laporan penuh

16
BINA INSAN GURU FASA V 2014 LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU V LAWATAN PENANDA ARAS TARIKH 4 MAC 2014 TEMPAT SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2(B), SEREMBAN 2, 70300 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN ANJURAN PISMP AMBILAN JANUARI 2012 MAJOR MATEMATIK

Upload: crystal-biru

Post on 24-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

laporan big fasa 5 (penanda aras)

TRANSCRIPT

BINA INSAN GURU FASA V

BINA INSAN GURU FASA V2014

LAPORANPROGRAM BINA INSAN GURU VLAWATAN PENANDA ARAS

TARIKH4 MAC 2014

TEMPATSEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2(B),SEREMBAN 2,70300 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

ANJURANPISMP AMBILAN JANUARI 2012MAJOR MATEMATIK

1.0 BUTIRAM PROGRAMa) Nama program: Program Bina Insan Guru V Lawatan Penanda Arasb) Penganjur: Guru pelatih major matematik ambilan Januari 2012c) Tarikh: 4 Mac 2014d) Tempat: SK Seremban 2(B), Seremban 2, Negeri Sembilan

2.0 PENGISIAN PROGRAMMasaPengisian

08:30 pagiBerkumpul di Dewan SerbagunaBertolak ke SK Seremban 2B

09:00-09:30 pagiSarapan pagiSesi bergambar

09:30-11:00 pagiTaklimat 1: Berkenaan sekolahTaklimat 2: Berkenaan panitia matematik

11:00-01:00 petangLawatan sekitar sekolah

01:00 petangBertolak balik ke kampus

3.0 LAPORAN PENGISIAN PROGRAM08:30 pagiSemua guru pelatih berkumpul di hadapan Dewan Serbaguna IPG Kampus Pendidikan Teknik untuk menaiki bas yang akan bergerak menuju ke SK Seremban 2B.09:00 pagiLebih kurang jam 9 pagi, bas yang dinaiki oleh guru-guru pelatih telah tiba di SK Seremban 2B. Kedatangan semua guru pelatih termasuklah pensyarah di Jabatan Matematik, Puan Norehan Binti Shaharoun selaku pensyarah pengiring bagi program BIG fasa V ini, telah disambut dengan baik oleh pihak sekolah.Sesi fotografi telah diadakan di hadapan bangunan sekolah bersama dengan semua guru penolong kanan SK Seremban 2B termasuklah ketua panitia matematik sekolah tersebut. Kemudian, semua guru pelatih dibawa ke kantin sekolah untuk bersarapan pagi.

