rancangan pengajaran tema selamat hari jadi

12
Tema : Sambutan Hari Jadi Tajuk : Hari Jadi Saya. Tarikh : 8 September 2008 Kelas : Prasekolah Lestari Masa : 30 minit Bilangan pelajar : 25 orang Umur pelajar : 6 tahun Komponen : Perkembangan Sosioemosi. Hasil Pembelajaran : 1.1.1 Menceritakan pengalaman gembira atau sedih. Objektif Khusus : Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka ketika menyambut hari jadi. Bahan : Adunan tepung (doh), kek hari jadi, kad gambar, bijian coklat, jeli berperisa buah-buahan, dan lilin hari jadi. Pengetahuan sedia ada pelajar : Kanak-kanak pernah menyambut hari jadi rakan mereka di dalam kelas.

Upload: qiyana

Post on 23-Jun-2015

5.324 views

Category:

Business


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Tema Selamat Hari Jadi

Tema : Sambutan Hari Jadi

Tajuk : Hari Jadi Saya.

Tarikh : 8 September 2008

Kelas : Prasekolah Lestari

Masa : 30 minit

Bilangan pelajar : 25 orang

Umur pelajar : 6 tahun

Komponen : Perkembangan Sosioemosi.

Hasil Pembelajaran : 1.1.1 Menceritakan pengalaman gembira atau sedih.

Objektif Khusus : Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka ketika menyambut hari jadi.

Bahan : Adunan tepung (doh), kek hari jadi, kad gambar, bijian coklat, jeli berperisa buah-buahan, dan lilin

hari jadi.

Pengetahuan sedia ada pelajar : Kanak-kanak pernah menyambut hari jadi rakan mereka di dalam kelas.

Komponen yang berkaitan : Komponen Bahasa dan Komunikasi dan Komponen Kreativiti dan Estetika.

Nilai dan tingkah laku : Bekerjasama dalam kalangan kanak-kanak, saling tolong-menolong,

Rujukan : Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kurikulum Prasekolah, Kebangsaan Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Page 2: Rancangan Pengajaran Tema Selamat Hari Jadi

LANGKAH /

MASA ISI PENGAJARAN AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID CATATAN

Set Induksi

( 4 minit )

Menunjukkan klip

video dan kek hari

jadi kepada kanak-

kanak

1) Guru meminta kanak-kanak

meneka benda yang terdapat

di dalam kotak serta meminta

beberapa orang kanak-kanak

memegang kotak tersebut.

2) Guru menunjukkan kepada

kanak-kanak benda yang

terdapat di dalam kotak.

3) Guru menunjukkan klip video

sambutan harijadi kepada

kanak-kanak.

4) Guru memberitahu bahawa

mereka akan bercerita tentang

sambutan hari jadi.

1) Kanak-kanak meneka benda

yang terdapat di dalam kotak.

2) Beberapa orang kanak-

kanak memegang kotak

tersebut.

Bahan-bahan :

- Kotak yang berisi kek

hari jadi.

- Klip video

-Berimaginasi 1) Guru memberi kertas terpakai 1) Kanak-kanak mendapat

Page 3: Rancangan Pengajaran Tema Selamat Hari Jadi

Aktiviti 1

( 7 minit )

tentang kek hari jadi

-Melukis kek hari

jadi

kepada kanak-kanak.

2) Guru meminta kanak-kanak

menutup mata beberapa saat..

3) Guru meminta kanak-kanak

membayangkan kek hari jadi

yang mereka pernah lihat atau

sukai.

4) Guru meminta kanak-kanak

membuka mata.

5) Guru meminta kanak-kanak

melukis kek hari jadi yang

mereka bayangkan.

6) Guru menunjukkan lukisan

yang telah guru sediakan.

7) Guru meminta semua kanak-

kanak menunjukkan hasil

lukisan mereka.

8) Guru meminta beberapa orang

kanak-kanak menceritakan hasil

kerja mereka dan menceritakan

pengalaman mereka semasa

kertas terpakai.

