laporan inovasi pedagogi edited

Upload: alexander-ngu

Post on 02-Nov-2015

61 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kik

TRANSCRIPT

Laporan Pertandingan Inovasi Pedagogi 2015

Kumpulan : Paradigma

Ahli kumpulan :

Mansur Bin Kundang (K)

Hafizzudin Bin Mat Zuki

Thian Qin Zhang

Tan Pey Ting

Alexander Ngu Huong Han

Isi Kandungan

AspekMuka Surat

1. TAJUK INOVASI1

2. NAMA PASUKAN DAN JABATAN UNIT1

3. OBJEKTIF1

4. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN1

5. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI1

6. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

a. Hubung kait dengan pengajaran dan pembelajaran atau

penyelidikan

b. Deskripsi inovasi dari segi kandungan, strategi, keluaran

atau perkhidmatan baharu

c. Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi

d. Butir-butir lain

e. Situasi semasa pelaksanaan inovasi2 - 3

7. FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DIPERKENALKAN4 - 5

8. LAMPIRAN

Lampiran A - RPH yang menggunakan Kejadian Ajaib

sebagai peristiwa bercanggah

Lampiran B - RPH yang menggunakan Kuasa Magnet

sebagai peristiwa bercanggah

Lampiran C - RPH yang menggunakan Gelas Ajaib

sebagai peristiwa bercanggah

Lampiran D - Pengesahan pensyarah6 - 11

12 - 15

16 - 20

21

TAJUK INOVASIPeristiwa bercanggah dalam set induksi pengajaran dan pembelajaran.

NAMA PASUKAN DAN JABATAN / UNIT

Paradigma (Jabatan Sains)

OBJEKTIF

Objektif projek ini adalah untuk memperkenalkan kaedah peristiwa bercanggah kepada para guru supaya guru dapat menikmati manfaat daripada kaedah peristiwa bercanggah. Hal ini demikian kerana kaedah peristiwa bercanggah dapat menjadikan suatu sesi pengajaran guru lebih menarik untuk menarik perhatian murid serta memastikan bahawa murid dapat melibatkan diri dengan aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. Kaedah peristiwa bercanggah juga adalah berkesan dalam membina murid yang mempunyai minda kelas utama kerana semasa kaedah ini diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ia dapat merangsangkan minda murid secara kritis dan kreatif. Tambahan pula, peristiwa bercanggah juga dapat merangsang perasaan ingin tahu murid. Akhir sekali, kaedah peristiwa bercanggah membantu dalam meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sains.

KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Sebelum inovasi diaplikasikan, guru mendapati bahawa murid sukar memberi perhatian kepada guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Ada sesetengah daripada mereka masih bergerak dari tempat asal ke tempat lain. Selain itu, sesetengah murid juga membuat kerja yang diberi oleh guru lain dan tidak bersiap sedia untuk terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Malahan, ada murid yang membuat kerja yang tidak berkaitan seperti melukis, menyapu lantai, bersembang dan mengumpul kerja rumah. Situasi tersebut boleh merujuk kepada foto di Lampiran .MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Pada pengajaran dan pembelajaran yang biasa, boleh dikenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh guru. Antaranya adalah kesukaran untuk mendapatkan perhatian dan minat murid untuk terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana pada permulaan setiap pengajaran dan pembelajaran, murid masih terpengaruh dengan perkara-perkara sendiri.INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