09:30 pagi 11.00 pagiTAKLIMAT 1Lebih kurang jam 09:30 pagi, semua guru pelatih telah dibawa ke pusat sumber sekolah untuk mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh guru-guru yang berkenaan.Taklimat 1 telah diberikan oleh Puan Surekah Nair selaku Guru Penolong Kanan 1 Sk Seremban 2B. Kami semua telah difahamkan bahawa guru besar sekolah tersebut, Tuan Haji Osman Bin Haji Abdullah tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada hari tersebut atas sebab-sebab kesihatan. Taklimat yang disampaikan oleh Puan Surekah Nair adalah berkenaan profil sekolah dan juga pencapaian-pencapaian yang telah dimenangi oleh sekolah tersebut.Dalam taklimat beliau, kami semua telah dimaklumkan bahawa SK Seremban 2B merupakan salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan. Sekolah ini telah diiktiraf sebagai sekolah kluster pada Mei 2013. Sekolah ini merupakan sekolah gred B dan hanya menjalankan 1 sesi sahaja, iaitu sesi pagi.Oleh sebab sekolah ini telah diiktiraf sebagai sebuah sekolah kluster, maka, sekolah ini mempunyai kebitaraannya yang tersendiri. Perkara yang menarik mengenai kebitaraan sekolah ini adalah sekolah ini mempunyai 2 kebitaraan yang berbeza bidang. Pertama, kebitaraan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (bersifat akademik) dan yang kedua ialah kebitaraan dalam sukan skuasy (bersifat bukan akademik). Difahamkan bahawa, sekolah ini mempunyai sebuah gelanggang skuasynya yang tersendiri. Ini bermakna, pelajar-pelajar di sekolah ini tidak perlu untuk pergi ke gelanggang skuasy di luar sekolah sekiranya berminat untuk menceburkan diri dalam sukan seperti ini.Antara prasarana yang terdapat di sekolah ini ialah pusat sumber, bilik tayang, bilik komputer yang dibekalkan dengan chrome book, bilik kaunseling, bilik peperiksaan, bilik kesihatan, bilik KH, bilik muzik, bilik seni dan bilik Bahan Bantu Belajar (BBB). Kesemua bilik ini telah dihias dengan indah sekali sesuai dengan pengiktirafan yang telah diperoleh.Banyak pencapaian yang telah dimenangi oleh sekolah ini. Antaranya ialah Sijil Anugerah Khas Tawaran Baru kepada guru besar 2010 sehingga 2012, sijil anugerah pengurusan sekolah cemerlang 2012, sijil pengurusan bilik darjah tahun 1 dan sekolah kluster pada tahun 2013. Pencapaian-pencapaian yang telah diperoleh ini jelas menunjukkan bahawa sekolah ini sememangnya layak untuk dinobatkan sebagai salah sebuah sekolah kluster di Negeri Sembilan.Tidak dilupakan juga adalah program-program kecemerlangan akademik yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah tersebut. Antara program-program kecemerlangan yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah ialah program student power, program gerak gempur, program kebitaraan BM, program cerdas minda untuk tahap II, program cerdik minda dan hati, pesona warisan melayu, program tinta perdana (penulisan puisi), Jalinan Harmoni, Karnival Puisi Tradisional peringkat kebangsaan, program menaik taraf teratak Zaba dan bicara berirama.Dalam program kebitaraan skuasy pula, antara pencapaian yang telah diperoleh sekolah ini ialah Penang Malaysian Open Skuasy, Japan Junior Open (johan), program-program pembangunan seperti latihan berkala dan pemilihan bakat skuasy.

