laporan penuh central forest spine (cfs)

384
CENTRAL FOREST SPINE PELAN INDUK RANGKAIAN EKOLOGI Laporan Akhir

Upload: trinhthuy

Post on 30-Dec-2016

865 views

Category:

Documents


136 download

TRANSCRIPT

  • CENTRAL FOREST SPINE

    PELAN INDUK RANGKAIAN EKOLOGI

    Laporan Akhir

  • KANDUNGAN 1.0 Pengenalan

    1.1 Latar Belakang 1-1

    1.2 Objektif Pelan Induk CFS 1-3

    1.3 Kawasan Pelan Induk CFS 1-3

    1.4 Visi untuk Pelan Induk CFS 1-5

    2.0 Kepentingan Rangkaian Ekologi

    2.1 Fragmentasi Habitat Semulajadi 2-1

    2.2 Fragmentasi Hutan Semenanjung Malaysia 2-6

    2.3 Kepentingan Pergerakan Jarak Jauh Babi Berjanggut dalam kawasan 2-7

    Pelan Induk CFS

    2.4 Rangkaian Ekologi Penyelesaian untuk Fragmentasi Habitat 2-8

    2.5 Contoh dari Negara-negara Lain 2-10

    3.0 Rangkaian Ekologi CFS

    3.1 Rangkaian Ekologi CFS1 3-1

    3.1.1 Rangkaian Utama (PL) 3-8

    3.1.2 Rangkaian Sekunder (SL) 3-44

    3.1.3 Rangkaian Rentas Sempadan (Trans-Boundary) 3-86

    3.1.4 Cadangan 3-88

    3.2 Rangkaian Ekologi CFS2 3-89

    3.2.1 Rangkaian Utama (PL) 3-89

    3.2.2 Rangkaian Sekunder (SL) 3-128

    3.3 Kajian Kes 3-164

    3.3.1 Kajian Kes CFS1 3-164

    1. CFS1 - PL1: HS Tanum (Greater Taman Negara) HS Sg. Yu 3-164

    (Main Range)

    2. CFS1 - PL2: HS Temenggor (Main Range) Taman Negeri 3-211

    Royal Belum (Banjaran Utama)

    3. CFS1 - SL2: Rezab Hidupan Liar Krau HS Bencah HS Som 3-265

    HS Yong

    3.3.2 Kajian Kes CFS2 3-314

    1. CFS2 - PL1: HS Labis Timur HS Mersing HS Lenggor 3-314

    2. CFS2 - PL2: HS Lesong HS Resak 3-355

    3. CFS2 PL4: HS Bukit Ibam HS Sg. Marong - HS Lesong 3-400

    4.0 Garis Panduan Umum untuk Rangkaian Ekologi

    4.1 Aplikasi Garis Panduan untuk Rangkaian Utama dan Sekunder 4-1

    4.2 Lintasan Hidupan Liar 4-1

    4.2.1 Latarbelakang 4-1

  • 4.2.2 Aplikasi Garis Panduan 4-2

    4.2.3 Rujukan Lain 4-2

    4.2.4 Lintasan Sedia Ada dalam Semenanjung Malaysia 4-3

    4.2.5 Merancang Lintasan Hidupan Liar 4-3

    4.2.6 Pertimbangan Berfungsi dalam Lintasan Hidupan Liar 4-7

    4.2.7 Lokasi Lintasan 4-8

    4.2.8 Jenis Lintasan Hidupan Liar 4-8

    4.2.9 Pemilihan Jenis Lintasan Hidupan Liar 4-13

    4.2.10 Pembinaan 4-13

    4.2.11 Selepas Pembinaan/Penyelenggaraan 4-14

    4.3 Garis Panduan untuk Aktiviti Eko-pelancongan dalam Rangkaian Ekologi 4-15

    4.3.1 Latarbelakang 4-15

    4.3.2 Kawasan Zon Pelancongan dalam Rangkaian Ekologi 4-15

    4.3.3 Garis Panduan Ekopelancongan berdasarkan Kategori Tarikan 4-16

    4.3.4 Garis Panduan Bagi tahap Tampungan dan Had Perubahan 4-20

    Yang Boleh Diterima

    4.3.5 Garis Panduan untuk Penyertaan Komuniti Tempatan 4-21

    4.4 Garis Panduan untuk Amalan Pengurusan Pertanian Mampan dalam 4-23

    Sektor Perladangan

    4.4.1 Objektif Garis Panduan 4-24

    4.4.2 Prinsip Pengurusan 4-24

    4.5 Garis Panduan untuk Pembangunan Pertanian Mampan Mengelilingi 4-30

    Kawsasan 'Wetland'

    4.5.1 Tujuan Garis Panduan 4-30

    4.5.2 Prinsip Umum 4-30

    4.5.3 Garis Panduan 4-30

    4.6 Garis Panduan untuk pembangunan Tanah Gambut untuk Pertanian 4-33

    4.6.1 Tujuan Garis Panduan 4-33

    4.6.2 Prinsip Umum 4-33

    4.6.3 Garis Panduan 4-33

    4.6.4 Garis Panduan bagi Pemuliharaan 4-36

    4.7 Garis Panduan Bagi Perhutanan dan Penghutanan Semula 4-37

    4.7.1 Garis Panduan Perhutanan bagi Hubungan dalam Hutan Jenis A 4-38

    4.7.2 Garis Panduan Perhutanan bagi Hubungan dalam Hutan Jenis B 4-38

    4.7.3 Garis Panduan Perhutanan bagi Hubungan dalam Hutan Jenis C 4-38

    4.7.4 Garis Panduan Perhutanan Bagi Kawasan Lain Dalam Rangkaian Kritikal 4-39

    4.7.5 Cadangan Spesis untuk Penghutanan Semula 4-40

    4.8 Garis Panduan bagi Tanah Sepanjang Rizab Sungai dan Koridor 4-41

    Riparian dalam Koridor Ekologi

    4.8.1 Objektif 4-41

    4.8.2 Definisi 4-41

    4.8.3 Pertimbangan bagi Pembangunan Sepanjang Rizab Sungai dan Pengwujudan 4-42

    Koridor Riparian

    4.9 Penempatan dan Perkampungan 4-44

    4.9.1 Penempatan dalam Rangkaian Utama (PL) 4-44

    4.9.2 Penempatan Berdekatan dengan Koridor Hidupan Liar dalam 4-44

    Rangkaian Utama, Hutan Simpan dan/atau dalam Rangkaian

    Sekunder (SL)

  • 4.10 Garis Panduan Bagi Mengurangkan Konflik Hidupan Liar-Manusia 4-45

    4.10.1 Objektif 4-45

    4.10.2 Latihan Pengurusan Terbaik Bagi Konflik Gajah-Manusia 4-46

    4.10.3 Amalan Pengurusan Terbaik Untuk Konflik Harimau-Manusia 4-47

    4.10.4 Amalan Pengurusan Terbaik Bagi Konflik Manusia-Hidupan Liar (Umum) 4-48

    4.11 Garis Panduan Bagi Anti-Pemburuan Untuk Rangkaian CFS 4-48

    4.11.1 Objektif 4-49

    4.11.2 Garis Panduan 4-49

    5.0 Pelan Pelaksanaan

    5.1 Rangka Kerja Institusi secara Keseluruhan 5-1

    5.1.1 Aspek Dasar 5-1

    5.1.2 Pembentukan Program dan Perancangan 5-4

    5.1.3 Pelaksanaan Pelan dan Program 5-4

    5.1.4 Pemantauan 5-6

    5.2 Strategi Pelaksanaan Rangkaian Ekologi dan Tanggungjawab 5-9

    5.2.1 Prinsip Perlaksanaan 5-9

    5.2.2 Tanggungjawab untuk Pelaksanaan 5-10

    5.3 Tempoh Pelaksanaan 5-62

    5.4 Cadangan Model Kewangan untuk Rangkaian Ekologi 5-87

    5.4.1 Pembiayaan Persekutuan sebagai Sumber Utama Kewangan 5-89

    5.4.2 Geran Khas Persekutuan untuk Negeri 5-91

    5.4.3 Inisiatif Swasta dan Derma 5-91

    5.4.4 Cadangan Dana Amanah Kebangsaan untuk Biodiversiti 5-92

    5.5 Kos dan Mekanisma Pembiayaan untuk Pelaksanaan 5-96

    5.5.1 Anggaran Kos, Mekanisma Pembiayaan dan Sumber Pembiayaan 5-96

    5.5.2 Analisis Ekonomi Pelaksanaan Rangkaian Ekologi 5-122

  • Senarai Jadual

    Jadual 1.1: Daerah dalam Kawasan CFS 1-4

    Jadual 3.3.1: KPI bagi Mencapai Functional Linkages 3-165

    Jadual 3.3.2: Kawasan dan Peratusan Bentuk Muka Bumi di PL1:Tanum- Sungai Yu 3-167

    Jadual 3.3.3: Kawasan dan Peratusan Cerun di PL1:Tanum- Sungai Yu 3-168

    Jadual 3.3.4: Kelas Kesesuaian Tanah Rangkaian Ekologi PL1 3-170

    Jadual 3.3.5: Gunatanah Semasa Rangkaian Ekologi PL1 3-172

    Jadual 3.3.6: Penerapan ESA untuk PL1 3-178

    Jadual 3.3.7: Kuantiti Trafik dan Komposisi di Sepanjang Jalan Persekutuan 08 3-194

    Jadual 3.3.8: Anggaran Kos Bagi Tahap 1 3-198

    Jadual 3.3.9: Anggaran Kos Bagi Tahap 2 3-198

    Jadual 3.3.10: Jumlah Kos PL1 3-203

    Jadual 3.3.11: Peranan-peranan Institusi Berkaitan Dengan Rangkaian Ekologi PL1 3-205

    Jadual 3.3.12: Implikasi Perundangan Berkaitan Dengan Rangkaian Ekologi PL1 3-207

    Jadual 3.3.13: KPI untuk Mencapai Fungsian Rangkaian 3-213

    Jadual 3.3.14: Keluasan dan Peratus Bentuk Muka Bumi PL2 3-215

    Jadual 3.3.15: Keluasan dan Peratus Kecerunan PL2 3-215

    Jadual 3.3.16: Keluasan Kelas Kesesuain Tanah di Koridor PL2 3-217

    Jadual 3.3.17: Guna Tanah Semasa, 2006 Bagi Koridor PL2 3-219

    Jadual 3.3.18: Aplikasi KSAS untuk Rangkaian Utama (PL2) 3-226

    Jadual 3.3.19: Unjuran Penduduk 2002-2015 3-230

    Jadual 3.3.20: Cadangan Pembangunan di dalam Koridor PL2 3-232

    Jadual 3.3.21: Isipadu dan Komposisi Lalulintas di Hulu Perak 3-246

    Jadual 3.3.22: Anggaran Kos Untuk Tahap I 3-251

    Jadual 3.3.23: Anggaran Kos Untuk Tahap 2 3-251

    Jadual 3.3.24: Kos Keseluruhan PL2 3-256

    Jadual 3.3.25: Pengurusan Institusi di Dalam Koridor Ekologi PL2 3-259

    Jadual 3.3.26: Strategi Utama 3-260

    Jadual 3.3.27: KPI bagi Mencapai Functional Linkages 3-267

    Jadual 3.3.28: Kawasan dan Peratusan Terrain 3-269

    Jadual 3.3.29: Kawasan dan Peratusan Kecerunan SL2 3-270

    Jadual 3.3.30: Kelas Kesesuaian Tanah Rangkaian Ekologi SL2 3-271

    Jadual 3.3.31: Gunatanah Semasa, 2006 Rangkaian Ekologi SL2 3-273

    Jadual 3.3.32: Penggunaan KSAS untuk SL2 3-280

    Jadual 3.3.33: Bilangan Peladang di SL2 3-286

    Jadual 3.3.34: Status Kerja Menaiktaraf Jalan Persekutuan 64, Benta-Jerantut 3-299

    Jadual 3.3.35: Kos Keseluruhan SL2 3-306

    Jadual 3.3.36: Peranan Institusi Berkaitan Dengan Rangkaian Ekologi SL1 3-308

    Jadual 3.3.37: Strategi Utama 3-309

    Jadual 3.3.38: Profil Penduduk dan Sosioekonomi 3-324

    Jadual 3.3.39: Ladang di Dalam dan Sekeliling PL1 3-325

    Jadual 3.3.40: Pengagihan Hutan Perlindungan dalam Lingkungan CFS2 3-326

    Jadual 3.3.41: Permohonan Bagi KSAS untuk PL1 3-327

    Jadual 3.3.42: Kriteria dan Cadangan Penyelesaian Untuk PL1 3-344

    Jadual 3.3.43: Kriteria dan Cadangan Penyelesaian Untuk Kawasan Berhampiran PL1 3-345

