inventori tret personaliti

16

Upload: kaunselingsmksk-kerian

Post on 16-Oct-2015

1.161 views

Category:

Documents


124 download

TRANSCRIPT

  • AUTONOMIIndividu lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal serta menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.

    TAHAPSKORTAFSIRRendah1-40%Anda lebih suka menerima arahan orang lain, akur kepada peraturan dan mempunyai sifat kebergantungan yang tinggi.Sederhana40-60%Anda mempunyai ciri-ciri autonomi pada tahap sederhana dari segi keakuran, kebebasan, berdikari dan mengawal aktiviti harian.Tinggi60-99%Anda suka kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan, sangat berdikari dan yakin dalam membuat keputusan.

  • KREATIFIndividu yang berkebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan idea baru dan asli

    TAHAPSKORTAFSIRRendah1-40%Anda lebih suka menggunakan daripada menghasilkan sesuatu. Anda kurang menggunakan daya imaginasi tetapi selesa menggunakan idea yang sedia ada.Sederhana40-60%Anda mempunyai ciri-ciri kreatif pada tahap sederhana.Tinggi70-99%Anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi, banyak idea, boleh menghasilkan karya kreatif yang original dan tidak suka kerja yang berstruktur.

  • AGRESIFIndividu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi. Tidak menghiraukan perasaan orang lain dalam mencapai matlamat diri.

    TAHAPSKORTAFSIRRendah1-40%Anda seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal anda membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan anda.Sederhana40-60%Anda seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama anda tetap menjaga hati dan perasaan orang lain.Tinggi70-99%Anda seorang individu yang agresif. Anda berani dan suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai.

  • EKSTROVERTIndividu suka berinteraksi, bekerja dan berada dengan orang ramai.

    TAHAPSKORTAFSIRRendah1-40%Anda seorang yang introvert, pemalu, suka bersendirian, kurang selesa berada dalam majlis keramaian dan bercakap di khalayak ramai.Sederhana40-60%Anda bersederhana dalam pergaulan sosial: berpada-pada dalam menjalin hubungan dengan persekitaran.Tinggi70-99%Anda seorang yang peramah, suka bergaul (out-going), bekerja dalam kumpulan, suka menghadiri majlis keramaian, yakin bercakap di hadapan orang ramai dan bersikap positif.

  • PENCAPAIANIndividu ini seorang yang bersemangat dan bermotivasi untuk menyelesaikan masalah. Mahukan kejayaan dan suka persaingan walaupun banyak halangan.

    TAHAPSKORTAFSIRRendah1-40%Individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu kisah tentang peranan, status dan kuasa dalam kerjanya.Sederhana40-60%Motivasi individu berada pada tahap sederhana.Tinggi70-99%Individu adalah seorang yang bermotivasi tinggi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.

  • KEPELBAGAIANIndividu dapat menerima dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Sukakan pengalaman yang pelbagai ke arah perubahan berterusan.

    TAHAPSKORTAFSIRRendah1-40%Anda sangat suka situasi yang tenang, stabil dan selamat. Suka dengan aktiviti yang rutin dan tidak sukakan perubahan.Sederhana40-60%Anda mempunyai tahap kepelbagaian yang sederhana. Anda seroang yang kurang fleksibel, sederhana anjal dan mengambil masa untuk melakukan perubahan.Tinggi70-99%Anda seorang yang suka kepada perubahan dan perkara-perkara baru. Kerja-kerja rutin sangat membosankan anda.

  • INTELEKIndividu berminat kepada aktiviti yang memberi cabaran dari aspek intelektual. Mementingkan aktiviti yang berbentuk kognitif dan ilmiah.

    TAHAPSKORTAFSIRRendah1-40%Anda berminat kepada aktiviti yang berstruktur, berkemahiran dan praktikal. Anda juga suka membaca bahan-bahan hiburan dan tidak ilmiah.Sederhana40-60%Anda mempunyai tahap sederhana dari segi aktiviti yang mencabar minda, ilmu pengetahuan, akademik dan ilmiah.Tinggi70-99%Anda suka kepada aktiviti yang mencabar minda dan berbentuk keilmuan, mempunyai daya ingin tahu yang tinggi.

  • KEPIMPINANIndividu yang suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin.

    TAHAPSKORTAFSIRRendah1-40%Anda lebih suka menjadi pengikut daripada memimpin.Sederhana40-60%Anda mempunyai tahap kepimpinan yang sederhana. Hanya boleh memimpin kumpulan-kumpulan kecil.Tinggi70-99%Anda mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi, tegas, bijak membuat keputusan dan suka menjadi ketua. Anda juga mempunyai inisiatif, daya penggerak yang tinggi dan boleh mempengaruhi orang lain.

