laporan projek cti – pengurusan perikanan ... - sabah

47
LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN MELALUI PENDEKATAN EKOSISTEM (ECOSYSTEM APPROACH TO FISHERIES MANAGEMENT/ EAFM) - PERBINCANGAN BERSAMA AGENSI-AGENSI BERKENAAN INDUSTRI PERIKANAN UDANG LAUT SANDAKAN FOUR POINTS BY SHERATON SANDAKAN, SABAH, 12 NOVEMBER 2015 1.0 Pengenalan Konsultasi bersama pihak berkepentingan industri perikanan udang laut di daerah Sandakan telah diadakan pada 12 November 2015 di Four Points by Sheraton Sandakan. Program konsultasi ini adalah lanjutan bagi beberapa sesi konsultasi yang sebelumnya. Pada kali ini perbincangan adalah khusus bagi agensi-agensi kerajaan, bukan kerjaan dan dari pihak university. Sesi perbincangan telah dihadiri oleh seramai 15 orang daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perikanan Sabah, Taman-Taman Sabah (TTS), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia, Coral Triangle Initiative Sabah Branch (UMS/CTI-SAB), Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Tanah dan Ukur dan WWF-Malaysia. Tujuan konsultasi ini diadakan adalah untuk: 1) Membentang dan berkongsi maklumat mengenai (i) sejarah Ecosystem Approach to Fisheries Management (EAFM) di Malaysia, (ii) Apa dan Mengapa melaksanakan EAFM dan (iii) Case Study: Fisheries Management Unit (FMU) Ikan Pelagik Semporna 2) Membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri udang laut Sandakan serta membincangankan langkah dan keadah penyelesaian 3) Membentang dan membincangkan draf Isi Kandungan bagi Pelan Pengurusan Perikanan Industri Udang Laut Sandakan 2.0 Perutusan Pengerusi Dr. Norasma Dacho, Ketua Cawangan Konservasi dan Alam Sekitar menyampaikan perutusan daripada En. Godfery Kissey, Timbalan Pengarah Perikanan Sabah (Pengurusan)/ Ketua Bahagian Marin. En. Godfery Kissey memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri sesi konsultasi pada hari ini. Beliau menyampaikan penghargaan kepada para hadirin yang meluangkan masa dan menghadiri program ini. Dr. Norasma Dacho membincangkan aturcara program dengan para hadirin. Aturcara program diterima tanpa perubahan. Aturcara program dilampirkan pada Lampiran A. Senarai kehadiran program dilampirkan dalam Lampiran B. 1

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN MELALUI PENDEKATAN

EKOSISTEM (ECOSYSTEM APPROACH TO FISHERIES MANAGEMENT/ EAFM) -

PERBINCANGAN BERSAMA AGENSI-AGENSI BERKENAAN INDUSTRI PERIKANAN

UDANG LAUT SANDAKAN

FOUR POINTS BY SHERATON SANDAKAN, SABAH, 12 NOVEMBER 2015

1.0 Pengenalan

Konsultasi bersama pihak berkepentingan industri perikanan udang laut di daerah

Sandakan telah diadakan pada 12 November 2015 di Four Points by Sheraton

Sandakan. Program konsultasi ini adalah lanjutan bagi beberapa sesi konsultasi yang

sebelumnya. Pada kali ini perbincangan adalah khusus bagi agensi-agensi kerajaan,

bukan kerjaan dan dari pihak university. Sesi perbincangan telah dihadiri oleh seramai

15 orang daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perikanan Sabah, Taman-Taman

Sabah (TTS), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen

Malaysia, Coral Triangle Initiative Sabah Branch (UMS/CTI-SAB), Jabatan Perlindungan

Alam Sekitar, Jabatan Tanah dan Ukur dan WWF-Malaysia.

Tujuan konsultasi ini diadakan adalah untuk:

1) Membentang dan berkongsi maklumat mengenai (i) sejarah Ecosystem

Approach to Fisheries Management (EAFM) di Malaysia, (ii) Apa dan Mengapa

melaksanakan EAFM dan (iii) Case Study: Fisheries Management Unit (FMU)

Ikan Pelagik Semporna

2) Membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri udang laut

Sandakan serta membincangankan langkah dan keadah penyelesaian

3) Membentang dan membincangkan draf Isi Kandungan bagi Pelan Pengurusan

Perikanan Industri Udang Laut Sandakan

2.0 Perutusan Pengerusi

Dr. Norasma Dacho, Ketua Cawangan Konservasi dan Alam Sekitar menyampaikan

perutusan daripada En. Godfery Kissey, Timbalan Pengarah Perikanan Sabah

(Pengurusan)/ Ketua Bahagian Marin. En. Godfery Kissey memohon maaf kerana tidak

dapat menghadiri sesi konsultasi pada hari ini. Beliau menyampaikan penghargaan

kepada para hadirin yang meluangkan masa dan menghadiri program ini. Dr. Norasma

Dacho membincangkan aturcara program dengan para hadirin. Aturcara program

diterima tanpa perubahan. Aturcara program dilampirkan pada Lampiran A. Senarai

kehadiran program dilampirkan dalam Lampiran B.

1

Page 2: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

3.0 Pembentangan Sejarah Ecosystem Approach to Fisheries Management (EAFM)

di Malaysia

Dr. Norasma Dacho membentangkan Sejarah EAFM di Malaysia. Salinan slaid

pembentangan dilampirkan sebagai Lampiran C.

Dr. Susan Pudin, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar bertanya berkenaan jumlah projek

Coral Triangle Initiative (CTI) yang sedang dilaksanakan di Malaysia. Dr. Norasma

Dacho menyatakan bahawa Jabatan Perikanan Sabah melaksanakan Goal 2 CTI: EAFM

and Other Marine Resources Fully Applied. Untuk maklumat lanjut berkenaan jumlah

projek yang kini dilaksanakan bagi keseluruhan 5 Goal CTI, boleh dirujuk kepada pihak

MOSTI yang bertindak sebagai secretariat CTI Malaysia.

