laporan lawatan ke jabatan alam sekitar, melaka

19
LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA (JAS) Pada 24 September 2013 yang lalu, seramai 21 orang guru pelatih bersama seorang pensyarah pengiring iaitu Puan Fatimah Binti Yusof, daripada IPG Kampus Perempuan Melayu telah menyertai lawatan ilmiah ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Lawatan ini diadakan bagi memenuhi keperluan kursus bagi subjek Sains, Teknologi & Masyarakat (SCE 3114). Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada guru pelatih mengenai peranan JAS kepada masyarakat. Malahan secarra tidak langsung, guru pelatih dapat melihat dengan lebih dekat lagi mengenai teknologi yang digunakan serta memberi pengalaman baru kepada peserta program tentang penggunaan teknologi dalam bidang ini. Tambahan pula, lawatan ini bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman guru pelatih melalui medium pembelajaran yang lebih berkesan iaitu melalui program lawatan ilmiah yang dijalankan ini. Lawatan ini juga melatih kepada guru pelatih agar dapat mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan. Sebelum lawatan bermula, beberapa prosedur penting perlu dilakukan. Setelah jawatankuasa pelaksana dibentuk, kertas kerja mula dirangka. Pengesahan daripada pihak pentadbir IPG mengambil masa kira-kira hampir dua minggu. Setelah kertas kerja mendapat pengesahan secara rasmi, kami mula menghubungi pihak JAS untuk memaklumkan mengenai lawatan kami. Pihak JAS amat berbesar hati menerima kunjungan ilmiah ini. Kami lebih banyak berhubung dengan menggunakan kiriman emel dan panggilan telefon kerana lebih mudah

Upload: pismpsainsjan10

Post on 27-Oct-2015

263 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Ahli kumpulan :Tengku Hazirah Tengku YahyaSiti Nor Afatien binti JusohNor Atiqah binti Abdul Jamil

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

(JAS)

Pada 24 September 2013 yang lalu, seramai 21 orang guru pelatih bersama

seorang pensyarah pengiring iaitu Puan Fatimah Binti Yusof, daripada IPG Kampus

Perempuan Melayu telah menyertai lawatan ilmiah ke Jabatan Alam Sekitar Negeri

Melaka. Lawatan ini diadakan bagi memenuhi keperluan kursus bagi subjek Sains,

Teknologi & Masyarakat (SCE 3114). Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk

mendedahkan kepada guru pelatih mengenai peranan JAS kepada masyarakat.

Malahan secarra tidak langsung, guru pelatih dapat melihat dengan lebih dekat lagi

mengenai teknologi yang digunakan serta memberi pengalaman baru kepada peserta

program tentang penggunaan teknologi dalam bidang ini. Tambahan pula, lawatan ini

bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman guru pelatih melalui medium

pembelajaran yang lebih berkesan iaitu melalui program lawatan ilmiah yang dijalankan

ini. Lawatan ini juga melatih kepada guru pelatih agar dapat mensintesis maklumat

daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori

dan amalan.

Sebelum lawatan bermula, beberapa prosedur penting perlu dilakukan. Setelah

jawatankuasa pelaksana dibentuk, kertas kerja mula dirangka. Pengesahan daripada

pihak pentadbir IPG mengambil masa kira-kira hampir dua minggu. Setelah kertas kerja

mendapat pengesahan secara rasmi, kami mula menghubungi pihak JAS untuk

memaklumkan mengenai lawatan kami. Pihak JAS amat berbesar hati menerima

kunjungan ilmiah ini. Kami lebih banyak berhubung dengan menggunakan kiriman emel

dan panggilan telefon kerana lebih mudah dan tidak mengambil masa. Pihak

pengurusan JAS juga sentiasa memberi layanan yang baik jika kami menghubungi

mereka. Setelah mendapat maklum balasa daripada pihak JAS, kami meneruskan

beberapa prosedur lain seperti membuat tempahan penggunaan bas dan pesanan

barang daripada stor pusat IPG. Setiap permohonan berjalan lancar dan mendapat

sokongan daripada pihak IPG.

