laporan kajian tindakan

15
PENGHARGAAN PENGHARGAAN 1. 1. Untuk suami, putera dan Untuk suami, putera dan puteri yang sangat puteri yang sangat memahami. memahami. 2. 2. Buat seluruh keluarga Buat seluruh keluarga ayah, bonda, adik ayah, bonda, adik beradik dan saudara mara beradik dan saudara mara yang sentiasa menitipkan yang sentiasa menitipkan doa agar kehidupan ini doa agar kehidupan ini sentiasa sukses dan sentiasa sukses dan bahagia. bahagia. 3. 3. Juga buat seluruh rakan Juga buat seluruh rakan dan warga SMK Kelana dan warga SMK Kelana Jaya serta semua yang Jaya serta semua yang terlibat secara langsung terlibat secara langsung

Upload: siti-norhana

Post on 30-Nov-2015

92 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan kajian tindakan

PENGHARGAANPENGHARGAAN

1.1. Untuk suami, putera dan Untuk suami, putera dan puteri yang sangat puteri yang sangat memahami.memahami.

2.2. Buat seluruh keluarga Buat seluruh keluarga ayah, bonda, adik beradikayah, bonda, adik beradik dan saudara mara yang dan saudara mara yang sentiasa menitipkan doa sentiasa menitipkan doa agar kehidupan ini agar kehidupan ini sentiasa sukses dan sentiasa sukses dan bahagia.bahagia.

3.3. Juga buat seluruh rakan Juga buat seluruh rakan dan warga SMK Kelana dan warga SMK Kelana Jaya serta semua yang Jaya serta semua yang terlibat secara langsung terlibat secara langsung atau tidak langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan dalam menyiapkan laporan ini.laporan ini.

Page 2: laporan kajian tindakan

ABSTRAK

Dari segi Penyataan Masalah, ramai pelajar lemah hukum tajwid ketika membaca Al-Quran. Alasan para pelajar adalah kesukaran untuk mengingati hukum tajwid terutamanya hukum tajwid nun mati dan mim mati, huruf-hurufnya dan cara bacaannya hanya dengan membaca dan menghafal nota.

Dari segi metodologi yang digunakan, guru memperkenalkan dahulu Kad Sifir Tajwid Nun Mati & Mim Mati. Kad Sifir ini mengandungi ringkasan hukum tajwid ‘Nun Mati & Mim Mati’ beserta huruf-hurufnya dan cara bacaannya. Kemudian, 3 ujian akan dilakukan di akhir pengajaran selepas pelajar selesai menyiapkan Kad Sifir Tajwid ini. Temubual tidak berstruktur dilakukan dengan pelajar bagi mendapatkan maklum balas sama ada penggunaan Kad Sifir Tajwid ini membantu mereka untuk mahir membaca Al-Quran.

Seterusnya,  setting kajian dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya yang membabitkan sampel yang terdiri dari 10 pelajar dari tingkatan 2 Berani dan 2 Cekap.

Pengumpulan data melibatkan subjek seramai 10 orang. Tiga ujian dijalankan iaitu ujian lisan, kuiz bertulis dan permainan teka silangkata. Seterusnya, penganalisaan data dijalankan dengan merujuk kepada markah yang diperoleh oleh pelajar berdasarkan ketiga-tiga ujian. Selain itu, temubual dijalankan kepada pelajar bagi mendapat maklum balas tentang penggunaan Kad Sifir Tajwid Nun Mati & Mim Mati. Penganalisaan data dilakukan secara kuantitatif dan kualitatif.

Kajian ini menunjukkan penggunaan Kad Sifir Tajwid Nun Mati dan Mim Mati memberikan impak yang amat positif dalam meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran.

Page 3: laporan kajian tindakan

1. LATAR BELAKANG KAJIAN / REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pelajar kelas kami terdiri dari pelajar yang sederhana. Dari pemerhatian, sesi membaca Al-Quran bersama guru, soal jawab lisan, kuiz bertulis dan permainan teka silangkata, didapati mereka masih kurang mahir membaca Al-Quran kerana lemah dalam penguasaan hukum tajwid nun mati dan mim mati. Jadi masalah yang ingin diperbaiki ialah meningkatkan penguasaan hukum tajwid nun mati dan mim mati dalam bacaan Al-Quran para pelajar.

Ini berlaku disebabkan sikap pelajar yang kurang serius dan menganggap hukum tajwid nun mati dan mim mati kurang penting membuatkan mereka kurang mahir membaca Al-Quran kerana lemah dalam menguasai hukum tajwid nun mati dan mim mati. Ini juga berlaku kerana kami jarang menggunakan teknik hafalan atau ulangan hukum tajwid ini serta jarang menggunakan bahan-bahan yang menarik dan berkesan seperti ‘Kad Sifir Tajwid Nun Mati dan Mim Mati’ ini untuk dipraktikkan bersama pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas di samping sikap kami yang menyangka para pelajar sudah menguasai ‘hukum tajwid nun mati dan mim mati’ sejak mereka di sekolah rendah, maka tidak perlu diberi lebih penekanan atau perhatian mengenai hukum tajwid ini ketika mereka sudah beralih ke sekolah menengah.

