laporan biro 2013

22
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI KATA-KATA ALUAN PENGARAH PPAS ATUR CARA MAJLIS NOTIS MESYUARAT AGUNG SEJARAH KEPIMPINAN KESUKA SENARAI AHLI JAWATANKUASA KESUKA SESI 2013-2015 DIARI KESUKA SESI 2013-2015 AKTIVITI BIRO SEPANJANG TAHUN 2013 SEPINTAS LALU PENCAPAIAN PPAS SEPANJANG SPASM SEPINTAS LALU LAPORAN BIRO - BIRO

Upload: lekhanh

Post on 20-Dec-2016

235 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Biro 2013

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

KATA-KATA ALUAN PENGARAH PPAS

ATUR CARA MAJLIS

NOTIS MESYUARAT AGUNG

SEJARAH KEPIMPINAN KESUKA

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KESUKA SESI 2013-2015

DIARI KESUKA SESI 2013-2015

AKTIVITI BIRO SEPANJANG TAHUN 2013 SEPINTAS LALU

PENCAPAIAN PPAS SEPANJANG SPASM SEPINTAS LALU

LAPORAN BIRO - BIRO

Page 2: Laporan Biro 2013

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera…

Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana hari ini kita

semua dapat berkumpul bersempena Mesyuarat Agung KESUKA kali ke 32 ini.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan

kepada Jawatankuasa KESUKA sesi 2011-2013 yang telah banyak membantu

melaksanakan program KESUKA yang telah dirancang sepanjang 2 tahun yang lalu.

Tahniah juga kepada jawatankuasa KESUKA 2013-2015 yang telah banyak bertungkus-

lumus terutama dalam melancarkan perjalanan acara penting pada tahun lalu iaitu

Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) kali ke 20 pada 20 – 23

September 2013.

Para atlit yang mewakili Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) juga

telah menyumbang tenaga yang padu dalam setiap acara sukan yang

disertai. Sekalung tahniah kepada anda semua yang telah berjaya meletakkan

PPAS di tangga ke-6. Semoga pada tahun hadapan kita dapat menjadi juara

di SPASM kali ke 21.

Akhir kata, semoga KESUKA akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik

kepada semua ahli dan Jawatankuasa mengalu-alukan sebarang cadangan,

idea dan maklumbalas daripada semua ahli untuk terus berada di landasan

sepatutnya.

Sekian, terima kasih.

NORAZHAN SAHLAN

Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Sesi 2013-2015

Page 3: Laporan Biro 2013

KATA-KATA ALUAN PENGARAH

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Alhamdulillah, puji-pujian dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan

izinNYA dapat kita semua berhimpun bersempena Mesyuarat Agung KESUKA

kali ke 32 pada hari ini.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada

Jawatankuasa KESUKA sessi 2011-2013 yang telah banyak menyumbang

tenaga, idea dan sentiasa bekerjasama dalam memastikan setiap program

dan aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga kepada Jawatankuasa sessi 2013-2015 yang baru dilantik pada

tahun lepas dan bersama-sama menggalas tugasan berat dalam memastikan

Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) kali ke 20 dapat

dijalankan dengan jayanya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan

tahniah kepada semua kakitangan yang telah banyak membantu sepanjang 4

hari kejohanan. Kepada para atlit PPAS, anda telah memberikan yang terbaik

dan sekalung penghargaan kepada anda semua.Manakala buat

jawatankuasa pelaksana beserta barisan urusetia, khidmat anda amat penting

bagi kelangsungan sebuah acara yang besar seperti ini. Syabas buat anda

semua!!!!

Walaupun kita tidak menjadi juara, besar harapan saya agar kita terus

mengekalkan prestasi dan menjadi juara dari segi moral dan semangat

kesukanan di SPASM yang akan datang.

Akhir kata, semoga KESUKA akan terus menjadi kelab yang memberikan

manfaat kepada semua ahli dan menjadi medium penyatuan ukhwah di

kalangan kita semua.

Sekian, terima kasih.