Page 2: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

Kami tiba di Jabatan Alam Sekitar Melaka sekitar jam 9 pagi. Semasa berada di

sana, kami telah di sambut oleh Puan Norsora dan diminta mendaftarkan diri terlebih

dahulu. Kemudian, kami diminta untuk mengambil tempat di bilik mesyuarat sebelum

majlis bermula. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu En Abd Hapiz bin A. Samad

telah memberikan sedikit taklimat. Menurut beliau, beliau berbesar hati dengan

kehadiran pihak IPG Kampus Perempuan Melayu ke Jabatan Alam Sekitar dan

menggalakkan lagi lawatan sebegini pada masa akan datang. Sesi penyerahan telah

diadakan selepas ucapan daripada Pengarah JAS. Borang penyertaan warga IPG

Kampus Perempuan Melayu telah diserahkan oleh Puan Fatimah selaku pensyarah

pengiring program lawatan kali ini.

Kami kemudian dijemput untuk menikmati sarapan pagi. Selepas bersarapan,

pihak JAS di bawah Unit Kesedaran Jabatan Alam Sekitar Melaka telah mengadakan

taklimat dan tayangan video mengenai fungsi dan tugas mereka. Kami juga telah

diberikan taklimat mengenai Rakan Alam Sekitar (RAS) oleh Puan Norsora selaku wakil

pihak JAS. Menurut beliau, pengetahuan ini perlu disampaikan supaya ahli RAS tahu

akan aktiviti yang dilakukan dan apa peranan serta tugas mereka apabila menyertai

Rakan Alam Sekitar.

Program RAS adalah berbentuk ‘community based’ dan ‘hands-on’ di mana

program ini melibatkan penduduk setempat termasuklah generasi muda dan dewasa,

NGO dan lain-lain. Matlamat RAS adalah menjadikan orang ramai sebagai mata dan

telinga jabatan dalam membanteras masalah alam sekitar berkonsepkan "community

base" dan "hands on". Di samping itu, RAS juga ini memberi kesedaran kepada orang

ramai betapa pentingnya menjaga alam sekitar ini tak kira agama bangsa keturunan tua

atau muda tidak kira lelaki atau perempuan.

Menurut beliau lagi, syarat penyertaan sebagai ahli RAS sangat mudah dan tidak

merumitkan di mana syarat-syaratnya adalah warganegara Malaysia, tanpa had umur.

Untuk menjadi rakan alam sekitar, anda boleh mendaftar menggunakan borang atau

secara online di http://ras.doe.gov.my/borang/pendaftaran_add.php. Berdasarkan

taklimat yang diberikan, kami sedar bahawa sebagai penduduk di bumi ini, alam sekitar

merupakan perkara yang perlu dijaga dan diberi perhatian. Sebelum melihat

demonstrasi, kami didedahkan dengan program pengawasan udara.

Page 3: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

Selepas taklimat diberikan, kami dibawa ke tempat di mana demonstrasi

peralatan alat penguatkuasaan terhadap kenderaan bermotor diadakan. Demonstrasi

ini dijalankan oleh Unit Kenderaan Bermotor JASM. Tiga demonstrasi diadakan iaitu

demonstrasi alat Muller Berm898 untuk ujian asap hitam kenderaan diesel., alat CO

dan HC Analyser Innova untuk ujian CO dan HC kenderaan petrol dan alat Sound Level

Meter (SLM) untuk ujian bunyi bising motosikal. Oleh sebab bilangan kami ramai dan

untuk menjimatkan masa, kami telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap

kumpulan akan bergilir-gilir dari satu stesen ke stesen lain sehingga tiga demonstrasi

dapat dilihat.