Oleh itu kini kami sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar berlanjutan memandangkan pelajar-pelajar kami akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun hadapan. Kami cuba membantu pelajar dengan menampalkan carta hukum tajwid di dinding kelas, menayangkan slaid hukum tajwid dan mengadakan permainan hukum tajwid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: laporan kajian tindakan

Bagi membantu menyelesaikan masalah ini, kami juga bercadang untuk mewujudkan Kad Sifir Hukum Tajwid di kalangan pelajar sebaik saja mereka memasuki tingkatan satu untuk Bahagian Tilawah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

2. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Ramai pelajar kurang mahir membaca Al-Quran kerana lemah dalam hukum tajwid nun mati dan mim mati. Jika masalah ini tidak diselesaikan akan ramai pelajar yang kurang mahir membaca Al-Quran kerana ramai yang lemah dalam hukum tajwid ini. Jadi untuk meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dan menguasai hukum tajwid ini, maka penggunaan Kad Sifir Tajwid Nun Mati & Mim Mati diperkenalkan kepada pelajar.

3. OBJEKTIF KAJIAN / TUJUAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum :i. Mengkaji tahap kemahiran membaca Al-Quran dan

penguasaan hukum tajwid nun mati dan mim mati dalam kalangan pelajar.

ii. Meningkatkan kemahiran dan minat membaca Al-Quran dalam kalangan pelajar.

3.2 Objektif Khusus :Meningkatkan penguasaan hukum tajwid nun mati dan mim mati dalam kalangan pelajar.

4. KUMPULAN SASARAN

10 orang pelajar dari tingkatan 2 Berani dan 2 Cekap.

Page 5: laporan kajian tindakan

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Masalah pelajar kurang mahir membaca Al-Quran kerana tidak menguasai hukum tajwid nun mati & mim mati. Oleh sebab itu beberapa cara mengumpul maklumat dilakukan dengan cara-cara berikut:

a. Aktiviti 1 : Ujian bacaan/lisan.b. Aktiviti 2 : Kuiz bertulis.c. Aktiviti 3 : Permainan Teka Silangkata.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

26 Februari 2011

2 Menulis Proposal Kajian 1 Mac 20113 Merancang Tindakan – (panitia) 7 Mac 20114 Melaksanakan tindakan : Aktiviti 1 11Mac 20115 Membincangkan masalah yang timbul

dalam tindakan 1 (dalam panitia)15 Mac 2011

6 Melaksanakan Tindakan : Aktiviti 2 6 April 20117 Membincangkan masalah yang timbul

dalam tindakan 2 (dalam panitia)8 April 2011

8 Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar

20 April 2011

9 Refleksi Kajian 21 April 2011

Page 6: laporan kajian tindakan

10 Menulis Laporan Kajian 22 April 201111 Pembentangan Dapatan Kajian 29 April 2011

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.3.1 Aktiviti yang dijalankan:

a. Aktiviti 1 : Ujian bacaan/lisan.b. Aktiviti 2 : Kuiz bertulis.c. Aktiviti 3 : Permainan Teka Silangkata.

5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan:

a. Aktiviti 1 : Papan Putih dan Kad tajwid.b. Aktiviti 2 : Soalan Kuiz pada kertas A4 dan kad tajwid.c. Aktiviti 3 : Komputer, LCD dan kad tajwid.

5.3.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian yang berkesan dalam mengatasi masalah.

a. Ujian bacaan/lisan:7/10 pelajar dapat membaca dengan betul dan lancar mengikut hukum tajwid nun mati dan mim mati dengan merujuk kad tajwid masing-masing.

b. Kuiz bertulis: 10/10 pelajar dapat menjawab semua soalan dengan betul dan tepat merujuk kepada kad tajwid masing-masing.

c. Permainan Teka Silangkata:10/10 pelajar dapat menjawab teka silangkata hukum tajwid nun mati dan mim mati dengan betul dan tepat juga dengan merujuk kad tajwid masing-masing.

Page 7: laporan kajian tindakan

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN

5.4.1.1 Pelaksanaan aktiviti 1 (ujian bacaan).

i. Guru membaca diikuti pelajar.ii. Pelajar membaca diikuti pelajar lain disemak oleh

guru.iii. Soal jawab hukum tajwid nun mati dan mim mati yang

mana pelajar menulis jawapan di papan putih dengan merujuk kad sifir tajwid.

