laporan hari jadi

13
LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI JADI 2014

Upload: mahjaini

Post on 25-Dec-2015

199 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Hari Jadi

LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI

JADI 2014

Page 2: Laporan Hari Jadi

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA & HARI JADI PPKI

SK KUKUSAN TAWAU 2014

1.0 Pendahuluan

Sambutan hari raya yang telah dijalankan merupakan masa dan waktu yang boleh memberi peluang kepada semua untuk meraikan kedatangan bulan Syawal, setelah menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.Program ini juga merupakan satu usaha guru-guru pendidikan khas untuk meraikan sambutan hari jadi murid-murid pendidikan khas yang mana merupakan agenda tahunan kelas pendidikan khas. Program in melibatkan semua murid khas, semua guru Pendidikan khas dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Pelaksanaan program ini juga adalah selaras dengan Program Pembangunan Guru Baharu ( PPGB ) yang bertujuan untuk melahirkan guru berkualiti dan relevan dengan keperluan pendidikan kini dan akan datang. Menurut Huling-Austin (1990), PPGB merupakan “planned programmes intended to provide some systematic and sustained assistance, specifically to beginning teachers for at least one school year ”. BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme GB bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan.

Natijahnya, PPGB merupakan proses sosialisasi kepada profesion keguruan yang dapat membantu Guru Baharu membuat penyesuaian antara ilmu dan kemahiran yang sedia adadengan prosedur, sistem sekolah dan penguasaan pengajaran yang berkesan dan kemahiran pengurusan bilik darjah serta dalam pengurusan aktiviti lainnya.

2.0 Rasional

2.1 Memberi peluang kepada murid-murid tentang konsep umur dan angka.

2.2 Melatih murid-murid dalam aspek pengurusan diri dan pengurusan tingkahlaku.

2.3 murid dapat menghargai kepelbagaian budaya.

2.4 memberi kegembiraan kepada murid-murid.

2.5 mensyukuri nikmat umur yang Allah berikan.

2.6 Mengeratkan hubungan dan kemesraan antara guru, murid, dan PPM.

2.7 Menormalisasikan Murid-murid PPKI.

2.8 Memberi peluang kepada guru novis mengurus dan mengelolakan program sambutan raya dan hari jadi PPKI.

Page 3: Laporan Hari Jadi

2.9 Memenuhi keperluan PPGB.

3.0 Objektif

Program ini bertujuan untuk :-

3.1 Mempelajari dan menguasai kemahiran yang membolehkan murid merancang dan mengurus kehidupan sendiri.

3.2 Meningkatkan keyakinan murid-murid PPKI bersosial dengan masyarakat.

3.3 Memberi penghargaan kepada murid-murid PPKI.

3.4 Membantu murid menguasai kemahiran komunikasi dan mengenal emosi semasa berinteraksi dengan masyarakat.

3.5 Guru baharu dapat mengaplikasikan ilmu pengurusan dan pentadbiran ke dalam pengelolaan Program Sambutan Hari Raya dan Hari Jadi ini serta dapat melanjutkannya sepenjang perkhidmatan di sekolah.

3.6 Guru baharu dapat mengurus dan mengelola program ini mengikut standard pencapaian yang diinginkan.

3.7 Guru baharu dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai pihak menggunakan kesantunan bahasa yang tinggi dalam pelbagai situasi dan keadaan bagi menjayakan program ini.

3.8 Guru baharu dapat mengasah bakat kepimpinan, memupuk semangat, kerjasama, toleransi dan kesukanan serta dapat mendisiplinkan diri sepanjang mengelola program ini.

4.0 Butiran Program

4.1Nama program : Majlis Sambutan Hari Raya & Hari Jadi PPKI Sk Kukusan

4.2 Tarikh : 14 Ogos 2014 ( Selasa )

4.3 Tempat : Dewan Sk. Kukusan

4.4 Sasaran : -Murid-murid pendidikan khas

Staf PPKI SK Kukusan Tawau4.5 Anjuran : PPKI Sk. Kukusan

5.0 Ahli Jawatankuasa Program

Penasihat : En. Abd Mustapa Bin Massa ( GB )

Page 4: Laporan Hari Jadi

Pen. Penasihat : Pn. Hjh. Sabturiah Isdup ( PK 1) Pn. Hasmiyani Emma ( PK HEM ) Pn. Hjh. Bunga Senne ( PK KOKUM ) Pn. Khasmawati Binti Lahuri ( PK PK )

Penyelaras Program : En. Mahjaini Bin Mohammad AbasSetiausaha : Cik. Istiqomah Muhammad ChaerunBendahari : Pn. Hazmiza ZamriHadiah : Cik. Hanisah RozleeMakanan : Pn. Nurul hidayah Bte RahimAktiviti : Pn. Maliana Lapaleka

Jurukamera/ Dokumentasi : En. Mustamin LatipaJuruacara : Pn. Nor’aishahPeralatan : Semua guru dan PPMKebersihan / Keselamatan : Bahagian Pembersih Sekolah/ Semua guru dan

PPMBacaan Doa : En.Mustamin LatipaHiasan Pentas : Semua guru dan PPM

5.1 Perincian tugas

AJK Perincian TugasSetiausaha - menyediakan semula kertas kerja yang telah

dimurnikan. Menyediakan surat pemberitahuan / jemputan kepada pihak sekolah ( GB/PK ) dan ibu bapa/penjaga.

Bendahari - menyediakan laporan kewangan sebelum dan selepas program.

Jurukamera/ Dokumentasi

- mengambil gambar/video sepanjang program berlangsung. Membuat editing dan menyerahkan hasilnya dalam bentuk laporan bergambar.

