laporan lawatan

7
KELAB KOIR MATEMATIK 1 SEM 6 2014 Laporan Lawatan Kelab Koir IPGKTHO ke Taman Negara Jerantut, Pahang dan Perkampungan Orang Asli Jeram Panjang Jerantut, Pahang. Pada 25 September 2014 hingga 27 September 2014 bersamaan dengan hari Khamis sehingga Sabtu, Kelab Koir Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO) telah mengadakan lawatan ke Taman Negara Pahang dan Perkampungan Orang Asli, bersama-sama dengan Kelab Kembara yang terdiri daripada dua kelas iaitu PRA dan TESL1. Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Kelab Koir IPGKTHO yang terdiri daripada guru pelatih Matematik 1 Semester 6. Pada 25 September 2014 bersamaan dengan hari Khamis, seawal pukul 7.00 pagi, semua peserta telah berkumpul di hadapan bangunan Unit Kokurikulum untuk bersiap sedia memulakan perjalanan ke Taman Negara Pahang. Terdapat dua buah bas luar yang disewa bagi menampung para peserta dari tiga buah kelas dan empat orang pensyarah pengiring iaitu Encik Mohd Faizal Bin Ghazali, Cik Halimatun Sa’adiah binti Harith, Encik Abdul Shukor bin Haji Elias dan Encik Ismail bin Abdul Samad. Setelah mendengar taklimat daripada Encik Mohd Faizal, para peserta pun menaiki bas dan bertolak daripada IPGKTHO. Kemudian, pada pukul 9:00 pagi, bas berhenti di sebuah perhentian untuk bersarapan pagi. 1

Upload: wan-ixora

Post on 23-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN LAWATAN

KELAB KOIR MATEMATIK 1 SEM 6 2014

Laporan Lawatan Kelab Koir IPGKTHO ke Taman Negara Jerantut, Pahang dan

Perkampungan Orang Asli Jeram Panjang Jerantut, Pahang.

Pada 25 September 2014 hingga 27 September 2014 bersamaan dengan hari

Khamis sehingga Sabtu, Kelab Koir Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein

Onn (IPGKTHO) telah mengadakan lawatan ke Taman Negara Pahang dan

Perkampungan Orang Asli, bersama-sama dengan Kelab Kembara yang terdiri

daripada dua kelas iaitu PRA dan TESL1. Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti

yang dirancang oleh Kelab Koir IPGKTHO yang terdiri daripada guru pelatih

Matematik 1 Semester 6.

Pada 25 September 2014 bersamaan dengan hari Khamis, seawal pukul 7.00

pagi, semua peserta telah berkumpul di hadapan bangunan Unit Kokurikulum untuk

bersiap sedia memulakan perjalanan ke Taman Negara Pahang. Terdapat dua buah

bas luar yang disewa bagi menampung para peserta dari tiga buah kelas dan empat

orang pensyarah pengiring iaitu Encik Mohd Faizal Bin Ghazali, Cik Halimatun

Sa’adiah binti Harith, Encik Abdul Shukor bin Haji Elias dan Encik Ismail bin Abdul

Samad.

Setelah mendengar taklimat daripada Encik Mohd Faizal, para peserta pun

menaiki bas dan bertolak daripada IPGKTHO. Kemudian, pada pukul 9:00 pagi, bas

berhenti di sebuah perhentian untuk bersarapan pagi.

Setelah semua peserta selesai bersarapan, perjalanan diteruskan. Sepanjang

perjalanan, semua peserta berehat bagi mempersiapkan diri untuk mengikuti aktiviti

yang telah dirancang sepanjang 3 hari 2 malam berada di Taman Negara, Pahang.

Pada pukul 3:00 petang, bas berhenti di Pekan Jerantut, Pahang untuk memberi

peluang kepada para peserta makan tengah hari dan menunaikan solat bagi peserta

yang beragama Islam di Masjid Pekan Jerantut, Pahang.

Kemudian, beberapa orang yang merupakan ejen dari Danz Travel &

Adventures Sdn Bhd (Danz Travel) tiba di Pekan Jerantut, Pahang untuk mengiringi

perjalanan kami ke Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Pada pukul 7.00 malam, kami

tiba di Kuala Tahan. Setelah mengambil barang masing-masing, kami berkumpul di

1

Page 2: LAPORAN LAWATAN

KELAB KOIR MATEMATIK 1 SEM 6 2014

perkarangan Resort Kuala Tahan untuk mendengar sedikit taklimat daripada Encik

Rasdan Bin Salleh selaku Pengarah Danz Travel.