MASTURA HJ MUHAMAD

Pengarah

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Page 4: Laporan Biro 2013

ATUR CARA

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KESUKA KALI KE-32

27 OKTOBER 2014 (ISNIN)

11.00 pagi - Kehadiran dan pendaftaran ahli KESUKA

11.15 pagi - Ketibaan Puan Mastura Hj. Muhamad

Pengarah PPAS merangkap penasihat KESUKA

- Bacaan Doa

- Ucapan alu-aluan En. Norazhan Sahlan

Pengerusi KESUKA

- Ucapan dan perasmian oleh Puan Mastura Hj Muhamad

Pengarah PPAS merangkap penasihat KESUKA

- Montaj SPASM

- Penyampaian hadiah

11.40 pagi Mesyuarat Agung KESUKA kali ke -32

Agenda mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi KESUKA sesi 2013-2015

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan KESUKA kali ke-31

3.Pembentangan Laporan Kewangan KESUKA berakhir pada

31 Disember 2013

4. Pembentangan Laporan Pelaksanaan Biro Tahun 2013

5. Pembentangan dan perbincangan usul

6. Penutup

Penyampaian cenderamata kepada ahli

Jamuan Makan Tengahari

Bersurai

Page 5: Laporan Biro 2013

SEJARAH KEPIMPINAN KESUKA

Awal Penubuhan (Penaja)

1979 En. Abd Rahman b. Sulaiman (meletak jawatan dengan PPAS)

En. Md. Rasid b. Jaafar (memangku jawatan Pengerusi)

1980 En. Mohd Suhaimi b. Yaakub

Penubuhan Rasmi

1984-1985 En. Mohd Suhaimi b. Yaakub

1984-1985 En. Mohd Suhaimi b. Yaakub

1985-1986 En. Saerani b. Mohd Said

1986-1987 En. Saerani b. Mohd Said

1987-1988 En. Jasni b. Ibrahim

1988-1989 En. Saerani b. Mohd Said

1989-1990 En. Saerani b. Mohd Said

1990-1991 En. Saerani b. Mohd Said

1991-1992 En. Saerani b. Mohd Said

1992-1993 En. Saerani b. Mohd Said

1993-1994 En. Jamali b. Salamon

1994-1995 En. Jamali b. Salamon

1995-1996 En. Jamali b. Salamon

1996-1997 En. Jamali b. Salamon

1997-1998 En. Mustamam b. Md. Jonan

1998-1999 En. Zainuddin bin Tasiman

1999-2000 En. Zainuddin bin Tasiman

2000-2001 En. Zainuddin bin Tasiman

2 tahun

2001-2003 En. Zainuddin bin Tasiman

2003-2005 En. Sarwani b. Abd Jalal

2005-2007 En. Sarwani b. Abd Jalal

2007-2009 En. Sarwani b. Abd Jalal (sehingga 30 April 2008)

En. Norazhan b. Sahlan (memangku jawatan Pengerusi)

2009-2011 En. Norazhan b. Sahlan

2011-2013 En. Norazhan b. Sahlan

2013-2015 En. Norazhan b. Sahlan

Page 6: Laporan Biro 2013

AHLI JAWATANKUASA KESUKA

SESI 2013-2015

NO. NAMA JAWATAN JAWATANKUASA KECIL

1. En. Norazhan Sahlan Pengerusi Biro Kebajikan

2. Encik Norkhairul Nizam bin M

Sadon

Timbalan

Pengerusi

Biro Sukan,

Kebudayaan &

Rekreasi

3. Puan Nazaleeza bt. Hassan Setiausaha Biro Agama dan

Dakwah

4. Puan Siti Saliha bt Mohd Said Penolong

Setiausaha

Biro Kebajikan

5. Puan Norhayati bt Hassan Bendahari Biro Ekonomi

6. Encik Zahir bin Yahaya

Ahli

Jawatankuasa

Biro Kebajikan

7. Encik Arif bin Ariffin

Biro Agama dan

Dakwah

8. Encik Mohd Syarizal bin Mohd

Annoer

Biro Sukan,

Kebudayaan &

Rekreasi

9. Encik Abdul Yazid bin Sagiran Biro Ekonomi

10. Cik Siti Mohairah bt Yahaya

Biro Publisiti

11. Puan Hikmah bt Hassan Biro Ekonomi

12. Puan Nor Chempawan bt Mat

Abu

Biro Kebajikan

13. Puan Juhana bt. Rajuli

Pemeriksa

Kira-kira

-

14. Encik Azlan bin Amron

Page 7: Laporan Biro 2013

DIARI KESUKA SESI 2013-2015

Matlamat Penubuhan

Penubuhan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PPAS (KESUKA) adalah

bertujuan merencana dan melaksanakan segala aktiviti riadah, sukan dan

rekreasi dan pelbagai program lain yang dapat memberikan manfaat kepada

ahli-ahlinya.

