contoh laporan aktiviti projek internship
DESCRIPTION
PROJEK INTERNSHIP SEM 8TRANSCRIPT
LAPORAN AKTIVITI
PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN BONGEK
AKTIVITI : Minggu Pusat Sumber Sekolah 2014
TARIKH : 21 – 25 Julai 2014
SASARAN : Guru-guru dan murid-murid SK Bongek
RASIONAL :
Program Minggu Pusat Sumber merupakan salah satu daripada program
tahunan PSS. Program ini bertujuan menggalakkan penggunaan PSS dan
sebahagian daripada Program Galakan Membaca dan Literasi Maklumat.
MATLAMAT :
i. Memberi pendedahan kepada peranan Pusat Sumber Sekolah.
ii. Menggerakkan Pusat Sumber sebagai nadi ilmu sekolah.
iii. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
OBJEKTIF :
i. Mengembang dan mencungkil bakat murid.
ii. Memberi peluang kepada murid untuk membina keyakinan diri melalui
pertandingan.
iii. Mengeratkan hubungan antara guru dan murid.
iv. Membentuk murid dan guru yang berilmu dan kreatif.
v. Merupakan aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan serta penggerak
aktiviti-aktiviti galakan membaca.
Program Minggu PSS ini dimulakan pada pukul 7.45 pagi bertempat di
Dewan Seri Budi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Kebesaran
Negeri Sembilan, Sekolah dan Sekolahku Selamat. Kemudian diteruskan dengan
lafaz ikrar, bacaan doa dan laporan guru bertugas pada minggu sebelumnya.
Seterusnya ialah ucapan bertema oleh guru bertugas, iaitu Pn. Zalela bt Hj.
Ahmad.
Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Perpustakaan dan Media, Pn.
Narihan bt Samuri. Selepas itu, guru besar En. Abd Rahman bin Hj. Ibrahim
memberikan ucapan dan melancarkan Minggu Pusat Sumber.
Ucapan perasmian oleh Guru Besar Ucapan Pn. Narihan Samuri (Penyelaras)
Gimik pelancaran oleh murid-murid Tahun 5 Persembahan oleh murid Tahun 4
TARIKH : 21 JULAI 2014
HARI : ISNIN
AKTIVITI : MAJIS PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER
PAMERAN BUKU BARU
Pameran buku baru diadakan bermula hari Selasa sehingga hari
Khamis di bilik ROS. Murid-murid boleh menghadiri pameran ketika waktu
terluang. Buku-buku baru ini adalah sumbangan Institut Terjemahan Negara
Malaysia (ITNM) dan Scholastic. Sumbangan buku daripada Scholastic ini
adalah rentetan daripada penyertaan sekolah dlam Read 2012 iaitu Program
Membaca Serentak 1 Malaysia.
PERTANDINGAN MENEKA JUMLAH MUKA SURAT BUKU (Terbuka)
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid dari Tahun 1 hingga
Tahun 6. Murid dikehendaki meneka jumlah muka surat buku yang diletakkan
dalam kotak lut sinar di bilik ROS. Murid perlu mengisi borang yang disediakan
dan masukkan dalam kotak yang disediakan.
NAMA:
TAHUN:
JUMLAH MUKA SURAT BUKU
TARIKH : 22 – 24 JULAI 2014
HARI : SELASA – KHAMIS
KUIZ HARIAN
Kuiz harian diadakan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis semasa
perhimpunan pagi sebelum masuk ke kelas. Kuiz ini melibatkan kuiz Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Dalam kuiz
Bahasa Melayu, murid diuji tentang pengetahuan simpulan bahasa. Kuiz Bahasa
Inggeris pula memerlukan murid mengeja perkataan dalam bahasa Inggeris
dengan betul. Empat soalan diberikan dalam setiap kuiz.
PERTANDINGAN TULISAN CANTIK (Tahun 1)
Pertandingan tulisan cantik adalah untuk murid Tahun 1. Murid
dikehendaki menulis ayat yang diberikan dengan cantik dan kemas.
Pertandingan dijalankan semasa P&P Bahasa Melayu di dalam kelas.