Hubung kait dengan pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikanInovasi yang telah dilaksanakan dalam set induksi pengajaran dan pembelajaran Sains ini ialah teknik peristiwa bercanggah. Teknik peristiwa bercanggah merupakan teknik pengajaran yang baru dan jarang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana kebanyakkan guru tidak tahu tentang teknik pengajaran ini. Teknik ini adalah amat berkesan dalam meningkatkan minat serta menarik perhatian murid untuk mengikuti suatu sesi pengajaran. Deskripsi inovasi dari segi kandungan, strategi, keluaran atau perkhidmatan baharu.Kaedah peristiwa bercanggah ini akan diaplikasikan dalam kelas melalui 3 aktiviti iaitu kejadian ajaib, kuasa magnet dan gelas ajaib. Ketiga-tiga aktiviti ini akan dilaksanakan pada permulaan sesi pengajaran. Pertama sekali ialah aktiviti set induksi magnet kuasa Set induksi ini khas ditujukan kepada topik Magnet Tahun 3. Mula-mula, guru berlakon situasi sebagai pedagang yang menunggang unta di kawasan gurun. Seketika kemudian, pedagang itu mengangkat satu botol air masak untuk minum. Sebaik sahaja pedagang hendak minum air tersebut untuk menghilangkan dahaga, tiba-tiba dia mendapati terdapat beberapa batang paku yang tenggelam di dasar air. Disebabkan jarak antara pembukaan botol dengan dasar air sangat jauh, pedagang tidak dapat menggunakan jari untuk mengambilnya. Tambahan pula, guru tidak boleh menuangkan air tersebut kerana tiada sumber air berhampiran di kawasan gurun. Pedagang pun mencari-cari alat yang sesuai di dalam begnya. Dia tercari alat-alat seperti kayu, kompas, lidi, tali, klip kertas dan kain. Tiba-tiba, pedagang tersebut terfikir satu idea yang sangat baik. Akhirnya, pedagang itu pun berjaya mengeluarkan paku-paku tersebut tanpa membazirkan airnya. Seterusnya ialah aktiviti kejadian ajaib. Aktiviti ini dijalankan semasa sesi pengajaran topik luas tahun 4. Guru mengeluarkan sehelai kertas A4 dan meminta 5 orang murid untuk berdiri di atas kertas tersebut. Selepas kelima-lima orang murid gagal untuk berbuat demikian, guru memotong kertas A4 tersebut secara selang-seli dengan menggunakan gunting. Guru menunjukkan kejadian ajaib: kertas A4 akan membentuk satu gelung kertas yang besar dan sekarang 5 orang murid tersebut disuruh untuk berdiri di dalam kawasan gelung kertas itu. Dengan bantuan slaid, guru menerangkan bahawa, gelung kertas yang terbentuk mempunyai permukaan yang lebih luas berbanding dengan kertas A4.Akhirnya ialah aktiviti gelas ajaib. Guru menunjukkan tiga buah gelas polisterin yang mana salah satu daripadanya diletakkan dengan kapas pada dasar gelas tersebut tanpa pengetahuan daripada para pelajar. Gelas-gelas tersebut kemudiannya diterbalikkan bagi menunjukkan kepada para pelajar bahawa gelas tesebut tidak mengandungi air atau apa-apa bahan lain. Kapas yang diletakkan di dalam gelas tersebut dimampatkan ke dalam dasar gelas agar tidak mudah jatuh semasa gelas tersebut diterbalikkan semasa demonstrasi. Seterusnya, gelas-gelas tersebut diletakkan sebaris di tempat yang boleh dilihat dengan jelas oleh para pelajar. Guru kemudiannya menuang sedikit air ke dalam gelas yang mengandungi kapas. Setelah itu, gelas tersebut di alihkan tempat sesama gelas tersebut secara berulang kali untuk mengelirukan pelajar akan posisi gelas yang mengandungi air yang telah dituang. Murid kemudiannya perlu meneka, gelas yang mana satukah mengandungi air berdasarkan pemerhatian mereka. Setiap tekaan pelajar, guru akan menterbalikkan gelas tersebut untuk menunjukkan sama ada gelas tersebut mengandungi air ataupun tidak. Pada akhirnya, kesemua gelas yang telah diterbalikkan tidak menumpahkan sedikit air pun. Pelajar akan tertanya-tanya, dimanakah air yang telah dituang ke dalam gelas sebentar tadi? Guru akan menggalakkan ramalan daripada para pelajar berkenaan situasi tersebut dan akhirnya memandu pelajar ke arah penjelasan di sebalik kejadian tersebut. Penjelasan berkenaan kejadian tersebut kemudiannya dikaitkan dengan topik yang akan dipelajari pada hari tersebut.Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi

Dalam inovasi tersebut, bidang yang diberi tumpuan ialah bidang pedagogiButir-butir lain

Inovasi magnet kuasa ini telah dijalankan pada 3 April 2015, inovasi peristiwa bercanggah kejadian ajaib pula dijalankan pada 1 April 2015 manakala inovasi peristiwa bercanggan gelas ajaib telah dijalankan pada 31 March 2015. Kedua-dua inovasi ini dijalankan semasa tempoh praktikum fasa 2 dan fasa 3.Jumlah kos operasi bagi kedua-dua inovasi ini adalah berikut:

