laporan inventori psikologi

Upload: farrahannyfaryhah

Post on 11-Oct-2015

323 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

2.0 Laporan inventori psikologi

A. PENDAHULUANInventori Personaliti Sidek (IPS) biasanya mempunyai 16 skala yang mampu mengenal pasti 16 ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek merupakan inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret-tret personaliti individu. Ujian personaliti ini hanya mempunyai format jawapan Ya atau Tidak. Ciri-ciri personaliti individu dapat diterangkan melalui respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian tersebut.IPS adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personality kepada individu berikut, iaitu; Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian. Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian.Jangka masa untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan secara khusus, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja.Secara umumnya, borang jawapan IPS mengandungi 16 baris dan 10 lajur. Bilangan baris menjelaskan bahawa alat ini mengukur 16 faktor iaitu 15 tret personaliti dan 1 skala penipuan. 10 lajur akan menjelaskan bahawa setiap tret atau skala diwakili oleh 10 item. Untuk tujuan pengiraan skor mentah, fokus hanya diberikan kepada jawapan Ya yang perlu dibuat baris demi baris. Oleh sebab setiap tret diwakili oleh 10 item, maka kadar skor maksimum yang boleh diperolehi individu ialah 10. Kadar skor mentah ini kemudiannya ditukarkan kepada peratus dengan didarabkannya dengan 10.Inventori Personaliti Sidek (IPS) yang menggunakan pendekatan rasional seseorang klien bertujuan untuk mengenalpasti trait-trait personality individu tersebut bersandarkan kepada beberapa ciri personaliti individu tersebut iaitu, bersandar, analitikal, autonomi , agresif, ekstrovet , intelektual, introvert, kepelbagaian , ketahanan dan juga krtitik diri, mengawal, menolong, sokongan dan struktur, pencapaian dan juga penipuan. Inventori ini diumpakan seperti alat untuk mengukur personaliti individu berdasarkan ciri yang telah dinyatakan. Bagi unit kami iaitu J14, perlaksanan ujian inventori psikologi ini dijalankan ke atas guru pelatih baru. Klien kami merupakan pelatih dari unit N5 yang merupakan pelatih pangajian Bahasa Tamil. Memandangkan kelas kami dibahagikan kepada 5 kumpulan, maka klien yang akan kami ambil ialah 5 orang. Perlaksanaan ujian ini diselia oleh seorang wakil yang berperanan memberikan penerangan kepada klien apa yang perlu dilakukan untuk menduduki ujian inventori psikologi ini. Berikut merupakan maklumat yang diperoleh semasa menjalankan ujian personaliti ini.

Tarikh / Hari : Masa : 10.00 10.30 pagi Tempat : Pusat Sumber Profil Klien : Unit N5 (Pengajian Tamil )

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan kami telah menjalankan ujian inventori personaliti (IPS) ke atas klien pada tarikh , masa dan tempat yang telah ditetapkan. Berikutan kekangan masa kami telah menjalankan ujian IPS ini pada waktu rehat, walaupun begitu, klien telah memberikan kerjasama dengan baik dengan menghadirkan diri dengan rela hati tanpa sebarang paksaan yang boleh memberikan kesan terhadap keputusan ujian IPS yang bakal dijalankan. Selain itu, penerangan mengenai cara menjawab ujian IPS ini diberikan kepada klien . Kelas kami juga telah memaklumkan kepada pensyarah iaitu Pn. Latifah bt. A. Jamil tentang tempat dan masa ujian IPS ini dijalankan bagi membolehkan beliau membuat pemantauan semasa perlaksanaan ujian ini dijalankan. Berikut ialah data yang diperoleh daripada klien yang menduduki ujian IPS ini.

