laporan analisis kajian kes

14
LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES (CERDIK TETAPI DIHERDIK) PENGENALAN ANALISIS KAJIAN KES Kajian kes ini berkisar tentang seorang murid yang bernama Alia Maisara. Dia merupakan seorang anak tunggal kepada seorang nelayan dan telah kematian ibunya. Oleh yang demikian, didapati hubungannya amat rapat dengan ayahnya. Dia amat ceria disamping ayahnya dan suka berceloteh tentang apa sahaja perkara. Namun, sebaliknya keadaan ini amat berbeza apabila dia berada di sekolah. Hubungannya dengan rakan-rakannya juga tidak seperti dia dan ayahnya. Dia menjadi pendiam dan tidak mahu berkawan dengan rakan-rakannya yang lain. Malah dia juga sukar untuk membuka mulut apabila diajukan soalan. Walaupun begitu, dari segi pembelajaran Maisara sudahpun boleh membaca dan menulis dengan baik tetapi perwatakannya agak berbeza dengan kanak-kanak lain. Di dalam kes ini, cikgunya iaitu Cikgu Anis tidak suka akan dirinya kerana pendiam. Oleh yang demikian, pada suatu hari, cikgu Anis telah menampar Maisara kerana tidak mahu menjawab soalan yang diajukan berulang kali. Cikgu Anis juga telah melemparkan kata-kata yang tidak wajar kepada Maisara. “Awak ni menyusahkan saya saja, awak pandai baca, pandai tulis tapi bisu”. Walaupun dia ditampar oleh gurunya itu dia tetap berdiam diri. Kesan daripada tamparan itu, keesokan harinya Maisara datang ke sekolah dengan keadaan pipinya yang lebam dan

Upload: fitri-ibrahim

Post on 25-May-2015

2.080 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan analisis kajian kes

LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES (CERDIK TETAPI DIHERDIK)

PENGENALAN ANALISIS KAJIAN KES

Kajian kes ini berkisar tentang seorang murid yang bernama Alia Maisara. Dia

merupakan seorang anak tunggal kepada seorang nelayan dan telah kematian

ibunya. Oleh yang demikian, didapati hubungannya amat rapat dengan ayahnya. Dia

amat ceria disamping ayahnya dan suka berceloteh tentang apa sahaja perkara.

Namun, sebaliknya keadaan ini amat berbeza apabila dia berada di sekolah.

Hubungannya dengan rakan-rakannya juga tidak seperti dia dan ayahnya. Dia

menjadi pendiam dan tidak mahu berkawan dengan rakan-rakannya yang lain.

Malah dia juga sukar untuk membuka mulut apabila diajukan soalan. Walaupun

begitu, dari segi pembelajaran Maisara sudahpun boleh membaca dan menulis

dengan baik tetapi perwatakannya agak berbeza dengan kanak-kanak lain.

Di dalam kes ini, cikgunya iaitu Cikgu Anis tidak suka akan dirinya kerana

pendiam. Oleh yang demikian, pada suatu hari, cikgu Anis telah menampar Maisara

kerana tidak mahu menjawab soalan yang diajukan berulang kali. Cikgu Anis juga

telah melemparkan kata-kata yang tidak wajar kepada Maisara. “Awak ni

menyusahkan saya saja, awak pandai baca, pandai tulis tapi bisu”. Walaupun dia

ditampar oleh gurunya itu dia tetap berdiam diri.

Kesan daripada tamparan itu, keesokan harinya Maisara datang ke sekolah

dengan keadaan pipinya yang lebam dan bengkak. Oleh yang demikian, Cikgu Anis

telah memeluk Maisara dan meminta maaf atas tindakannya tersebut dan dia amat

risau jika ayah Maisara memarahinya. Namun bagitu, Maisara masih seperti biasa

berdiam diri dan cikgu anis pun terus menyambung kerjanya.

Sebelum tamat kelas pada berkenaan, Cikgu Anis telah membacakan

sebuah cerita berkisar tentang “Si Tanggang” kepada semua muridnya. Dia telah

menamatkan cerita tersebut dengan menatakan, “Si Tanggang anak yang baik, ibu

perlu mendidik anak dengan cara yang betul.” Tanpa disangka Maisara mencelah

dan mengatakan “saya tak suka cikgu cakap tipu. Cikgu salah.” Manakala Cikgu

Anis dengan pantas menjawab, “ Aik ingatkan awak bisu.” Semua murid ketawakan

Maisara.