Seterusnya, kami diberikan bilik masing-masing. Kami bertuah kerana

disediakan bilik yang selesa, empat orang dalam satu bilik yang dilengkapi dengan

bilik air, pendingin hawa dan dua katil double-decker. Dalam satu bilik terdapat para

peserta dari opsyen Matematik1, TESL1 dan PRA. Justeru itu, hubungan antara

kami dapat dieratkan lagi.

Setelah menyimpan barang-barang di dalam bilik masing-masing, kami

berkumpul di kafe untuk menjamu makan malam bersama-sama dengan para

pensyarah pengiring. Kemudian, setelah selesai menjamu selera, kami menonton

Video Show Taman Negara yang disediakan oleh Danz Travel. Video tersebut

memaparkan aktiviti di Taman Negara serta flora dan fauna yang terdapat di Taman

Negara.

Seterusnya, setelah selesai menonton Video Show tersebut, Encik Rasdan

Bin Salleh memperkenalkan kami kepada 5 orang pemandu pelancong yang

berpengalaman dan telah lama berkhidmat sebagai pemandu pelancong. Kami

dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 11 hingga 13 orang

peserta serta seorang pemandu pelancong.

Semua aktiviti yang kami ikuti adalah di Taman Negara dan kami perlu

menaiki bot untuk menyeberangi Sungai Pahang kerana tempat penginapan kami

dan Taman Negara dipisahkan oleh Sungai Pahang.

Aktiviti kami yang pertama ialah Night Jungle Walk dan Bumbun Tahan. Pada

pukul 9:00 malam, kami menaiki bot bergilir-gilir mengikut kumpulan masing-masing

ke Taman Negara yang mengambil masa kurang daripada 2 minit. Sepanjang aktiviti

Night Jungle Walk, pemandu pelancong setiap kumpulan menerangkan serangga,

pokok serta tumbuh-tumbuhan yang kami lihat di sepanjang laluan di Taman

Negara.

Pada malam tersebut, ramai pelancong luar yang sedang mengikuti Night

Jungle Walk. Oleh itu, suasana yang agak riuh menyebabkan kami tidak berpeluang

melihat binatang liar di Bumbun Tahan kerana binatang liar akan bersembunyi

apabila ramai orang berada di sekitar tempat tersebut. Bumbun Tahan merupakan

2

Page 3: LAPORAN LAWATAN

KELAB KOIR MATEMATIK 1 SEM 6 2014

tempat tinggi yang disediakan untuk melihat binatang liar. Setelah selesai aktiviti

Night Jungle Walk pada pukul 11:00 malam, kami menaiki bot untuk menyeberangi

sungai dan kembali ke bilik masing-masing untuk berehat dan tidur.

Pada hari kedua, 26 September 2014 bersamaan dengan hari Jumaat, kami

menikmati sarapan pagi yang disediakan di kafe pada pukul 7:30 pagi. Setelah

selesa bersarapan, kami menaiki bot ke Taman Negara untuk mengikuti aktiviti

Canopy Walk dan mendaki Bukit Terisik.

Pada pukul 8:00 pagi, kami memulakan perjalanan trekking ke Canopy

Walkway sejauh 1.5 kilometer mengikut kumpulan serta pemandu pelancong

kumpulan masing-masing. Kemudian, pada pukul 9:30 pagi, kami tiba di Canopy

Walkway dan menaiki Canopy Walkway yang merupakan titian paling panjang dan

tinggi di dunia iaitu sepanjang 500 meter dan memiliki ketinggian 30 meter dari

tanah.

Setelah selesai menaiki Canopy Walkway, kami meneruskan pendakian Bukit

Terisik. Setelah tiba di puncak Bukit Terisik, kami dapat melihat puncak Gunung

Tahan dan sempat mengambil gambar sebagai kenang-kenangan pendakian Bukit

Terisik. Setelah turun dari Bukit Terisik pada pukul 1:00 petang, kami menaiki bot

untuk kembali ke tempat penginapan dan menikmati makan tengah hari. Setelah

selesai menjamu selera, kami diberikan peluang untuk berehat dan berkumpul

semula di dataran pada pukul 3:00 petang.

Pada pukul 3:00 petang, kami menaiki bot panjang untuk aktiviti Rapids

Shooting dan mandi-manda di Jeram Teras. Terdapat 6 buah bot panjang

disediakan dan sepanjang perjalanan ke Perkampungan Orang Asli di Jeram

Panjang, setiap bot berlumba-lumba dan kami bermain perang air antara bot. Setiap

peserta kelihatan sangat seronok semasa aktiviti Rapids Shooting. Lebih kurang

pukul 4:00 petang, kami tiba di Perkampungan Orang Asli.

