rujukan pengawetan-spesimen.docx

21
PENGAWETAN SPESIMEN-SPESIMEN HAIWAN KECIL DAN TUMBUHAN Pengawetan haiwan dalam cecair Semua haiwan mesti dipengsankan dahulu sebelum dibunuh agar ianya dapat diawet dalam keadaan yang sempurna. Formalin dan etil alkohol(etanol) adalah pengawet dan penetap yang paling umum digunakan.Formalin komersial biasanya diperolehi sebagai 40% larutan formaldehid. Semua pencairan fomalin adalah disediakan dari bahan komersial 40% ini. Formalin mengeraskan tisu dan menghasilkan kerapuhan jika dibandingkan dengan alkohol . Walaubagaimanapun ia adalah pengawet yang sesuai untuk pengawetan sementara terutama sekali dengan haiwan vetebrata . Semua spesimen yang diawet dalam fomalin lambat laun akan menjadi keras dan rapuh jika tidak dipindahkan dalam pengawet dalam alkohol. Jika ini perlu dilakukan spesimen-spesimen boleh terlebih dahulu dibasuh bagi menghilangkan baunya. Formalin adalah tidak sesuai untuk haiwan yang mempunyai kerangka atau spikul-spikul kapur kerana larutan komersil ini biasanya adalah berasid dan akan melembutkan bahagian berkapur ( calcareous) . Hal ini dapat diatasi dengan menuetralkan fomalin tersebut. Formalin dapat mengawet warna spesimen-spesimen lebih lama lagi jika dibandingkan dengan alkohol sungguhpun memang diketahui tidak ada satu pun bahan pengawet yang dapat mengekalkan warna asal spesimen sampai bila-bila. Haiwan yang lembut elok ditetapkan dan diawetkan dalam alkohol. Organisma bergelatin lembut memerlukan penetanan beransur bergantung kepada ketumpatan dan saiznya.

Upload: jonathan-suin

Post on 17-Jan-2016

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sce3193e

TRANSCRIPT

Page 1: RUJUKAN PENGAWETAN-SPESIMEN.docx

PENGAWETAN SPESIMEN-SPESIMEN HAIWAN KECIL DAN TUMBUHAN

Pengawetan haiwan dalam cecair 

Semua  haiwan mesti dipengsankan dahulu sebelum dibunuh agar ianya dapat diawet

dalam keadaan yang sempurna. Formalin dan etil alkohol(etanol) adalah pengawet dan penetap

yang paling umum digunakan.Formalin komersial biasanya diperolehi sebagai 40% larutan

formaldehid. Semua pencairan fomalin adalah disediakan dari bahan komersial 40% ini. 

Formalin mengeraskan tisu dan menghasilkan kerapuhan jika dibandingkan dengan

alkohol . Walaubagaimanapun ia adalah pengawet yang sesuai untuk pengawetan sementara

terutama sekali dengan haiwan vetebrata . Semua spesimen yang diawet dalam fomalin lambat

laun akan menjadi keras dan rapuh jika tidak dipindahkan dalam pengawet dalam alkohol. Jika

ini perlu dilakukan spesimen-spesimen boleh terlebih dahulu dibasuh bagi menghilangkan

baunya.  

Formalin adalah tidak sesuai untuk haiwan yang mempunyai kerangka atau spikul-spikul

kapur kerana larutan komersil ini biasanya adalah berasid dan akan melembutkan bahagian

berkapur ( calcareous) . Hal ini dapat diatasi dengan menuetralkan fomalin tersebut. Formalin

dapat mengawet warna spesimen-spesimen lebih lama lagi jika dibandingkan dengan alkohol

sungguhpun memang diketahui tidak ada satu pun bahan pengawet yang dapat mengekalkan

warna asal spesimen sampai bila-bila. 

Haiwan yang lembut elok ditetapkan dan diawetkan dalam alkohol. Organisma

bergelatin lembut memerlukan penetanan beransur bergantung  kepada ketumpatan dan

saiznya.

Ini biasanya dari dua hingga enam jam bagi setiap kepekatan alkohol dari 30% , 50%

dan 60% yang mana selepas itu ianya disimpan dalam alkohol 70%. 