    Jadual 3.3.44: Anggaran Kos Untuk Peringkat 1 3-350

  • Senarai Jadual

    Jadual 3.3.45: Anggaran Kos Untuk Peringkat 2 3-351

    Jadual 3.3.46: Spesis Pokok Untuk Penghutanan Semula 3-354

    Jadual 3.3.47: Anggaran Kos Untuk PL1 3-354

    Jadual 3.3.48: Penduduk dan Profil Sosio Ekonomi 3-361

    Jadual 3.3.49: Ladang di Kuala Rompin 3-361

    Jadual 3.3.50: Aplikasi Kawasan KSAS Untuk PL2 3-363

    Jadual 3.3.51: Cadangan Pembangunan dalam Rancangan Tempatan Daerah Rompin 3-365

    Jadual 3.3.53: Anggaran Kos Bagi CFS2-PL2 3-381

    Jadual 3.3.54: Anggaran Kos Bagi CFS2-PL2 3-382

    Jadual 3.3.55: Spesis Pokok Untuk Penghutanan Semula 3-383

    Jadual 3.3.56: Anggaran Kos dan Sumber Kewangan Untuk CFS2-PL2 3-386

    Jadual 3.3.57: HEC Dalam Daerah Rompin di Pahang, 2006-2007 3-388

    Jadual 3.3.58: Nilai-nilai Tanaman Penduduk Kampung Yang Terjejas Berikutan HEC 3-390

    Jadual 3.3.59: Sumber Purata Kerugian Ekonomi Ditanggung Oleh Penduduk 3-391

    Kampung Berikutan Insiden HEC di Daerah Rompin

    Jadual 3.3.60: Kos Bagi Penangkapan dan Penempatan Semula 3-392

    Jadual 3.3.61: Nilai-Nilai Ekonomi Berdasarkan Pengalaman Ekopelancongan 3-394

    di Taman Negeri Endau-Rompin

    Jadual 3.3.62: Tawaran Maksimum, Min dan Median WTP Bagi Non-Value 3-396

    pada Rangkaian Ekologi

    Jadual 3.3.63: Jumlah Anggaran Nilai Ekonomi Bagi Pengwujudan Rangkaian 3-397

    Ekologi dan Pemuliharaan Hutan Di Daerah Rompin

    Jadual 3.3.64: Populasi dan Profil Sosio-Ekonomi 3-403

    Jadual 3.3.65: Ladang Kelapa Sawit di CFS2-PL4 3-405

    Jadual 3.3.66: Aplikasi Kawasan KSAS Untuk PL4 3-406

    Jadual 3.3.67: Kriteria Prestasi dan Penyelesaian Bagi Kawasan Bersebelahan PL4 3-418

    Jadual 3.3.68: Spesis Pokok Untuk Penghutanan Semula 3-421

    Jadual 3.3.69: Kos Pelaksanaan 3-422

    Jadual 4.1: Kriteria Untuk Pemilihan Kepada Keperluan Lintasan Hidupan Liar 4-4

    Jadual 4.2: Pertimbangan, Rekabentuk dan Pembinaan Lintasan Hidupan Liar 4-7

    Jadual 4.3: Kelebihan/Keburukan Lintasan Hidupan Liar pada Gred 4-9

    Jadual 4.4: Garis Panduan Rekabentuk Jalan dengan Lintasan Hidupan Liar 4-9

    (Pada Gred)

    Jadual 4.5: Kelebihan/Kekurangan Laluan Bawah 4-11

    Jadual 4.6: Ciri-ciri Lintasan Bawah untuk Memudahkan Lintasan Hidupan Liar 4-11

    Jadual 4.7: Ciri-ciri Jambatan Laluan Atas 4-12

    Jadual 4.8: Kelebihan/kekurangan Lintasan Atas 4-13

    Jadual 4.9: Ringkasan Pilihan 4-13

    Jadual 4.10: Zon Pengurusan Pelancongan dalam Rangkaian Ekologi 4-15

    Jadual 4.11: Garis Panduan Ekopelancongan berdasarkan Kategori Tarikan 4-16

    Jadual 4.12: Faktor Anggaran Tahap Tampungan 4-20

    Jadual 4.13: Garis panduan untuk Penyertaan Penduduk Tempatan 4-22

    Jadual 4.14: Garis Panduan Amalan Pengurusan Pertanian Mampan dalam Ladang 4-24

    Jadual 4.15: Garis Panduan Pembangunan Pertanian Mampan di Kawasan Wetland 4-30

    Jadual 4.16: Garis Panduan untuk Pembangunan Tanah Gambut untuk Pertanian 4-33

  • Senarai Jadual

    Jadual 4.17: Garis Panduan Pembangunan Sepanjang Rizab Sungai dan 4-42

    Pengwujudan Koridor Riparian

    Jadual 5.1: Fungsi Tanggungjawab Utama untuk Rangkaian Ekologi 5-8

    Jadual 5.2: Strategi Pelaksanaan untuk Rangkaian Utama dan Sekunder CFS1 5-11

    Jadual 5.3: Pelaksanaan Strategi untuk Rangkaian Utama dan Sekunder CFS2 5-36

    Jadual 5.4: Jangka Masa Pelaksanaan Bagi Rangkaian Ekologi CFS 1 5-64

    Jadual 5.5: Jangka Masa Pelaksanaan Bagi Rangkaian Ekologi CFS 2 5-79

    Jadual 5.6: Anggaran Jumlah Kos Pembangunan 5-96

    Jadual 5.7: Anggaran Jumlah Kos Pembangunan oleh Jenis Rangkaian 5-96

    Jadual 5.8: Anggaran Jumlah Kos Pembangunan Rangkaian Prioriti dan 5-97

    Bukan-Prioriti

    Jadual 5.9: Anggaran Kos Rangkaian Ekologi CFS 1 5-98

    Jadual 5.10: Kos Anggaran Rangkaian Ekologi CFS2 5-121

    Jadual 5.11: Anggaran Kos dan Faedah Pendapatan daripada Karbon CFS1 5-125

    Jadual 5.12: Anggaran Kos dan Keuntungan Pendapatan daripada Karbon CFS2 5-126

    Jadual 5.13: Analisis Ekonomi Rangkaian Ekologi 5-132

    Jadual 5.14: Analisa Sensitiviti 5-133

  • Senarai Rajah

    Rajah 1.1: Kompleks Hutan CFS Di Semenanjung Malaysia 1-2

    Rajah 1.2: Kawasan Pelan Induk CFS 1-4

    Rajah 2.1: Kesan Pembasmian Hutan Contoh Singapura 2-2

    Rajah 3.1a: Rangkaian Utama 3-1

    Rajah 3.1b: Rangkaian sekunder 3-2

    Rajah 3.1.1: Rangkaian Utama dan Sekunder Central Forest Spine 3-6

    Rajah 3.1.2: Rangkaian Utama dan Sekunder dalam CFS 3-7

    Rajah 3.1.3: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - PL1: HS Tanum 3-11

    (Greater Taman Negara) HS Sg. Yu (Main Range)

    Rajah 3.1.4: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - PL2: HS Temenggor (Main Range) 3-15

    Taman Negeri Royal Belum (Banjaran Utama)

    Rajah 3.1.5: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - PL3: HS Lojing (Banjaran Utama) 3-18

    HS Sg Brok (Banjaran Utama)

    Rajah 3.1.6: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - PL4: HS Padang Chong 3-21

    (Bintang Hijau) HS Sg Kuak (Banjaran Utama)

    Rajah 3.1.7: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - PL5: HS Ulu Muda (Ulu Muda) 3-24

    HS Gunung Inas (Bintang Hijau)

    Rajah 3.1.8: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - PL6: HS Ulu Jelai (Banjaran Utama) 3-27

    HS Hulu Lemoi (Banjaran Utama)

    Rajah 3.1.9: Rezab Hidupan Liar Terengganu 3-30

    Rajah 3.1.10: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - PL7: Taman Negara HS Tembat 3-31

    (Greater Taman Negara)

    Rajah 3.1.11: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - PL8: HS Kenderong 3-34

    (Bintang Hijau) HS Bintang Hijau (Hulu Perak) (Bintang Hijau)

    Rajah 3.1.12: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - PL9: HS Bintang Hijau Larut 3-37

    Matang HS Bintang Hijau Kuala Kangsar

    Rajah 3.1.13: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 PL 10: HS Bukit Larut HS Bubu 3-40

    Rajah 3.1.14: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - PL 11: HS Jerangau HS Jerangau 3-43

    Rajah 3.1.15: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - SL1: HS Lebir 3-46

    HS Relai HS Ulu Temiang HS Jentiang HS Serasa Gunung Stong

    Rajah 3.1.16: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - SL2: Rezab Hidupan Liar Krau 3-50

    HS Bencah HS Som HS Yong

    Rajah 3.1.17: Status Tanah dan Guna Tanah di CFS1 - SL3 3-53

    Rajah 3.1.18: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - SL3: HS Bintang Hijau (Hulu Perak) 3-54

    HS Papulut HS Piah

    Rajah 3.1.19: Pembangunan Lebuhraya di CFS1 - SL4 3-57

    Rajah 3.1.20: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - SL4: Kompleks Hutan 3-58

    Taman Negara Terengganu Coast

    Rajah 3.1.21: Pembangunan Komited di CFS1 -SL5 3-61

    Rajah 3.1.22: Pelan Strategi Perlaksanaan CFS1 - SL5: Kompleks Hutan 3-62

    Taman Negara Terengganu Coast 2

    Rajah 3.1.23: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - SL6: Taman Negara HS Chiku 3-65

    Rajah 3.1.24: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - SL7: HS Ulu Muda HS Pedu 3-68

    HS Chebar

    Rajah 3.1.25: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - SL8: HS Ulu Muda HS Rimba Telui 3-71

  • Senarai Rajah

    Rajah 3.1.26: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - SL9: HS Jeli HS Sg. Sator 3-74

    HS Sokortaku

    Rajah 3.1.27: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - SL10: HS Chabang Tongkat 3-77

    HS Ulu Sat HS Temangan

    Rajah 3.1.28: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - SL 11: HS Bukit Kinta 3-80

    HS Bujang Melaka

    Rajah 3.1.29: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - SL 12: HS Bubu Hutan Paya 3-83

    Bakau Matang

    Rajah 3.1.30: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - SL 13: HS Gunung Bongsu 3-85

    HS Gunung Inas

    Rajah 3.1.31: Rangkaian Rentas Sempadan 3-88

    Rajah 3.2.1: Guna Tanah CFS2- PL1: HS Labis Timur HS Mersing HS Lenggor 3-95

    Rajah 3.2.2: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS2 - PL1: HS Labis Timur HS Mersing 3- 96

    HS Lenggor

    Rajah 3.2.3: Guna Tanah CFS2 - PL2: HS Lesong HS Resak 3- 102

    Rajah 3.2.4: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS2 PL2: HS Lesong HS Resak 3-103

    Rajah 3.2.5: Guna Tanah CFS2 - PL3: HS Panti HS Ulu Sedili 3-108

    Rajah 3.2.6: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS2 PL: 3 HS Panti HS Ulu Sedili 3-109

    Rajah 3.2.7: Guna Tanah CFS2 PL4: HS Bukit Ibam HS Sg. Marong - HS Lesong 3-114

    Rajah 3.2.8: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS2 PL4: HS Bukit Ibam HS Sg. Marong 3- 115

    - HS Lesong

    Rajah 3.2.9: Guna Tanah CFS2 PL5: HS Kedondong HS Pekan - HS Nenasi 3-120

    Rajah 3.2.10: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS2 PL5: HS Kedondong HS Pekan 3- 121

    & HS Nenasi

    Rajah 3.2.11: Guna Tanah CFS2 PL6: Rizab Ramsar Bera 3-126

    Rajah 3.2.12: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS2 PL6: Rizab Ramsar Bera 3-127

    Rajah 3.2.13: Guna Tanah CFS2 SL1: HS Lepar HS Bekelah 3-132

    Rajah 3.2.14: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS2 SL1: HS Lepar HS Bekelah 3-133

    Rajah 3.2.15: Guna Tanah CFS2 - SL2: HS Chini HS Lepar Rajah 3-137

    Rajah 3.2.16: Pelan Pelaksanaan Strategi CFS2 - SL2: HS Chini HS Lepar 3-138

    Rajah 3.2.17: Guna Tanah CFS2 - SL3: HS Raja Musa HS Bukit Tarek 3-143

    HS Bukit Gading

    Rajah 3.2.18: Pelan Strategi Pelaksanaan - SL3: HS Raja Musa HS Bukit Tarek 3-144

    HS Bukit Gading

    Rajah 3.2.19: Guna Tanah CFS2 - SL4: HS Mersing HS Jemaluang 3-148

    Rajah 3.2.20: Pelan Strategi Pelaksanaan - SL4: HS Mersing HS Jemaluang 3-149

    Rajah 3.2.21: Guna Tanah CFS2 - SL5: HS Panti HS Kuala Sedili 3-153

    Rajah 3.2.22: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS2 - SL5: HS Panti HS Kuala Sedili 3-154

    Rajah 3.2.23: Guna Tanah CFS2 - SL6: HS Setul HS Triang 3-158

    Rajah 3.2.24: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS2 - SL6: HS Setul HS Triang 3-159

    Rajah 3.2.25: Guna Tanah CFS2 - SL7: HS Angsi HS Berembun 3-162

    Rajah 3.2.26: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS2 - SL7: HS Angsi HS Berembun 3-163

