laporan minit mesyuarat panitia sains bil

10
LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL.1/2014 Tarikh : 27 Februari 2014 Masa : 12:20 tengahari Tempat : Bilik Bimbingan & Kaunseling Kehadiran : Hadir. 1. En. Azmi Bin Omar – PK 1 2. En. Sukri Bin Yusup 3. En. Norazhar Bin Mohamad 4. Pn. Siti Khadijah Abdullah- Ketua Panitia 5. Pn. Sanisah Binti Pani 6. Cik Juliza Binti Neng Tidak Hadir 1. Nor Hanum Binti Halim – Latihan Bola Jaring Agenda : 1. Ucapan Pengerusi 1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini. 1.2. Pengerusi juga mengalu –alukan kehadiran wakil pentadbir sekolah atas kesudian menghadiri mensyuarat kali ini. 2. Ucapan Penolong Kanan 1

Upload: siti-khadijah-abdullah

Post on 19-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL.1/2014Tarikh : 27 Februari 2014Masa : 12:20 tengahariTempat : Bilik Bimbingan & KaunselingKehadiran :Hadir.1. En. Azmi Bin Omar PK 12. En. Sukri Bin Yusup3. En. Norazhar Bin Mohamad4. Pn. Siti Khadijah Abdullah- Ketua Panitia5. Pn. Sanisah Binti Pani 6. Cik Juliza Binti Neng

Tidak Hadir1. Nor Hanum Binti Halim Latihan Bola Jaring

Agenda :1. Ucapan Pengerusi1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini.1.2. Pengerusi juga mengalu alukan kehadiran wakil pentadbir sekolah atas kesudian menghadiri mensyuarat kali ini.

2. Ucapan Penolong Kanan2.1. Guru Penolong Kanan mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada Pn.Siti Khadijah Abdullah selaku pengerusi kerana berjaya mengadakan mesyuarat panitia pada kali ini.

2.2. Beliau berharap agar kualiti matapelajaran sains tahun 2014 dapat dipertingkatkan lagi terutamanya dalam peperiksaan awam dan juga bagi tahun-tahun lain.2.3. Selaku Penolong Kanan beliau meminta agar fail Pengurusan panitia sains 2014 dapat diperkemaskan lagi memandangkan fail pengurusan in amat penting sebagai panduan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah ini.2.4. Justeru itu beliau meminta laporan minit mesyuarat haruslah diedarkan kepada panitia masing-masing dalam tempoh tiga hari selepas mesyuarat diadakan.Satu salinan laporan Minit mesyuarat juga mestilah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk difailkan.

3. Pelantikan Setiausaha3.1 Ahli panitia sains sebulat suara melantik Pn. Sanisah Binti Pani selaku setiausaha panitia sains bagi sesi 2014

4. Pengesahan Minit Mesyuarat4.1 Pn. Sanisah Binti Pani telah mengesahkan minit mesyuarat lalu dan disokong olehEn.Shukri Bin Yusup.

5. Perkara Berbangkit5.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.

6. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran6.1 Rancangan Pelajaran6.1.1 Pengerusi meminta setiap panitia mesti memiliki sukatan pelajaran tahunan dan bagi ahli panitia yang tidak mempunyai sukatan tersebut bolehlah mengambilnya daripada Setiausaha.6.1.2 Rancangan dan sukatan pelajaran haruslah dihantar bersama-sama bukurekod mengajar kepada PK Pentadbiran di setiap hari RabuSesi Pagi-PK 1 & Guru BesarSesi Petang- PK Petang

6.1.3 Rancangan Pelajaran Tahunan bagi semua tahun ada dalam simpanan Ketua Panitia.6.1.4 Setiap panitia mestilah menulis rancangan Pelajaran Harian mengikut format yang betul seperti di bawah:

Tahun 5 Dan 6 Tema :....................... Bidang Pembelajaran:.......................Objektif Pembelajaran :..........................Hasil Pembelajaran :...............................KPS:..............................Nilai Murni :........................Aktiviti :.....................................Refleksi :........................

Tahun 1 4Tema :,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Standard Pembelajaran :.........................Objektif Pembelajaran :..............................KPS/KMS :.............................Aktiviti :.............................EMK :........................Refleksi :........................

7. Pengurusan Fail7.1 Terdapat 7 item / instrumen yang perlu dilengkapkan dalam fail pengurusan panitia.7.2 Pengerusi juga menjelaskan bahawa Kajian Tindakan perlu dibincangkan memandangkan permintaan Guru Besar agar setiap panitia membuat kajian tindakan dalam panitia masing-masing.

8. Penilaian dan Pentaksiran8.1. Pengerusi menjelaskan pada tahun 2014 berkemungkinan terdapat 4 kali peperiksaan akan berlangsung iaitu Peperiksaan Pertengahan Penggal 1, Peperiksaan pertengahan tahun , percubaan UPSR( tahun 6 sahaja), dan juga peperiksaan akhir tahun8.2. Kertas Ujian bagi Tahap 2 boleh difotostat di pejabat manakala untuk tahap 1 dihantar dengan PAP( Pak Boh) untuk dicetak.8.3. Setiap guru pelajaran wajib menyimpan markah pelajar masing-masing.

9. Papan Ilmu Sains9.1 Satu Papan Notis yang digelar Papan Ilmu Sains akan dibuat bertujuan untuk meletakkan notis dan semua aktiviti Panitia.

10. Aktiviti Panitia 201410.1. Pelantikan Penyelaras Tahun dan AJK Panitia Tahap 1 Pn. Sanisah Tahap 2 Pn. Siti Khadijah Stok dan iventori En. Norazhar

11. Aktiviti yang dirancang sepanjang 2014 Kelas Tambahan petang untuk calon UPSR Program face to face(Guru + Murid) Program Cakna Fakta ( Papan Ilmu Sains) Teknik menjawab soalan bagi calon UPSR Kuiz Sains 5X eksperimen

12. Belanjawan Tahunan12.1 Belanjawan pada tahun ini lebih menumpu terhadap pembelian alatan sains bagi menyokong aktiviti 5X eksperimen dan proses pengajaran dan pembelajaran.jumlah peruntukan belum diketahui.12.2 Memandangkan budget panitia masih belum dibentangkan oleh pihak pentadbiran maka ahli panitia diminta menyenaraikan alatan yang diperlukan bagi tujuan pembelian.

13. Hal-hal LainTindakan : semua ahli panitia13.1 Pengerusi meminta agar semua ahli panitia menggunakan modul-modul sains yang dibekalkan ke sekolah bagi memantapkan lagi penguasaan sains di sekolah ini.13.4 Pengerusi menyarankan kepada panitia sekiranya guru terpaksa meninggalkan sekolah atas urusan yang tidak dapat dielakkan maka guru tersebut haruslah menyediakan bahan pembelajaran seperti soalan latihan kepada pelajar agar PdP sentiasa berjalan tanpa pelajar membuang masa begitu saja.Tindakan : Semua guru13.5 Beliau juga meminta agar buku rekod mengajar perlulah dilengkapi dengan senarai nama pelajar, rancangan pelajaran tahunan yang terkini dan Huraian sukatan tahunan terkini.13.7 Penolong Kanan juga meminta agar guru-guru dapat mengenal pelajar dengan Lebih dekat bagi mengenal pasti potensi setiap pelajar supaya panitia sains dapat merancang program sains berdasarkan potensi pelajar.Tindakan : Semua Guru13.8 Selain itu juga beliau berharap proses pencerapan guru-guru dapat dilakukan pada masa yang terdekat oleh pihak pentadbir samada Pengetua, Penolong Kanan, atau Ketua Panitia.Tindakan : Pihak Pentadbir dan Ketua Panitia13.9 Pengerusi berharap agar Persatuan sains yang ditubuhkan akan bergiat aktifTindakan : KP & Penasihat persatuan

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan ucapan terima kasih.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:30 petangDisediakan oleh, Disemak Oleh,........................................................... .................................................(SANISAH BINTI PANI) (SITI KHADIJAH ABDULLAH)Setiausaha Panitia Sains 2014 Ketua Panitia Sains 2014

PERANCANGAN PROGRAM PENINGKATAN KECEMERLANGAN SAINS 2014TARIKHAKTIVITIOBJEKTIFTINDAKAN

Jan- OktoberHari Sains Nota Sains Permainan rekreasi treasure huntmendedahkan para pelajar kepada pengetahuan ilmu Sains=menarik minat para pelajar kepada pembelajaran Sains&MatematikSemua Guru Sains

Sepanjang tahunKuiz Sains Mingguan mengemukakan soalan kuiz sains terbuka kepada para pelajar dengan menyediakan ganjaranmenggalakkan para pelajar untuk tampil ke hadapan untuk menjawab soalan kuiz=mendorong para pelajar untuk sentiasa bersedia dengan pengetahuan sainsSemua Guru Sains

Sepanjang tahun(waktu P&P)Membudayakan Sains di sekolah melalui 5X eksperimen. Guru memilih eksperimen yang sesuai mengikut tajuk yang diajar dan mendedahkan murid dengan semua ;Pembolehubah tentang bagaimana ia digunakan dalam kajian.=menjadikan Sains sebagai subjek yang menyeronokkan=melatih para pelajar supaya lebih kreatif dalam penguasaan SainsSemua Guru Sains

(Jan-Ogos)Sepanjang tahun(waktu kelas petang)Klinik Sains kelas pemulihan untuk kelompok pelajar yang lemah=membantu para pelajar menguasai kemahiran asas Sains Guru Sains Tahun 6

(Jan-Ogos)Sepanjang tahunKelas Tambahan Petang diadakan selepas sesi persekolahan untuk semua pelajar darjah 6=membantu para pelajar membuat ulangkaji dengan memberi latihan topicalGuru Sains Tahun 6

TARIKHAKTIVITIOBJEKTIFTINDAKAN

Julai dan OgosProgram Bimbingan Menjawab Soalan akan diadakan anatara bulan Julai dan Ogos Teknik menjawab dan motivasi

=mendedahkan para pelajar kepada teknik menjawab yang berkesan dan penguasaan tajuk-tajuk yang terpilihSemua Guru Tahun 6Penceramah

TARIKHAKTIVITIOBJEKTIFTINDAKAN

Sepanjang TahunPenyeliaan nota dan latihan pelajar-pelajaruntuk memastikan pelajar melengkapkan kerja rumah yang diberikan supaya P&P berkesanPengetua/Pentadbir/Ketua Panitia

3