4.0 Pembentangan Apa dan Mengapa melaksanakan Ecosystem Approach to

Fisheries Management

Dr. Norasma Dacho bagi pihak Jabatan Perikanan Sabah membentangkan Apa dan

Mengapa melaksanakan Ecosystem Approach to Fisheries Management. Salinan slaid

pembentangan dilampirkan sebagai Lampiran D.

5.0 Pembentangan Case Study: Fisheries Management Unit (FMU) Ikan Pelagik

Semporna

Pembentangan Case Study: Fisheries Management Unit (FMU) Ikan Pelagik Semporna.

Salinan slaid pembentangan dilampirkan sebagai Lampiran E.

4.0 Pembentangan Hasil Sesi Konsultasi bersama Pihak Berkepentingan Industri

Perikanan Udang Laut pada 28 Ogos 2015

Laporan dan hasil sesi konsultasi bersama pihak berkepentingan industri perikanan

udang laut di Daerah Sandakan yang telah diadakan pada 28 Ogos 2015 telah dikongsi

dengan semua yang hadir. Salinan slaid pembentangan dilampirkan sebagai Lampiran

F.

5.0 Perbincangan

5.1 Ancaman dan Isu

Ahli-ahli mesyuarat bersetuju bahawa isu-isu dan juga ancaman-ancaman yang

dibincangkan semasa beberapa sesi konsultasi merupakan senarai isu dan ancaman

yang dihadapi oleh industri perikanan udang laut Sandakan. Ringkasan isu, ancaman,

dan cadangan penyelesaian adalah seperti berikut:

2

Page 3: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Isu dan Ancaman Huraian Cadangan Penyelesaian Jabatan Yang Terlibat

Kawasan

Penangkapan Ikan

Nelayan-nelayan dari Kg.

Tanjung Aru menyatakan

bahawa terdapat kekeliruan

mengenai kawasan larangan

penangkapan ikan

1. Sesi dialog dengan nelayan patut diadakan

secara berkala untuk menyampaikan maklumat

terkini berkenaan peraturan dan kawasan

larangan penangkapan ikan

1. Jabatan Perikanan Sabah

2. Agensi Penguatkuasa

Maritim Malaysia

(APMM)

Pencemaran

daripada Industri

Kelapa Sawit

Jumlah udang semakin sedikit

dan ini mungkin disebabkan

oleh pencemaran dari industri

kelapa sawit (racun dan baja).

1. Kawasan yang dilaporkan mengalami

pencemaran daripada kilang kelapa sawit

direkod dan diikuti dengan mengenal pasti

kilang kelapa sawit yang beroperasi di kawasan

tersebut – penerangan lanjut daripada JAS

diperlukan berkenaan perkara ini

2. Bidang kuasa JPAS adalah bagi kilang-kilang

yang memerlukan laporan EIA dan jg effluent

yang didiscas daripada kilang. Kualiti air sungai

berada di bawah bidang kuasa JAS

1. Jabatan Perlindungan

Alam Sekitar (JPAS)

2. Jabatan Tanah dan Ukur

(JTU)

3. Jabatan Pengairan dan

Saliran (JPS)

4. Jabatan Alam Sekitar

(JAS)

5. Jabatan Perancang

Bandar dan Wilayah

(JPBW)

Penggunaan alat

penangkapan yang

diharamkan

Pukat harimau/ pukat karan/

pukat tiga lapis kini masih

digunakan secara berleluasa

walaupun alat penangkapan

itu telah diharamkan

1. Pukat harimau/ pukat karan/ pukat tiga lapis

sebenarnya tidak diharamkan. Walau

bagaimanapun, lesen baru bagi alat ini tidak lagi

dikeluarkan manakala pembaharuan lesen ini

dinaikkan harga kepada RM60 dan tidak boleh

ditukar milik atau diwarisi. Kini, kurang

daripada 100 lesen pukat harimau wujud di

Sandakan

1. Jabatan Perikanan Sabah

2. Agensi Penguatkuasa

Maritim Malaysia (APMM)

3

Page 4: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

2. Bagi kapal tunda, permohonan baru bagi pukat

tunda di bawah 10 GRT tidak lagi diluluskan.

Walau bagaimanapun, tukar milik bagi lesen

kapal tunda masih dibenarkan

Ketidak-seragaman

undang-undang

Pihak nelayan kurang faham

tugas ajensi penguatkuasaan.

Bagi mereka terdapat undang-

undang atau peraturan yang

bertindih antara agensi.

1. Ketidak seragaman undang-undang tidak

berlaku, cuma kekeliruan berkenaan peranan

agensi berlaki di kalangan nelayan.

2. Perubahan dari segi peraturan dan undang-

undang serta agensi penguatkuasaan perlu

disampaikan kepada nelayan

3. Sesi dialog atau makluman bersama nelayan

diperlukan bagi mengurangkan salah faham

4. Program kesedaran juga perlu bagi nelayan.

Sesi ini perlu dalam keadaan yang selesa bagi

nelayan untuk mengajukan soalan, mungkin

sesi dalam kampong boleh dipertimbangkan

1. Jabatan Perikanan Sabah

2. Agensi Penguatkuasaan

Maritim Malaysia(APMM)

Pemasangan alat

Turtle Excluder

Device (TED)

- terdapat kapal pukat tunda

yang memukat di kawasan

berdekatan Taman-Taman

Sabah dan menyebabkan

banyak penyu tertangkap.

- Pemasangan peralatan TED

boleh digalakkan bagi kapal

pukat tunda.

1. Pejabat Perikanan Sandakan telah

mengadakan sesi praktikal pemasangan alat

TED bersama beberapa kapal tunda di

Sandakan pada November 2015; Pejabat

Perikanan Sandakan kini dalam proses

menerima permohonan pemasangan TED

secara sukarela bagi memahami sambutan

pemasangan TED daripada kapal tunda

Sandakan

2. Pemasangan TED akan membolehkan

1. Jabatan Perikanan Sabah

2. Jabatan Perikanan

Malaysia

3. Taman-taman Sabah

4. WWF-Malaysia

4

Page 5: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

pengekportan hasil laut ke Amerika Syarikat.