    Rajah 3.3.1: Kawasan Sediada di CFS1-PL1 3-166

    Rajah 3.3.2: Pelan Lokasi 3-168

    Rajah 3.3.3: Kecerunan 3-169

  • Senarai Rajah

    Rajah 3.3.4: Tanah 3-171

    Rajah 3.3.5: Hidrologi 3-173

    Rajah 3.3.6: Gunatanah PL1 3-174

    Rajah 3.3.7: Hutan Semasa PL1 3-176

    Rajah 3.3.8: Habitat Hidupan Liar 3-177

    Rajah 3.3.9: Status Hidupan Liar PL1 3-177

    Rajah 3.3.10: Kawasan Sensitif Alam Sekitar Di Negeri Pahang 3-179

    Rajah 3.3.11: Pelan Alam Sekitar PL1 3-180

    Rajah 3.3.12: Status Tanah PL1 3-183

    Rajah 3.3.13: Pertanian 3-184

    Rajah 3.3.14: Pelancongan 3-187

    Rajah 3.3.15: Kadar Peningkatan Trafik Tahunan 3-195

    Rajah 3.3.16: Jalan Raya dalam Kawasan PL 1 3-195

    Rajah 3.3.17: Jalan Raya dalam Kawasan PL 1 3-195

    Rajah 3.3.18: Cadangan Lokasi Hidupan Liar di PL1 3-197

    Rajah 3.3.19: Cadangan Jalan Atas di PL1 3-197

    Rajah 3.3.20: Pelan Pembangunan Koridor Bagi PL1 3-202

    Rajah 3.3.21: Litupan Kawasan Sediada 3-212

    Rajah 3.3.22: Pelan Lokasi PL2 3-216

    Rajah 3.3.23: Bentuk Muka Bumi PL2 3-216

    Rajah 3.3.24: Kelas Tanah 3-218

    Rajah 3.3.25: Hidrologi 3-220

    Rajah 3.3.26: Gunatanah PL2 3-221

    Rajah 3.3.27: Hutan 3-223

    Rajah 3.3.28: Habitat Hidupan Liar 3-224

    Rajah 3.3.29: Binatang Yang Ditemui di Hutan Simpan Berdekatan Koridor PL2 3-224

    Rajah 3.3.30: Pengurusan Alam Sekitar Negeri Perak 3-228

    Rajah 3.3.31: KSAS 3-229

    Rajah 3.3.32: Penduduk Grik, Banding dan Royal Belum dari 2002-2015 3-230

    Rajah 3.3.33: Status Tanah PL2 3-233

    Rajah 3.3.34: Perancangan Pembangunan Pertanian Sepanjang Lebuhraya Grik-Jeli 3-234

    Rajah 3.3.35: Pertanian 3-236

    Rajah 3.3.36: Pelancongan 3-239

    Rajah 3.3.37: Pertumbuhan Lalu-Lintas Tahunan 3-246

    Rajah 3.3.38: Cadangan Lintasan Hidupan Liar PL2 Kawasan A 3-248

    Rajah 3.3.39: Cadangan Lintasan Hidupan Liar PL2 Kawasan B 3-249

    Rajah 3.3.40: Cadangan Lintasan Hidupan Liar PL2 Kawasan C 3-249

    Rajah 3.3.41: Lintasan Hidupan Liar Jenis Underpass Viaduct di PL2 3-250

    Rajah 3.3.42: Keseluruhan Pembangunan Koridor Untuk PL2 3-255

    Rajah 3.3.43: Litupan Tanah Sedia Ada di SL2 3-266

    Rajah 3.3.44: Pelan Lokasi 3-269

    Rajah 3.3.45: Kecerunan 3-270

    Rajah 3.3.46: Tanah 3-272

    Rajah 3.3.47: Hidrologi 3-274

    Rajah 3.3.48: Guna Tanah SL2 3-275

  • Senarai Rajah

    Rajah 3.3.49: Hutan 3-278

    Rajah 3.3.50: Habitat Hidupan Liar 3-279

    Rajah 3.3.51: KSAS 3-282

    Rajah 3.3.52: Status Tanah 3-284

    Rajah 3.3.52: Jenis Tanah di SL2 3-285

    Rajah 3.3.53: Gunatanah Pertanian Bagi SL2 3-286

    Rajah 3.3.54: Pertanian 3-288

    Rajah 3.3.55: Pelancongan 3-292

    Rajah 3.3.56: Strategi Pengurusan Untuk SL2 3-298

    Rajah 3.3.57: Kerja Menaiktaraf Untuk Jalan Persekutuan 3-300

    Rajah 3.3.58: Rekabentuk dan Pembinaan Jalan 3-301

    Rajah 3.3.59: Rekabentuk terowong 3-302

    Rajah 3.3.60: Pelan Induk Pembangunan Keseluruhan Koridor SL2 3-305

    Rajah 3.3.61: Rangkaian Ekologi dalam CFS2-PL1 3-315

    Rajah 3.3.62: Guna Tanah Sedia Ada di CFS2-PL1 3-317

    Rajah 3.3.64: Cadangan Laluan Atas Sepanjang RF50 Jalan FELDA Nitar 3-352

    Rajah 3.3.65: Cadangan Laluan Bawah Sepanjang RF50 Timur Persimpangan 3-353

    FELDA Nitar

    Rajah 3.3.66: Guna Tanah Sedia Ada CFS2-PL2 3-358

    Rajah 3.3.67: Pemuliharaan Hutan Dalam Rancangan Struktur Negeri Pahang 3-362

    Rajah 3.3.68: Cadangan Tindakan Pelaksanaan Bagi PL2 3-370

    Rajah 3.3.69: Keadaan Semasa Jalan FR63 3-384

    Rajah 3.3.70: Cadangan Laluan Bawah Sepanjang Jalan FR63 3-385

    Rajah 3.3.71: Rangkaian Ekologi di CFS2-PL4 3-401

    Rajah 3.3.72: Kegunaan Tanah 3-403

    Rajah 3.3.73: Guna Tanah Sedia Ada di CFS2-PL4 3-404

    Rajah 3.3.74: Cadangan Pembangunan Dalam Rancangan Tempatan Daerah Rompin 3-408

    Rajah 3.3.75: Cadangan Tindakan Pelaksanaan Bagi CFS2-PL4 3-410

    Rajah 4.1: Carta Alir Keputusan 4-5

    Rajah 4.2: Pendekatan Landskap Pada Perlindungan Biodiversiti 4-39

    Rajah 4.3: Rajah Koridor Riparian 4-42

    Rajah 5.1: Rangka kerja Institusi Keseluruhan untuk Koridor Ekologi 5-3

    Rajah 5.2: Mekanisma Perlaksanaan di antara Majlis, Agensi Utama 5-5

    dan Agensi Sokongan

    Rajah 5.3: Cadangan Model Kewangan untuk Rangkaian Ekologi 5-88

    Rajah 5.4: Model Indikatif untuk Cadangan Dana Amanah Kebangsaan 5-94

    pada Biodiversiti

  • pengenalan

  • 1-1

    1.0 Pengenalan

    Pelan Induk Rangkaian Ekologi ini bertujuan untuk membina semula, mengekalkan dan

    meningkatkan hubungan di antara baki kawasan hutan utama di Semenanjung Malaysia,

    yang membolehkan wujudnya satu rangkaian hutan secara fizikal dan bersambung di

    sepanjang kawasan Central Forest Spine (CFS) Semenanjung Malaysia. Pelan Induk ini akan

    menjadi rujukan awal kepada pemuliharaan biodiversiti di peringkat asas dan juga sebagai

    rujukan utama melibatkan mana-mana perancangan masa hadapan terhadap penggunaan

    tanah di kawasan CFS.

    1.1 Latar Belakang

    Sebahagian besar bahagian tengah Semenanjung Malaysia merupakan kawasan

    hutan tropika yang kompleks terdiri daripada hutan pedalaman, hutan paya gambut

    dan hutan paya bakau. Hutan-hutan ini bukan sahaja penting dan kaya dari aspek

    biologi, tetapi lebih kepada fungsi lain-lain ekologi seperti kawasan tadahan air.

    Pada masa ini, habitat hutan semakin terancam kerana kebanyakan kawasan hutan

    telah diterokai untuk guna tanah lain dan secara tidak langsung kawasan hutan yang

    selebihnya bakal terdedah kepada ancaman dan tekanan pembangunan yang lebih

    pesat.

    Rancangan Fizikal Negara (RFN) telah mengenalpasti bahawa fragmentasi hutan

    mewakili salah satu dari ancaman utama kepada pemuliharaan biodiversiti dan

    ekosistem yang baik. Oleh itu, Rancangan Fizikal Negara (RFN) menggariskan

    melalui Polisi 19, perlunya kawasan CFS sebagai tulang belakang kepada Kawasan

    Sensitif Alam Sekitar (KSAS) ataupun Environmentally Sensitive Area (ESA) di

    Semenanjung Malaysia.

    Rancangan Fizikal Negara mengenalpasti bahawa pemuliharaan hutan penting dalam

    pengurusan tanah negara yang optimum dan juga kepelbagaian penggunaan

    kawasan hutan akan lebih dipertingkatkan melalui kawasan CFS yang telah

    dikenalpasti beserta strategi dalam mewujudkan jaringan dan koridor ke kawasan

    hutan simpan yang lebih terpencil. Maka, penyatuan kawasan hutan yang telah

    terpecah ini sangat penting dalam mewujudkan keseimbangan di antara arus

    pembangunan dan aktiviti pemuliharaan (Rancangan Fizikal Negara, 2005).

    Walaupun Rancangan Fizikal Negara merupakan dokumen polisi di peringkat

    nasional tetapi ia tidak memperincikan sempadan spatial dan pengurusan serta

    fungsi kawasan kajian CFS, namun jelas sekali bahawa kawasan CFS ini adalah

    `green heart yang teramat penting di Semenanjung Malaysia yang merangkumi

    rangkaian kawasan hutan utama yang terbesar dan juga habitat kritikal bagi

    tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kawasan tumpuan bagi `green heart di

    Semenanjung Malaysia adalah merupakan empat kompleks hutan seperti yang telah

    dikenalpasti di dalam Rancangan Fizikal Negara (Rujuk Rajah 1.1).

  • 1-2

    Rajah 1.1: Kompleks

    Hutan CFS Semenanjung

    Malaysia

    1. Banjaran Titiwangsa-

    Banjaran Bintang-

    Banjaran Nakawan

    2. Taman Negara-Banjaran

    Timur

    3. Pahang Tenggara, Chini

    dan Bera Wetland

    4. Taman Endau Rompin

    Rizab Hidupan Liar

    Kluang

    Fakta 1.1:

    Polisi Rancangan Fizikal Negara dan Langkah dalam mewujudkan Rangkaian Ekologi

    Rancangan Fizikal Negara 19: CFS perlu diwujudkan sebagai tulang belakang kepada

    Kawasan Sensitif Alam Sekitar.

    Langkah:

    Kajian perlu dilakukan untuk menentukan kemungkinan mewujudkan semula integriti

    dan sambungan hutan dan paya melalui perlaksanaan rangkaian di antara empat

    kompleks hutan utama berikut:

    a. Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan,

    b. Taman Negara-Banjaran Timur,

    c. Pahang Tenggara, Chini dan Bera Wetland,

    d. Taman Endau Rompin - Rizab Hidupan Liar Kluang

    Sungai boleh digunakan sebagai koridor penghubung untuk mengekalkan integriti dan

    sambungan ekosistem hutan. Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan perlu

    menerapkan konsep penggunaan sungai dan hutan sebagai tunjang dalam memajukan

    rangkaian kawasan rekreasi berjajar bagi mengekalkan keseimbangan ekologi.

    Sumber: Rancangan Fizikal Negara, 2005

  • 1-3

    1.2 Objektif Pelan Induk CFS

    Pelan Induk ini menitikberatkan objektif jangka

    panjang dalam membina semula, mengekalkan dan

    meningkatkan hubungan di antara baki kawasan hutan

    utama di Semenanjung Malaysia. Setelah dibentuk,

    kawasan CFS bakal mewujudkan satu rangkaian hutan

    secara fizikal dan bersambung dari Johor sehingga ke

    kawasan perhutanan di negeri-negeri di sebelah utara

    Semenanjung Malaysia.

    Manfaat utama Pelan Induk ini adalah bagi mengurangkan kesan negatif

    fragmentasi hutan terhadap aspek biodiversiti yang akan dapat memastikan

    keseluruhan spesis yang terdapat di dalam hutan akan terpelihara serta

    mengekalkan kawasan di mana berlangsungnya proses ekologi tersebut. Manfaat

    sampingan pula adalah sebagai stepping stone bagi meningkatkan kesinambungan

    untuk sebahagian habitat.

    Kawasan sekitar CFS juga turut sensitif terhadap persekitarannya kerana terletak

    berhampiran dengan kawasan perlindungan, kawasan tadahan air dan/atau muka

    bumi yang berbatu-batan. Rancangan Fizikal Negara mengesyorkan pemuliharaan

    kawasan persekitaran sensitif ini dan menyatakan bahawa Kawasan Sensitif Alam

    Sekitar(KSAS) perlu diintegrasikan di dalam perancangan dan pengurusan

    penggunaan tanah dan sumber alam semulajadi dalam memastikan pembangungan

    mampan1. Oleh itu, CFS dapat didefinisikan sebagai mega-KSAS; yang terdiri

    daripada hutan tropika dan kawasan bukan hutan.

    Maka, Pelan Induk akan menyediakan rangka kerja untuk;

    1. Strategi rangkaian dalam menghubungkaitkan pusat perhutanan yang utama

    atau kepulauan hutan; di mana rangkaian utama dan sekunder akan

    dikenalpasti.

    2. Cadangan bagi pencegahan, inisiatif dan tindakan yang diperlukan dalam

    strategi rangkaian yang telah dicadangkan, dan

    3. Dana dan mekanisma pelaksanaan untuk menggalak kesinambungan koridor

    tersebut.