Page 2: RUJUKAN PENGAWETAN-SPESIMEN.docx

Di bawah ini ada diberikan panduan bagi cara-cara memengsan membunuh dan bahan-

bahan pengawet yang digunakan keatas spesimen-spesimen haiwan .

 Spesimen Bahan PemengsanAtau Membunuh

Bahan Pengawet

i. Coelenterata

Contoh : Hydra,Obor-obor,dll

Bubuhkan hablur mentol ke dalam air .

Alkohol 70%

ii. Annelida

Contoh : Cancing tanah,lintah dll.

Megnesium Klorid 7% Fomalin 5% atau alkohol 70%

iii. Mollusca( tidak berangka)

Contoh: Lintah Bulan  dan Sotong.

Urethane 2% atau beberapa titik propyline

klorid

Fomalin 5% atau alkohol 70%

iv. Mollusca

Contoh: Siput dan Kerang

Magnesium klorid 7% Formalin 5% jika besar suntikan dengan 10% formalin dahulu.

V. Echinodermata

Contoh: Gamat, tapak sulaiman

Masukkan terus kedalam air tawar

Formalin 5% jika besar suntik dengan formalin 10 % dahulu.

Vi. Crustacea (laut)

Contoh: Udang,ketam dll

Masukkan dalam air tawar Formalin 5% Jika besar suntik dengan fomalin 10 % dahulu.

Vii.Serangga

Contoh: Kumbang

Ethyl Acetat Keringkan dipinkan larva disimpan dalam alkohol 70 - 80%.

X. Veterbrata daratan reptilia, amphibia dan lain-lain.

Ether , klorofom Suntik dengan alkhol 70% atau fomalin 10% dan disimpan dalam fomalin 10%.

Xi. Ikan Larutan urethane 10% atau ms-222 sandoz 1:1,000 hingga 1:20,000

Formalin 10% ( suntik jika spesimen besar )

Page 3: RUJUKAN PENGAWETAN-SPESIMEN.docx

 Cara-cara menyediakan bahan pengawet cecair

Anda boleh menyediakan bahan pengawet dengan mengikuti cara-cara dibawah:- 

Untuk Formalin 

Kepekatan 1%  Formalin(formaldehyde40%) 1 ml           Air suling   99

ml                                                                                                                      --------                       

                                                                                                 100

ml                                                                                                                         ---------

                                         Formalin            5%                                                                  5 ml

                                        Air suling                                                               95 ml

                                                                                                                        --------                        

                                                                                            100 ml 

                                                                                                                        ---------Formalin  

                        10%                                                                         10 ml

                           Air suling                                                           90

ml                                                                                                                                                      

                                                                                                          100 ml

                                                                                                                        ---------

  Untuk alkohol

 

Dari alkohol grade mutlak        70%                 Alkohol                                  70 ml

        Air suling                      30 ml

                                                                                                            --------

                                         100 ml

                                                                                                            ---------

 

Page 4: RUJUKAN PENGAWETAN-SPESIMEN.docx

Dari alkohol grade                    95 %                Alkohol                        75 ml

                                  70%    Air suling       25 ml

                                                                                                            -------

                                                                                                            100 ml

                                                                                                            --------- 

Pengawetan rangka haiwan vertebrata ( burung, tikus, arnab,ayam dan lain-lain ) 

            Satu cara pengawetan ialahpengawetan dalam bentuk penyediaan rangka haiwan

( taksidermi ). Ia adalah satu kaedah yang mana tulang-tulang haiwan tersebut diproses untuk

diawet dan dibentuk dalam kedudukan yang aslinya. Ianya sangat sesuai untuk dijadikan bahan

bahn rujukan dan bahan pameran di sekolah.Berikut adalah senarai langkah-langkah yang

anda ikuti untuk menyediakan rangka haiwan anda. 

1. Mula-mula matikan haiwan dengan menggunakan klorofom dalam bekas yang tertutup.

2. Kemudian buangkan kulit atau bulu pada haiwan tersebut.

3. Buangkan segala isi perut dan organ-organ dalam badan.

4. Lepaskan itu masukkan kedalam air mendidih selama satu jam. ( tertakluk pada saiz haiwan )

supaya senang di buang.

5. Keluarkan spesimen tadi dan mula buangkan semua otot ( isi ) yang melekat pada tulang-

tulang.