3. Jabatan Perikanan Sabah boleh mengadakan

pilot testing bagi membuktikan keberkesanan

dan manfaat TED sebelum mensyorkan

pemasangan TED ke atas kapal-kapal tunda.

Perkara ini boleh meyakinkan lagi pemilik

kapal tunda dalam memasang TED secara

sukarela

Perlindungan

Hutan Bakau

Hutan Paya Bakau penting

sebagai nurseri udang laut

1. Jabatan Tanah dan Ukur perlu dilibatkan bagi

hutan bakau yang berada di luar Jabatan Hutan

2. Kunjungan hormat mungkin perlu bagi

mendapatkan maklum balas daripada Jabatan

Perhutanan berkenaan isu ini.

1. Jabatan Perhutanan

Sabah

2. Jabatan Tanah dan Ukur

Pembuangan

Sampah ke laut

Pihak nelayan melaporkan

terdapat kejadian dimana

timbunan sampah dibuang ke

laut di Pasar ikan Sandakan

1. Kontrak pelupusan sampah telah diberi kepada

syarikat swasta oleh MPS. Oleh itu, aduan

mengenai pembuangan sampah ke laut perlu

dibuat kepada pihak MPS untuk mereka

mengambil maklum berkenaan perkara ini dan

mengambil tindakan ke atas syarikat tersebut

2. Program kesedaran juga penting bagi

penduduk-penduduk di pulau agar masalah

pembuangan sampah ke laut secara umumnya

dapat dikurangkan. Video ‘Great Pacific

Garbage Patch’ boleh dikongsikan dengan

orang awam bagi menimbulkan kesedaran

3. Masalah pembuangan bahan plastik boleh

1. Majlis Perbandaran

Sandakan

5

Page 6: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

dikurangkan sekiranya beg plastik diharamkan

atau beg plastik mesra alam

Pengunaan Pam

Bot

- Masih berleluasa tanpa

penguatkuasaan yang

berkesan

- Hanya ‘pam bot’ bersayap

sahaja diharamkan di

Sabah

- Merupakan kenderaan

utama kemasukkan

pendatang asing ke Sabah

- Kebanyakkan pendatang

asing menggunakan ‘pam

bot’ untuk memasuki

perairan cetek dan

mengumpul ketam-ketam.

Ini menyebabkan

kehilangan sumber

pendapatan bagi orang

tempatan

1. Kunjungan hormat perlu diadakan bagi Jabatan

Pelabuhan dan Dermaga bagi mendapatkan

maklumat berkenaan isu ini.

2. Jabatan Pelabuhan dan

Dermaga

6

Page 7: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

6.0Hal-hal lain

1. En. Raymie Nurhasan, wakil WWF-Malaysia, berkongsi dengan para hadirin hasil

temuramah beliau bersama nelayan-nelayan Kg. Tanjung Aru. Hasil temuramah

beliau mendapati bahawa pukat tunda Kg. Tanjung Aru boleh mendapat

sebanyak 1 tan trash fish dalam sehari. Perkara ini jika dibiarkan berlarutan akan

menyebabkan kesan negatif kepada perikanan di Sandakan. Oleh itu, program

kesedaran amat diperlukan bagi nelayan-nelayan.

2. Lt (M). Amir Aizzuddin bin Tajuddin, wakil Agensi Penguatkuasa Maritim

Malaysia (APMM), berkongsi isu yang dihadapi oleh pihak APMM kini. Beliau

berkongsi bahawa terdapat nelayan daripada Negara Filipina yang menggunakan

kapal besar dan menunggu di sempadan perairan Malaysia-Filipina, manakala,

bot-bot kecil dalam bentuk pam bot akan memasuki perairan Malaysia bagi

aktiviti penangkapan ikan dan menghantar ikan kepada kapal tersebut bagi

perdagangan di Negara Filipina. Contoh insiden terbaru, di mana kejadian ini

didapati di perairan kepulauan Lankayan, 33 warga asing ditangkap kerana cuba

melepaskan diri daripada ditangkap pihak APMM dengan melanggar bot

rondaan APMM.

3. En. Mohd. Kassim Karim, dari Taman-taman Sabah berkongsi bahawa

kemasukkan pendatang asing ke perairan Malaysia menyebabkan masalah

keselamatan kepada warga tempatan. Ini kerana jika penguatkuasaan dijalankan,

di mana warga asing ditangkap, pihak mereka akan berdendam dan membalas

dendam dengan mencederakan warga tempatan, terutamanya petugas-petugas

daripada agensi-agensi kerajaan. Penculikan juga berlaku bagi mendapat

kembali warga asing yang tertangkap.

4. En. Madzali Sulaiman, wakil dari Jabatan Imigresen Malaysia, Sandakan

berkongsi dengan ahli-ahli mesyuarat bahawa masalah penguatkuasaan juga

dihadapi daripada pihak Jabatan Imigresen kerana terdapat dokumen IMM13

yang palsu. Beliau berkongsi bahawa di Sandakan terdapay 30,000 pemegang

IMM13. Dokumen IMM13 boleh juga digunakan bagi anak-anak pemegang

dokumen tersebut. Secara purata, pemegang dokumen IMM13 mempunyai 5

orang anak.

7

Page 8: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

7.0Draf Isi Kandungan bagi Pelan Pengurusan Perikanan Industri Udang Laut

Sandakan

Draf isi kandungan bagi Pelan Pengurusan Perikanan Industri Udang Laut Sandakan

telah dibentangkan dan dibincangkan oleh ahli-ahli mesyuarat. Salinan slaid

pembentangan dilampirkan sebagai Lampiran G.

Dr. Susan Pudin, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, mencadangkan agar kekuatan

daerah Sandakan dari segi industri udang laut dan daerah mengeluarkan sumber

perikanan marin dimasukkan di bahagian 2. Dalam Bahagian Latar Belakang. Beliau

juga mencadangkan agar Penanda Aras dimasukkan di dalam Bahagian 5. Pelan

Tindakan EAFM Udang Laut. Pihak urusetia mengambil kira komen-komen tersebut

dan akan memasukkan perkara-perkara tersebut dalam Pelan Pengurusan

Perikanan Bersepadu Udang Laut Sandakan.

