laporan lawatan kesihatan kl

Upload: shaini76

Post on 12-Jul-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

TARIKH MASA TEMPAT

: 30.11.2011 : 2.30 PETANG : JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

1. Pengenalan Lawatan ke Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan merupakan satu tugasan yang mesti di lengkapkan oleh semua peserta kursus PGSR Major Pendidikan Jasmani. Program lawatan ilmiah ini telah diadakan di Unit Kawalan Vektor, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah merupakan salah satu keperluan program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) bagi kursus Program Kesihatan Sekolah (PKE3104). Pelaksanaan program lawatan ilmiah ke Unit Kawalan Vektor, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ini adalah untuk mengalakkan keadaan hidup sihat di kalangan guru dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan dan seterusnya disebarkan kepada murid-murid apabila mengajar di sekolah. Melalui aktiviti melawat dan taklimat yang diberi oleh Unit Kawalan Vektor Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, diharapkan ianya dapat membuka ruang dan peluang kepada peserta kursus meningkatkan ilmu serta membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap aspek kesihatan dan juga melahirkan warga sekolah yang selamat, sihat ke arah pencapaian wawasan negara.

2. Sebelum Pada pukul 2.15 hingga 3.00 petang, semua peserta lawatan yang terdiri seramai 54 orang telah berkumpul di perkarangan hentian bas. Hanya sebuah bas sahaja yang akan membawa peserta lawatan ke Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Seramai 42 orang peserta kursus menaiki bas ini

1

dan selebihnya seramai 12 orang pula menaiki kenderaan sendiri atau sebanyak tiga buah kereta. Sebelum bertolak, untuk mendapat keberkatan dalam program lawatan ini, telah memimpin bacaan doa. Bas mula bergerak pada pukul 3.00 petang.

3. Semasa Pada pukul 3.45 petang, bas mula tiba di perkarangan Jabatan kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Semua peserta lawatan terus menuju ke Bangunan Unit Kawalan Vektor Jabatan ini. Apabila berada di bahagian kaunter pertanyaan bangunan ini, semua peserta tidak melepaskan peluang untuk mendapat risalah berkaitan kesihatan. Seterusnya peserta lawatan dibawa ke tingkat tiga bangunan Unit Kawalan Vektor untuk sesi taklimat dan ceramah ringkas. Taklimat dan ceramah mengenai bahaya Penyakit Denggi telah disampaikan oleh. Dalam ceramah beliau mengenai denggi ini, telah disentuh beberapa perkara penting iaitu statistik terbaru mengenai jangkitan demam denggi di kawasan Wilayah Persekuatuan Kuala Lumpur. telah berjaya menyampaikan segala maklumat penting mengenai Demam Denggi dalam masa yang singkat. Di samping itu juga, semua peserta kursus telah diberi satu beg cenderamata dari Jabatan Kesihatan ini yang mengandungi risalah denggi, ubat pembasmi jentik-jentik dan minuman ringan. Dalam ceramah tersebut juga beberapa soalan diajukan dan berkongsi pengalaman dengan bekas pesakit demam denggi di kalangan peserta sendiri. Akhir sesi caramah tersebut, telah diadakan satu majlis penyampaian cenderamata dari kumpulan peserta lawatan kepada pegawai Unit Kawalan Vektor Jabatan Kesihatan ini.

4. Selepas

2

Pada pukul 5.15 petang semua peserta lawatan berkumpul semula di perkarangan Unit Kawalan Vektor untuk sesi bergambar . Peserta lawatan mula menaiki bas untuk pulang . Bas tiba pada pukul 6.30 petang.

REFLEKSI LAWATAN ILMIAH KE JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA.

1. Kekuatan Saya berasa sangat bertuah kerana berpeluang dapat mengikuti satu program lawatan yang banyak memberikan ilmu pengetahuan baru mengenai3

pendidikan kesihatan. Program lawatan kali ini telah membawa saya ke Unit Kawalan Vektor Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dalam lawatan ini, saya telah didedahkan dengan satu ceramah mengenai bahaya Demam Denggi. Melalui ceramah tersebut, saya dapat menambah pengetahuan mengenai demam denggi iaitu virus penyebab demam denggi dikenali sebagai Flavivirus. Demam denggi ini juga terdapat dalam tiga kategori iaitu Deman Denggi, Demam Denggi berdarah dan Sindrom Renjatan Denggi. Nyamuk aedes yang membawa virus ini ialah nyamuk aedes betina. Saya juga mengetahui bahawa nyamuk aedes jantan tidak menggigit manusia tetapi hanya persekitaran. Timbul keinsafan dalam diri saya apabila diberi tahu oleh Dr. Munirah bahawa penyakit demam denggi ini tidak kenal usia mangsanya dan lebih menyedihkan lagi apabila dipaparkan gambar keadaan pesakit kanak-kanak yang mendapat demam denggi berdarah. Apabila melihat gambat tersebut, saya terus terkenangkan anak-anak saya yang masih kecil. Saya terus berdoa semoga saya dan keluarga saya dijauhi penyakit ini. Rentetan daripada kejadian ini saya tekad untuk tidak membiarkan kawasan pembiakan nyamuk aedes wujud di dalam dan persekitaran rumah saya lagi. Di samping itu, saya berpeluang melihat sendiri secara langsung sampel telur nyamuk aedes yang ditunjukkan. Begitu banyak sekali telur yang dilepaskan oleh seekor nyamuk aedes. Nayamuk aedes ini mempunyai jangka hayat antara dua hingga empat minggu dan akan hidup lebih lama pada musim hujan. Saya terkejut apabila diberi tahu penceramah bahawa telur nyamuk aedes boleh bertahan selama enam bulan dalam keadaan kering. Kesimpulan yang boleh saya buat melalui pengetahuan mengenai demam denggi ini ialah lebih baik mencegah daripada mengubatinya. Jangan sesekali kita berlengah bila mendapati diri kita berlaku demam secara mengejut dan dalam jangka masa yang agak lama daripada biasa. menghisap manisan dari bunga-bunga yang terdapat di