Page 2: Laporan analisis kajian kes

Sejak daripada peristiwa itu, Maisara sudah tidak lagi mahu ke sekolah.

Namun begitu, Cikgu anis tidak pernah mengambil tahu soal Maisara sehingga

suatu hari salah seorang muridnya memberitahu bahawa Anis telah dimasukkan ke

hospital kerana menghidap penyakit lemah jantung.

Page 3: Laporan analisis kajian kes

ANALISIS KAJIAN KES

i) Sebagai seorang guru wajarkah tindakan yang dipraktikkan oleh Cikgu

Anis?

Berdasarkan situasi ini, sebagai seorang guru sepatutnya tindakan seperti yang

dilakukan oleh Cikgu Anis ini tidak wajar berlaku dan dipraktikkan. Tindakan seperti

ini akan membuatkan emosi murid bertambah terganggu dan seterusnya

menganggu lagi hubungan positif dalam proses interaksi diantara guru dan murid.

Sepatutnya, seseorang guru itu haruslah mengambil berat terhadap setiap

pelajarnya dan perlulah turut lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada

pelajar seperti ini.

Melalui kajian dan pemerhatian, kami dapati Maisara ini tergolong daripada

tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku Maisara lebih kepada murung,

pengunduran diri dan pengasingan diri. Dalam hal ini, kesan daripada tingkah laku

bermasalah seperti ini telah membawa kepada kesan buruk dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran akibat daripada sikap guru itu sendiri yang tidak

mewujudkan interaksi dua hala yang berkesan. Didapati sikap Cikgu Anis yang

kurang prihatin dan berempati terhadap pelajarnya juga menyebabkan keadaan dan

hubungan mereka bertambah buruk . Hal inilah yang menyebabkan perasaan yang

kurang sihat mula timbul dalam kalangan murid dan guru.

Oleh yang demikian, berdasarkan situasi ini guru haruslah mengambil berat

serta peka dan bersikap empati terhadap pelajarnya yang mempunyai tingkah laku

bermasalah seperti ini. Dengan adanya proses interaksi yang berkesan secara tidak

langsung ia dapat membantu dalam menentukan dan melaksanakan strategi dan

teknik yang sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku mereka yang tidak diingini,

demi menjaga iklim bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan lagi

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

ii) Jika murid kita enggan bercakap atau gagal menjawab soalan yang

diajukan, apakah langkah yang tepat perlu diambil?

Selain itu, sebagai seorang guru, jika murid kita enggan bercakap atau gagal

menjawab soalan yang diajukan, kita haruslah mengambil langkah yang tepat dan

tidak seharusnya menyindir serta mengkritik pelajar tersebut seperti yang dilakukan

Page 4: Laporan analisis kajian kes

oleh Cikgu Anis. Oleh yang demikian, langkah yang sepatutnya dilakukan oleh

seorang guru apabila bertanyakan soalan haruslah berkomunikasi dengan suara

yang jelas dan dengan kadar percakapan yang sesuai serta menunjukkan air muka

yang berseri demi merapatkan hubungan.

Guru juga seharusnya menggunakan perkataan-perkataan yang mudah

supaya murid dapat memahaminya dengan baik tanpa keraguan. Seorang guru juga

haruslah mengelakkan penggunaan nada yang membosankan ketika bertutur .

Untuk itu, bertuturlah dengan nada variasi ransangan demi menarik perhatian pelajar

serta perlulah membentuk suasana yang kondusif untuk berkomunikasi. Guru juga

haruslah menggunakan gaya kepimpinan demokratik dengan melayan idea dan

cadangan dengan hati terbuka. Untuk itu secara tidak langsung, masalah murid yang

enggan bercakap dapat dikurangkan dengan adanya sikap guru seperti ini dan murid

lebih berkeyakinan untuk melontarkan idea mereka.

iii) Benarkah seorang murid yang pendiam itu menyusahkan kita sebagai

guru?

Sebagai seorang guru kita juga tidak wajar mengatakan bahawa murid yang

pendiam ini menyusahkan kita seperti apa yang dikatakan oleh Cikgu Anis.

Sewajarnya kita haruslah bersikap empati dan bersabar dengan mereka dan lebih

memberikan tumpuan kepada mereka. Mungkin lama kelamaan melalui interaksi

yang baik secara tidak langsung berjaya membantu murid tersebut lebih

berkeyakinan untuk bercakap. Sebagai seorang guru kita haruslah

bertanggungjawab dalam masalah pelajar seperti Maisara ini dengan bersemuka

bertanyakan masalahnya dan mengambil berat serta mengetahui latar belakangnya.