Alat Muller Berm898 merupakan alat untuk menguji asap hitam kenderaan

diesel. Menurut kakitangan JASM, di Jabatan Alam Sekitar Melaka, hanya terdapat 7

alat ini yang dibeli di Itali. Pengujian asap bagi kenderaan diesel penting kerana had

pelepasan asap yang dibenarkan dari paip ekzos kenderaan diesel yang sedang

beroperasi di jalan raya adalah tidak melebihi 50 Unit Asap Hartridge (HSU) atau dalam

unit yang setara. Tambah beliau lagi, pemeriksaan asap kenderaan diesel ini akan

diadakan mengikut kepada jadual yang ditetapkan oleh pihak JAS. Kenderaan yang

didapati melepaskan gas yang mempunyai ketumpatan melebihi standard yang

dibenarkan dikenakan kompaun tidak melebihi RM 2000. Kenderaan yang dikenakan

perintah larangan tidak boleh beroperasi di jalan raya sehingga kerosakannya telah

diperbaiki dan lulus ujian asap semula oleh Jabatan Alam Sekitar.

Di stesen demonstrasi pengujian alat CO dan HC Analyser Innova untuk ujian

CO dan HC kenderaan petrol, kami diterangkan tentang pengawalan pelepasan

daripada enjin kenderaan bermotor. Pengawalan pelepasan ini telah dikuatkuasakan di

bawah peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling 1996. Menurut beliau, sebelum 1

Januari 1997 dan selepas 1 Januari 1997, standard pelepasan enjin petrol yang diguna

pakai adalah berbeza.

Setelah melawat dua stesen demonstrasi, stesen ketiga adalah demonstrasi alat

Sound Level Meter (SLM) untuk ujian bunyi bising motosikal. Di stesen ini, kami

diberikan penerangan mengenai standard bunyi bising yang dibenarkan. Untuk

mengukur bunyi yang dikeluarkan oleh motosikal, jarak alat mikrofon adalah diletakkan

selaras dengan ekzos motosikal dan pada sudut 45 0 . Kami dimaklumkan bahawa

pihak Jabatan Alam Sekitar hanya mempunyai tiga alat Sound Level Meter (SLM).

Page 4: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

Menurut kakitangan Unit Kenderaan Bermotor JASM, sekiranya pemeriksaan terhadap

motosikal dijalankan, bekalan kuasa alat ini bergantung kepada bateri.

Demonstrasi oleh pihak JASM tamat pada pukul 12 tengah hari. Selepas sesi

demonstrasi, kami dijemput menikmati makan tengah hari dan kemudian menunaikan

solat di Masjid Al Alami,

Pada jam 2.30 petang, kami telah berkumpul di Sekolah Menengah Kebangsaan

Bukit Rambai. Di sini, kami diberikan taklimat mengenai stesen pengawasan kualiti

udara automatik. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri

daripada 5 orang ahli. Ini kerana saiz stesen tersebut tidak dapat memuatkan ramai

orang pada satu-satu masa. Pihak JAS mendapatkan bacaan data kualiti udara

daripada bacaan alat di sini untuk melihat kualiti udara. Menurut pihak JAS, alat ini

berfungsi mencerap parameter-parameter pencemar udara seperti sulfur dioksida,

nitrogen dioksida, karbon monoksida dan pepejal terampai bersaiz kurang dari 10

mikron. IPU setiap jam dikira berdasarkan cerapan data dari stesen pengawasan kualiti

udara automatik yang dikawal secara jarak jauh (remote). Proses cerapan memerlukan

kitaran masa selama 1 jam yang lengkap sebelum bacaan IPU dipaparkan. Sebagai

contoh, bacaan IPU pada jam 7 pagi hanya akan lengkap selepas 1 jam cerapan iaitu

pada jam 8 pagi sebelum dapat dikemas kini. Kami dimaklumkan bahawa Nilai IPU

dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3

dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambil kira

sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk

halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini

menentukan bacaan IPU. Di kawasan bukit Rambai ini, bacaan IPU tinggi

kebanyakannya disebabkan oleh pencemar udara iaitu PM10. Hasil penerangan

daripada pihak JAS memberi kami pengetahuan baru.

