bengkel pemurniaan laporan kajian tindakan
Post on 16-Jan-2016
225 views
Embed Size (px)
DESCRIPTION
jjjTRANSCRIPT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM MENGENALPASTI PERBEZAAN PERKATAAN FUR DAN HAIR DALAM MATA PELAJARAN SAINS.
Oleh;
Rauhiyah Bt Che Md Nor @ Che Muhammad
Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda
Jalan Sekoi, Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru, Johor
18 JULAI 2005
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menjalankan dan seterusnya menyiapkan laporan kajian tindakan ini.
Pertama sekali penghargaan ini saya tujukan kepada pihak sekolah terutamanya pihak pentadbiran dan pengurusan Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda di atas segala kemudahan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang menjalankan kajian ini.
Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada rakan-rakan guru yang banyak memberi kerjasama dan tunjuk ajar dalam melaksanakan kajian tindakan ini. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada anak-anak didik saya yang sanggup memberi kerjasama dan meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan kajian tindakan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan saya hulurkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam kajian tindakan ini. Ini merupakan satu pengalaman manis buat saya dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi pengajaran saya.
Akhir sekali, penghargaan ini saya tujukan kepada ibu bapa saya, rakan-rakan, dan semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan ini.
Rauhiyah Bt Che Md Nor @ Che Muhammad
18 Julai 2005
KANDUNGAN
HALAMANPENGHARGAAN
1ABSTRAK
21.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU32.0 FOKUS KAJIAN
43.0 OBJEKTIF KAJIAN
43.1 OBJEKTIF AM
43.2 OBJEKTIF KHUSUS
54.0 KUMPULAN SASARAN
5
4.1 SAMPEL KAJIAN
5
4.2 INSTRUMEN KAJIAN
55.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN
55.1 TINJAUAN MASALAH
55.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
75.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
75.4 PERLAKSANAAN AKTIVITI
85.4.1 AKTIVITI WARMING-UP WITH ANIMALS
85.4.2 AKTIVITI MINI DICTIONARY
85.4.3 AKTIVITI BANK OF ANIMALS
95.5 REFLEKSI
116.0 PENILAIAN
127.0 REFLEKSI TINDAKAN
138.0 CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA
149.0 BIBLIOGRAFI
1510.0 LAMPIRAN
16ABSTRAK
Kajian Tindakan ini dijalankan bagi mengkaji masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 3 Dedikasi apabila terdapat sebilangan daripada mereka keliru untuk menjawab soalan Sains terutama bahagian B . Skop kajian adalah mengenai kekeliruan maksud dua perkataan iaitu fur dan hair untuk topik animals. Seramai 10 orang murid dari tahun 3 Dedikasi terlibat dalam kajian ini. Murid yang terlibat dipilih berdasarkan keputusan ujian penilaian pertama pada bulan Februari yang lalu. Sebagai guru Sains kelas tersebut, adalah menjadi tanggungjawab untuk mencari satu pendekatan yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi murid-murid ini, iaitu mereka tidak dapat membezakan perkataan fur dan hair untuk topik animals. Mereka juga tidak berminat untuk belajar Sains. Pendekatan yang telah digunakan dalam kajian ini ialah tiga aktiviti iaitu Warming Up With Animals, Mini Dictionary, dan Bank of Animals. Topik Animals digunakan sebagai isu pilihan kerana terdapat kekeliruan yang ketara di antara dua perkataan fur dan hair. Aktiviti Warming Up With Animals terdiri daripada tiga lembaran kerja iaitu mengenalpasti ciri fur dan hair pada haiwan berdasarkan perkataan dengan gambar, gambar, dan perkataan. Aktiviti Mini Dictionary ialah penyediaan kamus mini yang mengandungi gambar haiwan dan bersama-sama ciri fizikal bulunya. Manakala menerusi aktiviti Bank of Animals pula, murid-murid menyediakan dua tabung iaitu tabung fur dan tabung hair. Kad-kad berbentuk syiling dan wang kertas yang mengandungi gambar dan perkataan dimasukkan mengikut ciri haiwan tersebut. Topik Hasil kajian ini mendapati bahawa aktiviti Bank of Animals dapat membantu murid-murid membezakan maksud kedua-dua perkataan ini. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALUSaya merupakan seorang guru yang baru ditugaskan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda dan pengalaman saya mengajar hanyalah 1 tahun dan 1 bulan sahaja. Saya telah diamanahkan untuk mengajar mata palajaran Sains Tahun 3 Dedikasi di mana kelas ini adalah kelas keempat daripada lima kelas tahun 3. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, saya dapati masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid saya ialah mereka tidak begitu memahami maksud vocabulary yang penting untuk topik yang sedang dipelajari walaupun mereka menunjukkan minat terhadap pembelajaran Sains.