TAKLIMAT 2Sekolah Kebangsaan Seremban 2B merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Kecemerlangan telah dicapai hasil daripada kerjasama semua pihak yang berada di sekolah tersebut. Komitmen yang diberikan oleh guru-guru dimana pengurusan masa yang dieruntukkan untuk berbakti kepada sekolah adalah lebih lama berbanding dengan sekolah-sekolah biasa. Melalui taklimat yang diikuti, wajarlah sekolah ini dimartabatkan sebagai sekolah kluster kerana pencapaian setiap individu dalam organisasi sekolah ini sangat membanggakan baik dari segi kurikulum mahupun dalam bidang kokurikulum. Bagi melihat sejauh mana pencapaian kurikulum dalam subjek matematik, satu taklimat telah diberikan oleh guru Panitia Matematik. Beliau memperkenalkan ahli jawatankuasa yang menggerakkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran serta program-program yang terlibat dalam meningkat pencapaian matematik murid-murid sekolah kebangsaan seremban 2B. Majoriti guru-guru matematik mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan terdapat sebilangan daripada mereka merupakan penanda kertas peperiksaan UPSR dalam subjek matematik. Bagi murid yang lemah dalam matematik, sekolah ini menyediakan bilik pemulihan bagi mengatasi masalah ini. Seorang guru yang bernama Nor Hayati Binti Saad dipertanggungjawabkan untuk mengawasi bilik pemulihan ini. Beliau dirujuk bagi setiap guru yang ingin mengajar murid pemulihan dimana beliau akan menerangkan cara-cara untuk mengajar murid tersebut dalam mengukuhkan asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Pengukuhan asas dalam subjek matematik merupakan matlamat utama pembentukan bilik pemulihan ini.Guru Panitia Matematik ada menyentuh tentang strategi kejayaan program pembangunan tahunan. Antaranya ialah pihak sekolah mengadakan kursus dalaman, sudut matematik, papan bulletin matematik, program membaca di wakaf, minggu matematik, hari info matematik(Khamis), aktiviti pemulihan dan pengayaan, program bijak sifir dan bengkel teknik menjawab soalan. Program-program ini dijalankan megikut tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. Perbezaan diantara kedua-dua tahap ini dimana program-program yang disertai oleh murid tahap dua lebih menjurus kepada peperiksaan UPSR. Tambahan pula, terdapat dua program daripada sekolah ini yang berjaya mendapat nama di peringkat antarabangsa iaitu Math Olympiad Malaysia (MASMO) dan Kangaroo Math. Kejayaan ini sangat membanggakan pihak organisasi sekolah ini dan murid-murid kelihatan sangat bersemangat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan ini dapat meningkatkan minat murid-murid dalam subjek matematik.Pada minggu matematik pula, pihak sekolah mengadakan beberapa persembahan untuk murid-murid iaitu sifir dikir barat, berlagu dalam sifir, dan tidak terkecuali persembahan daripada murid pra-sekolah. Pihak sekolah juga mengadakan pertandingan kuiz matematik, kuiz roda impian,dan meletakkan info-info matematik melalui taman sumber matematik, sudut matematik di kantin, dan wakaf matematik. Setiap penyertaan mempunyai penghargaan dan hadiah yang bakal diterima oleh murid-murid. Usaha-usaha ini dilihat sangat berjaya bagi meningkatkan penguasaan murid dalam subjek matematik. Taklimat ini diteruskan lagi oleh Guru Panitia Matematik bagi menerangkan satu kajian tindakan yang telah dijalankan oleh sekolah kebangsaan seremban 2B. Kajian ini bermatamat untuk meningkatkan penguasaan matematik murid pemulihan berbantukan papan bijak. Asas matematik yang ditekankan iaitu operasi tambah, tolak,darab dan bahagi. Murid dibimbing untuk mengingati sifir bagi operasi darab dan bahagi. Kumpulan sasaran beliau ialah murid tahun 4 yang mendapat gred E dalam peperiksaan subjek matematik. Seramai 10 orang murid menjadi responden dalam kajian tindakan ini. Pemerhatian dibuat melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Fokus penting kajian ini ialah murid dapat memegang papan bijak dan boleh digunakan oleh setiap individu. Soal selidik telah dijalankan dan borang diberikan kepada murid ketika waktu rehat mereka. Ujian pra juga digunakan sebelum dan selepas program ini dijalankan.Sebelum perlaksanaan program ini, terdapat murid tahun 4 mendapat gred E dalam subjek matematik. Murid-murid ini diperhatian tidak mempunyai semangat dalam belajar matematik, bersikap murung dan tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru matematik. Semasa perlaksanaan program ini pula, ujian pra diberikan dan setiap murid mendapat satu papan bijak. Guru memulakan penggunaan papan bijak dengan operasi tambah terlebih dahulu. Kemudian disusuli dengan operasi tolak, darab dan bahagi. Ternyata penggunaan papan bijak ini membuahkan hasil dimana terdapat peningkatan gred dalam peperiksaan matematik. Sebelum taklimat berakhir, terdapat sesi soal jawab antara guru panitia matematik dengan guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Teknik. Sesi ini penting bagi guru-guru pelatih bagi menambahkan ilmu dan pengalaman untuk dibekalkan di sekolah apabila menjadi guru yang sebenar kelak. Oleh itu, program bina insan guru kali ini banyak mengajar kami tentang struktur pengurusan sekolah bagi memajukan anak bangsa Malaysia.