  • STRUKTURIndividu suka kepada perkara yang teratur, kemas, terperinci dan mengikut peraturan.

    TAHAPSKORTAFSIRRendah1-40%Anda lebih suka kepada aktiviti yang tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang. Anda tidak suka kepada peraturan yang rigid.Sederhana40-60%Struktur anda berada di tahap sederhana. Anda seorang yang anjal, fleksibel dan boleh berubah pada tahap sederhana.Tinggi70-99%Anda suka kepada perkara berstruktur, rutin dan terperinci. Lebih gemarkan kerja yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.

  • RESILIENIndividu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas.

    TAHAPSKORTAFSIRRendah1-40%Anda mepunyai daya ketahanan yang rendah dari aspek fizikal, mental dan emosi, mudah mengalah, manja, mudah putus asa, cepat bosan dan menangguhkan kerja.Sederhana40-60%Ciri-ciri ketahanan psikologi anda adalah pada tahap sederhana.Tinggi70-99%Anda mempunyai daya ketahanan yang tinggi dari aspek fizikal, mental dan emosi serta akan menghabiskan semua tugasan yang diberi. (semangat juang yang tinggi, berjiwa kental, ikhtiar bersungguh-sungguh dan berkobar-kobar.)

  • MENOLONGIndividu berkecenderungan untuk menunjukkan rasa empati, kasih sayang dan suka memberi bantuan kepada orang lain.

    TAHAPSKORTAFSIRRendah1-40%Anda kurang prihatin terhadap emosi dan keperluan orang lain. Lebih memfokus kepada diri sendiri. (Tidak peduli, tidak kisah persekitaran, tidak sensitif)Sederhana40-60%Ciri-ciri menolong anda adalah di tahap sederhana. (Simpati dan penglibatan dalam aktiviti kebajikan di tahap sederhana)Tinggi70-99%Anda mempunyai sifat empati yang tinggi, prihatin, peka, mudah menghulurkan bantuan secara sukarela dan rela berkorban.

  • ANALITIKALIndividu yang suka membuat pemerhatian dan menganalisis, sebelum membuat keputusan. Membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukti.

    TAHAPSKORTAFSIRRendah1-40%Anda adalah individu yang praktikal (anda bukan orang yang berorientasi teoritikal), tidak suka menganalisis dan kurang peka terhadap persekitaran.Sederhana40-60%Tahap kepekaan dan pemerhatian anda terhadap persekitaran adalah sederhana. Anda seorang yang teoritikal dan praktikal. Tinggi70-99%Anda seorang yang peka terhadap persekitaran, suka membuat pemerhatian, analisis diri sendiri, orang lain dan persekitaran.

  • KRITIK DIRI Individu yang tidak stabil dari aspek emosi dan psikologi. Mempunyai anggapan bahawa orang lain adalah lebih baik.

    TAHAPSKORTAFSIRRendah1-40%Anda seorang yang sangat yakin. Adakala terlalu yakin dan berkecenderungan untuk menganggap diri selalu betul. Sederhana40-60%Anda seorang individu yang stabil dari aspek emosi dan psikologi. Anda seorang yang muhasabah diri, kenal pasti kekuatan dan kelemahan serta sentiasa mempertingkat kemajuan diri.Tinggi70-99%Anda sering berasa rendah diri, bimbang,rasa bersalah, resah dan cemas terhadap apa yang dilakukan. Individu yang mendapat skor melebihi 80% dicadangkan berjumpa kaunselor.

  • WAWASANIndividu yang berpandangan jauh, memiliki daya imaginasi yang tinggi,, memikirkan idea-idea yang tidak terfikir oleh orang lain, berani mengambil risiko, bijak membuat keputusan, optimis dan berkarisma.

    TAHAPSKORTAFSIRRendah1-40%Anda tidak mementingkan perancangan masa hadapan, hala tuju, visi dan misi. (Biar masa tentukan saya)Sederhana40-60%Anda selesa dan berpuas hati dengan pencapaian dan keadaan semasa. (Matlamat dan objektif setakat ada sahaja, tiada enthusiasm: anda individu berjaya)Tinggi70-99%Anda mempunyai daya imaginasi dan cita-cita yang tinggi, serta dapat menjangkau pandangan yang jauh. Anda mempunyai hala tuju, visi dan misi yang jelas, tetap dan konsisten. (Saya yang menentukan masa : anda individu yang cemerlang)

  • KETELUSANMenunjukkan ketelusan dalam memberi maklum balas terhadap item ujian.

    SKORTAFSIR50-99%Anda tidak telus ketika memberi maklum balas terhadap item-item ujian.Dapatan tret personaliti anda tidak menepati personaliti diri anda.