Berdasarkan keputusan Ujian Penilaian Pertama yang telah diadakan pada bulan Februari untuk Sains, didapati seramai 10 orang murid (40%) daripada 25 orang murid telah gagal dalam ujian penilaian tersebut. Daripada semakan kertas jawapan, saya dapati ada diantara murid-murid ini tidak menjawab langsung soalan bahagian B iaitu sebanyak 20% (5 orang murid) manakala 60% (15 orang murid) menjawab soalan bahagian B tetapi masih gagal menjawab dengan tepat. Hanya 20% (5 orang murid) sahaja yang dapat menjawab bahagian B dengan tepat.
Apabila saya menemubual 5 orang murid-murid ini, mereka menyatakan bahawa mereka tidak tahu untuk menjawab soalan tersebut. Antara sebab-sebabnya ialah, mereka tidak membaca arahan soalan, mereka tidak memahami kehendak soalan, mereka tidak faham apa yang guru ajar, mereka tidak faham perkataan Bahasa Inggeris, mereka susah untuk menyebut perkataan-perkataan tersebut, dan mereka keliru maksud di antara perkataan-perkataan fur, hair, dan feathers.
Saya juga menyedari kelemahan pengajaran saya dan masih banyak yang perlu diperbaiki memandangkan saya masih baru dalam bidang pendidikan. Tambahan pula ini merupakan tahun pertama saya mengajar mata pelajaran Sains dan mengajar menggunakan Bahasa Inggeris. Disebabkan pengajaran saya yang tidak begitu mantap dan kurang menarik, ini telah menyebabkan kurangnya minat dan pemahaman murid-murid dalam menjawab soalan bahagian B dan dan gagal dalam ujian. Saya harus mengambil langkah untuk memperbaiki pengajaran saya dengan mewujudkan pelbagai aktiviti supaya menarik minat dan meningkatkan pemahaman serta mengurangkan kekeliruan murid-murid dalam menjawab soalan Bahagian B.
2.0 FOKUS KAJIAN
Sewaktu saya mula-mula mengajar kelas ini pada awal Januari yang lalu, saya telah diberikan penerangan oleh guru yang mengajar Bahasa Melayu kelas ini pada tahun lepas sewaktu mereka berada di tahun 2. Guru tersebut telah memberitahu saya bahawa tahap kemahiran membaca dan menulis murid-murid ini adalah sederhana malah ada diantara mereka yang masih mengeja untuk membaca. Sikap mereka yang tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar juga menyebabkan prestasi mereka tidak begitu memuaskan.
Sepanjang saya mengajar di kelas ini, saya juga mendapati perkara yang sama berlaku. Selain itu mereka juga agak pasif apabila saya mengutarakan soalan secara lisan, hanya terdapat 2 orang murid sahaja yang selalu cuba untuk menjawab. Daripada keadaan ini, saya merasakan mereka pasif kerana tidak memahami pengjaran dan pertanyaan saya. Oleh itu, saya harus berfikiran positif dan mencari langkah terbaik untuk mengatasi masalah-masalah ini. Sebenarnya masalah ini merupakan satu cabaran kepada saya supaya lebih berusaha untuk memperbaiki kaedah pengajaran saya.
Walaupun saya telah mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid, saya hanya memfokuskan masalah murid yang sukar untuk membezakan perkataan-perkataan fur dan hair. Ini kerana kekeliruan di antara maksud 2 perkataan ini di kalangan murid-murid menyebabkan mereka gagal menjawab soalan bahagian B dengan betul.3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam membina ayat untuk penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di kalangan murid-murid tahun 3.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
Murid-murid dapat membina ayat untuk penulisan karangan.
Murid-murid lebih berminat untuk menulis karangan dengan pelabagai alat bantu mengajar..
Guru dapat mempelbagaikan aktiviti dan kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru dan murid-murid dapat mewujudkan hubungan yang lebih mesra supaya tidak menjadi halangan kepada komunikasi yang berkesan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 SAMPEL KAJIAN Seramai 10 orang murid tahun 3 Dedikasi telah diambil sebagai respondan kajian. Kajian ini telah dijalankan selama 7 minggu dengan pengawasan dan pemerhatian oleh guru bagi memastikan perancangan tindakan dan refleksi dapat dilaksanakan sepenuhnya.
4.2 INSTRUMEN KAJIAN
Beberapa instrumen telah digunakan untuk mengkaji permasalahan ini. Instrumen-instrumen yang telah dilaksanakan dalam kajian ini ialah:
I. Ujian Pra
II. Soal-selidik
III. Aktiviti Bank of Animals
IV. Pemerhatian V. Ujian Pos 5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN
5.1 TINJAUAN MASALAH
Sebagai langkah permulaan untuk tinjauan masalah saya telah membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Saya dapati murid-murid tidak berminat untuk belajar topik Animals dalam Sains kerana keliru dengan istilah yang digunakan untuk mengenalpasti ciri-ciri fizikal pada haiwan. Mereka sering keliru dengan istilah yang digunakan terutama perkataan hair dan fur bagi ciri fizikal haiwan yang berbulu.
Saya juga mengadakan sesi soal selidik secara bertulis bagi mengenalpasti punca-punca masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Saya menyediakan 10 soalan yang mudah kepada murid-murid dan mereka member