LAWATAN KE PERPUSTAKAANKami telah melawati pelbagai tempat dan bilik-bilik yang menarik di sekolah tersebut dan antaranya ialah perpustakaan sekolah tersebut. Di dalam perpustakaan tersebut, kami telah menjalankan dua sesi taklimat yang disampaikan oleh guru penolong kanan sekolah tersebut dan wakil guru dari sekolah tersebut. Berdasarkan pengamatan kami, perpustakaan sekolah ini berjaya menarik minat kami kerana susunan dan kemudahannya yang baik. Antara susun atur yang menariknya adalah terdapat replika pelamin yang diletakkan di satu sudut di dalam perpustakaan tersebut. Replika ini berfungsi untuk memberi gambaran sebenar kepada murid-murid bagaimana salah satu proses majlis perkahwinan bagi adat Melayu dijalankan. (Rujuk LAMPIRAN RAJAH 3.1)Bagi susun atur buku-bukunya pula sangat memudahkan murid-murid kerana pihak perpustakaan telah mengasingkan buku-buku bagi murid tahap satu dan tahap dua. Oleh itu, murid-murid tidak perlu untuk mencari bahan bacaan yang sesuai dengan tahap mereka kerana kesemuanya sudah tersedia di rak-rak dan di meja-meja perpustakaan. Pengurusan yang baik juga dapat dilihat apabila guru-guru perpustakaan menyuruh kami mengisi buku pelawat sebagai bukti terdapat pelawat yang datang ke sekolah tersebut. Hal ini penting untuk memastikan berapa ramai pelawat yang telah datang melawat perpustakaan mereka. (Rujuk LAMPIRAN RAJAH 3.2)Selain itu, terdapat juga sudut-sudut yang menarik seperti sudut ensiklopedia yang meletakkan contoh-contoh jurnal dan ensiklopedia sebagai bahan bacaan tambahan murid-murid. Sudut ini sangat bagus sebagai satu medium memperkenalkan kepada murid apakah yang dikatakan dengan ensiklopedia (Rujuk LAMPIRAN RAJAH 3.3) . Sudut karangkraf pula menempatkan bahan-bahan yang direka cipta hasil kerja tangan murid dan guru-guru. Pelbagai kraf tangan telah diletakkan di sudut ini, antaranya ialah lukisan, buku dan penulisan. Terdapat juga bilik tayangan yang ditempatkan di dalam perpustakaan tersebut. Bilik tayang ini berfungsi untuk kegunaan guru-guru yang ingin menggunakan kaedah pembelajaran melalui tayangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Rujuk LAMPIRAN RAJAH 3.4).Sudut yang menjadi persinggahan kami ialah sudut permainan dalaman. Di situ telah diletakkan pelbagai permainan dalaman tradisional seperti congkak. Kami telah mencuba untuk bermain congkak memandangkan sudah lama kami tidak bermain permainan tersebut. Sudut ini bagus untuk memperkenalkan kepada murid-murid tentang permainan tradisional yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. (Rujuk LAMPIRAN RAJAH 3.5)Berdasarkan lawatan kami ke perpustakaan sekolah Kebangsaan seremban 2B ini, kami dapati bahawa perpustakaan memainkan peranan yang penting dalam memberi maklumat dan informasi kepada murid secara khusus ataupun tidak. Pengurusan yang baik juga amat penting dalam memastikan sesuatu sistem itu dapat diurus dengan baik. Kami berharap agar kami dapat memberi sumbangan kepada sekolah yang bakal kami duduki selepas tamat sesi pembelajaran di institut pendidikan guru.