5.4.1.2 Pemerhatian.

7/10 pelajar dapat membaca dengan betul dan lancar mengikut hukum tajwid dan dapat menjawab hukum tajwid nun mati dan mim mati yang terdapat dalam bacaan dengan betul dan tepat merujuk kepada kad tajwid masing-masing. Jumlah pelajar ini meningkat berbanding pengajaran dan pembelajaran sebelum ini yang tidak menggunakan kad sifir tajwid.

5.4.1.3 Refleksi.

Kaedah P & P menggunakan kad sifir tajwid sangat berkesan, menjimatkan masa dan tenaga serta sangat efektif dan menyeronokkan.

Page 8: laporan kajian tindakan

5.4.2.1 Pelaksanaan aktiviti 2 (Kuiz bertulis).

i. Guru mengedarkan kertas soalan berstruktur.ii. Pelajar diberi masa 30 minit untuk menjawab 24

soalan berstruktur berkaitan hukum tajwid nun mati dan mim mati.

5.4.2.2 Pemerhatian.

10/10 pelajar dapat menjawab semua soalan dengan betul dan tepat merujuk kepada kad tajwid masing-masing. Jumlah pelajar ini meningkat berbanding pengajaran dan pembelajaran sebelum ini yang tidak menggunakan kad sifir tajwid.

5.4.2.3 Refleksi.

Kaedah P & P menggunakan kad sifir tajwid ini juga sangat berkesan, menjimatkan masa dan tenaga serta sangat efektif dan menyeronokkan.

Page 9: laporan kajian tindakan

5.4.3.1 Pelaksanaan aktiviti 3 (Kuiz / Permainan Teka Silangkata).

i. Guru menayangkan permainan teka silangkata di skrin LCD menggunakan komputer.

ii. Pelajar menjawab secara lisan.

5.4.3.2 Pemerhatian.

10/10 pelajar dapat menjawab semua soalan dengan betul dan tepat merujuk kepada kad tajwid masing-masing. Jumlah pelajar ini meningkat berbanding pengajaran dan pembelajaran sebelum ini yang tidak menggunakan kad sifir tajwid.

5.4.3.3 Refleksi.

Kaedah P & P menggunakan kad sifir tajwid ini juga sangat berkesan, menjimatkan masa dan tenaga serta sangat efektif dan menyeronokkan.

Page 10: laporan kajian tindakan

5.5 REFLEKSI KAJIAN

5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid

a. Ujian bacaan/lisan:7/10 pelajar dapat membaca dengan betul dan lancar mengikut hukum tajwid nun mati dan mim mati dengan merujuk kad tajwid masing-masing.

b. Kuiz bertulis: 10/10 pelajar dapat menjawab semua soalan dengan betul dan tepat merujuk kepada kad tajwid masing-masing.

c. Permainan Teka Silangkata:10/10 pelajar dapat menjawab teka silangkata hukum tajwid nun mati dan mim mati dengan betul dan tepat juga dengan merujuk kad tajwid masing-masing.

5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan.

Rumusan didapati bahawa teknik penggunaan kad sifirtajwid nun mati dan mim mati ini sangat berkesan, menjimatkan masa dan tenaga serta sangat efektif dan menyeronokkan bagi meningkatkan penguasaan hukum tajwid nun mati dan mim mati dalam kalangan pelajar sekaligus meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran para pelajar.

5.5.3 Refleksi Tentang Proses Kaunseling Yang Telah Dijalankan Secara Keseluruhan.

Page 11: laporan kajian tindakan

Kami merasa sangat lega dan berpuas hati kerana semua aktiviti dan tindakan telah dijalankan dengan baik dan sempurna. Kami amat berharap teknik ini akan digemari ramai dan dapat meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran para pelajar dengan menguasai sepenuhnya hukum tajwid nun mati dan mim mati di samping hukum-hukum tajwid lain yang akan diperluaskan lagi pembelajaran dan pengajarannya dengan menggunakan teknik yang sama seperti Kad Sifir Tajwid Nun Mati dan Mim Mati ini.

5.6 KELEBIHAN.

Kad sifir tajwid nun mati dan mim mati ini sangat membantu memudahkan guru menjalankan pembelajaran dan pengajaran serta mampu memupuk minat dan kesungguhan pelajar untuk menguasai hukum tajwid berkaitan dalam bacaan Al-Quran.

5.7 KEKURANGAN.

Guru dan pelajar kurang tenaga, masa dan minat untuk melaksanakan dan mempraktikkan teknik dan penggunaan kad sifir tajwid nun mati dan mim mati.

5.8 CADANGAN.

5.8.1 Kami bercadang untuk menampal lebih banyak kad hukum-hukum tajwid nun mati dan mim mati di sekitar bangunan sekolah yang bersesuaian dan mudah untuk pelajar melihat, membaca dan mengingatinya.

5.8.2 Kami juga bercadang untuk menggunakan teknik dan penggunaan kad sifir yang sama untuk hukum-hukum tajwid yang lain.

Page 12: laporan kajian tindakan