kuliah 1 pendidikan untuk murid keperluan khas 1... · 3. menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis...

13
1 KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS HASIL PEMBELAJARAN Pelajar dapat: 1. Menjelaskan konsep kanak-kanak berkeperluan khas 2. Menerangkan definisi dan konsep Pendidikan Khas. 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1 Apakah perbezaan antara ‘murid berkeperluan khas’ dengan ‘murid kurang upaya’ daripada segi konsep dan ciri? Pada pendapat anda mengapakah program pendidikan khas perlu diwujudkan di negara ini? Rumuskan definisi Pendidikan Khas. Apakah perbezaan dan persamaan antara program Pendidikan Khas dengan program pendidikan biasa? KEPELBAGAIAN ISTILAH BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Kanak-kanak luar biasa (exceptional children) Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa; merangkumi mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa. Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities) Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children) Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan persekitaran. Kanak-kanak berisiko (at risk children) Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.

Upload: nguyenkien

Post on 31-Jan-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS 1... · 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1

1

KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat:

1. Menjelaskan konsep kanak-kanak berkeperluan khas

2. Menerangkan definisi dan konsep Pendidikan Khas.

3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia.

Latihan 1.1

• Apakah perbezaan antara ‘murid berkeperluan khas’ dengan ‘murid kurang upaya’

daripada segi konsep dan ciri?

• Pada pendapat anda mengapakah program pendidikan khas perlu diwujudkan di

negara ini?

• Rumuskan definisi Pendidikan Khas.

• Apakah perbezaan dan persamaan antara program Pendidikan Khas dengan

program pendidikan biasa?

KEPELBAGAIAN ISTILAH BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak luar biasa (exceptional children)

• Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa; merangkumi mereka yang

mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan

pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities)

• Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan

secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau

ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan

mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa.

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children)

• Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau

kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan persekitaran.

Kanak-kanak berisiko (at risk children)

• Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang

besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas

biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.

Page 2: KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS 1... · 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1

2

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

• Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama

golongan kanak-kanak khas, tetapi perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat,

terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal

pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang

dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

• Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan

keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah

penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran

dan pintar cerdas.

• Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan

kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan

pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental

skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan

ketidakupayaan individu.

• “Special education means specially designed instruction that meets the unusual

needs of exceptional children.” (Hallahan & Kauffman, 1994)

• "...Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-

keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK

menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam

kurikulum yang standardize atau biasa."

(Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999)

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS:

" Pendidikan khas di Malaysai adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan

yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan

menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan

peroduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”

OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS

• Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan

keperluan khas

• Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan

keperluan khas

• Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan

keperluan khas

• Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan

terkini

Page 3: KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS 1... · 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1

3

• Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan

khas

CIRI-CIRI ‘KHAS’ PENDIDIKAN KHAS

1. Guru-guru terlatih khas

2. Pendekatan pelbagai disiplin

3. Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education Programme)

4. Kurikulum yang khas

5. Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka pendek.

6. Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran

7. Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian yang sesuai

8. Kaedah pengajaran yang khas

9. Kaunseling ibu bapa

KHIDMAT YANG DISEDIAKAN OLEH KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN

PEMBANGUNAN MASYARAKAT (Maklumat Pendidikan Khas 2007)

• Cacat fizikal yang teruk

• Rencatan akal sederhana dan teruk

• Pelbagai kecacatan dan

• Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-

sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian

Pendidikan Malaysia adalah:

• Sindrom Down

• Autisme ringan

• Attention Deficit Hyperaktif Disorder

• Terencat akal minimum

• Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)

KONSEP PROGRAM KHAS MENURUT AKTA PENDIDIKAN 1996

Program Khas bererti:

1. Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang mempunyai

kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.

2. Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid yang

mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah

pembelajaran; dan

3. Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh

menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa.

Konsep Sekolah Khas menurut Akta Pendidikan 1961

• Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk

murid-murid yang kurang upaya.

Page 4: KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS 1... · 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1

4

Latihan 1.2

• Siapakah yang layak mengikuti program pendidikan khas di sekolah penuh kerajaan?

• Jelaskan konsep “least restricted environment”.

• Beri penerangan ringkas tentang:

a. sekolah khas

b. program pendidikan khas integrasi

c. Pendidikan inklusif

SENARIO PENDIDIKAN KHAS

Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab

Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan

penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah

pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap

boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang

merangkumi:

• Kanak-kanak Down Syndrom

• Kanak-kanak Autistik Ringan

• Kanak-kanak kurang keupayaan mental

• Kanak-kanak bermasalah emosi

• Kanak-kanak bermasalah kesihatan

• Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan

1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan

Pemulihan Khas bagi kanak-kanak lembam (slow learner).

