laporan lawatan 2

9
CPE 3200 ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING LAPORAN DAN REFLEKSI LAWATAN TEMPAT : Unit Lembaga Kaunselor, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Putrajaya. TARIKH : 18 Mac 2013 DISEDIAKAN OLEH : NURIYA BINTI AZMI 153532 IMRAH KAMARUDDIN 151902 MOHD ZUKIFLI BIN ISMAIL 153434 NURUL HIDAYAH BT YUSOFF 154085 NURUL SHUHADA BT ABDULLAH 153460 MOHD……

Upload: dz-zain

Post on 14-Feb-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

asaimen

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan lawatan 2

CPE 3200

ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

LAPORAN DAN REFLEKSI LAWATAN

TEMPAT : Unit Lembaga Kaunselor, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat, Putrajaya.

TARIKH : 18 Mac 2013

DISEDIAKAN OLEH :

NURIYA BINTI AZMI 153532

IMRAH KAMARUDDIN 151902

MOHD ZUKIFLI BIN ISMAIL 153434

NURUL HIDAYAH BT YUSOFF 154085

NURUL SHUHADA BT ABDULLAH 153460

MOHD……

PENSYARAH : DR. WAN MARZUKI BIN WAN JAAFAR

PROGRAM : BAC. PEND. (SAINS RUMAHTANGGA)

Page 2: Laporan lawatan 2

1.0 PENGENALAN

Lembaga Kaunselor dan Pendaftaran Kaunselor adalah satu organisasi kerajaan yang

menguruskan hal ehwal kaunselor-kaunselor di Malaysia serta bertanggungjawab

menguruskan pendaftaran kaunselor yang bertauliah. Antara objektif lawatan ini adalah

untuk:-

a) Mengenalpasti objektif kewujudan Lembaga Kaunselor dan Pendaftaran Kaunselor

b) Mengenalpasti latar belakang Lembaga Kaunselor dan Pendaftaran Kaunselor

c) Mengetahui fungsi dan tanggungjawab Lembaga Kaunselor dan Pendaftaran Kaunselor

Taklimat yang diberikan oleh pegawai yang bertugas telah memberi sedikit sebanyak

maklumat mengenai latar belakang Lembaga Kaunselor dan Pendaftaran Kaunselor. Menurut

Encik Tengku Amirul Azran bin Tengku Ahmad, bidang kaunseling telah diperkenalkan di

Maktab Perguruan Ilmu Khas, Bangi untuk pertama kalinya di Malaysia. Kursus ini telah

ditawarkan kepada guru-guru pada tahun 1969. Pada tahun 1981, wujud pula program ijazah

kaunseling di Universiti Putra Malaysia dan bermula pada tahun itu kursus ini ditawarkan

oleh universiti lain. Pada tahun 1990, Akta kaunselor telah diwujudkan dan seterusnya

tertubuhnya Unit Psikologi dan Kaunseling di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Akhirnya,

pada 19 Mac 1998, Akta Kaunselor diluluskan.

Organisasi ini terdiri daripada 16 orang anggota yang dilantik oleh Menteri dan

keanggotaan ini berubah setiap dua tahun. Keanggotaan Lembaga terdiri daripada:-

a) Kaunselor berdaftar (Presiden)

b) Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

c) Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

d) Wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

e) Wakil Jabatan Agama dan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM)

f) Wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

g) Wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN)

h) Tiga orang wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

i) Enam orang kaunselor berdaftar

Page 3: Laporan lawatan 2

2.0 TUJUAN PENUBUHAN

Lembaga ini ditubuhkan bagi menguruskan beberapa perkara seperti pendaftaran kaunselor

bertauliah, masalah etika dalam kaunseling, penggubalan dasar, pemantauan dan

pengawalseliaan serta operasi selain daripada menyediakan khidmat kaunseling itu sendiri.

Terdapat banyak lagi peranan dan tanggungjawab lembaga ini. Antara objektif yang ingin

dicapai oleh organisasi ini adalah:-

a) Memartabatkan kaunselor dan perkhidmatan kaunseling yang dapat memberi sumbangan

kepada individu, masyarakat dan negara.

b) Memastikan perkhidmatan kaunseling mempunyai mempunyai tahap piawaian selaras

tahap keperluan negara.

c) Memastikan perkhidmatan kaunseling mengikut tahap kualiti dan kaedah yang betul.

Page 4: Laporan lawatan 2

3.0 REFLEKSI LAWATAN

Nama: Nuriya binti Azmi

No. Matrik : 153532

Setelah mendapatkan penerangan daripada Encik Tengku Amirul, saya telah

mendapat beberapa maklumat dan pengetahuan baru mengenai bidang kaunseling. Kaunselor

yang bertauliah perlu berdaftar dengan Lembaga Kaunselor. Ini kerana perkhidmatan

kaunseling tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kepada klien jika seseorang itu tidak

mempunyai sijil atau pengiktirafan yang sah daripada Lembaga Kaunselor. Isu yang kerap

kali didengari kini ialah penyalahgunaan perkataan kaunseling yang digunakan oleh orang-

orang yang tidak memahami maksud kaunseling. Antara isu yang seringkali didengari ialah

seperti kaunseling pendidikan, kerjaya, kecantikan, kesihatan dan sebagainya. kaunseling

seringkali ditafsirkan sebagai memberi nasihat dan bimbingan sedangkan definisi kaunseling

adalah berbeza. Apa yang difahami oleh masyarakat terhadap kaunseling menyebabkan

kaunseling sewenang-wenangnya digunakan oleh pihak tertentu sedangkan untuk memberi

khidmat kaunseling memerlukan seseorang itu mempunyai tauliah dalam bidang tersebut.

