laporan epidemiologi
DESCRIPTION
Sample of epidemiology report.TRANSCRIPT
LAPORAN EPIDEMIOLOGI KES MALARIA DI LAHAD DATU.
ISI KANDUNGAN.
TAJUK DAN KAWASAN PENEMPATAN..................................................................2
PENGENALAN............................................................................................................3
DATA DAN STATISTIK...........................................................................................4&5
GRAF/JADUAL/CARTA YANG RELEVAN............................................................6&7
PERBINCANGAN/HUJAN/CADANGAN KAWALAN PENYAKIT.......................8&9
RUMUSAN.................................................................................................................10
BIBLIOGRAFI............................................................................................................11
TAJUK DAN KAWASAN PENEMPATAN.
1. Laporan ini adalah mengenai kes-kes jangkitan malaria yang berlaku di
kawasan Lahad Datu Sabah.
2. Data dan statistik adalah hasil penelitian sepanjang bulan januari di Klinik
kesihatan Lahad Datu.
3. Kawasan yang terbabit merangkumi seluruh kawasan daerah Lahad Datu iaitu
pesakit yang datang menerima rawatan di Klinik kesihatan Lahad Datu.
4. Data dan statistik dibahagikan kepada kes jangkitan demam malaria mengikut
tempat dan jenis parasit protozoa bagi mengenalpasti tampat-tempat panas
yang terjadi kes jangkitan malaria yang tinggi.
5. Laporan ini juga mengklasifikasikan kes-kes malaria mengikut
kewarganegaraan bagi mengenal pasti jumlah penduduk tempatan yang
dijangkiti berbanding warga asing.
6. Pengkelasan data dan statistik juga dilakukan mengikut kes jangkitan baru
dan ulangan bagi pesakit yang pertama kali atau pernah mendapat jangkitan
protozoa yang sama.
7. Pemerhatian dan pengumpulan data telah dilakukan selama empat minggu di
Klinik Kesihatan Lahad Datu dan merangkumi seluruh daerah Lahad Datu.
2
PENGENALAN.
Deman malaria adalah disebabkan oleh jangkitan parasit plasmodium yang
disebarkan dari orang lain yang telah dijangkiti melalui gigitan nyamuk anopheles
betina. Penyakit Malaria juga dikenali sebagai Demam Kura atau Demam Ketar.
Jangkitan dari nyamuk tersebut akan memindahkan parasit tersebut dan seterusnya
akan menjangkiti hepar dah sel darah merah. Ada beberapa kes jangkitan adalah
daripada jangkitan tranfusi darah yang tercemar.
Simptom-simptom malaria selalunya dapat dikenalpasti seperti demam on/off sakit
kepala, mual, letih lesu dan simtom berpanjangan lebih dari10 hari. Jika tidak
dirawat, malaria boleh menjadi ancaman nyawa kepada pesakit yang dijangkiti.
Penyakit ini hanya boleh disembuhkan jika dirawat menggunakan ubat khusus yang
boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau hospital.
Di kawasan Lahad Datu, kes-kes malaria dapat dikesan setiap bulan. Empat utama
parasit protozoa yang dikenapasti adalah Plasmodium Vivax, Plasmodium
falciparum, Plasmodium malariae, dan Plasmodium Ovale. Protozoa yang sering
dikenalpasti dalam kes-kes malaria di Lahad Datu adalah jenis Plasmodium
Falciparum dan Plasmodium Vivax.
Majoriti pesakit yang dijangkiti adalah terdiri daripada penduduk bukan warganegara
malaysia yang datang berkerja di ladang-ladang kelapa sawit dan datang dari
Philipina dan Indonesia.
3
DATA DAN STATISTIK.
JADUAL DI BAWAH MENUNJUKAN STATISTIK KAWASAN DAN JENIS
PROTOZOA DALAM KES JANGKITAN MALARIA.
No. Tempat Plasmodium Falciparum Plasmodium Vivax
1 Kg Sepagaya 1 orang 1 orang
2 Kg Silam 1 orang 1 orang
3 Tungku 2 orang 1 orang
4 Felda Sahabat 4 orang 1 orang
5 Kg Unta 2 orang -
6 Kg Silabukan - 1 orang
7 Taman Aman1 & 3 1 orang -
8 Tabanak 2 orang -
9 Kg Air 2 orang 2 orang
10 Taman Mewah 1 orang -
11 Paris 1 orang -
12 Bukit Garam 3 orang -
1. Data dan statistik menunjukan jumlah kes jangkitan malaria dan kawasan
penempatan terlibat serta jenis microorganism protozoa yang dikenalpasti
menjangkiti pesakit.
2. Seramai 27 orang pesakit didiagnos sebagai pesakit demem malaria hasil
daripada ujian darah BSMP/BFMP yang menunjukan keputusan positif
terhadap protozoa itu.
3. Majoriti pesakit demam malaria di kawasan Lahad Datu adalah positif
terhadap jangkitan Plasmodium Falciparum dan hanya sebilangan sahaja
yang didapati mendapat jangkitan Plasmodium Vivax.
4
4. Kawasan Felda Sahabat menunjukan kes tertinggi jangkitan Malaria manakala
Taman Mewah kawasan yang paling sedikit terlibat.
5. Kawasan-kawasan seperti Bukit Garam, Felda sahabat, Paris dan Kg Silam
juga termasuk dalam data dan statistik kerana meraka mendapatkan rawatan
di Klinik Kesihatan Lahad Datu walaupun mempunyai klinik kesihatan di
tempat masing-masing yang lebih dekat.
5
GRAF/JADUAL/CARTA YANG RELEVAN
Graf Statistik Kes-Kes Malaria baru dan Ulangan Januari 2012.
