pengawetan kering serangga dan bunga

26
PENGAWETAN KERING SERANGGA DAN BUNGA. Disediakan oleh: Zulaikha binti Omar Wan Nor Ifatin Illin binti Daud Tuan Nur Izzati binti Tuan Mohamad Wan Nurfarahiyah binti W. Liah PISMP SAINS SEMESTER 6

Upload: tuan-ezaty

Post on 25-Jul-2015

487 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

PENGAWETAN KERING SERANGGA DAN BUNGA.

Disediakan oleh:

Zulaikha binti Omar

Wan Nor Ifatin Illin binti Daud

Tuan Nur Izzati binti Tuan Mohamad

Wan Nurfarahiyah binti W. Liah

PISMP SAINS SEMESTER 6

Page 2: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

PENGAWETAN KERING SERANGGA BUNGA(TUMBUHAN) Kebanyakkan tunbuhan berkayu boleh

di awetkan terutama daun dan bunganya untuk dijadikan spesimen herbarium.

Keadaan ini adalah paling sesuai dan boleh disimpan dengan lama jika disimpan dikendalikan dengan sempurna.

Pengawetan dalam bentuk kering ini adalah sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di makmal sekolah anda.

Page 3: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

PENGUMPULAN Bagi mengumpul sesuatu jenis

spesimen tumbuhan, kita terpaksa mengumpul beberapa bahagian pentingnya seperti contoh buah, daun dan bunga bagi membantu kita semasa peringkat (e) dan seterusnya.

Jika tumbuhan itu bersaiz kecil, adalah lebih jika bahagian-bahagian akar dan struktur istimewa tumbuhan itu dimasukkan. Keratan spesimen yang diambil haruslah segar dan sihat.

Page 4: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

PENEKANAN Spesimen perlu disusun mendatar di

antara kertas akhbar lama. Pastikan bahagian-bahagiannya seperti daun dan bunga terbuka/terkembang untuk mudah dilihat. Bahagian daun pula perlu diselang-selikan antara bahagian yang terlentang dan tertiarap. Letakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-spesimen itu. Untuk menambah tekanan, ketatkan ikatan susunan papan lapis atau tindih dengan pemberat

Page 5: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

PENGERINGAN

Bahagian-bahagian daun dan bunga biasanya cepat kuncup dan layu, oleh itu kita terpaksa mengeringkannya dalam alat tekanan. Jika ini tidak dapat dilakukan, kita boleh mengeringkannya di dalam ketuhar pada suhu 45 – 60oc selama 3 – 6 hari. Jika ini juga tidak dapat dilakukan, kita boleh mengeringkannya dalam udara biasa tetapi kertas akhbar mestilah sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat sentiasa ditambah selama kira-kira 2 minggu)

Page 6: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

Nota: spesimen yang belum mati sepenuhnya tidak boleh dikeringkan. Jika tidak, spesimen berkenaan akan layu semasa pengeringan. Bagi mengatasi masalah ini, kertas pembalut hendaklah disemburkan dengan larutan formalin 40%. Buangkan kertas yang sudah dilembapkan apabila penukaran berikutnya dilakukan.

Page 7: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

PENGELASAN Untuk mengenal pasti spesimen,

pengumpul perlu membuat rujukan sama ada pada buku atau pakar dalam bidang pengelasan misalnya muzium, universiti atau Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Page 8: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

PELABELAN Nilai sesuatu koleksi herbarium bergantung kepada perlabelan

yang tepat mengenai maklumat-maklumat berikut:

Nama saintifik/botani Nama tempatan/asal Nama bahasa inggeris  Lokasi spesimen boleh ditemui Nama orang yang menemui/mengumpul Tarikh Warna asal dan bentuk bunga Jenis sama ada pokok renek, herba, memanjat atau sayuran Jika pokok – warna batang, tebal kulit dan sebagainya Tarikh berbuah atau berbunga Jenis tanah tempat spesimen tumbuh Sifat tumbuhan seperti kaedah pendebungaan dan

penyebaran biji benih

Page 9: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

Label biasanya diletak pada satu sudut herbarium itu. Pastikan anda menomborkan setiap spesimen dan menyimpan salinan untuk rujukan (khususnya apabila anda ingin menghantar spesimen untuk dikenal pasti oleh pihak yang tertentu.