Syarat Penyertaan Program Khas:

Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak yang boleh dididik

adalah layak untuk mengikuti program khas, kecuali mereka yang:

(a) cacat angota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa

(b) mempunyai pelbagai kecacatan atau yang mengalami kecacatan anggota yang

terlalau serius, atau yang terencat akal yang berat (homes/hospital/bawah JKM). Jadi

murid berkeperluan khas adalah mereka yang boleh dididik jika mereka mampu mengurus

diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh panel yang

terdiri daripada : pengamal perubatan, pegawai dari kementerian pendidikan dan pegawai

dari JKM sebagai berupaya mengkuti program pendidikan kebangsaan.

Page 5: KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS 1... · 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1

5

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPM

• Dikendalikan oleh:

i. J.P. Khas (JPK)

ii. J.P. Negeri (JPN)

iii. J.P. Teknikal (JPT)

• 3 jenis program:

1. Sekolah Pendidikan Khas (SPK)

2. Program Inklusif

3. Program Pendidikan Khas Integrasi

STRUKTUR PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 bertanggungjawab untuk:

• merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah,

• merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi

(percantuman),

• merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang

pendidikan yang seimbang, khidmat Bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan

khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas

• merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas,

• menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas,

• menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan

• menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS

Page 6: KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS 1... · 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1

6

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Program pendidikan khas bererti (AKTA PENDIDIKAN 1996)

1. Satu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai

kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.

2. Satu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai

kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran;

dan

3. Satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang

boleh menghadiri kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa.

JENIS PROGRAM PENDIDIKANKHAS:

(1) SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK)

• Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK)

• Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid bermasalah

pendengaran dan penglihatan (rendah dan menengah).

(a) Prasekolah

• Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

- berumur tidak kurang dari lima (5) tahun

- disahkan oleh pengamal perubatan

- boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Page 7: KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS 1... · 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1

7

(b) Pendidikan Rendah

• Syarat kemasukan murid ke Program PendidikanKhas Kementerian Pendidikan

Malaysia ialah:

berumur 6+ hingga 14+ tahun

Tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun

maksimum)

disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan

orang lain.

Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan & pendengaran)

mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Mereka

akan menduduki UPSR semasa Tahun Enam.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah

termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM50

sebulan (bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU).

Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti

kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif

(c) Pendidikan Menengah

• Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan

Malaysia ialah:

berumur 13+ hingga 19+ tahun

Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun

maksimum)

disahkan oleh pengamal perubatan

boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional.

Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti pendidikan

menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program

Pendididkan Khas Integrasi atau di Sekolah Pendidikan Khas (contoh: SMPK

Persekutuan Pulau Pinang atau SMPK Setapak)

Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) spt murid di

arus perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti

Program Khas Integrasi menengah dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian

mereka di peringkat sekolah.

Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk

meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Murid

bermasalah penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya mengambil STPM

bagi yang layak.

Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah

menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan

Khas Integrasi.

Page 8: KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS 1... · 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1

8

BILANGAN SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS MENGIKUT KATEGORI KETIDAKUPAYAAN DI BAGI TAHUN 2010

Kategori Prasekolah & Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah

Masalah Penglihatan + 28 (+ 1 kelas BP) 4 (+23 kelas BP) 32 Masalah Pendengaran Nota: BP-Bermasalah Pembelajaran;

Sekolah Menengah: SMPK Setapak, SMPK Persekutuan, SMPVK Shah Alam (ada 8 kelas BP), & SMPVK Indahpura (ada 15 kelas BP)

Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

JUMLAH KELAS MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS MENGIKUT KATEGORI

KETIDAKUPAYAAN DI SEKOLAH KHAS BAGI TAHUN 2010

Kategori Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah

Masalah Penglihatan 5 49 22 76 Masalah Pendengaran 22 263 51 336 Masalah Pembelajaran 1 17 23 41

Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

(d) Pendidikan Pasca Menengah

Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid bemasalah

pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-

kursus teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen.

Politeknik yang terlibat ialah:

Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Politeknik Johor Bharu

Politeknik Shah Alam

Kursus yang ditawarkan ialah:

Penyelenggaraan mekanikal

Awam Pembinaan

Rekaan dan Fesyen dan Pakaian

Hotel dan Ketering

Rekabentuk grafik

Page 9: KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS 1... · 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1

9

(2) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

• Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan.

• Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap

yang minimum (LRE).

• Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat

bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.

• Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah

teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara

pengasingan dan separa inklusif.