PERTANDINGAN MEMBINA PERKATAAN (Tahun 2)
Pertandingan membina perkataan ini adalah untuk murid Tahun 2.
Murid dikehendaki membina satu perkataan dari huruf A hingga Z dalam masa
30 minit. Pertandingan dijalankan semasa P&P Bahasa Melayu di dalam kelas.
PERTANDINGAN MENTERJEMAH TULISAN RUMI KEPADA JAWI (Tahun 3)
Pertandingan menterjemah tulisan rumi kepada tulisan jawi untuk
murid Tahun 3. Murid dikehendaki menulis semula ayat dalam tulisan rumi
kepada tulisan jawi dengan betul dan kemas. Pertandingan dijalankan semasa
P&P Bahasa Arab di dalam kelas.
PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA (Tahun 4)
Pertandingan teka silang kata ini adalah untuk murid Tahun 4. Murid
diuji tentang simpulan bahasa. Pertandingan dijalankan semasa P&P Bahasa
Melayu di dalam kelas.
PERTANDINGAN MEMBINA PERKATAAN (Tahun 5)
Pertandingan membina perkataan ini adalah untuk murid Tahun 5.
Murid dikehendaki untuk membina 30 perkataan daripada perkataan
“PERPUSTAKAAN”. Pertandingan dijalankan semasa P&P Bahasa Melayu di
dalam kelas.
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER (Prasekolah, Tahun 1 – 5)
Pertandingan mewarna ini melibatkan semua murid kecuali murid-
murid Tahun 6. Murid dikehendaki mewarna gambar yang diberi dalam masa 1
jam semasa P&P Pendidikan Seni Visual di dalam kelas.
PEMINJAM BUKU TERBANYAK (Januari – Julai)
Pusat Sumber Sekolah telah memilih dua orang murid, iaitu seorang
murid Tahap 1 dan seorang murid Tahap 2 sebagai peminjam terbanyak.
Pemilihan adalah berdasarkan kekerapan peminjaman buku dari bulan Januari
hingga Julai 2014.
Peminjam terbanyak Tahap 1 (Muhd Arif Zaki) dan Tahap 2 (Faatimahtuzzahrak)
PERTANDINGAN MENULIS SKRIP KARTUN (Terbuka)
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid dari Tahun 1 hingga
Tahun 6. Borang penyertaan boleh didapati daripada guru perpustakaan .
murid dikehendaki melengkapkan skrip kartun yang bertemakan hari
kemerdekaan.
PERTANDINGAN TULISAN GURU PALING CANTIK (Kategori Guru)
Pertandingan ini terbuka kepada semua guru SK Bongek. Guru-guru
dikehendaki melengkapkan ayat “Aidilfitiri tahun ini lebih bermakna kerana…”
dengan ayat yang kreatif dan tulisan yang cantik. Pertandingan ini mendapat
penyertaan yang amat menggalakkan daripada para guru.