    1.3 Kawasan Pelan Induk CFS

    Pelan Induk ini meliputi kawasan di selatan Johor sehingga ke kawasan perhutanan

    di negeri-negeri di sebelah utara Semenanjung Malaysia melibatkan lapan (8) negeri

    iaitu Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan

    Pahang (Rujuk Rajah 1.2). Daerah yang terlibat dalam kawasan Pelan Induk ini

    seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1.1.

    1 Rancangan Fizikal Negara, 2005-2020, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia

    Objektif

    Membina semula, mengekalkan dan meningkatkan hubungan di antara kawasan liputan hutan CFS di

    Semenanjung Malaysia

  • 1-4

    Jadual 1.1: Daerah dalam Kawasan CFS

    Kedah Perak Kelantan Terengganu

    1. 2. 3. 4. 5. 6.

    Kubang Pasu Padang Terap Sik Pendang Baling Kulim

    1. 2. 3. 4. 5. 6.

    Hulu Perak Selama Larut dan Matang Kuala Kangsar Kinta Batang Padang

    1. 2. 3. 4. 5. 6.

    Jeli Pasir Putih Machang Tanah Merah Kuala Krai Gua Musang

    1. 2. 3. 4. 5.

    Besut Setiu Hulu Terengganu Dungun Kemaman

    Johor Pahang Selangor Negeri Sembilan

    1. 2. 3. 4.

    Kluang Kota Tinggi Mersing Segamat

    1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

    Maran Bentong Kuantan Raub Temerloh Bera Pekan Rompin Lipis Cameron Highlands Jerantut

    1. 2. 3.

    Gombak Hulu Langat Hulu Selangor

    1. 2. 3. 4. 5. 6.

    Jelebu Jempol Kuala Pilah Rembau Seremban Tampin

    Rajah 1.2: Kawasan Pelan Induk CFS

    Kawasan CFS1

    Sempadan CFS2

    Banjaran Titiwangsa-

    Banjaran Bintang-

    Banjaran Nakawan

    Taman Negara-Banjaran

    Timur

    Pahang Tenggara, Chini

    dan Bera Wetland

    Taman Endau Rompin

    Rezab Hidupan Liar Kluang

  • 1-5

    Kawasan CFS (seperti yang didefinisikan dalam Rancangan Fizikal Negara) bagi

    Pelan Induk ini, lebih tertumpu kepada utara dan selatan rangkaian kompleks hutan

    Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan, Taman Negara (Pahang),

    Pahang Tenggara-Chini-Bera Wetland dan Endau Rompin-Rezab Hidupan Liar Kluang.

    Empat kompleks hutan dalam Pelan Induk CFS ini melibatkan kawasan seluas 5.3

    hektar.

    1.4 Visi untuk Pelan Induk CFS

    Visi Pelan Induk CFS ini adalah supaya pada penghujung jangka masa rancangan

    perlaksanaan, kesemua empat kompleks hutan yang penting dalam Pelan Induk ini

    (iaitu Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan, Taman Negara

    (Pahang), Pahang Tenggara-Chini-Bera Wetland dan Rizab Hidupan Liar Endau

    Rompin-Kluang) diharapkan akan menjadi jaringan hutan yang bersambung; terdiri

    daripada kawasan hutan yang dilindungi dan dituruti dengan habitat kawasan bukan

    hutan yang diurus secara mampan.

    Kajian ini sebagai `pembuka mata bagi menunjukkan kepentingan untuk

    memelihara dan memulihara koridor ekologi. Pemeliharaan dan Pemuliharan

    koridor ekologi amat penting untuk melindungi dan mengekalkan biodiversiti dalam

    pembangunan mampan. Ia juga secara tidak langsung membantu agensi-agensi

    pelaksana demi kepentingan biodiversiti secara mampan.

    Pelan Induk ini juga akan menyumbang kepada keseluruhan visi ke arah pewujudan

    kesinambungan atau kawasan pemuliharaan/konservasi yang bersambung meliputi

    kawasan hutan dan bukan hutan yang akan dikekalkan sebagai `green heart dalam

    Kawasan Sensitif Alam Sekitar di Semenanjung Malaysia.

    Ini hanya akan dapat dicapai melalui kewujudan rangkaian ekologi yang akan

    membolehkan pergerakan haiwan secara bebas dalam habitat masing-masing, selain

    menyediakan eko-habitat semulajadi flora dan fauna yang akhirnya dapat menjamin

    pemuliharaan sumber biologi dan alam sekitar. Pada masa yang sama, aktiviti

    manusia yang terkawal di sekeliling kawasan kompleks hutan dan rangkaian ekologi

    ini akan dapat mengekalkan nilai biodiversiti dan fungsi kompleks hutan,

    mengurangkan kesan aktiviti manusia tersebut ke atas alam semulajadi dan

    menghalang konflik manusia dan haiwan baik di hutan mahupun di kawasan lain.

    Kesan jangka panjang akan menunjukkan bahawa dengan wujudnya rangkaian

    ekologi serta pengurusan tanah yang terkawal di sekitarnya, ianya mampu

    menyumbang kepada integriti hutan dan ekosistemnya.

    Bagi mencapai visi ini, pendekatan yang holistik dalam perancangan dan pengurusan

    kompleks hutan dan rangkaian ekologi serta kawasan sekitarnya sangat penting dan

    Pelan Induk bagi Rangkaian Ekologi ini akan menyediakan rangka kerja bagi

    membolehkan wujudnya rangkaian yang bersambung, melalui pengenalpastian

    cadangan koridor yang bakal dilaksanakan dan juga membentuk strategi

    perlaksanaan, mekanisma pembiayaan serta garis panduan bagi kawasan rangkaian

    ekologi dan kawasan di sekelilingnya.

  • kepentingan

    rangkaian ekologi

  • 2-1

    2.0 Kepentingan Rangkaian Ekologi

    Rangkaian ekologi merupakan elemen penting dalam Pelan Induk CFS. Ia dikenalpasti sebagai

    kawasan di mana penglibatan yang aktif diperlukan untuk mewujudkan semula kesinambungan

    (connectivity) di dalam kawasan CFS.

    2.1 Fragmentasi Habitat Semulajadi

    Fragmentasi habitat adalah pecahan habitat semulajadi kepada kelompok-kelompok

    yang terpisah. Ia berlaku secara semulajadi melalui proses iklim dan geologi yang boleh

    mengubah lanskap, seperti kenaikan paras laut apabila sungai bertukar laluan atau

    tanah runtuh yang boleh membentuk halangan. Walau bagaimanapun, kejadian alam

    tersebut berlaku dalam jangka masa yang panjang di mana kebanyakan bentuk

    kehidupan mampu mengadaptasinya.

    Fragmentasi habitat terjadi disebabkan aktiviti manusia, pada masa yang sama, ia juga

    disebabkan oleh aktiviti seperti pembersihan kawasan tanaman asli untuk tujuan guna

    tanah selain perhutanan, selalunya melibatkan kawasan yang besar dan berlaku dalam

    jangka masa yang singkat.

    Fragmentasi hutan dan kesan dari penebangan hutan telah dikenalpasti sebagai proses

    yang mampu merebak dengan cepat dan mendatangkan kesan yang paling

    memudaratkan terhadap kawasan tropika sekarang1. Kesannya terhadap biodiversiti

    amat dramatik, seperti dalam kes berikut (rujuk Rajah 2.1: Kesan Penebangan Hutan di

    Singapura).

    Fragmentasi habitat memberi kesan berikut:

    Pengurangan kadar keseluruhan habitat disebabkan oleh aktiviti pembersihan hutan

    di kawasan asal;

    Pengurangan saiz purata setiap kelompok habitat dari saiz asalnya, dari kelompok

    yang besar kepada kelompok yang lebih kecil disebabkan proses fragmentasi

    tersebut;

    Habitat asal mempunyai pelbagai kelompok dengan fungsi yang berasingan;

    disebabkan oleh ketidakupayaan spesis asli yang asal (bukan semua spesis) untuk

    bergerak/berpindah di antara kelompok habitat.

    Penambahan jumlah edge habitat berbanding baki kawasan disebabkan nisbah

    sempadan/kawasan meningkat apabila saiz kelompok asal berkurang (rujuk Fakta

    2.1) dan,

    Penurunan mutlak dalam habitat dalaman (rujuk Fakta 2.2).

    1 C.Gascon, B.G Williamson and G.A.B da Fonseca (2000), Receding Forest Edges and Vanishing Reserves, Science 288, pp.1356-1358

  • 2-2

    Rajah 2.1: Kesan Penebangan Hutan Contoh Singapura

    Hutan hujan primer

    Hutan paya air tawar

    Paya bakau

    Hutan sekunder

    Kawasan tanaman & bandar

    Nota:

    Hijau adalah kepupusan (direkodkan) & biru

    adalah kepupusan

    (dibuat kesimpulan) di

    Singapura

    Diolah dari buku

    Southeast Asian

    Biodiversity: An Impending Disaster;

    Navjot S. Sodhi et al.,

    TRENDS in Ecology and Evolution, Vol. 19,

    No.12, Dec. 2004, pp.

    654-660.

    Singapura 1819 Singapura 1990

    Kepupusan di Singapura:

    % kepupusan spesis

    Mamalia

    Burung

    Reptilia

    Amfibia

    Ikan

    Rama-rama

    Serangga daun & batang

    *Decapod Crustaceans

    Tumbuhan

    Hutan Hujan Primer

    Hutan Paya ` Freshwater

    Paya Bakau

    Hutan Sekunder

    Kawasan bandar dan pertanian

  • 2-3

    Fakta 2.1:

    Pendebungaan dan Penyuraian Biji Benih

    Pendebungaan dan penyuraian biji benih adalah dua proses penting dalam memastikan

    tumbuhan dapat terus hidup dan bertahan lebih lama. Begitu juga bagi haiwan dan

    hutan secara keseluruhannya kerana tumbuhan adalah sumber utama dalam rantai

    makanan, serta penting dalam membentuk struktur asas habitat hutan hujan tropika.

    Dalam hutan hujan tropika yang tebal di mana tiupan angin adalah terhad,

    kebanyakkan tumbuhan bergantung kepada haiwan bagi tujuan pendebungaan dan

    penyuraian biji benih. Serangga, burung dan kelawar membantu dalam proses

    pendebungaan dengan cara memindahkan debunga dari bunga ke bunga semasa

    mencari makanan (nektar dan/atau debunga); manakala haiwan pemakan buah

    (frugivor) pula menyuraikan biji benih ke keseluruhan kawasan hutan melalui

    najisnya.

    Dalam memastikan kesinambungan kitaran hutan, adalah penting bagi haiwan ini

    bergerak secara bebas dan selamat di dalam hutan, serta di antara kelompok hutan

    yang berbeza. Lebih membimbangkan, kebanyakkan haiwan ini adalah berkeupayaan

    iaitu mereka hanya bertindak sebagai agen pendebungaan untuk spesis tertentu.

    Perhatian juga perlu diberikan terhadap spesis tertentu sebegini untuk

    membolehkannya bergerak merentasi hutan.

    Antara kumpulan haiwan yang bertindak sebagai agen pendebungaan adalah:

    Serangga termasuklah lebah, rama-rama, kupu-kupu, kumbang

    Kelawar terutamanya kelawar buah

    Burung termasuklah burung kelicap, burung sepah puteri dan burung kelicap

    jantung

    Antara kumpulan haiwan yang bertindak sebagai agen penyuraian biji benih adalah:

    Kelawar terutamanya kelawar buah

    Primates termasuklah lotong, beruk dan ungka

    Rodensia termasuklah tikus, tupai dan tupai terbang, landak

    Beruang

    Musang

    Ungulates termasuklah kebanyakkan spesis rusa dan babi hutan

    Burung termasuklah burung enggang

  • 2-4

    Fakta 2.2:

    Edge Effect

    Fragmentasi hutan mengakibatkan bertambahnya kawasan baki hutan yang terletak

    berhampiran dengan kawasan tepian hutan. Bahaya edge effect ini adalah kerana

    kawasan tersebut kini terdedah kepada angin, cahaya matahari dan peningkatan

    suhu yang boleh menjangkau sehingga ke kawasan pedalaman hutan dari zon

    transisi. Kesan negatifnya terhadap ekosistem meliputi perubahan komposisi

    komuniti haiwan dan tumbuhan serta kepelbagaiannya, peningkatan serbuan

    pemangsa dan pesaing, meningkatnya perpindahan pasif spesis utama dari habitat

    utamanya, meningkatnya kadar kematian pokok, senang terbakar, perubahan iklim

    mikro, peningkatan pelepasan karbon terutamanya kerana peningkatan kadar

    kematian pokok besar.

    Majoriti kesan ini mungkin menjangkau tidak lebih daripada 1 km, namun

    sesetengahnya mungkin menjangkau sejauh 510 km ke kawasan hutan yang belum

    terjejas.

    Maka, tidak dapat dinafikan bahawa fragmentasi habitat juga bermaksud pemusnahan

    habitat: iaitu ia mengurangkan jumlah baki habitat tumbuhan dan haiwan. Tumbuhan

    dan sebahagian haiwan akan turut terhapus. Spesis yang terhad dari segi taburan

    setempat atau jarang ditemui terdedah kepada kepupusan setempat sekiranya habitat

    tersebut musnah. Jika ianya tidak hidup di kawasan lain, ini boleh menyumbang kepada

    kepupusan global. Contohnya, spesis tertentu tumbuhan dan siput yang diketahui hanya

    wujud di satu atau dua kawasan batu kapur di Malaysia. Pembersihan tumbuhan dan

    pembakaran hutan di kawasan batu kapur ini lazimnya menjadi penyebab utama

    berkurangnya peratusan haiwan dan tumbuhan di kawasan tersebut.

