laporan penuh program gotong-royong mesra rakyat 2009 gdw kg. saman

17
1 PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) KG. SAMAN TUARAN, SABAH. Pada : 25 DISEMBER 2009 - 01 JANUARI 2010 Disediakan Oleh : MAZLIE BIN NORINAH S/u Jawatankuasa Penganjur Program GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) Kampung Saman, Peti Surat 432, 89207 Tuaran, Sabah. Tel : 088-793554 / 016-8414342 Fax : (+6088) 794 911 Emel : [email protected] www.kampungsaman.blogspot.com

Upload: aesalno

Post on 14-Jun-2015

5.840 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

1

PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) KG. SAMAN

TUARAN, SABAH.

Pada :

25 DISEMBER 2009 - 01 JANUARI 2010

Disediakan Oleh :

MAZLIE BIN NORINAH S/u Jawatankuasa Penganjur Program

GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW)

Kampung Saman, Peti Surat 432, 89207 Tuaran, Sabah. Tel : 088-793554 / 016-8414342 Fax : (+6088) 794 911

Emel : [email protected]

www.kampungsaman.blogspot.com

Page 2: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

2

1.0 PENDAHULUAN

Laporan ini adalah berkenaan Program Gotong-Royong Mesra Rakyat GDW Kg.

Saman. Program yang pada awalnya, diilhamkan oleh KEMAS Daerah Tuaran ini

dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 1000 telah diperincikan oleh GDW Kg.

Saman dengan kerjasama JKKK Kg. Saman. Matlamat utama program adalah:

MEMBERI KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT KG. SAMAN KHUSUSNYA BERKENAAN

KEPENTINGAN UNTUK MEWUJUDKAN SUASANA BERSIH DALAM KAWASAN KAMPUNG,

DISAMPING UNTUK MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA YANG LEBIH UTUH ANTARA

PENDUDUK DENGAN PEMIMPIN.

Objektif program yang digariskan untuk mencapai matlamat di atas adalah :

a. Memastikan semua penduduk Kg. Saman terlibat dengan aktiviti gotong-

royong yang diadakan.

b. Memberi kuasa pada ketua-ketua blok GDW yang dilantik untuk memimpin

blok masing-masing dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan.

c. Mengadakan aktiviti sampingan yang mewujudkan semangat kekitaan

dalam diri setiap penduduk Kg. Saman, Tuaran.

Program Gotong-Royong Mesra Rakyat GDW Kg. Saman ini diadakan secara

berperingkat-peringkat seperti berikut :

TARIKH/HARI AKTIVITI PROGRAM CATATAN

25-30 Dis 2009

(Jumaat)

- Penduduk bekerjasama membersihkan

padang dan kawasan perkuburan

- Penduduk membersihkan kawasan

rumah masing-masing

- Kawasan padang

(bekerjasama

dengan penduduk

Kg. Jembulang)

- Kawasan

Perkuburan

(bekerjasama

dengan penduduk

Kg. Berungis)

01 Jan 2010

(Jumaat)

Aktiviti 1 :

- Sukaneka

Aktiviti 2 :

- Majlis Perasmian/Penutupan

- Serahan Watikah Perlantikan Ketua

Blok

- Penghargaan Pelajar Cemerlang PMR

- Cabutan Bertuah

Sila rujuk :

LAMPIRAN 1 : Aturcara

program pada 01

Januari 2010

Page 3: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

3

2.0 AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR PROGRAM

PENAUNG Pn. Nazarinah Binti Awang

Pegawai KEMAS Daerah Tuaran

PENASIHAT 1

En. Baklin Bin Poloh Penyelia KEMAS N.10 Sulaman

PENASIHAT 2

En. Jamlah Bin Hj. Matullah Ketua Kg. Saman

PENGERUSI

En. Mazlan Bin Norinah Pengerusi GDW Kg. Saman

TIMBALAN PENGERUSI En. Rubin Hj. JIjat

Pengerusi KRT Jembulang Saman

SETIAUSAHA/BENDAHARI En. Mazlie Bin Norinah

PENGURUS GOTONG-ROYONG PENGURUS SUKANEKA

Tn. Hj. Maddeli Bin Madsuarin En. Noor Rezam B. Jamlah

PENGURUS JAMUAN PENGURUS TEMPAT Pn. Rosnah Hj. Jijat En. Sabri Bin Hj. Betar

KETUA BLOK GDW KG. SAMAN, TUARAN

Ketua Blok Sinar Bunda Ketua Blok Sinar Petatap En. Razali Bin Amit En. Sudin Bin Sipai

