang, melincirkan lubang sinki dan saliran air tersumbat. Bukankah ia satu yang menarik untuk di kongsi kepada semua. Terima kasih

1

Page 2: Laporan Projek Baja Organik

PROJEK BAJA ORGANIK SMK SEGAMBUT

PROJEK BAJA ORGANIK

En. Amirul (PA Sekolah) sedang mengutip buah di Pasar Borong Kuala Lumpur.

En. Amirul sedang mengutip buah tembikai yang sudah rosak untuk dijadikan bahan utama baja organic.

2

Page 3: Laporan Projek Baja Organik

PROJEK BAJA ORGANIK SMK SEGAMBUT

Mula mengutip kobis rosak di tempat pengumpulan sampah di Pasar Borong Selayang. Pakai baju koporat KPM pun jadi pengutip sayur untuk sekolah..

Sayur... Sayur... Kangkung ni pun boleh jadi baja organic... Layan.. Senyum..

Cikgu Abdul Rahman mengutip dua biji betik yang dibuang oleh pemborong buah. Kutip jangan tak kutip, man...

Busuk tak busuk.. kutip tetap kutip.. Jimat-jimat.. Sayur... Sayurrr dan sapa nak sayur..

3

Page 4: Laporan Projek Baja Organik

PROJEK BAJA ORGANIK SMK SEGAMBUT

Bila PPKI dan aliran perdana bersatu inilah kesungguhan mereka memotong dan menggunting sayur yang di kutip. Potong jangan tak potong..

Pelajar PPKI mula mengasingkan sayur dan buah serta proses pembersihan berlaku.. Ingat kebersihan kena jaga walaupun mahu buat baja organic..

4

Page 5: Laporan Projek Baja Organik

PROJEK BAJA ORGANIK SMK SEGAMBUT

En. Yussof, Penyelaras PPKI merangkap S/U Jawatankuasa Lestari SMKS memerhatikan PA sekolah membersihkan baju hujan dan motosikal yang digunakan untuk mengambil sayur dan buah. Macam-

macam bau ada na..

Pemangkin (Agen perungkai: Yis) mula ditaburkan dibawah sekali sebelum masukkan buah dan sayur.

Kusyuknya dua insan ini bekerja..

5

Page 6: Laporan Projek Baja Organik

PROJEK BAJA ORGANIK SMK SEGAMBUT

Hariz (pelajar aliran perdana) dan Cikgu Rahman senyum lebar walaupun dalam keadaan mencangkung.

Cikgu Zikri sedang memberikan arahan kepada pelajar PPKI cara memotong sayur dan buah dengan betul.

Cg. Rahman: “Hariz, nanti doh siap ni, leh lah kito niago kek kodai lanskap ko, kodai bungo ko.. Tapi jangan la ekau pi juai kek kodai gonting rambut ngan kodai motosikal. Marah waang kek ekau nanti “ .(versi loghat Negeri Sembilan).

Hariz: “Den paham, cikgu. Mano ado den buek macam tu. Den ni sihat laie,cikgu”. (loghat negeri 9)

6

Page 7: Laporan Projek Baja Organik

PROJEK BAJA ORGANIK SMK SEGAMBUT

Beginilah nasib diriku yang malang.. Ohh.. Tuhan. (Monolog)

Proses pemampatan.

Sayur dan buah sedang disebatikan dengan serbuk pemangkin.

7

Page 8: Laporan Projek Baja Organik

PROJEK BAJA ORGANIK SMK SEGAMBUT

Katakan tidak kepada pembaziran..

90 % hampir siap.

Projek Baja Organik sudah siap dan menunggu hasil.

8