kuih bulan

13
1.0 Pendahuluan Terdapat tiga kaum di Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga kaum ini mempunyai makanan tradisional mereka sendiri yang melambangkan identiti kaum masing-masing. Jika bercakap tentang makanan tradisional, selalunya ia dihidangkan sewaktu hari perayaan seperti Hari Raya AidilFitri bagi orang Melayu, Kaum Cina pula adalah ketika Hari Raya Cina manakala Kaum India pula pada hari Deepavali. Ada di antara makanan tradisional ini yang bukan hanya popular di kalangan kaum-kaum tertentu sahaja bahkan ada yang begitu popular di seluruh negara. Makanan tradisional bagi kaum melayu adalah Nasi lemak, lemang, belacan, rendang, dan lain-lain. Nasi Lemak merujuk kepada nasi yang dimasak menggunakan santan kelapa bagi menambahkan rasa lemaknya dan ia amat digemari oleh masyarakat di Malaysia. Nasi lemak sering dimakan di waktu pagi sebagai sarapan. Lemang pula sering ada semasa hari-hari perayaan tertentu. Ia amat disukai oleh ramai orang. Lemang sering dimakan dengan rendang atau serunding. Selain daripada nasi lemak dan lemang tidak lupa juga dengan sambal belacan yang menjadi kegemaran orang melayu. Dodol juga merupakan salah satu daripada makanan tradisional kaum melayu. Bagi makanan tradisional kaum Cina pula ialah Dim Sum, Char kway Teow, Nasi Pulut, Chee Cheong Fun dan lain-lain lagi. Pertama sekali Dim Sum adalah masakan orang cina yang dihidangkan pada waktu pagi hingga tengahari di kedai-kedai makan cina atau

Upload: mauna-sugumaran

Post on 08-Dec-2015

644 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Kuih bulan

TRANSCRIPT

Page 1: Kuih bulan

1.0 Pendahuluan

Terdapat tiga kaum di Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

Ketiga-tiga kaum ini mempunyai makanan tradisional mereka sendiri yang

melambangkan identiti kaum masing-masing. Jika bercakap tentang makanan

tradisional, selalunya ia dihidangkan sewaktu hari perayaan seperti Hari Raya AidilFitri

bagi orang Melayu, Kaum Cina pula adalah ketika Hari Raya Cina manakala Kaum India

pula pada hari Deepavali. Ada di antara makanan tradisional ini yang bukan hanya

popular di kalangan kaum-kaum tertentu sahaja bahkan ada yang begitu popular di

seluruh negara.

Makanan tradisional bagi kaum melayu adalah Nasi lemak, lemang, belacan,

rendang, dan lain-lain. Nasi Lemak merujuk kepada nasi yang dimasak menggunakan

santan kelapa bagi menambahkan rasa lemaknya dan ia amat digemari oleh

masyarakat di Malaysia. Nasi lemak sering dimakan di waktu pagi sebagai sarapan.

Lemang pula sering ada semasa hari-hari perayaan tertentu. Ia amat disukai oleh ramai

orang. Lemang sering dimakan dengan rendang atau serunding. Selain daripada nasi

lemak dan lemang tidak lupa juga dengan sambal belacan yang menjadi kegemaran

orang melayu. Dodol juga merupakan salah satu daripada makanan tradisional kaum

melayu.

Bagi makanan tradisional kaum Cina pula ialah Dim Sum, Char kway Teow, Nasi

Pulut, Chee Cheong Fun dan lain-lain lagi. Pertama sekali Dim Sum adalah masakan

orang cina yang dihidangkan pada waktu pagi hingga tengahari di kedai-kedai makan

cina atau di kedai khas Dim Sum sendiri. Char kway Teow dan nasi pulut cina atau

nama cinanya ialah Zhong Zi bukan sahaja menjadi makanan tradisi orang cina bahkan

turut digemari oleh masyarakat lain juga. Chee Cheong Fun atau nama lainnya ‘rice

noodle roll’ ialah sejenis makanan Kantonis berasal daripada Cina Selatan dan Hong

Kong.