4

2. Kelemahan

Melalui pemerhatian saya, terdapat juga beberapa kelemahan wujud sepanjang program lawatan ini. Kelemahan yang paling ketara ialah kelewatan bas bergerak mengikut jadual asal. Selain itu, pihak Unit Kawalan Vektor Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak membawa peserta lawatan melihat sendiri dengan lebih dekat beberapa aspek penting proses kerja Unit Kawalan Vektor.

3. Cadangan Penambahbaikan

Jawatankuasa pengangkutan sepatutnya mengambil tindakan proaktif dengan cepat menghubungi pemandu bas atau pihak berkaitan program lawatan jika didapati bas masih belum bertolak mengikut jadual asal. Perkara ini penting bagi memastikan kelancaran aturcara yang telah dirancang kerana mengelakkan salah tanggapan pihak yang dilawati terhadap pengurusan peserta program lawatan. Pihak Unit Kawalan Vektor sepatutnya menyediakan beberapa tentatif lain selain ceramah supaya semua peserta lawatan mendapat lebih maklumat selain daripada ceramah denggi. Perkara ini bertepatan dengan objektif lawatan iaitu berkaitan Program Kesihatan Sekolah yang mengandungi banyak aspek penting lain.

5

Refleksi disediakan oleh :

MOHD HUSAINI BIN MOHD HUSSIN PGSR PJ 6.5

6

PINTU MASUK

BANTING GANYANG AEDES

CERAMAH DENGGI

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

7

LAPORAN CERAMAH PROGRAM ANTI DENGGI

NAMA NO. K/P UNIT TARIKH MASA TEMPAT

: MOHD HUSAINI BIN MOHD HUSSIN : 760215-08-5737 : PGSR PJ 6.5 : 03.12.2011 : 2.30 PETANG : AUDITORIUM BLOK TESL IPG KAMPUS ILMU KHAS

1. Pengenalan Penyakit demam denggi merupakan ancaman yang besar kepada

masyarakat Malaysia dewasa ini. Untuk memastikan aspek pencegahan tidak dipandang remeh masyarakat, banyak program berkaitan anti denggi telah diperkenalkan oleh kerajaan. Antaranya ialah Rancangan Kesihatan Sekolah yang telah dimulakan pada tahun 1967 lagi. Rancangan Kesihatan Sekolah antaranya adalah untuk menilai status kesihatan murid, memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi penjagaan rawatan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta diagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. Antara program yang berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah termasuklah pendidikan pencegahan denggi. Aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam kempen Anti Denggi seperti ceramah anti denggi, jejak jentik-jentik dan pengasapan (fogging) yang mana dapat membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan ilmu. Di samping itu dapt juga mewujudkan komuniti masyarakat yang berjiwa penyayang, prihatin dan bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.

2. Sebelum Pada pukul 2.00 petang di blok TESL IPGKIK, semua Jawatankuasa yang menguruskan Ceramah Anti Denggi telah membuat persiapan awal. Ceramah telah berlangsung di Auditorium Blok TESL manakala jamuan untuk tetamu khas8

telah ditempatkan di bahagian luar Auditorium. Ketibaan Pengarah IPGKIK tepat pada pukul 2.30 petang sebelum Ceramah Anti Denggi Bermula.

3. Semasa

Memulakan program ceramah ini ialah ucapan perasmian oleh En. Shaari bin Osman Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas. Ucapan dasar beliau ialah penganjuran program Anti Denggi ini merupakan satu sumbangan kepada IPGKIK. Selain itu beliau mengharapkan supaya semua peserta kursus PGSR Pendidikan Jasmani belajar dengan dengan ikhlas. Penceramah yang dijempaut menyampaikan ceramah ialah En Topek bin Omar dari Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak. Beliau juga merupakan seorang Pegawai Sains Kajian Serangga. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh En. Topek bin Omar ialah Demam Denggi dan Kawalan Aedes. Ceramah beliau telah menyentuh mengenai sejarah ringkas demam denggi dunia dan juga statistik terbaru demam denggi serta jumlah kematian yang berlaku sepanjang tahun 2011. Selain itu dalam ceramah tersebut antara lain beliau menunjukkan bagaimana jangkitan denggi berlaku dan juga jenis-jenis tempat pembiakan nyamuk aedes. Selesai ceramah, diadakan pula Majlis Penyampaian Cenderamata. Kemudian, semua peserta dibahagikan kepada lima kumpulan besar untuk menjejak tempat pembiakan nyamuk aedes. Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu penyedut dan satu botol kaca kecil. Tugas peserta ialah mengenal pasti tempat pembiakan nyamuk aedes iaitu dengan mengambil sampel jentik-jentik yang ditemui sekitar kawasan Blok TESL. Semua kumpulan berjaya membawa sampel jentik-jentik untuk ditunjukkan kepada En Topek. Demonstrasi pengasapan (fogging) telah dijalankan di luar bangunan Blok TESL. Semua peserta berpeluang melihat dari dekat alat fogging dan bahan kimia yang digunakan untuk membunuh nyamuk dewasa.

