laporan projek

11
PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG LAPORAN PROJEK TARIKH : 2 Oktober 2015 MASA : 8.00 a.m. - 12.00 p.m. TEMPAT : Kelas Tahun 6 Fitrah REFLEKSI Projek yang saya dan rakan praktikum lakukan semasa sesi internship ialah kami telah menjalankan aktiviti untuk Tahun 6 Moral. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah dan juga menyeronokkan selepas peperiksaan UPSR. Aktiviti yang kami fokuskan ialah 'Language Games' seperti 'spelling bee, charade, jazz chant, crossword puzzle,' membuat penanda buku dan menonton filem. Selepas menjalankan aktiviti- aktiviti tersebut, kami mendapati bahawa aktiviti tersebut dapat menarik minat murid untuk belajar Bahasa Inggeris dengan kaedah yang menyeronokkan. Walaupun aktiviti- aktiviti tersebut dijalankan dalam bentuk permainan, mereka masih dapat belajar beberapa aspek seperti menambah kosa kata dan juga mencungkil bakat kreativiti para murid. Saya berharap, selepas menjalankan aktiviti- aktiviti tersebut, murid- murid akan mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris sangat penting untuk didalami oleh setiap individu untuk bersaing di persada dunia.

Upload: anisnur-nurcahaya

Post on 05-Dec-2015

170 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Laporan projek internship

TRANSCRIPT

PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG

LAPORAN PROJEK

TARIKH : 2 Oktober 2015

MASA : 8.00 a.m. - 12.00 p.m.

TEMPAT : Kelas Tahun 6 Fitrah

REFLEKSI

Projek yang saya dan rakan praktikum lakukan semasa sesi internship ialah kami telah

menjalankan aktiviti untuk Tahun 6 Moral. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi

masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah dan juga menyeronokkan selepas peperiksaan

UPSR. Aktiviti yang kami fokuskan ialah 'Language Games' seperti 'spelling bee, charade,

jazz chant, crossword puzzle,' membuat penanda buku dan menonton filem.

Selepas menjalankan aktiviti- aktiviti tersebut, kami mendapati bahawa aktiviti tersebut dapat

menarik minat murid untuk belajar Bahasa Inggeris dengan kaedah yang menyeronokkan.

Walaupun aktiviti- aktiviti tersebut dijalankan dalam bentuk permainan, mereka masih dapat

belajar beberapa aspek seperti menambah kosa kata dan juga mencungkil bakat kreativiti

para murid. Saya berharap, selepas menjalankan aktiviti- aktiviti tersebut, murid- murid akan

mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris sangat

penting untuk didalami oleh setiap individu untuk bersaing di persada dunia.

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG

NAMA PELAJAR : NUR ANIS ATIQAH BINTI YAHYA

NIK NUR KHALIDA BINTI

PROGRAM : PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2012

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK

MUTIARA

NAMA PROJEK : HAVE FUN WITH ENGLISH

TEMPOH PELAKSANAAN : 2 OKTOBER 2015

OBJEKTIF

Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk:

PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG

Melengkapkan Program Intership Pismp Ambilan JAN 2011 serta memberi peluang

dan ruang kepada pelatih untuk lebih kreatif dalam menyediakan aktiviti yang

menarik minat pelajar.

Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan mampu menjana idea yang bernas

setiap masa.

Mengeratkan ikatan mesra dalam kalangan warga sekolah, guru pelatih dan murid

sekolah.

Meluaskan lagi pengetahuan sains murid melalui inkuiri penemuan dan aktiviti

hands-on yang telah disediakan.

STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Pada 29 September 2015, saya dan rakan praktikum telah membuat perbincangan

tentang projek- projek yang boleh dijalankan sebagai projek berkumpulan untuk

internship kali ini. Kami dapati bahawa murid Tahun 6 yang beragama Islam

mempunyai aktiviti keagamaan mereka di surau manakala murid Moral tidak

melakukan apa- apa aktiviti di sekolah. Hasil keputusan perbincangan tersebut, kami

bersetuju untuk menjalankan aktiviti kepada murid Tahun 6 Moral sebagai projek

internship kami di sekolah ini. Program ini merangkumi aktiviti yang melibatkan

permainan yang berasaskan Bahasa Inggeris

2. Pada 30 September 2015, kami berbincang untuk melakukan kertas cadangan untuk

dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar segera. Kami juga telah

berbincang dengan mentor kami iaitu Puan Punitha untuk memastikan kesesuaian

aktiviti yang akan kami jalankan. Kami juga telah meminta kebenaran Penolong

Kanan untuk menjalankan aktiviti- aktiviti tersebut dan disokong oleh beliau.

