laporan projek kemoralan.docx

21
TUGASAN PROJEK ELM 3023E LAPORAN PROJEK KEMORALAN BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA KESOPANAN DAN KESUSILAAN Tarikh : 06 Mac 2014 13 Mac 2015 Masa : 3.00-6.00 petang Tempat : Pusat Sumber Sekolah. 1.0 RASIONAL Pelaksanaan projek kemoralan berdasarkan Prinsip Rukun Negara Kesopanan dan Kesusilaan,iaitu melalui projek menceriakan Pusat Sumber Sekolah ini bertujuan untuk membentuk keperibadian guru dan murid agar mematuhi prinsip tersebut iaitu prinsip ini memberi penekanan kepada peri pentingnya personaliti dan tingkah laku seseorang dalam menggambarkan kebudayaan negara ini. Sifat sopan santun dan tatasusila adalah penting dalam konteks perhubungan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Bahasa yang lembut dan tingkah laku yang sopan dapat menjamin hubungan yang harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Pembentukan individu yang berdisiplin dan bermoral tinggi hasil didikan yang berhemah dapat menjamin kewujudan sebuah masyarakat yang saling berinteraksi dalam suasana bersatu padu dan aman.Aktiviti-aktiviti dalam projek ini akan memupuk dan menanamkan nilai kemoralan ini dalam diri individu. 2.0 OBJEKTIF Antara objektif yang ingin dicapai melalui program yang dijalankan ialah : 2.1 Menyemai budaya berinteraksi dengan bahasa yang lembut dan sopan bagi menjamin kewujudan masyarakat yang berinteraksi dalam suasana bersatu padu dan saling menghormati. 1

Upload: sarah-clements

Post on 11-Jan-2016

61 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

LAPORAN PROJEK KEMORALAN BERDASARKAN PRINSIP RUKUN

NEGARA KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Tarikh : 06 Mac 2014 – 13 Mac 2015

Masa : 3.00-6.00 petang

Tempat : Pusat Sumber Sekolah.

1.0 RASIONAL

Pelaksanaan projek kemoralan berdasarkan Prinsip Rukun Negara Kesopanan

dan Kesusilaan,iaitu melalui projek menceriakan Pusat Sumber Sekolah ini

bertujuan untuk membentuk keperibadian guru dan murid agar mematuhi prinsip

tersebut iaitu prinsip ini memberi penekanan kepada peri pentingnya personaliti

dan tingkah laku seseorang dalam menggambarkan kebudayaan negara ini. Sifat

sopan santun dan tatasusila adalah penting dalam konteks perhubungan

masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Bahasa yang lembut dan tingkah laku yang sopan dapat menjamin hubungan

yang harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Pembentukan individu yang berdisiplin dan bermoral tinggi hasil didikan yang

berhemah dapat menjamin kewujudan sebuah masyarakat yang saling

berinteraksi dalam suasana bersatu padu dan aman.Aktiviti-aktiviti dalam projek

ini akan memupuk dan menanamkan nilai kemoralan ini dalam diri individu.

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif yang ingin dicapai melalui program yang dijalankan ialah :

2.1 Menyemai budaya berinteraksi dengan bahasa yang lembut dan sopan

bagi menjamin kewujudan masyarakat yang berinteraksi dalam suasana

bersatu padu dan saling menghormati.

2.2 Membentuk individu yang berdisiplin dan bermoral tinggi dengan

mementingkan suasana yang ceria sebagai lambang keperibadian semua

warga sekolah.

1

Page 2: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

2.3 Guru dan murid dapat berinteraksi dengan bahasa yang sopan dengan

mengambil kira bertatasusila dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

3.0 SASARAN

Guru dan ahli Persatuan Bahasa Melayu SK Clifford 2015.Senarai nama peserta

yang terlibat adalah seperti dalam lampiran 1.

