laporan lawatan sambil ke cameron highland, pahang

5
LAPORAN AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS SK. MATANG, 34750 MATANG, PERAK. Pada 24 April 2010, Program lawatan sambil belajar telah diadakan oleh persatuan Pendidikan Agama Islam kepada murid-murid Pendidikan Khas Matang ke Cameron Highlands. Dengan disertai seramai 23 orang murid dan 18 orang guru. Lawatan ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti luar. Kami bertolak dari SK Matang pada pukul 7.15 pagi dan terus ke perhentian R&R Sungai Perak untuk sarapan pagi. Rombongan kami turut diiringi oleh wakil pihak PLUS sehingga ke Cameron Highlands. Dalam pukul 11.00 pagi rombongan sampai dan meneruskan lawatan ke Mardi. Dikawasan tersebut kami melihat pelbagai jenis tanaman yang diusahakan oleh pihak Mardi antaranya strawberry, anggur dan sebagainya. Setelah selesai lawatan di Mardi, kami berhenti rehat dan makan tenggahari di taman berdekatan dengan Mardi. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Kea Farm dan pusat jualan sayur sehingga ke pukul 6.00 petang. Seterusnya kami bertolak pulang dan tiba di SK Matang dalam jam 9.00 malam. PENUTUP Adalah diharapkan program ini mendapat manfaat sebagaimana yang telah dirancangkan. Rehlah yang

Upload: pkskm

Post on 20-Jun-2015

2.722 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Lawatan Sambil Ke Cameron Highland, Pahang

LAPORAN AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID

PENDIDIKAN KHAS SK. MATANG, 34750 MATANG, PERAK.

Pada 24 April 2010, Program lawatan sambil belajar telah diadakan oleh

persatuan Pendidikan Agama Islam kepada murid-murid Pendidikan Khas Matang ke

Cameron Highlands. Dengan disertai seramai 23 orang murid dan 18 orang guru.

Lawatan ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti luar.

Kami bertolak dari SK Matang pada pukul 7.15 pagi dan terus ke perhentian

R&R Sungai Perak untuk sarapan pagi. Rombongan kami turut diiringi oleh wakil

pihak PLUS sehingga ke Cameron Highlands. Dalam pukul 11.00 pagi rombongan

sampai dan meneruskan lawatan ke Mardi. Dikawasan tersebut kami melihat pelbagai

jenis tanaman yang diusahakan oleh pihak Mardi antaranya strawberry, anggur dan

sebagainya.

Setelah selesai lawatan di Mardi, kami berhenti rehat dan makan tenggahari di

taman berdekatan dengan Mardi. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Kea Farm dan

pusat jualan sayur sehingga ke pukul 6.00 petang. Seterusnya kami bertolak pulang

dan tiba di SK Matang dalam jam 9.00 malam.

PENUTUP

Adalah diharapkan program ini mendapat manfaat sebagaimana yang telah

dirancangkan. Rehlah yang dijalankan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan

silaturahim antara murid-murid dan guru-guru. Ucapan setinggi penghargaan dan

terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

RODZIYAH BINTI JOHAN PN. SHAMSIAH BT HJ MOHD JAIZ

Setiausaha Program Lawatan, Penyelaras

Riadhah dan Mobiliti. Pendidikan Khas 2010

Program Pendidikan Khas SK Matang

SK Matang.

Page 2: Laporan Lawatan Sambil Ke Cameron Highland, Pahang

PROGRAM

LAWATAN

SAMBIL BELAJAR

MURID-MURID

PENDIDIKAN

KHAS

SK. MATANG

24-04-2010

Page 3: Laporan Lawatan Sambil Ke Cameron Highland, Pahang
Page 4: Laporan Lawatan Sambil Ke Cameron Highland, Pahang