dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

Upload: valarmathykun7070

Post on 08-Apr-2018

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    1/28

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    2/28

    1.0 PENGENALAN

    Merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara

    bandar dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya,

    jurang digital dan jurang di antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidakada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan Menteri Pelajaran

    Malaysia sempena perutusan tahun baru 2006.

    Demikian kata-kata Menteri Pelajaran Malaysia sempena perutusan

    Tahun baru 2006 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), (2006).

    Hal ini menunjukkan bahawa hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

    untuk memastikan kanak-kanak berkeperluan khas dan pendidikan pemulihan

    mendapat pendidikan yang sewajarnya dari peringkat awal lagi. Bahkan dengan

    memasukkan hasrat ini menjadi salah satu bahagian dalam PIPP diharap dapat

    menyeimbangkan ketidaksamarataan jurang pendidikan seterusnyameningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada (Pelan Induk Pembangunan

    Pendidikan, 2006).

    Sehubungan dengan itu Unit PISMP Pendidikan Pemulihan Ambilan

    Januari 2009 dan Unit PISMP Pendidikan Pemulihan Ambilan Januari 2011 IPG

    Kampus Raja Melewar berhasrat mengadakan lawatan sambil berkongsi ilmu

    pengetahuan dan kemahiran bagaimana pengurusan program pendidikan

    pemulihan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Daching Negeri Sembilan, di

    samping itu mengetahui bagaimana guru pendidikan pemulihan berhadapan

    dengan isu-isu dalam kelas pemulihan serta cara menangani isu-isu tersebut.

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    3/28

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    4/28

    3.0 OBJEKTIF

    3.1 Memenuhi keperluan Pro Forma Kursus Program Sarjana MudaPerguruan Dengan Kepujian Unit Pendidikan Pemulihan Semester Limadalam mata pelajaran PKP3111 dan Unit Pendidikan Pemulihan Semester

    Satu dalam mata pelajaran PKP3101 .

    3.2 Mempelajari cara mengenalpasti murid pemulihan dan strategi pemulihanyang sesuai mengikut kategori.

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    5/28

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    6/28

    4.0 JAWATANKUASA

    Pensyarah Mata Pelajaran:

    Pn.Hjh.Zaharilah binti Haji Abdul Kadir

    Pn.Roslimah binti Saat

    Pengerusi : Kanniamal a/p V.Gapaloo

    Naib Pengerusi : Gunavathy a/p Kunaseharan

    Setiausaha : Vekneswary a/p Ellango

    Bendahari : Sellakilli a/p Murthy

    Ajk Keselamatan : Hemanathan a/l Harikrishnan

    Ajk Rakaman : Subashini a/p Rajakumar

    Espary a/p Krishnan

    Ajk Pengangkutan : Umamageswary a/p Muniyandy

    Santhanabarath a/l Muniyandy

    Ajk Dokumentasi : Sindhu Mathi a/p Selvan

    Dharsihni a/p Krishnan

    Ajk Cenderamata : Saranya a/p S.S Rajan

    Puvana a/p Tamilvaanan

    Ajk Fotografi : Mala a/p Murugan

    Malathy a/p Murugan

    Ajk Makanan : Priyangga a/p Veerayah

    Pritha Sri a/p Asogan

    Ajk Buku Program : Prabagaran a/l Renganathan

    Valarmathy a/p Kunasekaran

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    7/28

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    8/28

    5.0 TENTATIF PROGRAM

    7.00 pagi : Bertolak dari IPG Kampus Raja Melewar

    8.00 pagi : Tiba di Sek.Keb.Kampong Daching 71750 Lenggeng

    Negeri Sembilan

    8.10 pagi : Jamuan dan pengurusan diri

    8.30 pagi : Taklimat berkaitan pengisian aktiviti sepanjang lawatan

    8.40 pagi : Ceramah pertama oleh En.Reduan bin Mohamad Yusof

    guru pendidikan pemulihan

    10.20 pagi : Jamuan dan pengurusan diri

    10.30 pagi : Ceramah kedua oleh En. Ayop bin Mat Dahan guru

    pendidikan pemulihan

    11.30 pagi : Lawatan ke kelas khas pendidikan pemulihan

    12.30 pagi : Sesi temu bual dan perkongsian maklumat dengan guru

    pendidikan pemulihan dan acara pemberian cenderamata

    1.00 petang : Bertolak balik ke IPG kampus Raja Melewar

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    9/28

    LAPORAN DOKUMENTASI

    Unit Pendidikan Pemulihan, PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2011 telah

    mengadakan satu lawatan ke Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, Lenggeng,