4.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

i Menghias pusat sumber dengan warna-warna ceria.

ii Melukis mural pada dinding luar pusat sumber

iii Menyediakan papan maklumat yang berinformasi.

iv Susun atur pusat sumber yang kondusif dan fleksible.

Laporan projek kemoralan berdasarkan Prinsip-prinsip Rukun Negara ini saya

sasarkan kepada tiga peringkat iaitu keadaan sebelum pelaksanaan,semasa

pelaksanaan dan hasil selepas pelaksanaan program keceriaan serta melibatkan

kekuatan,kelemahan dan cadangan untuk penambahbaikan.

4.1 SEBELUM PELAKSANAAN

Program projek kemoralan berdasarkan Prinsip Rukun Negara,Kesopanan dan

Kesusilaan ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk memupuk dan

menerapkan nilai-nilai kemoralan kepada murid-murid fokusnya kepada rukun

negara . Sebelum melaksanakan program ini, kami telah berbincang bersama-

sama dan juga berkolaborasi bersama Guru Penyelaras Pusat Sumber SK

Clifford,Puan Rohayati binti Hussein . Hasil perbincangan kami, maka saya Dora

binti Saat telah membuat kertas kerja untuk menjadikan program ini satu

kenyataan agar dapat sokongan kewangan daripada pihak sekolah.

Rasionalnya program ini diadakan apabila melihat keadaan pusat

sumber yang kurang ceria dan susun atur yang kurang memuaskan serta situasi

yang tidak selesa untuk memupuk minat membaca dikalangan murid-murid

memberi inisiatif kepada saya untuk menjadikan program ini sebagai

sasaran.Sebagai gambaran berikut merupakan dokumentasi bergambar yang

melibatkan keadaan Pusat Sumber Sekolah sebelum program bertemakan

2

Page 3: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

Prinsip Rukun Negara Kesopanan dan Kesusilaan dijalankan.

3

Page 4: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

Dokumentasi Bergambar Di Dalam Pusat Sebelum Keceriaan

4

Page 5: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

Dokumentasi Bergambar Diluar Pusat Sumber Sebelum Keceriaan

Saya mendapat idea untuk menceriakan pusat sumber setelah mendapat soalan

tugasan untuk ELM3023E.Tugasan tersebut meminta pelajar menjalankan satu

projek kemoralan berdasarkan Prinsip Rukun Negara,Kesopanan dan

Kesusilaan.Saya menggunakan peluang ini untuk memberi impak kepada semua

pihak.

Anggaran perbelanjaan:

Bil Item Kuantiti Harga

1 Cat mural 4 tin rm200.00

2 Berus cat 6 rm20.00

3 Bekas bancuhan cat 3 rm12.00

4 Tikar getah 6 meter x rm4.00 rm24.00

5 Kain rander 16 meter x rm2.00 rm32.00

6 Kertas stiker 15 keping x rm2.00 rm30.00

11 Bunga dan daun-daun hiasan rm100.00

12 Pasu bunga rm100.00

13 Tanah organik rm50.00

JUMLAH rm568.00

5

Page 6: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

Makanan peserta

Minum petang

Rm2.00 X 2hari X 20 orang =rm80.00

JUMLAH KESELURUHAN: rm 568+ rm80.00 = rm 648.00

Pihak pentadbir meluluskan kertas kerja ini dengan menggunakan

peruntukkan kewangan pusat sumber.Pada peringkat ini juga,saya merangka

pelan yang akan digunakan untuk pengubahsuaian susun atur di dalam pusat

sumber.selain menyenaraikan keperluan-keperluan yang akan digunakan untuk

program keceriaan luar dan dalam pusat sumber sekolah.

