laporan biro masjid

Upload: wira-pairan

Post on 10-Jul-2015

215 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

AHLI JAWATANKUASA MASJID AL-FALAH KG SAWAH RING, LEDANG, JOHOR.

PENASIHAT PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI IMAM 1 IMAM 2 IMAM 3 BILAL 1 BILAL 2 NOJA NOJA P. KIRA-KIRA 1 P. KIRA-KIRA 2

: EN. HUSSIN BIN MOHAMED : TN.HJ. WAKIMAN BIN HJ. NOOR : EN. MD FAUZI BIN ABDULLAH : EN. AZAD DIN AL ADNI BIN HJ ZAINAL : HJ. KASSIM BIN HJ. KASTAMAN : EN. DAYAON BIN HJ ABDULLAH : EN. ALI BIN MD HAD : EN. ALI BIN MD HAD : EN. MAT BIN ABD. GHANI : EN. MAT BIN ABD. GHANI : EN. MOHD HASNI BIN DAWAM : HJ. MOHD SALLEH BIN ABDULLAH : HJ. YAMIN BIN OMAR

TIMB. PENGERUSI : EN. ABDUL RAHIM BIN MD. HUSIN PEN. SETIAUSAHA : EN. SAMSUL KAMAR BIN MD YASSIN

BIRO PEMBANGUNAN DAN EKONOMI BIRO PENDIDIKAN DAN DAKWAH BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN BIRO PENGIMARAHAN MASJID BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN BIRO REKREASI DAN RAKAN MUDA BIRO HAL EHWAL WANITA

: EN. WIRA BIN PAIRAN : EN. ZAMRI BIN AHMAD : EN. ABU BAKAR BIN ABD. RAHMAN : HJ. KASSIM BIN HJ. KASTAMAN : EN. TAJULDIN BIN INDAH : EN. FAKHRUR RAZI BIN HJ. ABD. RAHMAN : HJH. CHE WAH BT ABD. RAHMAN

BIRO KEBAJIKAN, SOSIAL & KEBUDAYAAN : EN. RAHMAT ABDUL RAHMAN

LAPORAN BIRO MASJID AL-FALAH SAWAH RING 2010 BIL 1 LAPORAN BIRO Biro Pembangunan& Ekonomi 1.1. Menyediakan dua buah tabung masjid tidak bergerak lekat di tiang seri . Kegunaan bagi ahli jemaah masjid dan orang ramai yang singgah untuk bersembahyang yang ikhlas menderma. Tabung ini akan dibuka dan dikira seminggu sekali dimana perolehannya akan disatukan dengan pungutan daripada tabung yang lain. 1.2. Menyediakan empat buah tabung bergerak yang diedarkan pada setiap hari Jumaat setiap minggu. Tabung ini akan digerakkan dari seorang ke seorang mengikut saf. Perolehan akan dikira apabila selesai Solat Jumaat. Pungutan mingguan dianggarkan sebanyak RM200 hingga RM600 dan kira-kira RM1000 hingga RM2000 sebulan. 1.3. Pengurusan masjid juga menerima sumbangan dari seorang individu sebanyak RM50 setiap bulan dan RM100 hingga RM300 secara berkala oleh individu yang lain. 1.4. Menyediakan tapak sewaan bagi perniagaan Bazaar Ramadan di ruang letak kereta masjid. Pada tahun lalu pungutan sewa tapak sebanyak RM700 dan pada tahun ini RM200 sahaja.. CATATAN

BIL 2

LAPORAN BIRO Biro Pendidikan dan Dakwah 2.1. 2.2. Mengadakan kuliah agama setiap malam Jumaat oleh Mantan Imam Dawam bin Sham.

CATATAN

RM 25.00 bayaran saguhati

Mengadakan kuliah agama dua kali sebulan setiap malam Selasa RM30.00 bayaran saguhati minggu kedua dan keempat oleh Ustaz Hj. Gufran b. Hj. Adnan RM25.00 bayaran saguhati 2.3. Mengadakan kuliah agama dua kali sebulan setiap malam Sabtu minggu kedua dan keempat oleh Ustaz Hj. Kamdi bin Hj. Atmo 2.4. 2.5. 2.6. 2.7. 2.8. 2.9. Mengadakan ceramah sempena Maulidur Rasul oleh Tn. Kadi Daerah Ledang. Mengadakan sambutan Maal Hijrah secara kecil-kecilan di peringkat masjid. Mengadakan sambutan malam Nisfu Syaban. Bacaan yassin dan tahlil diadakan setiap malam Jumaat di masjid. Menghadiri jemputan kenduri dan tahlil di rumah-rumah kawasan setempat sama ada kenduri arwah atau kesyukuran. Mengadakan program membudayakan Al-Quran dan berzanji setiap sekali seminggu yang dipimpin oleh Tn Imam Masjid.

