lab report pengawetan padi.docx

5
Tajuk : Pengawetan Kering Tumbuhan Pengenalan : Herbarium merupakan suatu spesimen daripada bahan tumbuhan yang telah dimatikan dan diawetkan melalui kaedah tertentu dan dilengkapi dengan data-data mengenai tumbuhan tersebut. Membuat herbarium, iaitu pengumpulan tanaman kering untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam mengajar tajuk mengenai tumbuhan. Herbarium merupakan bahan rujukan tiga dimensi dan herbarium bukan hanya untuk mendefinisikan suatu tumbuhan, namun segala bahagian daripada tumbuhan tersebut. Herbarium merupakan tempat penyimpanan contoh koleksi spesimen tanaman atau tumbuhan, iaitu herbarium kering dan herbarium basah. Herbarium yang baik selalu disertai maklumat mengenai tumbuhan tersebut dan nama pengumpul. Serta dilengkapi keterangan lokasi asal material dan keterangan tumbuhan tersebut untuk kepentingan penelitian dan identifikasi. Kegunaan herbarium secara umum antara lain ialah sebagai pusat rujukan. Herbarium ini merupakan sumber utama untuk identifikasi tumbuhan bagi para ahli taksonomi, ekologi, pecinta alam, dan para petugas yang bergerak dalam pemuliharaan alam. Herbarium juga bertugas sebagai bahan dokumentasi. Tumbuhan herbarium merupakan koleksi yang mempunyai nilai sejarah, seperti jenis dari kumpulan baru, contoh penemuan baru, tumbuhan yang mempunyai nilai ekonomi dan lain lain. Selain itu, herbarium bertindak sebagai pusat penyimpanan data. Ahli kimia memanfaatkannya untuk mempelajari alkaloid, ahli farmasi menggunakan untuk mencari bahan ramuan untuk ubat kanser, dan sebagainya (Onrizal, 2005). Pengawetan spesimen tumbuhan dengan cara kering kebanyakannya tumbuhan berkayu yang boleh di awetkan terutama daun dan bunganya

Upload: nurul-farah

Post on 27-Sep-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pengawetan kering tumbuhan

TRANSCRIPT

Tajuk: Pengawetan Kering TumbuhanPengenalan: Herbarium merupakan suatu spesimen daripada bahan tumbuhan yang telah dimatikan dan diawetkan melalui kaedah tertentu dan dilengkapi dengan data-data mengenai tumbuhan tersebut. Membuat herbarium, iaitu pengumpulan tanaman kering untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam mengajar tajuk mengenai tumbuhan. Herbarium merupakan bahan rujukan tiga dimensi dan herbarium bukan hanya untuk mendefinisikan suatu tumbuhan, namun segala bahagian daripada tumbuhan tersebut. Herbarium merupakan tempat penyimpanan contoh koleksi spesimen tanaman atau tumbuhan, iaitu herbarium kering dan herbarium basah. Herbarium yang baik selalu disertai maklumat mengenai tumbuhan tersebut dan nama pengumpul. Serta dilengkapi keterangan lokasi asal material dan keterangan tumbuhan tersebut untuk kepentingan penelitian dan identifikasi.Kegunaan herbarium secara umum antara lain ialah sebagai pusat rujukan. Herbarium ini merupakan sumber utama untuk identifikasi tumbuhan bagi para ahli taksonomi, ekologi, pecinta alam, dan para petugas yang bergerak dalam pemuliharaan alam. Herbarium juga bertugas sebagai bahan dokumentasi. Tumbuhan herbarium merupakan koleksi yang mempunyai nilai sejarah, seperti jenis dari kumpulan baru, contoh penemuan baru, tumbuhan yang mempunyai nilai ekonomi dan lain lain. Selain itu, herbarium bertindak sebagai pusat penyimpanan data. Ahli kimia memanfaatkannya untuk mempelajari alkaloid, ahli farmasi menggunakan untuk mencari bahan ramuan untuk ubat kanser, dan sebagainya (Onrizal, 2005).Pengawetan spesimen tumbuhan dengan cara kering kebanyakannya tumbuhan berkayu yang boleh di awetkan terutama daun dan bunganya untuk dijadikan spesimen herbarium. Keadaan ini adalah paling sesuai dan boleh disimpan dengan lama jika disimpan dan dikendalikan dengan sempurna. Kebiasaannya, pengawetan dalam bentuk kering ini adalah sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di makmal sekolah. Tumbuhan yang terpilih untuk diawet secara kering ialah pokok padi kerana ianya mudah didapati di kawasan utara Semenanjung Malaysia.

Gambar 1 : Pokok PadiBahan dan Radas :Alat penekan, tali pengikat, kadboard (corrugated boards) bersaiz 30 cm x 50 cm, lapisan kertas, kertas herbarium, pokok padi, gunting, pita pelekat.Langkah-Langkah : Pengumpulan1) Pokok padi dipilih adalah segar serta sihat dan diambil di kawasan yang tertentu.2) Akar pokok tersebut dibasuh di bawah air pili yang mengalir untuk membersihkan tanah dan kotoran. Penekanan1) Spesimen pokok padi disusun mendatar di antara kertas akhbar lama.2) Bahagian-bahagian seperti daun dan bunga dipastikan supaya dibuka atau dikembangkan untuk mudah dilihat.3) Bahagian daun diselang-selikan antara bahagian yang terlentang dan tertiarap.4) Papan lapis atau kadboard (33 cm x 50 cm) diletakkan di bahagian atas dan bawah susunan spesimen tersebut dan ditekan dalam penindas herbarium.5) Ikatan susunan papan lapis diketatkan atau ditindih dengan pemberat untuk menambahkan tekanan. Pengeringan1) Spesimen yang diikat pada penindas herbarium dikeringkan di bawah cahaya matahari.2) Kertas-kertas surat khabar ditukar setiap selang sehari dan berat pemberat semakin bertambah sehingga spesimen menjadi kering. Pemanjangan1) Spesimen yang telah kering disusun pada kertas putih yang tebal (kertas herbarium) bersaiz 30 cm x 40 cm.2) Sebagai pengawetan tambahan, spesimen disapu dengan 1% merkuri klorida sebelum dipanjangkan.3) Spesimen tersebut dilekatkan dengan menggunakan pita pelekat.4) Spesimen dibalut dalam kertas plastik yang kedap udara. Pengelasan1) Spesimen telah dikenalpasti nama saintifik dan nama tempatannya. Pelabelan1) Pelabelan yang mengandungi butir-butir seperti nama famili, nama saintifik, nama am atau nama tempatan, habitat, tempat spesimen dikumpul, tarikh dikumpul, nama pengumpul, dan ciri-ciri istimewa spesimen semasa diambil di lapangan dibuat.2) Label dilekatkan di bawah sudut sebelah kanan kertas herbarium. Penyimpanan1) Herbarium disimpan di bilik yang gelap, kering, sejuk dan bebas daripada perosak seperti serangga dan tikus.2) Spesimen herbarium disimpan dan disusun di dalam rak-rak kabinet untuk memudahkan penyusunan dan pengurusan.

Hasil spesimen :

Label spesimen :Famili: Poaceae (Rumput)

Nama saintifik:

Nama tempatan:

Lokasi spesimen ditemui:

Tarikh dikumpul:

Nama pengumpul:

Ciri-ciri:

Perbincangan :