bentang kump 3 pengeluaran dan penggunaan

12
GGGE6453 : PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN KEPENTINGAN MEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN SISTEM KOMUNIKASI NURHUDA BT AHMAD – P84387 FARAH HANIN BT ZULKIPELI – P71502

Upload: uder-ahmad

Post on 11-Jul-2016

32 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bentang Kump 3 Pengeluaran Dan Penggunaan

GGGE6453 : PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN MEDIA

PENGAJARAN

KEPENTINGAN MEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN SISTEM KOMUNIKASI

NURHUDA BT AHMAD – P84387FARAH HANIN BT ZULKIPELI – P71502

Page 2: Bentang Kump 3 Pengeluaran Dan Penggunaan

GGGE6453 : PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN – KUMPULAN 3

MEDIA1. Media dikenali sebagai medium saluran komunikasi yang membawa

maklumat. Media di definisikan sebagai pelbagai alatan yang mampu menyampaikan mesej pengajaran.

2. Percival dan Elington (1984) mengetengahkan dua bentuk media iaitu media yang terdiri daripada pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan dan media yang terdiri daripada pelbagai saluran komunikasi massa. Bagi mereka radio, televisyen, dan surat khabar ialah media berbentuk saluran komunikasi, manakala filem, slaid, gambar, pita perakam dan alatan yang lain ialah media berbentuk alatan fizikal teknologi.

3. Sebelum bidang teknologi memainkan peranan yang besar dalam pengajaran, guru telah merupakan media utama dalam proses penyampaian maklumat kepada pelajar yang turut dibantu dengan bahan-bahan seperti buku teks, papan tulis dan kapur.

Page 3: Bentang Kump 3 Pengeluaran Dan Penggunaan

GGGE6453 : PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN – KUMPULAN 3

MEDIA4. Media terdiri daripada pelbagai jenis:-

a. Radiob. Televisyenc. Rakaman audiod. Gambar fotoe. Slaidf. Bahan-bahan bercetakg. Komputer.

5. Media pengajaran yang mendorong pembelajaran kendiri berbentuk bahan-bahan media yang disediakan oleh guru sendiri atau oleh pihak yang lain.

6. Media pengajaran ini membolehkan pelajar mengalami proses pembelajaran tanpa kehadiran guru, sebaliknya bahan-bahan media tersebut mengambil peranan guru.

Page 4: Bentang Kump 3 Pengeluaran Dan Penggunaan

GGGE6453 : PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN – KUMPULAN 3

MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN1. Tujuan penggunaan media pengajaran adalah untuk membantu para

guru dalam menyampaikan isi pengajaran supaya apa yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pelajar.

2. Media dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana penggunaan media pengajaran yang pelbagai dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru.

3. Antara jenis media dalam pengajaran dan pembelajaran ialah alat pandang, pandang-dengar, media bukan elektronik dan elektronik.

4. Kini, media pengajaran lebih berasaskan teknologi yang moden seperti projektor overhed, perakam kaset, televisyen dan video, komputer dan CD-ROM serta E-pembelajaran. Penggunaannya memberi kesan dalam pembelajaran berbanding alatan tradisional seperti papan tulis, kapur dan buku teks.

Page 5: Bentang Kump 3 Pengeluaran Dan Penggunaan

GGGE6453 : PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN – KUMPULAN 3

PROJEKTOR OVERHEAD

1. Projektor overhed atau OHP merupakan alatan moden yang terawal di dunia.

2. Peranan dan fungsi projektor overhed hampir menyerupai peranan dan fungsi papan tulis. Bahan pelajaran atau maklumat yang disediakan ditulis pada kepingan transparensi atau lut sinar.

Page 6: Bentang Kump 3 Pengeluaran Dan Penggunaan

GGGE6453 : PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN – KUMPULAN 3

PERAKAM KASET

1. Perakam kaset merupakan alat bantu mengajar digunakan sebagai sebahagian daripada kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran atau gabung jalin pengajaran topik-topik tertentu.

Page 7: Bentang Kump 3 Pengeluaran Dan Penggunaan

GGGE6453 : PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN – KUMPULAN 3

TELEVISYEN

1. Televisyen dan video adalah salah satu media pengajaran yang diketengahkan dalam pendidikan. Penggunaannya juga semakin meluas dan kian popular kerana ia mudah dikendalikan dan tidak membebankan para guru.

2. Pembelajaran melalui media ini mampu meningkatkan motivasi para pelajar terutama subjek-subjek yang memerlukan tayang secara secara langsung.

Page 8: Bentang Kump 3 Pengeluaran Dan Penggunaan

GGGE6453 : PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN – KUMPULAN 3

KOMPUTER

1. Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia juga sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data.

2. Persediaan terlebih supaya dahulu, hal yang tidak dijangka dapat dielakkan seperti komputer rosak atau bekalan elektrik terputus. Pengendalian yang lancar dan penyampaian yang menarik akan dapat menarik minat pelajar.

Page 9: Bentang Kump 3 Pengeluaran Dan Penggunaan

GGGE6453 : PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN – KUMPULAN 3

CD-ROM

1. CD-ROM merupakan singkatan daripada Read Only Memory iaitu cakera padat ingatan baca. CD-ROM atau cakera padat mempunyai ketumpatan perakam yang tinggi, dengan storan yang lebih besar.

2. Kandungan CD yang lebih interaktif dan menarik dapat menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 10: Bentang Kump 3 Pengeluaran Dan Penggunaan

GGGE6453 : PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN – KUMPULAN 3

FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN1. Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran bukan

sahaja untuk meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap pengajaran guru, malah penggunaan media dapat mengatasi pelbagai kekangan guru dalam menguruskan pengajaran di bilik darjah.

2. Penggunaan media pada masa ini mampu mempenuhi pelbagai tuntutan dalam pendidikan memandangkan pendidikan pada hari ini bukan hanya terbatas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, bahkan matlamat pendidikan lebih luas dan menyeluruh. Antara matlamat pendidikan ialah untuk menghasilkan masyarakat yang memiliki pengetahuan keupayaan dalam mereka cipta dengan menggunakan kreativiti disamping mampu bersaing dengan pelbagai kemajuan dalam sains teknologi dan ledakan maklumat.

Page 11: Bentang Kump 3 Pengeluaran Dan Penggunaan

GGGE6453 : PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN – KUMPULAN 3

KEPENTINGAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEPENTINGAN MEDIA DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

MEDIA DALAM PENDIDIKAN KHAS

MEDIA PENYEBAR ILMUPEMBANTU GURU

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Page 12: Bentang Kump 3 Pengeluaran Dan Penggunaan

SEKIAN, TERIMA KASIH