8.0 Majlis Penutupan dan Penangguhan Mesyuarat

Dr. Norasma Dacho menyatakan bahawa forum seterusnya akan melibatkan ahli-ahli

mesyuarat untuk meneliti Kandungan Pelan dan kearah mewujudkan satu

Jawatankuasa untuk memastikan Pelan ini dapat dihasilkan dan dilaksana.

Pembentangan hasil perbincangan yang melibatkan ahli-ahli mesyuarat ini akan

dikongsi dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan langsung dengan industri

udang laut (nelayan, kilang pemprosesan dan persatuan nelayan).

Bagi pihak Jabatan Perikanan Sabah, beliau mengucapkan terima kasih kepada para

hadirin kerana meluangkan masa bagi menjayakan program pada hari ini.

Gambar aktiviti-aktiviti semasa sesi konsultasi dilampirkan sebagai Lampiran H.

8

Page 9: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

AGENDA PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN MELALUI PENDEKATAN

EKOSISTEM (ECOSYSTEM APPROACH TO FISHERIES MANAGEMENT/ EAFM) -

PERBINCANGAN BERSAMA AGENSI-AGENSI BERKENAAN INDUSTRI PERIKANAN

UDANG LAUT SANDAKAN

Tarikh : 12 November 2015 (Khamis)Masa : 8:30 pagi – 4:30 petangTempat : Four Points by Sheraton Sandakan

8.30 – 9.00 AM Pendaftaran

9.00 – 9.15 AM Perutusan Pengerusi

9.15 – 09.45 AM Pembentangan Sejarah Ecosystem Approach to Fisheries

Management (EAFM) di Malaysia

09.45 – 10.15 AM Pembentangan Apa dan Mengapa melaksanakan Ecosystem

Approach to Fisheries Management (EAFM)

10.15 – 10.45 AM Minum Pagi

10.45 – 11.15 AM Pembentangan Case Study: Fisheries Management Unit

(FMU) Ikan Pelagik Semporna

11.15 – 12.00 AM Sesi Soal Jawab

12.00 – 12.30 AM Sesi Bergambar

12.30 – 2.30 PM Makan Tengah Hari

2.30 – 3.00 PM Pembentangan hasil sesi Konsultansi bersama Pihak

Berkepentingan Industri Perikanan Udang Laut Sandakan

3.00 – 4.00 PM Perbincangan (Isu, Cadangan, Timeline, Bajet dan agensi

pelaksana)

4.00 – 4.30 PM Hal-hal lain

4.30 PM Penangguhan mesyuarat

LAMPIRAN A

9

Page 10: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

SENARAI KEHADIRAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN MELALUI

PENDEKATAN EKOSISTEM (ECOSYSTEM APPROACH TO FISHERIES

MANAGEMENT/ EAFM) - PERBINCANGAN BERSAMA AGENSI-AGENSI BERKENAAN

INDUSTRI PERIKANAN UDANG LAUT SANDAKAN, FOUR POINTS BY SHERATON

SANDAKAN, SANDAKAN, 12 NOVEMBER 2015

BIL NAMA AGENSI

1. Dr. Norasma Dacho Jabatan Perikanan Sabah , Ketua Cawangan

Konservasi dan Alam Sekitar

2. Pn. Norainon Madra Jabatan Perikanan Sabah, Penguasa

Perikanan Sandakan

3. En. Laester Bulun Jabatan Perikanan Sabah, Ketua Pengkalan

Penguatkuasaan Daerah Sandakan

4. Cik Jessie Beliku Jabatan Perikanan Sabah, Cawangan

Konservasi dan Alam Sekitar

5. Cik Sylvia Scholastica Michael

Dalansing

Jabatan Perikanan Sabah, Cawangan

Konservasi dan Alam Sekitar

6. Pn. Nazmahwati bte Walli Jabatan Perikanan Sabah, Cawangan

Konservasi dan Alam Sekitar

7. En. Wong Tze Chung Jabatan Perikanan Sabah, Cawangan

Konservasi dan Alam Sekitar

8. Pn. Precela Francis Jabatan Perikanan Sabah, Cawangan

Konservasi dan Alam Sekitar

9 Dr. Susan Pudin Jabatan Perlindungan Alam Sekitar

10. En. Raj Kumar Nathan Jabatan Tanah dan Ukur

11. En. Mohd. Kassim Karim Taman-taman Sabah

12. Lt (M). Amir Aizzuddin bin

Tajuddin

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia,

Sandakan

13. En. Madzali Sulaiman Jabatan Imigresen Malaysia, Sandakan

14. En. Muhammad Ali Syed Hussein Institut Penyelidikan Marin Borneo,

Universiti Malaysia Sabah/ Coral Triangle

Initiative Sabah Branch (CTI-SAB)

15. En. Raymie Nurhasan WWF-Malaysia

LAMPIRAN B

10

Page 11: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

TIDAK HADIR DENGAN MAAF:

1. Majlis Perbandaran Sandakan

2. Jabatan Hidupan Liar Sandakan

3. Ko-Nelayan Wilayah Sandakan

4. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Wilayah 2 Sandakan

5. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah

6. Jabatan Pengairan dan Saliran

7. Jabatan Perhutanan Sabah

8. Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah

9. Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah

11

Page 12: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

LAMPIRAN C

PROJEK INISIATIF SEGITIGA TERUMBU KARANG

PENGURUSAN PERIKANAN MELALUI PENDEKATAN EKOSISTEM

ECOSYSTEM APPROACH TO FISHERIES MANAGEMENT (EAFM)