Peristiwa bercanggan magnet kuas

Magnet x 2 keping = Rm 1.00

Peristiwa bercanggah kejadian ajaib

Kertas 5 keping = Rm 0.50

Peristiwa bercanggag gelas ajaib

Tiada sebarang kos operasi.Situasi semasa pelaksanaan inovasi Semasa aktiviti peristiwa bercanggah ini berlangsung, didapati bahawa semua murid memberi perhatian semasa aktiviti berlangsung. Tambahan pula, boleh dilihat bahawa semua murid berasa seronok dan penuh dengan perasaan ingin tahu kerana mereka sering tanya soalan tentang sebab berlakunya kejadian tersebut semasa perlaksanaan aktiviti.FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DIPERKENALKAN

Inovasi ini memerlukan kos yang rendah sahaia. Sebagai contoh, untuk aktiviti Kuasa Magnet, guru hanya perlu menyediakan paku, magnet dan cawan lutsinar yang diisi dengan air sahaja. Dalam aktiviti surat khabar ajaib pula, guru hanya perlu menyediakan surat khabar, beg plastik dan air . Barang-barang tersebut adalah murah dan mudah diperolehi dalam kehidupan seharian kita.

Selain itu, teknologi seperti slaid multimedia dan LCD projektor juga telah digabungjalinkan dengan peristiwa bercanggah yang ditunjukkan. Penggunaan peralatan ICT bukan sahaja membantu guru untuk menarik minat dan perhatian murid, malah juga telah memudahkan guru untuk mengabungkaitkan peristiwa bercanggah yang telah digunakan dengan topik pengajaran atau kehidupan seharian murid. Sebagai contoh, aktiviti Kejadian ajaib telah menggunakan bantuan slaid untuk membantu murid memahami perkaitan antara bentuk permukaan kertas dengan konsep luas.

Peristiwa bercanggah juga akan mencabar pengetahuan sedia ada murid dan mengalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah atau menerangkan percanggahan antara pengalaman mereka dengan demonstrasi guru. Lama-kelamaan, kerangka kognitif murid akan diubah dan murid akan dilatih untuk melihat perkra yang sama dari perspektif yang berbeza. Akhirnya, murid akan mempunyai pemikiran yang beraras tinggi, selaras dengan kehendak KSSR.

Penggunaan peristiwa bercanggah dalam fasa orientasi juga dapat menarik tumpuan serta perhatian murid dalam masa yang singkat dan meningkatkan sifat ingin tahu murid terhadap topik pengajaran. Murid akan mempunyai hasrat untuk mengetahui dan mempelajari secara lebih mendalam tentang topik tersebut. Ini secara tidak langsungnya akan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Di samping itu, peristiwa bercanggah adalah sesuai untuk digunakan dalam topik yang berlainan seperti topik Proses Hidup Manusia dan tenaga. Penggunaan aktiviti orientasi yang berbeza akan menjadikan pembelajaran Sains menarik dan menyeronokkan.

LAMPIRAN A

Mata pelajaranDunia Sains dan Teknologi (DST)

Tarikh16-4-2015 (Khamis)

Masa12.40 p.m. 1.40 p.m.

Kelas/ Bilangan murid4K / 31 orang

TemaSains Fizikal

Topik6.0 Pengukuran

Standard Kandungan6.2 Mengaplikasikan pengetahuan tentang luas

Standard pembelajaran6.2.1Menyatakan luas ialah saiz sesuatu permukaan

6.2.2Mengukur luas permukaan satu objek menggunakan alat pengukur piawai seperti kertas petak berukuran 1cm x 1 cm

6.2.3Menyatakan unit piawai bagi luas dalam sistem metrik iaitu milimeter persegi (mm), sentimeter persegi (cm), meter persegi (m), dan kilometer persegi (km)

Pengetahuan sedia ada murid1. Murid mengetahui bahawa konsep luas adalah berkaitan dengan permukaan sesuatu objek.