Ciri PersonalKadarX / 10Peratus%

1102030405060708090100

Bersandar990

Analitikal880

Autonomi990

Agresif550

Ekstrovert110

Intelektual990

Introvert10100

Kepelbagaian880

Ketahanan10100

Kritik Diri990

Mengawal660

Menolong660

Sokongan990

Struktur10100

Pencapaian10100

Penipuan 660

Jadual 1 : Analisi inventori personaliti sidek Profesor Sidek Mohd Noah yang menghasilkan Inventori Personaliti Sidek (IPS) untuk kegunaan orang ramai bagi membuat penilaian tret personaliti masing-masing. Di antara tret personaliti yang perlu diambil perhatian oleh belia adalah seperti berikut:Bersandar bermakna individu itu suka bergantung kepada orang lain dan memerlukan orang lain dalam membuat keputusan . Analitikal pula ialah seorang itu sangat sensitif dan prihatin kepada persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. Agresif boleh menunjukkan seseorang itu terlalu tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi oleh orang lain atau tidak. Autonomi pula ialah individu ini lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan akan sentiasa mampu mengawal serta menentukan aktiviti hariannya..Introvert pula memaparkan Individu ini suka mengelak daripada situasi yang memerlukannya berkomunikasi dengan orang lain. Individu ini juga suka bersendirian.Ekstrovert boleh melihat Individu itu suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai.Intelektual menunjukkan individu yang suka kepada aktiviti memberikan cabaran dari segi minda dan intelektual. Kepelbagaian meletakkan individu ini menghayati pelbagai situasi berbeza dan berusaha mengalami pengalaman baru.Ketahanan menunjukkan individu cekal dan bermotivasi untuk menyelesaikan semua tugasan yang diberikan kepadanya.Kritik-Diri bermaksud individu yang memiliki tert ini menunjukkan dirinya tidak stabil dari segi emosi dan psikologi, rendah diri dan suka menyalahkan diri bagi setiap kejadian yang berlaku pada dirinya.Mengawal pula menunjukkan individu suka mengawal orang lain. Dia lebih suka memimpin daripada dipimpin.Menolong menunjukkan Individu itu cenderung untuk meluahkan simpati, kasih sayang, memberikan bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain.Sokongan pula menunjukkan individu memerlukan perhatian, simpati dan ingin dikasihi.Struktur merujuk kepada individu yang suka kepada kekemasan, kebersihan, serta perkara berstruktur, berulang-ulang dan terperinci.Pencapaian akan menunjukkan individu bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan sukakan persaingan.Skala Penipuan adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam menjawab item ujian.Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung untuk tidak jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu, profil yang diperolehi adalah tidak boleh dipercayai.

