laporan bendahari big fasa 6

5
BIG FASA 6 LAWATAN PENANDA ARAS BENDAHARI LAPORAN BENDAHARI (HEW CHOO YEE) LAPORAN KEWANGAN BIG FASA 6/2015 PISMP PJ C Sumber Kewangan bagi BIG Fasa 6 2015 BIL PERKARA JUMLAH (RM) 1 Peruntukan daripada IPG (RM 16 ×17 orang) 272.00 2 Kutipan peserta PISMP PJ C (RM 10 ×17 orang) 170.00 JUMLAH (RM) 442.00 Jumlah Perbelanjaan bagi BIG Fasa 6 2015 BI L PERKARA JUMLAH (RM) 1 Hadiah 61.00 2 Makanan/Minuman 272.00 3 Pengangkutan 31.00 4 Buku program 7.00 5 Dokumentasi 71.00 JUMLAH (RM) 442.00

Upload: joelhew

Post on 14-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Laporan Akhir Bendahari

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Bendahari BIG Fasa 6

BIG FASA 6 LAWATAN PENANDA ARAS BENDAHARI

LAPORAN BENDAHARI (HEW CHOO YEE)

LAPORAN KEWANGAN BIG FASA 6/2015 PISMP PJ C

Sumber Kewangan bagi BIG Fasa 6 2015

BIL PERKARA JUMLAH

(RM)

1 Peruntukan daripada IPG

(RM 16 ×17 orang)

272.00

2 Kutipan peserta PISMP PJ C

(RM 10×17 orang)

170.00

JUMLAH (RM) 442.00

Jumlah Perbelanjaan bagi BIG Fasa 6 2015

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Hadiah 61.00

2 Makanan/Minuman 272.00

3 Pengangkutan 31.00

4 Buku program 7.00

5 Dokumentasi 71.00

JUMLAH (RM) 442.00

Page 2: Laporan Bendahari BIG Fasa 6

BIG FASA 6 LAWATAN PENANDA ARAS BENDAHARI

LAPORAN SEBELUM PROGRAM BINA INSAN GURU

Perkara sumber kewangan dan perbelanjaan program dikemukakan

ketika mesyuarat dijalankan antara Jawatankuasa Induk BIG Fasa 6. Anggaran

perbelanjaan dihasilkan berdasarkan keperluan program dan dilampirkan dalam

kertas kerja.

Selepas itu, setiap ketua biro dimaklumkan tentang anggaran

perbelanjaan biro masing-masing dengan jelas supaya mereka mengetahui bajet

yang diperuntukkan dalam program. Peruntukan daripada pihak IPG sebanyak

RM 272 digunakan sepenuhnya untuk tujuan makanan sepanjang program.

Kutipan wang daripada semua guru pelatih PJ (C) adalah diputuskan sebanyak

RM10 setiap orang. Dengan kutipan RM 10 seorang, maka kami akan mendapat

sejumlah RM170 untuk bayaran aspek-aspek yang lain. Perkara yang ditekankan

iaitu setiap biro harus mengumpul semua resit sebagai bukti semasa menuntut

wang daripada bendahari.

Sehari sebelum BIG, bendahari telah menyelesaikan semua tuntutan

daripada setiap biro. Mereka menuntut wang mengikut resit yang mereka dapat

selepas membeli barang-barangan yang diperlukan untuk BIG.

Page 3: Laporan Bendahari BIG Fasa 6

BIG FASA 6 LAWATAN PENANDA ARAS BENDAHARI

LAPORAN SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU

Akaun ditutup selepas semua biro membuat tuntutan masing-masing.

Kami telah merumuskan bahawa jumlah perbelanjaan dalam program BIG ini

adalah sebanyak RM 442.00. Jumlah wang tersebut telah dibelanjakan dalam

aspek-aspek yang tertentu.

Sebagai contoh, hadiah untuk kumpulan sasaran yang sebanyak

RM61.00 manakala makanan dan minuman untuk guru pelatih dan pensyarah

berjumlah RM 272.00 yang mendapat peruntukkan dari pihak IPG Kampus

Perlis. Tuntuan pengangkutan untuk meninjau lokasi program Alor Setar adalah

sebanyak RM 31.00. Buku Program berjumlah RM 7.00 dan dokumentasi pula

sebanyak RM 71.00.

Bendahari telah diberitahu oleh Pengerusi bahawa setiap ketua biro boleh

menuntut wang dengan membawa bersama resit sebagai bukti pembelian

barang. Komitmen yang tinggi daripada setiap guru pelatih telah memudahkan

segala urusan kami dan dapat menjalankan setiap tugasan dengan jayanya.

Page 4: Laporan Bendahari BIG Fasa 6

BIG FASA 6 LAWATAN PENANDA ARAS BENDAHARI

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sebelum membuat sesuatu anggaran perbelanjaan, bendahari perlu

berbincang dengan setiap ketua biro agar adanya perancangan awal bagi

penggunaan kewangan selari dengan peruntukan yang diberi. Perbincangan dan

komunikasi yang berkesan adalah amat penting untuk mengelakkan perkara

yang tidak diingini untuk berlaku seperti masalah kewangan yang akan

mempengaruhi progres keseluruhan program.

Disediakan Oleh:

_______________

Page 5: Laporan Bendahari BIG Fasa 6

BIG FASA 6 LAWATAN PENANDA ARAS BENDAHARI

(HEW CHOO YEE)

Bendahari,

Program Bina Insan Guru Fasa VI 2015