Ketua Blok Sinar Tasenta Ketua Blok Sinar Dempulau

En. Lamat Bin Majid En. Awang Bin Hj. Matullah

Ketua Blok Sinar Damburi En. Awang Basar Bin Diki

Page 4: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

4

3.0 TINDAKAN YANG TERLAKSANA UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PROGRAM

BIL MATLAMAT / OBJEKTIF TINDAKAN

01

Memastikan Semua Penduduk Kg. Saman

terlibat dengan aktiviti gotong-royong yang

diadakan

Menjemput semua

penduduk untuk terlibat

secara langsung dalam

aktiviti program. (Sila rujuk

LAMPIRAN 2 & 3)

02

Memberi Kuasa Pada Ketua-Ketua Blok GDW

Yang Dilantik Untuk Memimpin Blok Masing-

Masing Dalam Aktiviti Gotong-Royong Yang

Diadakan.

Memaklumkan pada setiap

ketua blok GDW berkenaan

tugas mereka sepanjang

aktiviti gotong-royong

dijalankan.

03

Mengadakan Aktiviti Sampingan Yang

Mewujudkan Semangat Kekitaan Dalam Diri

Setiap Penduduk Kg. Saman Tuaran.

Antara aktiviti yang

diadakan untuk mencapai

objektif ini adalah :

a. Sukaneka

b. Cabutan Bertuah

c. Penghargaan Pelajar PMR

Cemerlang.

Page 5: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

5

4.0 LAPORAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG

4.1 Perjalanan Aktiviti Gotong-Royong

25 DISEMBER 2009 (JUMAAT)

Sesi Pagi

Aktiviti gotong-royong dijalankan pada 25 Disember 2009 dengan memberikan

tumpuan utama kepada kawasan-kawasan major seperti kawasan padang dan

kawasan perkuburan. Sekitar jam 8.00 pagi, aktiviti gotong-royong dimulakan

dengan kerjasama penduduk Kg. Berungis dan Kg. Jembulang. Sebanyak 4 atau 5

buah mesin pemotong rumput kepunyaan penduduk digunakan untuk

membersihkan kawasan padang. Aktiviti ditangguhkan pada jam 11.30 untuk

memberi laluan kepada penduduk mengerjakan Solat Jumaat.

Sesi Petang

Aktiviti gotong-royong disambung semula selepas Solat Jumaat iaitu kira pada pukul

2.00 petang. Pada sesi petang ini, penglibatan belia dilihat amat

memberangsangkan sehingga pada lewat petang pada hari itu, kira-kira jam 5.30

petang, hampir ke semua kawasan padang telah dibersihkan.

Page 6: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

6

26 DISEMBER 2009 (SABTU)

Pada hari kedua, aktiviti gotong-royong ini diadakan, keseluruhan kawasan padang

Kg. Saman telah habis dibersihkan sepenuhnya termasuk kawasan sekitar tanah

perkuburan.

27-31 DISEMBER 2009 (AHAD HINGGA KHAMIS)

Sebanyak lima (5) hari diperuntukkan untuk semua penduduk membersihkan

kawasan sekitar rumah masing-masing sebelum acara kemuncak program pada 01

Januari 2010 (JUMAAT ) diadakan.

Page 7: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

7

4.2 Perbelanjaan Aktiviti Gotong-Royong

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

01 Minyak Mesin Pemotong Rumput (25 Disember 2009) 50.00

02 Minyak Mesin Pemotong Rumput (26 Disember 2009) 50.00

03 Jamuan 50.00

04 Lain-Lain 20.00

JUMLAH 170.00

Antara penduduk yang terawal membersihkan kawasan padang dengan

menggunakan mesin pemotong rumput mereka sendiri.

Page 8: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

8

5.0 LAPORAN AKTIVITI SUKANEKA

5.1 Perjalanan Aktiviti Sukaneka

01 JANUARI 2010 (JUMAAT)

Sekitar jam 7.30 pagi, ahli jawatankuasa penganjur melakukan persiapan untuk dua

aktiviti iaitu : Aktiviti Sukaneka dan Majlis Perasmian/Penutupan Program.

Pendaftaran peserta sukaneka diadakan pada jam 7.45 pagi iaitu terlewat hampir

sejam dari jangkaan awal.

Jam 8.00 pagi, acara sukaneka dimulakan mengikut aturan berikut :

ACARA KATEGORI CATATAN

ACARA 1 :

Cari Duit Dalam Tepung

- Lelaki Tahap 1

- Perempuan Tahap 1

- Lelaki Tahap 2

- Perempuan Tahap 2

- Kategori lelaki dan

perempuan bagi

tahap 1 dan tahap 2

dijalankan serentak.