Selain daripada makanan tradisional daripada kaum Melayu dan makanan

tradisional kaum Cina, kaum India juga tidak ketinggalan dengan makanan tradisional

mereka yang turut menjadi kegemaran oleh kaum-kaum lain seperti Muruku, Tosai, Idli,

Nasi Beriani dan macam-macam lagi. Nasi beriani ada beberapa jenis seperti nasi

beriani gam yang turut digemari oleh bangsa lain. Selain itu, kuih muih India seperti

Page 2: Kuih bulan

vadai, muruku dan suji juga merupakan makanan tradisional kaum India. Roti Canai

yang disukai oleh kaum India turut disukai oleh masyarakat lain di Malaysia.

2.0 Isi

2.1 Jenis makanan

Makanan yang saya pilih untuk kerja kursus ini adalah kuih bulan. Kuih bulan amat

sinonim dengan perayaan Pesta Tanglung. Perayaan ini akan disambut dengan kuih

bulan kerana kuih ini merupakan salah satu hidangan istimewa pada hari tersebut. Kuih

bulan tradisional diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau

adunan biji teratai, ataupun kuning telur masin dan kuih ini akan dibakar menggunakan

ketuhar.

Kuih Bulan telah dimodenkan dengan pelbagai warna dan adunan dengan pelbagai

perisa seperti pandan, durian, keladi dan macam-macam lagi. Terserempak juga kuih

bulan yang dibuat dalam bentuk ais krim dan agar-agar dengan pelbagai warna dan

bentuk tetapi masih mengekalkan konsep bulat seperti bulan. Kuih bulan bertemakan

‘Angry Birds’ pun ada di pasaran hari ini. Itulah penangan arus kemodenan. Kuih Bulan

yang halal boleh juga dinikmati pelbagai bangsa dan ramai juga kawan saya berbangsa

Melayu dan India minat makan kuih bulan. Harga kuih bulan sudah makin tinggi dan

Page 3: Kuih bulan

dikatakan kalau ada lebih intinya seperti kuning telur masin maka kini mencecah

puluhan ringgit.

2.2 Sejarah / latar belakang

Asal usul perayaan Kuih Bulan mula diperkenalkan semasa Pesta Menuai di Dinasti

Zhou. Sambutan ini diteruskan di istana semasa pemerintahan Dinasti Tang. Kuih Bulan

dihantar sebagai buah tangan kepada kaum keluarga dan sahabat handai amat

digalakkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sejarah perayaan Kuih Bulan

bukan sahaja dengan makan kuih bulan dan perarakan tanglung tetapi semangat

perpaduan dan perjuangan yang tinggi dalam dua peristiwa yang berlaku.

Perayaan Kuih Bulan sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam

memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah

pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam. Kekejaman dalam pemerintahan

Mongol memaksa pihak Ming bersepakat untuk memberontak memperjuangkan dinasti

mereka.

Maharaja pada masa itu akan berdoa terhadap bulan agar keluarga bersatu padu

dan kedamaian negara dijamin. Amalan ini diteruskan semasa Dinasti Song disambut

oleh raja dan rakyat seluruh negara dan diwariskan hingga kini. Terdapat sejarah dan

mitos yang amat menarik sinonim dengan perayaan Kuih Bulan. Sebelum kita berbicara

tentang sejarah dan mitosnya, kita kenali Kuih Bulan sebagai satu hidangan istimewa

pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang

merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin.

Pemimpin Xhu Yuan Zhang dan pengikutnya, Liu Bo Wen telah menyelitkan

sepucuk nota ke dalam kuih bulan kepada rakyat. Mesej yang diselit menerangkan cara-

cara dan pesanan untuk rakyat bersatu menentang puak Mongol yang menindas

mereka selama ini. Pemberontakan berjaya maka kuih bulan menjadi makanan

kebanggaan dan simbol perjuangan keadilan dan juga dikenali sebagai perayaan

Pertengahan Musim Luruh.