Page 10: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

PENYIMPANAN Untuk memastikan herbarium tahan

lama, ia hendaklah sentiasa disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan sejuk.

Page 11: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

PEMANJANGAN Spesimen yang kering disusun di atas kertas

tebal dan terang (putih atau cerah) bersaiz 28cm X 43cm. Spesimen perlu dilekatkan pada kertas dengan menggunakan kertas pelekat atau bena. Kaedah ini baik kerana kita boleh memindahkan spesimen ke atas bahan lain tanpa merosakkan spesimen. Penggunaan gam tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan spesimen. Pelekat selofan pula kurang sesuai kerana ia mudah rosak dan bertukar warna serta hilang pelekatnya. Untuk mengelakka serangan perosak atau kulat, spesimen perlu dititikkan atau disapu dengan larutan merkuri klorida 2% di dalam alkohol.

Page 12: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

PENGAWETAN KERING SERANGGA

Serangga terdapat di sekeliling kita. Kebolehannya untuk hidup di berbagai-

bagai jenis menjadikan ia berjaya sebagai satu kumpulan.

Jenis afid, sebagai contoh terbatas kehidupan pada satu spesies pokok sebagai perumah ( Host ) sementara ada yang menjadikan beratus-ratus jenis pokok berlainan spesies sebagai perumah. 

Page 13: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

CARA-CARA KUTIPAN 

Sebagai contoh kutipan dengan cara-cara menyapu permukaan daun dengan jaring serangga (insect net) akan menghasilkan kutipan serangga-serangga di bahagian atas tumbuhan tersebut.

Serangga-serangga di bahagian bawah tumbuhan tidak akan dapat dikutip untuk mewakili sepenuhnya tangkapan.

Salah satu cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan jaring (sweep net).

Jaring ini digunakan pada permukaan-permukaan tumbuhan seperti rimbunan daun-daun, pokok-pokok renik, semak-semak, rumput-rumput dan lain-lain lagi.

Page 14: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

MEMBUNUH DAN MENGAWET SERANGGA  Bahan kimia bagi membunuh serangga

yang sesuai ialah ethyl acetate. Ianya boleh diletakkan pada kapas atau

bahan-bahan jerap (absorbent materials) di dalam sebuah botol (killing bottle).

Walaupun ia terbakar tetapi ianya tidaklah sebahaya menggunakan sianid (syanide). Spesimen akan menjadi lebih lembut (relex) dan tidak tegang) walaupun ditinggalkan beberapa hari di dalam botol yang mengandungi ethyl acetate.

Page 15: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

Serangga-serangga yang berkulit keras biasanya dipin atau disemat. Serangga berbadan lembut seperti afid dan anai-anai boleh dibunuh dan disimpan dalam alkohol 70%. Alkohol isopropyl boleh digunakan jika ethyl alkohol tidak dapat diperolehi.

Page 16: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

ADA SESETENGAH ORANG LEBIH SUKA MENGGUNAKAN LARUTAN HOOD’S YANG MANA IANYA BOLEH DISEDIAKAN DENGAN CARA BERIKUT:- 

Larutan Hood’s Ethyl alkohol 1485

ml air suling 330 ml asid glacial acetik 83

ml benzol 83 ml ---- larutan

Hood’s 

Page 17: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

Larva kupu-kupu atau rama-rama perlu disimpan dalam larutan KAAD sehingga ianya kembang sepenuhnya ( 30 minit hingga beberapa jam) dan kemudian barulah disimpan dalam alkohol 95% 

Larutan KAAD  : Kerosene 1 bahagian Alkohol ethyl 95% 10 bahagian asid asetik glacial 2 bahagian diaxane 1

bahagian 

Page 18: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga
Page 19: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

MENYEMAT (PINNING) SERANGGA-SERANGGA 

Serangga yang berkulit keras ( yang besar) boleh disemat dengan pin dari atas menembusi badannya. Jenis Coleoptera ( kumbang) disemat menerusi kepak kanannya.

