kriteria pemilihan aktiviti pendidikan jasmani

Upload: mamababah

Post on 02-Mar-2016

111 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

daa

TRANSCRIPT

SRI RAHAYU BT MUKLAS 780720055262

PJM3103E

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani sama juga dengan mata pelajaran lain, memerlukan perancangan yang teliti dan teratur untuk manghasilkan penyampaian yang berkesan. Terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambil kira untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor yang terlibat adalah seperti berikuta. Infrastrukur /Kemudahan Kepakaran Gurub. Peralatanc. Kewangand. Sosio budaya tempatane. Pentadbiran

1. Infrastruktur dan kepakaran guruKedudukan Sekolah di kawasan bandar, Kewujudan pertubuhan tertentu di bandar secara tidak langsung yang ada. Di kawasan bandar terdapat persatuan- persatuan yang diiktiraf oleh badan-badan kebangsaan yang membolehkan guru mengambil bahagian untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka untuk mengajar sesuatu. Manakala kawasan luar bandar yang agak terhad kerana kepakaran di kalangan guru dan orang luar amat kurang sekali. Penglibatan mereka dalam gerak kerja kokurikulum sangat sedikit kerana mereka sibuk dengan tugas menyara hidup. Kegiatan-kegiatan luar kelas juga terhad dan secara tidak langsung mengehadkan penyertaan murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti fizikal

2. PeralatanPerkara yang sama penting semasa membuat perancangan aktiviti Pendidikan Jasmani ialah aspek peralatan. Alatan-alatan yang dipilih mestilah cukup untuk bilangan pelajar semasa melaksanakan aktiviti, selamat untuk digunakan dan sesuai dengan tahap kebolehan dan umur pelajar. Peralatan yang tidak sesuai adalah merbahaya kepada pelajar.

3. Kedudukan kewangan sekolahFaktor kewangan amat penting dan sangat mempengaruhi pemilihan aktiviti Pendidikan jasmani.Sekolah yang mempunyai masalah kewangan biasanya menghadapi masalah dari segi kemudahan dan peralatan juga. Dengan ketiadaan atau kekurangan kemudahan dan peralatan ia akan menjejaskan perancangan.

4. Sosio budaya tempatanSemasa membuat pilihan aktiviti Pendidikan Jasmani, guru-guru perlu peka dengan sosio budaya tempatan. Aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mengikut atau bersesuaian dengan sosio budaya tempatan. Langkah ini penting untuk menentukan pihak sekolah mendapat sokongan daripada pihak masyarakat tempatan dan ibubapa.

5. Pihak pentadbiranSeperti yang diketahui faktor kepakaran guru, kedudukan kewangan dan prasarana memainkan peranan yang penting untuk menentukan pilihan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah.Tetapi tidak dapat dinafikan pihak yang akan mempengaruhi keputusan yang di buat akhir sekali adalah pihak pentadbir.

MUKA SURAT 54Anda mengajar Pendidikan Jasmani kepada empat kelas tahun 2. Apa akan berlaku jika anda menggunakan aktiviti yang sama untuk semua kelas semasa mengajar kemahiran manipulasi alatan (pundi kacang )?Berdasarkan analisis SWOT sekiranya saya menggunakan aktiviti yang sama untuk semua kelas semasa mengajar kemahiran manipulasi alatan ( pundi kacang )KEKUATAN:KELAS A DAN KELAS B1. Mudah menerima arahan. Guru memberi arahan pendek dan diikuti dengan contoh.2. Penglibatan yang aktif.3. Aras dan kebolehan murid kebanyakannya sama.4. Bahan pembelajaran konkrit dan menarikKELAS C DAN KELAS D1. Penglibatan aktif2. Murid seronok.3. Bahan pembelajaran konkrit dan menarik

KELEMAHAN:KELAS A DAN KELAS B1. Murid cepat bosan. Memerlukan kepelbagaian aktiviti yang lebih menarik.Perlu perkenalkan aktiviti individu, berpasangan dan berkumpulan supaya kemahiran mereka berkembang.KELAS C DAN KELAS D1. Aras dan kebolehan murid berbeza-beza2. Arahan perlu di ulang-ulang

PELUANG :KELAS A DAN KELAS B1. Semua murid berpeluang melakukan aktiviti sendiri2. Wujud elemen nilai murni, kerjasama sesama ahli kumpulan.3. Sentiasa bantu merka untuk memberi maklum balas secara positif tentang perlakuan diri sendiri dan rakan-rakan. Bantu mereka untuk belajar menerima kritikan ke arah memperbaiki perlakuan sendiri.

KELAS C DAN KELAS D

1. Guru mengambil kira perbezaan individu dalam usaha memberi peluang kepada murid-murid lain untuk emperoleh kemahiran yang diajar.2. Aktiviti yang dirancang mengikut kemampuan masing-masing.3. Sentiasa bantu mereka untuk memberi maklum balas secara positif tentang perlakuan diri sendiri dan rakan-rakan. Bantu mereka untuk belajar menerima kritikan ke arah memperbaiki perlakuan sendiri.

ANCAMAN :KELAS A ,KELAS B, KELAS C DAN KELAS D1. Murid mempunyai kepelbagaian aras dan kemahiran.2. Arahan yang diberikan perlu jelas.3. Kemungkinan untuk alatan rosak adalah tinggi.4. Faktor cuaca.

Husliha Binti Husain PPG Ambilan Khas MT1