Dengan itu sedikit sebanyak dapat membantu guru dalam mengendalikan pelajar ini.

iv) Adakah hubungan guru dengan murid hanya wujud dalam situasi formal

sahaja?

Selain daripada itu, hubungan guru dengan murid juga tidak seharusnya

wujud dalam situasi fomal sahaja, malah hubungan guru yang positif haruslah

Page 5: Laporan analisis kajian kes

terdapat pada sesi tidak formal juga. Contohnya hubungan saling hormat-

menghormati diantara guru dan pelajar apabila bertemu akan mengucapkan salam

serta saling bantu membantu. Secara tidak langsung, hubungan di luar kelas ini

wujud. Maknanya disini perasaan kekitaan juga akan timbul di antara para pelajar

dan guru sebagai sebuah keluarga yang mesra. Dengan kewujudan keadaan

seperti ini diluar bilik darjah juga dapat membantu pelajar melibatkan diri dalam

kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuklah usaha menggunakan

bahasa dengan betul dan sesuai.

v) Pernahkah anda terfikir ransangan yang diberikan oleh kita sudah

memadai dengan sekadar menyoal sahaja?

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, kita tidak seharusnya

hanya memadai dengan memberi ransangan sekadar menyoal sahaja, sebaliknya

aktiviti soal jawab yang dijalankan haruslah dapat menggerakkan pelajar-pelajar

untuk berfikir dan memerlukan proses interaksi diantara guru dengan pelajar-

pelajarnya. Proses interaksi ini juga membolehkan guru memotivasikan pelajar-

pelajar supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Interaksi dalam pengajaran dan

pembelajaran ini juga amat penting kerana merupakan proses utama bagi guru

menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar.

vi) Wujudkah hubungan atau ransangan menggunakan pendekatan bercerita

untuk meningkatkan kemahiran lisan murid?

Secara umumnya, hubungan atau ransangan menggunakan pendekatan

bercerita untuk meningkatkan kemahiran lisan murid adalah tidak wujud. Hal ini

demikian kerana interaksi yang wujud hanyalah interaksi sehala iaitu hanya dari guru

kepada pelajarnya sahaja. Ini bermakna kemahiran lisan murid tidak dapat

bercambah melainkan dengan menambah aktiviti lain seperti bersoal-jawab. Malah,

aktiviti pembelajaran ini adalah bercorak pasif dan corak interaksinya lebih menjurus

kepada guru sahaja dan tiada interaksi diantara pelajar dengan pelajar.

Page 6: Laporan analisis kajian kes

vii) Mengapa guru tidak menggunakan kreativiti mereka ketika menyoal soalan

atau menjawab soalan murid?

Guru tidak menggunakan kreativiti mereka ketika menyoal soalan atau

menjawab soalan murid kerana kurangnya pengetahuan ikhtisas dalam diri guru

tersebut. Apabila tiadanya sikap ini, secara tidak langsung pelbagai jenis ilmu

pengetahuan tentang kaedah mengajar tidak dapat dikuasai dengan lebih

mendalam. Oleh yang demikian, seorang guru haruslah melengkapkan diri dengan

pelbagai pengetahuan ikhtisas bagi memperolehi kualiti profesional dalam konteks

pengajaran termasuklah dari segi kreativiti mereka dalam proses menyoal atau

menjawab soalan murid.

Selain itu, kreativiti guru juga tidak dapat diaplikasikan sekiranya kurangnya sifat

ingin tahu.Dalam konteks pendidikan sifat ingin tahu ini banyak membantu dalam

mendorong seseorang guru itu seupaya sentiasa berusaha menambahkan

pengetahuannya. Kebanyakan guru di sekolah hanya menggunakan cara dan teknik

yang sama dan kurang membuat perubahan dalam mengendalikan sesi

pengajarannya. Seharusnya, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seseorang

guru itu hendaklah bersifat kreatif dan sering menyesuaikan diri dalam pelbagai

situasi yang sering berubah-ubah baik daripada kurikulum mahupun kaedah

mengajar bagi mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Oleh yang demikian, untuk mencapai kualiti pengajaran yang kreatif haruslah

mempunyai daya usaha supaya dapat mengelakkan rutin pengajaran yang

membosankan murid untuk belajar.Guru juga perlulah mempunyai daya ingatan

yang baik bagi menyampaikan pelajaran yang berkesan mengikut rancangan yang

disediakan.Hal ini menunjukkan bahawa ingatan seseorang guru amat penting

supaya setiap isi pelajaran yang ingin disampaikan tidak tercicir dan murid-murid

tidak menerima ajaran yang salah dan mengelirukan.