Semasa berada di Perkampungan Orang Asli, kami didedahkan dengan

kehidupan Orang Asli Bateq seperti budaya, perkahwinan, kelahiran dan

kepercayaan mereka. Orang Asli Bateq merupakan salah satu suku orang asli yang

dibenarkan oleh Taman Negara untuk mengambil hasil hutan dan sungai sebagai

sumber makanan dan minuman mereka. Namun, pada masa kini, terdapat segelintir

3

Page 4: LAPORAN LAWATAN

KELAB KOIR MATEMATIK 1 SEM 6 2014

Orang Asli Bateq yang sudah mula terlibat dengan aktiviti pelancongan di Taman

Negara seperti bekerja sebagai pemandu bot panjang. Kami turut berpeluang

mengambil gambar dengan kanak-kanak Orang Asli Bateq di Perkampungan Orang

Asli.

Pada pukul 5:30 petang, kami memulakan perjalanan kembali ke tempat

penginapan. Sepanjang perjalanan pulang, kami menikmati perang air antara bot.

Namun, kami tidak dapat mandi-manda di Jeram Teras memandangkan paras air

telah naik dan keadaan air sungai yang deras.

Setelah tiba di tempat penginapan, kami berkumpul di dataran dan semua

pemandu pelancong menyampaikan sepatah dua kata sebagai tanda perpisahan

kami. Aktiviti pada petang itu merupakan aktiviti terakhir kami dengan para pemandu

pelancong. Sebelum bersurai, kami sempat bergambar dengan semua pemandu

pelancong.

Seterusnya, semua peserta kembali ke bilik masing-masing dan bersiap untuk

makan malam. Pada pukul 8:00 malam, kami berkumpul di kafe dan menikmati

aktiviti BBQ dengan para pensyarah pengiring dan pengarah Danz Travel, Encik

Rasdan Bin Salleh. Seterusnya, Encik Rasdan Bin Salleh menyampaikan ucapan

beliau sebagai tanda majlis perpisahan dan menyampaikan sijil kepada para

peserta. Encik Mohd Faizal bin Ghazali turut menyampaikan cenderahati kepada

Encik Rasdan Bin Salleh sebagai tanda penghargaan. Kemudian, pada pukul 11:00

malam, semua peserta kembali ke bilik masing-masing dan tidur.

Pada hari terakhir iaitu hari Sabtu bersamaan dengan 27 September 2014,

para peserta bersarapan pagi buat kali terakhir di kafe pada pukul 7:00 pagi.

Kemudian, para peserta diberikan peluang untuk bersiar-siar di sekitar tempat

penginapan serta berpeluang mengikuti aktiviti yang lain seperti River Cruise. Kami

turut membeli belah di kedai cenderahati yang terdapat di Taman Negara dan Kuala

Tahan. Seterusnya, kami kembali ke bilik masing-masing untuk mengemaskan

barang-barang dan membersihkan bilik.

Kemudian, pada pukul 12:00 tengah hari, semua peserta berkumpul di

hadapan bas bersama-sama dengan barang masing-masing. Seterusnya, setelah

semua peserta berada dalam bas, kami pun bertolak pulang ke IPGKTHO.

4

Page 5: LAPORAN LAWATAN

KELAB KOIR MATEMATIK 1 SEM 6 2014

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pekan Jerantut, Pahang untuk

makan tengah hari dan menunaikan solat bagi peserta yang beragama Islam di

Masjid Pekan Jerantut, Pahang. Kemudian, kami pun meneruskan perjalanan.

Setelah tiba di Pekan Segamat, Johor lebih kurang pukul 7:30 malam, kami

berhenti untuk makan malam dan menunaikan solat bagi peserta yang beragama

Islam di surau yang terdapat di stesen Petronas yang berdekatan.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan pulang dan tiba dengan selamat di

IPGKTHO pada pukul 11:00 malam. Dengan itu, maka berakhirlah perjalanan kami

selama 3 hari 2 malam dalam lawatan ke Taman Negara Jerantut, Pahang dan

Perkampungan Orang Asli Jeram Panjang Jerantut, Pahang.

Disediakan oleh,

______________________

(ISMAIL BIN SUMANTERI)

Setiausaha Projek Kelab Koir,

PISMP Semester 6 Ambilan Jan 2012,

IPG Kampus Tun Hussein Onn,

Batu Pahat, Johor

5