LAWATAN KE BILIK KH & BILIK MUZIKBENGKEL KEMAHIRAN HIDUP:Kami dibawa oleh seorang guru yang bertugas untuk melawat ke bengkel Kemahiran Hidup. Semasa di bawa masuk ke dalam bengkel tersebut, kami begitu teruja dengan keadaan bengkel kemahiran hidup yang begitu tersusun rapi, kemas, bersih dan mempunyai banyak kelengkapan. Di setiap sudut bengkel tersebut disusun dengan kemas beberapa peralatan pertukangan seperti pemutar skru, tukul, spanar, gergaji, paki dan bermacam - macam lagi. Setiapnya dilabelkan dengan nama nama alatan dan dikelaskan mengikut jenisnya. Ada juga terdapat meja pertukangan di dalam bengkel tersebut. Di atas setiap meja terdapat sebuah akuarium kecil dan beberapa model ikan di dalamnya. Di sebuah sudut berdekatan pntu hadapan terdapat sebuah akuarium besar yang terdapat beberapa jenis ikan peliharaan seperti ikan emas dan beberpa ikan sungai. Di bengkel tersebut juga terdapat beberapa model ciptaan kereta mainan, basikal dan beberapa alata permainan robot. Di bengkel ini kami telah berpeluang melihat berbagai bagai jenis alatan Kemahiran Hidup yang mungkin kami tidak penah lihat sebelum ini. Kami meluangkan masa untuk melihat dan meneliti beberapa hasil ciptaan permainan para pelajar, jenis ikan peliharaan dan beberapa jenis alatan yang dipamerkan di setiap sudut bengkel tersebut. Sebelum keluar dari bilik tersebut, kami berpeluang mengambil gambar suasana di bengkel tersebut. Sesungguhnya, Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah tersebut begitu istimewa dari segi kekemasan, susunan peralatan, dan maklumat penting berkaitan dengan Kemahiran Hidup yang dipamerkan.BILIK MUZIK:Di sekolah Seremban 2B ini kami juga sempat melawat ke bilik muzik. Ketika lawatan ke bilik muzik, kebetulan terdapat sesi belajar bermain decorder di bilik muzik tersebut. Kami diberi peluang untuk melihat persekitaran bilik muzik terdahulu dan kemudian melihat beberapa jenis peralatan muzik seperi drum, trompet, gendang dan banyak lagi. Peralatan muzik tidak didedahkan di kawsan bilik muzik kerana dikhuatiri akan dimain oleh pelajar tanpa kawalan. Oleh itu, di bilik muzik tersebut disediakan 2 buah bilik berserta almari untuk menyimpan alatan muzik yang ada. Kami sempat membuka dan meilihat beberapa alatan muzik yang disusun dengan rapi dan masih elok. Bilik muzik tersebut sangat selesa dengan adanya penghawa dingin dan sangat kedap bunyi. Bilik tersebut sangat indah, tenang dan memang sesuai untuk bermain alat muzik kerana tiada gangguan bunyi dari luar. Di sudut dinding bilik muzik tersebut juga dihias indah dengan nota nota muzik serta beberapa skrip muzik yang mudah untuk kegunaan pelajar merujuk kod muzik. Hiasan tersebut disusun dengan cantik, pasti ianya akan menimbulkan semangat untuk bermain muzik. Setelah meninjau persekitaran bilik muzik tersebut, kemudian kami dipersembahkan pula dengan muzik decoder dari para pelajar tahun 4. Walaupun tidaklah semerdu muzik yang dimainkan oleh pemain muzik professional, tetapi kesungguhan pelajar belajar bermain muzik begitu menambat hati kami yang melihat persembahan mereka. Guru muzik juga ada menegur beberapa kesilapan pelajar yang tidak menutup lubang decoder dengan betul yang menyebabkan berlakunya beberapa bunyi sumbang. Kelihatan jelas kesungguhan guru muzik tersebut mendidik pelajar untuk menguasai kemahiran bermain alat decoder.Kesempatan melawat Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Muzik sangat bernilai buat kami, kerana tempat yang kami lawati itu sangat jelas menunjukkan hasil kerja guru yang begitu kualiti. Kesungguhan guru menjaga kekemasan dan susunan peralatan sangat jelas membuktikan bahawa guru begitu peka dengan keselamatan pelajar seklah tersebut. Beberapa jenis nota dan maklumat yang terpapar disudut bilik Kemahiran Hidup dan Bilik Muzik membuktikan kesungguhan guru untuk mendidik pelejar dan memberikan mereka lebih banyak ilmu. Tidak harian lah Sekolah Kebangsaan Seremban 2B ini diiktiraf sebagai Sekolah Cemerlang (Sekolah Kluster).