    Perluasan

    edge

    effect

    Andaian pergerakan haiwan

    Kompleks Hutan Besar Fragmentasi Hutan

  • 2-5

    Haiwan yang mudah bergerak (terutamanya burung dan mamalia) berkemungkinan

    bergerak ke kawasan sisa kelompok habitat, yang kebiasaannya sudah melebihi kapasiti

    dari segi sumber makanan, ruang dan perlindungan. Ini menyebabkan berlakunya

    persaingan yang lebih sengit yang akhirnya menjurus kepada penghuni asal habitat itu

    disingkirkan bagi membolehkan populasi habitat itu kembali kepada kapasiti asalnya.

    Bilangan spesis dalam fragmen habitat dan saiz populasi selalunya berkurang secara

    keseluruhannya, atas beberapa sebab:

    Bagi kebanyakkan spesis, baki fragmen habitat terlalu kecil bagi menyediakan

    sumber yang cukup (seperti makanan, ruang dan salt licks). Spesis yang mudah

    bergerak di antara fragmen akan mampu bertahan, manakala spesis yang sebaliknya

    akan mati.

    Habitat adalah tidak seragam dan kebanyakkan kemusnahan habitat adalah untuk

    pertanian yang memerlukan tanah subur untuk penanaman. Baki fragmen habitat

    tersebut tidak mewakili keseluruhan alam sekitar. Contohnya, tanah rendah yang

    subur akan digunapakai, yang tinggal hanyalah habitat di tanah curam/kurang

    subur.

    Terdapat kesan asas ke atas kehadiran spesis apabila fragmen terhasil:

    kebarangkaliannya ialah lebih kecil fragmen itu, maka lebih kurang spesis yang

    wujud. Lagipun, spesis yang diwakili oleh individu yang terhad mungkin akan

    terhapus.

    Kelompok kecil habitat hanya mampu menampung populasi kecil haiwan dan

    tumbuhan, serta lebih terdedah kepada kepupusan. Perubahan kecil dalam

    sumbernya, iklim dan faktor lain amat dirasai dan mampu diperbetulkan dalam

    populasi besar tetapi ia adalah musibah buat populasi kecil yang terasing.

    Sebilangan aspek penting populasi (kecergasan dan produktiviti individu) akan

    berkurang apabila saiz populasi berkurang. Dalam konteks fragmen habitat kecil

    yang terasing, faktor penyumbang pengurangan tersebut boleh dikaitkan dengan

    kesukaran mencari pasangan (terutamanya bagi mamalia besar yang jarang ditemui

    seperti harimau dan Sumatran Rhino), kurangnya kebolehan kumpulan haiwan

    tersebut mempertahankan diri daripada pemangsa serta kebolehan kumpulan

    haiwan dalam mencari makanan (seperti anjing liar), runtuhnya integrasi sosial di

    kalangan haiwan yang hidup berkumpulan (seperti primates) dan nisbah jantina

    yang tidak seimbang berbanding populasi besar yang tinggal dalam rangkaian hutan.

    Kesan ini lebih ketara dalam fragmen hutan yang tidak mampu diselamatkan

    melalui perpindahan ke habitat yang hampir sama berhampirannya. Kes ini pernah

    berlaku dalam skala kecil (seperti katak untuk beberapa ratus meter) dan juga

    jarak jauh (seperti pemangsa besar).

    Fragmentasi hutan memberi lebih jalan masuk terhadap gangguan manusia, seperti

    pemburuan, penuaian hasil hutan dan sebagainya yang mampu memberi kesan

    terhadap haiwan dan tumbuhan.

  • 2-6

    Malah, spesis yang mudah bergerak dari satu fragmen ke fragmen lain mungkin

    turut terjejas sekiranya kawasan lintasan tersebut didapati membahayakan. Kes ini

    mungkin terjadi apabila haiwan perlu merentasi jalanraya, jalan keretapi, ladang

    dan sebagainya.

    Dalam populasi kecil, pembiakan dalaman (in-breeding) boleh menyebabkan

    perubahan genetik (perubahan gene dalam populasi frekuensi disebabkan kejadian

    secara kebetulan berbanding adaptasi). Sekiranya berlaku, variasi genetik populasi

    itu akan berkurangan dan potensi bagi adaptasi yang berfaedah yang sepatutnya

    boleh dikekalkan melalui proses pemilihan semulajadi di dalam populasi besar akan

    hilang. Tambahan pula, gene yang merbahaya senang kekal dalam populasi, dan

    mampu menjejaskan ketahanan.

    Kesimpulannya, saiz kelompok hutan adalah kritikal kepada pertumbuhan biodiversiti

    semulajadi (semua peringkat genetik, spesis dan kepelbagaian ekosistem)

    2.2 Fragmentasi Hutan Semenanjung Malaysia

    Sejarah lampau Semenanjung Malaysia menunjukkan ianya diliputi pelbagai jenis hutan

    semulajadi, setiapnya mempunyai spesis tersendiri serta pergerakan semulajadi haiwan

    dan tumbuhan (melalui debunga dan biji benih). Walaupun hutan asal tidak sejenis,

    hutan campuran dipterokap meliputi 90% kawasan ini, merentangi panjang dan lebar

    kawasan semenanjung.

    Fragmentasi Kawasan Liputan Hutan Semulajadi di Semenanjung Malaysia (1954-2000)

    Sumber:1954, 1969 & 1972 Jomo et al. (2004) after Aitken et al. (1982: 161);

    1990 Jomo et al. (2004) after Anon (1992); 2000 Stibig et al. (2002: 11).

    1954

    9.5m ha

    1969

    8.0m ha

    1972

    7.4m ha

    1990

    6.2m ha

    2000

    6.0m ha

  • 2-7

    Dengan pembangunan kawasan pertanian, jalan dan petempatan terutamanya sejak 50

    tahun yang lalu, kawasan liputan hutan semakin berkurang dan bakinya terdedah

    kepada fragmentasi hutan. Tren ini ketara di hutan campuran dipterokap tanah rendah

    sepanjang pesisiran pantai (terutamanya di bahagian dataran pantai di barat dan

    selatan) serta sungai dan jalan utama.

    2.3 Kepentingan Pergerakan Jarak Jauh Babi Berjanggut dalam kawasan Pelan Induk CFS

    Spesis terancam babi berjanggut

    (Sus barbatus) yang mempunyai taburan

    terhad di kawasan dipterokap dan hutan

    paya gambut di Johor dan selatan

    Pahang memainkan peranan ekologi yang

    penting ke atas famili pokok dipterokap

    dari segi ekonomi, termasuklah spesis

    kayu balak berharga di Semenanjung dan

    juga untuk harimau.

    Famili dipterokap kebiasaannya lebih

    dominan di tanah rendah dan hutan

    bukit di Semenanjung Malaysia, dan dikenali melalui pengeluaran bunga dan buah

    bermusim yang dikaitkan dengan bermulanya El Nino Southern Oscillation (ENSO), yang

    berlaku sekali dalam masa empat tahun. Dipterokap adalah sumber kritikal babi

    berjanggut dan mereka berpindah dari kawasan paya ke kawasan tanah rendah untuk

    mencari makanan daripada buah dipterokap. Babi berjanggut ini adalah agen

    penyuraian biji benih utama bagi famili dipterokap, memandangkan mereka

    menunjukkan corak migrasi besar-besaran yang tidak seragam dan selalunya seiring

    dengan musim pembuahan dipterokap di mana kelibat mereka akan kelihatan dengan

    banyaknya di sesuatu tempat, tetapi mungkin tidak pada tahun-tahun berikutnya.

    Selain dipterokap, babi berjanggut juga dikatakan memainkan peranan bagi pokok

    Rafflesia dengan cara memindahkan benih pokok yang terlekat di tapak kakinya semasa

    dalam proses mencari makanan. Begitu juga bagi biji benih durian, iaitu dengan

    memakan buah yang gugur dan membuang biji yang tidak dapat dihadamkan ke

    bahagian lain hutan melalui najisnya.

    Memandangkan haiwan ini adalah agen penyuraian biji benih utama bagi banyak spesis

    pokok, perpindahan jarak jauhnya memainkan peranan yang penting terhadap dinamik

    dan kestabilan ekosistem hutan dan hutan dipterokap pula banyak bergantung terhadap

    babi berjanggut ini.

  • 2-8

    Kesan musim bunga dan buah dipterokap ke atas populasi babi berjanggut juga turut

    mendatangkan manfaat ke atas manusia dan sektor pertanian di mana populasi babi

    berjanggut akan berkurang di luar musim dan juga dapat menyediakan sumber

    makanan alternatif selain daripada kawasan pertanian semasa musimnya. Walau

    bagaimanapun, degradasi dan fragmentasi hutan ini mampu mengubah laluan migrasi

    tersebut dan seterusnya menyebabkan kumpulan babi berjanggut yang besar ini akan

    beralih ke kawasan hutan yang dilindungi dan menjejaskan sumber sedia ada yang agak

    terhad; ataupun beralih ke kawasan tanah pertanian yang berhampiran. Maka,

    pengekalan laluan migrasi asal ini adalah lebih mudah dan menjimatkan berbanding

    mencegah konflik manusia-babi.

    Gerakan migrasi yang berulang ini berkait rapat dengan hadirnya kawasan yang dapat

    menyediakan sumber makanan; di mana spesis ini akan berkumpul dan membiak

    secara berkala mengikut musim bunga dan buah dipterokap. Babi hutan adalah mangsa

    bagi harimau. Di timur Johor, spesis babi berjanggut lebih banyak berbanding babi

    hutan yang biasa dan juga spesis ungulates. Maka, babi berjanggut ini bakal menjadi

    mangsa utama bagi harimau dan pemangsa bersaiz sederhana yang lain (seperti

    harimau bintang dan harimau dahan). Penjagaan habitat dan habitat khusus serta

    laluan migrasi spesis babi berjanggut ini dengan cara mengekalkan lanskap hutan dan

    mengecualikan kawasan yang tidak serasi (seperti ladang dan penternakan tenusu) akan

    dapat menyediakan sumber spesis mangsa yang stabil bagi populasi harimau. Dengan

    cara itu, ia bukan sahaja dapat memulihara spesis babi berjanggut yang banyak

    mencirikan negara ini, malah dapat mengurangkan konflik yang tidak diingini terhadap

    ladang dan komuniti pedalaman.

    2.4 Rangkaian Ekologi Penyelesaian untuk Fragmentasi Habitat

    Langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan negatif fragmentasi adalah

    dengan cara menghubungkan kawasan fragmen hutan utama dengan mewujudkan

    rangkaian ekologi. Manfaat yang bakal diperolehi adalah:

    Kenaikan kadar migrasi bagi populasi antara fragmen hutan, maka saiz populasi

    praktikal akan meningkat;

    Lebih kawasan untuk mencari makanan bagi kebanyakkan spesis;

    Peningkatan bilangan mangsa yang terselamat daripada banjir, kebakaran dan

    pemangsa dan,

    Mengekalkan proses ekologi di peringkat asas secara umumnya.

    Rangkaian ekologi akan bertindak sebagai koridor bagi hidupan liar, dalam pelbagai

    bentuk seperti hutan tanam semula tiruan, kawasan tebing sepanjang sumber air,

    susunan campuran kawasan tanah tradisional kampung dan dusun, kawasan rezab

    jalanraya dan jalan keretapi, dan hutan yang tumbuh semula di tanah terbiar.

    Keberkesanan rangkaian itu banyak bergantung terhadap spesis hidupan liar yang

    terlibat. Contohnya, haiwan bersaiz kecil mungkin bergerak sepanjang kawasan rezab

    jalan raya dan tidak sesuai untuk haiwan bersaiz besar.

  • 2-9

    Kesimpulannya, koridor perlu menyediakan teduhan, makanan, air, perlindungan dari

    bahaya dan gangguan minimum bagi spesis yang bakal mengunakannya. Rekabentuk

    koridor perlu sesuai dengan spesis yang menggunakannya. Contohnya, ungka tidak boleh

    mengunakan terowong atau lintasan bawah tanah, manakala gajah pula tidak boleh

    memanjat lintasan atas berdawai.

    Fakta 2.3:

    Berapa Lebar Yang Diperlukan?

    Selebar manakah rangkaian yang diperlukan? Jawapan umum bagi persoalan lazim

    ini adalah, lagi lebar, lagi bagus! Kelebaran rangkaian adalah isu yang penting

    kerana peranannya berkaitrapat dengan keberkesanan hubungan sesuatu rangkaian.

    Khususnya, kerana sebab berikut:

    mengurangkan kawasan Edge Effect (rujuk Kotak 2.2)

    meningkatkan potensi diversiti habitat, dan diversiti hidupan liar dalam

    rangkaian

    meningkatkan kebarangkalian spesis muka bumi (seperti gajah dan harimau)

    yang memerlukan ruang yang besar untuk menggunakan rangkaian tersebut.

