pengawetan basah

19
Pengawetan Basah Disediakan oleh: SIA JESLYN TANG PUI LEONG

Upload: jeslyn-sia

Post on 24-Jul-2015

976 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: pengawetan basah

Pengawetan Basah

Disediakan oleh:SIA JESLYN

TANG PUI LEONG

Page 2: pengawetan basah

MAKSUD PENGAWETAN BASAH

Pengawetan basah bermaksud spesimen diawet di dalam larutan pengawet yang sesuai.

Etanol dan formalin merupakan dua jenis bahan yang sering digunakan sebagai bahan pengawet.

Etanol adalah bahan pengawet yang terbaik tetapi harganya jauh lebih mahal daripada formalin.

Page 3: pengawetan basah

Etanol sering digunakan untuk mengawet spesimen yang bersaiz kecil sahaja, manakala formalin pula digunakan untuk mengawet spesimen yang bersaiz besar.

Balang spesimen merupakan bekas terbaik untuk menyimpan spesimen.

Balang reka ganti yang sesuai boleh digunakan.

Botol-botol kaca tanpa warna, tinggi, bermulut lebar dan mempunyai penutup seperti botol Nescafe adalah sesuai.

Page 4: pengawetan basah

Pengawetan basah sesuai digunakan untuk menyimpan spesimen haiwan kecil.

Pengawetan basah juga sesuai untuk mengekalkan warna asal spesimen tumbuhan.

Page 5: pengawetan basah

PENGAWETAN SPESIMEN

HAIWAN SECARA BASAH

Page 6: pengawetan basah

BAHAN DAN RADAS YANG DIPERLUKAN: Spesimen pilihan Botol pilihan Botol spesimen (saiz bersesuaian

dengan saiz spesimen) Sekeping kaca nipis segi empat

tepat (muat untuk dimasuk dan disandarkan pada dinding botol spesimen)

Bahan pengawet

Page 7: pengawetan basah

BAHAN PENGAWET:

Sama ada etanol atau formalin. Formalin asal berkepekatan 40%. Kepekatan bahan pengawet

bergantung kepada saiz spesimen.

Spesimen Kepekatan Pengawet

Haiwan kecil (serangga dan invertebrata)

Alkohol 70-80%

Haiwan besar (moluska, amfibia, reptilia dan mamalia)

Formalin 4% (100 ml 40% formalin asal + 900 ml air suling)

Page 8: pengawetan basah

BAHAN DAN RADAS YANG LAIN:

Tali nilon atau benang Kloroform Kapas Forsep Peralatan lain yang sesuai

Page 9: pengawetan basah

KAEDAH PENYEDIAAN SPESIMEN AWETAN

Matikan spesimen dengan menggunakan kloroform dalam sebuah botol berpenutup.

Spesimen boleh dimatikan dengan cara lain tetapi spesimen perlu dimatikan dalam tempoh yang pendek dan kurang menyakitkan.

Spesimen diikat pada sekeping kaca nipis segi empat dengan tali nilon atau benang.

Pastikan susunan anggota spesimen pada kedudukan yang terbaik supaya setiap bahagian dapat dilihat dengan jelas.

Page 10: pengawetan basah

Masukkan kepingan kaca berspesimen dalam keadaan tersandar dengan baik pada dinding botol spesimen.

Atur kedudukan terbaik yang memungkinkan spesimen dapat dilihat dari pelbagai sudut dengan jelas dan baik.

Botol pengawet mestilah diisi dengan bahan pengawet sehingga ke aras di mana apabila botol ditutup, tidak terdapat ruang udara di dalamnya.

Sapu tepi tudung dengan lilin cair supaya kedap udara.

Page 11: pengawetan basah

Udara boleh mengoksidakan etanol atau formalin dan menjadikannya kurang berkesan.

Tampalkan label yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:

Nama sains: Nama am: Tarikh: Habitat / tempat spesimen diperoleh:

Nama pengumpul: Larutan pengawet:

Page 12: pengawetan basah

Bagi spesimen yang tebal, misalnya katak, kita perlu menyuntik formalin 4% ke dalam tubuhnya bagi memastikan anggota dalam turut diawet.

Bagi ular pula, kita terpaksa menyuntik setiap jarak 5cm di sepanjang tubuhnya.

Alkohol mudah meruap maka pemeriksaan secara berkala perlu dijalankan bagi mengelakkan kekeringan yang seterusnya merosakkan spesimen yang diawet.

Page 13: pengawetan basah

Pengawetan SpesimenTumbuhan

Secara Basah

Page 14: pengawetan basah

PENGAWETAN SPESIMEN TUMBUHAN SECARA BASAH

Bahan / Radas:

Spesimen pilihan Botol pilihan Botol spesimen (saiz bersesuaian dengan

saiz spesimen) Bahan pengawetan (Jenis pengawetan dan kepekatan bergantung kepada jenis & bahagian spesimen)

Page 15: pengawetan basah

Kaedah:

Pengawetan Spesimen Tumbuhan secara basah

Spesimen Bahan & Kepekatan Pengawet

Alga, kulat dan buah yang lembut

Larutan Formalinasetik – alkohol (FAA)[Campurkan kira-kira 5ml asid asetik glasial, 90ml etanol 70% dan 5ml formalin asal (formaldehid 40%)]

Buah (bagi mengekalkan warnanya)

Larutkan 50g zink klorida dalam 1L air suling. Tambahkan 25ml formalin dan 25ml gliserol.

Page 16: pengawetan basah

Spesimen Bahan & Kepekatan Pengawet

Bahagian berwarna hijau ingin dikekalkan.

Rendamkan spesimen ke dalam larutan mendidih kuprum (II) asetat dalam asid glasial yang telah dicairkan selama 10 minit.• Biarkan larutan sejuk• Basuh spesimen dengan air

mengalir• Simpan spesimen dalam

formalin 5%

Nota: Satu bahagian larutan tepu kuprum (II) asetat dalam asid asetik glasial dicampurkan dengan empat bahagian air.

Tumbuhan secara umum Rendamkan dalam larutan kuprum (II) sulfat 5% selama 24 jam.

Simpan untuk pengawetan dalam larutan natrium sulfit () berpekatan 0.2 molar.

Page 17: pengawetan basah

Langkah seterusnya:

Sebaik spesimen tumbuhan telah dimasukkan ke dalam larutan pengawet terakhir, sapu tepi tudung dengan lilin cair supaya kedap udara.

[Nota: Udara boleh mengoksidakan etanol atau formalin dan menjadikannya kurang berkesan.]

Pengawetan Spesimen Tumbuhan secara basah

Page 18: pengawetan basah

Pengawetan Spesimen Tumbuhan secara basah

Langkah seterusnya:

Tampalkan label yang mengandungi antaranya maklumat-maklumat berikut:

Nama Sains:Nama Am:Tarikh:Habitat / Tempat spesimen diperoleh:Nama Pengumpul:Larutan pengawet:

Page 19: pengawetan basah

Sekian, Terima Kasih!