BIL 3

LAPORAN BIRO Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan 3.1. Mengadakan Majlis Akad Nikah di Masjid. i. Majlis akad nikah anak En. Mat Zam bin Hj Yatim ii. Majlis akad nikah anak En. Azaddin bin Hj. Zainal Pengisian modul sakinah telah di jalankan sepanjang majlis akad nikah diadakan. i. Acara serah menyerah anak bagi ibubapa penjaga pengantin. ii. Bacaan selawat iii. Solat sunat Mengadakan bacaan yassin dan tahlil di setiap malam Jumaat selepas solat Maghrib. Jamuan disediakan mengikut giliran. Hanya tiga orang jemaah sahaja ditetapkan untuk membawa jamuan dalam seminggu. Walaubagaimanapun pihak masjid mengalu-alukan bagi jemaah yang ingin bersedekah jamuan pada malam tersebut. Sebagai tarikan jemaah dari luar berhenti untuk menunaikan solat di masjid ini, pengurusan masjid telah menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang luas dan selamat untuk jemaah. Menyediakan set meja dan kerusi batu simenfero bagi kemudahan jemaah beristirehat . Menyediakan kemudahan pakaian solat seperti kain pelikat dan telekong di ruang solat dan berandar bagi kemudahan orang ramai yang ingin mendirikan solat. Majlis sumbangan hari raya kepada fakir miskin dan warga tua yang dirasmikan oleh ADUN Gambir. Al-Quran, kitab dan bahan bacaan disediakan di dalam almari yang tidak berkunci bagi kemudahan orang ramai membaca pada bilabila masa.

CATATAN

3.2.

3.3.

3.4.

3.5. 3.6.

3.7. 6.1.

BIL 4

LAPORAN BIRO Biro Kebersihan dan Keceriaan 4.1. 4.2. Melakukan kerja-kerja pembersihan dan keceriaan di ruang masjid, dalam serta luar persekitaran masjid. Ruang solat masjid dengan keluasan 55 X 75 boleh menampung seramai kira-kira 1000 jemaah dalam satu-satu masa terutamanya solat Jumaat dan solat hari raya. Ruangan solat wanita dengan keluasan 20 X 30 bertabir juga disediakan bagi kemudahan jemaah wanita menunaikan solat. Terdapat sebuah bilik khas bagi kegunaan imam beserta keperluan asas seperti set meja , kitab-kitab, Al-Quran dan sebagainya. Juga disedikan sebuah bilik khas bagi bilal melaungkan azan dan aktiviti yang bersesuaian.. Tempat wuduk disediakan untuk jemaah lelaki dan wanita. Kolah besar di khaskan untuk lelaki dan kolah kecil untuk wanita. Di samping itu pengurusan masjid juga menyediakan tempat wuduk tambahan yang dibina di dinding bangunan masjid bagi kemudahan para jemaah. Tandas dan bilik air yang baru di baik pulih telah dibina menggunakan sumber kewangan hasil daripada kutipan wang masjid bagi memberi kemudahan kepada jemaah masjid. Tandas dan bilik air ini dibina dengan keluasan 30X20 yang meliputi tandas lelaki dan wanita serta stor barangan. Lantainya dipasang dengan mozek sepenuhnya. Bagi menceriakan persekitaran masjid jawatankuasa masjid bekerjasama membina landskap tanaman bunga di sekeliling masjid. Setiap tanaman yang di tanam mempunyai namanya yang tersendiri. Menyediakan peta setempat sebagai petunjuk bagi kemudahan orang ramai. Ia dibina di sudut khas kawasan masjid berhampiran pintu masuk utama masjid. Peta setempat ini memaparkan prasarana yang terdapat di kawasan masjid.

CATATAN

4.3. 4.4. 4.5. 4.6.

4.7.

4.8.

4.9.

4.10. Pembinaan pintu gerbang masjid telah menjadi mercu tanda kepada Masjid Al- Falah 4.11. Balai serbaguna masjid digunakan dalam mengadakan mesyuarat, penyediaan jamuan dan sebagainya.

BIL 5 Biro Hal Ehwal Wanita 5.1. 5.2. 5.3. 5.4. 5.5. 5.6. 5.7.

LAPORAN BIRO

CATATAN

Mengadakan program marhaban dengan berziarah rumah ke rumah sempena sambutan hari raya aidilfitri. Mengadakan program maulidur rasul pada setiap tahun. Program khatam Al-Quran Wanita UMNO Ledang telah diadakan di masjid ini pada bulan Ramadhan yang lalu. Mengadakan bacaan yassin dan tahlil setiap petang Jumaat di balai serbaguna. Membantu menguruskan jenazah setiap kali berlaku kematian. Menjalankan projek sampingan membuat kuih muih Mengadakan gotong royong membuat bubur asyura