Mesyuarat dan Sesi perbincangan Jawatankuasa

Beberapa siri mesyuarat dan sesi perbincangan semua ahli jawatankuasa induk

kelab diadakan untuk membuat perancangan teratur dan melaksanakan

program yang telah dirancang, serta mengkaji dan merealisasikan usul –usul

ahli kelab yang dikemukakan semasa meyuarat agung yang lalu dan dari mas

ke semasa.

Memandangkan kesibukan ahli-ahli jawatankuasa dalam beberapa projek

terutama persiapan SPASM dan tugas hakiki, perbincangan ad-hoc seringkali

diadakan secara ringkas dari masa ke semasa. Mesyuarat lebih banyak

diadakan di peringkat biro masing-masing.

Sepanjang tahun 2013, beberapa siri mesyuarat di peringkat induk tealh

dijalankan secara rasmi:

Bil. Mesyuarat Tarikh

1. Mesyuarat Jawatankuasa Induk KESUKA Bil 1/2013 12 Jun 2013

2. Mesyuarat Jawatankuasa Induk KESUKA Bil 2/2013 2 Julai 2013

3. Mesyuarat Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia 8 Julai 2013

4. Mesyuarat Jawatankuasa Induk KESUKA Bil 3/2013 2 Ogos 2013

5. Mesyuarat Jawatankuasa Induk KESUKA Bil 4/2013 29 November 2013

Page 8: Laporan Biro 2013

AKTIVITI BIRO SEPANJANG TAHUN 2013

SEPINTAS LALU

Bil. Tarikh Mesyuarat

1. 13 Mei 2013 Mesyuarat Agung KESUKA kali ke-31

2. 26 Ogos 2013 Taklimat dan Pengundian Bagi Spasm

3. Julai –

September 2013

Latihan intensif semua acara sukan oleh Biro

Sukan

4. 3 September

2014

Laman web (www.ppas.gov.my/spasm20) telah

dibangunkan

5. 5 September

2013

Mesyuarat bersama Jabatan Luar (Sempena

SPASM)

6. 20-23 September

2013

Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia

(SPASM)

7. 6 Disember 2013 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil

8. Bulan Disember Sumbangan kepada beberapa orang mangsa

banjir di negeri Pahang

Page 9: Laporan Biro 2013

PENCAPAIAN PPAS SEPANJANG SPASM

SEPINTAS LALU

Maklumat penganjuran dan pencapaian PPAS adalah sebagaimana berikut:

Tahun

Acara

Tuan rumah

Rekod

Pencapaian

PPAS

1984 Pesta Sukan Pertama Kedah Keempat

1985 Pesta Sukan ke-2 Perlis Johan

1986 Pesta Sukan ke-3 Kedah Naib Johan

1987 Pesta Sukan ke-4 Pulau Pinang Ketiga

1988 Pesta Sukaneka ke-5 Selangor Johan

1989 Pesta Sukaneka ke-6 Melaka Johan

1990 Pesta Sukan ke-7 Negeri Sembilan Naib Johan

1991 Pesta Sukan ke-8 Johor Ketiga

1992 Pesta Sukan ke-9 Terengganu Keempat

1996 Pesta Sukan ke-10 Langkawi Naib Johan

1997 Sukaneka ke-11 Pulau Pinang Ketiga

1998 Pesta Sukan ke-12 Melaka Ketiga

2000 Pesta Sukan ke-13 Negeri Sembilan Naib Johan

2001 Pesta Sukan ke-14 Pahang Naib Johan

2003 Pesta Sukan Se Malaysia Ke 15 Sarawak Johan

2005 Pesta Sukan Se Malaysia Ke 16 Perak Naib Johan

2006 Pesta Sukan Se Malaysia Ke 17 Sabah Ketiga

2008 Pesta Sukan Se Malaysia Ke 18 Terengganu Keempat

2010 Pesta Sukan Se Malaysia Ke 19 Johor Ketiga

2013 Pesta Sukan Se Malaysia Ke 20 Selangor Keenam

Page 10: Laporan Biro 2013

LAPORAN BIRO SUKAN, KEBUDAYAAN & REKREASI TAHUN 2013

1.0 JAWATAKUASA BIRO SUKAN SESI 2013

Ketua Biro : Norkhairul Nizam Bin M. Sadon

Timb. Biro : Mohd Syarizal Mohd Annoer

S/Usaha Biro : Fara Fariha Baharuddin

Pen. S/Usaha : Azfendi Sanusi

Bendahari : Mohd Faizal Ahmad Kasim

Pen. Bendahari : Mohd Hisham Jani

J/Kuasa Aset : Nik Azmani Tuan Hussin

Azfendi Sanusi

J/Kuasa Logistik : Abdul Hakim Jaafar

Harith Fadillah Tamyas

Pengurus Sukan SPASM :