Page 10: KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS 1... · 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1

10

Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi

PERKEMBANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MENGIKUT KATEGORI KETIDAKUPAYAAN TAHUN 2010

Kategori Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah

Masalah Penglihatan - 27 25 52 Masalah Pendengaran - 66 50 116 Masalah Pembelajaran 144 1,089 532 1,785

Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

PERKEMBANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MENGIKUTI BILANGAN MURID KETIDAKUPAYAAN TAHUN 2010

BIL MURID Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah

Masalah Penglihatan - 169 292 461 Masalah Pendengaran - 531 859 116 Masalah Pembelajaran 665 25,038 15,331 41,034

Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL

Ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, manakala JPK bertanggungjawab

terhadap perkara-perkara berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

Murid bermasalah pendengaran yang memilih aliran vokasional atau elektif mata

pelajaran vokasional (MPV) boleh meneruskan pelajaran di sekolah menengah

pendidikan khas atau sekolah menengah teknik.

(a) Pendidikan Teknik dan Vokasional di SPK Tahun 2010

1. SMPK Persekutuan Pulau Pinang (bermasalah pendengaran)

2. SMPKV Shah Alam (bermasalah pendengaran & bermasalah pembelajaran)

3. SMPKV Indah pura, Kulai, Johor (bermasalah penglihatan, bermasalah

pendengaran & bermasalah pembelajaran

4. SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu (bermasalah pendengaran)

5. SMK Dato’ Patinggi Haji Abdul Gapor, Kuching, Sarawak (bermasalah pendengaran)

6. SMK Tunku Ampuan Durrah, N. Sembilan (bermasalah pendengaran)

(b) Pendidikan Khas Integrasi Teknik dan Vokasional

- Untuk murid PK bermasalah pendengaran

- Sekolah-Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tahun 2010:

1. SMT Jalan Stadium

2. SMV Kerian, Perak

3. SMV Batu Pahat, Johor

4. SM Teknik Tanah Merah, Kelantan

5. SMT Keningau, Sabah

Page 11: KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS 1... · 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1

11

PENTAKSIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS

Semua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan menduduki

peperiksaan awam spt UPSR, PMR, SPM, dan STPM (pasca menengah)

Bagi murid yang mengikuti kurikulum alternatif:

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV): menduduki penilaian Standard

Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan boleh ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia.

Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas: akan mengikuti

penilaian berasaskan sekolah dan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas

Vokasional.

(3) PROGRAM INKLUSIF (PI)

Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid

berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.

Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: “…satu program pendidikan inklusif bagi

murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa

bersama-sama dengan murid-murid biasa.

Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada

tahun 2000 iaitu: “6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan

khas di sekolah biasa.”

• Ditadbir oleh JPN

• Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh

guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.

• Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan

seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan

hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak

kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996)

• Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di

samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa

mengambil kira perbezaan individu.

• Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid

khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh.

• Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid

berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.

• Terdapat 2 jenis PI:

Inklusif Penuh

Inklusif Separa/Separuh Inklusif

• Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting. 6 Rendah di

SM. Methodist (L), KL.

• 1994- Pembukaan kelas PI secara projek perintis di 14 buah sekolah di seluruh

negara (pemilihan pelajar adalah melalui program percantuman/sekolah khas, 2

atau 3 orang dalam 1 sekolah).

• 1998- 53 buah sekolah rendah; 10 buah sekolah menengah

• 1999- Jab. Teknikal melaksanakan Inklusif penuh untuk pelajar Masalah

Pendengaran (24 orang di 11 S.M. Teknik/ Vokasional).

Page 12: KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS 1... · 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1

12

• 2000- diubahsuai kepada separa inklusif, program diluaskan kepada murid Masalah

Pembelajaran di S.M. Teknik/vokasional.

• 3 buah Politeknik melaksanakan Inklusif bagi pelajar Masalah Pembelajaran pada

Jun 2000.

(4) PROGRAM PEMULIHAN KHAS

• Merupakan program yanG disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi

masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas

membaca, menulis, dan mengira (3M). Murid yang telah dikesan dan dikenal pasti

sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti

Program Pemulihan Khas. Program ini berada di hampir semua sekolah rendah.

Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu

(PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M 1 (murid Tahun 1), IPP3M2

(murid Tahun 2), dan IPP3M 3 (murid Tahun 3). Pendekatan pengajaran dan

pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara

(withdrawal)

(5) PROGRAM BERMASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA

KPM mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia sebagai

murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa

tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan

menulis.

Syarat kemasukan ke program ini:

- murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1

sekurang-kurangnya 6 bulan,

- murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah

atau pemulihan khas,

- keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)

menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan

mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan.

Program rintis disleksia dilaksanakan pada tahun 2004:

- 2 buah sekolah di setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3

buah)

- sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan

- jumlah: 31 buah

Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan Khas Integrasi

melalui kelas khas, pendekatan separa inklusif atau pengasingan

Page 13: KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS 1... · 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1

13

RUJUKAN

Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007. Kementerian Pelajaran Malaysia

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan khas Dan pemulihan : bacaan asas.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Data Pendidikan Khas 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia

Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children (7th

ed.). Boston: Allyn and Bacon.