inventori kerjaya holland

17
UJIAN/INVENTORI MINAT KERJAYA DAN IMPLIKASINYA Oleh ELJENNYTHIA JAIS MOHAMAD KHALID BIN ISA

Upload: tempoyak-goreng

Post on 04-Nov-2015

166 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ssssss

TRANSCRIPT

  • UJIAN/INVENTORI MINAT KERJAYADAN IMPLIKASINYA

    OlehELJENNYTHIA JAISMOHAMAD KHALID BIN ISA

  • INVENTORI MINAT KERJAYAHolland (1997) berpendapat minat kerjaya adalah serupa dengan pemilihan kerjaya yang boleh diertikan sebagai ekspresi ekspresi personaliti individu. Maka inventori minat boleh diertikan sebagai inventori personaliti.

    Terdapat pelbagai jenis inventori minat kerjaya yang dibentuk untuk mengukur minat kerjaya. Antara yang biasa digunakan ialah: 1. Self-Directed Search (SDS) 2. Vocational Preference Inventory (VPI)

    Kedua-dua dibina oleh Dr. John L. Holland

  • SELF-DIRECTED SEARCH (SDS) Inventori minat kerjaya yang mengandungi 192 item dengan menggunakan respon Ya atau Tidak untuk mengukur minat kerjaya atau personaliti seseorang, Item-item digolongkan kepada 6 kategori yang utama, iaitu

    1. Realistik (R)2. Investigatif (I)3. Artistik (A)4. Sosial (S)5. Enterprising (E)6. Conventional (C)

  • UJIAN MINAT KERJAYA HOLLAND

  • REALISTIK (DOERS)MINAT:Mempunyai kebolehan olahraga, kemahiran mekanikal.Kegiatan yang melibatkan manipulasi objek, peralatan, tumbuhan atau haiwanGemar berada di luar rumah.

    KERJAYA: Mekanik, juruelektrik, jurutera, juruteknologi pergigian, pakar cap jari, ahli kaji logam, ahli optik, ahli penternak ikan, juru kamera wayang gambar, juru teknik makmal, akauntan, operator mesin, mekanik kapal terbang, ahli ilmu perkebunan, tukang kayu, penggubah bunga, pelukis peta dan lain-lain

  • INVESTIGATIF (THINKERS)MINAT:Suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik,menganalisis, menyelesaikan masalah melalui penyelidikan Mempunyai kemahiran saintifik, matematik dan beberapakerjaya bercorak teknikalMeneroka fenomena-fenomena fizikal, biologi, dan budayauntuk memahami dan mengawal fenomena-fenomena tersebut.

    KERJAYA: Pakar insurans, ahli kaji cuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, antropologis, ahli arkeologi, ahli geografi, ahli geofizik, ahli teknologi makanan, ahli fisiologi perubatan, doktor, guru sains, guru matematik, doktor haiwan, pakar makana, pakar ekonomi, ahli farmasi

  • ARTISTIK (CREATORS)MINAT:Kegiatan-kegiatan yang bebas, tidak bersistem dan melibatkanmanipulasi bahan-bahan fizikal, bahasa, dan kemanusiaan untuk mencipta bentuk-bentuk dan hasil seni.Ada kebolehan artistik dan inovatifTidak selesa dengan kerja rutin atau berulang-ulang.Menggunakan imaginasi dan kreativiti

    KERJAYA: Pengarang, pelukis papan iklan, penyanyi, penerbit radio & TV, penulis lirik, pereka fesyen, guru seni halus, artis persolekan, konduktor orkestra,juruhebah muzik, juru gambar,pelukis batik, juru hias dalam, pelukis, penjual bunga, pemberita,penulis skrip, penggubah lagu, pelukis potret, guru Bahasa Inggeris, guru Seni, guru Muzik dll.

  • SOSIAL (HELPERS)MINAT:Suka bekerja dengan manusia dengan tujuan untuk memberi kesedaran,melatih, merawat, memberi ilham danmembuat kebajikan.Kegiatan sosial dan berkomunikasiMudah mewujudkan hubungan antara individu tetapi kurangdalam bidang teknikal dan kerja tangan.Bekerja dalam kumpulan dan membantu orang lain..

    KERJAYA:Guru, Kaunselor, ahli psikologi , pegawai kebajikan masyarakat, jururawat, diplomat, pustakawan, pegawai personal, penasihat penanaman, pegawai perhubungan industri, pemandu pelancong, Penasihat Bimbingan Vokasional, pegawai kesihatan, pegawai polis, peguam, pendakwah, ahli politik, penjual insuran, pendakwa raya dll.

  • ENTERPRISING (PERSUADERS)MINAT:Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.Mempengaruhi, memimpin dan mengurus individulain untuk mencapai matlamat organisasi atau keuntungan ekonomi.Aktiviti yang boleh memberikan keuntungan.Bidang perdagangan, keusahawananStatus dan kepimpinan.

    KERJAYA: Peguamcara dan peguambela, pegawai pendakwaan, jurujual, pengurus pengeluaran, pengurus kelab, penyelia penjualan, penganjur sukan, pegawai penilai,pengurus restoran, renjer hutan, pegawai pemasaran, perunding, akauntan, ahli audit, ahli politik, pegawai perhubungan dan lain-lain.

  • KONVENSIONAL (ORGANIZERS)MINAT:Suka kegiatan-kegiatan yang melibatkan manipulasi data secara teratur dan konsisten.Suka bekerja dengan data dan nombor.Aktiviti yang melibatkan usaha menyusun data-datadengan sistematik.Mementingkan aktiviti yang menggunakan nombor, Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikutarahan.

    KERJAYA: Pemeriksa akaun bank, perancang belanjawan, pegawai penilai, operator komputer, pakar kawalan mutu, pegawai perangkaan, pegawai cukai, ,kerani audit, juru analisa sistem, juru wang, guru matematik, juru ukur, penyusun komputer, penyimpan kira-kira, guru perdagangan, akauntan, jurujual insuran, guru tadika dan lain-lain.

  • IMPLIKASI KEPADA MURID

  • RUJUKANUniversity Of Missouri (2010). Guide to Holland Code. Diakses pada 29 Januari, 2015 dari http://www.wiu.edu/advising/docs/Holland_Code.pdf

    Implications Carrer Counseling Based on Hollands Theory. Diakses pada 29 Januari, 2015 dari http://www.ukessays.com

    *********