Perbincangan bersama Agensi-Agensi

berkenaan Industri Perikanan Udang Laut Sandakan

12 November 2015 Hotel Four Points By Sheraton, Sandakan

Disediakan & Disampaikan oleh: Dr. Norasma Dacho Jabatan Perikanan Sabah

Dok Pendaratan kilang‘Wide

Growth’, Sandakan, Sabah Gambar oleh : Deeley Santani

Jabatan Perikanan Sabah

The History of EAFM

in Malaysia

12

Page 13: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

1) To share the historical decision when Malaysia made a commitment to implement the Ecosystem Approach to Fisheries Management (EAFM) in Malaysia

2) To share a summary of progress report on EAFM initiatives and implementation in Malaysia

Presentation objectives

EAFM in Malaysia

1

Food and Agriculture Organization (FAO)

1992 2001 1995 2003

FAO

Cancun Declaration

Code of conduct for responsible fisheries

UNCED

Conference on Environment and Development

Conference on Responsible Fisheries in the Marine Ecosystem

EAFM in Malaysia

13

Page 14: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

WORLD BIODIVERSITY CENTER

Coral Triangle Initiative

Global center of Marine abundance & diversity

Congo Basin Initiative

Second largest intact tropical forest in the world

Amazone Forest

The largest tropical forest in the world

EAFM in Malaysia

Historical decision for EAFM in Malaysia

Connecting leadership

٠ APEC

٠ In August 2007, President of Indonesia proposed a CTI to leaders of the other CT countries

and major APEC countries

PM Howard (Australia)

President Yudhoyono (Indonesia)

President Bush (U.S.)

President Arroyo

(Philippines)

PM Somare (PNG)

President Jose Ramos-Horta (Timor-Leste)

PM Sogavare (Solomon Islands)

PM Abdullah Ahmad Badawi

(Malaysia)

EAFM in Malaysia

Historical decision for EAFM in Malaysia

14

Page 15: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

CTI Summit 2009 Coral Reefs, Fisheries, Food Security (CTI-CFF)

A multilateral partnership of 6 countries (Indonesia, Malaysia, Papua New Guinea, Philippines, Solomon Islands, Timor Leste) and various agencies to safeguard the region’s marine and coastal biological resources.

Launched in Manado, Indonesia in May 2009

… a political commitment at the

highest level

EAFM in Malaysia

Historical decision for EAFM in Malaysia

Malaysia’s commitment to save the Coral Triangle

“Malaysia is very committed to ensuring that our marine ecosystem remains healthy so that

this rich biodiversity can be enjoyed in perpetuity and sustainably utilised for wealth creation in line with out objective to be a fully developed nation by 2020…I would like to

announce Malaysian contribution of USD1mill to the CTI projects” – Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Coral Triangle Initiative Summit, Manado, Indonesia, 15 May 09

15

Page 16: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Coral Triangle Initiative (CTI) Plan of Action

Oct 2009

Jan 2012

May 2009

EAFM in Malaysia

Historical decision for EAFM in Malaysia

CTI Goals

• Goal 1: Priority Seascapes Designated and Effectively Managed

• Goal 2: Ecosystem Approach to Management of Fisheries (EAFM) and Other Marine Resources Fully Applied

• Goal 3: Marine Protected Areas (MPAs) Established and Effectively Managed

• Goal 4: Climate Change Adaptation Measures Achieved

• Goal 5: Threatened Species Status Improving

EAFM in Malaysia

Historical decision for EAFM in Malaysia

16

Page 17: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

9

DoFSabah lead the EAFM implementation in CTI areas of Malaysia Establishment of the EAFM Steering Committee on 8 May 2012 Establishment of 2 Technical Working Group to assist the EAFM

Steering Committee Technical Working Group Scientific and Technical Working Group Finance and Coordination

Capacity building programmes: Conduct EAFM Course (2013-2015) Negeri Sembilan, Sandakan, Tawau, Kudat, Johore Bahru, Langkawi, EAFM Projects: 2 projects in Semporna (2011-2015), (2015-2016) Lawas, Sarawak (2013-2015) Kudat (2015-2018) Sandakan (2015-2016)

EAFM in Malaysia

National EAFM Initiatives

Progress of EAFM

Program Konsultasi EAFM

Program EAFM Nelayan Tuna Semporna

Program EAFM Nelayan Tradisi Lawas

17

Page 18: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Program Konsultasi EAFM

Program EAFM Nelayan Udang Laut Sandakan

Program EAFM Nelayan Ikan Pelajik Semporna

Thank you

18

Page 19: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

LAMPIRAN D

PROJEK INISIATIF SEGITIGA TERUMBU KARANG

PENGURUSAN PERIKANAN MELALUI PENDEKATAN EKOSISTEM

ECOSYSTEM APPROACH TO FISHERIES MANAGEMENT (EAFM)

Perbincangan bersama Agensi-Agensi

berkenaan Industri Perikanan Udang Laut Sandakan

12 November 2015 Hotel Four Points By Sheraton, Sandakan

Disediakan & Disampaikan oleh: Dr. Norasma Dacho Jabatan Perikanan Sabah

Kapal Pukat Tunda di Sandakan, Sabah Gambar oleh : Sabrina Makajil

Jabatan Perikanan Sabah

Apa dan Mengapa kita perlu melaksanakan

EAFM??

(Ecosystem Approach to Fisheries Management)

19

Page 20: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

1

Objektif Pembentangan

• Memahami apa itu EAFM

• Mendefinisikan tiga komponen EAFM

• Memahami prinsip-prinsip EAFM

• Menerangkan bagaimana EAFM melengkapkan pendekatan yang lain

• Memahami betapa kompleks/rumitnya objektif pelbagai bagi masyarakat sekeliling

2

Apakah itu EAFM?

EAFM secara ringkasnya adalah pengurusan perikanan melalui pendekatan ekosistem. Jadi, EAFM adalah cara yang praktikal untuk melaksanakan pembangunan yang mampan untuk sektor perikanan dengan mengimbangi kesejahteraan antara ekologi dan kehidupan manusia melalui tadbir urus yang baik.