LAWATAN B. SENI & BILIK AKSESWalaupun hanya sekejap, kami berkesempatan berkunjung ke bilik seni SK Seremban 2B. Semasa kami melawat bilik seni, kami dapati seorang cikgu tengah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walaupun demikian, beliau dengan hati yang terbuka menerima kunjungan kami. Beliau sedikit sebanyak memberikan penerangan tentang bilik seni tersebut kepada kami semua. Di samping itu, beliau juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu beliau dalam menguruskan bilik seni dengan kami semua. Bilik seni tersebut sungguh teratur dan kemas sekali. Kami begitu teruja sekali untuk melihat suasana dalam bilik tersebut kerana luaran bilik tersebut mempunyai beberapa mural yang menarik dan cantik. Jika luaran pun sudah nampak cantik sudah semestinya dalam lebih cantik. Seperti yang kami duga, bilik seni tersebut memang sangat cantik, kemas dan penuh dengan kesenian sesuai dengan gelarannya Bilik Seni. Terdapat beberapa sudut khas yang diwujudkan dalam bilik seni tersebut. Antaranya ialah sudut kraftangan tradisional, sudut lukisan dan sudut hasil murid. Sudut kraftangan tradisional menempatkan congkak yang diperbuat daripada kayu, tikar daripada lidi dan juga beberapa hasil seni anyaman tikar yang menarik dan pelbagai. Sudut lukisan pula memaparkan lukisan-lukisan yang dibuat sendiri oleh murid-murid yang berbakat. Terdapat beberapa lukisan yang menarik perhatian kami seperti lukisan penyu, ikan paus dan burung. Sudut hasil murid pula memaparkan kraftangan yang dibuat oleh murid sendiri. Murid-murid ini telah membina kerusi dan meja dengan menggunakan penyepit baju. Mereka juga membuat bekas meletak pensil dengan menggunakan bahan kitar semula seperti botol minuman. Kami kagum dengan bakat yang ada pada murid-murid SK Seremban 2B. Setiap ruang yang ada di dalam bilik tersebut digunakan dengan sebaiknya. Terdapat poster-poster yang dihasilkan sendiri oleh murid ditampal di dinding dan juga wau kertas yang ditampal pada lelangit bilik seni. Bilik ini juga agak luas dan boleh menampung kira-kira 30 sehingga 40 orang murid pada satu masa.Di samping itu, kami berpeluang untuk melawat ke Bilik Akses SK Seremban 2B. Dengan adanya bilik akses ini, boleh dikatakan SK Seremban 2B menitikberatkan pengetahuan murid-murid dalam ICT atau teknologi maklumat. Pelajar telah disediakan dengan Chrome book di mana chrome book ini merupakan laptop yang digunakan dan hanya menggunakan internet untuk akses. Kami cukup bertuah pada masa itu kerana semasa kami bergerak ke bilik akses, terdapat guru yang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sana. Pada masa itu, kami berkesempatan melihat cara pengajaran dengan menggunakan chrome book. Laman web pendidikan telah disediakan dan murid hanya perlu akses kepada laman web tersebut bergantung kepada matapelajaran yang diikuti.

11:00 pagiLebih kurang jam 11 pagi, kesemua guru pelatih telah dibawa untuk melawat sekitar sekolah. Antara kawasan yang dilawat ialah pusat sumber, bilik tayang, bilik komputer, bilik kaunseling, bilik peperiksaan, bilik kesihatan, bilik KH, bilik muzik dan bilik seni. Selain itu, guru-guru pelatih juga dibawa untuk melihat cara guru mengajar di dalam kelas.

01:00 petangLebih kurang jam 1 petang, semua guru pelatih bertolak balik ke kampus.