6. Kemudian rendamkan ke dalam amonium hidroksida ( pelarut lemah ) selama 24 jam.

7. Keluarkan selepas itu dan rendamkan ke dalam larutan 5% hidrogen prosikda selama 8 jam

untuk memutikkan tulang.

8. Lepas itu basuhkan dengan air dan keringkan di bawah cahaya lampu.

9. Apabila tulang-tulang telah kering anda gamkan semila tulang-tulang yang tertanggal dan di

samping itu membentuk kedudukan semulajadi haiwan tersebut.Rangka yang telah siap

seeloknya dipaku atau dilekatkan pada pelantar untuk mudah di alihdan di simpan.

Page 5: RUJUKAN PENGAWETAN-SPESIMEN.docx

10. Anda boleh disapuskan tulang-tulang tersebut shelac untuk melindungi daripada kulat atau

bakteria. 

KUTIPAN DAN PENGAWETAN SERANGGA 

            Serangga terdapat di mana-mana di sekeliling kita. Kebolehannya untuk hidup di

berbagai-bagai jenis menjadikan ia berjaya sebagai satu kum[ulan. Separuh dan spesies-

spesies lain tersebar luas di berbagai-bagai jenis lokasi. Ada jenis-jenis afid, sebagai contoh

terbatas kehidupan pada satu spesies pokok sebagai perumah ( Host ) sementara ada yang

menjadikan beratus-ratus jenis pokok berlaianan spesies sebagai perumah. 

Cara-cara kutipan 

Biasanya cara-cara kutipan adalah kurang selective (memilih) iaitu kemungkinan speseis -

spesies berlainan tidak akan dikutip sekali.  Sebagai contoh kutipan dengan cara-cara menyapu

permukaan daun dengan jaring  serangga  (insect net)  akan menghasilkan kutipan serangga-

serangga di bahagian atas tumbuhan tersebut.  Serangga-serangga di bahagian bawah

tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat dikutip untuk mewakili sepenuhnya tangkapan.  Begitu juga

serangga yang terdapat di atas permukaan tanah dan di bawah tidak akan dikutip langsung

dengan kaedah begini.   

Salah satu cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan jaring (sweep net) jaring ini

digunakan pada permukaan-permukaan tumbuhan sepertirimbunan daun-daun, pokok-pokok

renik, semak-semak, rumput-rumput dan lain-lain lagi. 

Membunuh dan Mengawet Serangga 

Bahan kimia bagi membunuh serangga yang sesuai ialah ethyl acetate.  Ianya boleh diletakkan

pada kapas atau bahan-bahan jerap (absorbent materials) di dalam sebuah botol (killing bottle).

Walaupun ia terbakar tetapi ianya tidaklah sebahaya menggunakan

sianid (syanide). Spesimen akan menjadi lebih lembut (relex) dan tidak tegang)  walaupun

ditinggalkan beberapa hari di dalam botol yang mengandungi ethyl acetate. 

Serangga-serangga yang berkulit keras biasanya dipin atau disemat.  Serangga berbadan

lembut seperti afid dan anai-anai boleh dibunuh dan disimpan dalam alkohol 70%. Alkohol

isopropyl boleh digunakan jika ethyl alkohol tidak dapat diperolehi. Ada sesetengah orang lebih

suka menggunakan larutan Hood’s yang mana ianya boleh disediakan dengan cara berikut:- 

Page 6: RUJUKAN PENGAWETAN-SPESIMEN.docx

Larutan Hood’s

 

Ethyl alkohol                                         1485 ml

air suling                                                330 ml

asid glacial acetik                                      83 ml

benzol                                                      83 ml                -------- larutan Hood’s 