    Soalan susulan yang lazim Jadi, seberapa lebar adalah mencukupi? Jawapan

    ringkasnya adalah rangkaian dengan lebar yang cukup bagi mencapai tahap

    hubungan spesifik yang dimahukan (bagi harimau, atau burung, atau proses ekologi

    dll.). Namun, penentuan lebar ini adalah tugas yang sukar, terutamanya dalam

    situasi di mana pengetahuan tentang fauna dan ekosistem tempatan sangat terhad,

    dan saingan bagi permintaan penggunaan tanah yang lain.

    Walaupun lebar optima (dan susun atur) hanya boleh ditentukan melalui maklumat

    yang boleh diperolehi melalui kajian kes jangka panjang terhadap ekologi hidupan

    liar dalam sesuatu rangkaian tersebut, namun Harris dan Scheck (1991) telah

    mencadangkan panduan asas berikut :

    Bila pergerakan keseluruhan himpunan sudah dipertimbangkan,

    dan/atau tidak banyak yang diketahui tentang biologi spesis yang

    terlibat, dan/atau koridor bakal digunakan bagi dekad yang

    berikutnya, maka ukuran lebarnya hendaklah dalam unit kilometer.

    Ini adalah cara yang sesuai bagi menangani isu dari aspek biodiversiti dan perlu

    dimodifikasi dalam mempertimbangkan faktor penggunaan tanah yang lain. Dalam

    konteks ini, adalah tidak munasabah bagi hubungan yang sebegitu lebar sepanjang

    rangkaian yang dicadangkan. Maka, lebar maksimum yang praktikal akan

    dicadangkan dalam setiap kes.

  • 2-10

    2.5 Contoh dari Negara-negara Lain

    Banyak contoh koridor dan lintasan hidupan liar yang telah berjaya dilaksanakan di

    seluruh dunia. Inisiatif awal banyak tertumpu di Eropah dan Amerika, namun

    bilangannya semakin meningkat di Asia. Dua kajian kes disertakan seperti Fakta 2.4 dan

    2.5.

    Paling berkait dengan CFS, iaitu World Conservation Society (WCS) dan Panthera

    Foundation (UK) telah mengumumkan cadangan pembinaan koridor yang membolehkan

    harimau bergerak bebas di Asia. Koridor tersebut (lebih kurang 8,000 km) akan

    merentasi Bhutan melalui Timur Laut India, Myanmar, Thailand, Malaysia, Laos,

    Cambodia dan Vietnam. Ia membolehkan harimau bergerak dari satu kawasan ke

    kawasan yang lain dan memudahkan pertukaran genetik di antaranya. Jika tidak, ia

    mampu menjurus ke arah pengasingan populasi melalui pembiakan dalaman.

    Fakta 2.4:

    Rekabentuk Rangkaian Gila Bend Sierra Estrella

    Pendekatan saintifik digunakan dalam

    merekabentuk koridor yang

    membolehkan pergerakan hidupan

    liar yang lebih baik antara tiga blok

    taman hidupan liar yang besar di Eko-

    rantau Padang Pasir Sonoran di

    Arizona, iaitu Pergunungan Gila Bend,

    Monumen Nasional Padang Pasir

    Sonoran dan Pergunungan Sierra

    Estrella. Laluan 85, Jalan Negeri

    Arizona dan laluan trafik yang

    berkaitan serta pembangunan bandar

    menghalang pergerakan haiwan di

    antara tiga blok tersebut.

    Pada April 2004, satu bengkel peringkat negeri yang menghimpunkan 100 pegawai

    tanah dan ahli biologi daripada agensi negeri dan persekutuan, institusi akademik

    dan NGO bagi mengenalpasti rangkaian habitat yang kritikal dalam mengekalkan

    biodiversiti negeri. Bengkel tersebut merumuskan bahawa rangkaian yang

    mempunyai kepentingan biologi dan berdepan ancaman kepupusan adalah

    diutamakan. Lapan rekabentuk rangkaian telah dihasilkan. Dalam tahun 2006-07,

    lapan rangkaian tambahan dalam lingkungan 5 batu dari bandar telah dipilih untuk

    perancangan rekabentuk rangkaian. Rangkaian Gila Bend Sierra Estrella adalah

    salah satu rangkaian (rangkaian bandar ini).

  • 2-11

    o

    p

    u

    l

    a

    s

    i

    m

    e

    l

    a

    l

    u

    i

    p

    e

    m

    b

    i

    a

    k

    a

    n

    Rekabentuk rangkaian dihasilkan dengan cara menghubungkan koridor biologi yang

    terbaik bagi setiap spesis utama, dan modifikasi dibuat terhadap kawasan tersebut

    bagi mengurangkan laluan berlebihan, mengelak kawasan bandar, termasuklah untuk

    kawasan pemuliharaan dan mengurangkan Edge Effect. 24 spesis utama (1 amfibia,

    14 reptilia, 3 burung, 1 tumbuhan dan 5 mamalia) telah dikenalpasti. Bakal laluan

    bagi pergerakan setiap spesis utama antara blok dikenalpasti menggunakan GIS.

    Tujuh model spesis utama direkodkan menggunakan GIS. Saiz dan konfigurasi

    kelompok habitat yang sesuai dianalisa bagi memastikan rekabentuk akhir rangkaian

    akan dapat menyediakan habitat sebagai tempat tinggal atau lintasan bagi setiap

    spesis utama.

    Dua rangkaian telah dibina, pertamanya antara pergunungan Gila Bend dan

    Monumen Nasional Padang Pasir Sonoran, di mana dua kawasan terusan pertanian,

    SR-85 dan aktiviti tanah pertanian mengancam pergerakan hidupan liar. Rangkaian

    kedua menghubungkan Monumen Nasional Padang Pasir Sonoran dan Sierra Estrella,

    di mana cadangan pembangunan bandar mampu menjejaskan rangkaian.

    Rekabentuk rangkaian memberi peluang dalam melindungi tahap hubungan

    mukabumi yang praktikal. Ia adalah titik tolak ke arah langkah pemuliharaan. Pelan

    ini diharapkan akan digunakan sebagai rujukan bagi pengawas tanah wilayah tersebut

    dalam memahami fungsi kritikal mereka terhadap pengekalan proses biodiversiti dan

    ekosistem yang berterusan. Hasilnya, pelan ini dapat membantu dalam pembinaan

    lintasan hidupan liar, perancangan sumber air, titik tolak perancangan ke arah

    membaikpulih habitat, pemuliharaan, pengezonan dan pengambilan balik tanah.

  • 2-12

    Fakta 2.5:

    Edayargalli-Doddasampige (E-D) koridor di India

    Edayargalli-Doddasampige (E-D) di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan, E-D adalah tanah

    yang sempit (selebar 0.5km dan sepangjang 2km) yang penting terhadap populasi gajah,

    kerana ia menghubungkan dua kawasan hutan yang terpisah akibat pembasmian hutan dan

    tanah pertanian. Sebuah lebuhraya merentasi koridor tersebut yang menghubungkan

    petempatan manusia di selatan dan utara, yang bakal mengancam pergerakan gajah di antara

    tempat mereka mencari makanan dan membiak.

    Pada 2005, Dana Antarabangsa bagi Kebajikan Haiwan (IFAW) telah membeli kawasan tersebut

    secara swasta di mana koridor itu berada (25.5 ekar) bagi memastikan habitat itu tidak

    diancam oleh pembangunan masa hadapan. Tanah itu diserahkan oleh IFAW dan Amanah

    Hidupan Liar India (WTI) kepada pegawai hutan di Bangalore. Ini adalah satu pembaharuan di

    mana organisasi hidupan liar tidak berkepentingan membeli tanah bagi melindungi spesis gajah

    Asia yang terancam sebelum menyerahkannya kepada kerajaan India. MOU rasmi telah

    ditandatangani antara kerajaan Karnataka. Tanah tersebut yang dikenali pengurusan E-D telah

    diletakkan di bawah Jabatan Perhutanan. Tugasnya adalah menyelenggara dan memantau

    koridor tersebut sebagai satu laluan yang selamat untuk digunakan oleh gajah sebagai ganti

    terhadap hak ke atas tanah tersebut. Perjanjian tersebut secara rasminya meletakkan koridor

    tersebut di bawah Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Kuil Biligiri Rangaswamy (BRT).

    Pekerja lapangan WTI memantau penggunaan koridor oleh hidupan liar dan memastikan

    pergerakan gajah tidak terhalang. Koridor E-D di Karnataka juga merupakan rumah bagi

    hidupan liar lain termasuklah harimau dan harimau bintang yang juga mendapat manfaat dari

    koridor tersebut.

    India mempunyai lebih kurang 25,000

    gajah liar. Dengan adanya pembangunan

    pesat dan penerokaan tanah baru, konflik

    manusia-gajah adalah perkara biasa di

    sesetengah tempat. Langkah utama telah

    diambil bagi melindungi pergerakan gajah

    di kawasan matriks tanah yang telah

    digunakan. Sebanyak 88 koridor gajah

    telah dikenalpasti bagi tujuan ini.

    Koridor gajah yang dapat melindungi

    laluan bagi gajah liar ini menghubungkan

    dua kawasan rezab hutan di Karnataka,

    Selatan India. Dinamakan sebagai Koridor

  • rangkaian ekologi CFS

  • 3-1

    3.0 Rangkaian Ekologi CFS

    Central Forest Spine (CFS) digambarkan sebagai bentuk landskap hutan yang berhubungan dalam bentuk fizikal dan mempunyai fungsi tertentu merentangi lapan kompleks hutan di Semenanjung Malaysia, daripada Johor sehingga sempadan Thai (dan melangkaui sempadan sehingga sebahagian kawasan dilindungi di Selatan Thailand). Setelah diwujudkan, CFS akan berfungsi sebagai tulang belakang kepada rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang memperkuatkan rangkaian kawasan dilindungi dan membantu memelihara kesihatan ekosistem (termasuk populasi hidupan liar) dengan mengurangkan kesan kerosakan fragmentasi. Strategi pelaksanaan telah dicadangkan untuk setiap rangkaian ekologi ini secara umumnya. Cadangan strategi pelaksanaan rangkaian ekologi yang dicadangkan ini adalah yang paling ideal dan perlu disesuaikan dengan lokasi dan isu yang dihadapi memandangkan setiapnya adalah berbeza-beza. Rundingan yang berterusan di antara pelbagai agensi adalah sangat penting dan pelan tindakan terperinci perlu disediakan untuk setiap rangkaian ekologi bagi mencapai matlamat pewujudan Central Forest Spine ini. i. Konsep Rangkaian Ekologi dalam Pelan Induk CFS

    Rangkaian ekologi merupakan kawasan yang telah dikenalpasti sebagai penting untuk

    dihubungkan dalam usaha untuk membentuk CFS. Terdapat dua jenis rangkaian ekologi

    yang berbeza, iaitu rangkaian utama dan sekunder.

    a. Rangkaian utama

    Rangkaian-rangkaian utama dikenalpasti sebagai kawasan yang sangat penting untuk

    menwujudkan semula penghubung hutan dalam usaha untuk mencapai pertalian utama

    CFS. Kawasan-kawasan ini terletak diantara blok-blok penting hutan dan kebiasannya

    guna tanah bukan hutan mempunyai saiz keluasan yang terhad serta terletak diantara

    blok-blok tersebut dan ia merupakan gabungan daripada Hutan Negeri (kawasan-

    kawasan ini terletak diantara blok-blok penting hutan; kebiasaannya, di bahagian yang

    sempit di mana penggunaan tanah bukan hutan). Kawasan ini juga merupakan koridor

    penting bagi pergerakanmamalia yang besar menggunakan kawasan ini untuk bergerak

    daripada satu hutan ke hutan yang lain (Rujuk Rajah 3.1a).

    Rajah 3.1a: Rangkaian Utama

    Rangkaian-rangkaian utama adalah berbentuk koridor yang berjajar, iaitu kawasan

    habitat hutan yang tidak terpisah, serta kepulauan hutannya saling bersambung. Dalam

    kebanyakan kes, penglibatan aktif atau tindakan khas (dengan kos yang tinggi)

    diperlukan seperti pengambil-alihan pemilikan hutan persendirian, mengadakan aktiviti

    perhutanan semula dan pembinaan jejambat sepanjang jalanraya untuk membangunkan

    koridor-koridor tersebut.

    Kepulauan

    Hutan A

    Kepulauan

    Hutan B

  • 3-2

    b. Rangkaian Sekunder

    Rangkaian sekunder adalah pelengkap kepada rangkaian utama. Rangkaian sekunder

    dikenalpasti sebagai kawasan-kawasan yang tidak dapat dilaksanakan ciri rangkaian

    utama (cth. disebabkan oleh kawasan bukan hutan yang luas atau jarak yang jauh di

    antara hutan-hutan atau populasi manusia yang tinggi), tetapi ia masih lagi penting

    untuk mengekalkan kesinambungan (sekalipun lebih lemah) diantara hutan-hutan.

    Rangkaian ini tidak melibatkan pergerakan mamalia yang besar, tetapi digunakan oleh

    haiwan yang kecil seperti burung dan serangga. Ianya juga akan memberi manfaat

    kepada tanaman-tanaman melalui pendebungaan dan penyebaran biji benih (Rujuk

    Rajah 3.1b).

    Rajah 3.1b: Rangkaian Sekunder

    Rangkaian sekunder mengaplikasikan konsep stepping stones, iaitu gabungan beberapa

    kumpulan bahagian habitat yang sesuai dan biasanya direka mengikut koridor sungai.

