laporan pelaksanaan internship projek sembelihan
DESCRIPTION
workTRANSCRIPT
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROGRAM SEMBELIHAN DAN MEMASAK
NAMA PELAJAR : SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALI
PROGRAM : PISMP (PA 2) SEMESTER 8 AMBILAN JAN 2012
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 3
NAMA PROJEK : PROGRAM SEMBELIHAN DAN MEMASAK
TEMPOH PELAKSAAN : 13 OKTOBER 2015
OBJEKTIF :
i. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara melakukan
sembelihan yang betul.
ii. Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan
dengan sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas.
iii. Memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar bermula dari proses
sembelihan sehingga proses memasak.
iv. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
STRATEGI PELAKSANAAN :
Sebagai melengkapkan prasyarat program internship, kami telah
diamanahkan untuk melaksanakan beberapa projek di sekolah tempat kami
berinternship. Oleh itu, kami telah bercadang untuk mengadakan program
sembelihan dan memasak bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang telah menduduki
peperiksaan UPSR. Pada mulanya kami telah bertemu dan berbincang dengan
mentor kami Puan Sanisah bt Abu Bakar berkenaan pelaksanaan program
sembelihan dan memasak ini. Kami juga telah berbincang dengan Puan Hamidah bt
Samad memandangkan beliau adalah guru penasihat Tahun 6.
Dengan bantuan guru-guru Pendidikan Islam, kami telah memilih beberapa
ahli jawatan kuasa bagi membantu agar program sembelihan dan memasak ini
berjalan dengan lancar. Kami juga telah menjemput Ustaz Mohd Halmi bin Jaapar
daripada Jabatan Agama Islam bagi meyampaikan panduan serta amali sembelihan.
Bagi melaksanakan program ini, kami telah menggunakan 15 ekor ayam yang akan
dibahagi kepada 2 kumpulan untuk amali memasak.
Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Ustaz Halmi bin Jaapar tentang
tatacara dan adab-adab sembelihan. Penggunaan ayat yang mudah serta unsur-
unsur kecindan yang digunakan oleh beliau memudahkan pelajar untuk faham apa
yang disampaikan dan pelajar berminat untuk mendengar. Setelah itu, beliau telah
menunjukkan cara-cara sembelihan yang betul untuk dilaksanakan oleh pelajar
nanti.
Setelah itu, beliau telah memilih beberapa orang pelajar untuk melaksanakan
amali sembelihan. Beliau telah memilih pelajar-pelajar yang berani agar tidak
terdapat kesalahan dalam melaksanakan amali sembelihan seperti mencampak
ayam, melepaskan pegangan dan sebagainya. Alhamdulillah, kesemua pelajar yang
melaksanakan amali sembelihan telah melaksanakan sembelihan dengan sempurna
dan menjadikan ayam-ayam tersebut halal dimakan.
Setelah kesemua ayam-ayam tersebut disembelih, pelajar telah bergerak
mengikut kumpulan yang telah dibahagikan untuk acara yang seterusnya iaitu
mencabut bulu ayam, membasuh dan sebagainya. setelah selesai proses
pembersihan ayam, pelajar-pelajar dikumpulkan di dewan terbuka bagi
melaksanakan program memasak pula.
Terdapat 21 kumpulan pelajar yang akan menjalankan program memasak.
Pelbagai juadah yang akan dimasak antaranya ialah ayam masak cili padi, ayam
masak kurma, ayam masak asam pedas dan sebagainya. Setiap kumpulan akan
diambil markah berdasarkan rasa, persembahan, kerjasama dan sebagainya. setiap
kumpulan diberi masa selama 2 jam untuk memasak.
Setelah masa memasak tamat, setiap kumpulan telah mempersembahkan
setiap hidangan yang dimasak untuk diambil markah oleh hakim pertandingan.
Setelah markah setiap kumpulan diambil, pelajar diminta untuk mengemas kembali
barang-barang masakan dan kawasan tempat memasak. Tepat jam 1.10 petang,
program tamat dan pelajar dibenarkan pulang ke rumah. Selepas program ini
berakhir, kelihatan semua pelajar keletihan, namun pelajar gembira dan menimba
pengalaman baru. Sehubungan dengan itu, mereka berharap agar program ini dapat
diadakan sebagai aktiviti tahunan sekolah.
REFLEKSI :
1) Kekuatan Projek
Sepanjang proses kami menyiapkan program ini, terdapat beberapa kekuatan
yang menyumbang kepada kejayaan program ini. Antaranya ialah sokongan
guru-guru di SK Batu 3 yang menjadi rujukan utama kami dalam penyediaan,
perancangan dan pelaksanaan program sembelihan dan memasak ini.
Tambahan pula, program seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara
guru dan juga pelajar. Selain itu, komitmen serta sambutan baik daripada
pelajar-pelajar tahun 6 menjadikan program ini berjalan dengan baik dan
lancar.
2) Kelemahan Projek
Terdapat beberapa perkara yang menjadi kelemahan sepanjang
melaksanakan program ini. Antaranya ialah dari segi kebersihan murid.
sepanjang melaksanakan program memasak kebanyakkan pelajar tidak
mengambil berat tentang kebersihan kawasan, bahan masakan dan
sebagainya. Selain itu, terdapat pelajar yang tidak memberikan kerjasama
dengan baik terhadap ahli kumpulan mereka menyebabkan timbul beberapa
salah faham dan sebagainya.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Antara cadangan yang dapat diberi adalah lebih baik sekiranya tempoh internship ini
dipanjangkan sedikit agar kami dapat menyelesaikan kesemua projek-projek kami di
sekolah dengan lebih sempurna. Selain itu, ahli jawatan kuasa PIBG dan orang
kampung juga boleh membantu dan mengambil bahagian dalam program-program
seperti ini.
KESIMPULAN :
Secara keseluruhannya kursus penyembelihan dan memasak ini berjalan dengan
lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun
hadapan dan dapat dilakukan dengan lebih baik. Insya Allah. Rujuk hasil
dokumentasi program sembelihan dan memasak.
Disediakan oleh,
………………………..
(SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALI)
Pelajar Semester 8 PISMP,
Ambilan Jan 2012,
IPG Kampus Tun Hussien Onn.