Lalat, lebah, rama-rama/kupu-kupu biasa disemat menerusi thorax dan pangkal kepaknya. Semua spesimen mesti disemat pada paras tinggi yang sama iaitu 1 inci dari atas hujung pin. Ini dapat ditentukan dengan menggunakan blok-blok penyemat (pinning block) .

Page 20: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

Kupu-kupu dan rama-rama biasanya diletakkan di atas papan (spreading boads yang dibuat daripada kayu ataupun polystyrene) di mana kepak-kepak perlu diatur dan dikembangkan hingga ianya kering dan dalam kedudukannya yang diperlukan.

Serangga-serangga kecil boleh ditenggekkan (mount) ke atas kertas tebal (cardbord points) dengan menggunakan gam.

Serangga tersebut mestilah diletakkan dalam kedudukan di mana kepalanya berhadapan ke hadapan dan point hujung tiga segi cardboard tersebut berada di sebelah kiri pin. 

Page 21: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

MENGERING SERANGGA 

Serangga yang telah disemat perlu dikeringkan sebelum boleh disimpan di dalam kotak-kotak serangga. Susun serangga-serangga tersebut di atas keratan polystrene dan masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 45 C, keringkan sehingga beberapa hari. Serangga boleh juga dikeringkan di bawah matahari jika tidak terdapat ketuhar, tetapi mestilah diawasi dari dimakan oleh semut-semut perosak dan lainnya. 

Page 22: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

MELABEL 

Tiap-tiap spesimen mestilah dilabel dengan nama tempat dari mana ianya dikutip berserta dengan tarikh kutipan dan juga nama pengutip, label-label mestilah kecil dan diletakkan lebih kurang 5/8 inci pada pin serta dilekatkan selari dengan specimen. Nota-nota tambahan seperti jenis, tumbuhan di mana ianya dikutip juga adalah perlu dan ini boleh ditulis pada lebel yang lain dan dilekatkan lebih kurang 1/2 inci pada pin di bawah label yang terdahulu tadi. 

Page 23: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

MENYIMPAN SERANGGA 

Specimen yang telah dikeringkan dan dilabel perlu disimpan dalam kotak-kotak serangga yang khusus. Kotak-kotak itu selalunya dilapis gabus dan ditutupdengan kertas putih. Ianya seeloknya mesti kedap udara dan dapat menghalang perosak-perosak seperti semut, lipas atau gegat memasukinya. Ubat gegat (Naptelene) perlu dilekatkan dalam gulungan kain nipis di bahagian bawah di sebelah tepi kotak . Ini perlu diperiksa dan ditambah dari masa ke semasa.

Page 24: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga
Page 25: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

SEJENIS LARUTAN BOLEH DISEDIAKAN SEBAGAI RAWATAN KEPADA KOTAK-KOTAK SERANGGA INI. IANYA DISAPUKAN DI PERMUKAAN DALAM KOTAK DAN DIJEMUR SEHINGGA KERING. CARA MENYEDIAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT: 

Bahan kuantiti  1. Serbuk Napthelene 3 lb (1360 g) 2. Kloroform 1 lb 3. Beechwood Creosolte 1 ib 4. Minyak petrol 4 1/2 pts. 

Page 26: Pengawetan Kering Serangga Dan Bunga

MELEMBUTKAN (RELEX) SERANGGA (DEWASA) 

spesimen yang kering mestilah dilembutkan sebelum ianya disemat atau ditenggek. Serangga-serangga yang kering boleh diletakkan dalam bekas yang tidak masuk angin (air-tight) di atas sekeping kertas tebal ataupun kertas jerap yang diletakkan di atas pasir basah.

Letak sedikit (beberapa titik) asid karbolik pada pasir ini bagi mengelakkan kulat dari tumbuh. Spesimen-specimen akan menjadi lembut selepas 24 jam hingga 48 jam. Walau bagaimanapun adalah lebih elok sekiranya spesimen-spesimen disemat samasa ianya baru ditangkap dari ditunggu hingga ke saat-saat akhir dimana ianya perlu dilembutkan.