laporan biro protokol dan siaraya

Upload: nor-shahida-saroni

Post on 10-Oct-2015

78 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

  • 5/20/2018 Laporan Biro Protokol Dan Siaraya

    1/3

    LAPORAN SEBELUM

    Biro Protokol dan Siaraya disediakan bidang tugas yang mencakupi majlis

    penyerahan kepada keluarga angkat, majlis penutup dan tentatif penuh

    sepanjang program. Selain daripada itu, biro ini juga bertanggungjawab bagi

    menentukan protokol pemakaian sepanjang berada di sana. Sebelum pergi

    kepada yang lebih lanjut, berikut merupakan ahli biro protokol dan siaraya:

    Ketua Biro : Muhammad Shadzwan bin Mohd Adnan

    AJK : Meilthrista Michael Poudi

    Nor Shahida binti Saroni

    Puspanathan a/l Sugumaran

    Selaku jawatankuasa protokol dan siaraya, kami diberikan beberapa

    bidang tugas yang perlu untuk kami selesaikan sebelum pergi ke program

    tersebut. Antara perkara yang telah kami siapakan sebelum pergi ke majlis

    tersebut adalah, teks pengacaraan majlis bagi majlis penyerahan kepada

    keluarga angkat dan teks pengacaraan majlis penutup. Selain daripada itu, kami

    juga telah menyiapkan dan merancang tentatif bagi sepanjang keberadaan kami

    di sana.

    Di samping itu, tentaif bagi majlis penutup telah kami rangka sejak

    sebelum pergi ke majlis tersebut lagi. Selain daripada itu, protokol pemakaian

    juga telapun kami tetapkan bagi menyeragamkan pemakaian kesemua ahli

    peserta program Bina Insan Guru Fasa 4 ini ke kampuang Kuala Kedua.

    Selain daripada itu, senarai nama keluarga angkat juga telahpun kami

    persiapkan agar majlis penyerahan kepada keluarga angkat berjalan dengan

    lancar di sana.

    BIRO PROTOKOL DAN SIARAYA

  • 5/20/2018 Laporan Biro Protokol Dan Siaraya

    2/3

    LAPORAN SEMASA

    Semasa program berlangsung selama 4 hari 3 malam, biro protokol sekali

    lagi menjadi pelaksana bagi memastikan perjalanan majlis penyerahan anak

    angkat berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, biro protokol dan siaraya juga

    telah memastikan tempat bagi menjalankan majlis penyerahan keluarga angkat

    dan majlis penutup adalah dalam keadaan yang baik.

    Antara penting tugas biro protokol dan siaraya sepanjang berjalan

    program ini adalah, mengingatkan kesemua ahli berkaitan protokol pemakaian

    bagi acara seterusnya pada setiap hari di sana. Kesemua tentatif program yang

    dirancang berjalan dengan lancar.

    LAPORAN SELEPAS

    Selepas program, biro protokol dan siaraya perlu memastikan kesemua

    ahli peserta betul-betul mematuhi kesemua peraturan dan peringatan yang

    diberikan.

    Akhir kata, program Bina Insan Guru Fasa 4 ini banyak memberi kami

    peluang untuk menjalankan tugas dengan baik. Malah, memberi peluang kepada

    kami untuk mendekati hidup bermasyarakat.

    Sekian, terima kasih.

    Disediakan oleh,

    .................................................

    ( MUHAMMAD SHADZWAN BIN MOHD ADNAN )

    Ketua Biro Protokol dan Siaraya BIG SIRI 4/2013

    PISMP SEM 4 PEMULIHAN (B) Ambilan Jun 2012

  • 5/20/2018 Laporan Biro Protokol Dan Siaraya

    3/3