Page 7: Laporan analisis kajian kes

MODEL PENYELESAIAN KAJIAN KES

Berdasarkan kes yang telah kami kaji iaitu “Cerdik Tetapi Diherdik” ini, didapati

sikap Alia Maisara telah mencabar kuasa Cikgu Anis. Ini dapat dibuktikan melalui

model Akibat Logikal Dreikurs yang menyatakan bahawa banyak masalah disiplin

berpunca daripada perebutan kuasa antara guru dengan murid. Sebagai seorang

guru, Cikgu Anis mempunyai hak untuk mengekalkan disiplin bilik darjah dan tingkah

laku murid. Adakalanya tindakan Cikgu Anis menyebabkan Alia Maisara berasa

tertekan dan dipinggirkan. Oleh itu, dia bertindak mencabar kewibawaan guru seperti

enggan bekerjasama dengan berdiam diri ketika sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

Dalam keadaan sedemikian, Cikgu Anis harus mengelakkan diri daripada

bersemuka dan melepaskan emosi kepada Alia Maisara. Sekiranya dia melepaskan

kemarahan kepada Alia Maisara, keadaan ini akan menambahkan tekanan terhadap

konflik yang dihadapi. Alia Maisara juga mungkin bertindak balas menggunakan

emosi. Sebaiknya Cikgu Anis harus bertenang dan memanggil Alia Maisara untuk

berjumpa dengannya secara individu dan mengenalpasti punca kelakuannya. Cikgu

Anis harus menunjukkan bahawa dia mengambil berat tentang masalah yang

dihadapi oleh Alia Maisara serta berbincang dengannya motif sebenar disebalik

kelakuan tersebut serta tunjukkan sebab dan akibat yang munasabah yang akan

dihadapi oleh Alia Maisara sekiranya terus melakukan tingkah laku tersebut.

Selain itu, dalam kes ini Alia Maisara mempunyai sikap suka menyendiri dan

tidak mahu bergaul dengan rakan sekelasnya. Berdasarkan Model Terapi Realiti

oleh William Glasser, Alia Maisara perlu ada perasaan kasih sayang dan dipunyai

kerana ia adalah sebahagian daripada keperluan asas individu. Di dalam bilik darjah

Alia Maisara perlu mempunyai perasaan yang dia adalah sebahagian daripada

komuniti bilik darjah serta Cikgu Anis juga perlu memberikan perhatian dan

mengambil berta ke atas Alia Maisara. Cikgu Anis boleh memenuhi keperluan ini

dengan mengamalkan pengurusan demokratik dalam bilik darjah serta mengambil

kira pandangan dan pendapat murid.Cikgu Anis juga perlu menunjukkan sikap

prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan Alia Maisara. Dengan cara ini, Alia

Maisara akan berasa disayangi dan dipunyai di dalam persekitaran bilik darjahnya.

Page 8: Laporan analisis kajian kes

Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agreasif,

guru yang tidak asertif dan guru yang dalam Asertif. Dalam kes ini Cikgu Anis

merupakan guru yang berada dalam kategori guru yang tidak asertif. Cikgu Anis

menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid. Cikgu Anis juga gagal

membantu Alia Maisara untuk membuat jangkaan tingkah laku yang didingini dan

tidak konsisten dalam menangani tingkah laku Alia Maisara. Kadangkala Cikgu Anis

membenarkan suatu tingkah laku ditunjukkannya di dalam bilik darjah tetapi pada

masa yang lain dia memarahi murid yang melakukan tingkah laku tersebut. Cikgu

Anis telah menggunakan frasa-frasa menyindir iaitu “Aik..ingatkan awak bisu.” Cikgu

Anis kelihatan tidak konsisten sampai ketikanya Alia Maisara tidak akan lagi

menghormatinya. Kadangkala Cikgu Anis akan menjadi putus asa dan tiba-tiba

menjadi terlampau garang dengan Alia Maisara. Tindakan Cikgu Anis yang tidak

konsisten ini akan menyebabkan Alia Maisara keliru dengan jangkaan dan tindakan

Cikgu Anis.

