laporan projek

8
Laporan Projek ‘Rainbow’,Projek ‘Under One Roof’ dan Cesmed Twinning Programme Pendahuluan Projek R.A.I.N.B.O.W telah dijalankan untuk anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga yang miskin.Tujuannya adalah untuk membantu mereka dari segi kehidupan sehari-harian seperti bantuan makanan dan lain-lain.Selain itu,program ini juga bertujuan mengeratkan silaturrahim dengan mereka yang kurang bernasib baik dan memberikan sokongan kepada mereka untuk terus bersemangat menjalani hidup. Kami juga telah memberikan bantuan yang membolehkan mereka berada dalam keadaan yang selesa. Saya telah diberikan tugas sebagai biro logistik.Tugas kami biro logistik adalah untuk memastikan barang keperluan untuk setiap biro mencukupi bajet yang disediakan supaya tidak berlakunya kekurangan dana untuk projek R.A.I.N.B.O.W ini. Kami telah mengadakan mesyuarat sebanyak 3 kali dalam anggaran beberapa minggu sebelum projek ini berlangsung. Butiran perjumpaan pertama : Tempat : Bale 2 Padjadjaran lantai Satu Masa : 8.00 malam Butiran perjumpaan : menyenaraikan senarai barangan yang ingin dibeli dan membuat anggaran harga setiap barang supaya tidak melebihi bajet yang tersedia. Jadi,kemahiran keusahawanan yang telah saya gunakan ialah kemahiran merancang iaitu untuk memastikan jumlah dan jenis barangan yang perlu dibeli bersesuaian dengan jumlah wang yang diberi.Sewaktu membeli barangan tersebut,saya dan rakan-rakan saya telah mengalami sedikit masalah iaitu jumlah ‘sanitizer’ yang sama jenama, mempunyai kualiti dan harga yang berpatutan sudah kehabisan stok.Tetapi,kami telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan membeli separuh ‘sanitizer’ yang sama dan sebahagian ‘sanitizer’ lagi yang lain jenama di mana sanitizer itu tidak jauh beza dari segi kualiti dan harganya.

Upload: shuhadah-ros

Post on 07-Aug-2015

113 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan projek

Laporan Projek ‘Rainbow’,Projek ‘Under One Roof’ dan Cesmed Twinning Programme

Pendahuluan

Projek R.A.I.N.B.O.W telah dijalankan untuk anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga yang miskin.Tujuannya adalah untuk membantu mereka dari segi kehidupan sehari-harian seperti bantuan makanan dan lain-lain.Selain itu,program ini juga bertujuan mengeratkan silaturrahim dengan mereka yang kurang bernasib baik dan memberikan sokongan kepada mereka untuk terus bersemangat menjalani hidup. Kami juga telah memberikan bantuan yang membolehkan mereka berada dalam keadaan yang selesa.

Saya telah diberikan tugas sebagai biro logistik.Tugas kami biro logistik adalah untuk memastikan barang keperluan untuk setiap biro mencukupi bajet yang disediakan supaya tidak berlakunya kekurangan dana untuk projek R.A.I.N.B.O.W ini. Kami telah mengadakan mesyuarat sebanyak 3 kali dalam anggaran beberapa minggu sebelum projek ini berlangsung.

Butiran perjumpaan pertama :

Tempat : Bale 2 Padjadjaran lantai Satu

Masa : 8.00 malam

Butiran perjumpaan : menyenaraikan senarai barangan yang ingin dibeli dan membuat

anggaran harga setiap barang supaya tidak melebihi bajet yang tersedia.

Jadi,kemahiran keusahawanan yang telah saya gunakan ialah kemahiran merancang iaitu untuk memastikan jumlah dan jenis barangan yang perlu dibeli bersesuaian dengan jumlah wang yang diberi.Sewaktu membeli barangan tersebut,saya dan rakan-rakan saya telah mengalami sedikit masalah iaitu jumlah ‘sanitizer’ yang sama jenama, mempunyai kualiti dan harga yang berpatutan sudah kehabisan stok.Tetapi,kami telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan membeli separuh ‘sanitizer’ yang sama dan sebahagian ‘sanitizer’ lagi yang lain jenama di mana sanitizer itu tidak jauh beza dari segi kualiti dan harganya.

Page 2: Laporan projek

kemahiran berkomunikasi

Kemahiran keusahawanan yang saya telah lakukan iaitu kemahiran berkomunikasi ini pula saya gunakan semasa proses mendapatkan melalui jualan kek batik dan ‘sandwich’.Saya dan rakan saya telah mengguna cara percakapan yang baik untuk menarik perhatian pembeli yang terdiri daripada pelajar-pelajar Indonesia,pihak yang bertanggungjawab menjaga asrama Padjadjaran dan juga pelajar ‘Twinning’ untuk membeli kek batik dan juga ‘sandwich’.Selain itu, kami juga berkomunikasi dengan kakak program‘Twinning’ untuk menjual makanan tersebut kepada rakan-rakannya yang lain.Selain itu,saya dan ahli logistik juga cube berkomunikasi untuk mendapatkan harga yang rendah semasa membeli barang.

Page 3: Laporan projek

Kemahiran pengurusan maklumat

Saya sebagai salah seorang dari ahli logistik telah menjalankan tugas untuk membeli barang-barang keperluan aktiviti untuk program Rainbow bersama ahli-ahli logistik yang lain.Sepanjang proses pembelian barang, kami telah menggunakan kemahiran pengurusan maklumat dalam mencari tempat-tempat yang menawarkan harga yang berpatutan untuk barangan yang ingin dibeli.Sebagai contoh, kami pergi ke Pasar Unpad kerana harga yang ditawarkan untuk kebanyakan barang adalah berpatutan dan mencukupi dana yang telah kami peroleh.Selain itu, saya dan ahli yang lain juga telah menentukan masa yang sesuai untuk mencari barang-barang di Pasar Unpad kerana keadaan di Pasar Unpad mudah dikerumuni orang-orang tempatan dan menyebabkan kesukaran untuk berjalan.Jadi,untuk mengelakkan situasi yang tidak diingini,kami bertolak sekitar jam 6.00 pagi.Seterusnya,saya dan ahli-ahli logistik telah mencari maklumat megenai tempat yang menjual barang-barang dapur untuk keperluan makanan anak-anak yatim dan anak-anak yang kurang berkemampuan.Kami telah pergi ke JATOS untuk membeli barang-barang tersebut kerana tempat tersebut adalah yang termudah dan harga juga bersesuaian.

Page 4: Laporan projek

Kemahiran mencari peluang

Saya telah memikirkan idea untuk membuat ‘key chain’ untuk membuat jualan.Selain itu saya telah memikirkan tempat yang sesuai untuk kami membuat jualan.Sebagai contoh,saya telah mengajak rakan saya untuk membuat jualan di fakulti lain untuk menjual ‘key chain’,kek batik dan sandwich.Selain itu,saya telah mencadangkan kepadal biro keusahawanan lain untuk membuat jualan di program MAISEN dimana malam tersebut diadakan sebuah pertandingan membuat video dan saya telah mengambil peluang tersebut untuk menjual bagi mendapat dana dan akhirnya kami berjaya menghasilkan dana dalam kuantiti yang banyak.

Page 5: Laporan projek
Page 6: Laporan projek