    Negeri Sembilan pada 10 Februari 2011 (Khamis). Rombongan ini terdiri daripada guru

    pelatih 21 orang dari Unit Pendidikan Pemulihan Semester 5 Ambilan Januari 2009 dan

    19 orang dari Unit Pendidikan Pemulihan Semester 1 Ambilan Januari 2011 diiringi

    oleh Pn.Hjh.Zaharilah bt Haji Abdul Kadir pensyarah mata pelajaran Pengenalan

    kepada Pendidikan Pemulihan dan Pn.Roslimah bt Saat pensyarah mata pelajaran

    Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.

    Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, Lenggeng ini menjadi destinasi pilihan

    kami kerana ia merupakan antara sekolah terbaik yang menjalankan Program

    Pemulihan. Matlamat lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari cara-cara

    melaksanakan program pendidikan pemulihan selain berkongsi pengalaman cara guru

    menangani isu-isu semasa melaksanakan program pendidikan pemulihan serta

    berkongsi ilmu pengetahuan. Selain itu, lawatan ini bertujuan memenuhi kehendak

    Proforma subjek Pendidikan Pemulihan semester satu dan semester lima. Melalui

    program ini secara langsung guru pelatih dapat melihat sendiri bagaimana keadaan

    kelas pemulihan yang sepatutnya diadakan serta dapat berinteraksi secara dekat

    antara guru pelatih dengan guru pendidikan pemulihan yang lebih berpengalaman

    melaksanakan program ini.

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    10/28

    1.0 Bertolak dari IPG Kampus Raja Melewar

    Semua guru pelatih telah berkumpul di garaj bas pada pukul 6.50 pagi.

    Rombongan ini bertolak dari Kampus Perguruan Raja Melewar tepat pada pukul 7.00

    pagi dengan menaiki bas Institut Perguruan Raja Melewar untuk perjalanan ke Sekolah

    Kebangsaan Kampong Daching diiringi pensyarah pengiring iaitu Pn.Hjh.Zaharilah bt

    Haji Abdul Kadir dan Pn.Roslimah bt Saat. Perjalanan kami mengambil selama satu jam

    untuk sampai ke sekolah tersebut.

    Guru Pelatih sedang

    menunggu di garaj bas.

    Guru Pelatih sedia untuk

    bertolak dari IPRM ke SK

    Kampong Daching

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    11/28

    2.0 Tiba di SK Kampong Daching

    Guru pelatih telah tiba pada pukul 8.00 pagi ke sekolah tersebut. Ketibaan kami

    disambut baik oleh pihak sekolah.

    Guru Pelatih tiba di SK

    Kampong Daching

    Ketibaan guru pelatih telah

    disambut meriah oleh guru-gurusekolah tersebut.

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    12/28

    3.0 Jamuan dan pengurusan diri

    Pada pukul 8.10 kami telah dibawa ke kantin untuk menikamati sarapan pagi.

    Kami telah disediakan dengan roti canai dan kopi-o.

    Guru pelatih sedang menunggu di

    kantin untuk menjamu sarapan

    Guru pelatih sedang mengambil tempat

    untuk menjamu selera

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    13/28

    3.0 Taklimat berkaitan pengisian aktiviti sepanjang lawatan

    Seterusnya kami telah dijemput ke dewan mendengar taklimat. Aturcara majlis

    bermula pada jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan dari Pihak Pentadbir Sekolah

    Kebangsaan Kampong Daching.