Oleh yang demikian, dalam situasi tersebut, Cikgu Anis sepatutnya

mengamalkan sikap guru yang asertif. Lee and Marlene Canter dalam Model Disiplin

Asertif Canter menjelaskan bahawa guru asertif tahu apa-apa yang didinginii

daripada murid-muridnya. Guru menyatakan dengan jelas tingkah laku murid yang

diingini. Mereka membantu murid-murid memahami bentuk-bentuk tingkah laku yang

membawa kejayaan dan kegagalan. Cikgu Anis perlu membina hubungan saling

mempercayai murid-murid. Cikgu Anis hendaklah membimbing murid-murid cara

untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini dan mereka membentuk satu sistem

pengurusan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama dengan murid-murid.

Canter berpendapat pendekatan yang terbaik adalah dengan menggunakan

pendekatan asertif. Penjelasan Cikgu Anis hendaklah diterangkan secara

perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.Jika Cikgu

Anis bersifat asertif dia tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau

tegas. Dengan ini Cikgu Anis dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu

dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku

adil terhadap semua murid.

Page 9: Laporan analisis kajian kes

EVIDEN ATAU MAKLUMAT YANG DAPAT MENYOKONG ANALISIS MASALAH

KES

Berdasarkan kajian kes yang dikaji, kami berpendapat bahawa Alia Maisara

perlu mempunyai kebolehan untuk bermesra dengan rakan yang lain.

Memandangkan umur Alia Maisara baru mencecah 6 tahun, guru haruslah

memainkan peranan penting untuk meningkatkan tahap keupayaanya

berkomunikasi dengan rakan-rakanya yang lain. Myint (2005) menyatakan bahawa

guru perlu mengurangkan emosi-emosi negatif dalam kalangan murid seperti marah,

sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan sentiasa menggalakkan emosi-emosi positif

seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat.

Alia Maisara juga mempunyai masalah personaliti. Kanak-kanak yang normal

sepatutnya mempunyai personaliti yang seimbang dari segi introvert dan ekstrovert

tetapi berbeza bagi Alia Maisara yang hanya mempunyai personaliti introvert sahaja.

Menurut Carl Jung (1951), ciri-ciri yang terdapat pada personaliti ekstrovert ialah

suka bergaul, bersikap terbuka dan peramah manakala ciri-ciri personaliti introvert

pula ialah personaliti yang pemalu, tidak banyak bercakap, bersendirian dan suka

memikirkan hal-hal peribadi sendiri secara subjektif. Kedua-dua sikap ini wujud

dalam semua individu

Sebagai seorang guru, cikgu Anis seharusnya bersifat positif dalam

berinteraksi dengan muridnya. Hai ini penting untuk menjalinkan hubungan yang

mesra demi membina iklim bilik darjah yang kondusif dalam pengajaran dan

pembelajaran. Dengan adanya hubungan yang positif diantara guru dan murid,

berkemungkinan Alia Maisara tidak akan berasa tersisih dan menyendiri ketika

didalam kelas. Dalam hal ini, Cikgu Anis haruslah bijak dalam memberi perhatian

yang lebih kepada murid yang pendiam seperti Alia Maisara. Justeru, guru tidak

perlu menjadi garang cukup sekadar menjadi tegas agar murid menghormati guru

dan mudah untuk berkomunikasi dengan guru seperti mengikut didalam Falsafah

Pendidikan Guru sebagai pemudah cara. Maka membina hubungan positif guru-

murid merupakan prasyarat untuk mewujudkan iklim penyayang dan menentukan

kelancaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Komunikasi

yang berkesan antara guru dengan murid akan meningkatkan iklim pembelajaran

kepada yang lebih baik. Menurut Jones (1995), pencapaian akademik dan tingkah

laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru dengan murid.

Page 10: Laporan analisis kajian kes

Pada pendapat kami juga, sebagai seorang guru Cikgu Anis sepatutnya bijak

dalam mengawal emosi dan tidak seharusnya bertindak melulu dengan menampar

Alia Maisara apabila dia tidak menjawab soalan yang telah diajukan. Sepatutnya

Cikgu Anis haruslah mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam

bersoal jawab dengan muridnya. Dia tidak seharusnya hanya memadai dengan

memberi ransangan sekadar menyoal sahaja, sebaliknya aktiviti soal jawab yang

dijalankan olehnya haruslah dapat menggerakkan pelajar-pelajar untuk berfikir dan

memerlukan proses interaksi diantara guru dengan pelajar-pelajarnya. Cikgu Anis

juga seharusnya memotivasikan Alia Maisara supaya menimbulkan minat dan

perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.