ACARA 2 :

Makan Buah Epal

- Lelaki Tahap 1

- Perempuan Tahap 1

- Lelaki Tahap 2

- Perempuan Tahap 2

- Terbuka Lelaki Dewasa

- Terbuka Wanita Dewasa

- Kategori dewasa yang

sepatutnya

menggunakan palang,

diubah saat akhir untuk

kesesuaian peserta.

ACARA 3 :

Menganyam Ketupat

- Terbuka Wanita - Daun kelapa yang

digunakan sedikit

menyukarkan peserta.

ACARA 4 :

Menimang Bola

- Terbuka Lelaki - Berjalan dengan

lancar.

Meskipun terlewat daripada jadual asal, dengan beberapa pindahan saat akhir

yang dibuat oleh AJK Penganjur, acara sukaneka dapat diselesaikan kira-kira jam

9.40 iaitu sebelum Majlis Perasmian/Penutupan Program diadakan.

Page 9: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

9

Ahli Jawatankuasa Penganjur membuat persiapan untuk Majlis

Penutupan/Perasmian Program

Peserta kanak-kanak yang lengkap dengan baju khas paling terhujah ketika aktiviti

sukaneka dijalankan.

Page 10: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

10

Semangat Warga Emas : Tn. Hj. Maddeli antara golongan warga emas yang

bersemangat untuk sama-sama menjayakan aktiviti sukaneka.

Sukaneka Kategori Terbuka : Menganyam Ketupat.

Page 11: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

11

Bermacam-macam gelagat semasa aktiviti sukaneka diadakan.

5.2 Perbelanjaan Aktiviti Sukaneka

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

01 Tali Rafia 3.50

02 Buah Epal (30 biji) 21.00

03 Tepung (1 Kg) 2.00

04 Pinggan Kertas (20 keping) 2.00

05 Bola Sepak 55.00

06 Baju Kanak-Kanak GDW Kg. Saman (30 helai) 360.00

06 Hadiah Bagi Kategori Kanak-Kanak (8 acara)

Pertama : RM 5

Kedua : RM 3

Ketiga : RM 2

80.00

07 Hadiah Bagi Kategori Dewasa (4 acara)

Pertama : RM 10

Kedua : RM 7

Ketiga : RM 5

88.00

08 Lain-Lain 20.00

JUMLAH 611.20

Page 12: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

12

6.0 LAPORAN MAJLIS PERASMIAN / PENUTUPAN PROGRAM

6.1 Perjalanan Majlis Perasmian / Penutupan

01 JANUARI 2010 (JUMAAT)

Majlis dimulakan sebaik sahaja aktiviti sukaneka selesai iaitu kira-kira jam 10.00 pagi.

Majlis ini dirasmikan oleh En. Baklin Bin Poloh, Penyelia KEMAS N.10 Sulaman, selaku

wakil kepada Pn. Nazarinah Binti Awang, Pegawai KEMAS Daerah Tuaran yang

mempunyai urusan lain untuk dibereskan seperti yang dimaklumkan oleh Encik Baklin

Bin Poloh dalam ucapan perasmian/penutupan beliau.

Penyelia KEMAS N.10 Sulaman, En. Baklin Bin Poloh selaku wakil Pegawai KEMAS

Tuaran menyampaikan ucapan perasmian/penutupan program.

Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Blok GDW

Dalam majlis serba ringkas ini juga, seramai lima (5) orang Ketua Blok GDW Kg.

Saman yang baru dilantik menerima watikah perlantikan masing-masing yang

diserahkan sendiri oleh En. Baklin Bin Paloh. Lima (5) orang yang dilantik adalah :-

Page 13: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

13

BIL NAMA KETUA BLOK

01 En. Razali Bin Amit Sinar Bunda

02 En. Sudin Bin Sipai Sinar Petatap

03 En. Lamat Bin Majid Sinar Tasenta

04 En. Awang Bin Hj. Matullah Sinar Dempulau

05 En. Awang Bin Basar Sinar Damburi

Wajah ceria En. Baklin sambil diperhatikan oleh Ketua Kampung Saman, En. Jamlah

Bin Matullah, semasa menyampaikan Watikah Perlantikan Ketua Blok GDW kepada

lima (5) orang yang dilantik.

Penghargaan Pelajar Cemerlang PMR 2009

Selain itu juga, pihak JKKK Kg. Saman mengambil kesempatan untuk memberi

penghargaan kepada dua (2) orang pelajar cemerlang dalam PMR 2009 yang

masing-masing mendapat keputusan 8A 1B iaitu : Adik Abdul Aziz Bin Abdul Noor

dan Adik Mohd. Syukri Bin Radin.

Page 14: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

14

Naib Ketua Pemuda UMNO Tuaran, En. Norjaip Bin Hj. Daip menyampaikan hadiah

kepada bapa salah seorang pelajar cemerlang PMR 2009, sambil diperhatikan oleh

Pengerusi GDW Kg. Saman, En. Mazlan Bin Norinah (Kiri).

