kump 3

Click here to load reader

Upload: hidayah0409

Post on 24-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

presentation

TRANSCRIPT

KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS (KAEDAH BERFOKUS)

MARINAH MAHMUDNORHASIAH ATANSITI ZURAIDAH EHSANRABIATUL ADAWIYAH ABDUL GHAFAR

KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU

PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS(KAEDAH BERFOKUS)(KAEDAH GLOBAL)

Kaedah Berfokus

PENGENALANKaedah ini diperkenalkan pada 1984.Kaedah ini menitikberatkan kandungan dan isi pelajaran.Kaedah ini menekankan aspek struktur dalam karya sastera.Kaedah ini membantu guru untuk melakukan pengajaran dalam bilik darjah berbanding kaedah struktural yang perlu mengkaji terlalu banyak struktur karya sastera.Kaedah ini juga memberi tumpuan terhadap satu struktur tertentu dalam karya serta satu struktur sampingan yang diajarkan dalam sesi pengajaran.

Ciri-ciri kaedah berfokus:Fokus pengajaran berdasarkan isi utama. Isi sampingan menjadi perkara kedua penting;Kaedah ini mengandungi satu fokus utama dan satu atau lebih fokus sampingan. Biasanya Fokus utama itulah yang menjadi objektif khas (Eksplisit) sesuatu pengajaran;Alat Bantu mengajar seperti pita rakaman, gambar-gambar, carta, bahan-bahan bertulis adalah penting;Guru dan pelajar perlu membaca terlebih dahulu karya kesusasteraan yang hendak disampaikan. Hal ini penting kerana mereka perlu mendapat kesan penghayatan secara keseluruhan; dan Soalan-soalan rangsangan perlu disediakan dan dirancang dengan baik untuk menarik minat pelajar.

Contoh Kaedah BerfokusGuru hanya mengajarkan watak serta latar sahaja dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Guru akan menerangkan dengan terperinci mengenai watak yang terdapat dalam bahan sastera tersebut dan menerangkan latar sebagai penerangan sampingan sahaja.

Kaedah ini mengandungi dua tumpuan iaitu :Fokus utama (tumpuan utama) ; danFokus sampingan (tumpuan kedua).

Fokus utama boleh bertukar dengan fokus sampingan. Fokus yang dibentuk berdasarkan kreativiti guru.

MODEL KAEDAH BERFOKUSFOKUS UTAMA(B)FOKUS SAMPINGAN(I)B BahasaI - IsiMODEL 1

MODEL KAEDAH BERFOKUSFOKUS UTAMA(I)FOKUS SAMPINGAN(B)B BahasaI - IsiMODEL 2

MODEL KAEDAH BERFOKUSFOKUS UTAMA(NK)FOKUS SAMPINGAN(I)NK Nilai KemasyarakatanB BahasaI - IsiMODEL 3FOKUS SAMPINGAN(B)

MODEL KAEDAH BERFOKUSFOKUS UTAMA(B)FOKUS SAMPINGAN(I)NK Nilai KemasyarakatanB BahasaI - IsiMODEL 4FOKUS SAMPINGAN(NK)

Contoh perancangan pengajaran dan pembelajaran

BILLANGKAH PENGAJARANFOKUS1Guru mengedarkan lirik Seloka Pak Pandir kepada murid dan memperdengarkan seloka tersebut.Isi2Guru meminta murid membaca kuat seloka tersebut.Bahasa 3Guru meminta murid membaca senyap seloka dan cuba untuk memahami seloka tersebut.Nilai kemasyarakatan4Guru mengemukakan soalan kepada murid untuk memahami pengajaran seloka yang ada kaitan dengan nilai.Nilai kemasyarakatan5Guru berbincang dengan murid tentang nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam seloka tersebut.Nilai kemasyarakatan6Guru meminta murid mencatat nilai yang diperoleh daripada seloka tersebut.Nilai kemasyarakatan7Guru menyoal murid tentang nilai yang dipelajari dalam seloka tersebut.Isi

Seloka Pandai Pak Pandir2(dengan pindaan - Ali Bachik)Pandai-pandai wahai Pak PandirAnak dipijak dagang dijunjung,Kucing dibunuh tikus dibela,Harta habis badan tergadai.Suka mendengar gelagak dagang,Akhirnya tak sedar bertelanjang,Pantang mendengar guruh di langit,Air tempayan dia curahkan,Mulut manis disuap pisang,Buntut sakit dicangkuk onak,Gunting lipatan makan di hujung,Pak Pandir jugalah yang menanggung,Apa didengar gelagak dagang,Gelagak si rambutan jantan;Orang berbunga dia berbunga,Orang berbuah tapi dia haram,Kilat memancar hujan tak jadi,Awaklah yang menaggung, Silap silap menabur budi,Kita rugi orang yang untung.Pandai pandai wahai Pak Pandir,Diri sendiri juga menanggung,Pandai pandai wahai Pak pandir,Kisah benar bukan kelentong.Puisi Melayu Tradisional, 1997Dewan bahasa dan PustakaKerusi, hlm. 9

KesimpulanPendekatan berfokus sesuai digunakan oleh guru sekiranya seseorang guru itu ingin memfokuskan pengajaran mereka pada isi tertentu tanpa mengabaikan isi-isi yang lain. Pendekatan ini juga menjimatkan masa guru dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah Global

PengenalanKaedah ini adalah kaedah yang melihat sesuatu karya itu secara keseluruhan. Global ialah merangkumi seluruh kumpulan, perkara dan sebagainya ataupun secara menyeluruh (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).

Definisi Kaedah Global Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama.Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak.Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.

Ciri-ciri GlobalTerdapat 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini : aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan perasaan; aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara; dan aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan.

Pelaksanaan Kaedah Global1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera. 3. Dalam suasana informal, guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk melakonkan watak. 4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti: lakonan berasaskan gambar; lakonan berasaskan skrip; lakonan guna topeng; dan lakonan guna cerita berlagu.