Musyadi Fasri Mohd Mokhtar / Mohd Hisham Jani (Futsal)

Busran Masan / Harith Fadillah Tamyas (Ping Pong)

Mohamed Fadzli Mohd Fauzi / Mohd Syarizal Mohd Annoer (Bola Tampar)

Mohd Rassafie Mohd Ramli / Annuar Aksah (Bowling)

Mohd Faizal Ahmad Kasim / Abdul Fatah Shadan @ Shahadan

(Badminton)

Nor Chempawan Mat Abu (Bola Jaring)

Page 11: Laporan Biro 2013

2.0 LAPORAN SUKAN PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA (SPASM) KALI KE-20

TAHUN 2013

Biro Sukan KESUKA telah melaksanakan program ini dengan lancar di

mana Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah menjadi tuan

rumah.

Tarikh Program : 20 – 23 September 2013

Majlis Perasmian : Dataran Kemerdekaan, Shah Alam

Seramai 57 kontijen PPAS yang terdiri daripada atlet telah menyertai

perbarisan pada malam perasmian sukan. Pihak Biro Sukan juga

bertindak dalam menguruskan perjalanan majlis perbarisan bagi semua

kontijen dari perpustakaan-perpustakaan awam Se-Malaysia pada hari

berkenaan.

3.0 PENGURUSAN ACARA SUKAN

Jawatankuasa Biro Sukan juga telah di pertanggungjawabkan dalam

melaksanakan perjalanan sukan semasa SPASM 2013. Bermula dari Hari

Pengundian Acara sehingga acara berlangsung sepanjang 3 hari

berkenaan. Dilampirkan jadual acara yang dilaksanakan oleh

Jawatankuasa Biro Sukan:

BIL ACARA KATEGORI LOKASI

1. Bola Tampar Lelaki dan

Wanita

Dewan Bola Tampar MBSA,

Seksyen 19,

Shah Alam

2. Bola Jaring Wanita Dewan Sekolah Sukan,

Seksyen 11, Shah Alam

3. Ping pong Berpasukan Dewan MBSA, Seksyen 13,

Shah Alam

4. Bowling Berpasukan Ole-ole Bowling Monterez Golf

& Country Club, Bukit

Jelutong

5. Badminton Lelaki, Wanita

Berpasukan

Super Courts, Taman

Perindustrian Subang Jaya

6. Futsal Lelaki dan

Wanita

Sports Planet, Seksyen 16,

Shah Alam

7. Bowling VIP Terbuka Ole-ole Bowling Monterez Golf

& Country Club,

Bukit Jelutong

Page 12: Laporan Biro 2013

4.0 KEPUTUSAN PENYERTAAN ATLET-ATLET KESUKA PPAS DALAM SPASM 2013

Berikut adalah keputusan dari acara sukan yang disertai oleh kontijen-

kontijen PPAS di SPASM 2013:

BIL ACARA KATEGORI KEPUTUSAN

1. Bola Tampar

Lelaki Separuh Akhir / Tempat 3/4

2. Wanita Naib Johan

3. Bola Jaring Wanita Separuh Akhir / Tempat 3/4

4. Ping Pong Berpasukan Separuh Akhir / Tempat 3/4

5.

Bowling

Lelaki Individu Peringkat Kumpulan

6. Wanita Individu Peringkat Kumpulan

7. Lelaki Berpasukan Tempat Ketiga

8. Wanita Berpasukan Tempat Kelima

9. Futsal

Lelaki Peringkat Kumpulan

10. Wanita Suku Akhir

11. Badminton Berpasukan Separuh Akhir / Tempat 3/4

Keputusan Ranking Keseluruhan Kontijen Selangor:

KONTINJEN PINGAT

EMAS

PINGAT

PERAK

PINGAT

GANGSA

JUMLAH

MATA

KEDUDUKAN

SABAH 3 1 3 21 1

TERENGGANU 2 3 1 20 2

PERAK 2 1 1 14 3

PULAU

PINANG

1 2 3 14 4

SARAWAK 1 0 3 8 5

SELANGOR 0 1 5 8 6

JOHOR 1 0 2 7 7

KUALA

LUMPUR

1 0 1 6 8

NEGERI

SEMBILAN

0 1 2 5 9

KEDAH 0 1 1 4 10

KELANTAN 0 1 0 3 11

PAHANG

DAN MELAKA

0 0 0 0 12

5.0 KESIMPULAN

Kontijen PPAS telah mempamerkan usaha yang bersungguh-sungguh

dan berusaha dengan gigih bagi menyaingi atlet-atlet dari negeri lain.