SENARAI NAMA PEMENANG
MINGGU PUSAT SUMBER 2014
BIL PERTANDINGAN TAHUN TEMPAT NAMA PEMENANG
1 Teka Jumlah Muka
Surat Buku Terbuka
1 Nur Ellysa Nabila
2 Nur Ain Zhulalila
3 Siti Nur Aisyah
4 Nor Emmy
2 Tulisan Cantik 1
1 Ainul Syafiqah
2 Nur Nafisa Insyirah
3 Nur Sakinah
3 Membina Perkataan 2
1 Alya Balqis
2 Muhammad Afiq Asyraf
3 Adif Amar Assaify
4 Menterjemah Tulisan
Rumi kepada Jawi 3
1 Ainul Safiyah
2 Laila Suffiah Azzahra
3 Mohd Arif Zaki
5 Teka Silang Kata 4
1 Nor Emmy
2 Alysa Batrisyia
3 Nurul Nafisya
6 Membina Perkataan 5
1 Nur Ellysa Nabila
2 Siti Nur Aisyah
3 Mohd Al Muaz
7 Menulis Skrip Kartun Terbuka
1 Faathimatuzzahraak
2 Alysa Batrisyia
3 Nur Ellysa Nabila
4 Nur Erina
8 Mewarna Poster Prasekolah
1 Khodijah Al-Kubra
2 Jasmine Sofea
3 Alif Badrisyah
9 Mewarna Poster 1
1 Ainul Syafiqah
2 Eryana Qistina
3 Muhd Iqffan
10 Mewarna Poster 2
1 Solehatunnisa’
2 Aishah Humaira
3 Nur Qistina Erysha
11 Mewarna Poster 3
1 Abang Putra
2 Mohd Arif Zaki
3 Hariharan
12 Mewarna Poster 4
1 Humairah Athirah
2 Faatimahtuzzahraak
3 Puteri Nabila
13 Mewarna Poster 5
1 Siti Nur Aisyah
2 Affipudin
3 Nazirul Muaz
14 Peminjam Terbanyak Tahap 1 Mohd Arif Zaki
Tahap 2 Faatimahtuzzahraak
15 Memasang Puzzle Tahap 1
1
Ainul Syafiqah
Husna Nurul Iman
Hafizah
Siva Raman
2
Abang Putra
Dhia Ain Nur
Amirul
Haikal
3
Ainul Safiyah
Aisyah humaira
Gowry
Amjad
Saguhati
Nur Hidayah
Ainaa
Hafizuddin
Sharul Idham
Saguhati
Muhd Arif Zaki
Raz Khuzairil
Qistina
Salman
Saguhati
Hariharan
Laila Suffiah Azzahra
Mohd Izarul
Amar
16 Membuat Kad Ucapan
Hari Raya Tahap 2
1 Affipudin
2 Nur Ellysa Nabila
3 Nur Aisyra Natasha
Saguhati Abang Putra
Saguhati Nur Nazirah Irdina
Saguhati Faatimahtuzzahraak
17 Tulisan Guru Paling
Cantik
Kategori
Guru
1 En. Abd Rahman bin. Hj.
Ibrahim
2 Pn. Norehan bt Hj. Abd
Latif
3 Pn. Zalela bt Hj. Ahmad
4 En. Shamsul Bahari bin Abd
Razak
5 Pn. Suzana bt Muhammad
SEKOLAH KEBANGSAAN BONGEK
71300 REMBAU,
NEGERI SEMBILAN
LAPORAN
MINGGU PUSAT SUMBER
2014
21 – 25 JULAI 2014
Disediakan oleh : Tarikh : ……………………………..
…………………………………………..
(NARIHAN BT SAMURI)
Guru Perpustakaan dan Media
SK Bongek
ULASAN GURU BESAR
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
Disahkan oleh :
…………………………………………
(ABD. RAHMAN BIN HJ.IBRAHIM)
Guru Besar
SK Bongek
PROGRAM “AYUH KE PERPUSTAKAAN DESA!”
Program ini merupakan program anjuran bersama Perpustakaan Desa
Kg. Astana Raja. Dua orang wakil dari pihak Perpustakaan Desa Kg. Astana
Raja, iaitu Pn. Hanita bt Muhamad dan Pn. Wan Azizah Hanis bt Wan Aziz telah
datang ke sekolah dan menjalankan aktiviti seperti yang dipersetujui.
Program tersebut dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai
perpustakaan desa bagi mendedahkan kepada murid-murid perpustakaan
desa yang berada di sekitar mereka. Kemudia aktiviti yang dijalankan ialah
Pertandingan Memasang Puzzle bagi murid-murid Tahap 1 dan Pertandingan
Membuat Kad Ucapan Hari Raya bagi murid-murid Tahap 2.
Tetamu dari Perpustakaan Desa Kg. Astana Raja
Murid-murid Tahap 1 semasa Pertandingan Memasang Puzzle
TARIKH : 23 JULAI 2014
HARI : RABU
Pemenang-pemenang Tahap 1
Murid-murid Tahap 2 semasa Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Raya
Acara penyampaian hadiah kepada pemenang
Laporan disediakan oleh:
………………………………………………….
(INA ROSYAIDA BT YAHYA)
Guru Pelatih
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka