laporan makmal sains

9
PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011 – SCE 3112 SJK SUNGAI TENGAH LAPORAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER PENDAHULUAN Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Tengah mempunyai sebuah bilik sains yang dibina khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran sains. Bilik sains tersebut terletak di antara bilik darjah Tahun 1 dengan Pejabat Am. Secara umumnya, bilik sains SJK sungai Tengah dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama terletak di bahagian hujung kanan bilik sains. Bahagian ini digunakan untuk tujuan menyimpanan bahan pejabat am seperti kertas putih, kad manila, kertas majung dan sebagainya. Bahagian kedua adalah dibahagian kanan bilik sains. Bahagian tersebut digunakan untuk tujuan sesi pengajaran dan pembelajaran sains. Bahagian ini mempunyai 4 buah meja besar yang hanya mampu menampung bilangan murid yang sedikit iaitu antara 15 hingga 20 orang murid dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahagian ketiga pula digunakan sebagai bilik ICT. Bahagian ini terletak di sebelah kiri bilik sains dan memakan ruang yang paling luas. Terdapat 21 buah komputer jenis desktop telah dipasang di bahagian ini. PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER Kekuatan Dari segi kekuatan, pihak pengurus telah menyediakan maklumat semua guru Sains yang terkini berdasarkan kelas yang

Upload: mary-phang

Post on 27-Apr-2017

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan makmal sains

PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011 – SCE 3112

SJK SUNGAI TENGAH LAPORAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

PENDAHULUANSekolah Jenis Kebangsaan Sungai Tengah mempunyai sebuah bilik sains yang

dibina khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran sains. Bilik sains tersebut

terletak di antara bilik darjah Tahun 1 dengan Pejabat Am. Secara umumnya, bilik sains

SJK sungai Tengah dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama terletak di

bahagian hujung kanan bilik sains. Bahagian ini digunakan untuk tujuan menyimpanan

bahan pejabat am seperti kertas putih, kad manila, kertas majung dan sebagainya.

Bahagian kedua adalah dibahagian kanan bilik sains. Bahagian tersebut digunakan

untuk tujuan sesi pengajaran dan pembelajaran sains. Bahagian ini mempunyai 4 buah

meja besar yang hanya mampu menampung bilangan murid yang sedikit iaitu antara 15

hingga 20 orang murid dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahagian ketiga

pula digunakan sebagai bilik ICT. Bahagian ini terletak di sebelah kiri bilik sains dan

memakan ruang yang paling luas. Terdapat 21 buah komputer jenis desktop telah

dipasang di bahagian ini.

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBERKekuatan

Dari segi kekuatan, pihak pengurus telah menyediakan maklumat semua guru

Sains yang terkini berdasarkan kelas yang diajar. Kesemua guru Sains tersebut adalah

guru yang berpengalaman. Antara guru-guru tersebut adalah seperti berikut.

Bil Nama Guru Kelas yang diajar Pengalaman Opsyen Tugas Khas1. Pn. Lai Li Na Tahun 1 3 BC Guru Data

2. En. Chang Ted Yung Tahun 2 SN PKKK

3. Pn. Lau Yien Nee Tahun 3 5 BC/SN Guru Media

4. Pn. Phang Chai Fung Tahun 4 & 5 11 SN/PSV Ketua Panitia

5. En. Foo Tiang Han Tahun 6 BC Guru Sukan

Page 2: laporan makmal sains

PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011 – SCE 3112

Pihak pengurus juga telah menyediakan peraturan penggunaan bilik sains serta

dipamerkan di bahagian papan notis. Guru Sains yang menggunakan bilik sains akan

memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dari semasa ke

semasa.

Bilik Sains SJK Sungai Tengah mempunyai kemudahan ICT yang lengkap. Guru

Sains boleh menggunakan kemudahan ICT seperti LCD dan komputer semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran. Keadaan bilik sains yang berhawa dingin juga

menjadikan bilik sains lebih selesa digunakan kerana murid-murid tidak perlu

kepanasan semasa menjalankan aktiviti. Langsir jenis tebal juga digunakan supaya

sesuai untuk guru dan murid menjalankan aktiviti atau eksperimen yang melibatkan

keadaan yang gelap.

Meja murid yang digunakan adalah jenis yang mudah dialihkan supaya ruang

pengajaran sains dapat diubah suai untuk kegiatan seperti simulasi dan main peranan.

Di bahagian belakang bilik sains, almari telah disediakan untuk penyimpanan alatan

dan bahan sains yang tidak berisiko tinggi seperti bikar, glob, dan sebagainya. Model-

model seperti model organ manusia telah dipamerkan di bahagian belakang bilik sains.

Konsep bilik sains bergerak juga telah diperkenalkan kepada semua guru sains

supaya semua kelas dapat menggunakan alatdan sumber sains pada masa yang sama.

Guru sains menggunakan dulang untuk membawa alat dan bahan sumber sains dari

bilik sains ke bilik darjah yang lain supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat

diadakan secara hands-on.

Bilik sains SJK Sungai Tengah sentiasa dalam keadaan yang bersih kerana

terdapat dua orang tukang bersih ditugaskan untuk membersihkan bilik sains setiap

hari. Guru dan murid juga selalu diingatkan untuk menjaga kebersihan setiap kali

menggunakan bilik sains.

Selain itu, pengurus bilik sains juga telah menyediakan pelan kecemasan

kebakaran dan dipaparkan dalam bilik sains. Alatan pemadam api kit pertolongan

cemas yang lengkap telah disediakan untuk kes kecemasan.

Page 3: laporan makmal sains

PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011 – SCE 3112

KelemahanDari segi kelemahan pula, panitia sains tidak ada menubuhkan jawatankuasa

pengurusan bilik sains. Carta organisasi Jawatankuasa Pengurusan Bilik Sains juga

tidak dipamerkan di bilik sains. Peranan dan tugas ketua panitia dan guru sains juga

tidak disediakan serta dipamerkan di bilik sains. Buku rekod pelupusan stok dan buku

rekod pergerakan alatan tidak diwujudkan.

Dari segi keadaan fizika, bilik sains SJK Sungai Tengan terlalu sempit untuk

murid menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana separuh daripada

bilik sains tersebut telah digunakan sebagai bilik komputer atas sebab tiada bilik lebih

untuk dijadikan bilik komputer . Salah satu pintu di sebelah kanan bilik sains tidak dapat

berfungsi kerana telah dihalang oleh wayar-wayar semasa pemasangan suis untuk bilik

komputer. Keadaan ini membahayakan nyawa murid dan guru sekiranya berlakunya

kes kecemasan seperti kebakaran kerana hanya tinggal satu pintu sahaja yang

berfungsi.

Keadaan bilik sains yang sempit Separuh daripada bilik sains digunakan

untuk meletak komputer

Page 4: laporan makmal sains

PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011 – SCE 3112

Pintu yang telah dihalang oleh Hanya satu pintu yang masih berfungsi

wayar-wayar

Selain itu, banyak bahan-bahan tidak berkaitan dengan bilik sains telah disimpan

dalam bilik sains. Antaranya ialah kertas-kertas A4, kad manila, mesin taip, kereta

sorong, dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan bilik sains bertambah sesak lagi.

Sekarang bilik sains ini hanya dapat menampung bilangan murid yang kecil sahaja iaitu

tidak melebihi 15 orang. Rak-rak yang sepatutnya digunakan untuk menyimpan

peralatan sains telah digunakan untuk menyimpan stok pejabat am seperti kertas dank

ad manila.

Rak untuk penyimpanan alatan sains Kotak-kotak dan TV juga disimpan

telah digunakan untuk tujuan lain dalam bilik sains

Page 5: laporan makmal sains

PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011 – SCE 3112

Peralatan di bilik sains juga tidak dilabel dengan jelas. Keadaan ini

menyebabkan guru susah hendak mencari alatan dan bahan sains. Peralatan yang

kecil seperti magnet, jam randik, pita pengukur juga tidak disusun dengan kemas.

Peralatan yang telah digunakan oleh guru dan murid juga tidak disusun balik ke tempat

asalnya.

Keadaan alatan sains yang tidak tersusun Bikar-bikar tidak disusun balik ke tempat

asalnya selepas digunakan

Guru-guru sains juga jalang menggunakkan bilik sains untuk sesi pengajaran

dan pembelajaran mereka. Kebanyakan alatan dan bahan sains tidak pernah

digunakan dan masih dalam keadaan yang baru lagi.

Bilik sains tidak mempunyai papan notis yang besar untuk mempamerkan poster

atau hasil kerja murid. Dua papan notis kecil di bahagian depan bilik sains dalam

keadaan kosong sahaja kerana tiada notis yang dipamerkan.