umrah ( kump.3 yalamlam )

21
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UQD 10301 UMRAH DAN HAJI KUM. 3 : YALAMLAM AHLI KUMPULAN FAIZ FIKRI BIN ABD HAMID AF130110 WAN MUHAMMAD HAZMAN BIN WAN ABDUL HALIM AF130081 SYAMIMI BINTI SUKI CF130050 WAN NOOR HANANI BINTI WAN ZAKARIA CN130010 SITI BALQIS BT ABU BAKAR AI30184 NABILAH BT ISMAIL AI30218

Upload: wan

Post on 28-Sep-2015

282 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

umrah haji

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIAUQD 10301 UMRAH DAN HAJIKUM. 3 : YALAMLAMAHLI KUMPULAN FAIZ FIKRI BIN ABD HAMID AF130110WAN MUHAMMAD HAZMAN BIN WAN ABDUL HALIM AF130081SYAMIMI BINTI SUKI CF130050WAN NOOR HANANI BINTI WAN ZAKARIA CN130010SITI BALQIS BT ABU BAKAR AI30184NABILAH BT ISMAIL AI30218

TAJUK UMRAH2DEFINISI UMRAHUmrah pada syara' ialah menziarahi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan Tawaf, Sa'ie, Bercukur/ Bergunting dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala yang wajib.RUKUN UMRAH1. NIAT IHRAM UMRAH3. SAIE2. TAWAF5. TERTIB4. BERGUNTING / BERCUKUR1.NIAT IHRAM UMRAHSebelum seseorang itu tiba di Kaabah untuk melakukan umrah , wajiblah ia berniat ihram umrah sebagai satu rukun. Niat ini hendaklah di miqatnya(sempadan) setelah memakai pakaian ihram.Jika tidak berniat sehingga sampai waktu tawaf maka umrahnya tidak sah, tetapi kalau teringat selepas miqatnya atau ketika sudah tiba di Makkah barulah ia berniat maka sah umrahnya, tetapi dikenakan dam iaitu :

menyembelih seekor kibas / kambing berpuasa 10 hari iaitu 3 hari di Makkah dan 7 hari di tempatnya apabila sudah kembali ke tanah air.bersedekah kepada fakir miskin sebanyak 1 cupak setiap hari selama 10 hari (jumlahnya 10 cupak )Jika tidak berkuasa juga, maka tertanggunglah di atas zimmahnya.

2. TAWAFTawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan dengan syarat-syarat tertentu.

SYARAT-SYARAT TAWAF

Suci daripada hadas kecil dan besar (Yakni ada Wudhu )Suci daripada najisMenutup aurat seperti dalam sembahyangMemulakan tawaf dari sudut Hajarul- Aswadsentiasa menjadikan Baitullah di sebelah kiri, kalau tidak ia terbatalHendaklah sebanyak tujuh pusingan dengan sempurna dan yakin. Jika ragu-ragu tambahlah sehingga yakinTawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dengan niat melakukan ibadah. Tidak sah tawaf dengan niat mencari kawan atau sebagainyaTidak menyentuh mana-mana bahagian Kaabah walaupun syazaruan, tembok Hijir Ismail atau rukun Yamani3. SAIESaie ialah berjalan di antara Bukit Safa dan Marwah tujuh kali dengan mengikut syarat-syaratnya. Bagi yang tidak kuasa berjalan bolehlah menggunakan kerusi roda atau usungan. Syarat-syarat Saie :1.Hendaklah dilakukan selepas tawaf yang sempurna(mengikut tertib)2.Hendaklah bermula dari Safa dan Marwah untuk satu pusingan dan bagi pusingan berikutnya dari Marwah ke Safa3.Hendaklah sampai ke tempat tinggi di Safa dan Marwah4.Tujuh kali dengan sempurna5.Saie kerana ibadah haji atau umrah dan tidak kerana yang lain6.Saie hendaklah di Batnul-wadi yang dipanggil masaa (tempat laluan lazim dan tidak terkeluar dari kawasan ituKeterangan: Saie tidak perlu berwuduk.Berwuduk dan pusingan yang berturut-turut hukumnya sunat sahaja.