Larva kupu-kupu atau rama-rama perlu disimpan dalam larutan  KAAD

sehingga ianya kembang sepenuhnya ( 30 minit hingga beberapa jam) dan kemudian barulah

disimpan dalam alkohol 95% 

Larutan KAAD 

Kerosene                                             1 bahagian

Alkohol ethyl 95%                                10 bahagian

asid asetik glacial                                  2 bahagian

diaxane                                                1 bahagian 

Menyemat (Pinning) Serangga-Serangga 

Serangga yang berkulit keras ( yang besar) boleh disemat dengan pin dari atas menembusi

badannya.  Jenis  Coleoptera ( kumbang) disemat menerusi kepak kanannya.,

lalat, lebah, rama-rama/kupu-kupu biasa ianya disemat menerusi thorax dan pangkal

kepaknya.  Semua spesimen mesti disemat pada paras tinggi yang sama  iaitu  1 inci  dari atas

hujungpin. Ini dapat ditentukan dengan menggunakan blok-blok penyemat (pinning

block) .  Kupu-kupu dan rama-rama biasanya diletakkan di atas papan (spreading boads yang

dibuat daripada kayu ataupun polystyrene) di mana kepak-kepak perlu diatur dan

dikembangkan hingga ianya kering dan dalam kedudukannya yang diperlukan. Serangga-

serangga kecil boleh ditenggekkan (mount) ke atas kertas tebal (cardbord  points) dengan

menggunakan gam.  Serangga tersebut mestilah diletakkan dalam kedudukan di mana

Page 7: RUJUKAN PENGAWETAN-SPESIMEN.docx

kepalanya berhadapan ke hadapan dan point hujung tiga segi cardboard tersebut berada di

sebelah kiri pin. 

Mengering Serangga 

Serangga yang telah disemat perlu dikeringkan sebelum boleh disimpan di dalam kotak-kotak

serangga.  Susun serangga-serangga tersebut di atas keratan polystrene dan masukkan ke

dalam ketuhar pada suhu 45 C, keringkan sehingga beberapa hari.  Serangga boleh juga

dikeringkan di bawah matahari jika tidak terdapat ketuhar, tetapi mestilah diawasi dari dimakan

oleh semut-semut perosak dan lainnya. 

Melabel 

Tiap-tiap spesimen mestilah dilabel dengan nama tempat dari mana ianya dikutip berserta

dengan tarikh kutipan dan juga nama pengutip, label-label mestilah kecil dan diletakkan lebih

kurang 5/8 inci  pada pin serta dilekatkan selari dengan specimen.  Nota-nota tambahan seperti

jenis, tumbuhan di mana ianya dikutip juga adalah perlu dan ini boleh ditulis pada lebel yang

lain dan dilekatkan lebih kurang 1/2 inci pada pin di bawah label yang terdahulu tadi. 

Menyimpan Serangga 

Specimen yang telah dikeringkan dan dilabel perlu disimpan dalam kotak-kotak serangga  yang

khusus.  Kotak-kotak itu selalunya dilapis gabus dan ditutupdengan kertas putih.  Ianya

seeloknya mesti kedap udara dan dapat menghalang perosak-perosak seperti semut, lipas atau

gegat memasukinya.  Ubat gegat (Naptelene) perlu dilekatkan dalam gulungan kain nipis di

bahagian  bawah di sebelah tepi kotak .  Ini perlu diperiksa dan ditambah dari masa ke

semasa.  Sejenis larutan boleh disediakan sebagai rawatan kepada kotak-kotak  serangga

ini. Ianya disapukan di permukaan dalam kotak dan dijemur sehingga kering.  Cara

menyediakan adalah seperti berikut: 

Bahan                                                   kuantiti 

1.         Serbuk Napthelene                   3 lb (1360 g)

2.         Kloroform                                1 lb

3.         Beechwood Creosolte                1 ib

Page 8: RUJUKAN PENGAWETAN-SPESIMEN.docx

4.         Minyak petrol                           4 1/2 pts. 

Cara menyediakan

Campurkan kloroform dengan 1 1/2 lb serbuk nepthlene, kacau hingga sekata dan tambahkan

lagi 1 1/2 lb serbuk nepthlene dan diikuti dengan beechwood Cresote.  Kacau untuk melarutkan

dan kemudian tambahkan petrol.

Selepas disapukan pada kotak, keringkan kotak sehingga yang tinggal cuma selapis serbuk

halus napthlene. 