Peralatan - menyediakan peralatan yang diperlukan sepanjang program berlangsung.

Kebersihan - memastikan tempat yang digunakan berada dalam keadaan bersih selepas program berlangsung

Hadiah - menyediakan dan membeli hadiah serta cenderahati selepas dan sebelum program.

Juruacara - mengacarakan majlis sepanjang majlis berlangsung.Hiasan Pentas - menghias pentas dan dewan dimana program tersebut

berlangsung.

Makanan- Menguruskan makanan untuk semua yang terlibat

dalam program yang dijalankan.

Page 5: Laporan Hari Jadi

Aktiviti - Merancang dan mengendalikan aktiviti sepanjang program berlangsung.

-

5.2Tentatif Program

- Tarikh : 12 Ogos 2014

- Lokasi : Dewan, SK.Kukusan

- Masa Aktiviti

- 7.00-7.30 pagi Ketibaan tetamu

- 7.30-8.00 pagi Ketibaan guru besar

- 8.00-8.10 pagi Bacaan doa oleh En. Mustamin Latipa

- 8.10-8.25 pagi Ucapan Penolong Kanan PPKI Sk. Kukusan TawauPn. Khasmawati bint Lahuri

- 8.25-8.40 pagi Ucapan guru besar SK KukusanEn. Abd. Mustapa Bin Massa

- 8.40-9.15 pagi Perasmian ;- Upacara pemakaian topi & - pemotongan kek

- 9.15-9.45 pagi -Penyampaian hadiah kepada semua murid

& Guru-guru serta PPM-Penyerahan duit raya kepada semua

murid- 9.45-10.20 pagi Persembahan murid PPKI

- 10.20-11.15 pagi Aktiviti Sukaneka

Aktiviti AlatanMeniup dan memecahkan belon

-belon

menjaringkan bola ke sasaran

-bola-gelung rotan

imbangan bola menggunakan talam pelastik

- bola angin- raket

- 11.15-12.00 T.Hari Jamuan

- 12.00 T.Hari Majlis bersurai

Page 6: Laporan Hari Jadi

Anggaran Kos Belanjawan

Bil Bahan Kuantiti Harga/Jumlah(RM) Catatan

1. Hadiah bagi setiap murid:i. Murid PPKI

Hadiah Sukaneka

33

33

RM 10.00 X 33 org= RM 330.00

Rm 8 x 33 = Rm 264

Dana daripada sumbangan Kebajikan murid.

2. Belon 2 bungkus RM 8.00 X 2 bgks= RM 16.00

Dana daripada sumbangan kebajikan murid.

3. Kek 1 biji RM 100.00 X 1 biji= RM 100.00

Dana daripada sumbangan kebajikan murid.

4. Beg plastik (Jajan) 1 bungkus RM 10.00 X 1 bgks= RM 10.00

Dana daripada sumbangan kebajikan murid.

5. Jajan: -Keropok-Gula-gula-Air kotak-Agar-agar

2 Pek2 Pek3 Kotak3 Pek

RM 8.00 X 2 pek= RM 16.00RM 8.00 X 2 pek= RM 16.00RM 25.00 X 3 kotak= RM 75.00RM 10.00 X 3 pek=RM 30.00

RM 137

Dana daripada sumbangan kebajikan murid.

6. Air Mineral 2 kotak RM 9.00 X 2 kotak= RM 18.00

Dana daripada sumbangan kebajikan murid.

7. Pembalut hamper 15 meter RM 1.00 X 15 M= RM 15.00

Dana daripada sumbangan kebajikan murid.

Page 7: Laporan Hari Jadi

8. Makanan :

-Guru & Staff

-Murid PPKI

Bufet

Tapau

RM20.00 X 10 org= RM 200.00

RM 5.00 X 33 org= RM 165.00

Sumbangan daripada guru-guru dan staf PPKI

Dana daripada sumbangan kebajikan murid.

9 Banner 1 unit RM 60.00 X 1 unit=RM 60.00

Dana sumbangan kebajikan murid

10 Perbelanjaan luar jangka

RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1151.00

Sumbangan

1. Badan Kebajikan PPKI2. Guru-guru SK Kukusan Tawau

Penutup

Semoga program yang dirancang ini mendapat kerjasama daripada semua pihak termasuk sekolah dan ibubapa. Diharapkan murid-murid dapat termotivasi dan mendapat input yang positif untuk diaplikasi dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini kerana, kemenjadian murid itu sangat penting bagi memanusiakan manusia yang boleh hidup berdikari serta dapat memberi sumbangan kepada orang lain.

Selain itu, program ini juga menjadi satu wadah bagi guru GB untuk meningkatkan kemahiran yang pelbagai. Saya percaya guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru sebagai pemangkin utama kecemerlangan murid perlu diberi pendedahan tentang pelbagai pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program pembangunan. Dengan cara ini, profesionalisme GB itu dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat kali pertama. Contohnya melalui

Page 8: Laporan Hari Jadi

pengendalian program yang dijalankan ini. Akhir sekali, harapan saya juga melalui program ini hubungan baik diantara guru-guru, murid-murid, PPM dan ibu bapa akan dapat dieratkan lagi.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

_____________________ _____________________Istiqomah Muhammad Chaerun En.Abd Mustapa Bin MassaSetiausaha Program Guru Besar SK Kukusan Tawau

Disemak oleh;

______________________Pn. Khasmawati Binti LahuriPK PPKI SK Kukusan

Page 9: Laporan Hari Jadi

LAMPIRAN

Page 10: Laporan Hari Jadi
Page 11: Laporan Hari Jadi
Page 12: Laporan Hari Jadi
Page 13: Laporan Hari Jadi