1. Berikut adalah statistik bagi kes malaria yang dikesan di Klinik Kesihatan
Lahad Datu.
2. Kes baru adalah pesakit-pesakit yang baru yang positif terhadap jangkitan
malaria.
3. Kes ulangan pula pesakit yang mempunyai sejarah lampau pernah mendapat
jangkitan malaria.
6
Bar Graf Statistik Jangkitan Malaria Pada Januari 2012.
1. Graf di atas menunjukan statistik laporan jangkitan malaria dikalangan
penduduk tempatan dan warga asing di kawasan Lahad Datu.
2. Statistik menunjukan jangkitan malaria dikalangan warga asing adalahlebih
tinggi berbanding penduduk tempatan.
3. Corak yang tidak sekata ditunjukan dalam graf dimana jumlah jangkitan
malaria turun dan naik sepanjang bulan Januari.
4. Majoriti warga asing yang didapati positif terhadap jangkitan malaria adalah
dari penduduk yang tingal di kawasan setingan dan perumahan ladang.
5. Kebanyakan penduduk tampatan yang didapati dijangkiti adalah penduduk
kawasan perumahan.
7
PERBINCANGAN/HUJAN/SYOR/CADANGAN KAWALAN PENYAKIT.
Pencegahan Demam Malaria Di Kalangan Masyarakat.
Demam Malaria boleh dicegah melalui :
i. Tidur di dalam kelambu.
ii. Menggunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk.
iii. Menggunakan jaring nyamuk di jendela rumah.
iv. Dapatkan perkhidmatan semburan DDT bagi membunuh nyamuk Tiruk.
v. Demam Malaria boleh dicegah dan dirawat. Setiap individu perlu tahu tanda-tanda
dan cara-cara mencegah penyakit Malaria.
vi. Menghapuskan tampat-tempat pembiakan nyamuk bawaan vektor malaria.
vii. Segera mendapat rawatan ke klinik kesihatan dan hospital bagi kes-kes demam
yang menunjukan simtom-simtom malaria.
8
Antara pelan-pelan yang dapat di bentuk dan dijalankan bagi mengurangkan
risiko kes jangkitan malaria ini adalah:
1. Mengadakan dan mengendali kempen atau aktiviti promosi kesihatan di semua
peringakat termasuk sekolah, pejabat kerajaan serta dalam kalangan masyarakat
bagi meningkatkan kapasiti dan kebolehan masyarakat dalam mengurangkan risiko
penyakit malaria.
2. Mempromosi perubahan gaya hidup di kalangan kumpulan berisiko tinggi serta
melibatkan masyarakat dalam mempromosi perubahan gaya hidup semua peringkat
masyarakat.
3. Terlibat dalam jawatankuasa, mesyuarat atau aktiviti bagi menggalakkan
kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan
juga individu-individu tertentu dalam memastikan program promosi kesihatan
menjadi lebih efektif.
4. Menyediakan maklumat laporan bagi mengenalpasti dan merangka rancangan
bagi memerangi kes penyakit ini.
5. Rawatan awal terhadap pesakit malaria bagi mengurangkan risiko jangkitan
kepada hos yang rentan.
6. Menyediakan notifikasi awal kepada unit kawalan penyakt berjangkit bagi
membantu mengesan kes-kes malaria.
7. Menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, ceramah dah aktiviti
tertentu bersama penduduk setempat bagi memberi kesedaran dan pengetahuan
tentang penyakit berjangkit malaria.
8. Mengenalpasti dan menjalankan penyemburan DDT kawasan tertentu yang
menunjukan statistik kes malaria yang tinggi bagi memusnahkan kawasan
pembiakan nyamuk malaria.
9
RUMUSAN.
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan. Langkah-langkah bagi mencegah
penyakit berjangkit ini terus merebak haruslah dijalankan dengan segera bagi
memastikan kesihatan penduduk Lahad Datu terjamin. Angota kesihatan yang
terlibat secara lansung atau tidak lansung haruslah mengambil langkah secara
profesional dan segera bagi menhentikan penyakit bawaan vektor ini. Langkah
pencegahan harus diutamakan bagi mengurangkan risiko jangkitan ini.
Kes malaria masih menular disebabkan oleh kurang kesedaran sivik di kalangan
masyarakat setempat. Sikap-sikap sambil lewa sesetangah pihak juga mamberi
ancaman dimana penyakit ini akan terus meningkat hari demi hari.
Tempat pembiakan nyamuk seperti takungan air, kawasan yang kotor dan padat
penduduk adalah punca utama parasit ini terus hidup dan berganda. Ini disebabkan
kurang kerjasama diantara penduduk setempat bagi memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk malaria.
Oleh sebab ia, telah membawa pelbagai implikasi sosial, ekonomi dan politik, antara
banyak yang lain. Ia boleh menjejaskan kesejahteraan hidup manusia dan
pembangunan negara, terutamanya dari segi pembangunan sumber manusia.
Laporan ini cuba menyentuh beberapa jenis penyakit berjangkit yang umum di
Malaysia, punca penularannya, langkah pengawalannya dan arah
perkembangannya.
Sukar dielakan hubungan yang kompleks antara manusia dengan mikroorganisma
patogenik dalam usaha pihak berwajib merangka program pengawalan dan
pencegahan penyakit berjangkit. Mohon agar semua pihak yang terbabit secara
lansung dan tidak lansung beserta masyarakat mengambil inisiatif dan langkah-
langkah yang tepat bagi membantu mengawal seterusnya menghentikan kes
jangkitan malaia ini.
10
Bibliografi
1. CPG klinik kesihatan Lahad Datu.
2. Sawawak Emergency Hand Book 3rd edition.
3. Data dan statistik Klinik Kesihatan Lahad Datu Sabah.
11