20

Page 21: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Pembangunan Mampan

3

Kesejahteraan hidup manusia Good

Governance

Kesejahteraan ekologi Tadbir urus

yang baik

Untuk generasi akan datang

EAFM

4

Kesejahteraan ekologi • Ekosistem yang sihat dapat memaksimakan sumbangan

ekosistem kepada kehidupan sekeliling

• Kepelbagaian dari segi biologi yang menyumbang kepada daya tahan ekosistem

• Sokongan daripada struktur dan habitat ekosistem

• Lautan, perairan pesisir pantai, dan kawasan tadahan air yang sihat

• Rantaian makanan yang berdasarkan kepada pelbagai sumber pengeluaran utama

EAFM

21

Page 22: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Kesejahteraan ekologi

5

EAFM

Tadbir Urus yang baik

Kesejahteraan hidup manusia

Pelindungan dan

pemuliharaan habitat

Pengurangan pencemaran

dan sisa buangan

Sumber perikanan

yang mampan

Peningkatan dan

kesaksamaan taburan

Sara hidup yang mampan

3 komponen EAFM

6

3 komponen EAFM • Kesejahteraan ekologi: Ekosistem marin,alam sekitar, rantaian makanan, dan kawasan tadahan air. • Kesejahteraan hidup manusia: semua komponen yang diperlukan oleh manusia dan mempengaruhi ekosistem (kekayaan, jaminan makanan pendapatan berterusan. • Urus tadbir yang baik: institusi dan pengurusan berkesan untuk menetapkan dan melaksanakan peraturan dan undang-undang.

22

Page 23: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Kenapa perlunya EAFM?

• Mengurangkan konflik antara sektor dan pengguna perkhidmatan ekosistem.

• Melindungi kepentingan sekotr sektor lain dan mengurangkan kesan pengguna sumber yang lain.

• Menggalakkan komunikasi dan kepercayaan (trust)

• Merangkaikan pengurusan perikanan melangkau sempadan dan

kawasan kawalan (jurisdiction)

• Meningkatkan sokongan semua pihak demi mewujudkan Tadbir urus yang baik.

8

Pengurusan bersama

Pengurusan perikanan konvensional/sedia ada

Perancangan kawasan marin (marine spatial

planning)

EAFM

Pengurusan bersepadu zon pesisir pantai

EA/EBM

EAFM memperlengkapi pendekatan-pendekatan yang lain

23

Page 24: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

9

P1: Urus tadbir yang

baik

P2: Skala yang

bersesuaian

P5: Kerjasama

dan Penyelarasan

P6: Pengurusan

adaptif

P3: Penglibatan yang lebih

meluas

P7: Pendekatan berjaga-jaga

P4: Objektif yang pelbagai

Prinsip utama EAFM

10 10

Mesej utama- EAFM mencapai keseimbangan

Adapted from ICSF (2013)

24

Page 25: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

11

• Dengan itu, EAFM adalah proses perundingan peruntukan sumber (kedua-dua benda hidup dan tidak hidup)

EAFM bertujuan mencari keseimbangan

• Keseimbangan dari segi objektif ekologi, ekonomi, dan sosial

• Keseimbangan antara pemuliharaan dan penggunaan mampan sumber-sumber perikanan dan sumber semulajadi.

• Pilihan-pilihan yang ada memerlukan timbal-balik dan kompromi

Mesej Utama 3 Komponen EAFM

1) Kesejahteraan Ekologi

2) Kesejahteraan Manusia

3) Tadbir Urus yang baik.

EAFM - mencari dan mencapai keseimbangan

Pendekatan EAFM - berdasarkan pengurusan biasa-

beralih kepada EAFM

25

Page 26: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Terima kasih

26

Page 27: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

LAMPIRAN E

PROJEK INISIATIF SEGITIGA TERUMBU KARANG

PENGURUSAN PERIKANAN MELALUI PENDEKATAN EKOSISTEM

ECOSYSTEM APPROACH TO FISHERIES MANAGEMENT (EAFM)

Perbincangan bersama Agensi-Agensi

berkenaan Industri Perikanan Udang Laut Sandakan

12 November 2015 Hotel Four Points By Sheraton, Sandakan

Disediakan & Disampaikan oleh: Dr. Norasma Dacho Jabatan Perikanan Sabah

Udang Harimau, Sandakan Gambar oleh : Haineh Liem Jabatan Perikanan Sabah

Peralihan Kepada EAFM

• Case Study: Projek EAFM Semporna

27

Page 28: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Selar crumenopthalmus (Tulai)

Sardinella lemuru (Tamban)

Rastrelliger Kanagurta (Kembung)

Decapterus macrosoma (Basung)

Tapak Perintis spesis pelagik kecil EAFM Semporna

IMPLEMENTATION OF EAFM IN SABAH

2011-2015

2015-2018

PELAKSANAAN EAFM DI SABAH

Thunus albacares (Yellowfin Tuna)

Katsuwonus pelamis (Skipjack tuna)

Thunus alalunga (Albacore Tuna)

2015-2016

FMU Udang laut Sandakan

Metapenaeus brevicornis (Yellow shrimp)

2014-2015

FMU Tuna Semporna

Tapak Demonstrasi EAFM di Semporna

Outputs

1. Penubuhan tapak perintis EAFM Semporna

2. Pengumpulan data asas

3. Populasi data dinamik (biologi and ekologi)

4. Penubuhan Inter Sectoral Committee (ToR dan MoU diterima/ditandatangani)

5. Penggubalan dan penubuhan Pelan FMU berdasarkan proses EAFM

6. Pelaksanaan pelan FMU

28

Page 29: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

PENCAPAIAN PROJEK (2011 – 2014)

• Penubuhan tapak perintis EAFM Semporna

2011-2014

(1) Penubuhan tapak

perintis

2011

(2) Pengumpulan data asas dijalankan (i) Data latar belakang dan informasi (ii) Penunjuk aras sosio-ekonomi