    Secara umumnya, ia melibatkan kos yang murah untuk diselenggarakan, tetapi mungkin

    memerlukan kerjasama penuh pemilik tanah dan pengurus di kawasan itu bagi

    melaksanakan amalan pengurusan guna tanah yang bersesuaian untuk rangkaian

    sekunder.

    ii. Cadangan Rangkaian Utama dan Sekunder

    a. CFS 1

    Secara keseluruhannya 26 rangkaian telah dikenalpasti dalam CFS1, iaitu tiga belas (13)

    rangkaian utama dan tiga belas (13) rangkaian sekunder (Rajah 3.1). Kombinasi

    kesemua rangkaian ini akan dapat mewujudkan CFS yang berkesinambungan seperti

    dinyatakan dalam Rancangan Fizikal Negara. Tiga belas (13) Rangkaian Utama yang

    dikenalpasti dalam CFS1 adalah:

    CFS1-PL1 : HS Tanum (Greater Taman Negara) HS Sg Yu (Main Range)

    CFS1-PL2 : HS Temengor (Main Range) Royal Belum State Park (Main

    Range)

    CFS1-PL3 : HS Lojing (Main Range) HS Sg Brok (Main Range)

    CFS1-PL4 : HS Padang Chong (Bintang Hijau) HS Sg Kuak (Main Range)

    CFS1-PL5 : HS Ulu Muda (Ulu Muda) HS Gunung Inas (Bintang Hijau)

    CFS1-PL6 : HS Ulu Jelai (Main Range) HS Hulu Lemoi (Main Range)

    CFS1-PL7 : Taman Negara HS Tembat (Greater Taman Negara)

    CFS1-PL8 : HS Kenderong (Bintang Hijau) HS Bintang Hijau (Hulu Perak)

    (Bintang Hijau)

    Kepulauan

    Hutan A

    Kepulauan

    Hutan B

  • 3-3

    CFS1-PL9 : HS Bintang Hijau Larut Matang HS Bintang Hijau Kuala Kangsar

    CFS1-PL10 : HS Bukit Larut HS Bubu

    CFS1-PL11 : HS Jerangau HS Jerangau

    Nota:

    Diandaikan bahawa hutan sedia ada di kesemua seksyen kawasan utama rantaian CFS

    (di antara dan dalam lingkungan kompleks hutan) mungkin menghadapi bahaya

    fragmentasi pada masa depan (contohnya pembangunan jalan raya baru dan perluasan

    kawasan pertanian). Walaupun ianya mustahil untuk mengenalpasti kawasan-kawasan

    tersebut sebagai perincian utama dalam kajian ini, penekanan yang sama seperti

    dinyatakan diperlukan untuk memelihara hubungan hutan di kawasan-kawasan ini.

    Tiga Belas (13) Rangkaian Sekunder telah dikenalpasti dalam CFS1:

    CFS1-SL1 : HS LebirHS Relai HS Ulu Temiang HS Jentiang HS Serasa

    Taman Negeri Gunung Stong

    CFS1-SL2 : Rezab Hidupan Liar Krau HS Bencah HS Som HS Yong

    CFS1-SL3 : HS Bintang Hijau (Hulu Perak) HS Papulut HS Piah

    CFS1-SL4 : Kompleks Hutan Taman Negara Terengganu Coast

    CFS1-SL5 : Kompleks Hutan Taman Negara Terengganu Coast 2

    CFS1-SL6 : Taman Negara HS Chiku

    CFS1-SL7 : HS Ulu Muda HS Pedu HS Chebar

    CFS1-SL8 : HS Ulu Muda HS Rimba Telui

    CFS1-SL9 : HS Jeli HS Sg. Sator HS Sokortaku

    CFS1-SL10 : HS Chabang Tongkat HS Ulu Sat HS Temangan

    CFS1-SL11 : HS Bukit Kinta HS Bujang Melaka

    CFS1-SL12 : HS Bubu Hutan Paya Bakau Matang

    CFS1-SL13 : HS Gunung Bongsu HS Gunung Inas

    b. CFS2

    Keadaan landskap CFS2 telah melalui banyak perubahan guna tanah, dengan kawasan

    tanah rendah di bahagian tengah, selatan dan barat yang telah ditukar kepada

    pertanian. Empat kompleks hutan telah dikenalpasti dalam CFS2. Huraian umum

    diberikan seperti di bawah:

    Endau-Rompin Kompleks hutan Sedili

    Kompleks hutan Endau-Rompin Sedili merupakan kawasan habitat paling sesuai bagi

    mamalia yang besar mengekalkan kehidupannya di CFS2. Ada beberapa kawasan

    diduduki dalam lingkungan kompleks, termasuk Rizab Hidupan Liar Taman Negara

    Endau-Rompin, Rizab Hidupan Liar Endau - Kota Tinggi (Timur dan Barat) dan juga Rizab

    Hidupan Liar Endau Segamat. Rizab Hutan Panti iaitu kompleks hutan di bahagian

    Selatan merupakan kawasan penting bagi burung dan telah dicadangkan sebagai Rizab

    Hidupan Liar.

  • 3-4

    Walau bagaimanapun, terdapat tekanan pembangunan yang tinggi lebih-lebih lagi di

    bahagian barat kompleks hutan. Kompleks ini dibahagikan kepada dua oleh Jalan Kluang

    Jemaluang, kawasan pertanian dan perkampungan yang terdapat di sepanjang jalan.

    Kompleks Hutan Chini Bera

    Kompleks hutan ini termasuklah daripada jenis tanah kering dan tanah lembap dan

    ekosistem yang saling berhubungan di sekeliling dua tasik terbesar di Semenanjung

    Malaysia iaitu Tasik Chini dan Tasik Bera. yang Komuniti Orang Asli turut tinggal di

    sekitar kedua-dua tasik tersebut. Kompleks ini di kelilingi oleh ladang kelapa sawit di

    bahagian barat, selatan dan timur Sungai Pahang.

    Kompleks Hutan Paya Gambut Pahang Tenggara (SEPPSF)

    Kompleks hutan Paya Gambut Pahang Tenggara merupakan blok paya gambut terbesar

    dan utuh yang masih tinggal di Asia. Terhasil daripada empat rizab hutan, ia

    mengandungi banyak jenis habitat, dan kaya dengan hidupan liar terutamanya burung

    dan ikan. Kompleks ini juga memainkan peranan yang penting dalam kawalan banjir dan

    rizab `karbon. Perkampungan Orang Asli dan ladang kelapa sawit mengelilingi

    kompleks tersebut, terutamanya di sepanjang bahagian barat dan timur.

    Kompleks hutan Banjaran Utama

    Banjaran Gunung Granit (juga dipanggil Banjaran Titiwangsa) secara umumnya

    memanjang ke arah utara-selatan lalu membentuk pembahagi semulajadi antara pantai

    timur dan barat Semenanjung Malaysia. Bahagian selatan Banjaran Utama meliputi

    kawasan CFS2 di Selangor dan Negeri Sembilan.

    Secara keseluruhannya 13 rangkaian telah dikenalpasti dalam CFS2, dimana enam (6)

    Rangkaian Utama dan tujuh (7) Rangkaian Sekunder (Rajah 3.1.1). Kombinasi kesemua

    rangkaian ini akan mewujudkan CFS yang berkesinambungan dan berhubung seperti

    dinyatakan dalam Rancangan Fizikal Negara.

    Enam (6) Rangkaian Utama telah dikenalpasti dalam CFS2 adalah:

    CFS2-PL1 : HS Labis Timur HS Mersing dan HS Lenggor

    CFS2-PL2 : HS Resak HS Lesong

    CFS2-PL3 : HS Panti HS Ulu Sedili Selatan

    CFS2-PL4 : HS Ibam HS Sg Marong dan Lesong

    CFS2-PL5 : HS Ibam HS Kedondong, HS Pekan dan HS Nenasi

    CFS2-PL6 : Rizab Ramsar Bera HS Ibam

    Pembangunan kesemua Rangkaian Utama akan dapat mewujudkan formasi kawasan

    CFS.

  • 3-5

    Nota:

    Diandaikan bahawa hutan sedia ada di kesemua seksyen kawasan utama rantaian CFS

    (di antara dan dalam lingkungan kompleks hutan) mungkin menghadapi bahaya

    fragmentasi pada masa depan (contohnya pembangunan jalanraya baru dan perluasan

    kawasan pertanian). Walaupun ianya mustahil untuk mengenalpasti kawasan-kawasan

    tersebut sebagai perincian utama dalam kajian ini, penekanan yang sama seperti

    dinyatakan diperlukan untuk memelihara hubungan hutan di kawasan-kawasan ini.

    Tujuh (7) Rangkaian Sekunder telah dikenalpasti dalam CFS2:

    CFS2-SL1 : S HLepar HS Berkelah

    CFS2-SL2 : HS Chini (Rompin) HS Lepar

    CFS2-SL3 : HS Raja Musa HS Bukit Tarek HS Bukit Gading

    CFS2-SL4 : HS Mersing HS Jemaluang

    CFS2-SL5 : HS Panti HS Kuala Sedili

    CFS2-SL6 : HS Setul HS Triang

    CFS2-SL7 : HS Angsi HS Berembun

  • 3-6

    Rajah 3.1.1 : Rangkaian Utama dan Sekunder Central Forest Spine

    1

    2

    3 4

    5

    6

    7

    8

    Kota Bharu

    Kuala Terengganu

    Kuantan

    Bandar Melaka

    Kuala Lumpur Shah Alam

    Ipoh

    George Town

    Kangar

    Alor Setar

    Seremban

    Johor Bahru

    PULAU

    PINANG

    KEDAH

    PERLIS

    PERAK

    KELANTAN TERENGGANU

    PAHANG

    JOHOR

    NEGERI

    SEMBILAN

    MELAKA

    SELANGOR

    THAILAND

    SINGAPORE

    CFS 1

    CFS 2

    SL10

    SL5

    SL4

    SL1

    SL6

    SL9

    SL3

    SL7

    SL8

    PL2

    PL4 PL5

    PL8

    PL9

    PL7

    PL3

    PL6

    SL2

    SL3

    SL1

    SL2

    SL4

    SL5

    SL7

    SL6

    PL5

    PL6

    PL2 PL4

    PL1

    PL3

    PL1

    PL10

    PL11

    SL12

    SL13

    SL11

    1. KEDAH SINGGORA FOREST COMPLEX 2. BINTANG HIJAU FOREST COMPLEX 3. MAIN RANGE FOREST COMPLEX 4. GREATER TAMAN NEGARA FOREST COMPLEX 5. BENOM FOREST COMPLEX

    6. CINI-BERA FOREST COMPLEX 7. SOUTH EAST PAHANG FOREST COMPLEX 8. ENDAU ROMPIN SEDILI FOREST COMPLEX

    Rangkaian Utama (PL)

    Rangkaian Sekunder (SL)

    Forest Complex

    Forest Cover

    State capital

    LEGEND

  • 3-7

    Rajah 3.1.2 : Rangkaian Utama dan Sekunder dalam CFS

  • 3-8

    3.1 Rangkaian Ekologi CFS1

    3.1.1 Rangkaian Utama

    PL1 : HS Tanum (Greater Taman Negara) HS Sg Yu (Banjaran Utama)

    Lokasi

    Justifikasi Utama

    - Untuk

    menghubungkan

    Landskap Taman

    Negara dan kompleks

    hutan Banjaran

    Utama.

    - Dikenalpasti sebagai

    koridor penting bagi

    harimau di dalam

    Pelan Tindakan

    Harimau Kebangsaan

    2008-2020

    (PERHILITAN).

    Huraian

    Sg. Yu terletak di sebelah barat Taman Negara. Bandar terdekat adalah

    Merapoh di utara dan Lipis di selatan. Kawasan ini terletak di jalan yang

    menghubungkan Pahang dan Kelantan di sebelah barat Taman Negara dan

    mengambil masa sekitar 45 minit dengan kenderaan dari Bandar Lipis.

    Sepanjang jalan ini, terdapat beberapa ladang kelapa sawit dan getah.

    Terdapat rel kereta api sejajar dengan jalan ini dimana ia beroperasi dua

    kali sehari untuk penumpang dari Jerantut ke Gua Musang dan Jeli. Terdapat

    2 hutan simpan bersebelahan kawasan kajian. Terdapat dua batang sungai

    yang merintangi kawasan ini iaitu Sungai Yu dan Sg Tanum.

    Rizab Hutan Tanum (di dalam Taman Negara) dipisahkan melalui Rizab Hutan

    Ulu Jelai dan Rizab Hutan Sungai Yu (bahagian Banjaran Utama) oleh jalan

    Kuala Lipis Gua Musang dan rel kereta api. Rizab hutan dipisahkan kira-kira

    400 meter dari hutan tanah negeri, semak dan padang rumput.

    Negeri Pahang

    Daerah Lipis

    Mukim Batu Yon

    Keluasan 4,382 ha

    PELAN

    KUNCI

    PETUNJUK

  • 3-9

    Bahagian yang paling kurang dibangunkan adalah di bahagian yang paling

    sempit (bahagian utara dan selatan jambatan Sg. Yu), di mana hutan hanya

    dipisahkan oleh jalan dan rel kereta api.

    Rangkaian ini terletak dalam jarak 10 kilometer dari destinasi Taman Negara

    iaitu destinasi pelancongan utama, yang merupakan jalan masuk utama di

    Merapoh.