Page 13: Laporan Biro 2013

PERANCANGAN BIRO SUKAN KESUKA PPAS TAHUN 2014

1.0 PENDAHULUAN

Biro Sukan KESUKA PPAS telah merancang beberapa aktiviti dan program

yang sesuai kepada ahli bagi tahun 2014. Begitu juga dengan

perancangan bagi Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) Kali ke-

21 yang akan diadakan pada tahun 2015.

Antara perancangan yang akan diadakan adalah seperti berikut:

BIL ACARA CADANGAN PERANCANGAN TARIKH

CADANGAN

1. Badminton 1. Perlawanan Persahabatan bersama

persatuan/agensi/ jabatan lain.

Disember 2013

2. Pertandingan Tertutup Badminton

KESUKA 2014

April 2014

2. Bola Tampar Pertandingan Bola Tampar KESUKAN

Inter Department (Lelaki & Wanita)

Mei 2014

3. Sepak Takraw Pertandingan Sepak Takraw KESUKA

Inter Department

Jun 2014

4. Boling Kejohanan Boling Tertutup Lelaki dan

Wanita KESUKA 2014

Jun 2014

5. Futsal Kejohanan Tertutup FUTSAL KESUKA

2014 (Lelaki dan Wanita)

Nov 2014

6. Memancing Pertandingan Memancing Terbuka

KESUKA (Ahli Kelab dan Ahli Keluarga

PPAS) 2014

Dis 2014

7. Ping Pong Pertandingan Ping Pong Berpasukan

Inter Department 2014 KESUKA

Jan 2015

8. SPASM 2015 Sesi Pemilihan Atlet ke SPASM ke-21

bagi semua acara teras

Jan – Mac

2015

Page 14: Laporan Biro 2013

2.0 SUKAN PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA KALI KE-21 2015

Pihak Jawatankuasa Biro Sukan KESUKA sesi 2013/2015 akan merangka

pelan pemilihan atlet yang lebih berkualiti dan akan mengadakan sesi

perancangan latihan intensif yang lebih baik dan berkesan bagi

mensasarkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sebagai JOHAN

KESELURUHAN bagi menyaingi kegemilangan PPAS yang mana suatu masa

dahulu digeruni oleh kawan dan lawan.

Pada kali ini kriteria pemilihan atlet akan diperkemaskan lagi

memandangkan SPASM kali ke 21 akan diadakan di luar Selangor.

Antaranya cadangan kriteria pemilihan:

1. Atlet adalah atlet yang berkebolehan, versatile yang boleh melibatkan

diri sekurang-kurangnya 2 SUKAN TERAS.

2. Atlet komited dalam setiap acara dan bersungguh-sungguh serta wajib

mempunyai semangat kesukanan, setiakawan dan membantu

pengurusan Jawatankuasa Induk sepanjang SPASM berlangsung.

3. Sentiasa komited dalam setiap sesi pemilihan dan latihan yang akan

diadakan. Pihak Biro akan mengkaji sekiranya atlet yang dipilih benar-

benar layak untuk mewakili jabatan ke SPASM berkenaan.

4. Atlet yang akan dipilih adalah:

i) Atlet yang mempunyai displin yang tinggi, menjaga nama baik

Jabatan serta mempunyai perwatakan membantu Jawatankuasa

Induk di SPASM nanti.

ii) Mempunyai sikap toleransi dan membantu memberikan sokongan

kepada rakan-rakan lain sekiranya tiada acara pada waktu

berkenaan.

iii) Berkebolehan dari semua sudut bukan sahaja dari segi sukan,

malah personaliti, disiplin, kredibiliti dan mobilisasi.

iv) Lain-lain yang dirasakan sesuai dengan persetujuan Jawatankuasa

Induk dan Biro Sukan KESUKA PPAS.

v) Atlet yang berjudi, minum alkohol dan dadah dan mempunyai

rekod jenayah tidak akan dipilih menyertai SPASM kali ke 21.