2. Murid pernah menggunakan unit piawai luas seperti meter persegi dan kilometer persegi dalam kehidupan seharian.

Pada akhir pengajaran, murid dapat1. Menyatakan luas ialah besarnya sesuatu permukaan

2. Menyatakan unit piawai bagi luas dalam sistem metrik dan memberikan contoh objek untuk setiap unit

3. Mengukur luas permukaan sesuatu corak menggunakan alat pengukur piawai seperti kertas petak berukuran 1cm x 1 cm

Kemahiran saintifikMemerhatikan, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi, membuat inferens, mendefinisikan secara operasi

Kemahiran berfikirMencirikan, membuat urutan, menjanakan idea, menghubungkaitkan, membuat inferens, mengitlakkan

Sikap saintifik dan nilai murniSistematik, bekerjasama, berfikir secara rasional, berfikiran kritikal dan analitis

Alat bantu mengajarSlaid, kertas A4, gunting, gambar 8 objek yang berbeza, kertas mahjong, sampul surat dengan petak berukuran 1cm x1cm

Alat pentaksiranHasil kerja murid, pemerhatian

EMKKreativiti dan inovasi

Aktiviti pengajaran dan pembelajaranOrientasi (5 minit)

Aktiviti 1: kejadian ajaib

1. Guru mengeluarkan sehelai kertas A4 dan meminta 5 orang murid untuk untuk berdiri di atas kertas tersebut.

2. Selepas kelima-lima orang murid gagal untuk berbuat demikian, guru memotong kertas A4 tersebut secara selang-seli dengan menggunakan gunting.

3. Guru menunjukkan kejadian ajaib: kertas A4 akan membentuk satu gelung kertas yang besar dan sekarang 5 orang murid tersebut disuruh untuk berdiri di dalam kawasan gelung kertas itu.

4. Guru menerangkan bahawa, gelung kertas yang terbentuk mempunyai permukaan yang lebih luas berbanding dengan kertas A4.

5. Guru menyatakan topik pengajaran pada hari ini.

Pencetusan idea (10 minit)

Aktiviti 2: dari kecil ke besar

1. Guru menanya soalan:

a) Apakah itu luas?

(Jawapan jangkaan: saiz permukaan sesuatu objek)

2. Guru memaparkan gambar 8 objek yang berbeza di atas papan hitam.

3. Murid-murid dikehendaki untuk menyusun semula gambar-gambar tersebut mengikut luas objek, iaitu dari objek yang mempunyai luas permukaan paling kecil ke objek yang mempunyai luas permukaan paling besar.

(Rujuk Lampiran 1 untuk contoh jawapan)

Penstrukturan idea (20 minit)

Aktiviti 3: penerangan + demonstrasi

1. Dengan menggunakan slaid, guru menerangkan bahawa luas ialah saiz sesuatu permukaan.

a. Semakin besar permukaan objek, semakin besar luasnya.

(Rujuk lampiran 2 untuk contoh slaid)

2. Murid-murid diminta untuk melihat kembali terhadap hasil susunan mereka dalam aktiviti 2.

3. Murid-murid dimkehendaki untuk mengesan sebarang kesilapan yang ada terhadap susunan gambar tersebut dan membetulkannya.

4. Seterusnya, guru memperkenalkan unit piawai bagi luas dalam sistem metrik.

5. Murid-murid diminta memberikan contoh objek yang sesuai untuk menggunakan unit milimeter persegi (mm), sentimeter persegi (cm), meter persegi (m), dan kilometer persegi (km).

6. Selepas itu, guru menerangkan tentang cara untuk mengukur luas permukaan sesuatu objek menggunakan alat pengukur piawai seperti kertas petak berukuran 1cm x 1 cm.

7. Dengan menggunakan projector, guru menayangkan beberapa corak di atas papan hitam.

8. Beberapa orang murid diminta untuk mendemonstrasikan cara untuk menggunakan peta berukuran 1cm x 1cm untuk mengukur luas permukaan corak tersebut di depan kelas.

Aplikasi idea (20 minit)

Aktiviti 4: mari kita mengukur

1. Guru membahagikan murid-murid kepada 6 kumpulan dan menerangkan tentang cara untuk menjalankan aktiviti.

2. Setiap kumpulan akan mendapat sehelai kertas mahjong yang mempunyai 4 corak yang berbeza dan sampul surat yang mempunyai petak berukuran 1cm x 1 cm.

3. Murid-murid harus bekerjasama dalam kumpulan untuk mengukur luas corak tersebut dengan menggunakan petak berukuran 1cm x 1 cm.

(Rujuk Lampiran 3 untuk contoh jawapan)

4. Selepas 15 minit, guru membincang jawapan dengan murid-murid.

Penutup (5 minit)

Aktiviti 5: pembinaan peta i-think

1. Guru menanya soalan:

a) Apakah itu luas?

(Jawapan jangkaan: luas ialah saiz sesuatu permukaan)

b) Sila nyatakan unit piawai bagi luas dalam sistem metrik dan berikan satu contoh objek yang sesuai untuk setiap unit.