3. Selepas kertas cadangan tersebut diluluskan, saya dan rakan praktikum berbincang

akan pelaksanaan aktiviti- aktiviti yang akan dijalankan dan menyediakan bahan-

bahan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Kami juga

berkolaborasi dengan guru komputer untuk menggunakan peralatan sekolah seperti

projektor.

PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG

PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1) Program Have Fun with English yang telah diadakan pada 2 Oktober 2015 telah

berjaya disempurnakan dengan jayanya. Antara kekuatan yang diperoleh sepanjang

program ini dilaksanakan antaranya ialah menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris

sesuatu yang menyeronokkan. Melalui aktiviti yang dijalankan, murid dapat

mempelajari Bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan dan sekaligus

dapat menarik minat murid untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Aktiviti seperti

'charade' dan 'spelling bee' dapat meningkatkan kosa kata murid. Oleh sebab aktiviti

tersebut dibuat dalam bentuk permainan, murid dapat belajar dalam suasana dan

persekitaran yang selesa.

2) Selain itu, aktiviti- aktiviti tersebut juga dapat menjadikan murid lebih kerap

berkomunikasi dan berbincang sesama rakan dalam kumpulan mereka. Setiap murid

perlu memberi kerjasama yang baik untuk memastikan hasil kerja yang dibuat dapat

dihasilkan dengan baik. Contohnya ketika dalam permainan 'charade' dan membuat

'jazz chant', murid perlu berkomunikasi dan bekerjasama dengan rakan- rakan untuk

menjayakan aktiviti tersebut, Justeru, kemahiran komunikasi murid dapat diasah dan

ditingkatkan.

3) Selain itu, melalui aktiviti 'charade', membuat 'jazz chant' dan juga membuat

penanda buku yang telah diadakan, ianya dapat menjadikan pemikiran murid

menjadi lebih kreatif dan mampu menjana idea yang bernas setiap masa. Hal ini

dapat dilihat ketika mana murid-murid dalam kumpulan masing-masing

mempamerkan kekreatifan idea ketika melakukan aksi untuk diteka oleh murid-

murid yang lain. Selain itu, murid juga perlu menggunakan daya kreativiti untuk

menghasilkann 'jazz chant' dan penanda buku sendiri. Hal ini menunjukkan

mempunyai pelbagai imaginasi dan idea yang bernas dan kreatif di samping

bersaing secara sihat dan berusaha untuk menghasilkan 'jazz chant' dan penanda

buku yang terbaik.

PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Antara kelemahan yang didapati sepanjang program ini dilaksanakan ialah masa

yang singkat dan tidak semua aktiviti yang dicadangkan dapat dijalankan disebabkan

kesuntukan masa. Jika masa yang diberikan lebih lama, aktiviti yang dijalankan

mungkin akan dipelbagaikan.

2. Selain itu, aktiviti tersebut akan menjadi lebih seronok dan kompentitif sekiranya

hadiah disediakan untuk pemenang setiap kategori. Murid akan lebih bersemangat

dan bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti- aktiviti tersebut jika sedikit

hadiah disediakan. Mereka akan mempunyai daya saing yang lebih tinggi jika guru

menyediakan hadiah untuk mereka.

3. Aktiviti akan menjadi lebih menarik sekiranya melibatkan lebih ramai murid. Oleh

kerana aktiviti tersebut dijalankan selepas peperiksaan UPSR, ramai murid tidak

hadir ke sekolah. Tambahan lagi, murid muslim terlibat dalam acara keagamaan dan

tidak dapat menyertai aktiviti yang kami sediakan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan

datang:

Penambahbaikan yang pertama ialah menyediakan aktiviti yang lebih mencabar dan

lebih pelbagai supaya murid - murid akan lebih seronok dan berdaya saing sekiranya aktiviti

yang lebih mencabar dijalankan.

Penambahbaikan yang kedua ialah melibatkan lebih ramai murid dalam aktiviti kami

ini. Dengan penglibatan lebih ramai murid, pelbagai aktiviti dapat dijalankan dan lebih

banyak aktiviti berkumpulan dapat dilakukan.

PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG

KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan program mengikut

perancangan yang dibuat. Melalui program ini, diharapkan semoga murid- murid dapat

menyedari kepentingan Bahasa Inggeris dan dapat mempraktikkan dalam kehidupan

seharian mereka.

Selain itu, diharapkan program ini akan diteruskan pada tahun- tahun akan datang.

Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan apa yang buruk itu datang

dari kelemahan diri kami sendiri.

Galeri Foto :

PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG

Murid melaksanakan aktiviti 'crossword puzzles'

Aktiviti 'jazz chant' dijalankan

PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG

Aktiviti 'charade' yang memerlukan murid untuk berlakon

Murid- murid

membuat penanda buku mengikut kreativiti masing- masing