3.0 KESIMPULAN

Diharapkan agar kita sebagai warga ahli kelab KESUKA PPAS sentiasa

komited dalam menyokong setiap usaha yang direncanakan bagi

meningkatkan kualiti usaha badan KESUKA PPAS

Page 15: Laporan Biro 2013

LAPORAN BIRO PUBLISITI TAHUN 2013

Objektif

Penyebaran maklumat yang efisyen, efektif dan berteknologi.

Peranan

• Menyediakan bahan-bahan promo aktiviti KESUKA kepada ahli-ahli Kelab

seperti poster, banner dan lain-lain penerangan.

• Mengumpul dan menyebarkan maklumat kegiatan KESUKA kepada ahli-

ahli Kelab.

• Mengemaskini maklumat serta aktiviti terkini KESUKA dalam Laman Web

PPAS (http://www.ppas.gov.my/index.php/berita-kesuka).

• Menyelaras Galeri KESUKA.

• Menyalurkan sebarang bentuk info yang berguna dari masa ke semasa.

Ahli Jawatankuasa Publisiti:

Pengerusi: Cik Siti Mohairah bt Yahaya

Naib Pengerusi: Pn Haiziah bt Abu

AJK: Pn Juliana Es bt Mohd Munawir

Pn Farah Nadiah bt Jasmin

En Meor Muhd Fawaz b Meor Latip

En Mohd Yazma Adri b Mohd Yazid

En Muhammad Rasaffie b Ramli

En Mohd Shulhu Thalha b Ahmad

En Amirul Syafiq b Sazali

Page 16: Laporan Biro 2013

AKTIVITI 2013

1. Menghasilkan buku program serta buku maklumat sempena SPASM 20.

2. Laporan serta skor terkini SPASM 20 bagi setiap pertandingan yang

berlangsung sepanjang hari melalui media sosial kelolaan PPAS bagi

memudahkan penyampaian maklumat kepada peserta-peserta

SPASM ke 20:

• Laman web (www.ppas.gov.my/spasm20) telah dibangunkan pada

3 September 2014 dan digunakan secara rasmi pada 17 September

2013. Seramai 11,393 orang telah melayari laman web ini.

• Twitter (@SPASM20) telah dibangunkan pada 18 September 2013.

‘Follower’ bagi ‘twitter’ ini adalah sebanyak 13 orang.

• Facebook (PPAS.My.Second.Home)

3. Penyebaran maklumat dan promosi aktiviti KESUKA melalui web PPAS bagi

tahun 2013 adalah seperti berikut:

4.

Bil Maklumat Yang Dikemaskini Tarikh

Kemaskini

1. Notis Mesyuarat Agung KESUKA Kali ke-31 7/5/2013

2. Akan datang, Pesta Sukan Perpustakaan Awam

Se-Malaysia (SPASM) Kali ke-20

29/8/2013

3. Makluman mengenai laman web khusus Sukan

Perpustakaan Awam Se-Malaysia

17/9/2013

RANCANGAN AKTIVITI 2014

1. Mencipta grafik yang sesuai dengan tagline KESUKA ‘Cergas Prihatin

Harmoni’ untuk diletakkan di t-shirt atau apa-apa bahan serta dijual kepada

ahli/ pengguna perpustakaan.

2. Menjalankan projek pendigitalan koleksi Galeri KESUKA terutama bahan

yang mudah rosak seperti gambar-gambar kejuaraan pasukan PPAS.

Page 17: Laporan Biro 2013

LAPORAN BIRO KEBAJIKAN TAHUN 2013

Biro Kebajikan berperanan untuk menjaga hal ehwal kebajikan ahli kelab

KESUKA yang merangkumi pelbagai peringkat jawatan sama ada dari

kumpulan pengurusan dan professional mahu pun kakitangan sokongan.

Selain daripada menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk kebajikan

jawatankuasa kecil ini juga berperanan memantau dan menyalurkan

sumbangan kewangan kepada ahli-ahli yang layak menerima dari masa ke

semasa. Sepanjang tahun 2013 biro telah cuba menjalankan tugas dengan

penuh tanggungjawab bagi memastikan kebajikan ahli kelab KESUKA

sentiasa dijaga.

1.0 OBJEKTIF

� Memastikan kebajikan para ahli KESUKA terbela dan sentiasa terjaga

� Menyalurkan bantuan yang diperlukan dapat diberikan secepat dan

semampu yang mungkin

� Menjadi saluran rasmi untuk para ahli mengutarakan masalah yang

dihadapi.