Pertama kalinya, jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Alam

Sekitar dan Syarikat ASMA kerana sudi menerima lawatan daripada IPG. Pujian

diberikan kerana sangat komited terhadap tugas mereka dalam melayan kami. Sehari

lawatan bersama Jabatan Alam Sekitar dan Syarikat ASMA banyak memberikan

pengetahuan baru kepada kami sebagai seorang bakal guru dan ahli masyarakat. Hasil

Page 5: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

lawatan ini telah memberikan pendedahan kepada kami berkenaan dengan pelbagai

ilmu tentang teknologi yang digunakan dalam mengesan pencemaran bunyi, udara,

tanah dan air. Kami sebenarnya amat bertuah kerana berpeluang melihat demonstrasi

oleh Pihak Jabatan Alam Sekitar dalam mengesan pencemaran bunyi pada kenderaan

motosikal dan teknologi dalam mengesan asap petrol dan diesel. Melalui demonstrasi

tersebut, kami dapat melihat dan merasai sendiri bagaimana pencemaran bunyi dan

pencemaran udara daripada asap kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel

dapat dikesan menggunakan teknologi masa kini.

Apa yang menarik daripada lawatan ini adalah kami dapat mengetahui bahawa

sebenarnya minyak di Malaysia menggunakan Minyak Euro 2 (RON95) dan Euro

3(RON97). Minyak Euro 2 adalah minyak yang murah tetapi menyebabkan banyak

pencemaran udara berbanding Euro 3 dan Euro 4. Malaysia sedang ke arah untuk

menggunakan Euro 4 sebagai minyak kenderaan bagi mengurangkan pencemaran

udara sama seperti di Singapura, tetapi wujud satu kemungkinan yang rakyat Malaysia

tidak akan menerima kenaikan harga minyak tersebut. Oleh sebab itu, rakyat

seharusnya membuka minda supaya melihat kesan positif daripada kenaikan harga

minyak. Pada pendapat kami, sekiranya rakyat Malaysia prihatin terhadap situasi alam

sekitar kita, dicadangkan supaya menggunakan minyak yang dapat mengurangkan

pencemaran ataupun menggunakan kereta Hybrid. Walaupun kereta Hybrid mahal

untuk dimiliki, tetapi ianya memberikan kesan yang besar dalam mengurangkan

pencemaran alam. Kita memerlukan alam untuk terus hidup dan alam juga memerlukan

kita untuk menjaganya supaya terus sihat.

Page 6: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG LAWATAN

Menaiki bus sebelum bertolak ke JAS Melaka.

Tiba di Jabatan Alam Sekitar Melaka

Page 7: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

Sesi bergambar sebelum bergerak ke pejabat Jabatan Alam Sekitar

Peserta lawatan sedang mendaftarkan diri pada buku pelawat.

Page 8: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

Puan Norsora, wakil pihak JAS menunjukkan tentatif program pada hari ini

Page 9: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

Pengarah Jabatan Alam Sekitar sedang menyampaikan ucapan dan kata alu-aluan.

Tekun mendengar ucapan yang disampaikan oleh Pengarah JAS

Page 10: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

Puan Fatimah selaku pensyarah pengiring menyampaikan sedikit ucapan

Penyerahan borang penyertaan sebagai Rakan Alam Sekitar kepada Pengarah JAS Melaka, Tuan Haji Hapiz bin A. Samad.

Page 11: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

Guru pelatih sedang menikmati sarapan yang disediakan oleh pihak JAS

Mendengar taklimat berkenaan fungsi dan tugas JASM serta taklimat Rakan Alam Sekitar (RAS)

Page 12: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

Stesen 1: Guru pelatih sedang mendengar taklimat dan demonstrasi alat Muller Berm898 untuk ujian asap hitam kenderaan diesel

Page 13: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

Stesen 1: Peserta teruja melihat bagaimana alat ini mengesan asap kenderaan

Stesen 2: Mendegar taklimat

Page 14: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

Stesen 3: Penerangan mengenai alat Sound Level Meter (SLM) untuk ujian bunyi bising motosikal.

Alat Sound Level Meter (SLM)

Page 15: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

Susunan alat SLM untuk mendapatkan ketepatan bunyi.

Stesen Pengawasan kualiti udara automatik

Page 16: LAPORAN LAWATAN KE JABATAN ALAM SEKITAR, MELAKA

Sesi penyerahan cenderahti kepada pihak ASMA