    Ancaman/Halangan

    Taman Negara hampir terpisah dari landskap hutan di sebelah barat dan semakin menjadi pulau habitat. Pembersihan hutan dibahagian utara dan barat Taman Negara selama 15 tahun telah menjadi pemisah dan menghalang pergerakan hidupan liar, terutama pemangsa dan mangsa antara Taman Negara dan Banjaran Utama.

    Strategi Pelaksanaan

    1) Mengazetkan Rizab Hutan (Dilindungi) dan Pengambilan Balik Tanah

    i) Pembekuan segera ke atas pemberian tanah persendirian dan

    pembangunan di dalam koridor dan tidak dibenarkan pembaharuan bagi

    tanah TOL.

    ii) Rizab Hutan Tanum didalam Kawasan Utama hendaklah digazetkan

    sebagai kawasan hutan yang dilindungi seperti yang terkandung di bawah

    Seksyen 10(f) Akta Perhutanan Negara 1984 (sanctuari hidupan liar)

    iii) Semua hutan negeri/tanah scrub land yang terletak di dalam Kawasan

    Utama hendaklah digazetkan seperti yang terkandung di bawah Seksyen

    10(f) Akta Perhutanan Negara 1984.

    iv) Gazet Hutan Negeri dalam kawasan penampan (buffer zone) sebagai

    Rezab Hutan di bawah Akta Perhutanan Negara, 1984.

    v) Strategi Jangka Panjang : Meluaskan sempadan Taman Negara Pahang

    supaya meliputi kawasan Utama.

    2) Memperkukuhkan Laluan Hidupan Liar

    Komponen Peringkat 1

    Tambahan papan tanda (jenis gantry) dan advisory signs.

    Had Kelajuan tidak melebihi 60km/jam sepanjang 5 km.

    Program Pemantauan Hidupan Liar.

    Komponen Peringkat 2

    Mengesahkan lintasan hidupan liar hasil dari program pemantauan.

    Laluan bawah (viaduct) pada 3.5 km ke selatan Jambatan Sg. Yu.

    Laluan atas (vehicular box culvert) pada 1.5 km ke selatan Jambatan Sg.

    Yu.

    Menukar had laju 60km/jam kepada yang asal iaitu 90km/jam setelah

    kerja-kerja struktur telah siap.

    Menyediakan pagar dan escape structure untuk lintasan hidupan liar

    sekiranya perlu.

    3) Mewujudkan Koridor Riparian

    i) Mewujudkan koridor riparian untuk menggalakkan gajah terus melalui

  • 3-10

    ladang kelapa sawit (FELCRA Sungai Temau)di sepanjang Sg. Tanum.

    ii) Bagi sungai-sungai yang terletak dalam kawasan utama, rizab riparian

    tidak diperlukan (Sg. Yu dan Sg. Jeleteh).

    iii) Bagi sungai-sungai yang terletak di dalam kawasan penampan, rizab

    riparian perlu disediakan. (Sg. Temau dan Sg. Tanum).

    iv) Rizab Riparian merupakan tambahan 50 m dari rizab sungai.

    4) Kawalan Pengurusan Guna Tanah

    i) Menjalankan program pemantauan.

    ii) FELCRA Sg Temau (942 hektar), FELDA Chegar Perah 1(655 hektar getah)

    and FELDA Chegar Perah 1 (2,631 hektar kelapa sawit) menggalakkan

    untuk menggunakan pendekatan pengurusan ladang mampan seperti yang

    dirangka dalam Garis Panduan Pertanian Mampan dan Garis Panduan

    RSPO.

    iii) Sebarang pembangunan baru bagi aktiviti pertanian tidak dibenarkan di

    dalam kawasan utama ekologi koridor.

    iv) Koridor hidupan liar harus dipromosikan sebagai sebahagian daripada

    destinasi pelancongan ekologi Taman Negara.

    Faedah Dijangkakan

    Menghubungkan Taman Negara iaitu kawasan perlindungan terbesar dan

    sebuah kawasan penting yang mengandungi spesies terancam di

    Semenanjung Malaysia, dengan keluasan kawasan hutan bermula dari

    Banjaran Utama, hingga ke Royal Belum di utara.

    Meningkatkan kelangsungan hidup jangka panjang hidupan liar (khususunya

    harimau dan gajah) di Semenanjung.

    Meningkatkan kesedaran eko-pelancongan di kalangan para pelancong di

    sepanjang jalan Persekutuan 3 dan pengguna kereta api di wilayah timur.

  • 3-11

    Rajah 3.1.3: Pelan Strategi Pelaksanaan CFS1 - PL1: HS Tanum (Greater Taman Negara) - HS Sg Yu (Banjaran Utama)

    Pelebaran Jalan di dalam

    Koridor (rujuk Garis Panduan

    Lintasan Binatang).

    Tanah negeri digazet sebagai

    Hutan Simpan.

    Strategi Segera: Memasukkan

    Kawasan Hutan Simpan

    Tanum Ke dalam Kawasan

    Utama. Wartakan Tanah

    Negeri & Hutan Simpan

    sebagai hutan dilindungi di

    bawah Seksyen 10 Akta

    Perhutanan Negara (Pusat

    Pemeliharaan Hidupan Liar).

    Perladangan Kelapa Sawit

    Menggunapakai Garis

    Panduan Tanaman Mampan

    (RSPO).

    Ladang Getah menggunapakai

    Garispanduan Tanaman

    Mampan.

    Hutan Negeri diwartakan

    sebagai Hutan Simpan.

    Mewujudkan Koridor

    Riparian

    Memperluaskan Taman

    Negara untuk dimasukkan ke

    dalam kawasan utama.

    Fasa 2 : Laluan Atas

    Menara Pandang

    Fasa 2 : Laluan Bawah

    Memasang papan tanda

    hidupan liar dan had laju.

    Memasang papan tanda

    hidupan liar dan had laju.

    Petempatan manusia : Tidak

    digalakkan perluasan kaasan

    petempatan.

    Mengubahsuai Taman

    Rekreasi Sg. Yu sebagai pusat

    penyelidikan dan maklumat /

    eko-pelancongan.

  • 3-12

    PL2 : CFS1-PL2 : HS Temengor (Main Range) Taman Negeri Royal Belum (Banjaran Utama)

    Lokasi

    Justifikasi Utama

    - Mengekalkan

    kesinambungan di

    antara Taman Negeri

    Royal Belum dengan

    sebahagian banjaran

    Utama

    - Kekerapan gajah

    melintas adalah tinggi.

    - Dikenalpasti sebagai

    koridor utama bagi

    harimau dalam Pelan

    Tindakan Harimau

    Kebangsaan 2008-2020

    (DWNP). Kawasan KSAS

    1 potensi untuk

    melihat kawanan besar

    burung enggang yang

    terbang di atas jalan.

    Huraian

    PL 2 terletak di Jalan Persekutuan 4 yang menghubungkan dari Bandar Gerik ke

    Jeli di Kelantan. Sepanjang jalan ini, terdapat satu destinasi eko-pelancongan

    terkenal (Pulau banding), beberapa penempatan orang asli dan ladang kelapa

    sawit.

    Royal Belum dan Hutan Simpan Temenggor terdiri daripada sebuah hutan

    bersepadu, yang kaya dengan biologi yang melintasi sempadan Thailand. Ianya

    dikenali sebagai kawasan mamalia besar dan burung. Kawasan ini unik dengan

    jenis hutan campuran Thailand-Burma dan jenis hutan Malaysia yang tidak

    dijumpai di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Kawasan Belum diiktiraf di

    peringkat antarabangsa sebagai Kawasan Burung Terpenting.

    Sebahagian dari hutan simpan dan hutan negeri telah dan sedang dibalak. Selain

    itu, pembangunan tersebar di sepanjang koridor Lebuhraya Timur-Barat. Kawasan

    Belum juga telah diiktiraf sebagai destinasi eko- pelancongan utama Negara.

    Negeri Perak

    Daerah Hulu Perak

    Mukim Temengor

    Kawasan 27,891 hektar

    PETUNJUK

    PELAN

    KUNCI

  • 3-13

    Isu

    Keseluruhan kawasan yang mengunjur dari Lebuhraya Timur Barat di Perak telah

    dikategorikan sebagai hutan (Hutan Darat) di bawah Rancangan Tempatan Hulu

    Perak (KSAS Tahap 1 di dalam Rancangan Fizikal Negara) dengan pengecualian

    untuk cadangan Herb Garden (Tanaman herba) dan Pulau Banding, yang dizonkan

    sebagai kawasan untuk pelancongan.

    Pada tahun 2007, EXCO Perak telah meluluskan pelan untuk perkebunan kelapa

    sawit di kedua-dua sisi jalan raya, iaitu 962 hektar di bawah SADC dan 1,000 ekar

    di bawah RPS Banun. Selanjutnya, pertanian dataran tinggi telah dicadangkan

    oleh Jabatan Pertanian berhampiran Herb Garden dilantik di Puncak Baring (800

    ha). Perkembangan ini akan berada dalam kawasan yang dilantik sebagai Hutan

    Darat dalam Rancangan Tempatan.

    Selain itu, terdapat banyak pembangunan telah dicadangkan di sepanjang jalan

    ini, seperti kereta api laju antara Penang dan Kota Bahru, laluan paip trans-

    semenanjung dari Bachok ke Yan, dan penanaman hutan Acacia mangium.

    Secara keseluruhan, rancangan ini tidak sesuai dan akan ia akan memberi kesan

    yang sangat buruk pada pemuliharaan alam semulajadi dan pelancongan.

    Dalam bentuk yang sekarang, jalan raya bukanlah penghalang utama bagi haiwan

    besar (contohnya gajah yang sering menyeberangi jalanraya tersebut). Namun,

    pembangunan lebih banyak akan membuat penghalang lebih ketara dan pada

    masa kini haiwan liar (khususnya gajah) amat merbahaya kepada pengguna

    jalanraya. Namun demikian, kehadiran haiwan liar merupakan sumber yang

    penting bagi pelancongan.

    Kajian bersama oleh Pihak Berkuasa Thailand dan Malaysia menjumpai tanda-

    tanda yang menunjukkan berlakunya perburuan mamalia besar dan dipasarkan di

    sempadan kedua-dua Negara.

    Strategi Pelaksanaan

    Pengwartaan Hutan Simpan dan Pengambilan Balik Tanah

    1. Pembangunan dan pemilikan tanah persendirian di dalam koridor dibekukan dengan

    kadar segera (dengan pengecualian pembangunan pelancongan di Pulau Banding)

    serta pengambilan balik tanah di dalam kawasan utama mengikut keperluan dan

    fasa.

    2. Meluaskan Taman Negeri Royal Belum ke selatan di seberang jalan raya hingga ke

    sempadan Hutan Simpan Temengor (perluasan ini mengunjur di bahagian timur

    Tasik Temengor hingga ke sempadan Kelantan). (Rujuk Rajah di dalam kajian kes).

    3. Demikian juga di bahagian Hutan Simpan Grik utara dan selatan lebuhraya juga

    perlu disambung semula melalui pengwartaan perluasan hutan simpan (termasuk

    tanah hutan di sepanjang lebuhraya dari Gerik ke bahagian barat Tasik Temengor).

    4. Termasuk tanah negeri di sepanjang laluan Lebuhraya Timur-Barat dalam kawasan

    utama (antara Taman Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Temengor) sebagai

    sebahagian daripada Taman Negeri Royal Belum .

    5. Mengazet kawasan Hutan Simpan Grik sebagai hutan yang dilindungi di bawah S10

    (f) Akta Perhutanan Negara (iaitu sebagai tempat perlindungan liar).

  • 3-14

    Membangunkan Laluan Hidupan Liar

    1. Membangunkan Laluan Hidupan Liar di kawasan ini termasuk pembinaan viaduct

    untuk membolehkan laluan binatang liar dan untuk meminimumkan bahaya kepada

    pemandu kenderaan.

    2. Mewujudkan papan tanda dan had laju bagi memastikan pemandu kenderaan

    menyedari bahawa mereka melalui koridor hidupan liar.

    Kawalan Pengurusan Guna Tanah

    1. Kelulusan bagi pembangunan Taman Herba dan pertanian Tanah Tinggi perlu di

    batalkan kerana pembangunan tersebut tidak mampan disebabkan cerun yang

    curam dan mempunyai potensi konflik dengan hidupan liar. Walaubagaimanapun,

    sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk meneruskan pembangunan ini ia

    hendaklah mematuhi garis panduan yang digariskan dalam Garis Panduan

    Pengurusan Pertanian Mampan untuk peladangan terutama kaitannya dengan

    pembangunan tanah curam.

    2. Perluasan kawasan pertanian di sepanjang lebuhraya adalah dilarang bertujuan

    untuk mengekal dan memulihara eko-pelancongan. Mewujudkan pos-pos

    pemeriksaan di pelbagai bahagian lebuhraya bagi mencegah aktiviti perburuan.

    3. Pemantauan jangka panjang untuk mengenal pasti kawasan laluan gajah yang

    kritikal.

    4. Membina menara pandang hidupan liar di dalam kawasan utama dan digabungkan

    dengan kemudahan pelancongan di lokasi yang sesuai.

    5. Mempromosikan Eko Pelancongan Negara kawasan "Jumbo Trail".

    Faedah Dijangkakan

    Mengekalkan populasi mamalia besar