2.0 AHLI JAWATANKUASA BIRO KEBAJIKAN

Pengerusi:

En Zahir Yahaya

Setiausaha:

Pn Siti Saliha Mohamed Said

AJK:

Pn Nor Chempawan bt Mat Abu (Shah Alam)

Pn Nurul Aizan Muner (Shah Alam)

En Mohd Hisham bin Mohd Jani (Shah Alam)

Pn Sharifah Norashikin Syed Mohd Pisal (Zon 1)

Pn Zamilah Samingan ( Zon 1)

Pn Saniza binti Abd Rahim ( Zon 2)

Pn Zanariah Husin ( Zon 2)

Page 18: Laporan Biro 2013

3.0 AGIHAN DAN SUMBANGAN

3.1 Jun 2013- Disember 2013

Agihan dan sumbangan kepada ahli berdasarkan peruntukan kewangan

tabungan biro yang telah diluluskan sebanyak RM 3,500.00 pada

tahun 2013 (Jun-Disember)

SUMBANGAN PENERIMA JUMLAH

(RM)

KESELURUHAN

(RM)

PERKAHWINAN Pn Sannyza bt. Abd Rahim

Pn Fazieha Roslan

Pn Nurul Ain Imam

Pn Nor Azizah bt Sabihin

50.00

50.00

50.00

50.00

200.00

HADIAH

KELAHIRAN

Pn Rohani Sanusi

50.00

50.00

BANTUAN

SAKIT

En Arumugam A/L Ramasamy

En Mohd Rifa’I A.Kasim

Pn Norelmin Sapuan

Pn Patirah Hanafi

Pn Azlizawati Anuar

Cik Siti Aminah bt. Idris

En Faizal Kassim

Pn Noryatimah bt. Jamari

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

800.00

SUMBANGAN

KEMATIAN

Pn Mazlin Zahar

Cik Nurul Hidayah Bujang-ibu

En Yazid Sagiron-bapa

Pn Nurul Azkiah Sagiron-bapa

En Izhar Zainol- bapa

En Ismail Mansor-ibu

En Idris Othman-bapa

250.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

850.00

BANTUAN

KHAS

Pn Nora Adnan

(ketumbuhan di payudara)

Pn Norhayati Hassan

(ketumbuhan di payudara)

En Selamat Ali

(anak sakit jantung)

1,000.00

500.00

100.00

1,600.00

JUMLAH AGIHAN 3,500.00

Page 19: Laporan Biro 2013

4.0 AKTIVITI/ PROGRAM

� Mengadakan Mesyuarat Biro Kebajikan KESUKA bil 1/2013 dan melantik

ahlijawatankuasa yang baru serta merancang aktiviti tahunan.

� Mengadakan kutipan Tabung Jariah Kebajikan di RATU dan zon-zon

yang terlibat sekiranya diperlukan.

� Mengadakan Program Kutipan Sumbangan Amal Ramadhan.

Program ini adalah sumbangan ikhlas daripada kakitangan

perpustakaan kepada kakitangan yang memerlukan. Bentuk

sumbangan yang diterima adalah keperluan asas seperti beras,

minyak,susu, gula, tepung dan barang lain.

� Membuat lawatan kebajikan (sakit) ke rumah En Dorairaju yang

diserang strok di Banting.

� Membuat lawatan kebajikan (sakit) ke rumah Pn Nora Adnan yang

mengalami ketumbuhan payudara.

� Mengadakan ziarah kematian ke rumah En Ismail Mansor (mak

meninggal)

� Membantu dan memberi sumbangan kepada beberapa orang

mangsa banjir di negeri Pahang. (Perpustakaan Awam Negeri

Pahang)

5.0 RANCANGAN BIRO KEBAJIKAN

� Biro ini akan meneruskan pengesanan penerima kebajikan (Kelahiran,

perkahwinan, kemasukan wad kakitangan, kematian ibubapa/anak

kandung, bencana alam serta sumbangan khas yang diluluskan)

� Meneruskan kutipan sumbangan kebajikan (untuk yang tiada dalam

peruntukan) melalui 4 tabung yang telah disediakan Shah Alam, Kuala

Langat/ Klang, Sabak Bernam/ Kuala Selangor, Zon 2

� Membuat lawatan-lawatan kebajikan dimana berkesempatan

BIRO INI MENGALU-ALUKAN CADANGAN & SARANAN DARI AHLI-AHLI DEMI

KABAJIKAN BERSAMA. MOHON MAAF SEKIRANYA SUMBANGAN TERCICIR ATAU

TERLEPAS. SILA HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG TUNTUTAN YANG TERTINGGAL.

