laporan pengawetan spesimen biologi

11
Tugasan 2 Aktiviti 1 Laporan Pengawetan Spesimen Biologi Biologi adalah suatu ilmu ataupun kajian mengenai benda- benda hidup. Mempelajari tentang tumbuhan dan haiwan, serta hubungan mereka dengan alam sekitar adalah bahagian yang penting dalam memahami biologi. Selaku bakal guru sains, amat penting juga untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengumpulan, pengawetan dan pengelasan spesimen biologi. Spesimen biologi perlu diawet secara sempurna dengan menggunakan beberapa kaedah yang sesuai supaya dapat kekal dan berkeadaan utuh untuk digunakan pada masa depan. (a) Pengawetan spesimen serangga secara basah Pertama sekali, cara menggumpulkan serangga. Serangga lazimnya dapat ditemu dimana-mana sahaja. Tetapi penggumpulan serangga yang tertentu, perlu diberi perhatian kepada musim, cuaca dan waktu tertentu dimana populasinya tinggi. Serangga yang saya pilih ialah rama-rama yang mudah didapati. Terdapat beberapa bahan dan alat pengumpulan serangga seperti berikut:- Jaring serangga Botol-botol pembunuh Lembaran kain Pisau lipat Perangkap

Upload: nithra-gal

Post on 13-Aug-2015

711 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pengawetan Spesimen Biologi

Tugasan 2

Aktiviti 1

Laporan Pengawetan Spesimen Biologi

Biologi adalah suatu ilmu ataupun kajian mengenai benda-benda hidup.

Mempelajari tentang tumbuhan dan haiwan, serta hubungan mereka dengan alam

sekitar adalah bahagian yang penting dalam memahami biologi. Selaku bakal guru

sains, amat penting juga untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam

pengumpulan, pengawetan dan pengelasan spesimen biologi.

Spesimen biologi perlu diawet secara sempurna dengan menggunakan

beberapa kaedah yang sesuai supaya dapat kekal dan berkeadaan utuh untuk

digunakan pada masa depan.

(a) Pengawetan spesimen serangga secara basah

Pertama sekali, cara menggumpulkan serangga. Serangga lazimnya dapat

ditemu dimana-mana sahaja. Tetapi penggumpulan serangga yang tertentu, perlu

diberi perhatian kepada musim, cuaca dan waktu tertentu dimana populasinya tinggi.

Serangga yang saya pilih ialah rama-rama yang mudah didapati. Terdapat beberapa

bahan dan alat pengumpulan serangga seperti berikut:-

Jaring serangga

Botol-botol pembunuh

Lembaran kain

Pisau lipat

Perangkap

Alat yang saya gunakan untuk menggumpul serangga ialah jaring serangga

(gambar 1). Terdapat 3 jenis jaring, saya telah menggunakan jaring udara ( aeriel

net ) yang biasa digunakan untuk menangkap serangga terbang seperti kupu-kupu,

lalat, belalang, lebah dan sebagainya. Setelah serangga berjaya ditangkap,

serangga disimpan dalam sebuah balang (gambar 2). Balang yang saya memilih

untuk meletakkan serangga ini ialah lutsinar, tidak berwarna, tinggi, bermulut lebar,

dan mempunyai penutup yang sesuai.

Page 2: Laporan Pengawetan Spesimen Biologi

Gambar 1

Gambar 2

Langkah yang seterusnya adalah, mematikan spesimen tersebut dengan

menggunakan kloroform (gambar 3). Sekeping tisu ataupun kapas yang

mengandungi larutan kloroform dimasukkan ke dalam balang yang mengandungi

Page 3: Laporan Pengawetan Spesimen Biologi

spesimen serangga (gambar 4). Spesimen pun pengsan secara perlahan-lahan, ini

boleh dikatakan salah satu cara untuk mematikan spesimen dalam tempoh yang

pendek dan kurang menyakitkan. Kepekatan kloroform yang digunakan adalah

sangat kurang, iaitu kerana spesimen adalah suatu haiwan yang kecil dan mudah

rapuh.

Gambar 3 Gambar 4

Sementara itu, papan polistrin dipotong dalam beberapa saiz yang muat

untuk spesimen tersebut (gambar 5). Papan polistrin digunakan semasa

mengelaskan spesimen dalam sebuah kotak yang cantik secara kemas pada

akhir proses ini.

Gambar 5

Selepas mematikan spesimen tersebut, ia diambil keluar dari balang dengan

menggunakan forsep dan diletakkan di atas papan perentang. Spesimen tersebut

Page 4: Laporan Pengawetan Spesimen Biologi

ditembuk pada sekeping polistrin dengan beberapa jarum (gambar 7). Susunan

anggota spesimen dipastikan aturkan dalam kedudukan yang terbaik supaya setiap

bahagian dapat dilihat dengan jelas (gambar 8).

