laporan aktiviti an projek sains

3

Click here to load reader

Upload: sue-wan-abdul-kadir

Post on 27-Jun-2015

262 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Aktiviti an Projek Sains

LAPORAN AKTIVITIPERTANDINGAN PROJEK PENYELIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 2009

Nama Program Pertandingan Projek Penyelidikan Sains dan Matematik“FINGERIFIC MATHS”

Objektif 1. Untuk menjalankan eksperimen yang melibatkan kemahiran sainstifik dan kemahiran manipulative.

2. Untuk menyediakan peluang kepada pelajar mereka dan mencipta eksperimen mereka sendiri.

3. Untuk menyampaikan hasil laporan eksperimen yang telah dijalankan kepada guru-guru dan pelajar lain.

4. Untuk menggalakkan kemahiran menyelesaikan masalah, pengurusan masa dan berdikari.

5. Untuk menggalakkan persekitaran pertandingan sains yang sihat diantara pelajar.

Tarikh 16 Julai 2009

Tempat: Sekolah Menengah Teknik Tawau

Kumpulan Sasaran Pelajar – Pelajar Tingkatan 5Pelajar Terlibat:

1. Choo Yik Wei (5B)2. Chung Yee Vun Elaine (5B)3. Lee Jia Ming (5B)

Guru Terlibat Pn. Wan Suhartini Wan Abdul Kadir

Proses Kerja 1. Guru membawa pelajar ke SM Teknik Tawau sehari sebelum pertandingan untuk menyediakan dan menyusun‘booth’ dan menyusun peralatan elektronik seperti LCD skrin, dan sedikit perhiasan meja.

2. Semasa hari pertandingan, pasukan hakim telah melawat booth dan mendengar penjelasan tentang projek yang dijalankan oleh pasukan sekolah St. Patrik iaitu ‘Fingerific Maths serta melihat tayangan video berkaitan dengan projek yang dijalankan.

Kekuatan 1. Pasukan Sekolah ini telah berjaya merangkul Juara Pertandingan Matematik dan membawa pulang piala iringan dan wang tunai sebanyak RM 150.

2. Pasukan sekolah banyak mendapat pujian daripada orang

Page 2: Laporan Aktiviti an Projek Sains

ramai yang melawat booth sekolah kerana kelainan dan keistimewaan projek Matematik yang telah dipertandingkan.

3. Kelancaran Bahasa Inggeris, kebolehan dan keyakinan pelajar menjawab soalan para hakim menjadi kelebihan untuk sekolah untuk memenangi pertandingan ini.

4. Kerjasama yang erat antara ahli pasukan sebelum dan semasa pertandingan .

Kelemahan 1. Peserta pertandingan tidak disediakan makan dan minum sepanjang pertandingan.

Refleksi Pertandingan Projek Sains Dan Matematik ini telah berjalan dengan jayanya. 98% daripada objektif projek telah tercapai. Tahniah kepada semua peserta pertandingan kerana telah berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi dalam projek yang dijalankan .

Disediakan oleh:

………………………………………………..(Wan Suhartini Wan Abdul Kadir)Guru Pengiring/Penasihat Projek