laporan big fasa 3 2013

Upload: muhammad-ifran

Post on 03-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Laporan Big Fasa 3 2013

    1/1

    LAPORAN BIG FASA 3 2013

    Pada 9 Mac 2013, kelas Reka Bentuk dan Teknologi 2 Semester 3 PISMPtelah menjalankan program Bina Insan Guru bagi fasa ke-3. Program ini telah

    berlangsung di Taska Batu Putih dalam kawasan kampung Batu putih yang terletak

    dalam daerah Batu Pahat. Untuk semester ini, kami ditugaskan untuk membuat satu

    program khidmat masyarakat di luar kawasan institut kami berlainan dengan

    program semester lepas yang mana telah kami jalankan di dalam kawasan institut.

    Mengikut perancangan kelas kami akan menjalankan gotong-royong untuk

    membersihkan dan juga menceriakan kawasan sekitar taska tersebut.

    Tepat jam 7.00 pagi pada hari tersebut, kami telah berkumpul di garaj bas

    institut untuk persediaan peralatan dan juga taklimat awal mengenai aktiviti yangbakal dijalankan nanti. Setelah semuanya selesai, kami bertolak ke destinasi yang

    ingin dituju. Setelah menempuhi perjalanan kira-kira 45 minit, kami tiba di taska

    tersebut dengan selamat.

    Setelah selesai memunggah semua peralatan yang dibawa, kami berkumpul

    di dalam taska tersebut untuk mendengar sedikit ucapan aluan daripada wakil taska

    sebagai symbol mengucapkan selamat dating kepada kami ke taska tersebut.

    Setelah selesai ucapan tersebut, pihak kelas kami yang telah diwakilkan oleh tutor

    peribadi kelas kami iaitu Puan Norzeha Bt. Othman telah menyampaikan sedikit

    cenderamata kepada pihak taska dan disusuli oleh taklimat pembahagian kawasan

    oleh Siti Zahrah Bt. Mohd Yatim.

    Aktiviti pada pagi tersebut telah kami mulakan dengan membersihkan kolam

    ikan dan tapak penanaman bunga orkid yang terdapat di bahagian tepi taska.

    Semua aktiviti tersebut telah dilakukan oleh pelajar lelaki manakala pelajar

    perempuan telah ditugaskan untuk mengecat mural huruf di tiang utama taska dan

    juga mengecat mural di kawasan kolam. Aktiviti kami pada pagi tersebut turut

    dibantu oleh para ibu bapa kepada murid taska tersebut. Semua pelajar dan ibu

    bapa yang terlibat menunjukkan kerjasama yang baik sepanjang menjalankan aktivititersebut.