laporan amali 5 a

11
JIB 312 GENETIK AMALI 5(A) TAJUK : MEIOSIS DALAM RHOEO DISCOLOR OBJEKTIF : 1. Untuk mengecam translokasi pada kromosom. 2. Mengetahui keadaan koromosom translokasi semasa peringkat-peringkat meiosis. PENGENALAN Translokasi merupakan aberasi kromosom yang melibatkan sekurang-kurangnya dua kromosom yang bukan homolog. Terdapat tiga jenis translokasi iaitu translokasi mudah, peralihan dan translokasi resiprokal. Traslokasi resiprokal adalah translokasi yang kerap dijumpai. Translokasi boleh dikesan semasa meiosis kerana ia akan membentuk konfigurasi ’cross’ semasa sinapsis. Terdapat dua cara kromosom-kromosom boleh bergerak ke kutub-kutub yang bertentangan semasa anafasa 1 iaitu :-

Upload: zahari-zabri

Post on 18-Dec-2014

98 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

biology

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan amali 5 a

JIB 312

GENETIK

AMALI 5(A)

TAJUK : MEIOSIS DALAM RHOEO DISCOLOR

OBJEKTIF :

1. Untuk mengecam translokasi pada kromosom.

2. Mengetahui keadaan koromosom translokasi semasa peringkat-peringkat meiosis.

PENGENALAN

Translokasi merupakan aberasi kromosom yang melibatkan sekurang-kurangnya dua

kromosom yang bukan homolog. Terdapat tiga jenis translokasi iaitu translokasi mudah,

peralihan dan translokasi resiprokal. Traslokasi resiprokal adalah translokasi yang kerap

dijumpai. Translokasi boleh dikesan semasa meiosis kerana ia akan membentuk

konfigurasi ’cross’ semasa sinapsis. Terdapat dua cara kromosom-kromosom boleh

bergerak ke kutub-kutub yang bertentangan semasa anafasa 1 iaitu :-

(a) Taburan berselang

Kedua-dua kromosom yang normal pergi ke satu kutub dan kedua-dua kromosom

yang bertranslokasi kepada kutub yang bertentangan.

(b) Taburan ”adjacent”

Satu kromosom yang normal dan satu kromosom bertranslokasi beralih ke satu

kutub dan pasangan yang satu lagi ke kutub yang bertentangan.

Kadangkala lebih daripada dua kromosom bukan homolog mengambil bahagian dalam

translokasi salingtukar di antara dua kromosom yang berlainan menghasilkan bentuk

’cross-shaped’.

Page 2: Laporan amali 5 a

KAEDAH

1. Sepal daripada perbungaan dibuang. Tunas yang tertua terletak di tengah diambil.

2. Tunas berbagai saiz diuji dengan sistematik untuk menentukan peringkat meiosis

yang betul. Satu cepu debunga daripada suatu tunas dipicit dalam aseto-orsein di

bawah sisip slaid. Kemudian panaskan. Selepas itu cepu debunga diperiksa di

bawah mikroskop.

3. Hasil pemerhatian dilukis.

Page 3: Laporan amali 5 a

KEPUTUSAN

Hasil daripada pemerhatian di bawah mikroskop peringkat meiosis Profasa,

Metafasa,Anafasa dan Telofasa adalah seperti berikut :-

Page 4: Laporan amali 5 a

PERBINCANGAN

Pada peringkat anafasa setiap ahli kromosom homolog pada tetrad berpisah dan bergerak

ke kutub bertentangan. Kemudian tetrad ini berpecah dan ia dikenali sebagai diad. Setiap

diad akan terdiri daripada campuran kromosom paternal dan maternal apabila

perpindahan bahagian kromatid telah berlaku semasa kromosom bersinapsis. Proses

meiosis dalam Rheo discolor melibatkan beberapa peringkat dan ia melibatkan

pergerakan kromosom ke suatu kutub tertentu. Dalam analisa yang dijalankan mendapati

kromosom yang terdapat pada biji benih yang di perhatikan telah berada pada peringkat

anafasa iaitu kromosom berada pada suatu kutub yang bertentangan dengan pasangannya.

Dalam pemerhatian juga mendapati pada bijirin yang sama terdapat beberapa peringkat

meiosis yang dikesan. Ini menunjukkan pada suatu masa terdapat banyak aktiviti meiosis

yang berlaku.Pada peringkat telofasa pula, diad akan tiba di kutub-kutub bertentangan.

Nukleolus dan membran nukleus menjelma semula dan sitokinesis menghasilkan dua sel

anak.

KESIMPULAN

Peringkat anafasa merupakan proses meiosis peringkat awal manakala peringkat telofasa

adalah proses meiosis peringkat akhir pembentukan sel baru. Peringkat meiosis iaitu

peringkat anafasa dan telofasa yang berlaku ke atas cepu debunga Rhoeo discolor dapat

dilihat di bawah mikroskop 40x. Pewarnaan aseto-orsein membantu menjelaskan lagi

untuk pencaman peringkat-peringkat tersebut.

Page 5: Laporan amali 5 a

SOALAN

1. Lukis secara terperinci gambarajah konfigurasi kromosom semasa diakinesis.

♀ 1-2 3-4 5-6 7-8 9-10 11-12

♂ 2-3 4-5 6-7 8-9 10-11 12-1

2. Catatkan ketaknalaran (irregularities) dalam orientasi kromosom semasa meiosis

1 dan anafasa 1.

Page 6: Laporan amali 5 a

Ketaknalaran ( irregularities ) dalam orientasi kromosom

semasa meiosis 1 dan anafasa 1

Dalam peringkat metafasa,

pembahagian kromosom bukan

disjunksi telah berlaku

Dalam peringkat anafasa 1,

pembahagian kromosom bukan

disjunksi berlaku

3. Dengan menulis kariotipus sebagai : buat lukisan garis (line drawings) untuk

menggambarkan :-

a) Sekutuan pakiten empat-tetali

b) Diploten dan diakinesis

Page 7: Laporan amali 5 a

Diploten Diakinesis

- kromosom homolog mula

berpisah tetapi masih

tersambung pada kiasma,

- kromosom terus

- kromosom homolog

memisah

c) Konfigurasi metafasa dan anafasa

Page 8: Laporan amali 5 a

Metafasa:

Kromosom satu set bersama berada di khatulistiwa

Anafasa:

♂ 1-2 3-4 5-6 7-8 9-10 11-12

♀ 1-3 4-5 6-7 8-9 10-11 12-2