(Jawapan jangkaan: milimeter persegi (mm)(setem

sentimeter persegi (cm)(buku

meter persegi (m)(rumah

kilometer persegi (km)(hutan)

c) Apakah caranya untuk mengukur luas seusatu objek?

(Jawapan jangkaan: menggunakan petak berukuran 1cm x 1 cm)

2. Guru menggunakan jawapan murid untuk membina peta bulatan.

(Rujuk Lampiran 4 untuk contoh peta bulatan)

Lampiran BRPH Yang Menggunakan Kuasa Magnet Sebagai Peristiwa Bercanggah

Mata pelajaranDunia Sains dan Teknologi (DST)

Tarikh15-4-2015 (Rabu)

Masa12.40 p.m. 1.40 p.m.

Kelas/ Bilangan murid3S / 31 orang

TemaSains Fizikal

Topik5.0 Magnet

Standard Kandungan5.1 Menganalisis pengetahuan tentang tindakan magnet

Standard pembelajaran5.1.1 Mengenal pasti bentuk magnet seperti magnet bar, silinder, ladam, bentuk U, butang dan cincin.

5.1.2 Mengitlak tindakan magnet ke atas pelbagai objek dengan menjalankan penyiasatan.

5.1.3 Mengelas objek berdasarkan tindakan magnet ke atasnya.

5.1.4 Menyatakan bahan yang diperbuat daripada besi adalah bahan magnet.

Pengetahuan sedia ada murid3. Murid pernah menggunakan magnet untuk menarik objek besi.

Pada akhir pengajaran, murid dapat4. Menyatakan bentuk magnet seperti magnet bar, silinder, ladam, bentuk U, butang dan cincin.

5. Mengelas objek berdasarkan tindakan magnet ke atasnya.

6. Menyatakan bahan yang diperbuat daripada besi adalah bahan magnet.

Kemahiran saintifikMembuat inferens, mengelaskan, berkomunikasi, memerhati

Kemahiran berfikirMenghubungkaitkan, mengumpulkan dan mengelaskan

Sikap saintifik dan nilai murniBekerjasama, minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

Alat bantu mengajarBotol air, klip kertas, kad BBM, multimedia, butang plastic, paku, lidi, pensel, sudu plastik, pembaris besi,tin minuman, pin baju, pemadam, magnetm serbuk besi, mikrofon, tikus laptop, tanda nama, speaker, kad board maze, pembari plastik.

Alat pentaksiranHasil kerja murid, pemerhatian

EMKKreativiti dan inovasi

Aktiviti pengajaran dan pembelajaranOrientasi (5 minit)

Aktiviti : Kuasa Magnet

6. Guru melakonkan satu situasi sebagai seorang pedagang di kawasan gurun.

7. Kemudian, guru minum sebotol air yang mempunyai paku di dalamnya.

8. Murid ditanyakan soalan tentang cara terbaik untuk mengeluarkan paku dari botol air dalam keadaan kecemasan selepas pedagang menunjukkan beberapa alat seperti kayu, kompas bermagnet, lidi, tali, klip kertas dan kain dari begnya. Terdapat beberapa alternatif seperti :

- Menggunakan magnet yang terdapat di dalam kompas

- Menggunakan lidi atau kayu

- Menggunakan kain dan klip kertas

9. Guru memperkenalkan tajuk yang dipelajari hari ini.

Pencetusan idea (20 minit)

4. Setiap murid akan diberi satu kad BBM.

5. Kemudian, guru akan memainkan muzik sambil murid bergerak supaya berselerak.

6. Apabila muzik berhenti, murid membentuk satu bulatan. Apabila guru menjerit angina bertiup, murid perlu menjawab tiup apa.

7. Guru akan memberi arahan dan murid yang memegang kad BBM terpilih perlu membuat satu bulatan di tengah bulatan yang besar apabila muzik berhenti. Contoh arahan :

- Magnet pelbagai bentuk

- Bahan yang tidak dapat ditarik oleh magnet (Plastik)

- Bahan yang tidak dapat ditarik oleh magnet (Kayu)

- Bahan yang tidak dapat ditarik oleh magnet (Kertas)

- Bahan yang dapat ditarik oleh magnet

- Bahan yang tidak dapat ditarik oleh magnet (Kaca)

8. Kemudian, murid di tengah bulatan akan membacakan objek yang tertera di kad BBM.

9. Akhirnya, guru akan memberi arahan di mana murid yang memegang magnet membentuk bulatan di tengah, bahan magnet di luar bulatan tengah manakala bahan bukan magnet di kawasan bulatan paling luar sekali.