Bidang yang pertama yang dilihat ialah Bersandar , klien mendapat skor yang tinggi iaitu (9x10% ) iaitu 90% menunjukkan bahawa klien suka bergantung kepada orang lain dalam melakukan sesuatu perkerjaan. Dalam membuat keputusan dia sentiasa mengharapkan pendapat orang lain dalam melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya pihak yang lebih berkuasa dalam sesebuah organisasi. Sebagai seorang guru, Mambarathi tidak sepatutnya mempunyai sikap terlalu bersandar terlalu tinggi kerana ini boleh menyebabkan beliau akan menghadapi masalah dalam membuat sesuatu keputusan kerana lebih bergantung kepada pendapat orang lain untuk membuat kata putus tentang sesuatu hal . Dalam hal ini, Mambarathi boleh mengikis sikap terlalu bersandar dengan orang lain secara perlahan-lahan dengan meyakinkan diri jika membuat sesuatu keputusan atau melakukan sesuatu pekerjaan.Bidang yang kedua ialah Analitikal , skor yang diperolah ialah (8x10%) iaitu 80% dimana Mambarathi merupakan seorang yang sangat sensitif dan prihatin kepada persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.Ini menyebabkan klien sentiasa membuat sesuatu langkah yang akan dilaksanakan secara teliti dan berhati-hati. Ciri ini adalah baik dan perlu ada pada seorang guru kerana bidang kerja guru yang melibatkan bilangan murid-murid yang ramai dalam lingkungan antara 20 hingga 35 orang dalam sesebuah kelas. Dengan adanya ciri ini seorang guru mampu untuk mengesan sebarang perubahan yang berlaku dalam bilik darjah yang diajarnya. Berfikir dahulu sebelum bertindak merupakan satu tindakan yang wajar dan hal ini, perlu ada dalam setiap orang bakal guru kerana sebarang tindakan yang diambil oleh guru mampu memberi kesan bukan sahaja kepada murid, terhadap guru tersebut dan juga terhadap pihak sekolah.Bidang yang ketiga ialah Autonomi dimana klien ini lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan akan sentiasa mampu mengawal serta menentukan aktiviti hariannya. Ini dapat dilihat dengan jelas dengan skor yang diperoleh ialah (9x10%) 90% yang merupakan antara skor tinggi yang dicapai. Ciri autonomi perlu ada dalam setiap diri seorang guru. Ini kerana jika dilihat aspek pengawalan kelas merupakan kunci utama untuk seorang guru mencapai hasil pengajaran yang dirancang. Namun jika ciri ini dianggap enteng , ini akan memberi kesan kepada pengajaran guru tersebut. Sikap ini sedikit sebanyak membantu Mambarathi supaya dapat mengawal kelas dengan baik seterusnya memboleh hasil pengajaran yang dirancang dapat dicapai dengan sepenuhnya.Bidang personaliti yang keempat yang diambil kira ialah Agresif iaitu skor yang diperoleh ialah (5x10%) iaitu 50% pencapaian skor yang diperolah adalah sederhana dimana faktor jantina klien, namun masih mempunyai ketegasan dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan juga tidak mudah dimanipulasi oleh orang lain.Memandangakn Mambarathi merupakan perempuan jadi sikap agresif yang ditunjukan tidak terlalu jelas dimana dia masih mempunyai prinsip yang dipegang dan juga mempunyai pendirian yang tetap. Hal ini penting bagi seorang guru kerana sikap agresif serta tegas dalam melaksanakan tugasan mampu membantu guru tersebut untuk mengawal kelas dengan baik selain mengelakkan daripada dimanipulasi oleh orang lain dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Namun begitu sikap terlalu agresif mampu memberikan kesan yang negatif terhadap perhubungan bukan sahaja antara guru begitu juga antara murid.Ciri Ekstrovet boleh dilihat pada klien apabila klien suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai namun skor yang diperoleh menunjukkan sebaliknya dimana klien lebih suka berkerja secara sendirian dan lebih suka bersendirian berbanding berada dalam kalangan kumpulan yang ramai. Ini jelas dilihat dengan skor yang diperoleh iaitu (1x10%) iaitu hanya 10%. Sebagai seorang bakal guru ciri ini merupakan salah satu ciri yang paling utama dan perlu ada dalam setiap insan yang bergelar guru. Guru berkerja dengan berinteraksi bukan sahaja dengan murid, namun guru juga akan berinteraksi dengan pihak sekolah, guru-guru lain, ibu- bapa murid dan juga pihak-pihak luar yang dating ke sekolah. Jadi ini menunjukkan ciri ini begitu penting kepada murid. Perkara yang boleh dilakukan oleh guru tersebut bagi meningkatkan ciri ekstrovet ialah dengan melibatkan diri dengan aktiviti seperti aktiviti kokurikulum serta mengahdiri kursus di peringkat luar dari sekolah.Dari bidang Intektual klien memperoleh skor iaitu (90x10%) iaitu 90% individu yang suka kepada aktiviti memberikan cabaran dari segi minda dan intelektual mereka. Aktiviti seperti ini pada tanggapan mereka mampu memberikan pengetahuan dan juga menjana idea dengan lebih mendalam mengenai sesuatu topik. Tugas sebagai seorang guru ialah menyampaikan ilmu kepada murid. Jadi seorang guru perlu mempunyai tahap intelektual yang tinggi supaya mampu memberikan pengetahuan yang baik kepada murid- murid semasa di dalam kelas kelak. Selain itu, guru juga mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bukannya terhad kepada sesuatu subjek mahupun bidang sahaja. Bidang yang seterusnya ialah Introvert, skor yang diperoleh ialah (1ox10%) iaitu pencapaian skor sepenuhnya yang menunjukan bahawa klien merupakan seorang yang suka mengelak daripada situasi yang memerlukannya berkomunikasi dengan orang lain. Individu ini juga lebih suka bersendirian dalam kebanyakan hal yang dilakukan. Ciri ini tidak sepatutnya ada dalam diri seorang guru. Ini kerana guru akan berinteraksi dengan pelbagai orang seperti murid, guru, pihak pentadbir dan juga ibu bapa. Mambarathi boleh cuba untuk mengikis sikap ini secara beransur ansur bagi membantu untuk menjadi seorang guru yang peramah serta prihatin dengan orang disekeliling. Cuba untuk mengatasi dengan selalu berinteraksi dengan rakan sekelas dan juga melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan berbanding dengan aktiviti individu. Bagi bidang seterusnya ialah Kepelbagaian skor yang diperoleh ialah (8x10%) iaitu 80% dimana klien dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan cuba untuk menghayatinya. Disamping itu, mereka juga berusaha untuk mengalami pengalaman baru. Ciri ini sememangnya perlu ada dalam diri seorang guru kerana mereka harus cepat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang mudah berubah seperti perubahan dalam dasar-dasar pendidikan pada masa kini. Sekiranya tidak mampu menyesuaikan diri ini akan menyebabkan mereka tertekan dengan bebanan kerja yang baru.Bagi bidang Ketahanan,klien ini mendapat skor yang agak tinggi ( 10 x 10 %) iaitu 100%, menunjukkan ciri-ciri ketahanan dia adalah pada tahap yang sangat tinggi Skor ketahanan yang tinggi menunjukkan klien ini adalah individu yang mempunyai ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Beliau akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Beliau sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu. Mambarathi menunjukkan ciri yang baik dalam aspek ketahanan dimana seorang guru seharusnya mempunyai ciri ini bagi membantu untuk menempuh cabaran yang semakin mencabar dalam bidang pendidikan pada masa kini.Klien mendapat skor tinggi (9 x 10 %) iaitu 90% bagi Kritik-Diri. Ini menunjukkan Mambarathi merupakan individu yang bermasalah. Skor yang tinggi ini selalunya dikaitkan dengan individu selalu merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang telah dilakukan atau tidak percaya yang ia telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Individu yang mendapat skor antara 60% hingga 100% dikatakan mendapat faedah daripada kaunseling individu. Sementara, klien ini sangat memerlukan kaunseling individu. Aspek ini sememang perlu ada dalam diri setiap orang namun peratusan yang tinggi memberik kesan dimana klien akan terlalu merasa diri tidak layan untuk menjadi ketua atau melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan baik.Bagi bidang Mengawal, klien ini mendapat skor sederhana ( 6 x 10 %) iaitu 60%. Menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinan dia adalah di tahap sederhana. Dan orang jenis ini lebih sesuai untuk dipimpin dan bukan untuk memimpin. Aspek ini perlu dipertingkatkan supaya Mambarathi mampu untuk menjadi pemimpin bukan sahaja dalam kalangan guru namun yang paling penting ialah memimpin murid-murid dalam bilik darjah yang diajarnya. Misalnya semasa di sekolah dia merupakan guru kelas untuk satu darjah jadi aspek pengawalan amat penting supaya beliau dapat memastikan keselamatan murid berada pada tahap yang paling baik.Klien ini juga mendapat skor sederhana ( 6 x 10 %) iaitu 60% bagi bidang Menolong. Menunjukkan ciri-ciri menolong dia adalah di tahap sederhana. Beliau kadang kala mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan, dan membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain. Aspek ini juga amat penting dalam diri seorang guru dimana sikap seperti ini dapat memberikan guru tersebut pendedahan supaya sikap belas dan ingin bekerjasama antara rakan sekerja dapat diamalkan. Skor yang diperoleh ialah (9x10%) iaitu 90% dalam sokongan menunjukkan beliau adalah individu yang mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Selain itu, kombinasi dengan skor rendah untuk trait personaliti menolong menunjukkan beliau adalah individu yang sangat mementingkan diri. Ini kerana beliau hanya mengharapkan bantuan dan sokongan daripada orang lain namun sikap ini tidak berlaku sebaliknya apabila berhadapan dengan orang lain.Skor 100% dalam kriteria struktur menunjukkan beliau adalah individu yang suka kepada perkara-perkara berstruktur, rutin, dan terperinci. Beliau lebih gemar kepada kerjaya-kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang. Ciri ini amat baik dan sememangnya perlu ada dalam diri seorang guru dalam melaksanakan tugas ataupun dalam membuat sesuatu kerja yang berorganisasi. Perkara ini dapat membantu untuk melicinkan perjalanan misalnya sesebuah panitia ataupun persatuan di sekolah.Skor 100% dalam kriteria pencapaian menunjukkan beliau adalah individu yang sangat bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.Ciri ini harus dikekalkan dalam diri Mambarathi bagi membantu dia supaya lebih bermotivasi untuk menjalankan tugas untuk mendidik murid-murid selain sikap untuk bersaing mendapatkan keputusan yang baik dalma pelbagai bidang yang dilaksanakan.Skor penipuan adalah 60% merupakan skor yang sederhana tinggi. Hal ini menunjukkan klien ini menjawab soalan dengan tidak jujur dan boleh dikatakan sebagai menipu. Hal ini mungkin berlaku kerana Mambarathi mungkin terasa agak janggal dengan kami yang menjalankan Inventori ini. Disamping itu, aspek penipuan mendapat skor yang tinggi kerana masa ujian inventori ini dilakukan adalah pada waktu rehat yang mungkin mengambil masa klien untuk makan dan minum menyebabkan dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap IPS yang dilakukan. Seterusnya klien juga mungkin menghadapi masalah untuk memahami arahan yang diberikan kepada beliau tentang cara untuk menjawab soalan IPS tersebut.

RUMUSAN

Secara kesimpulan, kumpulan kami telah mengunakkan ujian Inventori Personaliti Sidek (IPS) untuk mengenal pasti ciri-ciri atau traitt-trait personaliti terhadap seseorang klien. Keputusan ujian amat tepat dengan personaliti sebenar klien itu kerana kami telah menemu bual klien tersebut selepas ujian dijalankan. Maka, ujian ini boleh digunakan untuk mengenal pasti klien yang mempunyai masalah dan seterusnya kaunseling mengambil tindakan.IPS ini boleh diberi kepada sesiapa sahaja terutama anak murid yang sering menimbulkan masalah, kita dapat menentukan masalah ini melalui keputusan tretnya, ini juga akan meringankan kerja kaunseling yang mencari masalah secara lisan.