    En. Mohd Riduan Bin

    Mohamad Yusof memberikan

    ucapan alu-aluan kepada

    guru pelatih

    Guru besar SK Kampong

    Daching sedang merasmikan

    lawatan tersebut

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    14/28

    4.0 Ceramah pertama oleh En.Reduan bin Mohamad Yusof

    guru pendidikan pemulihanCeramah bermula pada jam 8.40 pagi dengan pengenalan diri dan pengalaman

    dalam bidang pendidikan pemulihan oleh En. Mohd Riduan Bin Mohamad Yusof selaku

    guru pemulihan dan dipengerusikan oleh Guru Pemulihan itu sendiri iaitu En. Mohd

    Riduan Bin Mohamad Yusof. Beliau telah menjelaskan bagaimana melaksanakan

    program pendidikan pemulihan di sekolah tersebut. Beliau juga telah memberikan

    penjelasan tentang kelas Linus Tegar.

    En. Mohd Riduan Bin Mohamad

    Yusof memulakan taklimat

    dengan program pendidikanpemulihan di sekolah tersebut

    En. Mohd Riduan Bin Mohamad

    Yusof memberikan penjelasan

    tentang kelas Linus Tegar

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    15/28

    5.0 Jamuan dan pengurusan diri sesi kedua

    Seterusnya pada pukul 10.20 pagi sekali lagi kami telah menikmati minum pagi

    yang disediakan oleh pihak kantin sekolah berkenan itu.

    Guru pelatih diberi rehat

    selama 20 minit

    Guru pelatih sedang

    menikmati sarapan

    yang disediakan oleh

    pihak kantin sekolah

    tersebut

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    16/28

    6.0 Ceramah kedua oleh En. Ayop bin Mat Dahan guru pendidikan pemulihan

    Ceramah sesi kedua telah bersambung pada jam 10.30 pagi oleh En Ayub Bin

    Mat Dahan dari Sekolah Kebangsaan Tekir . Beliau telah memperkenalkan dirinya dan

    memulakan ceramah tentang Disleksia. Bagi menarik perhatian guru pelatih beliau telah

    mengaitkan ucapannya dengan pengalaman beliau sendiri. Beliau juga menunjukkanbeberapa video yang berkaitan pendidikan pemulihan. Dalam ceramahnya beliau

    menekankan bahawa betapa pentingnya emosi seseorang guru pemulihan semasa

    melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

    En Ayub Bin Mat Dahan

    bersambung dengan ceramah

    sesi kedua.

    En Ayub Bin Mat Dahan

    sedang memberikan taklimat

    tentang disleksia

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    17/28

    7.0 Lawatan ke kelas khas pendidikan pemulihan

    Selepas beliau selesai menyampaikan ceramah, acara diteruskan dengan sesi

    lawatan ke bilik khas pendidikan pemulihan. Akhir,sekali semua guru pelatih telah

    mengunjungi kelas pendidikan pemulihan tersebut dengan perasaan yang amat teruja

    sekali. Kelas tersebut dilengakapi dengan bahan bantu mengajar yang menarik dan

    berwarna-warni. En. Mohd Riduan Bin Mohamad Yusof dan En Ayub Bin Mat Dahan

    telah menunjukan cara-cara penyusunan fail-fail dan dokumentasi berkaitan pemulihan

    di dalam kelas khas itu.

    Guru pelatih sedang

    meneliti bahan bantumengajar

    Pengurusan fail yang sistematik dan

    teratur

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    18/28

    Cermin yang

    melambangkan peribadi

    murid-murid

    Permainan yang menarik untuk

    murid-murid pemulihan

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    19/28

    Alat-alat elektronik untukmengajar murid-murid

    Bahan bantu mengajar yang

    menarik dan sesuai untuk

    mengajar murid-murid

    pemulihan

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    20/28

    8.0 Sesi temu bual dan perkongsian maklumat dengan guru pendidikan

    pemulihan dan acara pemberian cenderamata

    Guru-guru pelatih mengambil peluang untuk sesi temu bual dan berkongsi

    pengetahuan dan pengalaman dengan guru-guru pendidikan pemulihan serta

    bagaimana mereka menangani isu-isu yang timbul semasa mereka mengendalikan

    program pendidikan pemulihan.