Cabutan Bertuah

Tidak cukup memberi hadiah kepada pemenang sukaneka, penganjur turut

menyediakan acara cabutan bertuah khas untuk kanak-kanak sekolah rendah.

Sebanyak lima belas (15) cabutan bertuah telah diberikan kepada kanak-kanak

yang bertuah pada hari itu.

Majlis berakhir kira-kira jam 10.40 pagi, selepas penyerahan cenderahati khas

daripada GDW Kg. Saman kepada En. Baklin Bin Poloh.

6.2 Laporan Perbelanjaan Majlis Perasmian / Penutupan

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

01 Bendera Mini (8 set) 52.00

02 Khemah & Kerusi 50.00

03 PA Sistem 50.00

04 Kertas Sijil (5 keping) 3.50

05 Topi JKKK Kg. Saman (20 buah) 320.00

05 Saguhati Pelajar PMR 60.00

Page 15: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

15

06 Hadiah Cabutan Bertuah 170.00

07 Jamuan 400.00

08 Cenderahati Pegawai KEMAS 40.00

09 Lain-Lain 20.00

JUMLAH 1165.50

Majlis Perasmian/Penutupan Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua

orang Ketua Kampung bersebelahan iaitu dari kiri berbaju hijau, Tn. Hj. Nin B. Hj.

Madurah (Ketua Kg. Jembulang) dan duduk ditengah berbaju putih, En. Looh Bin

Bakti (Ketua Kg. Berungis)

Page 16: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

16

7.0 LAPORAN PENUH PERBELANJAAN KESELURUHAN PROGRAM

BIL PERKARA

HARGA

SEUNIT

(RM)

JUMLAH (RM)

AKTIVITI GOTONG-ROYONG

01 Minyak Mesin Pemotong Rumput (25

Disember 2009)

50.00

02 Minyak Mesin Pemotong Rumput (26

Disember 2009)

50.00

03 Jamuan 50.00

JUMLAH 150.00

AKTIVITI SUKANEKA

04 1 Gulung Besar Tali Rafia 3.50 3.50

05 30 Biji Buah Epal 0.70 21.00

06 Tepung (1 Kg) 2.00 2.00

07 Pinggan Kertas (20 keping) 0.10 2.00

08 Bola Sepak 55.00 55.00

09 Baju Kanak-Kanak GDW Kg. Saman (30 helai) 12.00 360.00

10 Hadiah Bagi Kategori Kanak-Kanak (8 acara)

Pertama : RM 5

Kedua : RM 3

Ketiga : RM 2

10.00 80.00

11 Hadiah Bagi Kategori Dewasa (4 acara)

Pertama : RM 10

Kedua : RM 7

Ketiga : RM 5

22.00 88.00

JUMLAH 611.20

MAJLIS PERASMIAN/PENUTUPAN

12 Bendera Mini (8 set) 6.50 52.00

13 Khemah & Kerusi 50.00

14 PA Sistem 50.00

15 Kertas Sijil (5 keping) 0.70 3.50

16 Topi JKKK Kg. Saman (20 buah) 16.00 320.00

17 Saguhati Pelajar PMR 30.00 60.00

18 Hadiah Cabutan Bertuah 170.00

19 Jamuan 400.00

20 Cenderahati Pegawai KEMAS 40.00

JUMLAH 1165.50

21 LAIN-LAIN PERBELANJAAN 60.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 1986.70

Page 17: LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

17

8.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, Program Gotong Royong Mesra Rakyat 2009 GDW

Kampung Saman ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif seperti yang

disasarkan.

Bermula dengan aktiviti gotong-royong yang melibatkan seluruh penduduk

kampung, seterusnya aktiviti sukaneka berbagai kategori dan Majlis

Perasmian/Penutupan yang ringkas tetapi padat dengan berbagai acara seperti

penerimaan watikah perlantikan ketua blok, penerimaan penghargaan pelajar

cemerlang dan cabutan bertuah, menjadikan program yang dilaksanakan oleh

GDW Kg. Saman ini memenuhi keperluan dua (2) fokus utama program iaitu

membersihkan kampung dan mesra rakyat.

Pihak GDW Kg. Saman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mana-

mana pihak atau individu yang membantu sepanjang program dilaksanakan.

Semoga semangat kerjasama dan perpaduan dalam diri bukan saja penduduk Kg.

Saman malah penduduk kampung berhampiran juga mereka yang memimpin

dalam memastikan komuniti kita sentiasa bekembang secara positif dalam apa jua

aspek, pada masa akan datang. Siapa lagi kalau bukan kita!!