BIL 6

LAPORAN BIRO Biro Rekreasi dan Rakan Muda 6.1. 6.2. 6.3. 6.4. Menubuhkan kumpulan seni mempertahankan diri dan sering diundang membuat persembahan di majlis - majlis keramaian. Menubuhkan pasukan kompang dan sedia menerima jemputan bermain di majlis-majlis keramaian. Mengikuti kelas-kelas fardhu ain yang dijalankan di masjid. Mengadakan marhaban rumah ke rumah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri

CATATAN

BIL 7

LAPORAN BIRO Biro Pengimarahan Masjid 7.1.Mengadakan kelas Al-Quran yang dipimpin oleh Tn. Imam Hj. Kasim bin Kastaman. 7.2. Mengadakan kelas belajar berzanji 7.3. Program membudayakan hadis dan Al-Quran. 7.4. Sebagai tarikan jemaah dari luar berhenti untuk menunaikan solat di masjid ini, pengurusan masjid telah menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang luas dan selamat untuk jemaah. 7.5. Menyediakan set meja dan kerusi batu simenfero bagi kemudahan jemaah beristirehat 7.6. Menyediakan kemudahan pakaian solat seperti kain pelikat dan telekong di ruang solat dan berandar bagi kemudahan orang ramai yang ingin mendirikan solat. 7.7. Al-Quran, kitab dan bahan bacaan disediakan di dalam almari yang tidak berkunci bagi kemudahan orang ramai membaca pada bila-bila masa.

CATATAN

BIL 8

LAPORAN BIRO Biro Penerangan dan Penerbitan 8.1. Mengemaskini papan kenyataan masjid dari masa ke semasa 8.2. Merakam gambar peristiwa atau program yang dijalankan di masjid. 8.2. Mengedarkan risalah-risalah yang berkaitan kepada jemaah selepas solat jumaat. 8.3. Menyediakan kelengkapan PA System semasa mengadakan sesuatu program.

CATATAN

BIL 9

LAPORAN BIRO Kemudahan dan keceriaan masjid 9.1 Peta setempat sebagai petunjuk bagi kemudahan orang ramai. Ia dibina di sudut khas kawasan masjid berhampiran pintu masuk utama masjid. Peta setempat ini memaparkan prasarana yang terdapat di kawasan masjid. 9.2 Pembinaan pintu gerbang masjid telah menjadi mercu tanda kepada masjid ini. 9.3 Balai serbaguna masjid digunakan dalam mengadakan mesyuarat, penyediaan jamuan dan sebagainya 9.4 Padang serbaguna 9.4.1. Kemudahan masak memasak 9.4.2. Tapak sembelihan korban dan akikah 9.5 Stor penyimpanan pinggan dan mangkuk. 9.6 Stor penyimpanan canopy dan kerusi meja. 9.7 Papan kenyataan 9.8 Jam penunjuk waktu solat 9.9 Carta organisasi jawatankuasa Masjid Al-Falah 9.10 9.11 9.12 Bilik mesyuarat khas dibalai serbaguna masjid. Bilik imam dan bilal Bilik kuliah

CATATAN

BIL 10

LAPORAN BIRO Bendahari ( Sistem pentadbiran kewangan ) 10.1.Menyediakan penyata penerimaan dan bayaran dalam buku tunai. 10.2. 10.3. 10.4. 10.5. 10.6. Membentangkan penyata kewangan setiap kali mesyuarat AJK diadakan Sumber pendapatan masjid yang diperolehi di simpan di Bank Simpanan Nasional. Bendahari hanya dibenarkan menyimpan RM1000 sahaja wang ditangan bagi kegunaan setiap bulan. Menyimpan dan menyediakan resit serta baucer bagi bagi setiap pembelian dan penerimaan wang. Segala urusan kewangan bendahari akan menurunkan tandatangan serta cop rasmi.

CATATAN

BIL 11 Pentadbiran 11.1. 11.2. 11.3. 11.4. 11.5.

LAPORAN BIRO

CATATAN

Mesyuarat AJK telah dijalankan sepanjang tahun sebanyak enam kali minit mesyuarat dilampirkan. Mesyuarat khas telah dijalankan sebanyak empat kali pada tahun ini. Minit dilampirkan Setiap biro dibekalkan sebuah fail bagi menyimpan segala maklumat seperti minit mesyuarat, siaran, dan lain-lain. Penggunaan cop rasmi telah digunakan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dalam urusan rasmi masjid. Merancang untuk menyediakan kemudahan komputer dan internet dalam masa yang terdekat.

BIL 12 Program Tahunan 12.1. 12.2. 12.3. 12.4. 12.5. 12.6.

LAPORAN BIRO

CATATAN

Jadual program tahunan telah ditampal di papan kenyataan bersama jadual belajar. Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat Kampung Sawah Ring Sambutan Maulidurrasul Majlis qurban sempena Hari Raya Aidil Adha Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Program membudayakan Al-Quran dan Hadis peringkat Mukim Gersik dihadiri oleh ketua-ketua kampung dalam Mukim Gersik dan ahli jemaah Masjid Al-Falah.