4. BERCUKUR/BERGUNTINGBercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai Merupakan rukun umrah, yang hanya sah dilakukan sesudah Saie yang sempurna. Setelah bergunting bererti sesorang itu sudah bertahallul dari ihram umrah. Ia telah bebas dari larangan ihram.Sebaliknya jika bergunting atau bercukur sebelum sah tawaf dan Saie maka jemaah itu belum bertahallul lagi dan masih lagi dalam ihram. Ia dikenakan dam kerana kesalahan bergunting itu. Bercukur adalah lebih afdal.

5.TERTIBTertib di sini bererti melakukan rukun secara berurutan satu persatu. Turutannya adalah seperti berikut:Niat ihram > Tawaf > Sai'e > Bergunting >Tertib.Sesudah bergunting, jemaah sudah bebas dari sebarang larangan ihram atau dipanggil tahallul.WAJIB UMRAH

1. BERNIAT DI MIQAT2. MENINGGALKAN PERKARA LARANGAN IHRAM1. BERNIAT DI MIQATMaksud miqat di sini ialah tempat yang telah ditentukan syarak untuk berniat ihram. Ada dua jenis miqat yang yang terdapat dalam ibadah ini iaitu:

1. Miqat Makani(tempat) umrahMiqat Makani bermaksud sempadan terakhir untuk berniatSeseorang yang hendak menunaikan haji atau umrah mestilah berniat sebelum melintasi miqat makani atau sempadan tempat di mana ia hendak berniat ihram.

Baginda rasullulah menetapkan miqat haji dan umrah adalah seperti berikut:1. Zul Hulayfah / Bir Ali (450KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari arah Madinah.2. Juhfah (187KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari Mesir, Maghribi dan Syam.3. Yalamlam (89KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari Yaman.4. Qarn Manazil (94KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari arah Najd seperti Malaysia, Indonesia dan lain-lain.5. Zat Irq (94KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari arah Iraq, Iran dan lain-lain.

2. Miqat Zamani ( masa )

Miqat Zamani bermaksud sempadan masa untuk berniat umrah atau haji

Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang masa selama jemaah tidak dalam ihram haji. Ini bererti umrah boleh dibuat bila-bila masa sahaja2.MENINGGALKAN PERKARA LARANGAN DALAM IHRAMSelepas berniat di miqat, jemaah umrah diingatkan supaya menjaga larangan ihram, iaitu ada 13 perkara seperti yang berikut :

1. Tidak boleh menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki2. Tidak boleh memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum3. Tidak menutup muka bagi perempuan. 4.Tidak boleh memakai sarung tangan5.Tidak boleh memakai bau-bauan6. Tidak boleh memakai minyak rambut 7. Tidak boleh menanggalkan atau membinasakan rambut di anggota8. Ditegah mengerat, menebang atau mencabut pokok-pokok di tanah haram kecuali pokok yang mati kering9. Ditegah mengerat atau memotong kuku,10. Tidak boleh memburu binatang buruan yang halal dimakan sama ada di Tanah Halal atau Haram11.istimta 13. Tidak boleh aqad nikah secara ijab dan qabul untuk diri sendiri , menjadi wali, menjadi kadi, mewakili orang lain semasa akad nikah dan menjadi saksi12. Dilarang sama sekali bersetubuhKESIMPULANIbadat umrah mempunyai falfasah yang cukup besar dan hikmah yang banyak kepada hamba Allah. Antaranya umrah menggalakkan umat Islam mengunjungi Baitullah, iaitu kiblat yang sentiasa digamit atau dihimbau oleh kedua-dua tangan mukmin ketika mereka mengangkat takbiratul ihram.

Sekian Terima kasih