2012 2012

(3) Kajian Stock Ikan Pelagik dan Populasi Dinamik dijalankan

(4) Penubuhan Inter-Sectoral Committee

2013 (5) PPPB untuk ikan

pelagik sasaran dirangka dan diluluskan

2014

Tulai

Tamban

29

Page 31: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Kajian

Biologi dan

Populasi

i. Program Sokongan/Konsultasi bersama Pihak Berkepentingan

ii. Kunjungan hormat kepada ahli –ahli Jawatankuasa Antara Sektor

iii. Membina Keupayaan ahli-ahli Jawatankuasa Antara Sektor.

iv. Menubuhkan Jawatankuasa Antara Sektor dan Pihak Berkepentingan

v. Pemeteraian MoU

PENUBUHAN DAN PENGUKUHAN JAWATANKUASA ANTARA SEKTOR & ToR DAN MoU DIMETERAI

31

Page 32: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Majlis Pemeteraian MoU (SSME SCS SFM UNDP GEF Project)

Aktiviti

Jawatankuasa

Antara Sektor

32

Page 33: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Pengumpulan data PPPB dan

bengkel konsultasi

bersama pihak berkepentingan

PENGGUBALAN PELAN PENGURUSAN PERIKANAN BERSEPADU (PPPB) BERDASARKAN PROSES EAFM

Deraf Plan Pengurusan berasaskan EAFM sedia untuk dilaksanakan

33

Page 34: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Terima Kasih!

34

Page 35: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

LAMPIRAN F

PROJEK INISIATIF SEGITIGA TERUMBU KARANG

PENGURUSAN PERIKANAN MELALUI PENDEKATAN EKOSISTEM

ECOSYSTEM APPROACH TO FISHERIES MANAGEMENT (EAFM)

Perbincangan bersama Agensi-Agensi

berkenaan Industri Perikanan Udang Laut Sandakan

12 November 2015 Hotel Four Points By Sheraton, Sandakan

Disediakan & Disampaikan oleh: Dr. Norasma Dacho Jabatan Perikanan Sabah

Kapal Pukat Tunda di Sandakan, Sabah Gambar oleh : Sabrina Makajil

Jabatan Perikanan Sabah

PROJEK CORAL TRIANGLE INITIATIVE (CTI) - PERIKANAN

PEMBANGUNAN PELAN TINDAKAN KEBANGSAAN EAFM – CTI (INDUSTRI

PERIKANAN UDANG LAUT SANDAKAN)

Udang Harimau, Sandakan Gambar oleh : Haineh Liem Jabatan Perikanan Sabah

35

Page 36: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Sesi Temubual

1) Tarikh: 30 Mac - 2 April 2015

Lokasi Temubual:

2) Tarikh: 3 August 2015

Lokasi Temubual

Objektif Sesi Temubual:

Mendapatkan maklumat awal berkenaan perikanan udang laut di Sandakan

Latar belakang kilang pemprosesan dan aktiviti pemprosesan yang dijalankan

Harga jual/beli, musim tangkapan, kawasan penangkapan utama, operasi penangkapan

Kilang Pemprosesan:

– Haiky Borneo S/B

– Widegrowth Marine Product S/B

– Surefresh Product S/B

– Sabah Sea Produce S/B

Nelayan Pukat Tunda:

– Kg Nelayan Batu Putih

– Jeti Pendaratan Umum

– Jeti Scow

Nelayan Pukat Tunda (Kg. Tanjung Aru):

– Pejabat Perikanan Sandakan

Kg. Batu Putih

36

Page 37: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Temubual Jeti Pendaratan

Temubual Kilang Pemprosesan

37

Page 38: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

SESI TEMURAMAH BERSAMA NELAYAN

PUKAT TUNDA, KAMPUNG TANJUNG

ARU

Konsultasi Bersama Pihak Berkepentingan Industri Perikanan Udang Laut di Sandakan, Sabah:

1) Sesi Pertama: 2) Sesi Kedua:

3) Sesi Ketiga:

Pihak Berkepentingan:

Tarikh 06 Mei 2015

Tempat Ibis Styles Hotel

Hadirin 54 Orang

Tarikh 04 Ogos 2015

Tempat Hotel Ibis Styles, Sandakan

Hadirin 43 Orang

Tarikh 28 Ogos 2015

Tempat Hotel Ibis Styles, Sandakan

Hadirin 43 Orang

Agensi Kerajaan Negeri DOFM, APMM, DOFS, TTS, LKIM, Jab. Imigresen, MPS, JPAS, JAS, JTU, UMS, CTI-SAB, Jab. Hutan, Jab. Perlabuhan dan Dermaga, Jab, Hidupan Liar, KO-Nelayan, JPS, JPBW

Badan Bukan Kerajaan PENGESAN, Persatuan Perikanan Sandakan, WWF

Pihak Swasta Pengusaha industri udang laut Sandakan (Kilang Pemprosesan dan nelayan)

38

Page 39: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

KONSULTASI PERTAMA: 06 MEI 2015

Tujuan konsultasi Pertama, 06 Mei 2015: 1) Membentang latar belakang & objektif projek

2) Memperkenalkan konsep Pengurusan Perikanan Melalui

Pendekatan Ekosistem (EAFM)

3) Memaklumkan mengenai aktiviti sesi temubual 30 Mac – 2

April 2015.

4) Berkongsi maklumat mengenai status udang laut di

Sandakan.

39

Page 40: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

KONSULTASI KEDUA: 04 OGOS 2015

Tujuan konsultasi Kedua, 04 Ogos 2015 :

1) Membentangkan Laporan Projek CTI – Pengurusan Perikanan Melalui

Pendekatan Ekosistem (Ecosystem Approach to Fisheries

Management / EAFM) konsultasi bersama pihak berkepentingan

industri perikanan udang laut di Sandakan, Sabah, 06 Mei 2015.

2) Membentangkan Kawasan Operasi Pukat Tunda Zon Sandakan

3) Menjalankan Mini EAFM bagi Pihak Berkepentingan Udang Laut

40

Page 41: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

KONSULTASI KETIGA: 28 OGOS 2015

Tujuan Konsultasi Ketiga, 28 Ogos 2015

• Tujuan konsultasi ini diadakan adalah untuk:

• Membentangkan Hasil Program Mini EAFM Industri Udang Laut Sandakan, 04 Ogos 2015.