Melembutkan (relex) Serangga (dewasa) 

spesimen yang kering mestilah dilembutkan sebelum ianya disemat atau ditenggek.  Serangga-

serangga yang kering boleh diletakkan dalam bekas  yang tidak masuk angin (air-tight) di atas

sekeping kertas tebal ataupun kertas jerap yang diletakkan di atas pasir basah.  Bubuh sedikit

(beberapa titik) asid karbolik pada pasir ini bagi mengelakkan kulat dari tumbuh. Spesimen-

specimen akan menjadi lembut selepas 24 jam hingga 48 jam. Walau bagaimanapun adalah

lebih elok sekiranya spesimen-spesimen disemat samasa ianya baru ditangkap dari ditunggu

hingga ke saat-saat akhir dimana ianya perlu dilembutkan. 

PENGAWETAN TUMBUHAN 

1.         Lumut Hati dan Lumut Jati 

Pengawet secara basah dan kering akan dibincangkan dalam bahagian ini.  Kedua-dua cara ini

adalah sama penting dan perlu diberikan perhatian.  Specimen-specimen boleh diawet dalam

jangkan masa tertentu dalam larutan  F.A.A.  Bermacam jenis larutan yang ditambah dengan

kuprum telah disyorkan untuk mengawet serta mengekalkan warna hijau dalam tumbuhan

namun demikian tidak terdapat satu pun yang boleh mengekalkan warna hijau selama-

lamanya. 

Peenyediaan Larutan F.A.A. (Formalin-aseto-alkohol solution) 

Bahan                                                   Kuantiti 

Ethyl Alkohol  70%                              90 ml

Formalin , Formaldehyde                        5 ml

Page 9: RUJUKAN PENGAWETAN-SPESIMEN.docx

Asid Asitik glacial                                 5 ml 

Bagi bahan tumbuhan yang lembut digunakan 50%  , gunakan 3 ml asid asetik dan 7 ml

formalin bagi bahan-bahan keras seperti berkayu  (woody)

Kaedah-kaedah berikut ini dapat mengawet dan mengekalkan warna hijau pada tumbuhan

dengan berkesan bagi satu-satu jangkamasa tertentu. Ini adalah bergantung pada jenis

tumbuhan pula. 

1. F.A.A dengan kuprum sulfat 

Bahan                                                               Kuantiti

 

Kuprum sulfat                                                   0.1 g

Ethyl alkohol, 50%                                             90 ml

Formalin,40% formaldehyde                                  5 ml

Asid setik, glacial                                                5 ml 

Cara : Rendamkan spesimen dalam larutan ini selama 3-4 hari. Selepas itu pindahkan ke

larutan F.A.A (tanpa CuSo4) untuk disimpan. 

2. Lactophenol kuprum

 

Bahan                                                               Kuantiti

 

Fenol                                                               20 g

Asid laktik                                                        20 g

Gliserin                                                            40 g

Air suling                                                          20 ml

Kuprik Keloroid                                                  0.2 g

Page 10: RUJUKAN PENGAWETAN-SPESIMEN.docx

Kuprik asetat                                                    0.2 g 

Larutan ini dicadangkan untuk alga hijau tetapi sesuai juga untuk lumut hati dan lumut jati.

Rendamkan spesimen dahulu dalam larutan selama 3 hingga 10 hari bergantung pada saiz

tumbuhan. Kemudian pindahkan ke dalam larutan F.A.A. untuk disimpan. 

2. Alga 

Pengawetan dalan cecair

1) Alga air tawar : larutan-larutan yang disebut di bawah adalah dicadangkan untuk semua jenis

kecuali yang berbentuk unicellular lembut (delicate) penambahan sedikit kuprum sulfat munkin

dapat membantu mengekalkan sedikit warna alga hijau. 

A)        Formalin-chroma alum

             Kalium-kronalum                                  10 g

            Formalin 4%                                         5 ml

            Air                                                       500 ml 

b)         Formalin -asid asetik glacial 

            Air                                                       72 ml

            Formalin (40% Fornaldehyde)                    5 ml

            Gliserin                                                 20 ml

            Asid asetik glacial                                   3 ml 

c)         Transean’ s solution 

            Air                                                       60 ml

            Ethyl alkohol                                         30 ml

            Formalin                                               10 ml

            Gliserin                                                  5 ml 

ii) Alga Laut 

Page 11: RUJUKAN PENGAWETAN-SPESIMEN.docx

a)         3 % Formalin

            Formalin                                               3 ml

            Air laut                                                97 ml

            Untuk alga yang besar gunakan 5 ml formalin 

b)         Ethly alkohol                                        

            Ethyl alkohol                                         70 ml

            Air laut                                                 30 ml 

            Untuk menetapkan warna hijau dalam  alga laut, larutan berikut adalah dicadangkan. 