Penstrukturan idea (15 minit)

9. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.10. Setiap kumpulan akan diberi bahan-bahan yang tersenarai di jadual laporan PEKA.11. Murid menjalankan aktiviti penyiasatan objek yang dapat ditarik oleh magnet atau sebaliknya.a. Bahan magnet : Paku, pembaris besi, klip kertas, pin baju

b. Bahan bukan magnet : Butang plastik , lidi, pensel, sudu plastik, tin

aluminium, pemadam12. Guru memperkenalkan istilah Bahan Magnet dan Bahan Bukan Magnet.13. Guru menyatakan bahan magnet diperbuat daripada bahan besi.Aplikasi idea (15 minit)

5. Dalam kumpulan yang sama, setiap kumpulan akan pergi ke stesen masing-masing untuk memerhati aplikasi konsep bahan magnet dan bahan bukan magnet :

a. Stesen 1 : Objek yang mempunyai magnet

b. Stesen 2 : Menghasilkan magnet sementara

c. Stesen 3 : Menyelesaikan masalah dalam kehidupan menggunakan magnet

d. Stesen 4 : Permainan magnet.

e. Stesen 5 : Mengukur jarak medan magnet

6. Setiap kumpulan akan bertukar stesen setiap 2 minit.

7. Guru meronda sambil memberi penerangan.

Penutup (5 minit)

3. Guru merumuskan apa yang dipelajari hari ini.

A. Bahan magnet terdiri daripada magnet bar, U, ladam, silinder, butang dan cincin.

B. Bahan magnet adalah bahan yang boleh ditarik oleh magnet seperti paku, klip kertas dan pembaris besi.

C. Bahan bukan magnet adalah bahan yang tidak boleh ditarik oleh magnet seperti butang plastik , pensel dan pemadam.

D. Bahan magnet diperbuat daripada bahan besi.

LAMPIRAN C

Tarikh

: 07 Ogos 2014

Hari

: Khamis

Masa

: 11.30 pagi 12.30 tengahari (60 minit)

Kelas

: 3 Topaz

Bilangan Murid: 33/34 orang

Tema

: Sains Bahan

Tajuk

: Penyerapan Air

Standard Kandungan:

6.1Menganalisis pengetahuan tentang keupayaan bahan menyerap air.

Stndarad Pembelajaran:

6.1.1Mengenal pasti objek yang boleh menyerap air dan kalis air dengan menjalankan aktiviti.

6.1.2Mengenal pasti bahan yang boleh menyerap air dan kalis air dengan menjalankan aktiviti.

6.1.3Mengelas bahan yang boleh menyerap air dan kalis air dengan menjalankan aktiviti.

6.1.4Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, penulisan, TMK atau lisan.

Hasil Pembelajaran:

1) Murid berupaya untuk mengenal pasti sekurang-kurangnya 2 contoh bagi objek yang boleh menyerap air dan 1 objek yang kalis air dengan menjalankan aktiviti.

2) Murid berupaya untuk mengenal pasti sekurang-kurangnya 2 contoh bagi bahan yang boleh menyerap air dan1 contoh bagi bahan kalis air dengan menjalankan aktiviti.

3) Murid berupaya untuk mengelaskan bahan yang boleh menyerap air dan kalis air dengan tepat.

Kemahiran Proses Sains:

Memerhati, meramal, berkomunikasi, mengelas, mengeksperimen.

Kemahiran Berfikir Kritis & Kreatif:

Menaakul, mengelaskan, membuat hipotesis

Elemen Merentas Kurikulum:

Pendidikan seni (celupan)

Kecerdasan pelbagai

1) Interpersonal (membentang hasil kerja)2) Visual ruang (aktiviti fasa aplikasi)

Nilai:

1) Menyedari bahawa sains merupakan salah satu cara untuk memahami alam.

2) Bekerjasama.

3) Menghargai ciptaan teknologi

Bahan Bantu Belajar:

Cawan polisterina, air bewarna, tisu, kapas, surat khabar, span, kain, beg plastik, duit syiling, guli, pemadam getah.