• Membincangkan dan merekod isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri udang laut Sandakan Kawasan Operasi Pukat Tunda Zon Sandakan

41

Page 42: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Hasil Perbincangan Konsultasi: Isu dan Ancaman Huraian Jabatan Yang Terlibat

Kawasan

Penangkapan Ikan

Nelayan Kg. Tanjung Aru

menyatakan bahawa terdapat

kekeliruan mengenai kawasan

larangan penangkapan ikan

1. Jabatan Perikanan

Sabah

2. Agensi Penguatkuasa

Maritim Malaysia

(APMM)

Pencemaran

daripada Industri

Kelapa Sawit

Jumlah udang semakin sedikit dan

ini mungkin disebabkan oleh

pencemaran dari industri kelapa

sawit (racun dan baja).

1. Jabatan Perlindungan

Alam Sekitar (JPAS)

2. Jabatan Tanah dan Ukur

(JTU)

3. Jabatan Pengairan dan

Saliran (JPS)

4. Jabatan Alam Sekitar

(JAS)

5. Jabatan Perancang

Bandar dan Wilayah

(JPBW)

Isu dan Ancaman Huraian Jabatan Yang Terlibat

Penggunaan alat

penangkapan yang

diharamkan

Pukat harimau/ pukat karan/ pukat

tiga lapis kini masih digunakan

secara berleluasa walaupun alat

penangkapan itu telah diharamkan

1. Jabatan Perikanan Sabah

2. Agensi Penguatkuasa

Maritim Malaysia

(APMM)

Ketidak-seragaman

undang-undang

Terdapat undang-undang atau

peraturan yang bertindih antara

agensi. Maka, adalah perlu bagi

agensi-agensi kerajaan

menyeragamkan undang-undang

bagi mengurangkan kekeliruan di

kalangan masyarakat nelayan.

1. Jabatan Perikanan

Sabah

2. Agensi Penguatkuasa

Maritim Malaysia

(APMM)

Pemasangan alat

Turtle Excluder

Device (TED)

- terdapat kapal pukat tunda yang

memukat di kawasan berdekatan

Taman-Taman Sabah dan

menyebabkan banyak penyu

tertangkap.

- Pemasangan peralatan TED

boleh digalakkan bagi kapal

pukat tunda Sandakan.

1. Jabatan Perikanan Sabah

2. Jabatan Perikanan

Malaysia

3. Taman-taman Sabah

4. WWF-Malaysia

42

Page 43: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Isu dan Ancaman Huraian Jabatan Yang Terlibat

Perlindungan

Hutan Bakau

Hutan Paya Bakau penting sebagai

nurseri udang laut

Jabatan Perhutanan

Sabah

Pembuangan

Sampah ke laut

MPS menolak timbunan sampah ke

laut di Pasar Sandakan.

1. Majlis Perbandaran

Sandakan

Penggunaan Pam

bot

- masih berleluasa tanpa

penguatkuasaan yang berkesan

- hanya ‘pam bot’ bersayap sahaja

diharamkan di Sabah

- merupakan kenderaan utama

kemasukkan pendatang asing ke

Sabah.

- kebanyakkan pendatang asing

menggunakan ‘pam bot’ untuk

memasuki perairan cetek dan

mengumpul ketam-ketam. Ini

menyebabkan kehilangan sumber

pendapatan bagi orang tempatan.

1. Jabatan Pelabuhan

dan Dermaga

Pelan Tindakan EAFM 2015-2016

Program Jadual

(1) Mengadakan beberapa sesi konsultasi/bengkel EAFM bersama dengan pihak-pihak berkepentingan berdasarkan prinsip-prinsip dan proses EAFM.

Julai - Ogos 2015

(2) Menentukan ‘gap’ dan keperluan data /kutipan data tambahan dan menganalisa data untuk menyediakan Pelan EAFM.

Ogos - September 2015

(3) Menyediakan, membentang dan mendapat maklum balas draf isi kandungan Pelan Pengurusan Bersepadu Perikanan Udang Laut Sandakan berdasarkan EAFM.

September – Oktober 2015

(4) Mengadakan sesi pembentangan/konsultasi, mendapatkan maklum balas draf pertama Pelan Pengurusan Bersepadu Perikanan Udang Laut Sandakan berdasarkan EAFM.

November 2015

(5) Membentang, memuktamadkan, dan menandatangani Pelan Pengurusan Bersepadu Perikanan Udang Laut Sandakan.

Januari-Februari 2016

(6) Melaksana Pelan Pengurusan Bersepadu Perikanan Udang Laut Sandakan berdasarkan EAFM.

2016-2020

43

Page 44: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Dok Pendaratan kilang‘Widegrowth’,

Sandakan, Sabah Gambar oleh : Deeley Santani

Jabatan Perikanan Sabah

TERIMA KASIH

44

Page 45: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

LAMPIRAN G

PELAN EAFM UDANG LAUT SANDAKAN 1. Visi 2. Latar belakang-(kekuatan Sandakan dari segi

industri udang laut) 3. Proses konsultasi EAFM 4. Isu dan cabaran industri Udang Laut Sandakan

(EAFM Proses) 5. Pelan Tindakan EAFM Udang Laut (Matlamat,

Objektif, Indikator, Penanda Aras, Timeline) 6. Bajet 7. Penilaian Prestasi 8. Lampiran, Rujukan, Glosari

45

Page 46: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Foto 1: Pihak berkepentingan perikanan udang laut yang menghadiri konsultasi

LAMPIRAN H

Foto 2: Dr. Norasma Dacho, Jabatan Perikanan Sabah semasa sesi pembentangan

46

Page 47: LAPORAN PROJEK CTI – PENGURUSAN PERIKANAN ... - Sabah

Foto 3: Ahli-ahli mesyuarat semasa sesi pembentangan dan perbincangan

Foto 4: Ahli-ahli mesyuarat semasa sesi perbincangan isu dan cabaran industri

udang laut Sandakan

47