3. Kulat 

Pengaweatan dalam cecair, kulat-kulat segar (freshy) seperti cendawan, kulat bracket dan kulat

cup serta bahagian-bahagian yang dijangkiti parasit-parasit kulat boleh diawet untuk

jangkasmasa tertentu dengan menggunakan bahan-bahan pengawet di bawah ini. 

A) 5 % formalin (tambahkan 5 ml formaldehde kepada 5 ml air suling

b) F.A.A. (Formalin-asid asetik alkohol)

 

            Formaldehde (larutan 40%)                              50 ml

            Asid asitik galcial                                           50 ml

            Alkohol 60 % (ethanol atau isopropil)              900 ml 

Bagi mengawet kulat berwarna formulasi-firmulasi nerikut adalah disyorkan.

A)        Kulat yang terdapat pigmen larut air

            Asid asetik glacial                                            10 ml

            Mercuric acetat                                                1.0 ml

            Plumbum asetata neutral                                  10.0 ml

Page 12: RUJUKAN PENGAWETAN-SPESIMEN.docx

            Ethy alkohol 90 %                                           1000 ml

 

b)         Kulat yang terdapat pigmen tak larut

            Asid asetik glacial                                             5 ml

            Mercuric asetat                                               10 ml   

            Air Suling                                                      100 ml

 Pengawetan kering : tumbuhan dengan parasit  kulatnya boleh dikeringkan dalam penekanan

tumbuhan(plant press) dan disimpan di atas kertas herbarium. Kulat segar, termasuk

cendawan, bola puf, kulat cup, dan lain-lain boleh dikeringkan dibawah matahari atau bawah

pencahayaan terang. Spesimen yang kering ini akan disimpan di dalam beka-bekas yang mana

dimasukkan sedikit hablur paradichlorobenzenl bagi menghalang seranggan memasuki dan

merosakkannya. 

Pengawetan spesimen tumbuhan dengan cara kering. 

Kebanyakkan tunbuhan berkayu boleh di awetkan terutama daun dan bunnya untuk dijadikan

spesimen herbarium. Keadaan ini dalah paling sesuai dan boleh disimpan dengan lama jika

disimpan dikendalikan dengan sempurna. Pengawetan dalam bentuk kering ini adalah sesuai

untuk dijadikan bahan rujukan di makmal sekolah anda. Jadi bagaimana anda akan melakukan

pengawetan ini ? 

Mula-mula adan perlu menyediakan bahan atau alat-alatnya seperti di bawah ini:

1. Alat penekan (plant press)

    Diperbuat daripada kayu berukuran setiap 1cm x 3 cm x 48 cm panjang. Kayu-kayu ini

kemudian dipaku dengan teguh untuk membentuk pengapit. Anda perlu menyedikan dua belah

alat ini. 

2. Tali pengikat

Tali ini adalah untuk mengikat alat pengapit. Boleh diperbuat daripada nylon ataupun jerami dan

secukup panjang untuk diikat dikeliling alat pengapit. 

Page 13: RUJUKAN PENGAWETAN-SPESIMEN.docx

3. Kadboard (corrigated boards)

Sediakan beberapa keping berukuran 33 cm x 50 cm. Kadbod ini digunakan untuk mengapit

spesimen yang telah disusun  di antara helaian kertas sebelum dikapit dengan pengapit. 

4. Lapisan kertas

Kertas ini adalah untuk menyusun dan mengapit spesimen. Anda  boleh gunakan kertas surat

khabar untuk tujuan ini. 

5. Kertas herbarium

Kertas ini tebal, berukuran 16 1/2” x 10 1/2” dan berwarna putih. Penyediaan spesimen

herbarium melibatkan proses mengutip, menekan (mengapit) melekat, melabel dan akhirnya

mengecamkan spesimen. Disini saya tidak akam membincangkan kaedah pengecaman

spesimen. 