2) Kanak-kanak menutup mata.

3) Kanak-kanak

membayangkan kek hari

jadi yang mereka pernah

lihat atau sukai.

4) Kanak-kanak membuka

mata.

5) Kanak-kanak melukis kek

hari jadi.

6) Setiap orang kanak-kanak

menunjukkan hasil lukisan

mereka.

7) Beberapa orang kanak-

kanak menceritakan hasil

kerja mereka dan

menceritakan pengalaman

mereka semasa menyambut

hari jadi.

Bahan-bahan :

- Kertas terpakai, pensel.

-Kanak-kanak diberi

masa untuk berfikir

untuk melukis kek hari

jadi.

- Kanak-kanak diberi

peluang untuk melukis

kek hari jadi yang

mereka sukai.

- Guru menceritakan

kelebihan menggunakan

kertas terpakai.

Page 4: Rancangan Pengajaran Tema Selamat Hari Jadi

menyambut hari jadi.

Aktiviti 2

( 15 minit )

1) Diberi peluang

untuk

menghasilkan kek

hari jadi buatan

sendiri.

1) Guru membahagikan kanak-

kanak kepada 3 kumpulan.

2) Guru memberikan setiap

kumpulan tiga adunan doh

yang berwarna merah, hijau

dan biru.

3) Guru memberikan bahan-

bahan untuk membuat kek

kepada kanak-kanak seperti

botol air, plastik, bijian coklat,

lilin dan gula-gula

4) Guru meminta kanak-

kanak menghasilkan kek hari

jadi buatan mereka sendiri.

5) Guru menyanyikan lagu ”

Selamat Hari Jadi”

6) Guru bersoal jawab dengan

kanak-kanak.

1) Kanak-kanak dibahagikan

kepada 3 kumpulan.

2) Setiap kumpulan diberi tiga

adunan doh yang berwarna

merah, hijau dan biru.

3) Setiap kumpulan juga diberi

satu set bahan-bahan untuk

membuat kek.

4) Kanak-kanak diminta

menghasilkan kek hari jadi

mengikut kreativiti mereka.

Bahan-bahan:

- adunan doh yang

berwarna merah, hijau

dan biru.

- botol air, plastik, bijian

coklat, lilin dan gula-

gula.

-Kanak-kanak diberi

peluang untuk memilih

warna adunan doh yang

mereka sukai.

- Kanak-kanak diberi

berpeluang menghasilkan

kek hari jadi mengikut

kreativiti mereka sendiri.

- Guru menceritakan

kepada kanak-kanak

tentang kebaikan

Page 5: Rancangan Pengajaran Tema Selamat Hari Jadi

mengitar semula botol-

botol air dan plastik.

Penilaian/

Penutup

( 4 minit )

1) Soalan-soalan

yang berkaitan.

1) Guru bersoal jawab dengan

kanak-kanak tentang

pembelajaran sebagai

peneguhan.

2) Guru meminta kanak-kanak

menyanyikan lagu “Selamat

Hari Jadi”.

1) Kanak-kanak berinteraksi

dengan guru secara

bersopan.

2) Kanak-kanak menyanyikan

lagu “Selamat Hari Jadi”

secara beramai-ramai.

Kanak-kanak diberi

peneguhan untuk

mengukuhkan kefahaman

mereka tentang emosi

mereka sendiri.

LAMPIRAN 1

Lagu ”Selamat Hari Jadi”

Page 6: Rancangan Pengajaran Tema Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi Saya

Selamat Hari Jadi.

LAMPIRAN 2

Gambar Kek Harijadi

Page 7: Rancangan Pengajaran Tema Selamat Hari Jadi
Page 8: Rancangan Pengajaran Tema Selamat Hari Jadi

LAMPIRAN 3

Gambar bahan-bahan membuat kek.

Adunan doh berwarna hijau, merah dan biru. Kek harijadi, lilin, coklat dan chocolate chip untuk hiasan.