Kaunseling dan rundingan selalu ditukarganti menyebabkan masyarakat lebih suka

memanggil khidmat rundingan itu sebagai khidmat kaunseling.

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah memberi banyak pengetahuan baru kepada

saya dan rakan-rakan mengenai kewujudan dan latar belakang bidang kaunseling di

Malaysia. Daripada lawatan ini, saya dapat memahami sistem pengurusan kaunselor serta

isu-isu yang seringkali dikaitkan dengan perkhidmatan kaunseling. Saya berasa bersyukur

kerana dapat memperoleh maklumat yang sebelum ini tidak saya ketahui seperti penggunaan

perkataan kaunseling dalam kalangan masyarakat serta dapat mengetahui dengan lebih

mendalam mengenai bidang kaunseling.

Page 5: Laporan lawatan 2

Nama: Mohd Zukifli bin Ismail

No. Matrik : 153434

Lawatan untuk kali kedua ini bertempat di Unit Lembaga Kaunselor, Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Putrajaya. Kami bertolak dari UPM

seawal jam 830 pagi dan tiba di Putrajaya pada jam 9 pagi.

Sesi taklimat dan penerangan telah dijalankan oleh pegawai bertugas iaitu En Tengku

Amirul Afzan Bin Tengku Ahmad. Kami diberikan taklimat tengtang bidang tugas sebagai

seorang kaunselor yang bertauliah atau berlesen. Disini juga kami di terangkan bagaimana

seseorang kaunselor ditauliahkan atau diberikan lesen iaitu melalui bidang akademik, sesi

temuduga dan penilaian yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab ke atas calon yang

memohon. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang akta-akta yang perlu diketahui oleh

kaunselor serta etika mereka sebagai kaunselor berlesen. Kami juga diterangkan etika serta

kesalahan yang dilakukan oleh seorang kaunselor serta tindakan yang akan dikenakan.

Diakhir sesi taklimat juga terdapat sesi soal jawab diantara kami dengan pegawai

bertugas. Beberapa orang daripada rakan saya bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan

dengan bidang ini. setiap soalan yang diajukan dijawab dengan baik dan juga penekanan

maklumat dengan lebih mendalam.

Akhir sekali, lawatan seperti yang dijalankan kali ini amat bagus sekiranya diterus

pada masa akan datang kerana dapat mendedahkan pelajar dalan bidang ini secara lebih

dekat. Bagi saya yang mengambil kursus CPE3200 - Asas Bimbingan dan Kaunseling ini,

lawatan ini sangat berguna dan membantu saya sekiranya saya ingin menyambung pengajian

didalam bidang ini pada masa akan datang.

Page 6: Laporan lawatan 2

Nama: Nurul Shuhada binti Abdullah

No. Matrik : 153460

Pada lawatan kali ini kami telah diperkenalkan dengan Urusetia Lembaga Kaunselor

iaitu Tengku Amirul Azran Bin Tengku Ahmad. Beliau yang telah ditugaskan untuk

menyampaikan taklimat mengenai peranan Lembaga Kaunselor di KPWKM, Putrajaya.

Pihak lembaga kaunselor ini bertanggungjawab sepenuhnya kepada perlantikan kaunselor-

kaunselor di seluruh Malaysia. Pihak mereka akan mengeluarkan lesen kepada kaunselor

berdaftar dengan melalui sesi temuduga. Perkara paling penting adalah mereka mestilah

mempunyai kelayakan akademik dalam bidang kaunseling iaitu pada peringkat ijazah

sebanyak 81 jam kredit subjek kaunseling manakala bagi peringkat sarjana mengambil 48

jam kredit. Jika kurang daripada itu, mereka tidak layak untuk berdaftar sebagai kaunselor.

Melalui penerangan daripada beliau, saya dapat memahami cara atau kaedah yang

betul untuk menjadi seorang kaunselor yang berdaftar. Mereka perlu melalui proses-proses

yang telah ditentukan oleh pihak lembaga kaunselor. Selain itu, kaunselor terikat dengan

etika kaunseling iaitu mereka tidak boleh ada hubungan dengan klien mereka. Ini adalah

menjadi satu kesalahan dan salah di sisi undang-undang sebagai kaunselor berdaftar.

Selain itu, saya telah dapat mengetahui mengenai sejarah kaunseling iaitu bermula

daripada awal 1900. Saya juga dapat mengetahui bahawa akta kaunselor telah ditubuhkan

pada 19 Mac 1998. Lembaga kaunselor terdiri daripada 16 orang ahli yang dilantik oleh

menteri dan menjawat jawatan itu selama dua tahun.

Kesimpulannya, daripada lawatan kali ini saya lebih banyak menimba ilmu mengenai

kaunseling. Selama ini apa yang saya faham adalah berbeza dengan maksud sebenar.

Lawatan ini amat membantu saya untuk digunakan pada masa hadapan.