Proses Pengapitan 

Anda perlu memilih spesimen yang sesuai seeloknya yang mempunyai daun yang

tidak  dimakan ulat, bunganya atau buahnya jika terdapat. Kemudian susunkan spesimen ini di

antara lapisan kertas. Pastikankeratan spesimen ini tidak melebihi kertas kadbor (33 cm  x 50

cm) yang akan digunakan untuk mengapitnya nanti. Sisinkan daun-daun supaya tidak bertindih

dan jika terlalu banyak daun buangkanya jika perlu , cukup sekadar mempamerkan bahagian

batang, daun, dan bunga. Selepas itu anda perlu susun spesimen di dalam kertas ini di antara

dua kadbod dan alat pengapit kayu. .Dengan menggunakan tali dengan kuat kepitan spesiemn

ini seelok-eloknya tali dikelilingkan beberapa kali pada pengapit tadi. 

Mengering Spesimen 

Apabila spesimen selesai dikapit ianya sudah sedia untuk dikeringkan. Terdapat dua cara anda

dapat mengeringkan spesimen tersebut. Pertama dengan cara cahaya matahari dan kedua

adalah dengan menggunakan ketuhar yang mana suhu boleh dikawal. Dengan cara pertama

spesimen  dalam alat pengapit  perlu didedahkan di bawah cahaya matahari. Pada keesikan

harinya anda perlu membukannya    pengapit  ini dan pindahkan spesimen-spesimen ke lapisan

kertas-kertas baru. Betulkan dan atur semula daun-daun  atau bunga yang terlipat semasa

proses pengapitan terdahulu. Proses ini perlu dilakukan sehingga spesimen betul kering. Cara

mengering dengan cahaya matahari ini akan mengambil masa satu minggu. 

Page 14: RUJUKAN PENGAWETAN-SPESIMEN.docx

Kaedah pengeringan dengan menggunakan haba dari ketuhar adalah sangat sesuai dan cepat.

Jika terdapat edaran udara yang elok maka ianya adalah satu cara paling sesuai menerusi

pengeringan cepat bagi mengawet warna tumbuhan. Spesimen yang dikapit dimasukkan

terus  kedalam ketuhar pada suhu 45 C hingga 60 C. Proses pengeringan cara ini biasanya

mengambil masa 3 hingga 7 hari. Dalam pad itu jangan lupa menukar lapisan kertas bila-bila

perlu. 

Melekatkan Spesimen (Mounting) 

Selepas anda telah melakukan proses pengapitan dan pengeringan, spesimen tadi adalah

sedia untuk dilekatkan ke atas kertas herbarium. Kertas herbarium yang standard adalah

berukuran 16 1/2” x 10 1/2”. Tujuan utama bagi spesimen ini dilekatkan adalah untuk

memudahkan penyimpanan. Oleh itu adalah penting bagi anda memastikan spesimen

dilekatkan dengan kuat pada kertas serta diatur dan dipamer dengan jelas. Sebolehnya-

bolehnya kedudukan asal bahagian tumbuhan mestilah dikekalkan dan anda tidak perlu

mengubah mana-mana bahagian untuk mendapatkan kedudukan yang anada rasa elok.

Pamerkan bahagian atas dan bawah daun-daun terutama sekali bagi tumbuhan seperti

pakupakis supaya dapat dilihat perbezaanya. 

Batang tumbuhan boleh dilekatkan ke atas kertas herberium dengan menggunakan benang

jahitan. Anda perlu menebut kertas herberium ini dan jahitkan benang dengan mengguakan

jarum. Disampingitu juga anda boleh gunakan kertas jalur bergam atau gam resin/emulsi.

Pastikan selepas menjahit anda mematikan jahitan dengan membuat satu ikatan di belakang

kertas herberium. Daun-daun pada kertas lebar boleh juga dijahit di batangnya atau digam terus

pada kertas. Setiap tumbuhan mestilah dilekatkan pada kertas herberium yang berasingan. 

Melebel spesimen 

Sesudah melekatkan spesimen yang telah kering tadi perlu melebelkannya selepas ini.

Biasalebel ini dilekatkan pada bahagian bawah kertas. Maklumat yang difikirkan perlu adalah

seperti nama saintifik,nama amnya, nama family, tempat dimana ia dikutip, habitatnya, nama

pengutip, tarikh ianya dikutipdan nombor herberiumnya bagi tujuan rekok atau rujukan ( sila

lihat contoh ).