Gambar 7

Gambar 8

Setelah serangga berjaya ditebuk, spesimen tersebut diletak di bawah sinaran

matahari selama 30 minit untuk proses pengeringan serangga (gambar 9). Teknik

menggunakan kloroform dan teknik pengeringan ini mampu menghasilkan spesimen

yang tidak begitu rapuh, tidak busuk dan tidak begitu kehilangan warna, serta boleh

disimpan untuk waktu yang lama.

Page 5: Laporan Pengawetan Spesimen Biologi

Gambar 9

Langkah yang terakhir adalah proses “framing” ataupun proses mempamerkan

spesimen serangga tersebut. Spesimen diletakkan dalam sebuah kotak yang

mempunyai pembalut transparen (gambar 10). Selepas itu, proses pelabelan pula

dilakukan.

Gambar 10

Sekeping kad label yang mengandungi maklumat berikut :-

a. Nama sains

b. Nama am

Page 6: Laporan Pengawetan Spesimen Biologi

c. Tarikh

d. Habitat spesimen diperoleh

e. Nama pengumpul

f. Larutan pengawet

mengenai spesimen serangga tersebut ditampal pada kotak tersebut. Kotak yang

mengandungi spesimen tersebut dibalut secara kemas dan cantik. Sekarang,

spesimen serangga yang telah diawet sedia untuk dipamer!.

(a) Pengawetan spesimen tumbuhan secara kering

Penyediaan herbarium pula melibatkan beberapa proses berikut:-

Pertama sekali, proses pengumpulan. Bagi mengumpul suatu jenis spesimen

tumbuhan, saya mengumpul beberapa bahagian pentingnya seperti contoh buah,

daun dan bunga (gambar 1). Saya telah memilih tumbuhan Thulasi sebagai

spesimen herbarium saya. Bahagian-bahagian akar dan struktur istimewa tumbuhan

itu juga dimasukkan bersama spesimen. Keratan spesimen yang saya ambil nampak

segar dan sihat.

Gambar 1

Seterusnya, saya melakukan proses penekanan (gambar 2). Spesimen telah

disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Saya memastikan bahagian-

bahagiannya seperti daun dan bunga terbuka ataupun terkembang untuk mudah

dilihat. Bahagian daun pula diselang-selikan antara bahagian yang terlentang dan

tertiarap. Papan lapis diletakkan di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-

Page 7: Laporan Pengawetan Spesimen Biologi

spesimen itu. Bagi menambah tekanan, ikatan susunan papan lapis diketatkan

dengan pemberat.

Gambar 2

Selepas itu, proses pengeringan pula dilakukan. Bahagian-bahagian daun

dan bunga biasanya cepat kuncup dan layu, oleh itu saya terpaksa

mengeringkannya dalam udara biasa yang mempunyai sinaran matahari. Dan saya

memastikan kertas akhbar sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat

sentiasa ditambah selama kira-kira 2 minggu.

Sebelum proses pengeringan, saya telah memastikan spesimen sudah mati

sepenuhnya. Hal ini kerana, spesimen yang belum mati sepenuhnya tidak boleh

dikeringkan. Jika tidak, spesimen berkenaan akan layu semasa pengeringan.

Spesimen yang sudah kering disusun di atas mounting board (gambar 3).

Spesimen perlu dilekatkan ataupun diikatkan pada mounting board dengan

menggunakan benang. Kaedah ini baik kerana kita boleh memindahkan spesimen

ke atas bahan lain tanpa merosakkan spesimen. Penggunaan gam tidak digalakkan

kerana ia boleh merosakkan spesimen. Pelekat selofan pula kurang sesuai kerana ia

mudah rosak dan bertukar warna serta hilang pelekatnya.

Page 8: Laporan Pengawetan Spesimen Biologi

Gambar 3

Proses herbarium diteruskan dengan pelabelan. Setiap bahagian tumbuhan

dilabelkan (gambar 4). Biasanya, nilai sesuatu koleksi herbarium bergantung kepada

perlabelan yang tepat mengenai maklumat-maklumat berikut:

Gambar 4

a. Nama saintifik / botani

b. Nama tempatan / asal

c. Lokasi spesimen boleh ditemui

d. Nama orang yang menemui / mengumpul

e. Tarikh

Label diletak pada satu sudut herbarium itu. Untuk memastikan herbarium tahan

lama, ia dibalut dengan plastik dan disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan

sejuk.

Page 9: Laporan Pengawetan Spesimen Biologi