Fasa/

masaIsi kandunganAktiviti pengajaran dan pembelajarancatatan

Orentasi

(5 minit)Air boleh diserap oleh bahan seperti kapas.1. Murid ditunjukkan dengan 3cawanpolisterina. Salah satu daripada polisterina tersebut telah diletakkan kapas yang dimampatkan di dalamnya.

2. Ketiga-tiga kapas tersebut diterbalikkan agar pelajar mendapat pengetahuan awal bahawa tiada sebarang air yang terdapat pada ketiga-tiga cawan tersebut.

3. Sedikit air telah dituang ke dalam salah satucawantersebut (gelas yang berisi kapas)

.

4. Kedudukancawankemudian saling diubah untuk mengelirukan pelajar mengenai kedudukancawanyang telah dituangkan air sebentar tadi.

5. Pelajar kemudiannya menekacawanyang mengandungi air. Namun kesemuacawantidak mengandungi air (kerana air telah diserap oleh kapas).

6. Murid menganalisis peristiwa tersebut dan teknik penyoalan digunakan untuk menggalakkan murid memberikan pendapat berkenaan peristiwa tersebut.

7. Aktiviti yang dilakukan kemudiannya dikaitkan dengan topik yang akan dipelajari pada hari tersebut.Bahan bantu:

-cawan polisterina.

- air

-kapas

KS:

-memerhati

-meramal

-ber-komunikasi

KB:

-membuat hipotesis

-menaakul

Pencetusan idea

( 10 minit)Bahan-bahan yang menyerap air ialah seperti tisu, kapas, kertas.

Bahan-bahan yang kalis air ialah seperti plastik.1. Murid diberikan dengan lembaran kerja A. (rujuk lampiran).

2. Pengetahuan sedia ada murid dikenalpasti berdasarkan jawapan yang diberikan pada lembaran kerja tersebut (jadual A).

3. setiap jawapan murid kemudiannya dibincangkan.

Penstukturan Idea (25 minit)Objek yang menyerap air:

* kertas, kain, kapas, tisu, span.

Objek yang kalis air:

* beg plastik, guli, sudu, duit syiling, pemadam getah.1. Murid dibahagikan kepada 6 buah kumpulan. Setiap kumpulan diberikan objek-objek seperti yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberikan.

2. setiap kumpulan perlu menguji sifat objek tersebut sama ada menyerap air ataupun kalis air.

3. Penemuan jawapan melalui aktiviti dicatatkan di dalam lembaran kerja yang diberikan. (jadual B)

4. setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan penyiasatan mereka.

5. perbincangan dilakukan.KP:

-interpersonal

KS:

mengeksperimen

Aplikasi idea

( 15 minit)Bahan-bahan yang menyerap air adalah terdiri daripada kain, kapas, kertas manakala bahan yang menyerap air ialah seperti plastik.1. Secara berkumpulan, murid diminta melakukan pengurusan grafik Peta I-Think tentang pengelasan bahan-bahan yang menyerap air dan kalis air.

2. wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka di hadapan kelas.

3. Perbincangan dilakukan.

4. Peneguhan diberikan kepada murid.

KP:

Visual-ruang

Interpersonal

KB:

-mengelas

Penutup

( 5 minit)Sifat bahan yang boleh menyerap air adalah salah satu kelebihan dalam penghasilan sesuatu seni seperti.1. Guru menunjukkan demonstrasi teknik seni celupan menggunakan tisu.

2. Murid diberikan sehelai tisu.

3. Murid dikehendaki menghasilkan corak seni yang kreatif menggunakan air berwarna yang disediakan bagi setiap kumpulan.

4. Perbincangan dilakukan berdasarkan aktiviti yang telah dilaksanakan.

5. Imbas kembali pengajaran dijalankan dan nilai diterapkan.EMK:

Pendidikan seni

Nilai:

Menyedari bahawa sains merupakan salah satu cara untuk memahami alam.

KP:

Visual-ruang

LAMPIRAN D

PENGESAHAN PENSYARAH

Saya mengesahkan bahawa aktiviti peristiwa bercanggah yang digunakan oleh kumpulan paradigma adalah menarik dan kreatif. Aktiviti mereka telah berjaya untuk menarik perhatian dan merangsangkan sifat ingin tahu murid. Pengaplikasian aktiviti peristiwa bercanggah juga telah membentuk suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.

Tandatangan :

Nama Penyelia :PUAN YEW LEE HEANGTarikh :