    Guru pelatih sedang

    menemu bual En. MohdRiduan Bin Mohamad Yusof

    tentang kelas pemulihan

    En Ayub Bin Mat Dahan

    sedang berkongsi

    maklumat dengan guru

    pelatih

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    21/28

    Taklimat tersebut

    diakhiri dengan

    pemberian

    cenderamata

    Guru besar Sk Daching

    memberikan cenderamata

    kepada Pn.Hjh.Zaharilah

    binti Haji Abdul Kadir

    \

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    22/28

    9.0 Bertolak balik ke IPG kampus Raja Melewar

    Pada pukul 12.30 tengahari kami telah bertolak dari sekolah tersebut.

    .

    Guru pelatih bertolak dari Sk

    Kampong Daching

    Guru pelatih telah berjaya

    menjalankan lawatan tersebut

    dan bertolak dari sekolah

    tersebut dengan perasaan

    bangga

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    23/28

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    24/28

    Perbelanjaan lawatan adalah peruntukan OS42 untuk guru pelatih.

    7.1 Kos makan guru pelatih :

    RM4 X 40 orang = RM160.00

    7.2 Pengangkutan lawatan ini adalah menggunakan bas berhawa

    dingin IPG Kampus Raja Melewar.

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    25/28

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    26/28

    Refleksi

    Saya Valarmathy a/p Kunasekaran dari unit Pemulihan Bahasa Tamil PISMP

    sem1 telah pergi lawatan ke Sekolah Kebangsaan Daching bersama senior saya

    PISMP sem 5. Saya telah mendapat jawatan sebagai AJK Dokumentasi dalam lawatan

    ini.

    Kekuatan

    Saya telah mendapat banyak manfaat dalam program lawatan ini. Terutamanya,

    saya telah mendapat ilmu tentang pendidikan pemulihan dan Program LINUS secara

    lebih mendalam. Saya juga telah mengetahui isu-isu semasa tentang pendidikan

    pemulihan ini. Seterusnya, saya telah mengetahui tentang pengurusan bilik darjah

    pemulihan dan dapat melihat bagaimana keadaan sekolah rendah di kawasan

    kampung. Saya berharap agar perkara ini akan membantu saya apabila saya pergi kesekolah pada masa hadapan supaya manjadi seoarang guru cemerlang. Selain itu,

    selaku saya sebagai AJK Dokumentasi saya telah mendapat banyak pengalaman

    dalam bidang dokumentasi dan lebih mantapkan bahasa melayu saya. Saya juga telah

    mempelajari tentang kerjasama di dalam kelas semasa rakan-rakan saya membantu

    menyelesaikan dokumentasi lawatan ini.

    Kelemahan

    Walaupun terdapat banyak kebaikan tetapi ada juga beberapa kelemahan dalam

    lawatan ini. Pertama sekali, Kami tidak mendapat peluang untuk berinteraksi denganmurid- murid pemulihan supaya boleh mengetahui perasaan mereka. Selain itu, saya

    juga telah berasa sedikit bosan kerana telah mendengari banyak ceramah dalam

    lawatan ini. Pada mulanya saya sangat minat untuk mendengari ceramah yang telah

    dijalankan tetapi lama kelamahan menjadi sedikit bosan kerana tiada berinteraksi dua

    hala.

    Penambah Baikan

    Pada pendapat saya, saya berharap agar lawatan seterusnya kami akan

    medapat peluang untuk berinteraksi dengan murid pemulihan untuk mendapat lebih

    pengalaman serta membuat banyak aktiviti yang boleh bersumbang kepada sekolah

    yang kami ingin pergi ke lawatan.

    Sekian, terima kasih.

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    27/28

  • 8/7/2019 dokumentasi lawatan laporan sk.dacing slot 2

    28/28