Peringkat seterusnya saya telah mengadakan perjumpaan dengan ahli

Persatuan Bahasa Melayu SK Clifford.Perjumpaan ini bertujuan untuk

membincangkan tentang pelaksanaan program kemoralan seperti yang

dirancang.Pada peringkat ini ahli Persatuan Bahasa Melayu telah memberi

kerjasama yang baik.Saya menerangkan kepada ahli persatuan tentang Prinsip

Rukun Negara,Kesopanan dan Kesusilaan supaya sepanjang aktiviti ini murid

dapat bekerjasama,berbahasa sopan,saling menghormati dan bertatasusila

dalam pergaulan dan bertingkah laku sopan,tidak menimbulkan masalah seperti

bermasam muka,bercakap kasar dan bergaduh apabila melakukan tugasan.

4.2 SEMASA PELAKSANAAN

Saya terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kerja-kerja keceriaan ini

bermula dari bahagian dalam pusat sumber.Kerja-kerja susun atur perabot, rak-

rak buku,meja dan peralatan pusat sumber dilakukan secara berperingkat.fasa

pertama melibatkan susun atur rak-rak buku.Rak-rak buku perlu disusun dengan

teratur supaya suasana kelihatan kemas dan mudah untuk murid mendapatkan

buku-buku bacaan.Susun atur meja-meja bacaan juga diubah suai begitu juga

dengan sudut-sudut bacaan Nilam Prasekolah.

Pelaksanaan mengubah susun atur perabot dan peralatan dalam pusat

sumber ini memerlukan kepakaran dan tenaga.Pusat sumber SK Clifford tidak

begitu luas.Ini menjadikan agak sukar untuk menyusun atur perabot yang

melebihi keperluan bacaan.Begitu juga dengan pelaksanaan tugasan fasa dua

6

Page 7: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

yang melibatkan keceriaan dinding luar pusat sumber.Ahli Persatuan Bahasa

Melayu SK Clifford telah bermandi peluh untuk menjayakan program keceriaan

pusat sumber ini.

Dokumentasi bergambar situasi atau keadaan semasa pelaksanaan tugasan

dijalankan.

7

Page 8: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

Membersihkan Papan Informasi

8

Page 9: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

Menceriakan Papan Informasi

Menyediakan Bahan Informasi

9

Page 10: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

Berdasarkan dokumentasi bergambar dan situasi sebenar yang telah dijalankan

saya dapati murid-murid dapat bekerjasama,berkomunikasi dengan sopan tanpa

mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati atau menimbulkan

perbalahan.Malah sikap dan tingkah laku penuh kesopanan juga ditunjukkan

apabila meminta bantuan daripada rakan-rakan dan guru(saya). Tingkah laku

bertatasusila turut tersemat dalam diri murid apabila saya perhatikan murid dapat

bergaul dengan baik dan menjaga batas-batas dalam pergaulan dan tingkah laku

dengan murid-murid yang berlainan jantina.

Setelah seminggu kami bertungkus lumus menceriakan pusat sumber

sekolah keadaan dalam dan luar pusat sumber telah kelihatan

perubahannya.Perubahan dapatlah dilihat dalam dokumentasi bergambar seperti

berikut:

10

Page 11: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

11

Page 12: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

12

Page 13: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

13

Page 14: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

Dinding Luar Pusat Sumber

Pentas Penceritaan

Sudut-sudut informasi

14

Page 15: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

Sudut Majalah

15

Page 16: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

Disediakan oleh, 23 MAC 2015.

________________

( DORA BINTI SAAT )

Unit BM2

PPG AMBILAN FEB 2012

16

Page 17: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

REFLEKSI TUGASAN PROJEK KEMORALAN DI SEKOLAH.