Page 4: Kuih bulan

Pernahkah anda dengar tentang Permaisuri Chang Er di bulan? Apa kata kita cuba

fokuskan penglihatan kita betul-betul terus kepada bulan pada 30 September ini. Ada

tak bayangan dewi di dalam bulan? Benar atau tidak itulah mitos perayaan Kuih Bulan

dengan cerita dongeng bahawa pada zaman purba, terdapat sepuluh buah matahari di

langit. Sepuluh buah matahari menyebabkan cuaca yang terlalu terik dan menyebabkan

rakyat hidup dalam kepanasan yang boleh membawa maut.

Semasa Zaman Dinasti Xia (2070 hingga 1600 Sebelum Masihi) seorang raja

bernama Hou Yi ialah Raja Negeri Youqiong merupakan pahlawan yang gagah dan

pandai memanah. Baginda disanjung kerana ada kuasa misteri dan berjaya memanah

sembilan daripada sepuluh buah matahari itu. Rakyat jelata amat gembira dan memuja

Hou Yi yang menyelamatkan mereka daripada ancaman maut. Hou Yi mempunyai isteri

yang jelita bernama Chang Er.

Hou Yi telah dihadiahkan ubat panjang umur oleh Permaisuri di Langit iaitu 'Wang

Muniangniang'. Ubat panjang umur tersebut akan mengurniakan seseorang yang

memakan ubat itu menjadi dewa atau dewi di kayangan. Hou Yi yang terlalu sayangkan

permaisurinya tidak sanggup makan ubat panjang umur dan menyerahkan ubat tersebut

untuk disimpan Chang Er. Peristiwa itu ternampak oleh Peng Meng, seorang pengikut

Ketika Hou Yi keluar, Peng Meng telah memaksa Chang Er memberikan ubat

panjang umur itu kepadanya. Chang Er mengetahui bahawa Peng Meng tidak jujur dan

akan melakukan sesuatu kepada rakyat jelata jika menjadi dewa dan Chang Er terpaksa

makan ubat tersebut untuk mengelakkan Peng Meng makan ubat panjang umur yang

mempunyai agenda yang tersembunyi.

Chang Er terpaksa menelan ubat panjang umur kerana tidak mampu melawan Peng

Meng dan akhirnya terus terbang dari bumi ke bulan dan menjadi dewi. Sekembalinya

Hou Yi ke istana, para dayang menceritakan segalanya kepada kepada Hou Yi namun

nasi sudah menjadi bubur. Chang Er telah pergi selama-lamanya menjadi dewi bulan.

Hou Yi berasa amat sedih, lalu menyeru permaisurinya di bulan kerana terlalu

merinduinya. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang.

Bayang permaisurinya yang bergerak di bulan pun dapat dilihatnya dengan jelas.

Page 5: Kuih bulan

Setiap hari, Hou Yi berdoa untuk permaisurinya Chang Er di bulan dengan

meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya di tempat tertentu seperti bak

kata pepatah "pungguk rindukan bulan". Dewi Chang Er menjadi pujaan rakyat di atas

kesanggupannya menelan ubat tersebut daripada jatuh ke tangan Peng Meng yang

mempunyai agendanya tersendiri. Rakyat jelata juga beramai-ramai berdoa dengan

meletakkan pelbagai jenis makanan, semoga Chang Er di bulan dapat memberikan

kesejahteraan dan keamanan kepada rakyatnya.

Doa yang dilakukan beramai-ramai oleh kaum Cina akhirnya menjadi tradisi pada

hari ke-15, bulan 8 menurut kalendar Cina. Akhirnya, menjadi perayaan dan tradisi

rakyat China terhadap kesetiaan Dewi Chang Er yang berkorban demi rakyat dan

negaranya. Sedih tetapi penuh dengan kesedaran yang boleh dijadikan pengajaran.

Terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza-beza tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan

di China, tetapi makan kuih bulan merupakan satu perkara yang paling penting dalam

Pesta Kuih Bulan ini.

2.3 Adat / Pantang larang

Setiap jenis makanan tradisional sudah tentu mempunyai adat atau pantang larang

tertentu. Ia adalah dikaitkan dengan warisan ataupun budaya sesuatu masyarakat.

Perkara ini berkait rapat dengan kuih bulan sekali. Pada malam 15 haribulan bulan 8

menurut kalendar China, anggota keluarga akan berkumpul dan bersama-sama

menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil makan kuih bulan yang

enak diterangi tanglung-tanglung untuk melihat Permaisuri Chang Er. Pelbagai cara

etnik China merayakan Pesta Kuih Bulan ini juga berbeza-beza namun niatnya tetap

sama untuk memperjuangkan keamanan dan mengeratkan perpaduan. Sambutlah

perayaan yang bermakna ini bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama. Kita

menikmati Kuih Bulan, buah-buahan dan teh serta bermain tanglung bersama keluarga.

Setiap peristiwa yang berlaku ada sejarahnya perlu diingati dan dijadikan iktibar dan

mitos dan legenda boleh dipelajari dan sebagai satu tradisi kebanggaan kaum Cina

hingga ke anak cucu kita. Namun kesukaan masyarakat masih kepada perisa asli Kuih

Page 6: Kuih bulan

Bulan kerana yang asli itulah yang mengungkap seribu persoalan dan menjawab

ketulenan sebenar sejarah, mitos dan legenda Kuih Bulan.

Pesta Kuih Bulan diraikan pada hari ke-15 dalam bulan lunar kelapan, ia juga

dikenali sebagai Zhongqiujie (Perayaan Pertengahan Musim Luruh). Kanak-kanak amat

gembira pada Zhongqiujie kerana mereka bukan sahaja dapat makan kuih bulan,

bahkan mereka boleh membawa tanglung (lantern) bersama-sama rakan-rakan mereka.

Zhongqiujie adalah satu hari di mana seisi keluarga dapat berkumpul dan menikmati

bulan purnama yang cantik. Pada malam itu, ada keluarga Cina menyembah Chang’e

dengan buah-buahan dan kuih bulan. Sambil menyembah dewi bulan, seisi keluarga

sambil berbual-bual sambil makan kuih bulan, buah limau bali, benih tembikai, dan

kacang. Orang tua akan menceritakan cerita dongeng Chang’e kepada generasi muda

dan kanak-kanak bersuka-ria membawa tanglung. Ahli-ahli keluarga dapat

mempereratkan lagi perhubungan di antara mereka di dalam suasana yang sebegini.

2.4 Kepercayaan

Menurut kepercayaan orang-orang Tionghua yang telah wujud beribu-ribu tahun

lampau ialah amalan meletakkan kuih bulan di altar (tempat orang Tionghua

menunjukkan tanda ingat dan hormat kepada datuk nenek mereka) pada malam kelima

belas perayaan pesta bulan adalah sebagai mewujud-kan keharmonian di antara

manusia dan bulan. Kuih Bulan pula mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua

beberapa ribu tahun lampau ialah sebagai tanda arah kepada tetamu dan roh-roh datuk

nenek moyang mereka yang telah pergi lebih awal, menunjuk mereka arah ke pesta

yang diadakan. Selepas tamat jamuan lima belas hari itu, roh-roh itu akan ditunjuk arah

pulang ke dunia mereka melalui lampu-lampu tanglung yang digantung. Memang diakui

bahawa kepercayaan masyarakat Tionghua berhubung perayaan Kuih Bulan dan

Tanglung sudah menjadi sebahagian dari bahan sejarah dan kepercayaan dongeng

yang tidak terdapat di kalangan masyarakat Tionghua hari ini.

Perayaan Kuih Bulan dan Tanglung yang dirayakan oleh masyarakat Tionghua hari

ini adalah suatu pesta budaya yang lebih bercorak komersial. Unsur-unsur kepercayaan

dongeng seperti mana yang tercatat dalam bahan sejarah itu sudah tidak wujud lagi.

Biarpun begitu, sambutan perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung mempunyai susur

jalur yang berdasar-kan kepercayaan agama dan amalan keagamaan Budha. Perayaan

Page 7: Kuih bulan

ini mempunyai implikasi keagamaan dan hanya berubah wajah menjadi pesta budaya

dengan peredaran masa dan zaman seperti di Malaysia hari ini.

2.5 Cara Membuat

BAHAN KULIT :-)

300 g tepung berprotein rendah

220 g sirap kencana

60 g minyak kacang tanah

1/2 camca teh alkaline water ( air abu)

BAHAN LAIN :-)

Inti kuih bulan secukupnya (guna perisa pandan)

30 g kuaci (tanpa kulit) dipanggang hingga kekuningan

1 kuning telur + 3 titik kicap pekat, kacau rata

Page 8: Kuih bulan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KULIT :- Satukan sirap kencana, minyak kacang tanah dan alkaline

water, kacau hingga semua sebati. Ayak tepung atas papan pencanai, buat

lubang di tengah-tengah tepung tadi dan tuang bancuhan sirap kencana. Gaul

rata dengan tepung sehingga menjadi doh yang lembut dan tidah melekat di

tangan. Tabur sedikit tepung, jika perlu. Tutup doh tadi dengan tuala lembap dan

biar 30 minit.

2. UNTUK INTI :- Gaul inti tadi bersama dengan kuaci panggang hingga rata.

Kemudian bahagikan inti tadi kepada 24 bahagian sama besar (30g setiap

bahagian), bulat-bulatkan.

3. UNTUK KUIH BULAN :- Doh tadi dibahagi kepada 24 bahagian sama besar

(kurang lebih 25 - 30 g, setiap bahagian). Tabur sedikit tepung pada tapak

tangan, ambil 1 bahagian kulit, leparkan dan letak 1 bahagian inti, kemudian

balut inti tadi dengan kulit, kemaskan. Tabur sedikit tepung pada kuih bulan dan

masukkan ke dalam acuan khas. Tekan perlahan acuan tadi sehingga kuih bulan

padat dan menghasilkan bentuk sekata. Alih ke dalam dulang pembakar yang

telah diatas kertas minyak. Buat hingga siap.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 10 minit.

Keluarkan kuih dan sapu permukaannya dengan bancuhan kuning telur + kicap

Page 9: Kuih bulan

pekat tadi. Sambung membakar selama 8 - 10 minit lagi. Bila kuih bertukar

kuning keemasan, keluarkan dari oven. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

Biarkan kuih 2 - 3 hari untuk mendapatkan kulit yang lembap.

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum

dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara

tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui

keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula

mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk merasa.

Selain itu, berdasarkan kajian mengenai makanan pelbagai bangsa ini turut

menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Melaka melalui

makanan. Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai variasi makanan kaum di

Melaka dengan melihat kajian kaji selidik. Kesimpulan yang didapati dalam kerja kursus

ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap kaum masih di

tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat memainkan peranan dan

semangat perpaduan di kalangan kaum.

Berdasarkan kerja kursus, menunjukkan bahawa kajian terhadap perpaduan kaum

terhadap makanan membawa kepada perkara positif. Oleh itu, pendedahan mengenai

makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas

Page 10: Kuih bulan

supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan

makanan-makanan tradisi masyarakat yang ada di Malaysia. Kerajaan juga perlu

memainkan peranan dengan membuat kempen dan pesta makanan malaysia yang

dapat membantu masyarakat lebih mengenali makanan pelbagai kaum ini. Makanan

masyarakat di Malaysia juga bukan sahaja boleh diperkenal di peringkat tempatan

malah perlu di luar negara supaya masyarakat membuka mata dan merasa bangga

dengan kepelbagaian makanan yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum.

 http://makanantradisional-whitley-cina.blogspot.com/.

 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/1556-makanan-cina.html.

 http://makanantradisional-whitley-cina.blogspot.com/.