Page 20: Laporan Biro 2013

LAPORAN BIRO EKONOMI TAHUN 2013

Objektif :

1. Berusaha mencari sumber-sumber yang boleh mendatangkan

kewangan kelab.

2. Menjayakan aktiviti-aktiviti bercirikan ekonomi yang boleh

dimanfaatkan oleh kelab dan ahli-ahlinya.

Ahli Jawatankuasa:

Pengerusi : Pn. Hikmah Hassan

Setiausaha : Pn. Norhayati Hassan

AJK : En. Abd. Yazid Sagiran

: Pn. Rozainees Kamaruddin

: Pn. Norafidah Mohd Wirsat

: En. Jailani Mustaffa

: En. Mustamam Md. Jonan

: En. Nazrin Harun

Aktiviti 2013:

1. Dipertanggungjawabkan oleh pihak PPAS bagi membeli dan

mengedarkan goodies (kerepek) kepada peserta-peserta SPASM.

Keuntungan yang diperolehi adalah sebanyak RM 545.00.

2. Membantu dalam pengurusan atlit dan gelanggan semasa SPASM.

3. Mendapatkan kertas cadangan bagi mewujudkan stesen Rest & Go

dan juga mesin sanitari di bangunan PPAS.

Perancangan 2014

1. Bekerjasama dengan Biro Publisiti dalam mereka grafik cenderahati

PPAS bagi tujuan jualan.

2. Menguruskan pembelian cenderahati untuk ahli-ahli KESUKA

3. Bekerjasama dengan PPAS dalam mewujudkan stesen Rest & Go di

RATU.

Disediakan oleh :

Pengerusi Biro Ekonomi 2013-2015

Page 21: Laporan Biro 2013

LAPORAN BIRO AGAMA DAN DAKWAH TAHUN 2013

AHLI JAWATANKUASA KECIL BIRO AGAMA DAN DAKWAH KESUKA 2013-2015

PENGERUSI : En. Arif bin Arifin

SETIAUSAHA : Pn. Nazaleeza binti Hassan

AJK : En. Ismail bin Mohamed Manshor

: Pn. Norafidah binti Muhd Wirsat

: Pn. Mujiah binti Sayoothi

: En. Bahrum bin Sadikin

: Pn. Jamaliah binti Jamil

: En. Saief Taoufiq bin Sami’aun

: Pn. Isnani binti Awang Mat Yassin

: Pn. Zamilah binti Samingan

( Zon 1 Kuala Selangor & Sabak Bernam )

Biro Agama dan Dakwah KESUKA diberi peranan untuk menyampaikan

wadah dakwah Islam dan Nur Islam terutama kepada ahli-ahli kelab yang

majoritinya beragama Islam.

Selain itu Biro Agama dan Dakwah juga mengajak warga PPAS menghayati

nikmat Islam dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri, meningkatkan

ilmu dan kefahaman agama untuk membetulkan yang biasa dan

membiasakan yang betul.

Biro ini bersama biro-biro lain dalam KESUKA turut berusaha untuk

mengeratkan siraturrahim sesama Islam dan bukan Islam.

Justeru, sepanjang 2013-2014 , Biro Agama dan Dakwah telah menjalankan

beberapa program yang berkaitan dengan peranannya seperti keterangan

di bawah :-

Page 22: Laporan Biro 2013

Bil Tarikh Program Penyertaan

1 6 Disember 2013 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Kakitangan

2 7 Februari 2014 Majlis Ilmu Anjuran Kakitangan

Perpustakaan Daerah Sg. Besar

Kakitangan dan

Pelanggan

3 Julai 2014

(Sepanjang

Ramadhan )

Tadarrus Al-Quran di Bilik

Syarahan LG

Kakitangan Lelaki &

Wanita

4 16 Julai 2014 Ceramah Ramadhan Al-

Mubarak oleh Ust Wan Abdul

Halim bin Wan Abdul Latif

(Pendakwah )

Kakitangan dan

Pelanggan Perp. RATU

di Surau LG

5 21 Julai 2014 Ceramah Ramadhan oleh Ustaz

Mohd Takiyuddin bin Ibrahim

( Pendakwah )

Kakitangan dan

Pelanggan Perp. RATU

di Surau LG

Adalah diharapkan agar program yang dijalankan serba sedikit memenuhi

peranan biro untuk kebaikan dan kemajuan Biro, KESUKA dan seterusnya

PPAS.