KEKUATAN PROGRAM

Program Projek Kemoralan berdasarkan Prinsip-prinsip Rukun

Negara,Kesopanan dan Kesusilaan ini dapat dijayakan dengan adanya

peruntukan kewangan pusat sumber.Kewangan memainkan peranan penting

dalam sebarang aktiviti yang melibatkan keceriaan.Kewangan pusat sumber

yang masih berbaki agak baik semasa program ini dijalankan memudahkan

perjalanan program yang dirancangkan ini. Selain itu,penyelaras pusat sumber

Puan Rohayati bt Hussein merupakan guru yang berdedikasi.Beliau telah

memberi kerjasama yang jitu dalam pelaksanaan program ini.Malah beliau turut

serta dalam kerja-kerja menyusun atur perabot pusat sumber.Beliau juga

seorang yang kreatif dan mempunyai kesenian.Maka dengan ini tugasan saya

telah dipermudahkan.Kekuatan keberhasilannya program ini juga berikutan

sokongan ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu SK Clifford yang tidak sedikitpun

mengeluh malah mereka begitu seronok dengan aktiviti-aktiviti yang

dijalankan.Kerjasama dan kerajinan ahli-ahli persatuan ini menjadi kekuatan

untuk saya menyiapkan tugasan ini.Pada pandangan saya,pelaksanaan program

ini sedikit sebanyak telah membantu menyiapkan pusat sumber untuk terlibat

dengan sebarang pertandingan.Program ini akan diteruskan lagi sehingga pusat

sumber SK Clifford mampu menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah

lain.Kekuatan program ini juga dapat dilihat dari segi pemilihan warna-warna

yang digunakan untuk menceriakan dalaman pusat sumber.Warna merah jambu

yang dicadangkan oleh penyelaras pusat sumber ini,ternyata dapat memberi

wajah baru kepada dalaman pusat sumber sekolah.Warna pilihan ini mampu

17

Page 18: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

menaikan seri pusat sumber seperti dalam dokumentasi bergambar disertakan

diatas.

KELEMAHAN PROGRAM

Peruntukan masa yang terhad.Perancangan masa yang saya rancang

untuk siapkan program ini tidak mencukupi atau dengan kata lain sangat

singkat. Untuk memastikan keceriaan pusat sumber berlaku secara luar dalam

perlukan masa yang agak panjang,sekurang-kurangnya sebulan. Mural pada

dinding pusat sumber masih belum siap sepenuhnya kerana saya kesuntukan

masa.Ini kerana dalam masa yang sama saya terlibat dengan beberapa program

peningkatan prestasi tahun 6.Namun demikian hiasan dalaman pusat sumber

hampir siap 90 peratus.Selain itu,kelemahan dalam mengubah suai pusat

sumber ini adalah ruang pusat sumber yang agak sempit tetapi barangannya

banyak.Selepas beberapa kali percubaan menyusun atur barulah mendapat

PENAMBAHBAIKAN

Sebagai panduan pada masa-masa akan datang,program yang

melibatkan keceriaan luar dan dalam sama ada pusat sumber atau luar bilik

darjah memerlukan jangka masa yang agak panjang sekurang-kurangnya 4

minggu.Keceriaan melibatkan mural memerlukan kepakaran maka dengan itu

sekiranya kita tidak mempunyai kepakaran atau kekreatifan bahagian tersebut

kita hendaklah meminta bantuan daripada mereka yang lebih seni dan kreatif

supaya hasil muralnya lebih cantik dan menarik.

Agihan tugasan juga perlulah lebih diambilkira.Tugasan bahagian

keceriaan luaran perlulah lebih ramai ahli kerana memerlukan kerja-kerja seperti

mengecat,menanam dan memanjat.

Kesimpulannya,secara keseluruhannya tugasan ini telah memberi impak

yang besar kepada saya dalam menjiwai nilai-nilai kemoralan yang sepatutnya

dilakukan oleh semua guru dan bakal guru agar dapat mengurangkan masalah-

masalah disiplin di sekolah.

Sekian,terima kasih.

Disediakan oleh, 25 MAC 2015.

18

Page 19: LAPORAN PROJEK KEMORALAN.docx

TUGASAN PROJEK ELM 3023E

__________________

( DORA BT SAAT )

Unit BM 2

PPG Ambilan Feb 2012

19