9

4. Selepas Program Ceramah Anti Denggi tamat sekitar pukul 5.30 petang. Semua peserta mula menyusun dan mengemas peralatan yang digunakan semasa sesi ceramah di dalam dan juga di luar bangunan blok TESL. Di samping itu juga, sebahagian besar peserta program tidak melepaskan peluang bergambar bersama pegawai dari Jabatan Kesihatan yang terlibat.

Laporan disediakan oleh:

MOHD HUSAINI BIN MOHD HUSSIN PGSR PJ 6.5

10

REFLEKSI PROGRAM CERAMAH ANTI DENGGI

1. Kekuatan

Sekali lagi saya berasa sangat bertuah kerana berpeluang dapat mengikuti satu program ceramah yang banyak memberikan ilmu pengetahuan baru mengenai pendidikan kesihatan. Program ceramah yang disampaikan bertajuk Demam Denggi dan Kawalan Aedes. Melalui ceramah tersebut yang disampaikan oleh En. Topek bin Omar, saya dapat menambah lagi pengetahuan mengenai demam denggi. Sama seperti fakta sebelum ini, demam denggi ini terdapat dalam tiga kategori iaitu Deman Denggi, Demam Denggi berdarah dan Sindrom Renjatan Denggi. Nyamuk aedes yang membawa virus ini ialah nyamuk aedes betina. Saya juga mengetahui bahawa nyamuk aedes jantan tidak menggigit manusia tetapi hanya menghisap manisan dari bunga-bunga yang terdapat di persekitaran. Saya mendapati bahawa kitaran nyamuk aedes dari telur menjadi nyamuk dewasa hanya mengambil masa selama tujuh hari sahaja. Selain itu, nyamuk aedes bertelur di air yang jernih dan bertakung sahaja. Satu perkara yang mencuri perhatian saya dalam ceramah ini ialah tempat pembiakan nyamuk aedes yang tidak pernah terfikir oleh saya. Apa yang saya maksudkan ialah nyamuk aedes juga membiak di pokok pisang dan juga pokok keladi. Walaubagaimanapun menurut penerangan En Topek, itu adalah pilihan terakhir nyamuk aedes membiak jika tiada tempat pembiakan lain yang sesuai. Saya juga berasa sangat bangga kerana diberi peluang menjejak jentikjentik aedes seperti mana penguatkuasa Jabatan Kesihatan lakukan di bangunan-bangunan dan juga rumah saya sendiri. Saya juga dapat belajar untuk mengenal pasti jenis jentik-jentik berdasarkan ciri-ciri pergerakan pada jentikjentik tersebut daripada pegawai Jabatan Kesihatan yang mengiringi kumpulan saya.

11

Rumusan yang saya dapat daripada program ceramah Anti Denggi ini ialah sentiasa menjaga kepentingan persekitaran di mana semua masalah pembiakan nyamuk aedes yang wujud adalah dari perbuatan manusia sendiri. Sangat penting bagi saya untuk memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes.

2. Kelemahan

Di samping kekuatan yang saya perolehi, terdapat juga kelemahan yang timbul sepanjang menguruskan program ceramah Anti Denggi ini. Antaranya seperti Jawatankuasa Pengacara Majlis seolah-olah tidak bersedia sepenuhnya mengendalikan majlis ini seperti seringkali melakukan kesilapan kecil ketika membuat pengumuman. Selain itu beberapa keperluan ceramah seperti ruang meja untuk LCD Projektor tidak mencukupi.

3. Cadangan Penambahbaikan

Pengacara Majlis perlu menyediakan teks penuh dan juga perlu melakukan beberapa siri latihan atau raptai sebelum program berlangsung. AJK peralatan perlu mempunyai senarai semak supaya semua keperluan peralatan dapat disediakan mengikut spesifikasi yang betul.

Refleksi disediakan oleh :

MOHD HUSAINI BIN MOHD HUSSIN PGSR PJ 6.5

12

Ucapan Perasmian

Peserta Program Anti Denggi

Penyampaian Cenderamata kepada Pengarah IPGKIK

Banting Ceramah Anti Denggi

Alat Penyedut Jentik-jentik

Menjejak Jentik-Jentik

Jentik-jentik yang ditemui

Demonstrasi Fogging

13

14